Anda di halaman 1dari 2

9/23/13 Romatech Agro - Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi: Panduan Menggunakan pH Meter

romatechagro.blogspot.com/2009/04/panduan-menggunakan-ph-meter.html 1/2
romatechagro.blogspot.com http://romatechagro.blogspot.com/2009/04/panduan-menggunakan-ph-meter.html
Panduan Menggunakan pH Meter
Panduan Penggunaan
1. Mula-mula buka penutup di bahagian bawah.
2. Kemudian basuh elektrod dengan cara mengacau pH meter tersebut pada air
bersih atau dengan melalukan air kepada elektrod dan lap dengan kain atau
kertas yang menyerap.
3. Tekan butang "ON" untuk menghidupkan PH meter.
4. Masukkan elektrod ke dalam cecair yang hendak diukur PH-nya.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga bacaan PH menjadi stabil.
6. Tekan butang "HOLD" jika anda ingin menyimpan data bacaan. Jika anda
ingin mengukur sekali lagi, tekan butang "HOLD" sekali lagi.
7. Selepas selesai menggunakannya, bersihkan hujung elektrod dengan air
bersih untuk mengelakkan bacaan PH yang tidak betul dimasa hadapan.
8. Pastikan anda menutup semula penutup PH meter selepas digunakan.
Penjagaan
Membuat Pelarasan (Calibration) :-
1. Masukkan elektrod ke dalam bahan penguji 6.86 (atau pH 7);standard buffer solution; dan kacau
secara perlahan-lahan.
2. Pusingkan skrew "TRIMMER" sehingga mendapat bacaan yang sepatutnya. Basuh elektrod dengan air
bersih dan lap untuk mengeringkannya.
3. Masukkan elektrod dalam standard buffer solution pH 4.01 atau pH 9.18 atau pH 10.
4. Tunggu hingga bacaan menunjukkan pH 10.
9/23/13 Romatech Agro - Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi: Panduan Menggunakan pH Meter
romatechagro.blogspot.com/2009/04/panduan-menggunakan-ph-meter.html 2/2
PERINGATAN !!
1. Bahagian kaca elektrod adalah mudah pecah (fragile). Berhati-hati semasa mengendalikannya.
2. Cuci elektrod dengan air bersih.
3. Tukar bateri di bahagian atas seperti gambar jika bacaan pH tidak muncul.
4. Tukar elektrod mengikut aturan seperti gambar.
Maklumat dan keperluan tentang pH Meter ... baca lagi