Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS ARTIKEL

Pengenalan
Bagi melaksanakan tugasan untuk membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,
saya telah memilih sebuah artikel yang berkaitan dengan isu-isu dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) topik nombor murid-murid sekolah rendah. Berikut adalah
maklumat mengenai artikel yang dipilih.
Tajuk : Penggunaan Kaedah Jari dalam Penguasaan Kemahiran Penolakan Fakta Asas
Murid Tahun 2.
Penulis : Ngan Jia Ing
Bilangan Muka Surat : 14 muka surat
Sumber : Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, ms 123-136

Artikel ini merupakan sebuah kajian hasil penulisan Ngan Jia Ing yang bertujuan
untuk membantu murid Tahun 2 menguasai fakta asas penolakan dengan
menggunakan kaedah jari. Penulis memilih 3 orang murid dari Tahun 2 Merah untuk
dijadikan responden semasa kajian ini dilaksanakan. Data kajian ini dikumpulkan oleh
penulis melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data-data yang dikumpul
kemudiannya dianalisis dari segi kandungan dan pola. Triangulasi masa dan triangulasi
sumber dijalankan untuk menyemak data-data yang telah dianalisis. Hasil analisis data
mendapati ketiga-tiga orang peserta murid telah menunjukkan perkembangan yang
memberangsangkan dari segi penguasaan kemahiran menjawab soalan fakta asas
penolakan melalui kaedah jari.




Perbincangan dan Ulasan Kritikal
Artikel yang ditulis Ngan Jia Ing membincangkan tentang kesan penggunaan kaedah jari
dalam penguasaan kemahiran penolakan fakta asas dalam kalangan murid Tahun 2.
Penulis menyatakan bahawa kajian ini dilakukan bagi menambah baik amalan PdP
penulis sebagai seorang guru Matematik Tahun 2 Merah melalui pengenalan kaedah jari
dalam pengajaran fakta asas penolakan dan membantu tiga orang murid Tahun 2 Merah
dalam menguasai kemahiran menjawab soalan bertulis untuk fakta asas penolakan
melalui kaedah jari.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh penulis, terdapat beberapa
kelemahan yang wujud semasa kajian dan pelaksanaan tindakan yang dilakukan.
Kelemahan yang pertama ialah tempoh masa yang digunakan oleh penulis untuk
melakukan penyelidikan terhadap responden yang telah dipilih. Penulis melaksanakan
penyelidikan terhadap murid-murid yang dijadikan responden hanya selama 15 minit
semasa waktu rehat. Masa pelaksanaan yang ditetapkan oleh penulis seperti terlalu
singkat dan akan mengakibatkan murid terburu-buru untuk menyiapkan soalan yang
telah diberikan kepada mereka. Penulis perlu memberikan masa untuk murid bersiap
sedia terlebih dahulu sebelum memberikan kertas soalan kepada responden agar
mereka dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan lebih fokus dan teliti.
Pemilihan waktu penyelidikan atau kajian dilakukan juga tidak bersesuain
dengan murid. Penulis telah memilih waktu rehat untuk dijadikan waktu kajian dan
penyelidikan dilakukan terhadap responden. Masa rehat merupakan masa untuk murid
berehat selepas megikuti proses PdP semasa di dalam kelas. Oleh hal sedemikian,
penulis tidak sepatutnya mengganggu waktu rehat murid-murid untuk melaksanakan
kajian atau penyelidikan yang ingin dilaksanakan. Hal ini sekali gus akan menggangu
fokus serta tumpuan murid untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan kepada
mereka.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ngan Jia Ing ini, satu kekuatan yang
saya dapat lihat ialah kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap responden
dilakukan secara individu dan bukan secara berkumpulan. Kaedah ini sangat relevan
dilaksanakan bagi mengelakkan murid meniru atau berbincang sesama mereka semasa
soalan ujian atau lembaran kerja diberikan kepada mereka. Langkah ini juga wajar
diambil bagi mengelakkan gangguan daripada murid-murid lain semasa ujian atau kajian
dilaksanakan. Dalam kajian ini, penulis hanya memilih tiga responden untuk
menjalankan kajian tindakan supaya murid tidak akan terpengaruh oleh faktor-faktor
asing, seperti gangguan daripada rakan-rakan murid yang lain.
Kaedah yang dipilih oleh penulis sangat sesuai dijalankan kepada responden
kerana, kaedah ini bukan sahaja dapat membantu murid menyelesaikan masalah dalam
menyelesaikan soalan penolakan tetapi dapat melatih kemahiran kognitif dan mengasah
ingatan mereka semasa melakukan latihan berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.
Kaedah ini wajar diberikan penekanan kepada murid-murid di Tahap 1 agar mereka
dapat menguasai dan dapat menjawab soalan-soalan yang lebih tinggi arasnya semasa
mereka naik ke Tahap 2 kelak. Kaedah yang diutarakan oleh penulis ini juga sangat
praktikal kerana tidak menggunakan sebarang kos untuk mengajar dan melatih murid
menguasai kemahiran penolakan. Penulis hanya perlu mengajar teknik yang betul
kepada responden tentang kaedah penolakan fakta asas menggunakan kaedah jari
sebelum memberikan lembaran kerja kepada mereka. Oleh hal sedemikian, kaedah ini
sangat praktik, jimat dan sesuai digunakan oleh penulis untuk dijalankan semasa PdP di
dalam kelas.
Kaedah yang dipilih oleh responden sangat baik dan memberikan impak yang
positif kepada responden khasnya dan murid-murid di dalam kelas 2 Merah amnya. Hal
ini kerana, kaedah yang dipilih bukan sahaja jimat tetapi sangat mudah dipraktikkan dan
dipelajari oleh murid-murid di Tahap 1. Kaedah ini juga mampu membantu murid
menguasai kemahiran penolakan dengan lebih mudah tanpa mengambil masa yang
lama. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan dalam subtopic atau tajuk pembelajaran lain
seperti penambahan, pendaraban dan bahagi. Oleh hal sedemikian, kaedah ini sangat
memberikan faedah dalam sistem pendidikan terutamanya PdP di dalam kelas.
Kaedah yang dipilih oleh penulis berbeza dengan kaedah pembelajaran yang
sedia ada seperti kaedah penghapusan menggunakan bahan pembilang. Kaedah yang
dipilih oleh penulis lebih kepada penggunaan ingatan dan bilangan jari. Seperti contoh,
soalan penolakan 13 7, murid akan meletakkan nombor 7 di kepala mereka dan
mengira baki nombor dengan cara menggunakan jari untuk membilang dari nombor
minuend (7) ke nombor subtrahend (13). Selepas menyebut sampai nombor subtrahend
(13), murid bolehlah membilang jumlah jari yang telah ditegakkan, iaitu 6. Bagi kaedah
penghapusan menggunakan bahan pembilang pula, murid akan mengambil 13 batang
lidi dan memasukkannya ke dalam bekas yang disediakan. Murid kemudiannya akan
mengeluarkan 7 batang lidi daripada 13 batang lidi yang telah diambil. Murid seterusnya
akan mengira baki lidi yang tinggal di dalam bekas tersebut dan jawapannya ialah 6.
Kedua-dua kaedah ini boleh digabungkan apabila murid menggunakan kaedah jari
terlebih dahulu sebelum menyemak jawapan mereka semula menggunakan kaedah
penghapusan dengan menggunakan bahan pembilang. Langkah ini kan memastikan
jawapan yang diberikan oleh murid lebih tepat dan betul.
Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh penulis,
beberapa cadangan penambahbaikan dapat saya berikan untuk memantapkan lagi
kajian yang dilaksanakan. Penulis seharusnya perlu memilih masa yang lebih sesuai
bagi menjalankan kajian ini bagi memastikan murid lebih sedia dan lebih teliti semasa
menjawab soalan yang diberikan. Penulis perlu bijak memilih masa yang sesuai agar
murid tidak terganggu semasa ujian dilaksanakan. Selain itu, masa yang diperuntukkan
semasa kajian dilaksanakan peru dilanjutkan sekurang-kurangnya selama 20 minit bagi
memastikan murid betul-betul besedia dan faham tentang soalan yang ingin diberikan
kepada mereka. Langkah ini perlu kerana, kesediaan murid akan mempengaruhi
prestasi urid semasa menjawab soalan-soalan yang disediakan.

615 patah perkataan.