Anda di halaman 1dari 39

Soalan: Huraikan perkembangan pertanian di Belanda

Pada abad ke-17 dan ke-18, Belanda muncul sebagai sebuah negara yang
pesat membangun ekonominya ekoran perkembangan pesat kegiatan
pertaniannya. Selain tanahnya yang subur, peranan Sungai Rhine dan Sungai Maas
banyak membantu meningkatkan hasil pengeluaran pertanian di Belanda.
Kegiatan pertanian di Belanda berkembang pesat dengan adanya sistem
pengairan yang baik. Menjelang pertengahan abad ke-17, penyaliran tanah telah
dilakukan secara besar-besaran di Belanda. Sistem pengairan yang tersusun ini
berjaya membekalkan air untuk menyiram tanaman. Kesan penggunaan teknologi
pengairan ini banyak membantu meningkatkan hasil keluaran pertanian Belanda.
Petani-petani di Belanda juga telah memperkenalkan sistem tanaman bergilir.
Melalui system ini, tanah pertanian yang sudah dituai hasilnya tidak biarkan begitu
sahaja. Tanah ini kemudiannya ditanam dengan tanaman selingan seperti lobak,
kacang pis dan bijirin. Kaedah ini membolehkan petani di Belanda membekalkan
hasil pertanian secara berterusan selain mampu mengekalkan kesuburan tanah.
Selain menjalankan kegiatan pertanian, petani di Belanda turut menjalankan
kegiatan penternakan terutamanya lembu. Belanda memiliki kawasan yang sesuai
untuk memberi makan lembu-lembu ternakan bagi menjadikan ia lebih gemuk.
Lembu-lembu yang gemuk ini kemudiannya disembelih sebelum dieksport ke
bandar-bandar di wilayah selatan. Perdagangan lembu ini juga telah membantu
merangsang perkembangan ekonomi Belanda.
Walaupun hasil keluaran pertanian di Belanda meningkat, tetapi mereka
masih mengimport bijirin seperti gandum dari luar terutamanya Baltik kerana
permintaan yang tinggi dan jumlah penduduknya yang semakin meningkat.
Perdagangan gandum dengan Baltik telah menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk Belanda. Perdagangan gandum ini juga turut memberi impak positif
kepada bidang lain terutama perkapalan, kelasi dan barangan.
Kepesatan kegiatan pertanian di Belanda banyak dibantu oleh kesuburan
tanah, iklim sederhana yang bersesuaian serta inovasi dalam bidang pertanian.
Perkembangan kegiatan pertanian ini akhirnya menyumbang kepada perkembangan
ekonomi perdagangan dan perkapalan.














Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja
berperlembagaan di England.
Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke-15. Sistem
ini diasaskan oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan
raja mutlak berpegang kepada prinsip dan kepercayaan bahawa raja dilantik oleh Tuhan.
Raja berkuasa dalam segala hal mengatasi undang-undang.

Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju sistem
pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara. Pemerintahan
raja berkuasa mutlak yang diamalkan semasa Zaman Dinasti Tudor [1485 1603] mendapat
sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-raja Tudor menghormati prinsip perbatasan pemerintah
yang terkandung dalam Magna Carta. Parlimen England ketika itu terdiri daripada House of
Lord dan House of Commons. House of Lord yang dianggotai oleh tuan tanah yg kaya, bishop
dan kerabat diraja lebih berkuasa berbanding House of Commons yang dianggotai oleh
golongan knight, orang kaya dan peguam.

Menjelang abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di luar Bandar,
muncul golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan melebihi golongan bangsawan.
Di Bandar pula, muncul golongan bourjois iaitu saudagar yang kaya ber pendidikan dan
berpengetahuan dalam bidang ekonomi. Golongan gentry dan bourjois yang banyak
menganggotai House of Commons berani mempertikaikan House of Lord yang didominasi
oleh golongan aristokrat. Pada masa yang sama berlaku pergeseran mahzab gereja.
Penganut mahzab Protestan marah dengan tindakan gereja kebangsaan England iaitu
Anglican yg masih mengamalkan sifat gereja Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat
membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.

Kemangkatan Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan Dinasti Tudor di
England. Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland telah ditabalkan menjadi
raja England. Perlantikan ini menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Stuart. Raja
James I berpegang teguh kepada doktrin kuasa suci raja yang menganggap kedudukan raja
mengatasi segala undang-undang. Hal ini tidak disenangi oleh golongan gentry dan bourjois
yang ingin memisahkan gereja dari pemerintahan. Sikap pilih kasih dalam urusan
perdagangan dan tindakan raja membelakangkan parlimen dalam isu cukai menyebabkan
golongan saudagar marah.

Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya sehingga
parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan mengutuk raja yang
bersikap autokratik. Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar William Laud yang
dilantik oleh Raja Charles I melarang golongan puritan melakukan aktiviti keagamaan
mereka. Pada tahun 1645, berlaku perang dan tentera parlimen yang dipimpin Oliver
Cromwell berjaya mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver Cromwell juga menyingkirkan
ahli parlimen yang proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England sebagai negara
republik dan dia sendiri sebagai ketua.

Walaupun berjaya menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan, Oliver Cromwell
tetap menerima tentangan daripada golongan levelers dan golongan diggers menuntut
setiap rakyat England berhak mengundi dan persamaan hak dalam pemilikan harta. Oliver
Cromwell telah membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan baru iaitu Protectorate
dan melantik dirinya sebagai Lord Protectorate. Walaupun memerintah mengikut
perlembagaan, tetapi beliau pemerintahan bercorak diktaktor ketenteraan.


Raja Mutlak & Raja Berperlembagaan di England
Pengenalan
Sistem pemerintahan beraja bermula sejak penghujung abad ke-15. Ia diasaskan
oleh oleh Raja Henry VII [Dinasti Tudor]. Sejak berakhirnya Perang Bunga Ros,
majoriti masyarakat England bersetuju sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak
sebagai penyelesai keadaan huru-hara.

Zaman Dinasti Tudor [1485 1603] mendapat sokongan rakyat walaupun
mengamalkan pemerintahan beraja mutlak. Raja-raja Tudor menghormati prinsip
perbatasan pemerintah [yang terkandung di dalam Magna Carta].


Parlimen England
Parlimen England terdiri daripada;
i. House of Lord [tuan tanah yg kaya, bishop dan kerabat diraja] lebih berkuasa
ii. House of Commons [knight, orang kaya dan peguam]

Pada awal abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England.
i. Di luar bandar: Muncul golongan gentry iaitu golongan yang memiliki tanah, bertani
dan menternak sehingga kaya-raya melebihi golongan bangsawan.
ii. Di Bandar: muncul golongan bourjois iaitu saudagar yg kaya akibat kepesatan
perdagangan, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi
Golongan gentry dan bourjois banyak menganggotai House of Commons. Kedua-
dua golongan ini berani mempertikaikan pengaruh politik dalam House of Lord yg
didominasi oleh golongan aristokrat.

Pada masa yg sama berlaku pergeseran mahzab gereja di England. Sebilangan
kecil penganut mahzab Protestan tidak puas hati dengan gereja kebangsaan
England iaitu Anglican yg masih mengamalkan sifat gereja tradisional Kristian iaitu
Katolik. Golongan ini dikenali sebagai puritan. Golongan ini bermatlamat
membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik
Rom.

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth I [berakhirnya Dinasti Tudor], sepupunya
Raja
James I dari Scotland ditabalkan menjadi raja [bermulanya Dinasti Stuart]. Raja-
Raja
Stuart terpaksa menghadapi kebangkitan golongan puritan sehingga berlakunya
perang
saudara [Revolusi Puritan].

Tindakan Raja James I yang berpegang teguh kepada doktrin kuasa suci raja
[menganggap kedudukan raja mengatasi segala undang2] menyebabkan Baginda
ditentang oleh golongan puritan [gentry dan bourjois] yg ingin memisahkan gereja
dari
pemerintahan.

Selain itu, sikap pilih kasih baginda dalam urusan perdagangan, menyebabkan
golongan saudagar marah. Raja James I telah membelakangkan parlimen dalam isu
cukai.

Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahndanya sehingga
parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini mengutuk raja yg bersikap
autokratik.

Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar William Laud yg dilantik oleh
Raja
Charles I melarang golongan puritan melakukan aktiviti keagamaan mereka.
Pada
tahun1645, berlaku perang. Tentera parlimen yg dipimpin Oliver Cromwell berjaya
mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver Crom well juga menyingkirkan ahli
parlimen
yang proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England sebagai Negara Republik
dan
dia sendiri sebagai ketua.

Tentangan ke atas Oliver
Terdapat dua puak yang menentang pemerintahan Oliver iaitu;
i. Golongan levelers: kumpulan yg dipimpin oleh John Liburne yg mahukan setiap
rakyat England berhak mengundi dan bukannya golongan kaya sahaja.

ii. Golongan diggers: kumpulan radikal yg menuntut persamaan hak dalam pemilikan
harta & mahu gereja ditukar menjadi institusi pendidikan untuk rakyat.

Oliver Cromwell kemudiannya membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan baru
iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai Lord Protectorate. Walaupun
memerintah
mengikut perlembagaan, tetapi pemerintahannya bercorak diktaktor ketenteraan.
Oliver meninggal dunia dan diganti oleh anaknya, Richard Cromwell tetapi meletak
jawatan tidak sampai setahun kemudian.

Kesimpulan
Keadaan politik England semasa zaman pemerintahan beraja Dinasti Tudor agak
tenang sehinggalah rakyat bangkit menentang semasa pemerintahan Dinasti Stuart.
Penentangan ini berpunca daripada sikap pemerintah yang terlalu taksub dengan
kuasa mutlak sehingga membelakangkan rakyat. Penentang yang tercetus akhirnya
menjurus kepada pengenalan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.


RAJA BERKUASA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND
Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan Di England

Pengenalan

Raja Henry VII - Pengasas Dinasti Tudor Di England
1. Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah.
Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan
kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah
negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja
berkuasa mutlak.

2. Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan
diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad
ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu
bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini
diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan
berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I.

3. Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa
sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya
adalah mengatasi undang-undang negara.

4. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan
mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan
kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak
membelakangkan parlimen.

5. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar
negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu
Elizabeth I diterima oleh rakyat.

6. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem
pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja
Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan.


Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak

1. Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah
diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang
berlaku. Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan
sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti
Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk
mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja
dalam melaksanakan pemerintahan mereka

2. Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen
England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja)
dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).

3. Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan
menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois
yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-
dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat
dalam House of Lords.

4. Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu
antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja
Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian
(Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada
pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan
politik.

5. Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan
masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan
menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor
berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati
dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan
politik.

6. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era
pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I
dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti
Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan
golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali
sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).

7. Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja.
Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang.
Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti
berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.

8. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-
ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada
mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja
James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan
puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang
membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi
hubungan Raja James I dengan golongan puritan.

9. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada
tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar
kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah
England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga
bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli
parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.

10. Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah
bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen
telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat
kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda
secara terbuka di parlimen. Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan
memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.

11. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan
cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek
agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai
amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.

12. Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan
mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan
bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula
parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli
parlimen.

13. Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa
orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku
pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen.
Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver
Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.

14. Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England
sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu.
Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan
diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya.

15. Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard
Cromwell. Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah
meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.


Perkembangan Raja Berperlembagaan di England

1. Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja
berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman
dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas
1688.

2. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak
jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem
pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik
kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang
sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan
rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung
dalam politik di England ketika itu.

3. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja
James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh
itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of
Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi
Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.

4. Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja
berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.

5. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian
yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan
beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang
dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.

6. Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang
diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh
memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak
dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek
penguatkuasaan undang-undang

7. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada
1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak
menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang
mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem
pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara
raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara
langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.

8. Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan
pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-
undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja

9. Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di
England dan kekal sehingga hari.



TEMA 3
EKONOMI FEUDALISME DI CHINA
Pengenalan.


1. Sistem ekonomi bermaksud cara atau kaedah dalam menjalankan kegiatan ekonomi yang
terbahagi kepada ekonomi tradisional dan moden (kapitalisme, merkantilisme dan
perdagangan bebas).

2. Sistem ekonomi feudalisme menunjukkan golongan petani bekerja dan menjadi tentera untuk
golongan bangsawan sebagai balasan mereka dibenarkan mengusahakan tanah golongan
bangsawan.

3. Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan faktor geografi di mana hamper
keseluruhan Negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sahaja
tanah di China sesuai untuk kegiatan pertanian, namun mereka mampu menampung
keperluan dalam negara.

4. Pada abad ke-16, sistem ekonomi feudalisme di China adalah dikawal ketat oleh maharaja ke
atas golongan petani dan pedagang asing yang dating berdagang di China. Golongan
bangsawan bertindak sebagai penguasa kawasan dan mengawal aktiviti ekonomi di kawan
luar bandar.

KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI CHINA

A. Pertanian

1. Kegiatan pertanian merupakan kegiatan utama masyarakat China dan penyumbang utama
dalam ekonomi di zaman Dinasti Ming pada abad ke-16. Kawasan pertanian utama ialah di
kawasan timur laut China dan Mongolia iaitu di dataran loes yang subur sepanjang Sungai
Kuning dan Sungai Yangtze.

2. Tanaman utama ialah tanaman padi sawah yang ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze,
Sungai Kuning dan Selatan China. China turut memperkenalkan penanaman padi dua musim
setahun di atas tanah yang sama iaitu baka padi jenis baharu yang cepat masak di bawa dari
Vietnam Selatan. Padi ini juga tidak memerlukan air yang banyak, oleh itu ia boleh ditanam di
kawasan yang berbukit di China. Masyarakat Cina di sini menjadikan nasi sebagai makanan
utama mereka.

3. Tanaman lain yang ditanam di Selatan China ialah tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli,
sekoi, millet, oat dan lain-lain bijirin. Tanaman gandum banyak ditanam di Dataran Tinggi Utara
China, Wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan Bahagian Utara Anhui dan Hupeh. Millet pula
ditanam di Wilayah Kansu, Shensi dan Shansi.

4. Tanaman kaoliang ditanam secara meluas di Manchuria untuk dijadikan atap rumah, anyaman
alas lantai dan dibuat minyak. Tanaman kapas juga ditanam di utara dan selatan China dan
kapas menjadi bahan utama dalam industri membuat pakaian di China.

5. Masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China iaitu
sekitar Sungai Heilongjiang, mereka telah menanam padi huma, sekoi dan tanaman kekacang.
China turut memperkenalkan tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan
kekacang.

6. Tanaman sayur-sayuran juga ditanam oleh masyarakat Cina. Mereka akan menanam sayur-
sayuran di sekitar rumah mereka di setiap ruangan tanah kosong. Mereka turut menanam
pokok buluh iaitu rebung buluh untuk dibuat makanan manakala batang buluh untuk membina
bangunan, membuat perabot-perabot dan peralatan memasak.

7. Setelah berlaku revolusi dalam bidang pertanian, beberapa kaedah baru dalam pertanian
diperkenalkan seperti memperkenalkan system penanaman bergilir, penggunaan baja dan
peralatan pertanian baru seperti tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kereta
sorong beroda dua dan kolar kuda. Revolusi dalam bidang pertanian telah mendorong
peningkatan pengeluaran pertanian dan bertambahnya keluasan kawasan pertanian daripada
422 juta mu pada awal abad ke-16M kepada 701 juta mu di akhir abad ke-16M.

8. Penggunaan teknologi pengairan juga telah mendorong perkembangan bidang pertanian di
China seperti terusan, kolam takungan air dan empangan. Kawasan yang jauh dari sumber air
juga sudah boleh ditanam dengan pelbagai tanaman.

9. Pada abad ke-16M, China turut mengamalkan ekonomi komersil seperti mengusahakan
tanaman tembakau di wilayah Kwangsi dan Fukein, tanaman kapas di Sungking, Taitsang dan
Tung-chou manakala tanaman mulberi di wilayah Kwangtung.

B. Menternak Binatang

Selain bercucuk tanam, petani Cina juga turut menjalankan kegiatan menternak binatang
untuk dijadikan sumber makanan dan kegunaan pertanian serta pengangkutan. Antara
binatang yang diternak untuk sumber makanan ialah ayam, itik, kambing, lembu, babi, kerbau
dan sebagainya. Kerbau juga digunakan untuk kegiatan penanaman padi sawah manakala
lembu biasanya untuk menarik kereta lembu. Binatang ini biasanya dipelihara kawasan yang
berdekatan dengan rumah mereka.


C. Industri Kecil

1. Masyarakat Cina juga turut menjalankan kegiatan industri-industri kecil seperti pengeluaran
barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah berkembang di China
dan telah memberi sumbangan yang besar dalam perbendaharaan negara. Wilayah Kiangsi
merupakan pusat pengeluaran porselin utama China.

2. Wilayah Soochow pula sebagai pusat pengeluaran tekstil dan Sungkiang pula sebagai pusat
utama pengeluaran kapas di China. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan
tanaman kapas sebagai salah satu tanaman terpenting di abad ke-16M.

3. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian dan
pembangunan negara China. Industri mengubah bunga plastik diusahakan di Peiping dan
industri sutera dijalankan di wilayah Shangtung, Hopei dan Manchuria.

D. Perdagangan

1. Pada abad ke-16M, ekonomi feudalisme China mengutamakan kegiatan pertanian sebagai
sumber utama. Dengan itu, ekonomi perdagangan berada di lapisan paling bawah dan
pekerjaan berdagang merupakan pekerjaan yang hina di China. Walau bagaimanapun
kegiatan perdagangan tetap berjalan lancar dengan wujudnya sistem pengangkutan yang baik.

2. Sungai-sungai di China telah dijadikan jalan perhubungan yang utama untuk menjalankan
kegiatan perdagangan seperti Sungai Yangtze yang boleh dimudiki kapal sejauh seribu batu
dari muaranya. Sungai-sungai barat membolehkan perdagangan dijalankan di selatan China
dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning telah memudahkan perhubungan timur dan barat di
sebelah utara China.

3. Sistem jalan air seperti pembinaan Terusan Besar dari Peking di sebelah utara ke Hangchow,
selatan Sungai Yangtze. Terusan-terusan kecil juga dibina di bahagian tengah dan selatan
China untuk memudahkan membawa barang dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

4. Pada abad ke-16M, maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China belayar ke Asia
Tenggara, India, Sri Lanka, Hormuz dan pantai timur Afrika. Hubungan dengan negara luar ini
telah meningkatkan aktiviti perdagangan China di pelabuhan Canton seperti dengan pedagang
Asia Tenggara, Portugal, Sepanyol dan Belanda.

5. Hubungan dengan Portugal telah bermula dengan Rafeal Perestrello pada tahun 1516
kemudian dengan Tom Pires dihantar untuk menjalinkan hubungan dengan China. Pedagang
Portugis hanya dibenarkan berdagang di Macau sahaja pada tahun 1532 dan dibenarkan
berdagang di Canton pada hari-hari tertentu sahaja atas kawalan ketat oleh pembesar China.
Hasil hubungan ini, China memperoleh barangan perak dari pedagang Portugal dan sebagai
tukarannya sutera untuk dibawa ke Eropah.
Ekonomi Feudalisme di Jepun

Pengenalan
Peta Jepun

Jepun terdiri daripada 4 buah pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu.
Negara Jepun merupakan negara beriklim sederhana. Bentuk muka bumi Jepun pula
bergunung-ganang. Hanya 20% sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, kegiatan
pertanian masih menjadi keutamaan di Jepun pada abad ke-16.
Bentuk muka bumi yg bergunung-ganang menjadikan orang Jepun menjadi pelaut yang
hebat. Oleh yang demikian, selain menjalankan aktiviti pertanian, mereka juga menjalankan
aktiviti seperti perdagangan dan perikanan.
Perdagangan Jepun hanya tertumpu di negara2 Asia Tenggara dan Asia Timur. Hal ini
berikutan dasar shogun yang mengawal golongan daimyo dan juga masyarakat Jepun.
Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa barat tetapi dalam bentuk
yang terhad iaitu banyak peraturan dikenakan ke atas pedagang barat.
Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jepun

1. Pertanian
Pertanian menyumbang kepada 80% sumber pendapatan ekonomi feudal di Jepun.
Tanaman utama petani Jepun ialah padi. Selain itu mereka turut menanam gandum, barli,
teh dan kapas.

Bagi memastikan tanaman mereka subur, petani Jepun menggunakan sistem pengairan
semula jadi.Kelebihan sistem pengairan semula jadi ialah;
i. Air sungai mengandungi nutrien untuk padi.
ii. Mengurangkan penggunaan baja.
iii. Memelihara kesuburan tanah tanpa perlu direhatkan.

Walau bagaimanapun, petani-petani di Jepun menghadapi dua masalah utama iaitu;
i. Iklim sederhana tidak membolehkan padi ditanam untuk tempoh yg
panjang. Mereka hanya dapat menanam padi sekali setahun iaitu antara musim
bunga dengan musim luruh.
ii. Mereka juga menghadapi masalah kekurangan tanah ekoran bentuk
muka bumi yang begunung-ganang. Petani Jepun bagaimanapun mengatasi masalah
ini dengan penggunaan sawah bertingkat.


2. Perusahaan Tempatan
Perusahaan tempatan di Jepun bercorak pengeluaran berasaskan daerah dan juga
pemasaran antara daerah. Setiap daerah mempunyai hasil keluaran masing2.
Sebagai contoh;
i. Kinai: pusat pengeluaran kain kapas.
ii. Fukushima & Yamanashi: pusat pengeluaran ulat sutera & alat tenunan.
iii. Satsuma: pusat pengeluaran gula.

Perusahaan tempatan berkembang kepada aktiviti perdagangan yg lebih besar.
Pasar-pasar kecil kemudiannya berkembangan menjadi bandar perdagangan. Pusat2
pertukaran wang, kedai2 beras dan sake berkembang menjadi bandar dan wilayah,
contohnya Kunwana, Sakai, Ise dan Hakata. Pusat pengeluaran dan pembuatan kertas,
barangan logam, tenunan dan tembikar turut berkembang maju. Bandar Seto menjadi pusat
pengeluaran tembikar.

3. Perikanan
Sesuai dengan geografinya yang dikelilingi laut, kegiatan perikanan turut berkembang.
Kedudukan Jepun yang terletak di persimpangan arus panas dan arus sejuk menjadikan
perairan Jepun kaya dengan ikan.

4. Perlombongan
Jepun kaya dengan galian seperti emas, perak dan tembaga. Semasa pemerintahan
Oda Nobunaga, pengeluaran galian ini bertambah rancak. Perkembangan perindustrian ini
membawa kepada perkembangan bandar Osaka.

5. Perdagangan
Perdagangan luar Jepun berkembang pesat pada abad ke-16. China menjadi rakan dagang
terpenting Jepun. Jepun mengimport barangan tropika dari China. Barangan tropika ini
diperolehi oleh China hasil perdagangan dengan negara Asia Tenggara dan India. Jepun
turut mengimport sutera, porselin, buku, lukisan dan barangan tembaga. Selain itu, Jepun
turut mengimport bahan mentah seperti sulfur, papan, emas, merkuri dan ibu mutiara dari
China.


Dalam masa yang sama Jepun mengeksport hasil keluaran mereka
seperti pedang, kipas berlipat, pemidang yg mendapat permintaan tinggi di China.

Pada abad ke-15, Jepun telah mendominasi perkapalan dan perdagangan di seluruh Lautan
China Timur sehingga mengisytiharkan diri sebagai pedagang dan penjelajah bandar2 di
Asia Tenggara.
Jepun turut mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal. Sekitar tahun 1550-an,
ramai pedagang Portugal memasuki Jepun. Pedagang Portugal turut membawa masuk
teknologi barat seperti teknologi perkapalan, teknik perang, agama Kristian dan
persenjataan. Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga memeterai perjanjian dengan Portugal
bagi membolehkan pedagang Portugal berdagang di Nagasaki. Perdagangan berkembang
pesat sehingga Nagasaki menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.

Info Tambahan
Perkembangan ekonomi feudal di Jepun telah mencetuskan dua kesan iaitu;
i. Kewujudan organisasi atau persatuan / za.
Za mengawal dan memonopoli pengeluaran serta pemasaran barangan sehinggalah
pemerintah Nobunaga memecahkan monopoli tersebut [selepas itu perdagangan
berkembangan pesat tanpa sekatan].

ii. Perkembangan bandar2.
Sebagai contoh Kyoto iaitu ibu kota diraja kuno telah berkembang menjadi pusat ekonomi
dan pengeluaran barangan kraftangan.

EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS
Pengenalan



Pada abad ke-16M, Perancis juga mengamalkan sistem ekonomi
feudalisme yang hampir sama dengan Jerman. Masyarakat
Perancis juga masih terikat dengan sistem feudal iaitu
penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas
golongan petani. Ekonomi feudalisme di Perancis boleh dilihat
dalam 4 bidang iaitu pertanian, perdagangan, perindustrian
dan institusi kewangan.


Pertanian


1. Pada abad ke-16M, Perancis juga masih bergantung kepada
bidang pertanian yang diusahakan oleh masyarakat yang
tinggal di desa. Petani masih terikat dengan tuan-tuan tanah
dan perlu berkhidmat kepada mereka di bawah sistem manor.
Mengikut sistem ini, petani akan tinggal di tanah milik tuan
tanah, mengusahakan tanah tuan tanah, membekalkan kayu
api, membina jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.

2. Kegiatan pertanian di Perancis menggunakan kaedah tanah
lapang iaitu tanah-tanah ini dibahagi kepada 3 bahagian atau
pusingan penanaman. Pusingan pertama akan ditanam dengan
tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga,
kemudian ditanam dengan gandum pada musim luruh dan
pusingan yang terakhir tanah tersebut dibiarkan kosong.
Ketika ini binatang ternakan seperti kuda dan lembu akan
dilepaskan untuk meragut rumput yng tumbuh.

3. Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan
dalam bidang pertanian di selatan Perancis apabila golongan
bangsawan telah mula memajak dan menyewakan tanah
mereka kepada petani untuk mendapatkan keuntungan. Petani
tidak lagi menjadi hamba atau serf tetapi telah menjadi
penyewa tanah yang bebas.

4. Petani telah digelar sebagai metayers di mana mereka bukan
sahaja bertani tetapi telah melakukan pekerjaan lain seperti
menternak lembu daging dan lembu susu kemudian dijual di
pasar-pasar.

5. Bagi memajukan bidang pertanian, Raja Henry IV telah
mengarahkan menterinya Duke Sully memajukan bidang
pertanian di Perancis. Beliau telah memperkenalkan beberapa
pembaharuan seperti menghapuskan cara lama yang dilakukan
oleh petani, membekalkan biji benih percuma, membiayai
kegiatan penternakan, larangan memusnahkan hutan dan
mengeringkan paya dikeluar, dan membangunkan kemudahan
pengangkutan jalan raya, jambatan dan terusan.

6. Pembaharuan ini telah menjadikan Perancis sebagai
pengeluaran bijirin dan anggur merah dan hasil ini telah
menjadi bahan dagangan utama Perancis ke Eropah seperti
Belanda. Tanaman malberi dan penternakan ulat sutera juga
telah diusahakan di Perancis. Ini telah mendorong berlakunya
peningkatan pendapatan petani dan membawa perkembangan
bandar Paris, Lyons dan Marseilles.

7. Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam
bidang pertanian juga turut dilaksanakan oleh menteri Jean-
Baptiste Colbert. Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah
peralatan pertanian petani tidak dibenarkan dirampas akibat
hutang, menggalakkan aktiviti penternakan lembu dan kuda,
membaiki jalan raya, membina terusan dan menyelaraskan
cukai antara wilayah.

8. Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang pesat
tetapi petani kekal miskin dan ditindas oleh golongan tuan
tanah. Golongan petani masih lagi dibebani dengan
pembayaran cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai
langsung seperti cukai pendapatan, cukai keluarga dan cukai
harta manakala cukai tidak langsung pula cukai garam dan
cukai seigneur.

9. Kehidupan petani bertambah sukar bila berlaku kemeleseten
ekonomi pada tahun 1787-1789, tanaman tidak menjadi,
kenaikan harga gandum, kekurangan makanan dan pelbagai
tekanan lain. Akhirnya golongan petani telah bangkit
menentang dan berjaya menumbangkan rejim feudal pada
tahun 1789.



Sektor Perdagangan


1. Kekayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan dan
perdagangan luar mendorong Perancis meluaskan tanah
jajahan dan meluaskan perdagangan di seberang laut. Perancis
memulakan penjelajahan dan membuka pusat perdagangan di
India dan Amerika Utara. Ini telah membolehkan Perancis
memonopoli perdagangan bulu dan membuka petempatan di
Amerika.

2. Pada tahun 1620-an, Perancis telah membuka petempatan di
Hindia Barat, pangkalan di Chandernagore timur India dan
pada tahun 1642 pula membuka bandar Montreal.
Perkembangan perdagangan turut berlaku dalam negara iaitu
bandar-bandar perdagangan telah muncul seperti bandar
Champagne, Lyon dan Beaucaire.
3. Untuk menggalakkan lagi perdagangan di Perancis, beberapa
pembaharuan telah dilaksanakan oleh Jean-Baptiste Colbert
seperti membina gudang senjata di Toulan dan pelabuhan,
membina kapal di Rochefort, Calaeis, Brest dan Havre,
melengkapkan pasukan tentera laut, menggalakkan pembukaan
petempatan baru, menggalakkan migrasi golongan profesional
dari luar Perancis, dan meyakinkan raja untuk berperang bagi
meningkatkan perdagangan.

4. Perdagangan di Perancis juga dapat berkembang kerana
bantuan Raja Louis XIV seperti mengenakan tarif cukai yang
tinggi kepada barangan asing dan kapal asing yang
menggunakan pelabuhan Perancis serta memberi bantuan
kewangan kepada industri perkapalan.

5. Pembaharuan dan dasar yang dilaksanakan ini telah
mendorong berkembangnya beberapa industri kraf tangan
berdasarkan daerah di Perancis seperti industri gelas di Paris;
industri sutera di Lyon; industri kain bulu; pembukaan ladang
tebu di San Domingo, Martinique dan Guadeloupe serta
menjadi pembekal gula ke Eropah; perdagangan Perancis
dengan Sepanyol meningkat; dan Levant menjadi pusat
perdagangan utama.


Bidang Perindustrian


1. Pada abad ke-16M, industri tekstil iusahakan secara besar-
besaran untuk pasaran dalam negeri dan dieksport. Kain dan
teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh
pedagang Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis
mengeluarkan sendiri kain seperti di Tuscany.

2. Industri kain telah berkembang di desa dan mereka berjaya
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
Manakala masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk
mewarnakan dan memutihkan kain sebelum dipasarkan.

3. Di Perancis industri pertukangan juga berkembang iaitu
tukang yang berkelayakan akan bekerja tanpa menerima upah
selama beberapa tahun di rumah guru atau ahli pertukangan
sebelum membuka pusat pertukangan sendiri apabila mereka
kembali ke tempat asalnya. Mereka akhirnya menubuhkan
kesatuan tukang untuk menjaga hasil pertukangan mereka.
Barangan pertukangan Perancis seperti perabut telah mendapat
tempat di pasaran pada tahun 1770.

4. Perkembangan perdagangan dan galakan daripada kerajaan
telah mengukuhkan kedudukan golongan saudagar @ borjois
sehingga menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam
bidang politik.


Institusi Kewangan


1. Perkembangan perdagangan adalah didorong oleh
perkembangan institusi kewangan di Perancis. Menjelang
tahun 1500, pedagang tidak perlu membawa wang dengan
banyak untuk urusan perdagangan. Penubuhan institusi
kewangan ini banyak memudahkan urusan perdagangan
dan kutipan cukai di Perancis.

2. Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad
ke-18 dengan penubuhan institusi kewangan dan perbankan
sepeti Paris Bourse (1724), Caisse Escompte (1776), Loterie
Royale (1783).


Kesimpulan


Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis begitu ketara
dengan berlakunya banyak perubahan dalam sektor pertanian,
perdagangan, perindustrian dan perbankan. Perkembangan ini
telah memberi kelebihan kepada golongan saudagar sehingga
boleh menyaingi kedudukan golongan aristocrat. Walau
bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati sepenuhnya oleh
golongan petani sehingga mereka bangkit melancarkan
pemberontakan dan akhirnya berjaya menumbangkan rejim
feudal.

Ekonomi Feudalisme di Perancis

Anggur merah, salah satu hasil pertanian di Perancis

Pengenalan
Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis tidak banyak bezanya dengan
senario yang berlaku di Jerman. Masyarakat Perancis juga masih terikat dengan
sistem feudal yang menyaksikan penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah
ke atas golongan petani. Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis boleh
dilihat dalam 4 bidang iaitu pertanian, perdagangan, perindustrian dan institusi
kewangan.

1. Bidang Pertanian
Seperti Jerman, pada abad ke-16 Perancis juga bergantung kepada sumber
ekonomi pertanian. Petani masih menggunakan kaedah tanah lapang
yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Keteguhan sistem feudal menyaksikan petani
di Perancis masih terikat dengan tuan tanah dan golongan bangsawan dalam
sistem manor. Mengikut sistem ini, petani wajib;


Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan dalam bidang pertanian
di Perancis. Golongan bangsawan mulai memajak dan menyewakan tanah mereka
untuk mendapatkan keuntungan. Petani menjadi penyewa dan digelar metayers.
Petani tidak lagi menjadi serf.

Bagi memajukan bidang pertanian, Duke Sully iaitu pembesar semasa Raja Henry
IV mencadangkan beberapa pembaharuan iaitu;


Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam bidang pertanian juga
turut dilaksanakan oleh menterinya Jean-Baptiste Colbert iaitu;

Pembaharuan yang dilaksanakan ini memberi faedah kepada perkembangan
ekonomi Perancis;
i. Hasil pertanian Perancis iaitu bijirin dan anggur merah menjadi barang
dagangan utama di pelabuhan Bruges, Belanda.
ii. Bandar seperti Paris, Lyons dan Marseilles semakin berkembang berikutan
kepesatan ekonomi berasaskan penanaman buah mulberi dan penternakan
ulat sutera.
Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang pesat tetapi petani kekal miskin
dan ditindas. Petani terbeban oleh cukai iaitu;
i. Cukai langsung: cukai pendapatan, cukai keluarga dan cukai harta.
ii. Cukai tidak langsung: cukai garam dan cukai seigneur.
Kehidupan petani bertambah sukar bila berlaku kemeleseten ekonomi pada tahun
1787 -1789 menyebabkan harga gandum melambung naik. Hasil pertanian tidak
menjadi menyebabkan berlakunya kekurangan makanan. Petani akhirnya bangkit
memberontak dan berjaya menumbangkan rejim feudal pada tahun 1789.

2. Sektor Perdagangan
Kejayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan dan perdagangan luar
mendorong Perancis meluaskan tanah jajahan dan meluaskan perdagangan di
seberang laut. Perancis memulakan penjelajahan dan membuka pusat perdagangan
di India dan Amerika Utara.

Selain itu, beberapa pembaharuan yang dilaksanakan oleh J ean-Baptiste [menteri].
Antaranya ialah;
i. Membina pelabuhan.
ii. Melengkapkan pasukan tentera laut diraja [untuk bersaing dengan tentera
laut England dan Belanda].
iii. Menggalakkan kemasukkan golongan profesional luar ke Perancis.
iv. Meyakinkan raja untuk berperang bagi meningkatkan perdagangan

Berlakulah perkembangan perdagangan di Perancis dan ini terbukti dengan
perkembangan
i. Industri kraf tangan.
ii. Industri gelas [di Paris]
iii. Industri sutera [di Lyons]
iv. Industri kain bulu
v. Pembukaan ladang tebu [membekalkan gula ke Eropah]
vi. Perdagangan Perancis Sepanyol meningkat.
vii. Levant menjadi pusat perdagangan utama.


3. Bidang Perindustrian
Perkembangan sektor perindustrian di Perancis ditandai oleh;
i. Perkembangan pesat industri tekstil
Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran. Kain dan teknik pengeluaran
sutera dari China dibawa masuk oleh pedagang Arab. Sama seperti yang berlaku di
Jerman, petani di desa mengeluarkan pakaian berasaskan kain berasaskan linen
dan kain bulu. Industri tekstil kian berkembang sehingga terbinanya kilang kain di
Abbevile.
ii. Pembukaan kilang arang batu [ Syarikat Perlombongan Arang Batu Anzin].
iii. Pengeluaran barangan pertukangan terutama perabot.

Perkembangan ekonomi telah mengukuhkan kedudukan golongan saudagar @
borjois sehingga menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam bidang politik.

4. Penubuhan Institusi Kewangan
Penubuhan isntitusi kewangan mendorong perkembangan perdagangan di Perancis.
Menjelang tahun 1500, pedagang tidak perlu membawa wang dengan banyak.
Penubuhan institusi kewangan ini banyak memudahkan urusan perdagangan
dan kutipan cukai.

Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad ke-18 dengan
penubuhan institusi kewangan dan perbankan sepeti;
i. Paris Bourse ii. Caisse dEscompte iii. Loterie
Royale.


Kesimpulan
Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis begitu ketara dengan berlakunya
banyak perubahan dalam sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan
perbankan. Walau bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati sepenuhnya oleh
golongan petani sehingga mereka bangkit melancarkan pemberontakan dan
akhirnya berjaya menumbangkan rejim feudal.

EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN
Pengenalan



Pada abad ke-16, Jerman juga masih mengamalkan sistem
ekonomi feudalisme yang mengutamakan kegiatan pertanian
sebagai sumber pendapatan kerajaan. Golongan petani telah
ditindas akhir mereka menuntut agar kerajaan melakukan
pembaharuan agar meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka.
Dengan campur tangan kerajaan akhirnya ekonomi feudalisme
Jerman semakin berkembang. Sistem ekonomi feudalisme yang
diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama
iaitu pertanian, perindustrian dan perbankan.



KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN

Pertanian

1. Pada abad ke-16M, bidang pertanian merupakan sumber
utama ekonomi Jerman yang diusahakan oleh 90% masyarakat
petaninya. Petani di Jerman masih bergantung kepada tuan
tanah dan terikat dengan sistem perhambaan. Kegiatan
pertanian yang dijalankan masih menggunakan kaedah
primitif.
2. Kegiatan pertanian di Jerman menggunakan sistem tiga bidang
pertanian iaitu tanah yang diusahakan ditanam dengan
tanaman bijirin (gandum, oat, barli dan kekacang), peralatan
yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat daripada
kayu dan menggunakan binatang menggemburkan tanah.
Selepas musim menuai, binatang ternakan dilepaskan untuk
meragut rumput.
3. Petani Jerman dibebani dengan masalah cukai tanah dan tidak
bebas melakukan kerja lain seperti memburu, menagkap ikan
dan memotong rumput. Mereka dikawal dan ditindas oleh
golongan tuan-tuan tanah.
4. Penindasan yang dilakukan ini telah membawa kepada
pemberontakan petani di wilayah tengah dan selatan Jerman.
Pemberontakan ini berlaku dari tahun 1524 hingga 1525 untuk
menuntut kebebasan dan hak-hak lain dari golongan tuan-tuan
tanah atau bangsawan.
5. Golongan petani menuntut beberapa pembaharuan bagi
mengubah hidup mereka seperti mereka dibenarkan
melakukan kegiatan lain selain bertani, sistem perhambaan
dihapuskan dan menuntut tanah-tanah awam diserahkan
kepada mereka untuk diusahakan.
6. Malangnya, pemberontakan ini gagal dan telah menyebabkan
100 000 orang petani telah terkorban. Walau bagaimanapun,
perjuangan golongan petani ini mendapat perhatian
pemerintah dan akhirnya pembaharuan telah dijalankan dalam
bidang perhatian. Antara pembaharuan yang dijalankan ialah
membina terusan iaitu Terusan Frederick William yang
menghubungankan Sungai Order dengan Sungai Elbe,
mengecualikan cukai kepada petani selama 10 tahun,
menggalakkan penternakan lembu susu, melaksanakan
pembahagian tanah kepada petani, mengalakkan migrasi ke
kawasan pertanian baru dibuka dan menggabungkan tanah-
tanah pertanian.
7. Kerajaan Jerman juga mewujudkan pengkhususan pekerjaan
dan pengeluaran mengikut wilayah seperti wilayah Necker
dengan penanaman anggur dan wilayah Pomerania khusus
untuk pengeluaran pertukangan.
8. Walaupun pembaharuan telah dilaksanakan dan meningkatnya
hasil pengeluaran di Jerman, namum golongan petani tetap
tidak berubah. Mereka masih terikat dengan golongan tuan-
tuan tanah dan masih menjadi golongan serf seperti di sungai
Elbe. Pada akhir abad ke-18M, kerajaan Jerman telah
menghapuskan sistem serf dan golongan petani telah
dibebaskan sepenuhnya.

Perdagangan dan Perindustrian

1. Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan
Bremen. Pelabuhan Hanseatic di Venice telah menjalankan
perdagangan entreport iaitu membawa masuk barangan logam,
bulu binatang, barangan kulit dan kain bulu. Barangan yang
dieksport pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera,
barangan kaca, senjata dan kertas. Barangan ukiran dari
selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi
barangan penting dalam hubungan perdagangan dengan
Belanda.

2. Bandar-bandar di Jerman telah mengalami perkembangan
yang pesat pada tahun 1740, iaitu menjadi pusat pemasaran
lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan
pedagang serta tukang-tukang. Kegiatan perdagangan semakin
berkembang di Jerman dari abad ke-16M hingga abad ke-18M
iaitu barangan dagangan dibawa melalui jalan darat dari utara
Itali ke pelabuhan entreport Jerman Selatan.

3. Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-
besaran di Jerman untuk pasaran dalaman dan untuk eksport.
Jerman telah mengusahakan perusahaan sutera dan
masyarakat desanya mengeluarkan pakaian berasaskan kain
bulu dan linen. Manakala masyarakat bandarnya pula
menggunakan mesin untuk mewarnakan, memutihkan kain
dan memasarkannya.

4. Kegiatan perindustrian semakin berkembang apabila kerajaan
mengadakan pembaharuan seperti membina jalan raya di
Hesse dan Baden-Durlach pada akhir abad ke-18M. Kerajaan
juga telah menambah tenaga buruh iaitu Raja Frederick William
I mengambil tentera sebagai tenaga buruh yang dibayar gaji
untuk bekerja di kilang kain kapas dan bulu. Kerajaan juga
telah mewujudkan kerjasama antara dengan pihak swasta atau
persendirian seperti kilang senjata di Berlin (1722) dan kilang
cermin Neuhaus (1720).

5. Industri kraf tangan juga telah berkembang di kawasan
pedalaman Jerman seperti di Bohemia. Bidang penenunan telah
dimonopoli oleh pekerja wanita iaitu seramai 200 000 orang.
Wilayah ini telah menjadi pembekal bahan eksport industri
Jerman ke negara Amerika dan Eropah. Industri ini turut
berkembang ke Chemnitz iaitu penduduknya menjadi pemintal
benang di rumah.

6. Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan
kedudukan saudagar melalui penubuhan pelbagai organisasi
perniagaan baru sehingga organisasi perniagaan tradisional
seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar mula hilang
peranannya.


Institusi Kewangan

1. Institusi kewangan seperti bank telah ditubuhkan di Jerman
yang banyak memberi bantuan kewangan atau modal kepada
pedagang Jerman. Peruntukan modal ini membantu
merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan
Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan kilang Jerman
dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-18M, bandar
Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan
ekonomi perbankan dan perdagangan.

2. Perkembangan perbankan ini telah melahirkan keluarga
Fuggers Augburg yang kaya di jerman dan Eropah dengan
memiliki aset sebanyak 200 000 gulden dan telah meningkat
kepada 4 juta gulden pada tahun 1546. Mereka telah
melaburkan modal dalam perlombongan raksa di Sepanyol dan
perkapalan serta memberi pinjaman kepada Maharaja Rom
Suci.


Kesimpulan

Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman
banyak didorong oleh peranan yang dimainkan oleh golongan
petani. Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat
setelah pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah
membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan
yang didominasi oleh golongan saudagar. Ekonomi feudalisme
Jerman semakin berkembang dengan tertubuhnya institusi
kewangan seperti bank.

Ekonomi Feudalisme di Jerman
Gambar hiasan

Pengenalan
Pada abad ke-16, Jerman mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi. Ketika itu
Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme. Sistem ekonomi feudalisme yang
diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian, perindustrian
dan perbankan.

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman

1. Bidang Pertanian
Sekitar abad ke-16, bidang pertanian merupakan sumber utama ekonomi Jerman. Unsur
feudalisme masih teguh diamalkan dalam masyarakat Jerman. Sebagai contoh;
i. Petani masih bergantung kepada tuan tanah dan terikat dengan sistem
perhambaan.
ii. Kegiatan pertanian masih dijalankan menggunakan kaedah primitif iaitu masih
menggunakan sistem tiga bidang. Peralatan yang digunakan seperti tenggala masih
diperbuat daripada kayu. Tenaga binatang digunakan untuk membantu dalam aktiviti
pertanian..

Pada masa itu, petani merupakan golongan miskin yg tertindas. Mereka terbeban dengan
cukai tanah dan tidak ada kebebasan melakukan kerja lain. Sistem keadilan pula
dianggotai oleh paderi dan golongan atasan dan keputusan jarang memihak kepada
golongan petani sehingga ramai diantara mereka menjadi hamba / serf.

Kemiskinan dan penindasan ini membawa kepada pemberontakan para petani. Mereka
bangkit menentang golongan bangsawan dan menuntut hak serta kebebasan daripada tuan
tanah. Antara tuntutan golongan petani ialah;
i. Kehidupan yg bebas seperti memasuki hutan dan pergi berburu.
ii. Pemansuhan amalan perhambaan
iii. Menuntut untuk mendapatkan semula tanah awam

Pemberontakan yang mengorbankan lebih kurang 100, 000 orang petani ini menemui
kegagalan. Walau bagaimanapun, perkara tersebut mendapat perhatian daripada
pemerintah Jerman. Pemerintah Jerman mula melakukan perubahan dalam bidang
pertanian. Antara pembaharuan yang dilaksanakan termasuklah;
i. Pembinaan Terusan Frederick
ii. Mengecualikan cukai selama 10 tahun
iii.Penghapusan buruh serf.
iv. Pembahagian tanah pertanian untuk menggalakkan Pertanian

Walaupun berlaku perkembangan dalam sektor pertanian, ia tidak selari dengan taraf hidup
petani. Mereka masih lagi menjadi serf dan terikat dengan tuan tanah. Dalam kata lain,
kehidupan golongan petani masih di takuk lama. Petani hanya menemui kebebasan apabila
Raja Frederick II memansuhkan sistem serf dan Raja Joseph II menghapuskan
perkhidmatan buruh sekitar tahun 1870-an

2. Bidang Perindustrian
Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di Jerman. Perusahaan
sutera juga berkembang pesat. Masyarakat desa turut terlibat dalam perusahaan
menghasilkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Muncul kilang2 tekstil pada abad ke-
18 di Bohemia.

Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen. Venice muncul
menjadi pelabuhan utama dan penting. Bandar2 baru turut muncul berikutan kepesatan
perusahaan bijirin, pertukangan dan pemasaran lembu.

Perkembangan industri semakin rancak ekoran wujudnya kerjasama antara kerajaan
dengan pihak swasta. Sebagai contoh, pembinaan kilang senjata di Spandau, Berlin.
Industri kraftangan seperti perusahaan memintal benang turut berkembang di kawasan
pedalaman Jerman.

Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan saudagar
[borjois]. Golongan sudagar ini kemudiannya menubuhkan pelbagai organisasi perniagaan
baru sehingga menenggelamkan organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan tukang
dan kesatuan saudagar.

3. Perbankan
Institusi kewangan seperti bank juga mula ditubuhkan. Bank-bank di Jerman banyak
memberi bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman. Peruntukan modal ini
membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol dan Portugal.
Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-18, bandar
Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan
perdagangan.


Kesimpulan
Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh peranan
yang dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang banyak akhirnya
membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan yang didominasi oleh
golongan saudagar. Ekonomi feudalisme Jerman semakin berkembang dengan tertubuhnya
institusi kewangan seperti bank.



Perindustrian di Jepun
Pengenalan
Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu [sakoku]
atau dasar pemencilan. Walau bagaimanapun, kedatangan Komodor Matthew
Perry dengan Kapal Hitam Angkatan Laut Amerika Syarikat berjaya mengubah
dasar tutup pintu Jepun.

Melalui Perjanjian Kanagawa [Konvensyen Kanagawa] , Matthew Perry yang
datang dengan angkatan laut yang kuat serta teknologi yang moden berjaya
memaksa Jepun untuk menerima kehadiran orang barat.

Era Pemulihan Meiji
Peralihan era keshogunan [ yang mengamalkan sistem feudal] kepada era kerajaan
Meiji menyaksikan bermulanya zaman Pemulihan Meiji @ Pembaharuan Meiji.

Langkah yang dijalankan semasa zaman Pemulihan Meiji;
i. Jepun memperkenalkan sistem politik, undang2 dan ketenteraan bercorak ala
barat.
ii. Menubuhkan Dewan Penasihat Maharaja
iii. Menyusun Perlembagaan Meiji
iv. Membentuk Parlimen Diraja
Pemulihan Meiji membawa kesan positif kepada Jepun iaitu;
i. Mempercepatkan proses pemulihan dan perindustrian di Jepun.
ii. Ketenteraan Jepun turut diperkuatkan sehingga berjaya mengalahkan China
[Perang China Jepun I] dan Rusia [Perang Rusia Jepun]



Perkembangan Perindustrian di Jepun
Perkembangan perindustrian di Jepun dapat dilihat dalam 4 bidang iaitu;
i. Pengekalan Industri-proto
ii. Perkembangan bidang pelaburan
iii. Peralihan bidang tumpuan
iv. Pengenalan ekonomi dualisme

1. Pengekalan Industri Proto
Industri proto merujuk kepada satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi.
Sehingga tahun 1890, pertanian masih menjadi penyumbang utama ekonomi Jepun.
Teh dan sutera antara hasil utama Jepun. Hasil pertanian yang banyak
membolehkan Jepun mengekalkan produk industri-proto di bandar dan juga luar
bandar.
2. Perkembangan bidang pelaburan
Pelaburan domestik dalam bidang industri dan infastruktur menjadi penggerak
bidang pelaburan di Jepun. Sektor awam dan sektor swasta menjadi pelabur utama
dalam bidang infrastruktur. Selain itu, Jepun turut membina kilang2 sutera, simen
dan senjata. Syarikat Mitsui, Mitsubishi dan Kawasaki adalah antara syarikat industri
besar yang banyak menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jepun.

3. Peralihan Bidang Tumpuan
Bidang pertanian dimajukan dengan memperkenalkan pembaharuan seperti;
i. Penggunaan jentera / mesin elektrik
ii. Penemuan benih berkualiti
iii. Penggunaan teknologi pertanian dari barat.
Pembaharuan ini menyebabkan hasil pertanian Jepun semakin meningkat. Faktor ini
membawa kepada perkembangan sektor pembuatan. Jepun kemudiannya memberi
tumpuan kepada sektor pembuatan sekaligus telah memacu perkembangan sektor
perindustrian.
4. Pengenalan Ekonomi Dualisme
Firma besar menawarkan gaji yang besar manakala firma kecil menawarkan gaji yg
rendah.
Hal ini menyebabkan gaji di sektor perindustrian yg besar lebih tinggi berbanding di
pedalaman secara tidak langsung memacu perkembangan perindustrian.
Pengenalan ekonomi dualisme membawa kepada;
i. Pengkategorian buruh mengikut kemahiran dan pasaran.
ii. Ketidaksamaan pendapatan


Kesimpulan
Perkembangan ekonomi Jepun daripada pertanian kepada perindustrian
menyaksikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya di rantau
Asia Timur. Perkembangan ini banyak didorong oleh pembaharuan yang
dilaksanakan dalam dasar Pemulihan Meiji. pemerintahan Meiji menandakan
berakhirnya era feudalisme yang diamalkan oleh keshogunan Tokugawa.



SUMBANGAN ADAM SMITH DALAM BIDANG EKONOMI DI EROPAH
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam
terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa
Ekonomi Moden.

Pada tahun1751, Adam Smith dianugrahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow.
Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor
Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga tahun 1789, beliau memegang jawatan sebagai
Rektor Universiti Glasgow.

Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau memperkenalkan
teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa
bimbingan atau arahan daripada negara.

Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu, melindungi
rakyat daripada penakluk tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan,
menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan
oleh individu. Adam Smith telah banyak memberi sumbangan dalm bidang ekonomi moden
yang digunapakai hingga hari ini dan doktrim yang diketengahkan beliau sesuai bagi
mengurus ekonomi negara


SUMBANGAN ADAM SMITH

Pengasas kepada disiplin ekonomi moden

Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang
individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan
daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas

Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli
negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran
bebas.

Konsep ekonomi laissez-faire

Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud biarkan keadaan seperti yang
sedia ada. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang
mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan

Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan
tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi
berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap
dan memaksimumkan kebajikan umum.

Mengkritik dasar merkantilisme

Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan
menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri.

Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi
kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia
Timur Inggeris.

Teori percukaian

Menurutnya, teori percukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara tidak
menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong
negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.

Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari
segi stok emas dan perak. Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas
dan perak serta mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada
pengeksport, dan meindungi industri domestik.

Amalan perdagangan

Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan.
Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua
pihak.

Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu
meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuata. Kekayaan sesebuah
negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi jumlah pengeluaran
dan perdagangan.

Teori ekonomi yang sistematik

Menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki
jongkong emas dalam jumlah besar. Menolak pandangan golongan physiokrat yang
mengatakan bahawa tanah merupakan sumber utama

Menekankan perkara yang paling penting ialah tenaga buruh. Beliau menekankan bahawa
peningkatan kerja dan menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang
menghalang perkembangan dan perluasan industri.

Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar
mengeluarkan barang yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang
tersebut akan meningkat. Walau bagaimanapun, harga barang tersebut dalam pasaran akan
meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang berbnading dengan permintaan. Ini
akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.

Pengumpulan modal

Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi,
dengan demikian permasalahan pembangunan ekonomi secara luas adalah kemampuan
manusia untuk lebih banyak menabung dan menanam modal.

Malahan, Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal
mengharapkan keuntungan. Keuntungan pula bergantung kepada iklim pelaburan pada hari
ini dan keuntungan nyata. Keuntungan cenderung menurun dengan wujudnya kemajuan
ekonomi. Keadaan ini dapat digambarkan bahawa pada waktu pengumpulan modal yang
cepat, maka persaingan meningkat antara pemilik modal dan dengan sendirinya akan
meningkatkan upah. Pada akhirnya, akan menurunkan keuntungan pemilik modal.

Anda mungkin juga menyukai