Anda di halaman 1dari 11

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Matematik

1 Tarikh / Hari 24 Februari 2014 (Isnin)


2 Mata Pelajaran Matematik
3 Tahun 3 Brilliant
4 Masa 9.40-10.40 pagi
5 Bilangan Murid 20 orang (Hadir: ____/20)
6 Bidang Pembelajaran Nombor Bulat
7 Tajuk Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 000
8 Standard Kandungan Murid dibimbing untuk:
2.1 Menambah sebarang dua nombor

9 Standard Pembelajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk:
i. Menambah sebarang dua nombor empat digit tanpa mengumpul semula
10 Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah pernah menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan pengumpulan
semula dan tanpa pengumpulan semula
11 Kosakata/ terminologi Dekak, ribu, puluh ribu
12 Bahan Sumber P&P Kertas warna, manila kad, kertas lukisan, kertas A4, gam, gunting, warna, kotak dan gambar
13 Proses Berkomunikasi, membuat penerangan dan membuat perkaitan
14 Kemahiran Mengenalpasti, membanding beza, menganalisis dan menjana idea
15 Sikap dan Nilai Nilai peribadi (Berani, teliti, disiplin, sabar dan berkeyakinan) Nilai interaksi (bekerjasama,
kerja berpasukan dan saling membantu), Nilai procedural (berkomunikasi dan berinteraksi)
16 Elemen Merentas Kurikulum
(EMK)
Kreativiti ( murid mengaplikasikan daya imaginasi untuk menyelesaikan masalah)
















Fasa Isi Kandungan Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Cadangan Komunikasi
Persediaan
(10 minit)

Pemerhatian dan
Analisis

Operasi tambah dalam
lingkungan 1 000
1. Guru mengimbas kembali pengetahuan
sedia ada murid dengan bertanyakan
soalan berkaitan dengan operasi tambah.
2. Guru mengedarkan kad nombor berwarna
dan kad soalan operasi tambah yang
mengandungi dua nombor tiga digit.
3. Kemudian, guru meminta murid mencari
kumpulan mereka berdasarkan kad nombor
dan kad soalan yang diperolehi.
4. Kad soalan operasi tambah dua nombor
tiga digit yang mempunyai hasil tambah
yang sama dengan kad nombor berwarna
merupakan satu kumpulan yang sama.
5. Murid akan duduk di dalam kumpulan yang
dikelaskan mengikut warna pada kad
nombor
6. Guru mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk
pengajaran yang akan disampaikan.



Apakah yang kamu faham
berkaitan dengan tambah? Adakah
semakin banyak atau semakin
kurang?

Cari kumpulan kamu masing-
masing berdasarkan kad soalan
yang cikgu edarkan

Duduk dalam kumpulan kamu
masing-masing dalam keadaan
selesa

Adakah kad soalan yang kamu
pegang adalah hasil tambah yang
sama dengan kad nombor
berwarna yang rakan kamu
pegang? Bagaimana kamu tahu?






















Imaginasi
(15 minit)

Penjanaan idea

Sintesis idea
Operasi tambah tanpa
pengumpulan semula
dalam lingkungan 10 000
1. Dalam kumpulan warna yang telah
dikelaskan, guru memperkenalkan
pembelajaran hari ini iaitu operasi
tambah dalam lingkungan 10 000
kepada murid.
2. Guru mengedarkan dekak kepada setiap
kumpulan
3. Dengan mengunakan dekak, guru
Sebelum ini, kita telah belajar
operasi tambah dua nombor tiga
digit kan?
a) Sa
b) Puluh
c) Ratus

Hari ini kita akan belajar operasi
menerangkan tentang langkah membuat
penyelesaian operasi tambah 2 nombor
empat digit. Langkah yang boleh diambil:
a) Campurkan angka dalam nilai tempat
sa
b) Campurkan angka dalam nilai tempat
puluh
c) Campurkan angka dalam nilai tempat
ratus
d) Campurkan angka dalam nilai ribu

4. Murid meneliti cara guru menyelesaikan
operasi tambah menggunakan dekak
5. Guru meminta murid menyelesaikan
masalah operasi tambah menggunakan
dekak
Contoh soalan/masalah operasi tambah
a) 6045 + 3122
b) 1223 +3311
c) 7441 + 1412
6. Guru membimbing murid menyelesaikan
masalah operasi tambah menggunakan
tambah dua nombor empat digit
pula. Iaitu:
a) Sa
b) Puluh
c) Ratus
d) Ribu

Dalam kumpulan, bincang
bagaimana hendak menggunakan
dekak untuk menyelesaikan operasi
tambah? Kemudian terangkan
kepada kelas.

Kumpulan Biru, tunjukkan kepada
kelas bagaimana kamu
menyelesaikan soalan 6045 + 3122
menggunakan dekak.

Kumpulan Merah pula, tunjukkan
kepada kelas bagaimana hendak
menyelesaikan soalan 1223 +3311
menggunakan dekak
dekak
7. Murid menyelesaikan operasi tambah
dua nombor empat digit menggunakan
dekak mengikut kumpulan masing-
masing.









Yang terakhir, Kumpulan Kuning
terangkan kepada kelas bagaimana
hendak mencari jawapan bagi
soalan 1223 +3311.

Adakah semua faham bagaimana
hendak menyelesaikan operasi
tambah menggunakan dekak?
















Perkembangan
(14 minit)

Penambahbaikan
Menilai
Operasi tambah tanpa
pengumpulan semula
dalam lingkungan 10 000
1. Dalam kumpulan, murid bermain
permainan Uji Minda.
2. Permainan ini menggunakan ICT
sebagai asas. Guru menggunakan
Microsoft Power Point untuk
memaparkan permainan (Rujuk
Lampiran A)
3. Permainan ini mempunyai soalan-soalan
yang akan dipilih sendiri oleh setiap ahli
Duduk dalam kumpulan, kita akan
bermain permainan Uji Minda

Setiap kumpulan pilih nombor
soalan yang kamu hendak
selesaikan

Gunakan dekak untuk membantu
anda menyelesaikan soalan
kumpulan.
4. Setiap soalan memiliki tahap kesukaran
soalan yang berbeza-beza dan memiliki
mata (bintang) yang berbeza mengikut
tahap kesukaran.
5. Setiap jawapan yang betul akan
mendapat mata (bintang) berdasarkan
soalan yang dipilih
6. Kumpulan yang tidak berjaya menjawab
soalan dengan tepat tidak akan dapat
sebarang mata (bintang).
7. Soalan yang tidak dapat diselesaikan
dengan tepat, akan dibuka untuk
kumpulan lain untuk menyelesaikannya.
8. Mata (bintang) akan diperolehi sekiranya
kumpulan tersebut dapat menjawab
soalan dengan tepat.
tersebut

Boleh bincang dengan rakan dalam
kumpulan.
Tindakan
(13 minit)

Pelaksanaan
Amalan
Operasi tambah tanpa
pengumpulan semula
dalam lingkungan 10 000
1. Secara individu, murid membuat bulatan/
ladam kuda untuk aktiviti permainan
kotak beracun
2. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut rentak
muzik yang dimainkan oleh guru.
Siapa di sini penah bermain kotak
beracun?

Siapa yang pegang kotak ini
semasa muzik berhenti dimainkan
Berterusan 3. Kotak beracun akan mula diedar sebelah
menyebelah mengikut putaran jam
sejurus selepas muzik dimainkan.
4. Apabila muzik berhenti, kotak beracun
juga turut akan berhenti untuk diedar
kepada rakan sebelah.
5. Murid yang memegang kotak tersebut
akan mencabut satu kertas soalan di
dalam kotak dan menjawabnya.
6. Murid tersebut juga hendaklah
menerangkan kepada kelas berkaitan
soalan dan jawapan yang dijawab.
7. Setiap soalan yang betul akan mendapat
hadiah daripada guru.


akan menjawab soalan dalam kotak
tersebut.

Apakah solan yang kamu dapat?
Baca dan terangkan cara
penyelesaiannya kepada kelas.



















Penutup
(8 minit)
1. Dalam kumpulan, salah seorang murid
daripada ahli kumpulan akan membuat
rumusan tentang apa yang telah
dipelajari pada hari ini.
2. Guru akan membuat teguran dan
peneguhan terhadap sikap dan nilai
yang telah diamalkan oleh murid
sepanjang proses pengajaran dan
Soalan guru:

Apakah yang telah kamu pelajari
hari ini?




pembelajaran berlaku.

Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid menguasai konsep sebenar operasi tambah dua nombor empat digit
Berdasarkan keupayaan murid mengenalpasti masalah dan penyelesaian terbaik bagi operasi tambah.
Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan yang diberi dan bagaimana mereka terangkan kepada
kelas.
Nilai dan Sikap

Murid belajar untuk bekerjasama dan menghormati pandangan serta pendapat rakan melalui aktiviti
berkumpulan yang dijalankan.
Murid belajar sikap saling membantu dan kesabaran semasa membuat aktiviti dalam kumpulan.
Menerapkan sifat teliti dalam tugasan dan kebolehan berkomunikasi dengan baik dengan atau tanpa
bimbingan daripada guru.

Anda mungkin juga menyukai