Anda di halaman 1dari 4

KRAF - Seni Tembikar

TEMBIKAR


1. PENGENALAN




Seni tembikar wujud di Tanah Melayu sejak beribu tahun dahulu. Buktinya terdapat
penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun,
Perak; dan Gua Niah, Sarawak.



Kawasan yang terkenal dengan seni tembikar
ialah:
a) Sayong, Kuala Kangsar, Perak ( Labu
Sayong )
b) Pulau Tiga, Parit, Perak
c) Kg. Mambong, Kuala, Krai Kelantan
( Tembikar Mambong )
d) Kg. Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
( Terenang )
e) Kg. Alor Merah, Kedah
f) Kuching, Sarawak


2. JENIS-JENIS TEMBIKAR
a- Geluk bekas air
b- Buyung bekas air
c- Jambangan bekas bunga
d- Labu bekas air
e- Bekas bara- membakar kemenyan
f- Perembunan menakung air embun
g- Terenang bekas air tertutup
h- Tembikar Mambong peralatan dapur spt periuk, belanga
i- Tembikar Sarawak menyimpan barang berharga, arak dan bunga















3. PROSES MEMBUAT TEMBIKAR

a) Proses Penyediaan Tanah Liat
Ambil tanah busut/sungai/sawah -> Keringkan/jemur -> Tumbuk hingga hancur ->
Buang bendasing -> Ayak -> Kacau dan campur air -> Peram semalaman -> Uli
hingga sebati -> Potong dengan dawai -> Uli semula -> Potong dengan dawai ->
Proses membentuk tembikar boleh dimulakan.


b)Proses Membentuk Tembikar
Proses membentuk tembikar boleh dilakukan dengan beberapa teknik, iaitu;
i. Teknik picit memicit tanah liat dari bahagian
tengah
ii. Teknik lingkaran tanah diuli dan dilingkar
membentuk tembikar
iii. Teknik kepingan kepingan tanah liat
dicantumkan
iv. Teknik acuan menekan tanah liat ke dalam
acuan kayu atau logam
v. Teknik putaran tanah liat di letak di atas roda
pemutar

c)Proses Pembakaran



Teknik tradisional pembakaran dedah
i. Pembakaran cara Sayong tembikar diletakkan di atas para selama 6 jam
dan
dimasukka ke dalam api selama 6 8 jam dan dimasukkan ke dalam sekam
padi
5 10 minit untuk menghitamkannya
ii. Pembakaran cara Pulau Tiga tembikar dikeringkan di sisi unggun api,
kemudian
dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kuning
kehitaman


Teknik Pembakaran Moden
i. Tanur kayu
ii. Tanur gas
iii. Tanur elektrik
iv. Tanur raku

Anda mungkin juga menyukai