Anda di halaman 1dari 6

TUTORIAL 3

ISU PENYALAHGUNAAN MASA OLEH GURU



Terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion perguruan.
Masalah penyalahgunaan masa merupakan satu isu yang melanggar etika profesion
perguruan kerana masalah ini kerap terjadi di kalangan guru. Masalah
penyalahgunaan masa mungkin tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan,
masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru. Ramai guru tidak menyedari
hakikat ini.
Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Maka, di dalam Islam itu sendiri
telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa dengan betul
adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu
pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada
murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu
yang amat berguna.
Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita
tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula
menyebut bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah
benih pada hari ini. Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan
kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan. Ada juga yang mengatakan
bahawa bertangguh itu pencuri masa. Orang yang tidak tahu menggunakan masa
pula dikatakan orang yang mati. Kesemua kata-kata hikmat di atas menunjukkan
kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September
1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para
pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum
sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru
untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa
datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan
semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan
kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk
TUTORIAL 3

mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun
kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru berkaitan
pematuhan waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani buku
kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai
dan menurunkan tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada sekolah yang
menggunakan punch card atau menggunakan perisian komputer yang
menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula
diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-
hal tertentu dan mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu
juga jika terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan
upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari
Guru Besar.
Pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara
seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis buku
ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar, menguruskan
hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang
memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi tanggungjawab
untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Antara beberapa perkara yang membawa kepada penyalahgunaan masa yang
sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak disedari ialah guru
lewat masuk ke kelas. Guru yang mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng
berbunyi untuk berjalan dari sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan
bergerak awal ke kelas dan kadangkala sanggup pula menunggu waktu guru lain
habis di luar kelas. Sekiranya waktu pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-
gesa pergi bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan penuh semangat.
Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu
penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan
di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan
yang tidak wajar bagi seorang guru.
TUTORIAL 3

Seterusnya ialah guru tidak menggunakan masa yan terluang untuk
membuat bahan dan alat bantu mengajar. Bahan bantu mengajar sangat penting
dalam menyampaikan ilmu kepada murid terutamanya sekiranya guru ingin
mengenalkan sesuatu konsep kepada murid.di zaman moden ini, pelbagai bahan
dan alatan siap telah dibeli oleh sekolah untuk digunakan oleh guru. Malah, sumber
internet juga kini menjadi sumber yang sangat efektif untuk digunakan oleh guru.
Saya melihat isu ini sebagai sesuatu yang agak menyedihkan kerana guru sudah
sedia maklum dengan tanggungjawab mereka. Bahan-bahan ini juga digunakan
sebagai alat pentaksiran kepada murid untuk mengenalpasti tahap pencapaian
murid terhadap sesuatu kemahiran. Kegagalan menyediakan alatan bantu mengajar
juga menjadi isu penyalahgunaan masa senggang guru. Guru seharusnya
menggunakan masa tersebut untuk memilih mana-mana alatan yang dibeli oleh
pihak sekolah mahupun cakera padat yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk digunakan di dalam kelas. Malah, guru juga boleh melayari laman
web Eduweb tv untuk memuat turun mana-mana video untuk membantu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Bukankan kesemua perancangan pengajaran ini
memerlukan guru menggunakan masa senggang mereka?
Penyalahgunaan masa yang seterusnya ialah guru tidak menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sepenuhnya untuk membantu murid. Rata-rata guru
lepasan sijil dan diploma dilatih selama 3 tahun untuk menguasai ilmu dan
kemahiran mengajar. Guru yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula
dilatih selama satu tahun. Pihak Bahagian Pendidikan Guru juga sering mengadakan
kursus-kursus pedagogi mata pelajaran tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan
ilmu guru. Pengetahuan pedagogi membantu guru mengenalpasti kaedah terbaik
untuk mengajar. Pengetahuan mengenai psikologi pula membantu guru memahami
gelagat dan tingkahlaku murid. Namun, tidak ramai guru yang mengaplikasikan ilmu
mereka akibat daripada tidak menggunakan masa mereka dengan baik untuk
merancang sesuatu yang berguna untuk murid-murid mereka. Lebih menyedihkan,
terdapat juga guru yang menolak arahan untuk menghadiri kursus dengan
memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah sedangkan kursus tersebut
berguna untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Ada pula guru yang
menganggap menghadiri kursus hanya untum makan angin. Maka, mereka hanya
mengikuti kursus sambil lewa dan tidak mendapat ilmu yang berguna. Akibatnya,
TUTORIAL 3

Kementerian Pelajaran Malaysia kerugian dan tidak mencapai objektif pelaksanaan
kursus akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Seterusnya ialah guru menggunakan masa terluang untuk bercerita dan
berbual perkara yang tidak berkaitan dengan hal-hal kerja. Ada juga segelintir guru
yang suka berkongsi cerita di luar hal ehwal kerja seperti hal-hal peribadi, gossip
artis, hal-hal kemasyarakatan dan politik. Guru juga perlu mengambil tahu isu
semasa tetapi adalah tidak wajar menggunakan masa mereka di sekolah dengan
berkongsi cerita lain dan berbual-bual kosong. Sikap guru yang sebegini sebenarnya
hanya merendahkan martabat mereka dan menimbulkan perspektif negatif dalam
kalangan masyarakat. Alangkah baiknya sekiranya masa-masa senggang sebegini
digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar atau membaca buku-buku
dan artikel yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan
tidak formal mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran juga boleh dijalankan
bersama Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat yang lain. Dengan cara ini, pelbagai
idea dilontarkan dan guru mendapat faedah yang boleh digunakan untuk kebaikan
murid-muridnya. Di dalam Islam juga, perbuatan mengumpat amat dikeji dan tidak
disukai Allah.
Penyalahgunaan masa berikutnya ialah guru menunda kerja, melakukan
aktiviti yang tidak penting dan melakukan tugas sambil lewa. Ada juga segelintir guru
yang tidak menggunakan masa dengan efektif. Mereka sering menunda sesuatu
kerja sehingga menimbulkan sesuatu bebanan kepada mereka. Malah, di akhir
waktu yang ditetapkan, guru merungut kerana berasa tertekan dengan bebanan
yang disebabkan kealpaan mereka sendiri. Ada guru yang menggunakan masa
terluang mereka dengan aktiviti membaca majalah kekeluargaan, membincangkan
isu politik secara keterlaluan dan membincangkan hal kekeluargaan orang lain.
Sikap sebegini mengundang pandangan yang tidak baik di kalangan murid dan ibu
bapa. Sewajarnya, masa terluang sebegini digunakan untuk membincangkan
masalah pengajaran dan pembelajaran murid atau membaca artikel-artikel
mengenai pendidikan. Pengalaman dari guru-guru lain juga boleh dibincangkan.
Guru seharusnya mempunyai motivasi intrinsik supaya guru dapat menggunakan
sepenuhnya masa mereka ke arah kebaikan.
TUTORIAL 3

Dalam perspektif Islam, kerja adalah ibadah sekiranya kita mematuhi garis panduan
yang telah ditetapkan Allah. Di sini jelas menunjukkan bahawa kerjaya sebagai guru
juga jika dilaksanakan dengan baik adalah diiktiraf sebagai ibadah. Namun, apakah
guru lupa bahawa kelalaian mereka mematuhi ketetapan masaakan membuatkan
ibadah mereka tersasar. Soal penyalahgunaan masa juga melibatkan isu halal dan
haram. Tujuan kita menjadi guru adalah untuk memperolehi pendapatan berkat dan
menyara keluarga. Selain itu, tugas sebagai guru adalah pendidik. Pada
kesempatan yang ada inilah, guru seharusnya menggunakan peluang ini untuk
mengajar bersungguh-sungguh dan mengelak isu penyalahgunaan masa.
Kesan penyalahgunaan masa kepada pembangunan sahsiah guru ialah
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya
kualiti dan produktiviti. Kepimpinan melalui teladan tidak diaplikasikan. Guru adalah
role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan.
Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah
personaliti guru tersebut.
Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam
dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh
segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai
kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam.
Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain
ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar
kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga
kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru
mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah,
apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka?
Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan
mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.
Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan jika guru
mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi mengenalpasti mengapa mereka
menyalahgunakan masa mereka. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti
yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa
TUTORIAL 3

senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa.
Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap
kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain.
Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka seperti
personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai
seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam
hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada
keperluan asas mereka. Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu
mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku
yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa
adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan
masa juga melibatkan hukum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal.
Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita
dengan perkara-perkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-
pelajar kita. Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat
penting dan perlu diberi perhatian.