Anda di halaman 1dari 3

Zikir selepas solat

Maksudnya:

"Aku memohon keampunanMu Ya Allah".
(tiga kali)



Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau sejahtera daripada keaiban, daripada Engkaulah (datangnya)
kesejahteraan, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai
Kebesaran dan Kemuliaan".
Doa ringkas selepas solat

Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga
dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta
ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta
masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan
kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua
mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau
akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau
kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau
Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan
peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke
atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah,
Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa ketika dukacita dan sedih

Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada
hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan
adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang
Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau
Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang
tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al -Quran penenang hatiku, cahaya di
dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.





Maksudnya:


Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada
kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan
berhutang dan paksaan orang.

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika
tidur atau rasa kesepian

Maksudnya:


Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada
kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan
syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Doa untuk memudahkan sebarang urusan
Maksudnya:


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan
kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Anda mungkin juga menyukai