Anda di halaman 1dari 1

Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )
3 ekor sotong (saiz besar)
1 inci halia - dititik
3 biji bawang putih - dititik
1 batang serai - dititik
5 - 7 biji cili api - dititik
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 cawan kicap manis
garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn air asam jawa @ asam keping)

Cara-cara
1. Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
2. Tumis halia, bawang putih, cili api & serai hingga wangi.
3. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu sebentar hingga mendidih.
4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau selalu.
5. Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam &
sedikit cuka.
6. **jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis &
liat bila dikunyah.