Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN GOTONG ROYONG DI TEMPAT IBADAT GEREJA SAINT COLUMBA

PARISH MIRI

Gotong Royong di rumah ibadat iaitu Gereja Saint Columba Parish telah
diadakan pada hari Selasa, 8 Julai 2014. Majlis dipengerusikan oleh Tuan Guru
Besar, Encik James Anak Nibong dan dibantuoleh ahli jawatankuasa yang telah
dilantik bagi menguruskan majlis tersebut. Segala peralatan telah disediakan oleh
pihak sekolah dan pihak gereja. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas
tentang perjalanan aktiviti ini yang telah disampaikan oleh Cikgu Rozanie . Aktiviti
gotong royong ini dimulakan pada 10.50 pagi sehingga 11.50 pagi. Kerja-kerja
gotong royong dipusatkan pada sekitar banggunan gereja seperti tandas,
banggunan pentadbiran dan banggunan gereja.
Tujuan gotong royong ini diadakan adalah bagi memenuhi kehendak silibus
matapelajaran Pendidikan Moral Tahun 3 dan Tahun 5. Seramai 160 orang murid
tahun 3 dan tahun 5 telah menyertai aktiviti ini. Objektif utama program gotong-
royong ini dilaksanakan adalah untuk murid menceritakan semula pengalaman
menyertai aktiviti yang dijalankan di tempat ibadat, menyatakan kepentingan
mengadakan aktiviti di tempat ibadat, meningkatkan amalan budi pekerti mulia dan
menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar.

Gambar semasa aktiviti gotong royong
1.

Taklimat oleh Tuan Guru
Besar dan Paderi.

2.

Pembahagian kawasan
gotong-royong dan guru
bertugas

3.

Aktiviti mencabut rumput.

4.

Peserta mengutip sampah.

5.

Peserta mengutip sampah
sambil dipantau oleh Tuan
Guru Besar.

6.

Peserta membersihkan
bangku di sekitar gereja.

7.

Peserta mengelap cermin
papan kemyataan dan meja.

8.

Peserta menyapu daun kering
di sekitar pagar gereja.

9.

Peserta mengutip sampah
yang telah dikumpulkan.

10.

Peserta berkumpul dan
ucapan penutup dilakukan
oleh Tuan Guru Besar dan
Paderi sebelum dibenarkan
pulang ke sekolah.













Disediakan oleh, 15 JULAI 2014



(MUHAMMAD ADI ASRAFF BIN MOHD SABHI)
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral
Sekolah Kebangsaan Saint Columba
Jalan Dato Abang Indeh,
98000 Miri Sarawak