Anda di halaman 1dari 19

IBADAH :

AKHLAK MUSLIM
2
AKHLAK MUSLIM
TERHADAP AGAMA ISLAM
Definisi akhlak:
Dari segi bahasa budi pekerti dan
kesopanan seseorang
Dari segi istilah kekuatan jiwa yang
melahirkan amalan-amalan zahir.
Akhlak disebut mahmudah (terpuji), dan
yang melanggarnya pula disebut mazmumah
(tercela)
3
KEISTIMEWAAN AJARAN
ISLAM
Di antara keistimewaan ajaran Islam yang perlu
kita ketahui ialah:
a. Islam bersifat ajaran Ilahi ( Rabbaniyyah)
b. Islam bersifat sempurna (Syumuliyyah)
c. Islam bersifat membangun tamadun
(Hadhariyyah)
d. Islam bersifat berterusan (Istimrariyyah)
e. Islam bersifat sejagat (Alamiyyah)
4
a. ISLAM BERSIFAT AJARAN
ILAHI (RABBANIYYAH)
Segala ajaran yang terdapat dalam Islam
ialah semata-mata ajaran Ilahi
(Rabbaniyyah).

Dengan sifat ini menyebabkan ajaran Islam
dapat hidup kekal serta dapat mengatasi
segala masalah dalam kehidupan manusia.

Pengetahuan Allah s.w.t meliputi segalanya.
5
a. ISLAM BERSIFAT AJARAN
ILAHI (RABBANIYYAH)

Dengan memahami ajaran Islam, maka
orang Muslim akan lebih jelas tentang tujuan
hidupnya dan dapat memahami dan
menerima syariat Allah s.w.t.

6
b. ISLAM BERSIFAT SEMPURNA
(SYUMULIYYAH)
Islam adalah agama yang sempurna dan
syumul.

Paling utama, Islam mendidik manusia
mengenai hubungan manusia kepada
Penciptanya sendiri.

Ajaran Islam meliputi semua perkara dan
seluruh bidang kehidupan.
7
b. ISLAM BERSIFAT SEMPURNA
(SYUMULIYYAH)
Islam mendidik umatnya mengenai
kepercayaan, amalan, akhlak dan tatacara
dalam pelbagai aspek kehidupan seharian.

Firman Allah, Dan Kami turunkan
kepadanya al-Kitab (al-Quran) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk
serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-
orang yang berserah diri. (al-Nahl:89)
8
c. ISLAM BERSIFAT MEMBANGUN
TAMADUN (HADHARIYYAH)
Ajaran Islam mengandungi peraturan-
peraturan yang dapat mengubah masyarakat
jahiliyyah serta membangunkan masyarakat
Islam dengan struktur yang baru.

Setiap perintah dan larangan dalam Islam
perlu difahami dan dihayati kerana
merupakan pedoman serta petunjuk bagi
manusia dalam menjalani hidup di dunia dan
mempersiapkan diri bagi alam akhirat.
9
d. ISLAM BERSIFAT
BERTERUSAN (ISTIMRARIYYAH)
Ajaran Islam tetap relevan walaupun berlaku
perubahan keadaan dan zaman.

Juga sesuai bagi semua lapisan masyarakat
dari zaman dahulu hingga ke akhir zaman.

Sunnah Rasulullah merupakan sumber
kedua selain al-Quran serta pelengkap bagi
sistem Islam
10
e. ISLAM BERSIFAT SEJAGAT
(ALAMIYYAH)
Ajaran Islam tidak dikhususkan bagi kaum,
daerah atau negeri tertentu sahaja.

Islam mengandungi peraturan bagi seluruh
umat manusia di dunia ini yang merupakan
petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam.
11
IDENTITAS SEORANG MUSLIM
Allah telah mengkategorikan Muslim kepada
3 golongan:

a. Golongan yang menganiaya diri
mereka sendiri
Yaitu mereka yang mengaku Islam
tetapi tidak mempunyai pegangan yang
kuat kepada ajaran-ajaran Allah s.w.t
1 12
IDENTITAS SEORANG MUSLIM
b. Golongan yang bersikap
pertengahan
Yaitu mereka mempunyai sikap
dualisme dalam kehidupan. Mempunyai
pegangan yang kuat terhadap Islam
serta menjalankan perintah Allah, tetapi
pada masa yang sama kadang kala
melanggar larangan Allah.
13
IDENTITAS SEORANG MUSLIM
c. Golongan yang bersegera dalam
melaksanakan kebajikan dan amal
kebaikan
Iaitu orang-orang yang sentiasa
berlandaskan kepada ajaran suci Islam.
Serta sentiasa berusaha untuk
mengukuhkan keimanan serta
mencapai tahap ketakwaan yang
sempurna.
14
IBADAH SEBAGAI TUJUAN
HIDUP
Ubudiyyah (pengabdian) dalam Islam
merupakan kemuncak bagi sifat ketaatan
dan kepatuhan terhadap Allah s.w.t.
Ibadah terbahagi kepada 2:
Ibadah umum Ibadah khusus
Segala aktiviti kehidupan
manusia merangkumi
percakapan dan
perbuatan.
Solat, puasa, zakat
dan haji
15
IBADAH SEBAGAI TUJUAN
HIDUP
Beberapa sifat perlu ditanam untuk perbaiki
ibadah adalah seperti berikut:

a. Ihsan
b. Khusyu
c. Harap dan takut
d. Mengambil berat tentang ibadah sunat
16
AL-QURAN SEBAGAI
SUMBER AKHLAK

Al-Quran merupakan sumber rujukan bagi
seluruh umat Islam bagi perkara-perkara
yang berkaitan dengan aqidah, ibadah dan
pembinaan akhlak.

Tujuannya agar manusia memperoleh
petunjuk ke arah jalan yang benar dan
akhlak yang terpuji.
17
AL-QURAN SEBAGAI
SUMBER AKHLAK
Di antara sikap Muslim terhadap al-Quran:
1. Berusaha mendekati al-Quran dengan hati
yang ikhlas.
2. Berusaha membacanya secara tertib dan
mengikuti hukum tajwid.
3. Berusaha memahami makna kandungan
al-Quran supaya dapat menghayatinya.
4. Berusaha mempraktikkan segala ajaran
Allah s.w.t.
18
RASULULLAH SEBAGAI
CONTOH TERBAIK
Rasulullah diutus untuk mendidik serta
mempertingkatkan kesucian dan kemuliaan
hati, fikiran dan akhlak manusia.

Dikenali dengan sifat al-amin yaitu orang
yang dipercayai.

Baginda sebagai uswatun hasanah yaitu
contoh tauladan yang terbaik bagi manusia.
19
RASULULLAH SEBAGAI
CONTOH TERBAIK

Apabila seseorang itu mentaati Rasulullah
dengan penuh rela dan ikhlas, maka berarti
mereka juga telah berlaku taat dan patuh
terhadap Allah s.w.t. dan akan dicintai oleh-
Nya.