Anda di halaman 1dari 12

SUSUN ATUR BILIK SAINS

1


Bilik sains adalah kelas di mana PdP Sains dijalankan. Kebiasaannya, Bilik
Sains diperuntukkan bagi PdP murid di sekolah rendah. Makmal Sains pula
merupakan kemudahan bagi PdP murid sekolah menengah. Namun begitu, terdapat
juga sekolah rendah yang menyediakan kemudahan Makmal Sains bagi murid-
muridnya. Seharusnya Bilik Sains mempunyai kemudahan asas yang membolehkan
aktiviti seperti demonstrasi dan eksperimen dijalankan. Terdapat program yang
dijalankan untuk memastikan standard dan keceriaan Bilik Sains atau Makmal Sains.
Contohnya, program penarafan bintang Makmal Sains untuk tujuan penanda arasan.

Contoh Bilik Sains bagi kemudahan murid sekolah rendah
SK Taman Seri Gombak 2 (SKTSG2) mempunyai kemudahan dua Makmal
Sains bagi kegunaan muridnya. Walaupun Makmal Sains diperuntukkan bagi murid
sekolah menengah namun, ia juga relevan dan sesuai bagi kegunaan murid
SKTSG2. Terdapat pelbagai aktiviti keceriaan yang telah dibuat terhadap Makmal
Sains SK Taman Seri Gombak 2 (SKTSG2) sesuai dengan tema yang terdapat
dalam PdP Sains. Makmal Sains ini telah disusun atur mengikut keperluan dan
kemudahan murid-murid yang menggunakannya.

Papan tanda Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2
SUSUN ATUR BILIK SAINS

2


Lukisan mural di Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2

Lukisan fasa-fasa bulan di dinding Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2

Lukisan kitar air di dinding Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2
SUSUN ATUR BILIK SAINS

3

Pelan lantai Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2
Bilik Persediaan
Papan Kenyataan Papan Putih

Papan Hitam Pintu
























Pintu
Meja Guru
Dinding Mural

Meja Murid
S
i
n
k
i

Pintu

Meja Murid

Meja Murid

Meja Murid

Meja Murid

Meja Murid
SUSUN ATUR BILIK SAINS

4

Templat Susunan Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2 bagi Aktiviti Stesen
Bilik Persediaan
Papan Kenyataan Papan Putih

Papan Hitam Pintu
























Pintu
Meja Guru
Dinding Mural
Stesen 2:
Larva Oh
Larva
S
i
n
k
i

Pintu
Stesen 1:
Mari Sentuh
Saya
Stesen 3:
Bot Air
Terapung
Stesen 4:
Telefon Mini
Stesen 6:
Kembangkan
Saya
Stesen 5:
Cas Elektrik
SUSUN ATUR BILIK SAINS

5


Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2 telah dilengkapi dengan pelbagai
informasi dan bahan bagi membantu PdP Sains. Namun begitu, terdapat beberapa
penambahbaikan dan pengubahsuaian yang perlu dibuat bagi aktiviti stesen. Aktiviti
stesen ini dibuat bersempena dengan aktiviti bulan Panitia Sains SK Taman Seri
Gombak 2.
Pengubahsuaian tidak boleh dilakukan pada susun atur meja di Makmal
Sains SK Taman Seri Gombak 2 kerana meja di makmal diperbuat daripada kayu
yang kukuh dan sukar dialihkan. Oleh itu, susun atur perlu diuruskan dengan
mengambil kira aktiviti stesen yang sesuai dengan kedudukan meja dan kemudahan
lain seperti sinki air dan tingkap.
Terdapat 6 aktiviti Sains yang telah dipilih bagi aktiviti stesen. Setiap aktiviti
diletakkan pada stesen yang berlainan. Aktiviti stesen telah disusun atur mengikut
kedudukan meja murid di makmal sains. Aktiviti Mari Sentuh Saya dijadikan
sebagai aktiviti stesen 1. Aktiviti ini merangsang inkuiri murid berkenaan bahan
konduktor dan bahan penebat. Model yang digunakan dinamakan kumbang
elektrik. Murid boleh menyentuhkan wayar yang disambung dengan sel kering dan
mentol pada bahan-bahan yang terdapat di meja. Bahan-bahan itu adalah syiling 10
sen, pemadam, klip kertas, kertas dan paku besi.

Contoh kumbang elektrik yang digunakan dalam aktiviti Mari Sentuh Saya
SUSUN ATUR BILIK SAINS

6

Seterusnya aktiviti di stesen 2 adalah Larva Oh Larva. Murid boleh
menghasilkan tunjuk cara gunung berapi dengan menggunakan model gunung
berapi, cuka, pewarna merah dan soda bikarbonat.

Contoh model gunung berapi yang digunakan ketika aktiviti Larva Oh Larva

Aktiviti Bot Air Terapung pula dijadikan aktiviti di stesen 3. Murid boleh
menghasilkan bot air yang terapung di atas air dengan menggunakan botol mineral,
gelang getah, belon, penyedut minuman, pita pelekat dan sebesen air.

Contoh lakaran Bot Air Terapung

Aktiviti Telefon Mini pula dijadikan aktiviti di stesen 4. Kognitif murid
dirangsang untuk menghasilkan telefon dengan menggunakan cawan polisterin, tali
dan gunting. Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan.

SUSUN ATUR BILIK SAINS

7


Contoh bagaimana hujung tali diikat pada lubang di tapak cawan polisterin
Selain itu, Cas Elektrik dijadikan aktiviti di stesen 5. Murid dikehendaki
menggunakan dua biji belon dan rambut pada kepala rakan mereka untuk
menghasilkan cas elektrik. Belon pertama akan digosokkan pada belon kedua.
Setelah itu, belon didekatkan pada rambut seorang murid. Cas elektrik kelihatan
apabila rambut ditarik untuk mendekati belon.

Contoh tindak balas cas elektrik yang berlaku dalam aktiviti Cas Elektrik
Stesen 6 pula menawarkan aktiviti Kembangkan Saya. Aktiviti di stesen 6 ini
mengkehendaki murid supaya menggunakan yis untuk mengembangkan belon. Yis
diletakkan dalam kelalang kon yang berisi air dan belon diletakkan pada mulut
kelalang kon. Murid akan melihat perubahan apabila belon mengembang setelah
diletakkan pada mulut kelalang kon.

Contoh aktiviti Kembangkan Saya
SUSUN ATUR BILIK SAINS

8


Setiap aktiviti stesen yang dirancang mempunyai rasional yang tersendiri.
Oleh kerana meja di Makmal Sains SK Taman Seri Gombak 2 tidak boleh dialihkan
maka, aktiviti stesen yang dipilih perlu dirancang dengan teliti berdasarkan kriteria-
kriteria tertentu.
Antaranya ialah aktiviti di stesen 1 iaitu Mari Sentuh Saya diletakkan di meja
berhampiran pintu untuk menarik perhatian murid terhadap aktiviti stesen. Apabila
murid menyentuhkan sesungut kumbang elektrik pada bahan konduktor seperti
paku besi, mentol akan menyala. Tindak balas ini akan membuatkan murid berasa
seronok dan tertarik. Aktiviti ini juga akan memberi kesedaran kepada murid bahawa
Sains itu berada di sekeliling kehidupan mereka.
Selain itu, aktiviti di stesen 6 iaitu Kembangkan Saya ditempatkan di stesen
yang berhampiran tingkap. Ini penting untuk mendapatkan sistem pengudaraaan
yang baik kerana aktiviti ini melibatkan pelepasan gas karbon dioksida. Tindak balas
ini berlaku apabila yis bernafas ketika dicampurkan dengan air di dalam kelalang
kon. Pelepasan gas karbon dioksida ini akan menyebabkan belon mengembang.
Seterusnya, segala aktiviti yang melibatkan penggunaan air iaitu aktiviti di
stesen 2, 3 dan 6 diletakkan berhampiran dengan sinki. Ini adalah untuk
memudahkan urusan mendapatkan air bagi menjalankan aktiviti. Aktiviti-aktiviti
tersebut juga tidak diletakkan di meja berhampiran pintu masuk atas aspek
keselamatan. Ini untuk mengelakkan murid terjatuh kerana tergelincir disebabkan air
daripada aktiviti yang tumpah ke lantai.







SUSUN ATUR BILIK SAINS

9


AKTIVITI SUMBER YANG
DIPERLUKAN
LANGKAH-LANGKAH
AKTIVITI STESEN
Stesen 1:
Mari Sentuh Saya
Bahan untuk membuat
kumbang elektrik:-
1. Bateri
2. Tanah liat
3. Pita pelekat
4. Mentol
5. Wayar
6. Kertas warna
7. Kerajang aluminium

Bahan untuk diuji:-
1. Syiling 10 sen
2. Pemadam
3. Klip kertas
4. Kertas
5. Paku besi



1. Buat sambungan wayar
dengan mentol dan bateri.
Mentol dan bateri
dilekatkan dengan pita
pelekat.

2. Lekatkan mentol dan
bateri dengan
menggunakan tanah liat.
Uji nyalaan mentol
dengan menyentuh
kedua-dua hujung wayar.

3. Balut bateri dengan
menggunakan kertas
berwarna. Tambahkan
sayap dan mata mengikut
kreativiti.

4. Balut kedua-dua
hujung wayar dengan
menggunakan kerajang
aluminium. Setiap bahan
diuji satu persatu.

5. Sentuh setiap bahan
yang ingin diuji dengan
kedua-dua hujung
sesungut rama-rama.
Perhatikan mentol
SUSUN ATUR BILIK SAINS

10

samada menyala atau
tidak.
Stesen 2:
Larva Oh Larva
1. Model gunung berapi
2. Pewarna merah
3. Cuka
4. Soda Bikarbonat

1. Masukkan pewarna
merah, cuka dan soda
bikarbonat ke dalam
lohong model gunung
berapi.

2. Lihat apa yang berlaku
setelah kesemua bahan
tersebut dimasukkan ke
dalam lohong model
gunung berapi.
Stesen 3:
Bot Air Terapung
1. Dua biji botol mineral
2. Penyedut Minuman
3. Belon
4. Pita pelekat
5. Air
6. Gunting
7. Besen
1. Lekatkan belon dan
penyedut minuman
dengan menggunakan
pita pelekat.

2. Lekatkan penyedut
minuman pada botol
mineral yang pertama.

3. Lekatkan kedua-dua
botol mineral dengan
gelang getah supaya
melekat dengan kuat.

4. Tiup belon sehingga
kembang. Lepaskan
belon ke dalam air yang
ada di dalam besen.

5. Perhatikan samada bot
SUSUN ATUR BILIK SAINS

11

boleh terapung dan
bergerak di atas air
ataupun tidak.
Stesen 4:
Telefon Mini
1. 2 biji cawan polisterin
2. Tali
3. Gunting
1. Lubangkan tapak
kedua-dua cawan
polisterin dengan
menggunakan gunting.

2. Gunting tali sebanyak 1
meter. Ikat hujung tali
pertama di lubang yang
dibuat pada cawan
polisterin pertama.

3. Ikat hujung tali yang
satu lagi pada cawan
polisterin kedua.

4. Aktiviti dijalankan
secara berpasangan.

5. Letakkan mulut cawan
polisterin pertama pada
telinga (murid pertama).

6. Bercakap dengan
perlahan pada cawan
polisterin kedua (murid
kedua). Pastikan tali
ditarik dengan tegang.

7. Dengar apa yang
dikata oleh murid kedua
SUSUN ATUR BILIK SAINS

12

melalui cawan polisterin
yang diletakkan di telinga
tadi.
Stesen 5:
Cas Elektrik
1. 2 biji belon
2. Rambut pada kepala
seorang murid

1. Gosokkan kedua-dua
biji belon.

2. Lihat cas elektrik yang
terhasil apabila rambut
ditarik untuk melekat
pada belon.
Stesen 6:
Kembangkan Saya
1. Kelalang kon
2. Yis
3. Air
1. Letakkan yis dalam
kelalang kon yang berisi
air.

2. Letak belon pada mulut
kelalang kon.

3. Perhatikan perubahan
yang berlaku apabila
belon mengembang
setelah diletakkan pada
mulut kelalang kon.

Anda mungkin juga menyukai