Anda di halaman 1dari 1

Assalammualaikumwarahmahtullahiwabarakatuh...

Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada


pihak SKPP kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata di halaman Blog Rasmi PIBG
SKPP. Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan tahniah
kepada AJK PIBG yang berusaha untuk menyediakan blog ini.
Sesuai dengan perkembangan hari ini, penyampaian
maklumat di media sosial melalui pelbagai aplikasi seperti
WhatsApp,Twitter,FB,Blog dan sebagainya merupakan kaedah
baru bagi membolehkan individu untuk berinteraksi dan
berkomunikasi secara mudah dan berkesan. Oleh itu usaha AJK
PIBG SKPP menyediakan blog PIBG perlulah dipuji kerana ia
akan menjadi perantara antara pihak sekolah dan komuniti
untuk berkomunikasi dan berinteraksi.
Harapan saya dengan penghasilan blog ini, semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dapat
menyumbangkan idea dan pendapat dalam membantu
kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak di SKPP.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Tn.Hj.Ismail Bin Samad)
Yang Dipertua PIBG
SK Parit Penghulu