Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 1 (Minggu 1)

Topik 1: Bincangkan maksud teknologi pendidikan. Nyatakan unsur-


unsur / elemen-elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan.
Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada warga guru.
Maksud Teknologi Pendidikan :
Teknologi pendidikan merupakan satu pendekatan sistematik yang
amat sesuai dan boleh diterima bagi proses penyelesaian satu-satu
masalah pengajaran dan pembelajaran.
( Derek Rowutre)
Satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan
menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan
meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
(Yusup Hashim)
Kepentingan teknologi pendidikan kepada warga guru:
i. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan
kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
ii. Menjimat masa, tenaga dan wang.
iii. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Contoh : penggunaan visual.
iv. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap
konsep melalui deria melihat, mendengar dan menyentuh.
v. Guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan
pembelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran : memperluaskan kaedah dan
penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru.
vi. Penjimatan masa & tenaga guru dalam proses p&p melalui
menggunaan teknologi pendidikan.
Penggunaan internet, persembahan multimedia & perisian dapat
memberikan penerangan yang lebih efektif dalam masa yang
singkat.
Elemen-elemen utama:
i. Domain reka bentuk
ii. Domain penggunaan
iii. Domain pengurusan
iv. Domain pembangunan
v. Domain penilaian




Rujukan :
Buku:
Norsiah binti Abdullah, 2009, Teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Yusup Hashim, 1945, Teknologi Instruksional, Universiti Pendidikan
Sultan Idris Tanjung Malim.
Internet:
Wikipedia.org/wiki/teknologi_pendidikan. Norasiah binti Abdullah, 2009,
Teknologi dalam pendidikan p&p, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong.

Anda mungkin juga menyukai