Anda di halaman 1dari 11

i

Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar,


Nurhidayah Jaafar & Tim Pengkaji Hadith Psikologi 2012
Terbitan Pertama : SEPTEMBER 2012
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fo-
tokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari-
pada Buku Pandai Publications
Diterbitkan oleh :
Buku Pandai Publications
Pengedaran Eksklusif :
www.downloadilmu.com
Hak Cipta
ii
Mendorong Pelajar Corot dengan
Teknik Nabi Muhammad
AinonMohd.
KhairulanizaKhairuddin
SitiKhadijahAbdGha!ar
NurhidayahJaafar
iii
E-bookiniditulisberpandukankajiandaneksperimentasiolehTimProjekKajianHadithPsikologi
Anggota Tim Projek Kajian Hadith Psikologi
Penasihat Projek
Prof. Emeritus Abdullah Hassan
Ketua Projek
Pn. Ainon Mohd.
Timbalan Ketua Projek
Pn. Wan Mazwati Wan Yusoff Ph.D.
Tim Penyelidik
Tn. Ahmad Saifuddin Yusof
Pn. Muna 'Izzah Fadzil
Pn. Rihan Hashim
Pn. Nor Hayati Mohd Redzwan
Tn. Asyraff Hafdzan Abdullah
Tn. Mohd. Yusry Yusopp
Guru Pelaksana Fasa Eksperimentasi:
Pn. Khairulaniza Khairuddin
Pn. Siti Khadijah Abd Ghaffar
Pn. Nurhidayah Jaafar
iv
E-book ini ditulis khusus bagi membantu guru-
guru yang mahu memberikan sumber dorongan
kepada pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi
rendah dalam bilik darjah.
Dalam teknik konvensional, apabila guru-guru
mahu mendorong pelajar supaya memperbaiki si-
kap dan tingkah laku, ataupun mahu memberi se-
mangat supaya mereka lebih rajin belajar, guru-
guru menggunakan teknik-teknik tradisional
seperti berikut:
a. Memarahi pelajar
b. Berleter dengan tujuan memberi nasihat
c. Mengugut dan mengancam
d. Mendenda dan menghukum
e. Memujuk
f. Memberi hadiah
E-book ini menerangkan teknik-teknik yang digu-
nakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau men-
dorong individu-individu yang mempunyai sikap
negatif dan melakukan kesalahan supaya mereka
mengubah sikap dan tidak mengulangi kesalahan
mereka.
Pada asasnya, teknik-teknik Nabi Muhammad itu
sangat efektif bagi mencapai dua matlamat da-
lam mendorong perubahan sikap dan tingkah
laku, yakni:
1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap
dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.
Pengenalan
v
2. Mendorong seseorang itu meningkat dan mem-
perbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya
bertambah-tambah baik.
3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah
lakunya yang buruk dan menggantikannya den-
gan tingkah laku yang baik.
Semua teknik yang diterangkan dalam buku ini
sudah di eksperimen oleh 3 orang guru, dan ha-
silnya menunjukkan teknik-teknik itu dapat men-
dorong perubahan tingkah laku di dalam bilik dar-
jah.
Buku ini memberikan laporan terperinci yang ditu-
lis oleh ketiga-tiga orang guru itu bagi menerang-
kan langkah demi langkah bagaimana mereka
menjalankan eksperimen dan perubahan tingkah
laku yang dihasilkan dalam eksperimen mereka.
Laporan terperinci itu dapat membantu guru-
guru lain mengulangi eksperimen yang mereka la-
kukan, dan melihat sendiri keberkesanan teknik-
teknik Nabi Muhammad yang diterangkan dalam
buku ini.
Meskipun buku ini melaporkan apa yang berlaku
di dalam bilik darjah, namun teknik-teknik ini
juga dapat digunakan dalam situasi lain, seperti
digunakan oleh ibu bapa ke atas anak-anak
mereka di rumah.
Selamat mencuba.
Ainon Mohd.
1
Teknik Guru Bertanya
Soalan Akhlak
Supaya Semua
Pelajar Dapat Angkat
Tangan
BAB 1
Pengenalan
Salah satu ciri psikologi tingkah laku pelajar kelas
corot adalah mereka sangat pasif. Tingkah laku pa-
sif adalah disebabkan oleh self-esteem yang amat
rendah. Mereka tidak mahu bertanya. Apabila
ditanya, mereka takut-takut mahu menjawab, aki-
batnya mereka tidak mahu angkat tangan, me-
skipun ada kalanya mereka tahu jawapannya.
Mereka menjawab apabila didesak ataupun
dipaksa-paksa. Mereka malu dan tidak yakin hen-
dak mengemukakan pendapat.
Pelajar-pelajar kelas corot percaya mereka bukan
pelajar pintar disebabkan faktor-faktor berikut:
1. Mereka ditempatkan di dalam kelas yang
dikhususkan untuk pelajar corot.
2. Mereka dilayan oleh guru-guru sebagai pelajar
tidak pintar, ini kerana tingkah laku guru ber-
beza apabila mereka melayan di dalam kelas
pelajar pintar.
3. Mereka mendapat markah rendah di dalam
buku-buku latihan.
4. Mereka gagal dalam ujian dan peperiksaan.
5. Apabila guru menyoal, mereka tidak berani
angkat tangan.
Guru dapat menaikkan self-esteem pelajar dengan
memberi peluang mereka semua angkat tangan
dan seGuru dapat menaikkan self-esteem pelajar
dengan memberi peluang mereka semua angkat
tangan dan seronok hendak menjawab pertanyaan
guru. Cara menaikkan self-esteem pelajar adalah
dengan bertanyakan soalan-soalan yang sudah
tentu mereka dapat jawab dengan rasa bangga.
Soalan-soalan akhlak adalah contoh soalan yang
mereka semua dapat angkat tangan dan suka men-
jawabnya kerana ia membuktikan mereka adalah
'budak baik' meskipun bukan 'budak pintar'. Gu-
2
Teknik Guru Bertanya Soalan Akhlak
Supaya Semua Pelajar Dapat
3
nakan soalan akhlak dalam sesi awal sebelum me-
mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P).
Dengan menggunakan soalan akhlak pelajar berasa
seronok dan suka mahu belajar. Apabila mereka
suka belajar perlahan-lahan mereka akan menjadi
'budak pintar'.
Teknik Nabi Muhammad
Salah satu jenis soalan yang Nabi Muhammad s.a.w
tanyakan kepada mereka yang ada bersama-sama
beliau adalah soalan akhlak. Contoh soalan akhlak
yang beliau pernah tanyakan adalah:
1. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang berpuasa pada hari ini?
2. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang hari ini menghantar jenazah?
3. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang hari ini memberi orang miskin makan?
4. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang hari ini melawat orang sakit?
Pada hujung sesi soal-jawab itu Nabi Muhammad
berkata: "Seseorang yang melakukan perkara-
perkara tersebut sudah tentu masuk syurga."
Hadis rujukan: 'Abu Bakar Masuk Syurga'
Laporan Eksperimen Puan Khairulaniza 1
Sebenarnya bukan mudah bagi guru menarik perha-
tian pelajar, terutama dalam sesi ceramah ataupun
taklimat, apatah lagi apabila melibatkan kumpulan
pelajar yang banyak seperti dalam perhimpunan be-
sar. Biasanya pelajar akan bising dan bercakap-
cakap.
Saya ingin mengaplikasikan teknik Nabi Muhammad
mengemukakan soalan akhlak supaya semua pela-
jar dapat angkat tangan dan suka menjawabnya.
Apabila pelajar-pelajar gembira tentunya mudah
bagi menarik mereka supaya memberi tumpuan
pada sesi ceramah ataupun taklimat yang disampai-
kan.
Berdasarkan hadis 'Abu Bakar Masuk Syurga', salah
satu jenis soalan yang Nabi Muhammad tanyakan
kepada mereka yang ada bersama-sama beliau ada-
4
Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa pada
suatu masa Nabi Muhammad pernah ber-
tanya: Siapakah antara saudara-saudara
sekalian yang berpuasa pada hari ini? Abu
Bakar menjawab, Saya. Beliau bertanya
lagi: Siapakah antara saudara-saudara
sekalian yang hari ini menghantar jenazah?
Abu Bakar menjawab, Saya. Beliau ber-
tanya lagi: Siapakah antara saudara-
saudara sekalian yang hari ini memberi or-
ang miskin makan? Abu Bakar menjawab,
Saya. Beliau bertanya lagi: Siapakah
antara saudara-saudara sekalian yang hari
ini melawat orang sakit? Abu Bakar menja-
wab, Saya. Lalu Nabi Muhammad berkata:
Seseorang yang melakukan perkara-
perkara tersebut sudah tentu masuk
syurga.
Hadis No. 543 dalam kitab Ringkasan
Sahih Muslim
lah soalan akhlak. Contoh soalan akhlak yang beliau
pernah tanyakan adalah:
1. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang berpuasa pada hari ini?
2. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang hari ini menghantar jenazah?
3. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang hari ini memberi orang miskin makan?
4. Siapakah antara saudara-saudara sekalian
yang hari ini melawat orang sakit?
Pada hujung sesi soal-jawab itu Nabi Muhammad
berkata: "Seseorang yang melakukan perkara-
perkara tersebut sudah tentu masuk syurga."
Kali pertama saya menggunakan teknik soalan se-
mua pelajar angkat tangan adalah ketika saya ber-
hadapan dengan pelajar-pelajar dalam program ori-
entasi tingkatan 4 di dewan sekolah. Sebelum mem-
beri taklimat ketua bidang, saya sudah meny-
ediakan soalan akhlak dalam minda saya. Saya juga
sudah mencatat di atas sehelai kertas respons yang
akan saya berikan sekiranya pelajar angkat tangan.
Saya baca dan tenung kertas tersebut berulang
kali. Menanyakan soalan akhlak memanglah mudah,
namun memberi respons kepada penghujung soa-
lan tersebut terasa sukar.
Soalan akhlak saya berbunyi: Siapakah antara
kamu yang hari ini mandi pagi?
5

Anda mungkin juga menyukai