Anda di halaman 1dari 5

WATAK DAN PERWATAKAN

1.WATAK UTAMA

FUAD

Perwatakan Fizikal

1. Seorang pemuda berusia 27 tahun. Berbangsa Cina Melayu.
2. Nama asalnya Abdul Halim dan Joshua
3. Lulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti terkenal di Amerika Syarikat
4. Anak kepada Robert Lim dengan Mariana
5. Guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia
6. Anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah
7. Anbang seibu dengan Farhana dan abang sebapa dengan Sofea

Sifat

1. Penyabar
Fuad amat sabar apabila berhadapan dengan sikap Mak Salmah yang tidak menegurnya kerana
masih marah akan tindakannya melarikan Sofea (anak angkat Mak Salmah). Fuad terus sahaja
tinggal di rumah Mak Salmah walaupun Mak Salmah tidak bertegur sapa dengannya.

2. Bertanggungjawab
Fuad melaksanakan tugasnya sebagai guru dengan penuh tanggungjawab. Fuad mengadakan kelas
bimbingan selepas waktu persekolahan untuk pelajar Tingkatan Lima walaupun terpaksa pulang
lewat.

3. Tabah
Fuad tabah menjalani hidupnya yang penuh cubaan. Dia berpisah dengan ibu sejak kecil dan tidak
pernah mengenali ibunya. Fuad mengalami dugaan yang hebat mengetahui farhana yang dicintainya
ialah adiknya sendiri tetapi dengan tabah menerima kenyataan malah memujuk Farhana agar banyak
bersabar.

4. Penyayang
Fuad amat menyayangi Peter Lim , bapa saudaranya yang telah membelanya sehingga dewasa.
Fuad pulang ke Sungai Ruan untuk menziarahi Peter Lim dan adik-adik sepupunya.

5. Amanah
Fuad melaksanakan tugas sebagai guru dengan amanah . Fuad tidak pernah ponteng tugas
mengajar malah sentiasa bersungguh-sungguh mengajar pelajarnya.

6. Kuat /taat beribadat : taat perintah agama
Fuad tidak pernah meninggalkan solat .Fuad berhenti si sebuah masjid di Kemaman untuk
menunaikan solat zuhur sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Ruan.

7. Pemurah/suka membantu
Fuad menanggung semua perbelanjaan perkahwinan Borhan dan Masinah.
Fuad membelikan sebuah motosikal untuk memudahkan Pak Ismail ke kedai dan menghadiri kenduri
bersama-sama Mak Salmah.

8. Prihatin/mengambil berat
Fuad amat mengambil berat tentang diri Farhana terutama semasa Farhana menghadapi masalah
menjaga ibunya yang sakit. Fuad sanggup menemani Farhana menjaga ibunya yang sakit di hospital.


FARHANA

Perwatakan Fizikal

Seorang gadis berusia 25 tahun.
Guru dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di SMK Seri Setia.
Lulusan jurusan Pendidikan dari United Kingdom
Anak sulung daripada 5 orang adik beradik ;Muhammad Fikri, Muhammad Fadil, Muhammad Syukri
dan Muhammad Faisal.
Anak kepada pasangan Fakrudin dan Mariana

Sifat/Perwatakan

1. Bertanggungjawab
Farhana seorang anak yang bertanggungjawab. Dia sanggup bercuti semata-mata mahu menjaga
ibunya yang sering sakit.

2. Penyayang
Farhana seorang anak dan kakak yang penyayang. Waktu cuti sekolah dihabiskan bersama-sama
keluarganya di Taman Tas , Kuantan, Pahang.

3. Tegas
Farhana amat tegas semasa berkerja. Dia tidak menyukai sikap Cikgu Zamani yang sering ponteng
kelas dan sering menegur sikap Cikgu Zamani sehingga berlaku pertengkaran di dalam bilik guru.

4. Periang
Farhana seorang gadis yang periang, mudah bergurau dengan sesiapa sahaja dan sering ketawa.
Farhana secara bergurau meminta Fuad duduk di kerusi ketika berbincang kerana Fuad yang tinggi
menyebabkannya terpaksa mendongak untuk melihat Fuad.



PAK ISMAIL

Perwatakan Fizikal

Suami Mak Salmah
Bapa angkat Fuad dan Sofea
Pembimbing Fuad dalam hal agama
Bekas pekerja Robert Lim
Bapa angkat kepada anak Robert Lim dan Susan iaitu Sofea

Sifat /perwatakan

1. Penyayang
Seorang suami yang penyayang. Pak Ismail menjaga Mak Salmah yang sakit akibat kematian anak
mereka Sofea

2. Taat perintah agama
Tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di surau.


3. Bertanggungjawab
Seorang bapa angkat yang amat bertanggungjawab. Dia membimbing Fuad mendalami bacaan Al-
Quran dan amalan hidup Islam.
Mengajar Fuad membaca Al quran selepas solat Maghrib di surau.

4. Tidak berdendam/baik hati
Pak Ismail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik setelah Robert Lim menerangkan tujuan
kedatangannya pada suatu malam. Robert Lim dipelawa naik ke rumahnya dan Pak Ismail bersama-
sama Robert Lim dan Chin ke Kuantan untuk mengesahkan cerita Fuad tentang Mariana


MAK SALMAH

Perwatakan Fizikal

1. Isteri Pak Ismail
2. Ibu angkat kepada Sofia


1. Baik hati
Menjaga makan minum Fuad dengan baik walaupun masih marah akan tindakan Fuad melarikan
Sofia dari jagaannya.

2. Penyayang
Mak Salmah amat menyayangi Sofia sehingga jatuh sakit selama sebulan selepas kematian Sofia

3. Taat akan suami
Mak Salmah tidak membantah tindakan Pak Ismail membenarkan Fuad tinggal bersama-sama
mereka waaupun dia amat marah akan perbuatan Fuad melarikan Sofia.

4. Taat perintah agama
Mak Salmah menunaikan kewajipan bersolat dengan tekun. Ketiaka Fuad sampai ke rumah pada
waktu Maghrib, Mak Salmah baru sahaja selesai solat Maghrib.
Mak Salmah menunaikan umrah bersama-sama Pak Ismail, Mariana dan Fuad di Mekah.
MARIANA

1. Ibu kepada Farhana dan Fuad
2. Berkahwin dengan Robert Lim dan Fakrudin
3. Anak kepada Osman
4. Tinggal di Lembah Klau
5. Ditinggalkan oelh Robert Lim setelah 3 bulan berkahwin
6. Berpenyakit semput
7. Mengalami depresi selepas melahirkan Abdul Halim (gila meroyan)


Sifat /perwatakan

1. Penyayang
Sayang akan anak-anaknya iaitu Farhana dan 4 orang adik Farhana
Amat merindui dan mengingati Abdul Halim walupun sudah 27 tahun berpisah.

2. Amat mengambil berat tentang anak-anaknya
o Sentiasa bertanya Farhana tentang kesediaannya untuk berkahwin
o Sentiasa mengharapkan Farhana mendapat suami yang bertanggungjawab
o Berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya dengan baik semasa dia ke Mekah mengerjakan
umrah bersam-sama Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah.

3. Perahsia
Mariana amat berahsia tentang masa silamnya dengan Robert Lim daripada pengetahuan Farhana
dan adik-adik Farhana.


CIKGU ABAS

PERWATAKAN Fizikal

1. Guru Penolong Kanan 1 SM Seri Setia.



Sifat/perwatakan

1. Prihatin
Amat prihatin akan masalah pelajar Tingkatan Lima yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris lalu
mengambil langah memujuk Fuad menjadi guru sandaran di SM Seri Setia.

2. Tegas
Seorang yang tegas ketika melaksanakan tugas. Beliau menluahkan rasa tidak puas hati tentang
sikap guru yang tidak bertanggungjawab ketika melaksanakan tugas dan dengan tegas memberitahu
guru-guru tentang tindakan yang akan diambil jika guru-guru di SM Seri Setia masih tidak
menjalankan tugas dengan betul.

3. Pandai memujuk
Cikgu Abas berupaya memberi keyakinan kepada Fuad untuk memberi khidmat sebagai guru
sandaran walaupun Fuad tidak ada langsung pengalaman mengajar sebelum ini.

4. Bertanggungjawab
Cikgu Abas amat bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas. Dia sentiasa melakukan
pemantauan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru dengan baik.
Semasa berada di kantin, dia memerhati kelas Fuad dan amat berpuas hati dengan kesungguhan
Fuad membantu pihak sekolah

5. Robert Lim

PERWATAKAN
Bapa Fuad
Suami pertama Mariana
Berkahwin dengan Susan setelah meninggalkan Mariana
Mempunyai tiga orang anak dengan Susan
Bekas majikan Pak Ismail
Mengalami masalah dalam perniagaan
Mengalami krisis dengan Fuad kerana sikapnya yang tidak serius berpegang pada agama.
Adik beradik dengan Peter Lim
Menanggung perbelanjaan Peter Lim sekeluarga

Sifat
1. Penyayang
Walaupun mengalami krisis dengan Fuad, dia masih memasukkan wang senyak RM200,000 ke
dalam akaun Fuad kerana tahu Fuad tidak mempunyai pekerjaan.
Menghantar Chin untuk berjumpa Fuad bagi mengetahui perkembangan hidup Fuad.


FAKRUDIN

Bapa Farhana
Suami kedua farhana
Anggota tentera
Mengalami sakit usus sehingga menyebabkan kematian

1. Bertanggungjawab
Membelikan sebuah rumah untuk Mariana dan anak-anak semasa sedang berkhidmat sebagai polis


2. Penyayang
Amat menyayangi Mariana dan tidak pernah bertanya tentang masa silam Mariana sebaliknya
menjaga Mariana dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai