ISI
KANDUNGAN
Kompilasi Pantun........(4 - 63)
Kompilasi Sajak..........(66 - 101)
Kompilasi Cerpen.......(104 - 139)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, pihak kami telah berjaya
menyiap dan menyediakan Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen hasil lontaran idea dan garapan
rasa daripada semua warga Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK).
Usaha untuk menghasilkan Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen ini seharusnya mendapat pujian
kerana dengan situasi tugasan rutin yang sibuk, warga BPPK masih dapat meluangkan masa
dan terus mengasah bakat untuk sama-sama menyumbangkan idea dan nukilan rasa mereka.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada semua warga
BPPK dan AJK MBMMBI khususnya yang telah berjaya mengumpul dan mendokumentasikan
luahan rasa dalam bentuk yang menarik untuk dijadikan kenangan kepada semua warga BPPK.
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
adalah bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia, kerana Bahasa Malaysia merupakan Bahasa
Kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Di samping itu, memperkukuh
Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa
yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Rentetan daripada karya-karya yang dilahirkan, dapat dicungkil bakat-bakat yang terpendam
selama ini dan diharapkan karya-karya yang terhasil menjadi titik tolak kepada penggunaan
bahasa yang mantap, dinamik dan mampu bersaing ke arah mencapai negara maju serta
menjadi bahasa pengantar utama pendidikan.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen ini diharap dapat menjadi batu loncatan dalam mengasah
bakat-bakat yang sedia di BPPK dan dapat terus digilap agar lebih bercahaya pada masa akan
datang.
Sekian, terima kasih.
KHALID ABU BAKAR
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekapur Sireh...
PANTUN
4 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pencak silat pusaka Melayu
Tun Kudu membara dendam
Kalau diikutkan hawa nafsu
Nescaya kecundang binasa badan
Istana Langkat indah berseri
Tiang serinya bertatah permata
Jika mahu berprestasi tinggi
Tingkatkan ilmu rajin berusaha
Ada yang datang dan juga pergi
Membeli belah kunjung kunjungan
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Sentiasa berusaha menuju kecemerlangan
Pergi ke pekan di Kampung Damai
Untuk membantu mangsa bencana
Memimpin rakyat dengan teladan
Menerajui negara dengan saksama
Tinggi sungguh pohon keranji
Meranti juga menjadi pilihan
Memang kami sudah berjanji
Perkhidmatan diberi kualiti diutamakan
Segak bersamping bertengkolok tiada
Si cantik bersanggul membawa onar
Tegaklah berdiri berundur tiada
Jika berada di pihak yang benar
Pohon semalu tumbuh melata
Pada batangnya banyak duri
Antara misi dan tanggungjawab kita
Membangun profl dan standard kompetensi
Burung Tempua bersarang rendah
Burung Enggang terbang tinggi
Biarlah susah asal bermaruah
Ke mana pergi dipandang tinggi
Program X-Factor cetusan idea
Menjadi wadah pembangunan insan
Orang bertanya apa faedahnya?
Galakan membaca dan tingkatkan keyakinan
Putrajaya udaranya nyaman
Ilham pujangga arkitek negara
mungkinkah Malaysia kekal aman
Jika warganya tidak sekata?
Nukilan :
En. Khalid Bin Abu Bakar
SUB (BPPK)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 5
Kenapa hendak kepada kami
Budi tiada bahasa kurang
Jika hendak menabur budi
Jangan pula memilih orang
Rakyat maju aman negara
Fikiran rasional faktor kecemerlangan
Malaysia menuju ke satu era
Transformasi nasional memacu kegemilangan
Idaman teruna sekuntum mawar
Harum mewangi tapi berduri
Zahir hanya tampak di luar
Yang murni hati dan budi
Indah sungguh sinaran rambulan
Buat penambat hati nan lara
Berpegang teguh Perlembagaan Persekutuan
Sultan dimartabat tunggak negara
Rangkaian kata kalungan budi
Jambangan mekar buat bingkisan
Merealisasikan kerja secara berkualiti
Menepati dasar mematuhi peraturan
Istiadat pertabalan penuh bererti
Pameran Di Raja di istana lama
Jadilah insan berbudi pekerti
Bersama membina negara bangsa
Tanjung Tuan tampak cahaya
Harum kasturi semerbak malam
Jika tuan tidak percaya
Nilai kasihku seisi alam
Cerita dongengan merak kayangan
Disampaikan dengan cara bersajak
Hadapi tekanan juga cabaran
Berteraskan iman serta berakhlak
Seraut wajah dimamah usia
Pautan emosi terpahat erat
Pelaksanaan falsafah Satu Malaysia
Pancar inspirasi menyatukan rakyat
Raut manis mulia akhlak
Kulit mulus dara perawan
Riak takbur virus perosak
Berpotensi menghapus segala amalan
Nukilan :
Pn. Rozainum Binti Ahmad
TSUB (BPPK) K
6 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Di pinggir kali tempat mandian
Suasana nyaman jernih airnya
Kenapa dilupai asal kejadian
Setiap yang hidup ada akhirnya
Pahit rasanya buah peria
Enak dimakan masakan berlada
Selagi kita bernama manusia
Terikat pada frman dan sabda
Hidup muafakat amalan kita
Menjadi wadah tamadun bangsa
Sedari hakikat tujuan dicipta
Asal kita dari yang Esa
Duduk dekat malu-maluan
Bila berjauhan teringat pula
Jika tersasar tersalah haluan
Pulang ke pangkal melangkah semula
Kapal dagang dari seberang
Membawa muatan tembikar cina
Jangan nampak aibnya orang
Adakah diri merasa sempurna
Pohon melati di pinggir jalan
Disiram air pagi dan petang
Ilmu dicari menjadi amalan
Itulah bekal hari mendatang
Ramai orang ke Padang Kota
Berdesir angin ombak melanda
Kita mengubah bukannya mencipta
Daripada tiada kepada ada
Ingin memikat si burung nuri
Membawa bekal rendang dan ketupat
Kita bermuhasabah mengenali diri
Membuka hijab mencapai makrifat
Di malam hari memasang pelita
Nampak bersinar dari kejauhan
Bukan Tuhan melupakan kita
Tetapi kita melupakan Tuhan
Terbang sekawan burung merpati
Hinggap di dahan terkena jerat
Bertunjangkan iman, akal dan hati
Menyingkap kebenaran mengenali hakikat
Nukilan :
En. Azme Bin Hussain
TSUB (BPPK) P
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 7
Air hujan di dalam tempayan
Habis dimain cucu Pak Juan
Jangan takut bila maju perlahan
Takutlah bila tidak ada kemajuan
Pergi berkelah bersama keluarga
Singgah sebentar di rumah nyonya
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih ayah buat selamanya
Gunung Kinabalu, Gunung Tahan
Mari mendaki bersama kawan
Apabila datang kesusahan dan kepayahan
Di situlah nyata kawan dan lawan
Cincin diikat batu geliga
Dipakai oleh anak Pak Isa
Jika dalaman kita dijaga
Kita akan hidup selesa
Dari Perak singgah ke Kangar
Membeli roti di tepi pekan
Larangan agama jangan dilanggar
Pesanan ulama jangan diperlekehkan
Orang Miri menjual makanan
Makanan dijual di Pekan Linggi
Jika mancis menjadi mainan
Kelak diri menanggung rugi
Gunung Daik bercabang tiga
Hati lara tanda kecewa
Lama sudah tidak berjumpa
Rindu dendam memakan jiwa
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing Mak Siti
Jika air telah dicemari
Semua hidupan akhirnya mati
Indah bersinar intan permata
Disarung oleh Ibu Dahlia
Bercakap benar amalan kita
Itulah tanda orang mulia
Memancar sihat terang benderang
Pergi ke sungai sambil mencuci
Bercakap benar orang sayang
Bercakap bohong orang benci
Nukilan :
Pn. Habibah Binti Yaacob
PA SUB (BPPK)
8 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Sambal dimasak dicampur petai
Makan bersama siapa yang sudi
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
Beli manisan berkati-kati
Rasanya manis tidak terperi
Kalau tuan baik hati
Sediakan hadiah buat si bayi
Dari daik pulang ke daik
Dinihari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Pak Pandir senyum sambil berlari
Hilang segala rasa dendam
Memang sedap si ikan pari
Dicicah mengancam dikunyah diidam
Buluh berat perit dibelah
Digigit kera terkena bala
Memang Jebat tetap disalah
Tetapi saudara mesti dibela
Pertabalan raja diserikan nobat
Sayup bunyinya hingga ke tanjung
Buat jahat perlu bertaubat
Buat baik sentiasa disanjung
Pergi ke hutan bersama Damak
Berehat sebentar di tepi perigi
Janganlah kita selalu tamak
Orang tamak selalu rugi
Nampak sarat penuh di dahan
Buah rambutan dalam ikatan
Mata berat tak guna ditahan
Carikan bantal labuhkan badan
Mengendong beras di pinggir kali
Rasanya janggal terkacip gigi
Saya mengandung sarat sekali
Masanya tinggal seminggu lagi
Sesat mencari pergi bertanya
Nampak lelayang terbangnya tinggi
Baik lelaki ada tandanya
Selalu sayang pada si isteri
Nukilan :
Pn. Ibtisam Binti Azmi
PA TSUB (BPPK) K
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 9
Pukul gendang bertalu-talu
Penari gamelan manis beratur
Biar berkurun zaman berlalu
Mengapa Tanggang tidak terkubur?
Pergi ke pulau mencari harta
Mencari harta bersama Arjuna
Bukan dipinta intan permata
Curahkan kasih selagi ada
Merenung mawar mekar berkembang
Sambil makan ulam bersambal
Kerana sayang si kacak seberang
Si tua berjasa tergamak ditinggal
Menanam sawi di kebun Jalil
Sambil berkebun minum kelapa
Mengapa manusia semakin jahil?
Bayi yang lahir dibuang merata
Burung Tempua patah kaki
Ayam serama berlari-lari
Keluarga bahagia impian di hati
Apa petua silalah beri
Pergi Melaka singgah ke Linggi
Sambil memandu memakai topi
Bila nafsu memuncak tinggi
Iman rebah tersungkur mati
Tanam cili tepi perigi
Ibu tekun menjahit langsir
Walau cinta sepenuh hati
Restu keluarga usah dipinggir
Menyapu laman sampai ke petang
Kala malam merenung bulan
Walau berjuta si sawo matang
Mengapa gagak hitam menjadi pujaan?
Mengail ikan di sungai lada
Dapat ikan si merah kelisa
Ibu dan bapa dilupa tiada
Apakah cara membalas jasa?
Jerang air sampai mendidih
Air dijerang dalam belanga
Bijak bermadah pandai berkasih
Si tandus cinta terima seadanya
Nukilan :
Pn. Hariyati Binti Kamaruddin
PA TSUB (BPPK) P
10 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Rindu hati nak ke Makkah
Apakan daya seruan tak sampai
Dari jauh bayanganmu Kaabah
Terbayang-bayang jemputan melambai
Padang Arafah keampunan dipinta
Semoga hapus dosa bertimpa
Aduhai kecilnya ilmu di dada
Bekalan tiada dibawa bersama
Ibadah haji rukun kelima
Tuntutan pada muslimin muslimah
Semoga hajat diperkenankan sama
Makbulkan hajatku ya Allah
Ibadah haji perlu dihayati
Agar ibadah diterima Ilahi
Tujuh belas siri kursus dihadiri
Persediaan rapi matlamat destinasi
Buah kurma makanan jemaah
Memberi tenaga sepanjang ibadah
Korban lahiriah dan juga bathiniah
Akhiri dengan kalimah syahadah
Air zamzam sebaik sejarah
Pengorbanan Ismail dan Siti Hajar
Sedari diri tetamu Allah
Terus belajar juga diajar
Islam antara syarat haji
Siuman berkeupayaan syarat tambahan
Kupanjatkan syukur padamu Ilahi
Insan kerdil menjadi pilihan
Satu Syawal sepuluh Zulhijjah
Bulan haji tempoh beribadah
Datang menyahut tangan menadah
Haji mabrur matlamat ibadah
Embun pagi di pohon kurma
Buah tangan balik Makkah
Jutaan manusia ibadah bersama
Menunaikan haji disertai umrah
Nukilan :
Pn. Rohana Binti Mahmood
KPSU (BPPK) K (PSQ)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 11
Tepi pantai dipukul ombak
Pasir kasar ibarat duri
Nasihat si ibu kepada si anak
Jangan sekali bermain api
Baik-baik memilih intan
Jangan terpilih permata kaca
Budi yang baik jadi ingatan
Beribu tahun terkenang juga
Pergi merantau ke Inderagiri
Bekerja keras pagi dan petang
Tujuan hati mencari rezeki
Untuk masa depan gemilang
Memo ditulis dengan tangan
Mencatat isi untuk dikarang
Salah ejaan banyak kesilapan
Janganlah sampai menyusahkan orang
Berkias-kias bicara Pak Seman
Sambil merenung wajah Cik Siti
Intailah kami dengan ketulusan
Agar terlerai keikhlasan hati
Bukan benang sebarang benang
Benang melilit pohon meranti
Bukan datang sebarang datang
Datang bertandang membawa hati
Nukilan :
Pn. Rabiah Binti Abdul Salleh
PSU (BPPK) K (PSQ) 1
Pergi Jeniang bersama Mat Busu
Lalu KESAS naik motor Kawasaki
Hari-hari mahu minum susu
Itulah dia Hafzul Maliki
Buah cempedak di luar pagar
Ambil selipar tolong balingkan
Saya budak baru nak belajar
Kalau silap tolong maafkan
Lima tahun hidup berkelana
Dari Jitra hingga ke Rawang
Suara muda itulah Puan Rohana
Hati tergoda rupanya mak orang
Pagi-pagi makan mi kari
Singgah sebentar di kedai Pak Samad
Kedah mari Mohd Naimi Sukri
Orang kata iras Fahrin Ahmad
Hidup ini mesti beringat
Jangan jadi penagih tegar
Umur muda badan bulat
Itulah Shahrul susah sebut r
Nukilan :
En. Mohd Naimi Bin Mohd Sukri
PT (BPPK) K (PSQ) 1
12 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pagi Ahad memancing ikan
Ikan dimakan bersama ulaman
Pendidikan agama perlu diutamakan
Untuk lahirkan generasi beriman
Mak Limah membuat jamu
Mendapat pujian di sana sini
Usah dipersia masa mudamu
Kelak menyesal kemudian hari
Masak cendol bersama pandan
Pandan dibeli di kedai Pak Man
Ibu bapa menjadi teladan
Agar hidup tiada kesalan
Remaja kini suka terdedah
Tak tahu menilai harga diri
Kerja merupakan satu ibadah
Laksanakan seikhlas hati
Pergi bercuti ke Pekan Maran
Hajat mencari buah berangan
Mari berjihad ke jalan kebenaran
Demi memudahkan neraca timbangan
Panggang daging di atas bara
Air asam dicampur cili
Sentiasa berfkir sebelum berbicara
Agar tidak menyinggung hati
Harta disimpan di dalam peti
Peti diperbuat daripada besi
Mulut mengunyah tak henti-henti
Patutlah badan makin berisi
Makan tamar dan juga kismis
Itulah pesanan ummi dan abi
Rehatkan perut Isnin dan Khamis
Ikuti amalan sunnah nabi
Main bola berkaki ayam
Luka berdarah terpijak paku
Daripada mengumpat baiklah diam
Amalkan zikir mengisi waktu
Tingkatkan ibadat mulai sekarang
Tak perlu tunggu selepas bersara
Belum tentu waktunya lapang
Ataupun mungkin sudah tiada
Nukilan :
Pn. Tuty Binti Taib
PSU (BPPK) K (PSQ) 2
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 13
Gulai ikan dengan peria
Pisang nangka disiram sira
Senyum amalan suntik ceria
Hilang duka hidup gembira
Hang Nadim anak bijaksana
Dihukum pembesar iri hati
Muafakat sekedim hidup kelana
Mencari makna kasih sejati
Gadis Melayu bersopan-santun
Rupa cantik bermata galak
Pandai juga kami berpantun
SUB baca mesti tergelak
Bersemayam Raja di Istana Salatin
Warna emas hiasi singgahsana
Muram durja bumi Palestin
Tanah dirampas sang durjana
Santun bahasa teruna dara
Dipohon sena menganyam raga
Atur masa dengan bijaksana
Kerja sempurna kualiti terjaga
Adat perpatih berbilang suku
Rakyat rukun sentiasa diberkati
Adat melentur budi dan laku
Syariat pedoman akal dan hati
Sendu aki hatinya luluh
Cucu sirna tanpa khabar
Meraih rezeki tanpa keluh
Dikeji dihina tetap sabar
Tanah pusaka banyak berjasa
Bertahun sudah menabur bakti
Doa kuucap seluhur rasa
Moga temui arjuna hati
Dirgahayu Tuanku naik takhta
Pelosok negeri aman sentosa
Hidup jangan suka mengata
Kelak dibenci hidup binasa
Nukilan :
Cik Siti Aisyah Binti Nordin
PSU (BPPK) K (PSQ) 3
14 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pasir memutih di tepian pantai
Longgokan cengkerang cantik menawan
Hidup di dunia janganlah lalai
Kelak dirimu dimurkai Tuhan
Makan ikan tercekik tulang
Minum ubat untuk keluarkan
Jika diri dirundung malang
Taubat nasuha jalan penyelesaian
Pergi muara bersama pasangan
Sambil memancing ikan gelama
Tiang agama kukuhkan pegangan
Dunia akhirat tidak terseksa
Berduyun-duyun menunggang basikal
Berhenti sebentar merehatkan keringat
Titipkan doa pasrah tawakkal
Agar tenang dunia akhirat
Tiupan bayu sepoi bahasa
Buat hati terasa nyaman
Asyik teralpa anugerah yang Esa
Amanah diberi sering dipersiakan
Kayuh perahu bersama teman
Menyusuri sungai Pulau Cermin
Jauhkan diri sebarang godaan
Bahagia dunia akhirat terjamin
Hembusan bayu terasa nyaman
Duduk merenung mentari petang
Berjuang hingga bermati-matian
Benteng dicipta hindari petualang
Anak-anak duduk berbual
Duduk bersimpuh di atas lantai
Terapkan ilmu di usia awal
Akhirat pula jangan terabai
Pucuk paku gulai tempoyak
Hidangan bersama sambal belacan
Jangan suka cakap banyak
Tunjukkan bukti usaha berkesan
Carik-carik kain baldu
Buat hamparan Puteri Senandung
Mulut manis umpama madu
Hati kelat perlu dibendung
Nukilan :
Pn. Sofah Binti Daud
PSU (BPPK) K (PSQ) 4
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 15
Anak ayam mencari makan
Pergi mencari di dalam semak
Hidup di dunia penuh teladan
Agar musibah dapat dielak
Kain sutera bercorak batik
Batik dicanting di bawah rumah
Senyum itu amalan yang baik
Dapat memupuk perpaduan ummah
Buluh perindu dijadikan penawar
Penawar dicari dalam hutan
Sayangkan adik hantar melamar
Agar ikatan sentiasa berpanjangan
Bunga dahlia dibuat hiasan
Hiasan disimpan di atas meja
Dendam itu jangan diamalkan
Nanti merana sepanjang masa
Sang Arjuna gagah perkasa
Belajar silat pendinding diri
Carilah ilmu hingga ke China
Supaya boleh membawa diri
Main gam melekat lekit
Gam dibeli oleh Kak Siti
Janganlah hidup mencari penyakit
Penyakit dicari payah diubati
Mak Dara menjual jamu
Jamu dijual di pasar tani
Makan dan minum sudahlah tentu
Tapi jangan terlebih isi
Datang ke pejabat membawa kereta
Kereta dipandu berwarna merah
Hidup di dunia umpama roda
Berputar-putar mengikut arah
Gunung Daik bercabang tiga
Tiganya cabang di sumpah Kelembai
Budi bahasa sentiasa dijaga
Agar hidup aman dan damai
Indah khabar dari rupa
Khabar dibawa oleh si polan
Akhiri pantun penutup kata
Semoga ianya dapat dibukukan
Nukilan :
Pn. Faizaton Binti Mohd Zahari
PT (BPPK) K (PSQ) 2
16 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Telinga panas selepas dimaki
Sebab beratur sesuka hati
Nama saya Mohd Hafzul Maliki
Pembantu Tadbir Unit Standard Kualiti
Naik motor naik kereta
Lagi laju dari berjalan kaki
Hajat hati mahukan cahaya mata
Tapi belum ada rezeki
Tengok Shahrul bersilat kuntau
Terselit kemas parang di sisi
Dari jauh saya merantau
Mencari rezeki sesuap nasi
Seulas lengkuas seulas halia
Segenggam beras untuk ditanak
Walaupun Shahrul muda dari saya
Tapi dah ada dua anak
Terkejut sakan si anak memerang
Melihat kura-kura yang sangat berang
Walaupun orangnya tidak berapa terang
Tetapi sudah ada anak 4 orang
Bulan mengambang sangat terang
Dibuai kedinginan di malam hari
Jangan berburuk sangka pada orang
Cermin diri muhasabah diri
Kampung Pandan hai jauhnya
Singgah membeli buah kuini
Tengok jauh garang orangnya
Bila dekat kelakar Faizaton ini
Ikan lampam ikan sembilang
Masak dengan pucuk paku
Umat Islam umat yang terbilang
Hanya menyembah Allah yang satu
Daun kelapa daun palas
Jatuh bersama atas titi
Bila kerja haruslah ikhlas
Baru hidup sentiasa diberkati
Buah durian buah berduri
Raja buah dunia ini
Tangan disusun sepuluh jari
Mohon kemaafan kekhilafan diri
Nukilan :
En. Mohd Hafzul Bin Maliki
PT (BPPK) K (PSQ) 3
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 17
Pagi-pagi mengintai makwe
Sambil menjampi yang lawa lawa
Mesti ada senyum tertawa
Bagi mengelak sakit jiwa
Kalau hendak belajar berenang
Bawalah pelampung elak nestapa
Kalau hendak hidup senang
Jangan derhaka ibu bapa
Nukilan :
En. Azman Bin Abdul Rahim
KPSU (BPPK) K (DPP)
Masuk kerja 8.30 pagi
Naik kereta berwarna coklat
Dapat MC kerana cabut gigi
Keesokan hari cakap dah pelat
Dari Cyberjaya ke Kota Bharu
Singgah sebentar di Kemaman
Alangkah seronok kereta baru
Senang balik kampung halaman
Suram sungguh pagi ini
Melihat Lokman melompat-lompat
Apa kena dengan Lokman ni
Kang aku lipat patah empat
Naik skateboard pusing dunia
Singgah pekan makan selama
Tanpa mengira pangkat dan usia
Itulah kunci keceriaan Aras Tiga
Nukilan :
En. Mohd Shahrul Arif Bin Kamarudin
PT (BPPK) K (DPP)
18 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Tiang seri rumah tradisi
Ukiran indah hasil warisan
Kerajaan perkenal pelbagai transformasi
Negara maju mencapai wawasan
Kerajaan perkenal pelbagai transformasi
Negara maju mencapai wawasan
Usaha bersungguh tingkat prestasi
Berpegang ikatan satu gagasan
Usaha bersungguh tingkat prestasi
Berpegang ikatan satu gagasan
Ekonomi teguh galak produktiviti
Pendapatan bertambah rakyat impikan
Ekonomi teguh galak produktiviti
Pendapatan bertambah rakyat impikan
Pembangunan dirancang pelbagai aktiviti
Pelaksanaan digerak usaha dimantapkan
Pembangunan dirancang pelbagai aktiviti
Pelaksanaan digerak usaha dimantapkan
Kerajaan mentadbir mencapai visi
Rakyat didahulu pencapaian diutamakan
Pucuk paku tumbuh merata
Makanan resam amalan Melayu
Sungguh benar bagai dikata
Desa Pinggiran gadisnya ayu
Tanam padi tumbuhnya lalang
Sawah terbiar tiada tuan
Memang lidah tidak bertulang
Seribu janji untukmu puan
Bunga mawar penghias laman
Bunga kemboja subur di kuburan
Pilunya hati tiada berteman
Hidup merana sering kesepian
Masyhur Melaka zaman bendahara
Terkenal serata pelusuk dunia
Demostrasi haram menjejas negara
Kesejahteraan hidup aman tiada
Anak itik tersudu-sudu
Anak ayam patuk-mematuk
Lembu menangis tersedu-sedu
Melihat kerbau kepala terantuk
Nukilan :
En. Abd. Hamid Bin Bahari
PSU (BPPK) K (DPP) 1
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 19
Sungguh berkuasa si burung hantu
Takluki malam bersama unggas
Amalkan sentiasa tepati waktu
Itu tanda serius bertugas
Makan nasi guna tangan
Makan bersama atas beranda
Jujur ikhlas jadi pegangan
Itu hasrat pelanggan anda
Kabil Latif budak aktif
Abangnya Kamal jadi pengawal
Ambil inisiatif jadi proaktif
Perlu diamal sejak awal
Tinggi sangat ke Gunung Daik
Penat memanjat berhari-hari
Tugas dibuat sehabis baik
Harus disemat dalam diri
Dalam pantang memakai stokin
Lantai licin tersungkur jatuh
Cakap mesti serupa bikin
Itu ciri pekerja contoh
Harga murah harga kilang
Itu kata media massa
Bekerja dengan sikap cemerlang
Pesanan ibu sepanjang masa
Duduk merenung di tepi tingkap
Sambil makan buah rambutan
Kerja beres fail lengkap
Pengurus cekap jadi sebutan
Cantik sungguh Puteri Bongsu
Tapi sayang sudah bertunang
Jadi kreatif penyelesai isu
Ketua gembira kita senang
Hanya jauhari kenal manikam
Sayangnya jauhari kian hilang
Sukakan ilmu buat tindakan
Minda berkembang prestasi cemerlang
Nukilan :
Pn. Sabariah Binti Abdul Kadir
PSU (BPPK) K (DPP) 2
20 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pohon jati kayunya kuat
Kualitinya tinggi, jadi pilihan
Jati diri mestilah kuat
Ibu pertiwi akan dipertahan
Tumbuh meliar teratai di kolam
Duduk si kodok menangkap lalat
IImu diajar usah dipendam
Bersama diceduk mendapat manfaat
Sungguh segak si burung merak
Kembang ekor mencari teman
Berilmu tidak berlagak bongkak
Sentiasa betul menjadi johan
Burung kedidi menyanyi riang
Menyanyi-nyanyi menghiburkan hati
Hidup berbakti sentiasa dikenang
Hidup berbudi disanjung tinggi
Seri pagi tumbuh menjalar
Kembang bunganya di pagi hari
Ke timur kucari ke barat kukejar
Ilmu ditimba setiap hari
Burung enggang terbang tinggi
Terbang mengejar si burung pipit
Berkasih sayang seikhlas hati
Kelak bertengkar tidak tersepit
Terjun tinggi sungai di tanjung
Airnya sejuk menyegarkan badan
Meninggi diri minta disanjung
Bersikap buruk hilanglah teman
Gelap malam disinari rembulan
Cahayanya indah ditemani bintang
Hati suram tanpamu teman
Kenangan indah akan kukenang
Nukilan :
Cik Haslina Binti Abdul Hardy
PSU (BPPK) K (DPP) 3
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 21
Kalau pergi ke Sungai Ramal
Jangan lupa si ikan duri
Pentingkan diri jangan diamal
Kelak rakan menjauhkan diri
Setiap hari baca utusan
Baca utusan mencari berita
Amalkan 5S secara berterusan
Hingga menjadi budaya kita
Pergi ke kedai membeli arang
Arang dibakar memanggang rusa
Jika hendak dikenang orang
Baik bicara sepanjang masa
Pergi ke hutan mencari lebah
Lebah dicari terpijak paku
Usia kita makin bertambah
Jaga kata dan tingkah laku
Kacang hijau dimasak bubur
Bubur dimasak bersama halia
Kalau kita bersikap jujur
Ke mana pergi dipandang mulia
Pokok semalu penuh berduri
Tumbuh pula di tepi hutan
Jangan selalu memuji diri
Kerana itu amalan syaitan
Pergi ke seberang menaiki sampan
Hari gelap pasang pelita
Ilmu yang baik jangan disimpan
Itulah amalan junjungan kita
Tuai padi di Sungai Ara
Padi dituai tinggal jerami
Taat berbakti bangunkan negara
Moga bangsa tak hilang di bumi
Dalam taman tanam anggerik
Anggerik tumbuh tiada berduri
Biar rupa tidak menarik
Asal pandai membawa diri
Bangun pagi terus berkumur
Malam Rabu menonton gusti
Negara kita aman dan makmur
Jangan digadai yang belum pasti
Nukilan :
En. Abdul Halim Bin Idrus
KPT (BPPK) K (DPP)
22 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Lembah Klang ke Lembah Kinta
Mencari kelah sepanjang hari
Lambaian kaabah penuh cinta
Mencari keredhaan untuk diri
Berakit sungai hingga ke Maran
Singgah sebentar memanah rusa
Bersihkan diri dari kemungkaran
Moga jauh segala dosa
Terbang helang lambang panji
Menabik dada tanda kebanggaan
Berakhlak baik bersifat terpuji
Keperibadian mulia lambang kesempurnaan
Segala perhiasan emas intan
Dipakai ibu sambut tetamu
Jangan kamu mengungkit amalan
Banyakkan amalan kerana Tuhanmu
Duri nibung susah ditanggal
Bisanya terasa seluruh badan
Amal jariah jangan ditinggal
Amalan murni keredhaan Tuhan
Bunga melor disusun indah
Dipakai gadis nampak bercahaya
Muliakan Tuhanmu dengan beribadah
Segala pujian hanya untukNya
Duduk bersimpuh ibu di sebelah
Sambil meluah isi hati
Salam sejahtera untuk Rasulullah
Bagi keberkatan di akhir nanti
Naik sampan mudik ke selatan
Untuk menghantar sepucuk surat
Jauhi diri dari kemaksiatan
Moga diberkati dunia akhirat
Pantang Tuah menyerah kalah
Bandar Melaka sentiasa aman
Jangan mengungkit kurnia Allah
Moga tergolong orang beriman
Deras air mengalir ke telok
Ikan keli berebut makanan
Amalan kamu hendaklah diperelok
Agar tidak menjadi celaan
Nukilan :
En. Yusoff Bin Ismail
KPSU (BPPK) K (PK)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 23
Sulam tenun tepi berenda
Tenun disulam oleh si nyonya
Perkukuhkan bahasa ibunda
Supaya tradisi kekal selamanya
Sayang kekanda kepada adinda
Tiada ternilai alam semesta
Adat berbalah biar berpada
Jangan sampai tergadai harta
Buat wau pakai tangsi
Tangsi dibeli kedai Pak Leman
Kekalkan terus permainan tradisi
Sebagai lambang zaman berzaman
Langkah disusun biar setara
Supaya sopan dipandang mata
Bersatu tenaga membela negara
Agar terhindar dari sengketa
Pulau Kapas pantainya landai
Buat berkelah taulan dan rakan
Rakyat kini cerdik dan pandai
Hasil usaha dunia pendidikan
Piring dihias dengan jerami
Untuk bekalan buat keluarga
Mohon Tuhan maafkan kami
Mudahkan jalan menuju syurga
Pohon cengal tumbuhnya sasa
Tumbuh merata tiada empunya
Negara maju kerana bahasa
Bahasa maju kerana rakyatnya
Awan di langit tandanya redup
Berarak lalu menuju barat
Jadikan agama pegangan hidup
Kelak sejahtera dunia akhirat
Tanjung Sedeli pantainya rata
Untuk kunjungan sanak saudara
Tekun bekerja budaya kita
Tingkat produktiviti untuk negara
Nyaman suasana tidak terzahir
Duduk bersantai menulis nukilan
Hidup manusia pasti berakhir
Tingkatkan amalan untuk bekalan
Nukilan :
En. Naszeri Bin Md. Nor
PSU (BPPK) K (PK) 4
24 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Terungkap peribadi melalui sirah
Rasulullah pilihan yang Esa
Hidupkan jiwa ingatkan Allah
Moga diampun segala dosa
Kalau kita menebang jati
Tebanglah dengan berhati-hati
Ilmu dicari amalan perbaiki
Kerana syurga destinasi abadi
Para nelayan menjala ikan
Jala ditarik dengan kuat
Kitab Al Quran kitab rujukan
Berjaya hidup dunia akhirat
Melayar bahtera ombak gelombang
Angin bertiup sepoi bahasa
Wahai putera puteriku sayang
Sentiasa berbakti hidup sejahtera
Pergi ke pekan bersama teman
Bawa bakul penuh sarat
Ibu bapa penentu kejayaan
Kasih mereka sepanjang hayat
Dari Rawang hendak ke Muar
Hajat hendak membeli kain
Kekanda seorang sebagai penawar
Hati tidak pada yang lain
Setia adinda menanti kekanda
Melayar bahtera lautan gelora
Kasihi bonda hormati ayahanda
Agar sejahtera hidup sentiasa
Sarapan pagi makan roti
Makan roti dengan mentega
Tinggi ilmu tinggi pekerti
Generasi terbilang harapan negara
Bunga melati dalam gua
Mekar mewangi harum setanggi
Wajib hormati orang tua
Yang muda pula kita sayangi
Mencari tapai di tengah kota
Bawa bersama bakul rotan
Bersama gapai gagasan kita
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Nukilan :
Pn. Shara Zuliana Binti Shafee
PSU (BPPK) K (PK) 5
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 25
Cara mendidik perlu variasi
Untuk melahirkan generasi hebat
Guru mengajar penuh dedikasi
Buat pelajar jadikan azimat
Penyakit sosial kian parah
Cara penyelesaian masih suram
Mujahadahlah mencintai Allah
Hati tenang jiwa tenteram
Nyiur melambai tepi titi
Buahnya dipetik sekian kali
Guru cemerlang guru berkualiti
Membentuk generasi bercita tinggi
Jangan kita sesal kemudian
Berbuat sesuatu tanpa mengkaji
Sabarlah dengan setiap ujian
Tandanya Allah sedang menguji
Pokok tembikai tumbuh menjalar
Tumbuh subur kebun Pak Leman
Rajin berusaha tekun belajar
Pasti kejayaan dalam genggaman
Akhlak tinggi berbudi bahasa
Menepati janji bertimbang rasa
Janganlah banyak melakukan dosa
Carilah redha yang maha Esa
Laut bergelora tiada jemu
Ombak menghempas ke tepian
Sabarlah dalam menuntut ilmu
Kelak berjaya dalam peperiksaan
Daun berguguran tengah laman
Angin bertiup sepoi bahasa
Dunia ini hanyalah pinjaman
Akhirat juga kekal selamanya
Kicauan burung tepi paya
Menambah indah sawah terbentang
Hormati guru banyak bertanya
Petua mencapai keputusan cemerlang
Generasi muda tinggi citanya
Jati diri teguh dan mampan
Carilah ilmu seantero dunia
Agar cerah masa hadapan
Nukilan :
En. Mohd Khairuddin Bin Musliman
PSU (BPPK) K (PK) 6
26 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Sepoi pawana mengharum melati
Kuntum di tangan menghibur lara
Pemimpin penjana modal insan berkualiti
Selaras dengan aspirasi negara
Indah kerajaan Alam Shahbana
Negerinya aman diliputi hutan
Misi kerajaan pasti terlaksana
Amalkan senyuman dalam perkhidmatan
Membawa ikan dalam seramik
Mendayung perlahan ke Tanjung Tuan
Dunia pendidikan bersifat dinamik
Menerima perubahan demi kemajuan
Hang Jebat mengayuh perahu
Singgah bermalam di Tanjung Besi
Visi hebat tergalas di bahu
Peneraju dalam Penilaian Kompetensi
Hujan lebat menimpa kayu
Putih kukuh cendawan berbaris
Mari memartabat Bahasa Melayu
Seterusnya memperkukuh Bahasa Inggeris
Kuntum kekwa tersemat di dada
Tanda kenangan di Gunung Daik
Jalinan ukhuwah mencetus minda
Resolusi persidangan diterima baik
Dara menari di Taman Larangan
Kenanga mewangi mekar berangkai
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Manfaat teknologi terus diungkai
Pohon angsana pohon jati
Batangnya sasa memagari kota
Mari bersama saling menghormati
Budi bahasa budaya kita
Mencari lokan di Pantai Balkan
Pasir ditarah si anak dara
Guru melonjakkan kecemerlangan pendidikan
Memacu ke arah transformasi negara
Laman pelaga menjadi pautan
Beriani Umi komersial di media
Idea geliga ketua jabatan
Membuat kami sentiasa bersedia
Nukilan :
Cik Rosemawati Binti Hussein
PSU (BPPK) K (PK) 7
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 27
Kalau tuan pergi seberang
Belikan saya bunga kemboja
Jangan tuan sakiti orang
Selalu mengumpat menambah dosa
Bernikah sudah si anak dara
Atas pelamin mahkota ratu
Kalau sudah telus bicara
Bertaut kasih hati bersatu
Terbang tinggi burung merpati
Berehat sebentar di pohon cemara
Orang tua haruslah dihormati
Agar hidup sentiasa bahagia
Kari cendawan batang keladi
Makan bersama waktu petang
Program informasi di hujung jari
Melatih kami jadi gemilang
Pergi mengail di tepi lombong
Terlupa umpan perlu diikat
Tiada gunanya berlagak sombong
Hidup tersisih tiada berkat
Mulia hati suci wajah
Mata melihat tidak terkata
Adakah puteri berpunya sudah
Sudikah menjadi permaisuri beta
Makan nasi dengan budu
Budu dicampur sambal petai
Berhati-hati ketika memandu
Supaya kita selamat sampai
Nukilan :
En. Yuhasrizan Bin Yusuf
PT (BPPK) K (PK) 2
28 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Rentak seloka berbalas pantun
Duduk bawah pohon meranti
Adat Melayu bersopan-santun
Kekalkan budaya Melayu jati
Rapuh sungguh ranting kayu
Jatuh hinggap burung merpati
Besar sungguh kasihmu ibu
Ibu mithali ibu sejati
Bagai pinang dibelah dua
Suntingan bunga dalam taman
Kalau sudah sehati sekata
Junjungan sireh jadi hantaran
Mohon hidayah subuh hari
Iringan doa menadah tangan
Lengkapkan iman dalam diri
Panduan Al Quran jadi pegangan
Pancak silat menyusun langkah
Tangkas menepis gerak panglima
Cincin di jari bersarung sudah
Menanti majlis hari bahagia
Timang-timang anakku timang
Dalam dakapan tidur lena
Mari belajar anakku sayang
Besar jadi insan berguna
Nukilan :
En. Mohd Shahar Bin Mohd Sam
PT (BPPK) K (PK) 3
Terbang rendah burung merak
Terbang menuju Kuala Sepetang
Jika sampah dibiarkan berserak
Penyakit diundang masalah datang
Dari teluk ke Gunung Daik
Berehat di bawah pohon kepayang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Menampi padi pelbagai cara
Padi ditampi bercampur sampah
Jikalau bekerja hendak berkira
Orang mendengar naik menyampah
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah jalan pohon berduri
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Jadi pegangan cetus inspirasi
Bulan purnama indah bercahaya
Bintang bekerdipan sinar berseri
Berbakti demi bangun negara
Bangsa Malaysia tegak berdiri
Nukilan :
En. Hishammudin Bin Ahmad
PSU (BPPK) K (PK) 1
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 29
Hajat di hati nak pinang si dara
Tapi sayangnya hanya di hati
Pangkat dan darjat hanya sementara
Akhirat jua kekal abadi
Terbang riang burung merpati
Hinggap sebentar dahan meranti
Bukan mencari kasih sejati
Sekadar teman penghibur hati
Budak-budak di tepian pantai
Pandai melompat pandai berlari
Niat di hati nak kahwin lagi
Cuma takut isteriku lari
Nukilan :
En. Mohd Faisal Bin Methlan
PT (BPPK) K (PK) 1
Buat baik berpada-pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai disalah erti
Beratus kali ke Pulau Pinang
Lautnya pasang tapi tenang
Acap kali saya terkenang
Air mata jatuh berlinang
Melompat riang anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil dikutip di akhirat nanti
Nukilan :
Pn. Nur Ili Binti Rosli
PT (BPPK) K (PK) 4
30 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Kuih dan teh terhidang di meja
Meja mesyuarat berbentuk bujur
Kerja disiap seperti diminta
Mengikut peraturan serta prosedur
Masa dimanfaat dengan berkesan
Bekerjasama handai dan taulan
Menagih simpati pada yang ehsan
Namun maruah jangan diketepikan
Amalan 5S kemaskan laci
Tak kira terbuka atau pun berkunci
Bekerjasama amalan terpuji
Bongkak dan sombong perlu dijauhi
Gelang emas cantik di lengan
Dipadan dengan cincin suasa
Jati diri dilupa jangan
Berkorban demi agama dan bangsa
Kebaya nyonya sopan dipakai
Tambah bergaya bertumit tinggi
Sembah dan salam penutup tirai
Jasa dan budi kekal abadi
Melati mekar di tepi gaung
Berdiri berpanas tanpa payung
Kuantiti dikejar kualiti disanjung
Kepuasan pelanggan hasrat menggunung
Nukilan :
Pn. Nurihan Binti Mahmud
KPSU (BPPK) P (PP)
Jalan- jalan di Pantai Kota
Tempatnya indah mengundang nostalgia
Wahai teman mulianya cita
Harus berusaha hidup bahagia
Menjala ikan mendapat pari
Memungut ketam mendapat lokan
Mahu duit cari sendiri
Ibu bapa jangan disusahkan
Bunga kasturi harum mewangi
Banyak terdapat di Tambak Johor
Ilmu sarat usah meninggi
Berkongsi ilmu namamu tersohor
Bergayut-gayut anak kera
Dapat pisang riuh sekampung
Sayang sahabat semasa sengsara
Derita diri bersama ditanggung
Dara berlulur sambil berendam
Turun mandi di tepi kali
Apalah guna membalas dendam
Perbuatan jahat dibalas kembali
Seloka pantun pembuka madah
Seloka gurindam penutup bicara
Orang pendiam jangan disangka mudah
Dalam diam hatinya bergelora
Nukilan :
Pn. Joanna Zahra Augustine Liom
PSU (BPPK) P (PP) 1
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 31
Lemah gemalai gadis Melayu
Berbaju kebaya berkain sutera
Tidak ternilai Adat Melayu
Daulat Diraja payung negara
Manisnya gadis kerana dara
Gagah lelaki kerana teruna
Maruah berkudis bahana asmara
Gagal mengemudi laksana durjana
Gunung Ledang indah menawan
Tempat jiwa bermadah hati
Pantang larang dilupai jangan
Adat dipelihara sampai mati
Ikan keli ikan haruan
Berenang-renang bawah jambatan
Teman di sini inginkan jawapan
Orang di sana memilih jangan
Berwajah cantik berkain tenun
Jejaka tampan disapa nyonya
Sembah patik mohon diampun
Melaka ditawan siapa dalangnya
Jika hendak mencari nama
Nama bukan dijual beli
Jika hendak hidup lama
Nyawa bukan boleh diganti
Bunga melur harum baunya
Ditabur atas cadar pengantin
Jika akur pada yang Esa
Mengapa diukur pada yang lain
Nukilan :
En. Jevartnam Baby
PSU (BPPK) P (PP) 4
32 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Tulis cerpen tulis sajak
Sambil bersantai di anjung
Inilah bumi yang kupijak
Sinilah langit yang kujunjung
Berwarna-warni bunga di desa
Hati terpaut pada dahlia
Orang berbudi kita berbahasa
Itulah dia amalan mulia
Rasanya manis buah duku
Beli sekilo tidak sia-sia
Tanah tumpah darah aku
Bukan India tapi Malaysia
Mari kita tanam halia
Halia dijual di pasar nyonya
Usia muda jangan dipersia
Kalau tidak sesal selamanya
Pakai baju berwarna biru
Pergi sekolah seperti selalu
Ingat-ingatlah nasihat guru
Hidup pasti cemerlang selalu
Pergi mendaki Gunung Daik
Sungguh indah dan tenang
Gotong-royong amalan yang baik
Kerja susah menjadi senang
Pohon mempelam berbuah lebat
Buahnya manis sedap sekali
Orang tua harus dihormat
Amalkan selalu penting sekali
Pergi kedai naik beca
Ingin beli keli hidup
Marilah adik mari membaca
Ilmu itu pelita hidup
Di pagi hari ayam berkokok
Ayam dari Kampung Sentosa
Katakan tak nak pada rokok
Agar hidup sihat sentiasa
Main buaian tak sudah-sudah
Buaian dibuat dari papan
Ponteng sekolah tiada faedah
Usah mempersia masa depan
Nukilan :
En. Sivanantham Perianan
KPSU (BPPK) P (T)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 33
Cantik warna si rama-rama
Berterbangan ria sana dan sini
Suka dan duka ditempuh bersama
Itulah maksudnya rakan sejati
Pak Mail mengayuh sampan
Mengayuh bersama seorang jutawan
Tuan seorang yang tampan
Segak bergaya lagi berpengetahuan
Langkah pertama kita berkenalan
Mewujudkan rasa persefahaman
Perlulah semangat kerja berpasukan
Demi bergerak menuju kecemerlangan
Layang-layang terbang di awan
Ditiup angin bagai semboyan
Tinggi lampai orangnya menawan
Membuat semua orang tak keruan
Pagi-pagi ketik kad kedatangan
Sarapan pagi minum air suam
Integriti dan akauntabiliti diwajibkan
Barulah boleh menjadi penjawat awam
Manis menawan gadis impian
Senyuman terukir selalu dilemparkan
Bancuh nescafe jadi kepakaran
Menjadi minuman idaman kakitangan
Tanam pisang di tepi rumah
Sedap rasanya bila dimakan
Perlu bersabar menahan karenah
Hidup ini banyak dugaan
Pagi-pagi ke kedai nyonya
Singgah di jeti untuk bertanya
Senyum manis peramah orangnya
Senang didekati baik orangnya
Sambil berpantun kita bergembira
Mengharungi suka dan juga duka
Sambil mencari rezeki bersama
Untuk kehidupan yang aman bahagia
Pergi Cyberjaya naik motor
Singgah sebentar di rumah nyonya
Orangnya bergaya penghuni stor
Suka fotograf dan baik orangnya
Nukilan :
Cik Tan Kim Sze
PSU (BPPK) P (T)
34 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Anak itik anak angsa
Seekor mati seekor buta
Walaupun kita berlainan bangsa
Perlu menghormati sesama kita
Cincin emas cincin suasa
Cincin dipakai oleh mama
Hendaklah kita tepati masa
Kerana itu tuntutan agama
Ayu sungguh si gadis desa
Pinggangnya ramping bak kerengga
Taatlah kita pada yang Esa
Kerana itu jalan ke syurga
Naik beca keliling kota
Naik bersama dengan Norlia
Biarlah apa orang nak kata
Asalkan hati tetap mulia
Datang kerja naik kereta
Naik kereta bersama Yahya
Biarlah kita tidak berharta
Asalkan kita hidup bahagia
Tanam padi tanam nangka
Padi diangkut dengan kereta
Jangan jadi anak derhaka
Kerana Allah sangat murka
Baik sungguh budi pekerti
Semuanya berpunca dari hati
Hidup ini perlu berbakti
Baru diingat sampai mati
Anak biri-biri di tepi telaga
Bermain bersama si anak buaya
Jagalah diri jagalah keluarga
Agar hidup aman bahagia
Layang-layang terbang melayang
Tersangkut pula di pohon cermai
Kita perlu berkasih sayang
Barulah hidup aman damai
Pergi ke tamu membeli bachang
Bachang dibeli dari pekan
Kita manusia hanya merancang
Sesungguhnya Allah yang menentukan
Nukilan :
En. Ahmad Safuan Bin Shamsuddin
PEK (BPPK) P (T)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 35
Salam diberi pembuka kata
Tepak sireh majlis beradat
Raja adil bersemayam di takhta
Rakyat sejahtera negara berdaulat
Mat Kilau pahlawan terbilang
Cekap tangkas bermain keris
Banyakkan amal jangan terkurang
Dapat pahala tak habis-habis
Ingat pesan datuk Hang Tuah
Tidak Melayu hilang di dunia
Negara Malaysia bumi bertuah
Berbilang bangsa penduduknya
Gadis manis di muka pintu
Duduk bersimpuh tangan melambai
Zaman beredar mengikut waktu
Cari ilmu janganlah lalai
Pergi menjala di Sungai Rokan
Dapat seekor si ikan keli
Adat budaya kita pertahankan
Bahasa tidak dijual beli
Benang emas jarum suasa
Buat menjahit kebaya nyonya
Puas sudah menjeruk rasa
Orang kucinta sudah berpunya
Kerongsang intan pusaka bonda
Hiasan indah bersama selendang
Walau di mana tuan berada
Budi bahasa sentiasa dijulang
Buah keladi dibuat pengat
Keladi dibeli di Bandar Penawar
Semakin hari semakin teringat
Walau dicari pelbagai penawar
Kinabalu puncaknya tinggi
Berdiri megah mencapai awan
Hindari sifat meninggi diri
Dibenci kawan serta rakan
Sampan kolek mudik ke hulu
Sarat muatan berisi baja
Kalau tuan pergi dahulu
Tinggallah hamba bermuram durja
Nukilan :
Cik Maziah Binti Ismail
KPT (BPPK) P (T) 1
36 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Sambil berjalan berpimpin tangan
Senyum meleret sungguh menawan
Kalau hidup selalu berangan
Sampai bila tiada kemajuan
Layang-layang terbang melayang
Terbang melayang tinggi di awan
Kita perlu berkasih sayang
Agar hidup tenteram dan aman
Tunggu bas berjam-jam
Hendak pergi ke Teluk Sena
Kalau selalu asyik meminjam
Akibat hidup jadi merana
Beramai-ramai pergi ke taman
Dalam perjalanan dikejar angsa
Hidup ini perlu berteman
Agar kita gembira sentiasa
Dari rumah ke pasar raya
Singgah sebentar membeli kerapu
Macam mana kita nak berjaya
Kalau buat kerja asyik merapu
Makan chipsmore bersama anak
Biskutnya sedap begitu rapuh
Kalau nak makan char kway teow yang enak
Marilah datang ke Dataran Ipoh
Sungguh sedap makan mi kari
Makan mi kari di warong Pak Long
Kita hidup perlu berdikari
Jangan asyik nak minta tolong
Panasnya hari rasa nak terbang
Bertambah panas apabila petang
Leka lepak sampai bang
Tunggu bas tak datang-datang
Dari Putrajaya ke Cyberjaya
Sambil memandu mulut berzikir
Kalau hendak hidup berjaya
Gunakan otak untuk berfkir
Memerah otak membuat pantun
Pantun yang mudah dua kerat
Dah rasa diri macam kartun
Banyak yang dibuat jadi sekerat
Nukilan :
Pn. Esma Eiza Binti Mat
KPT (BPPK) P (T) 2
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 37
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah berkorban nyawa
Berkat berjasa kepada ibu dan bapa
Kelak hidup selamat dan sejahtera
Masak lemak cili api
Makan bersama ulam-ulaman
Jauhkan sifat hasad dan dengki
Dekatkan amalan takwa dan iman
Tersepak batu sakitnya kaki
Sakit kakinya di sebelah kiri
Ikhlas bekerja penuh dedikasi
Barulah berkat punca rezeki
Kapal belayar di tengah lautan
Meredah ombak membelah samudera
Kenangan manis kekal di ingatan
Menjadi pengubat hati yang lara
Pergi ke hutan menunggang kuda
Niat di hati memburu rusa
Baik budi indahnya bahasa
Itulah lambang jati diri bangsa
Negara Malaysia nama diberi
Rakyatnya hidup aman dan damai
Marilah kita bersatu hati
Ikrarkan setia janji disemai
Menjahit baju sulaman baldu
Cantik dipakai di hari raya
Sungguhpun jauh beribu batu
Dekat di hati dilupa tiada
Kalau pergi ke Putrajaya
Singgah sebentar di Alamanda
Biarlah ilmu penuh di dada
Buat bekalan di hari muka
Tanam bunga di tepi kolam
Anak itik menumpang mandi
Tangan dihulur menyambut salam
Tanda ikatan kekal abadi
Buah delima buah bidara
Dimakan bersama sanak saudara
Inilah pantun penutup bicara
Hasil nukilan ikhlas daripada saya
Nukilan :
Cik Arni Mayuti Binti Abu Bakar
PKP (BPPK) P (T)
38 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Melintas jalan bersama-sama
Sambil melintas berpegang tangan
Jangan dibuang barang yang lama
Biarlah ia menjadi kenangan
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Tolong-menolong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Lenggang-lenggok gadis Melayu
Manisnya sungguh budi pekerti
Kulihat matamu sudah kuyu
Mungkin bantal sedang menanti
Bagi betis nak peha
Itu sudah jadi budaya
Kalau kita rajin berusaha
Pasti kita akan berjaya
Hari-hari pergi ke ladang
Mengangkat sayur berpikul-pikul
Berat sungguh mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Duduk bersila menjahit butang
Menjahit butang rasanya senang
Jangan kita suka berhutang
Hidup sentiasa jadi tak tenang
Hajat di hati ke Kuala Langat
Hendak membeli sup cendawan
Awatlah hang ni teruk sangat
Pantang melihat terus tertawan
Kenyangnya perut terus sendawa
Di dalam hati menyanyi-nyanyi
Dari seorang baik berdua
Supaya diri tak terasa sunyi
Ke kedai mamak minum Coca-Cola
Minum bersama Encik Syaiful
Jangan cerita pasal bola
Kerana dia penyokong Liverpool
Bila sihat jangan dilupa
Kesihatan yang baik Allah kurnia
Falsafah Hang Tuah janganlah alpa
Takkan Melayu hilang di dunia
Budak-budak main kejar-kejar
Sambil bermain di tepi paya
Kalau kita rajin belajar
Pasti kita akan berjaya
Nukilan :
En. Nurul Amin Bin Abd Karim
PT (BPPK) P (T) 3
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 39
Jahit baju di atas pangkin
Patahnya jarum di celah jari
Jikalau tidak berusaha rajin
Manakan kita mendapat rezeki
Ikan rebus di dalam raga
Ikan belut sangkut di jaring
Perutku sakit menahan tawa
Gigi palsu Najmeer loncat ke piring
Menanam bakau di tepi paya
Sambil menanam menjala ikan
Apa guna lagak dan gaya
Kalau bahasa tidak dihiraukan
Ke kedai Ah Seng membeli rempah
Sesat jalan sampai ke senja
Malu besar muka pun merah
Nak cium bini tercium mertua
Indah sungguh budimu tuan
Jadi kenangan di dalam hati
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
Apalah nasib si Labu Labi
Asyik disuruh Encik Ahmad
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad
Bagaimana gajah tidak mengamuk
Tikus menyombong menampar dada
Bagaimana dara tidak merajuk
Bujang sekampung mengejar janda
Tingginya ombak di tepi laut
Tepian pantai pasirnya bersih
Budimu tuan disebut-sebut
Kerja selesai terima kasih
Diam diam Naimi berkayuh
Kerana takut dikejar buaya
Saban malam abang mengeluh
Kerana adik sudah berpunya
Pergi ke pekan terjumpa Che Li
Tangan dihulur salam berjabat
Pekerjaan terasa ringan sekali
Terima kasih wahai sahabat
Nukilan :
En. Syaiful Azrey Bin Abd Aziz
PT (BPPK) P (T) 4
40 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Jangan suka masak berminyak
Masak lemak ikan tenggiri
Jangan suka belanja banyak
Nanti rugi diri sendiri
Pergi ke Petronas mengisi minyak
Ron 95 pilihan ramai
Kalau kita asyik bertekak
Bilalah masa nak berdamai
Dari Nilai ke Cyberjaya
Singgah Dengkil mengambil teman
Kalau kita hendak berjaya
Tingkatkan usaha kuatkan iman
Jangan pandai mengasah parang
Parang diasah bersama arang
Jangan pandai mengata orang
Banyak dosa, pahala kurang
Kapal korek menggali lubang
Lubang digali buat kolam
Kalau kita hendak bertandang
Eloklah kita memberi salam
Jangan suka beli tenggiri
Beli ragi bersama padi
Jangan suka menyombong diri
Nanti rugi diri sendiri
Pergi ke hospital mengambil ubat
Ubat diambil dengan Pak Majid
Kalau kita hendak bertaubat
Rajin-rajinlah kita ke masjid
Naik Wira naik Waja
Pergi kedai beli papan
Rajin-rajinlah belajar
Supaya cerah masa depan
Proton Exora buatan Malaysia
Toyota Estima buatan Jepun
Kalau banyak kerja sia-sia
Cepat bertaubat cepatlah diampun
Sarapan pagi di Pinggiran Putra
Makan petang di Rahim Bistro
Kalau kita hendak berjaya
Rajin-rajinlah tengok Astro
Nukilan :
En. Mohamad Amin Bin Sidal
PAP (BPPK) P (T) 1
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 41
Lebuh raya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya
Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Beringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin
Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak
Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali meliuk-lintuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk
Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga
Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat
Orang Rengit menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang
Buah salak di rumah tok imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala
Tanam jerangau di Bukit Tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak
Anak Cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong
Nukilan :
En. Muhammad Faris Bin Ashak
PAP (BPPK) P (T) 2
42 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pagi-pagi menanam serai
Serai ditanam bersilang-silang
Bersatu teguh jangan bercerai
Majukan Malaysia negara gemilang
Sarung di jari cincin suasa
Cincin suasa dari Melaka
Sayangi ibu sepanjang masa
Janganlah jadi anak derhaka
Begitu anggun berkebaya jawa
Sambil berjalan mata melirik
Senyuman menawan memikat jiwa
Siapa yang melihat pasti tertarik
Cerita SBPA dah berlalu
Ianya hanya angan-angan saja
Cerita SSM sekarang bertalu
Jangan peduli buat je kerja
Sambil berjalan mulut berzikir
Termasuk lopak tidak diendah
Bila berkata hendaklah berfkir
Supaya tidak dipandang rendah
Sungguh rajin anak Pak Tapa
Membuat kerja tanpa dipinta
Wahai anakku janganlah lupa
Menara gading tempat dicita
Berlari-lari mengejar bas
Tersepak batu terus terjatuh
Kepadamu tuan kuucap syabas
Sering menjadi pekerja contoh
Budak-budak main congkak
Main congkak di tengah laman
Jangan kita merasa bongkak
Kelak nanti tidak berteman
Tidak sabar rasanya hati
Untuk berjumpa insan tersayang
Berkasih sayang bercerai mati
Umpama tiada jiwa melayang
Jalan-jalan di Pekan Satun
Ingat hati nak beli rojak
Mula-mula kita berpantun
Selepas ini kita bersajak
Nukilan :
Pn. Roslinda Binti Mansor
PAP (BPPK) P (T) 3
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 43
Sudah lama aku menanti
Menanti untuk naik pesawat
Jangan suka berkata nanti
Takut terlupa terus tak buat
Buat tali dalam gua
Pelikat rumbia, pelikat berkarat
Hidup mesti hormat orang tua
Berkat dunia, berkat akhirat
Bila berjalan asyik mendada
Sambil berjalan makan gula-gula
Bila memandu perlulah waspada
Bimbang nanti kemalangan pula
Kalau takut digigit nyamuk
Bela banyak sarang penyengat
Kalau takut badan gemuk
Jangan makan banyak sangat
Tengok tv cerita kartun
Kartun Ben10 menarik hati
Hidup ini perlu bersantun
Kelak kita akan dihormati
Kalau hendak membeli parang
Ambil limau lalu dicuci
Kalau ingin sesuatu barang
Mesti usaha jangan mencuri
Hajat di hati ke rumah rakan
Singgah sebentar di Pekan Bidor
Suruh makan dia makan
Suruh baca terus tidur
Jangan cuba paha dicubit
Kalau dicubit jatuhlah maruah
Kalau tuan tidak berduit
Jangan cuba makan rasuah
Sudah lama tak bertemu
Hati gembira bukan kepalang
Hidup kita perlu berilmu
Agar tidak ditipu orang
Kalau tuan beli belanga
Belikan juga kuih bahulu
Kalau tuan hendak belanja
Sila bayar wang dahulu
Nukilan :
En. Fadly Bin Darani
PKB (BPPK) P (T) 2
44 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Cincin emas serta suasa
Di jari manis gadis jelita
Jadikan amalan setiap masa
Memberi pertolongan tanpa diminta
Sorong papan tarik papan
Tengah menarik, emak panggil
Pagi-pagi mesti sarapan
Kalau tidak, separuh hari dah menggigil
Dari Kuching ke Putrajaya
Singgah sebentar di Cyberjaya
Kalau mahu hidup berjaya
Tumpukan keluarga dan kerjaya
Pak Malau membawa kereta
Membawa kereta pergi ke taman
Jangan diletak kereta merata
Bimbang nanti kena saman
Anak ayam berlari-lari
Telur ayam dimasak kari
Memujuk lebih dari sehari
Tidak dapat jua kubawa lari
Membuat silap mohon petunjuk
Petunjuk diminta berkali-kali
Janganlah kita asyik menunjuk
Kelak nanti tiada yang peduli
Melenggang-lenggang di tepi jalan
Si manis ayu senyum melerek
Tanpa tanya tanpa soalan
Sekali pandang terus tertarik
Budak-budak sedang berlari
Sambil berlari menari-nari
Hidup kita mesti berdikari
Kuat kerja setiap hari
Matahari turun menjelma bulan
Berhambat berlari takut dirotan
Kebaikan sentiasa menjadi bualan
Keburukan pula menjadi umpatan
Sungguh indah persiapan majlis
Hendak menyambut raja sehari
Apa lagilah yang hendak ditulis
Sudah jenuh memikir berhari-hari
Nukilan :
En. Shamsul Azni Bin Abd Aziz
PKB (BPPK) P (T) 3
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 45
Bercabang tiga si Gunung Daik
Ke Pulau Pandan mencari teman
Budi yang baik dibalas baik
Dikenang orang sepanjang zaman
Kupas kelapa menyusun sabut
Terlihat dara duduk di anjung
Hati teringat sering menyebut
Budi dikenang jasa disanjung
Nakhoda kapal dari India
Bawa dagangan rempah dan kari
Intan berlian kebesaran dunia
Budi bahasa sukar dicari
Hitam manggis rasanya manis
Sudahlah manis putih isinya
Kulihat manis kutatap manis
Inikan pula hati budinya
Anak Cina berkain batik
Kamala Dewi dengan sarinya
Tidak berguna beristeri cantik
Kalau tiada hati budinya
Jangan berumah di tepi pantai
Ribut taufan datang bertubi
Biar celana buruk dipakai
Asalkan hayat bijak berbudi
Siang hari menuai padi
Padi dituai secukup masa
Jangan sampai termakan budi
Kelak nanti badan binasa
Si Nyonya menanam sawi
Sawi di tanam batas dan ruang
Memang sudah hukum duniawi
Kerana emas budi terbuang
Mencari dara hingga ke Aceh
Dara dicari ramai tak sudi
Kalau mahu diri dikasih
Hendaklah baik tutur dan budi
Nukilan :
En. Mohd Helmi Bin Ahmad Nasri
PT (BPPK) P (T) 1
46 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Ramai orang pergi ke pekan
Pergi ke pekan membeli labu
Sungguh kacak wajahmu tuan
Dapat memikat si gadis ayu
Hari minggu hari berehat
Semua tugas dapat dibuat
Melihat anak pelbagai gelagat
Hati sakit jadi terubat
Pergi ke taman Cyberjaya
Menaiki kereta bersama keluarga
Hati-hati di jalan raya
Sayangilah anak dan keluarga
Buah tembikai manis rasanya
Dipotong-potong santapan majlis
Baik sungguh budi bahasanya
Hendak digambar tiada tertulis
Angin teluk menyisir pantai
Angkat kain di penyidai
Lebih baik mengaku tak pandai
Daripada memandai-mandai
Baca Yasin rumah Pak Rahmat
Tersalah baca menepuk dahi
Amalkan yassin setiap Jumaat
Agar diberkati oleh Ilahi
Setiap Khamis memakai batik
Batik disulam benang sutera
Nampak cantik kakitangan BPPK
Bila dikenakan batik sutera
Anak kucing namanya Comel
Mati tergolek kena langgar
Anak dara kuat mengomel
Sakit sungguh telinga mendengar
Setiap hari membuat senarai tugas
Senarai tugas mengikut tugasan
Tinggalkan sekejap setiap tugas
Dahulukan solat itu diutamakan
Nukilan :
Pn. Julia Binti Musa @ Abdul Rashid
PT (BPPK) P (T) 6
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 47
Ayu Kak Limah berkain batik
Sambil berjalan terkedek-kedek
Apa guna jadi perempuan cantik
Kalau sudah tengah hari pun tak celik-celik
Pakcik tua mengasah parang
Sambil mengasah minum kopi
Mengkritik bukan bererti menentang
Menegur tidak bermakna membenci
Anak berudu menjadi katak
Melompat-lompat di dalam lopak
Apa guna jadi lelaki kacak
Kalau baca Al Quran pun merangkak-rangkak
Berbudi bahasa amalan mulia
Tidak kira tua dan muda
Sekalipun tidak pernah jadi kaya raya
Masih juga beruntung tak papa kedana
Pergi ke hutan mencari kayu ara
Mendaki bukit punyalah payah
Jangan beri harapan ketika gembira
Jangan buat keputusan ketika marah
Hari ini makan lepat
Hendak makan juga kuih bangkit
Cuaca seakan tidak mahu bersahabat
Banyak orang yang jatuh sakit
Di kampung masihkah ada perigi
Aku hendak menumpang mandi
Cinta manusia akan pergi
Cinta Allah yang hakiki
Indah perkataan kerana bahasa
Indah akhlak kerana agama
Ucaplah syukur setiap masa
Hidup di dunia hanya seketika
Nukilan :
Pn. Nurul Ashikin Binti Abd Rahman
PT (BPPK) P (T) 2
48 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pergi ke hutan mencari rotan
Singgah berehat di Pohon Jati
Orang baik dalam ingatan
Beribu tahun tetap di hati
Makan nasi ayam berlada
Ayam berlada sedap sekali
Sayang anak biar berpada
Bimbang jadi Anakku Sazali
Pergi ke kali mencuci purdah
Purdah disidai di pagar berduri
Apa dikesal perkara yang sudah
Jadikan ikhtibar pedoman diri
Pergi ke kedai dengan sahabat
Hajat di hati nak makan roti
Anak nakal janganlah disebat
Kelak bertambah benci di hati
Nukilan :
Pn. Fairuzah Binti Saad
A (BPPK) P (W)
Kalaulah sayang si ikan haruan
Tidaklah makan anak sendiri
Jika tidak kerana tuan dan puan
Tidaklah saya mereka pantun ini
Bunga melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
Nukilan :
En. Najmeer Bin Ahmad
PT (BPPK) P (W) 2
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 49
Pergi ke kedai menaiki tandu
Tekak haus minum lemuju
Gundah gulana menanggung rindu
Hati teringat kau yang satu
Pakai baju berwarna merah
Pakai dengan tudung biru
Janganlah bos asyik nak marah
Risaukan offce haru-biru
Masak sayur pucuk paku
Sayur dibeli di hujung pekan
Mengapa sayang diam membisu
Kalau sudi kata katakan
Datang dari daerah Langkap
Berdagang sehingga ke Kuala Perlis
Beruang di hutan lagi kutangkap
Inikan pula si ikan bilis
Letak pelita di atas peti
Kelip-kelip bernyalakan api
Apa gerangan hajat di hati
Teratak buruk kami dilawati
Pergi mengambil segengam lada
Untuk dimasak bersama keli
Kalau memberi sekadar ada
Kalau berhutang jangan sekali
Jalan-jalan bersama teman
Singgah sebentar di Rantau Abang
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua panggillah abang
Pergi ke pasar membeli halia
Singgah sebentar membeli laksa
Insan baik berhati mulia
Baik pekerti berbudi bahasa
Datang dari Kuala Kedah
Untuk menangkap si burung helang
Bersanding sudah, bersantap pun sudah
Bila lagi tetamu nak pulang
Jalan-jalan ke Kampung Hulu
Sempat membeli buah mengkudu
Hancur hati siapa yang tahu
Hati menangis memendam rindu
Nukilan :
En. Amir Hamzah Bin Abdul Aziz
PET (BPPK) P (W)
50 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Air melurut di tepian mandi
Harumnya bau bunga melati
Tunjuk menjadi telaga budi
Ajar menjadi suluh hati
Pergi ke kebun mencari durian
Untuk dijual di kedai nyonya
Jangan berbangga dengan pujian
Belum tentu akan ikhlasnya
Budak-budak berlari-lari
Rasa gembira tidak terperi
Terbang bangau sepanjang hari
Ke tasik jua akhirnya dicari
Pergi ke kebun membongkah tanah
Untuk menyemai si benih kucai
Peribadi yang lemah laksana tanah
Bila diketuk akan berkecai
Di waktu pagi menanak pulut
Buat hidangan si buah hati
Kebodohan terletak di mulut
Kebijaksanaan terletak di hati
Pergi ke padang membawa kambing
Kambing dilepas meragut rumput
Ombak suka mendekati tebing
Bila berdekatan menghilang ke laut
Terbang tinggi si burung enggang
Hinggap sebentar di dahan berduri
Kalau tiada emas di pinggang
Sanak saudara menjauhkan diri
Hiasi diri dengan senyuman
Mata memandang rasakan getaran
Itulah sifat orang beriman
Allah akan memberikan ganjaran
Pergi ke pasar berjalan kaki
Membeli keladi setengah guni
Buangkan sifat hasad dengki
Supaya bersih hati nurani
Di kaki bukit menanam tebu
Tebu dijual di kedai Pak Dollah
Jika ingkar nasihat ibu
Nanti tak dapat keredaan Allah
Nukilan :
Pn. Norliza Binti Mahmod
KPT (BPPK) P (W)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 51
Anak ayam anak itik
Anak rusa anak angsa
Anak kita harus dididik
Agar menjadi orang berguna
Ke mana dia si anak kucing
Lama mencari tertanya-tanya
Risau di hati makin meruncing
Menjadi hati gundah gulana
Berjalan-jalan di hari minggu
Terserempak pula rakan sebaya
Untuk tidak berasa lesu
Bersenam selalu badan selesa
Berpisah jauh dari mata
Kekal diingatan buat selamanya
Keputusan dibuat tanpa rela
Jangan ditanya apa sebabnya
Ragam manusia pelbagai rupa
Menghiasi diri mewarnai bahasa
Berhati-hati memilih kata
Kata yang bisa membawa binasa
Katanya telah jauh pergi
Diambil orang tidak terduga
Telah hilang sudah dicari
Kelak bertemu tidak terkata
Cantik manis anak mami
Bersiap siaga hendak ke kota
Walau pucat paras diri
Janganlah dipandang sebelah mata
Hari minggu tetap bekerja
Mencari duit untuk berbelanja
Hasrat di hati memiliki dunia
Kuasa di tangan tidak berdaya
Nasi lemak nasi dagang
Makan sayur bersama ulaman
Walau banyak cabaran mendatang
Teruskan hidup langkah ke hadapan
Kita semua memang berbeza
Paras rupa tutur dan kata
Walau dunia porak-peranda
Jangan membenci sesama kita
Nukilan :
Cik Noor Baizura Binti Baharuddin
PT (BPPK) P (W) 1
52 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Padi terbakar terbang jelaga
Mencekak pinggang terikat parang
Sayang lapar tidak terhingga
Menunggu abang belum pulang
Di hati tahu diri yang kurang
Jangan berlagak bagai berilmu
Kelak pasti pecah tembelang
Tak dapat disorok badan yang malu
Kluang hitam keluar malam
Melulu terbang terkapai-kapai
Ku bawa ayam digoreng hailam
Tunggu sayang 30 minit kusampai
Sungguh enak rasanya bubur
Makan bersama ikan tenggiri
Apa guna sombong dan takbur
Sahabat handai menjauhkan diri
Melintang katil mengadap peti
Melintang cadar ditolak kaki
Berhutang kecil mencuit hati
Berhutang besar penyebab mati
Sungguh enak buah keranji
Dibeli dari kampung seberang
Sifat yang mulia lagi terpuji
Akan disenangi semua orang
Datang tetamu berkata kasar
Menjinjing ayam kaki bertaji
Gila ilmu berjiwa besar
Gila kuasa diri dikeji
Petang hari pergi ke taman
Sambil berjogging hati terkenang
Si hitam manis jadi pilihan
Bila memandang nak ikut pulang
Berkayuh ke lubuk mencari kerang
Kerang dicari berpeti-peti
Jangan disibuk apa yang kurang
Tanyakan diri yang belum berbakti
Dinihari ke rumah Pak Leman
Hajat hati nak beli pulasan
Lebihkan manis dalam senyuman
Kurangkan manis dalam makanan
Nukilan :
En. Muhammad Nasrul Bin Ersal
PT (BPPK) P (W) 4
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 53
Terbang tinggi si rama-rama
Terbanglah dikau pada Sang Mentari
Hormat menghormati amalan bersama
Agar tidak menyesal di kemudian hari
Menahan rindu pada si dara
Di hujung lautan kasih bertemu
Adanya jodoh tidak kemana
Asalkan setia pada yang satu
Erat rumbia disisip sukma
Mengerat lagu di samping irama
Earth hour disambut seluruh dunia
Menyelamatkan bumi agenda bersama
Di mana pondok tumpang berteduh
Ke mana sayang merajuk hilang
Apalah guna mengintai dari jauh
Hantarlah rombongan masuk meminang
Berdiri teguh gagah berpaksi
Berdiri buluh dikuatkan akarnya
Janganlah melulu mengikut emosi
Disebabkan nafsu buruk padahnya
Taji diasah berselang-seli
Pencak ditari mengulit perasaan
Hiduplah kita secara berdikari
Budaya membodek ketinggalan zaman
Bintang bersinar tampak serinya
Malam kelam dihiasi rembulan
Jantan perkasa jelas sifatnya
Jelas sekali tidak menganiaya perempuan
Indah sungguh sinar Sang Rembulan
Si pungguk bersiul di tepian kubur
Yang salah ditegur dijadikan amalan
Agar masyarakat tidak terlanjur
Jumlah tujuh letak setentang
Putih warnanya si bunga pinang
Anak dijaga penuh ditatang
Agar menjadi manusia mengenang
Kaum Melanau berenang ke tepi
Menongkah arus sedikit tenang
Kereta bertambah setiap hari
Kadar tol tidak berkurang
Nukilan :
En. Wan Nuridzuan Bin Wan Abdullah
PT (BPPK) P (W) 5
54 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Bila demam badan bergetar
Muka langsung tak nampak ceria
Janji Allah adalah benar
Jangan tertipu kehidupan dunia
Anak kecil melompat-lompat
Sambil melompat memegang erat
Hari-hari asyik mengumpat
Jangan lupa balasan di akhirat
Surat ditulis dalam gelap
Salah huruf banyak tak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Kalau tersilap dapat bencana
Pasang lagu sambil menari
Menari pula rentak laju
Alamak hujan sudah mari
Mari lari ambil baju
Monyet memang gemar menggaru
Tak kurang juga dengan si babun
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol habis dipulun
Orangnya cantik lagi genit
Jadi penghias kulit majalah
Puan Fairuzah Ketua Unit
Jumpa saja selesai masalah
Sungguh enak buah berangan
Dibawa dari Pulau Belangka
Pembantu Tadbir Unit Kewangan
Semuanya pakar-pakar belaka
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Ilmu dan amal amatlah perlu
Tentunya di syurga kita bahagia
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak tak selalunya rugi
Kadang-kadang dialah yang paling kenyang
Nukilan :
Pn. Suzalia Binti Ramli
PT (BPPK) P (W) 6
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 55
Mendayung sampan ke Sungai Baru
Sampan diisi buah berangan
Biar jauh beribu batu
Teknologi kini pendekat hubungan
Pergi merantau hingga ke Mukah
Gambar diambil jadi kenangan
Walau jauh kaki melangkah
Agama tetap jadi pegangan
Berjalan beriring ke Kampung Rokah
Berhenti rehat di simpang jalan
Kalau senyum satu sedekah
Kenapa tidak jadi amalan
Dari Padang ke Bangkahulu
Singgah bermalam di istana tampak
Hati sedang menanggung rindu
Luka di dalam siapa yang nampak
Baik-baik menyiang kurau
Jangan sampai terluka jari
Baik-baik bila bergurau
Jangan sampai terluka hati
Berenang-renang si ikan kelah
Ikan berasal dari Jawa
Hilang penat hilang lelah
Terpancar senyum terdengar tawa
Kuih diadun bersama badam
Adunan diuli bercampur gula
Manakan dapat hasil diidam
Kalau langkah tidak dimula
Baba nyonya bertentang mata
Hati lara hendak berpisah
Hati tertanya mulut berkata
Mana arah jiwa gelisah?
Nukilan :
Pn. Nor Ezura Binti Bahrin
PTM (BPPK) P (PM)
56 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pucuknya tinggi si pohon ara
Daunnya jatuh di atas para
Assalamualaikum pembuka bicara
Apa khabar wahai saudara?
Pulut ditimbang di atas neraca
Ditanak sedikit enak rasanya
Dunia hanyalah pinjaman semata
Beringatlah kita selagi ada
Bunga kiambang di tepi kali
Batang pinang dibuat titi
Budi tuan berharga sekali
Mampukah dibayar sebelum mati
Kain sutera di dalam peti
Emas sebongkah payah dicari
Budi diberi balasan dinanti
Diri dibenci hidup sendiri
Segenggam beras ditanak mendidih
Dihidang dalam mangkuk delima
Tuan jangan duduk bersedih
Saya pergi bukannya lama
Raja perkasa mendirikan kota
Kota emas menjadi harta
Sekiranya saya terlanjur kata
Maaf dihulur kasih dipinta
Bunga kemboja bunga melati
Baunya harum rupanya berseri
Jika mahu diri dihormati
Janganlah sombong meninggi diri
Cindai sutera bersulam tangan
Coraknya cantik, nakhoda lukiskan
Saya pergi meninggalkan tuan
Tunggu utusan tinta kukirimkan
Panas terik pancaran mentari
Jalan berpayung gadis sunti
Restu hidup perlulah dicari
Hormati yang tua hidup diberkati
Nukilan :
Cik Haidabaizura Binti Mohd Zamri
PPTM (BPPK) P (PM) 2
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 57
Pagi-pagi pergi menjaja
Habis jualan senang rasanya
Hati itu ibarat raja
Perlu dijaga setiap masa
Hidup dan mati beroleh barkah
Andai Al-Quran dijunjung adat
Marilah beristiqamah hidupkan sunnah
Insya-Allah selamat dunia akhirat
Bulan purnama indah berseri
Pungguk merenung hati berdebar
Takwa itu jalan berduri
Perlu lalui penuh sabar
Indah pesona si bunga raya
Hidup subur di kebun nyonya
Hati resah banyak penawarnya
Bertaqwa istiqamah jalan seeloknya
Harum sungguh kayu cendana
Asap berkepul semerbak baunya
Hidup akan lebih bermakna
Jika ilmu penuh di dada
Quran dan sunnah jadi pedoman
Tasbih dan tahmid jadi sebutan
Tepuk dada tanyalah iman
Cukupkah amal buat bekalan?
Manis raut si anak dara
Santunnya memikat hati semua
Bahasa indah bila bicara
Tutur suara lembut sentiasa
Kawalan hati dari pandangan
Hilang kawalan diri menderita
Kekhilafan kalau terlalu dibiasakan
Akhirnya akan membunuh kita
Taat dan akur perintah Tuhan
Mohon hidayah mencari teman
Yang bertudung jadi keutamaan
Menutup aurat jadi idaman
Nukilan :
Pn. Noorazlin Binti Hashim
PT (BPPK) P (PM)
58 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pergi ke hutan menjerat kenari
Tersilap langkah dibaham buaya
BPPK itulah singkatan diberi
Penilaian Kompetensi fungsi utamanya
Pulau Mutiara Pulau Sentosa
Sesuai untuk pasangan bercinta
Warga BPPK hidup aman bahagia
Tiada hasad dengki sesama warga
Suara lunak tidak terperi
Kalah Broery kalau menyanyi
En. Khalid Abu Bakar SUB kami
Orangnya tegas dan berdedikasi
Bibir manis menguntum senyum
Tersadung batu di tepi jalan
Warga BPPK suka tersenyum
Amalan mulia jadi panduan
Tinggi sungguh pokok kepayang
Tinggi lagi pokok kelapa
Pupukkan perasaan kasih dan sayang
Pastinya hidup aman dan bahagia
Makan durian dibuang kulitnya
Kulit dibuang di tepi perigi
Jadilah anak yang berjaya
Barulah ibu bapa senang hati
Cantik sungguh baju kebaya
Kebaya dipakai penyanyi Saloma
Hidup ini pastinya berjaya
Kiranya ada anjakan paradigma
Asam pedas ikan gelama
Sedap dimakan bersama cencaluk
Ramai manusia bersikap durjana
Bayi dibuang merata ceruk
Merak cantik hinggap di pokok
Mari dihias di dalam raga
Katakanlah tak nak pada rokok
Barulah kesihatan kita terjaga
Dari Perlis sampai ke Melaka
Singgah sebentar di Putrajaya
Apa rahsia berpantun seloka
Program MBMMBI itulah jawapannya
Nukilan :
Pn. Zunita Binti Elias
PEG. TADBIR PRE (BPPK) K (DPP)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 59
Pergi ke tasik memancing ikan
Ikan dipancing ikan haruan
Bahasa Melayu kita martabatkan
Bahasa Inggeris kita perkasakan
Berlari si anak mengejar pelangi
Mengejar pelangi di tengah bendang
Bersamalah kita bersatu hati
Agar negara gilang gemilang
Bila tiba bulan Ramadhan
Jangan lupa membayar zakat
Nilai murni jadikan amalan
Hidup muafakat membawa berkat
Duduk bersimpuh tepi paya
Duduk beralas atas papan
Membaca buku jadikan budaya
Teras kejayaan masa hadapan
Mari melancong ke Pantai Timur
Pantainya indah dan mengasyikkan
Malaysia maju, aman dan makmur
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
Budi bahasa warisan berzaman
Menjadi amalan tak kira usia
Mulakan hari dengan senyuman
Dipandang manis, pekerti mulia
Keindahan pantun warisan Melayu
Bahasa kita tambah berseri
Terbentang luas langit membiru
Begitulah keindahan ciptaan Ilahi
Berkicauan burung sana sini
Sungguh merdu indah sekali
Kita hidup saling menghormati
Menjadi amalan sehingga kini
Tiba musim masaknya padi
Turun ke bendang membanting tulang
Bantu-membantu hormat-menghormati
Bangsa cemerlang, gemilang,terbilang
Nukilan :
Cik Rosfarahin Binti Roslan
PSH (BPPK) P (PM)
60 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Sangkut joran di pohon rhu
Pasang umpan ikan sembilang
Menanti cabaran di alaf baru
Moga menjadi pekerja terbilang
Berjalan-jalan ke Pulau Daik
Singgah di pekan membeli suasa
5S amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Buah labu ikan pari
Masak dengan santan kelapa
Kawan beribu mudah dicari
Sahabat setia payah dijumpa
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain manjaku sayang
Jikalau kita bersatu hati
Kerja susah menjadi senang
Cahaya pelita menarik kelkatu
Waktu senja menghidang juadah
Kalau kita sudah bersatu
Semua kerja tampak mudah
Anak haruan si anak ikan
Terlekat kail tersembul mata
Mari bersama kita amalkan
Sopan santun budaya kita
Kelapa tua limau purut
Berjalan perlahan ke pohon sena
Hati muda jangan diturut
Sesal kemudian tidak berguna
Kiri jalan kanan pun jalan
Namun sesak setiap masa
Mari kawan marilah teman
Kita membaca sepanjang masa
Nukilan :
Cik Dalida Atiqah Binti Mohd Nordin
PEG. TADBIR PRE (BPPK) K (PK)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 61
Nasi lemak buah bidara
Enak di makan di atas beca
Salam sejahtera pembuka bicara
Mari bersama pantun dibaca
Belayar si katik ke Pulau Pandan
Tertawan hati indahnya pemandangan
Gunanya ilmu tiada sempadan
Sebagai bekalan menjalani kehidupan
Anak ikan dalam perigi
Berenang bersama si ikan gelama
Mari kita bersatu hati
Agar bangsa sentiasa bersama
Makan mi dalam pinggan
Makan bersama rakan dan taulan
Jika hidup mahukan ketenangan
Tuhan yang satu jangan dilupakan
Pergi ke pasar membeli bunga
Bunga dibeli bunga kekwa
Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih ayah ke hujung nyawa
Ayam bertelur di atas para
Bertelur sebiji riuh sekawan
Bahasa ditutur menjadi perantara
Supaya silaturahim dapat dieratkan
Seberang sungai dengan titi
Sambil menyeberang berhati-hati
Warga tua kita hormati
Para belia kita kasihi
Kaki terpijak serpihan kaca
Terjerit-jerit aduh sakitnya
Selesai sudah pantun dibaca
Diharap bermanfaat untuk semua
Nukilan :
Cik Nurain Haziqah Binti Ibrahim
PSH (BPPK) P (PM)
62 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Toleh kiri, kulihat banjaran
Toleh kanan, kunampak lautan
Tahu diri serba kekurangan
Tetap hadapi segala dugaan
Secantik emas sekilau permata
Seharum bunga selembut sutera
Selaut kasih ibu bapa tercinta
Selamanya menjadi bual bicara
Berkaki ayam menuju hutan
Ketemu musuh terus kelahi
Andai diri hadapi kesulitan
Panjatkan doa ke hadrat Ilahi
Langit biru tampak cerah
Laut gelora tiada sempadan
Dosa dibeli sebegitu murah
Dengan harga satu umpatan
Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap di atas pohon sena
Kejayaan dunia seketika cuma
Kebahagiaan syurga lebih bermakna
Terbang burung ke awan biru
Mencari sangkar di senja hari
Hormati bapa sayangi ibu
Kelak menjadi insan terpuji
Nukilan :
Pn. Nur Hazmimifza Binti Ishak
PEM. TADBIR PRE (BPPK) P (T)
Darah luka terkena duri
Calar di lengan nampak kesan
Jangan suka menuding jari
Nilai pandangan buat keputusan
Kerbau balau pisau asah
Gulai lada lemak betik
Jiwa galau hati resah
Itu tanda cinta berputik
Mekar melati harum seroja
Kelopak kudup relai memikat
Ikhlaskan hati ketika bekerja
Kelak hidup sentiasa berkat
Berkayuh sampan ke Inderagiri
Ingin mencari songket berwarna
Sungguh hamba merendah diri
Pantun dikarang tidak seindah mana
Berhias lengkap ke Pekan Peringgit
Memikat hati wajah berseri
Usah bercakap setinggi langit
Takut nanti termakan diri
Nukilan :
Cik Norhidayah Binti Rejeni
PEG. TADBIR PRE (BPPK) K (PSQ)
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 63
Berkelana semusim di hulu
Berbekal semangat yang kental
Tingginya kuasa orang berilmu
Pasir melata dijadikan kristal
Alangkah cantik si Gunung Daik
Tempat peranginan nan selesa
Kempen senyum amalan baik
Elok diamalkan setiap masa
Bayu menyisir di pantai landai
Nyior condong di Tanjung Karang
Alangkah bernilai si bijak pandai
Ke mana pergi disukai orang
Indah tersergam singgahsana
Diukir dengan pelbagai ukiran
Segala tugasan dapat dilaksana
Berkat dari kerja sepasukan
Halia sekerat di tepi kendi
Sebagai tanda air berperisa
Mulia orang kerana budi
Halus pekerti dek bahasa
Kapal sarat karun berpeti
Milik saudagar berhati tulus
Adat berketua perlu dihormati
Agar mudah untuk berurus
Daun mengkuang daun palas
Dianyam bersama untuk hiasan
Budi diberi bukan untuk dibalas
Sekadar tanggungjawab seorang insan
Insan yang telah kutemu
Semuanya menjadi sahabat
Tingkatkan usaha mendapat ilmu
Untuk bekalan dunia akhirat
Di mana hinggap burung ketitir
Di tepi kali melepas dahaga
Laksana kerja dengan berfkir
Agar menjadi rujukan semua
Nukilan :
En. Mohammad Najib Bin Mohd Ali
Mantan KPSU (BPPK) K (PK)
Jemputan Khas
64 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
SAJAK
66 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pengalaman, Cinta dan Perasaan
(Pn. Rozainum Binti Ahmad)
Pengalaman
Membuat insan lebih dewasa
Di dalamnya tercipta ikhtibar
Jua pengajaran
Untuk direnung dan difkirkan
Secara bijaksana
Supaya dimanfaat masa mendatang
Cinta
Tatkala cinta berbunga di hati
Semarak kasih sehangat mentari
Membuat insan didakap bahagia
Bahana cinta membuat insan rasa terseksa
Setiakah cinta bila digoda?
Cinta abadi hanya pada yang Esa
Perasaan
Ceria, tenang, syukur
Suburkan dalam jiwa
Supaya seri naik ke muka
Bukankah wajah cerminan hati?
Gelisah, kecewa, dendam dan dengki
Lontarkan di kejauhan
Supaya rambut tidak cepat berubah warna
Kelihatan lebih tua dari usia
Hanya iman di dada mampu mengimbangi perasaan
Bagi makhluk yang kerdil dan lemah seperti hamba
Semoga Allah
Mengurniakan yang terbaik
Untuk kita semua...
Perkhidmatan Awamku
(En. Azme Bin Hussain)
Perkhidmatan awamku
Hampir tiga dekad kulewati usiamu
Dapat kurasai nafas dan denyut nadimu
JKK, SSB, SSM, dan SBPA yang tidak menjadi
Perkhidmatan awamku
Denganmu aku berbakti
Merasai manis dan pahitnya pengalaman
Mendewasakan aku dalam batas dunia tanpa sempadan
Mengajarku makna hitam putih kemanusiaan
Perkhidmatan awamku
Kulihat semakin sirna kemegahanmu
Adakah telah hilang sana daripada bijakmu?
Adakah telah terpisah akal dan hati nuranimu?
Serimu dicemari tangan-tangan ghaib
Terpukau oleh serapah dan jampi
Terlena dibuai indah oleh retorik dan mitos
Sedangkan kau telah sarat dengan kerenah dan birokrasi
Seakan badi dan barah yang payah diubati
Perkhidmatan awamku
Penjawatmu pelbagai generasi, perilaku dan ideologi
Ada yang hanya tahu, setiap bulan dapat gaji dan pencen
sudah gerenti
Ada yang tidak dapat bertahan lagi, sekerat jalan sudah
berhenti
Ada yang rasa kuat, tidak mahu bersara sampai mati
Ada yang tidak peduli, kepala siapa dipijak asalkan aku
naik orang lain gigit jari
Ada yang ingin naik dan naik lagi, merasakan jawatan
tidak cukup tinggi
Ada yang rasa dia yang berkuasa, orang lain tidak ubah
macam kuli
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 67
Ada yang macam perompak di siang hari, seakan duit
rakyat macam duit mak bapak dia sendiri
Ada yang ingin jadi juara, dirasakan ideanya tidak
pernah basi
Ada yang merasa dialah terpandai, pendapat orang lain
tidak pernah mahu didengari
Ada yang hanya berteori, semua benda dibuat tidak jadi
Ada yang sakit hati, kempunan pangkat lebih tinggi
kerana tidak ditunjuk dengan jari
Ada yang berhipokrasi, tidak sedar dia hanya menipu diri
sendiri
Ada yang merasa semuanya hak dia, bagaikan jabatan
macam syarikat dia sendiri
Ada yang persis kayu mati, masih bertahan menjadi
liabiliti
Perkhidmatan awamku
Adakah agenda transformasimu akan menjadi realiti?
Jika berubah pada kulit bukan pada isi
Jika yang tersirat tidak sama seperti yang dizahiri
Jika yang dikejar hanya duniawi bukan berkat yang
dicari
Hasrat Yang Dimakbulkan
(Pn. Habibah Binti Yaacob)
Gugur segala penderitaanku
Lenyap segala kekecewaanku
Terlupa segala keperitanku
Pabila
Dahimu mencecah bumi
Pabila
Kedua tanganmu menadah ke hadrat Ilahi
Lemah longlai jiwaku
Melihat air mata ikhlasmu
Setitik demi setitik
Membasahi pipimu
Kini
Kurasa
Akulah insan yang paling bahagia
Tercapai segala hasrat
Walaupun lama menunggu darimu
Lalu kupanjatkan doa:
Segala puji bagi Allah, Zat yang dengan kemuliaan
dan keagungannya semua kebaikan terlaksana dengan
sempurna
68 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Kau Pergi
(Pn. Hariyati Binti Kamaruddin)
Janji yang Esa itu pasti
Tidak kurang sesaat
Tidak lebih sedetik
Bila sampai masanya
Pergilah
Cukuplah deritamu sampai di sini
Pergilah kau menghadap Yang Kuasa
Aku redha ketentuanmu Illahi
Berbahagialah kau di Firdausi
Amanatmu kusimpan
Warisanmu kupelihara
Kan kujadikannya insan berjaya
Itu janjiku padamu
Terasa berat langkah kakiku
Meninggalkanmu sendirian di situ
Terpisah sudah jasad dan nyawa
Namun kupasti dirimu dipeliharaNya
Biar Kesunyian Mengunyah Saat-Saat
Seterusnya...
(En. Sivanantham Perianan)
Kita sedang bercakap tentang
Garis selari
Kamu mengenangkan landasan keretapi
Dan kemudian tebing-tebing sungai
Kamu seolah-olah sangat terganggu
Apabila mengenangkan
Kaki langit dan lautan biru
Kita biarkan saat-saat seterusnya
Dikunyah oleh kesunyian secara senyap
Dan semasa kita ucapkan salam perpisahan
Dan juga di hari-hari kemudiannya
Kita tidak pernah terfkir
Bahawa kita juga tergolong dalam kategori yang sama!
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 69
Oh Kura-Kura
(Cik Tan Kim Sze)
Oh kura-kura
Kau haiwan herbivor
Badanmu yang hijau
Dilindungi cengkerang keras
Menjadikan kau begitu comel
Di mataku
Oh kura-kura
Walaupun dirimu dipandang rendah
Kerana kau tidak sepantas kuda
Namun nilaimu amat tinggi
Semangatmu yang tidak pernah mengenal erti putus asa
Menjadikan dirimu begitu unik
Oh kura-kura
Kau simbol sebuah kehidupan
Tiada Gunanya
(En. Ahmad Safuan Bin Shamsuddin)
Tiada gunanya
Kalau kita di dunia ini
Hanya sekadar hidup
Ke hilir ke hulu tanpa tujuan
Apatah lagi tiada iman
Tiada pegangan
Hanya mengharap ihsan orang
Tiada gunanya
Kalau sekalipun belajar tinggi
Berjawatan tinggi
Tapi akhlaknya orang benci
Di sana sini orang mencaci
Apakah Itu sebenarnya yang dikehendaki
Tiada gunanya
Kalau hanya mahukan sanjungan
Mengharap diri diagung-agungkan
Di dunia ini hanya sementara
Entah esok, entah lusa
Akan pergi selama-lamanya
70 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Desaku
(Cik Arni Mayuti Binti Abu Bakar)
Aku lihat
Desaku aman
Berlari anak, kicauan burung
Angin menghembus tidak bosan
Senyum Sang Rama-rama mengibar sayapnya
Aku lihat
Hujung sana
Keemasan sawah terbentang luas
Anak-anak bermain dipinggir
Gurau senda menanti ibu dan ayah kepangkuan
Sayup kedengaran teriakan memanggil
Aku rindu akan itu...
Saujana mata memandang
Setenang air mengalir
Di kaki bukit megah nan kehijauan
Membiru langit di balik awan
Kepuasan mentari melimpahkan sinarnya
Memahami alam
Melambai daunan keriangan
Menitis embus hujung urat.
Redup di pohon rendang
Berteduh unggas berterbangan
Sepoi bayu sulaman mesra
Masih aku ingat...
Kekalkan desaku
Nostalgia silam
Aku telah dewasa kini
Biarlah dinikmati generasi temurun
Jangan kau berubah wahai desa
Alam itu penuh keserasian
Walau seribu tahun lagi
Aku Ranggi
(En. Mohd Helmi Bin Ahmad Nasri)
Aku masih di sini
Berteman kuarto KEW.PA dan blackberry
Mana anney amoi jua cc
Sampai kapan aku kan terus begini
Maju maju dan jangan noleh
Kumajukan bina tiap kerjaanku
Setiap hari dan saban waktu
Apa kuperoleh...
Warna perakam waktu berselang seli
Tembok tebal pemisah darjat
Masakan kalian tidak lihat
Aku masih lagi begini
Berselang purnama berganti hari
Perah keringat jua fkiran
Kugagahkan ia demi tuntutan
Letih bicara aneka ragam
Siapa yang kuat bakal tumpuan
Tersemat di hati pesan bondaku
Ikhlas beroleh balasan dariNYA...
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 71
Beranilah Menjadi Diri Sendiri
(Pn. Nurul Ashikin Binti Abd Rahman)
Jadilah diri sendiri
Dalam mengarungi lautan hidup
Sehingga semangat yang ada
Takkan pernah redup
Jadilah orang yang tabah
Menghadapi segala cubaan
Kerana ketabahan selalu menunjukkan
Jalan kebenaran
Jangan pernah mengutuk
Segala kekurangan diri
Berfkirlah positif pada setiap musibah
Yang kau alami
Kerana Ia mengetahui rahsia yang tersirat
Di langit dan di bumi
Di mana pun engkau berada
Jadilah diri sendiri
Sehingga kepercayaan diri
Melekat dalam hati
Beranilah menjadi diri sendiri
Tiada manusia yang sempurna
Dalam hidup ini
Jadilah hamba yang mensyukuri
Kurnia Ilahi
Jadilah diri sendiri
Sehingga dirimu diberkati
Bebas
(En. Syaiful Azrey Bin Abd. Aziz)
Biar siapa pun kau, keluar pada senjakala
dari tanahmu, di mana segala mengenalmu
rumahmu yang terakhir sebelum belantara
Biar siapa pun kau
Dengan matamu lesu yang jarang
membebaskan diri dari ambang pintu yang reput
perlahan-lahan kau mengangkat sebatang pohon dengan
gempita
Lalu mendirikannya menghadap langit lampai sepi
Dan telah kau mencipta halaman duniamu dan ia luas
bagaikan sepatah kata yang bertambah matang dalam
kesunyian
Dan ketika semangatmu menggenggam maksudnya
Lembut dari matamu ia terlepas
72 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Cekal Seorang Petani
(Pn. Julia Binti Musa @ Abdul Rashid)
Terbit mentari pagi
Si petani berjalan membawa bekalan
Setiap waktu diamanatkan dengan ikhlas
Mengusahakan tanah sekangkang kera
Si petani menghayun cangkul dan sabit
Tidak mengira erti penat
Tidak mengira erti jijik
Tanah dibelai agar berkat hasil diperoleh
Si petani duduk berehat
Dengan peluh yang menitis-nitis
Sambil menyuap makanan yang dibekal isteri
Sambil merenung nasib diri
Si petani mempersiapkan diri untuk mengerjakan suruhan
Allah
Walau penat dan lesu suruhan Allah jangan dilupa
Setiap apa yang dibuat moga dapat berkat dariNya
Cekal seorang petani inilah hasil keringatnya
Anak
(Pn. Siti Aishah Binti Hassan)
Anak
Ibumu sangat gembira
Telatah manjamu di samping ibu
Anak kini memahami
Betapa ibu sayang padamu
Anak
Ibumu tak pernah sepi
Malah tangis tawamu adalah pengubat
Di kala kepenatan dan keletihan
Biarpun lelah ibu membelaimu
Namun sentuhan itu tetap ibu curahkan
Anak
Ibu sentiasa doakan
Doa ibu anak jadi insan yang beragama mulia akhlak
Kau adalah tanda kasih sayang
Kau juga adalah penyambung ikatan kasih sayang ibu
dan ayah
Anak
Kau ibarat kain putih
Masih bersih belum diwarnai belum dilukis
Jadilah kau wahai anak
Berjasa kepada ibu dan ayahmu
Besar nanti kau disanjungi
Insan yang menerima berkat ibu dan ayahmu
Insya-Allah
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 73
Ibu
(En. Mohamad Amin Bin Sidal)
Ibu
Kau ibarat lilin
Menerangi perjalanan hidupku
Tanpa rasa jemu dan kecewa
Biar pun susah hidupmu
Asalkan nanti anakmu berjaya
Ibu
Tanpamu tiadaku didunia ini
Tanpamu jua tidak kubijak sebegini
Tunjuk ajarmu menjadi amalanku
Tiap bicaramu mengajarku erti kedewasaan
Ibu
Kaulah teman suka dan dukaku
Kaulah penawar di kala susah dan senangku
Kan kusematkan namamu sentiasa di hatiku
Kan kusanjungi setiap jasamu di jiwaku
Perjalanan
(En. Fadly Bin Darani)
Aku kini di sini
Di ruang waktu kumencari rezeki
Kian hari kian aku mengerti
Akan tanggungjawab yang perlu aku gagahi
Kadangkala nasib tidak menyebelahi diri
Aku akur akan ketentuan Ilahi
Namun aku tetap berpijak di tanah ini
Demi untuk aku berbakti
Demi untuk aku mencari diri
Siapakah aku di sini?
Pasti terjawab suatu hari nanti
74 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Kau Perwiraku
(Pn. Roslinda Binti Mansor)
Abang
Kau darah dagingku
Antara abang yang paling aku sayang
Kau yang sulung
Kau beri teladan yang baik kepada kami
Abang
Kau bertanggungjawab dan penyayang
Kau korbankan dirimu demi adik-adik
Kau bekerja sepenuh hati
Demi menyara persekolahan kami
Abang
Saat kami melanjutkan pelajaran ke universiti
Kau menangis kegembiraan
Kau puas melihat adik-adikmu berjaya
Menjadi insan terpelajar
Abang
Saat kami mendapat perkerjaan yang bagus
Kau tersenyum bangga
Namun abang belum sempat kami membalas jasamu
Kau pergi buat selamanya
Abang
Rupanya selama ini kau sakit jantung
Namun kau rahsiakan daripada kami
Kau tidak mahu kami susah hati
Betapa mulianya hatimu abang
Abang
Hanya doa yang dapat kami titipkan buatmu
Akan kami jaga ibu sebaik mungkin seperti yang kau
mahu
Kami doakan agar dirimu ditempatkan dalam kalangan
orang beriman
Semoga syurga Firdaus tempatmu abang
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 75
Tabah
(En. Pizol Bin Hussin)
Tabah itu tidak pasti
Andai diri kuat hadapi
Tabah itu penawar diri
Andai kata rapuh berdiri
Tabah itu kadangkala rebah
Rebah dibawa alunan resah
Oh tabah
Tabah itu kadangkala perit
Ingin tabah tapi hati terlalu sakit
Pahitnya tabah andai tak mampu bangkit
Bangkit dari mimpi sempit
Tabah
Hakikat tabah itu sebenarnya indah
Tabahlah bersama ibadah
Sujud kepadaNya dan berserah
Pastinya cahaya menerangi gundah
Duit, Duit, Duit
(Pn. Fairuzah Binti Saad)
Ada yang panggil dinar
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil dirham
Semua itu duit
Duit, Duit, Duit
Kerana duit manusia menjadi hamba
Kerana duit juga manusia menjadi durjana
Sanggup membuat apa sahaja demi duit
Sanggup menjadi kejam untuk mendapatkan duit
Dan
Kerana duit juga
Aku bergelar akauntan
Oh duit
76 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Pasrah
(En. Amir Hamzah Bin Abdul Aziz)
Aku berlari-lari anak
Sambil kutenung kiri dan kanan
Kepala ku kian berputar menanggung sakit
Ku kuatkan pusat penglihatanku
Ya aku pastinun di hujung sana tempatnya menanti
Aku pasrah kehendak mu Ilahi
Kejadian alam kekuasaanMu
Seketika aku menjadi legahilang keringat menanggung
kesakitanku
Aku bangunlega amat terasa
Jauh di sudut hati aku yakin akan nikmatMu
Ya Allah aku di bawah kekuasaan Mu jua
Bicara Hati
(Pn. Norliza Binti Mahmod)
Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemahnya diriku ini
Kuatkanlah rohaniku
Kerana kecintaanku padaMu Ya Allah
Betapa berat ujian dariMu
Kupasrahkan semuanya kepadaMu
Kusedar betapa indahnya nikmat sihat itu
Seharusnya aku bersyukur
Kesakitan bukanlah keperitan
Melainkan rasa kedekatan dan kemesraan
BersamaMu Ya Allah...
Kupohonkan kemurahanMu
Yang tersangat luas
Engkau maha mengetahui apa yang
Tidak aku ketahui...
Kasih sayangmu agung terserlah
Tidak tercatat tidak terungkap
Tidak terhitung...
Segala Rahman dan Rahmah
Ketika kupanjatkan doa
Kuhadirkan hati dan rasa
Fanalah aku...
Tiada lagi kata-kata
Yang tinggal hanyalah rasa
Tenggelamlah aku dalam makrifatMu Ya Allah...
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 77
Perubahan
(Cik Noor Baizura Binti Baharuddin)
Satu perubahan yang kita perlukan
Satu perubahan yang aku perlukan
Perubahan bermula dengan aku
Perubahan bermula dengan kamu
Satu perubahan yang mampu mengubah peraturan lama
Perubahan yang akan mengubah kecelaruan dunia
Jika kita percaya
Dan mula bertindak
Walau sedikit kita mampu
Memberi kesan kepadanya
Perubahan adalah
Peluang sebenar untuk kita berkembang
Perubahan itu adalah
Usaha kita memperbetulkan kesilapan
Perubahan itu adalah
Keupayaan kita untuk bersatu
Dan menghadapi segala kesulitan
Perubahan itu ialah peluang kita
Untuk membuktikan kesilapan pengkritik
Perubahan itu ialah lagenda kita
Bagi generasi seterusnya
Perubahan itu ialah kita
Bersama kita memperbaiki dunia
Bersama kita boleh
Ya kita boleh!
Asal Melayu
(Pn. Siti Aishah Binti Saidon)
Di mana boleh cari ramai Melayu
Di mana jua di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh pusat pemulihan dulu di Pudu
Dan di jalan lumba haram rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu
Sambil makan junk food kuaci dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan ubi kayu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunahku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu cuma baca bila nak halau hantu!
78 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Malam Tiada Kabus..
(En. Muhammad Nasrul Bin Ersal)
Bulan kulihat jelas terang
Bintang jelas kian hilang
Teringat diri dulu di sini
Membawa megah hitam berdiri
Kenapa nikmat aku dustakan?
Kenapa hikmah aku lupakan?
Nyata terang itu gelap
Nyata riang itu suram
Datang hentam tubuh bergoyang
Nestapa menjulang hiba ditatang
Umpama mencari semut hitam
Di atas batu di waktu malam kelam
Bangun!
Kulihat genggam tanganku
Itu janji dibumi untukku berpijak
Berpatahlah pulang ke pangkal
Sediakan diri mengikut akal
Memaut pada lima tiang
Mendaki enam anak tangga
Itulah jalan pulang
Menuju hujung petang
Terserlah nikmat bersulam hikmah
Yang kekal abadi...
Agar pada malamnya tiada kabus...
Alhamdulillah...
Hawa Yang Istimewa
(Pn. Suzalia Binti Ramli)
Duhai kaum Hawa
Sungguh mulia tempatmu
Terlalu istimewa sifatmu
Tak ternilai kudratmu
Meski masih bisa tertawa
Di kala saat-saat duka
Gahnya air mata itu
Di sebalik keindahan alis matamu
Itulah kelemahanmu
Namun percayalah
Titis kaca itu adalah tulang kekuatanmu jua
Yang bisa runtuhkan ego Adam
Yang bisa meruntun jiwa Adam
Senyumlah wahai Hawa
Ukirlah seikhlas wajahmu
Sucikanlah ruang hatimu
Kernaku jua tahu
Tulus budimu
Semulus kasihmu
Yang bisa menggoncang dunia
Yang bisa membuka mata semesta
Terima kasih Tuhanku
Aku lahir ke dunia sementara ini
Dalam dunia Hawaku
Duhai kaum Adam
Hargailah kasih sayang Hawa
Yang tiada galang ganti
Yang dicurahkan bersama doa
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 79
Tanpa Hawa
Dunia ini akan hilang hiasnya
Akan pergi serinya
Tinggallah Adam di sini
Menghitung kesalahan di benak hati
Membiarkan Hawa melangkah sepi
Jangan biarkan Adam dan Hawa terpisah akhirnya
Rama-Rama
(Cik Nurain Haziqah Binti Ibrahim)
Kau yang tak pernah dunia perasan
Dalam kepompong
Sembunyi sendiri orang takkan perasan
Tapi
Aku tahu
Aku nampak sayap itu
Aku tahu kau mampu
Takut tak payah nak tunggu
Buka sayap itu
Terbang tinggi tuju langit biru
Matahari tolong beri cahaya
Walau dunia kejam halang jalan ke sana
Wahai kesayangan
Terbang tinggi ke sana
Biar dunia tahu kau ada sentiasa
Walau kau jatuh gugur seperti bunga
Walau kau tumbang rebah seperti ara
Aku tetap percaya
Aku kau saling percaya
Tetapkan hati
Buka lebar sayap sendiri
Terbang tinggi bebaskan diri
Biar apa dunia rasa
Biar apa dunia nak kata
80 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Kawan
(Cik Haidabaizura Binti Mohamad Zamri)
Kawan
Di saat kamu gembira
Ramai yang akan ada bersama
Berkongsi hilai dan tawa
Berkongsi lawak dan jenaka
Di saat kamu meniti hari mudamu
Pastikan ramai yang datang padamu
Tiada duka tiada lara
Wajah jelita kamu dipuja ramai yang suka
Di saat kamu dimercu jaya
Pastikan ada yang berkongsi hasilnya
Mengaut apa sahaja
Hatta itu sahih bukan milik mereka
Di saat kamu mewah berharta
Kan ramai yang datang mengaku saudara
Khabarnya duka menagih harap
Uncang kecil tidak mahu seguni permata jadi pilihan
Tapi Kawan...
Jika kau dilanda musibah dan duka
Kau pasti sendirian mengharungi payah
Semua yang lain hilang tiada bayang
Tiada suara tiada wajah
Di saat kau meniti hari tua
Kudrat kian lemah tubuh terketar
Tiada yang sudi menemani
Dalam payah melangkahlah sendiri jauh membawa diri
Di saat kegagalan melingkari diri
Dirimu hanyut dalam resah, duduk disudut gelap
Tiada peneman mana sahabatmu?
Mereka pasti sudah pergi jauh dari sini
Di saat kamu tiada berharta
Kamu bukan lagi siapa-siapa
Umpama sisa tiada harga tiada makna
Saudara tak suka sahabat pun tak suka
Oleh itu kawan
Ingatlah
Apa yang kita ada
Bukan milik abadi
Ia pinjaman ia persinggahan
Sampai masa ia akan hilang
Ia akan pergi
Lagikan dunia ini sampai masa akan binasa
Untuk itu bersyukurlah dengan kurniaanNya
Bersyukur sebelum terlambat
Sebelum mata tertutup rapat
Selamanya
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 81
Hati Yang Hilang
(Pn. Noorazlin Binti Hashim)
Hati ini masih dibuai rindu
Padamu yang meladaniku
Sedih ini masih bercampur pilu
Menagih kasih pelukan darimu
Satu ketika dahulu
Dikau menyapu kesedihanku
Dikau mengikis kesakitanku
Kesengsaraanku kau tanam di dasar dalam
Pagi itu dikau dipanggil Ilahi
Suram kurasa, seperti terhentinya masa
Dahimu kukucup lama
Wajahmu kutatap buat terakhir kalinya
Berat hati melihat dikau dibawa pergi
Ku melambai menitip hati, mengiringi doa dan Al-Fatihah
Agar rohmu tenang bersemadi
Ya Allah
Tuhan yang menciptakan seorang ayah
Aku menadah tangan agar segala dosa ayahku
diampunkan
Kau himpunkanlah ayahku dikalangan mereka yang
beriman
Tabir sore mengheret aku pulang
Sambil merenung neon yang kian malap
Terbayang berbalam-balam wajahmu bersilih ganti
Sambil mengharap dikau masih disisi
Pandangan dan lisan aku masih tidak terjaga
Gerimis pagi ini rasanya sangat berbeza
Meniti jalan lama di mana aku bermula
Hari ini tanpa mu aku tiada
Hati yang dulu ceria
Kini diganti dengan hati yang hilang
Kesayanganku
(En. Naszeri Bin Md. Nor)
Kesayanganku
Kau umpama permata yang mengilau hidupku
Kaulah cahaya semangat dan hidupku
Yang membuatkan aku terus hidup dan bangkit
Meneruskan perjuangan kehidupan ini.
Kesayanganku
Kau dikasihi dan dicintai
Dipupuk dibelai dan dimanja
Tanpa ada apa yang mampu mencalarkanmu
Kesayanganku
Tahukah kau berapa sayangnya aku padamu
Tiada tolok bandingan yang mampu menandingimu
Tiada apa yang mampu memesongkan perasaanku
Kesayanganku
Tak dapat aku gambarkan kemusnahan hidup ini
Tak kala musibah melandamu
Hidupku pastinya hancur merenyuk dan mati
Hidup bagaikan tiada erti
Kesayanganku
Jika dibanding emas dan permataku pilihmu
Jika diugut hidup dan matiku pilihmu
Kerana kau kesayanganku
Kau cahaya mataku
82 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Nikmat Abadi
(En. Yusoff Bin Ismail)
Ibu
Bertarung nyawa
Anak
Lahirnya di dunia
Tanpa seurat benang
Tanpa berkata-kata
Dengan mata tertutup
Hanya dengar tangisan
Kelahiranmu disambut
Dengan linangan air mata
Ayah
Mengazankan di telinga kanan
Dan qamat di telinga kiri
Sujud Syukur
Atas Kelahiranmu
Ibu
Memberi sepenuh kasih sayang
Bersengkang mata
Menyediakan makanan dan pakaian
Dan sanggup berkorban nyawa
Ayah
Membanting tulang mencari rezeki halal
Mendidik dengan ilmu agama
Memastikan sekolah yang terbaik
Menadah tangan berdoa
Supaya berjaya dalam hidup
Dan sanggup berkorban harta benda
Anak
Kelahiranmu adalah nikmat abadi
Kepada ayah dan ibumu
Jika kamu seorang Hafz
Dan sentiasa bertaqwa
Doamu ketika mereka telah tiada
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 83
Benarkah
(En. Hishammudin Bin Ahmad)
Benarkah
Kata pujangga
Bila banyak berkata maka banyak dosa
Benarkah
Sakit bermula daripada kata
Kecewa bermula daripada cinta
Pedih bermula daripada janji
Benci bermula daripada kasih sayang
Duka bermula daripada suka
Dendam bermula daripada kata?
Benarkahbila berkata
Orang itu akan dinilai tingkah lakunya
Orang nak dengar yang baik sahaja
Berkata yang tak baik
Maka akan wujud sengketa
Benarkahbila berkata
Orang kata ngada-ngada
Ditafsir keras kepala
Menyusahkan orang sangkanya
Benarkahbila berkata
Mempertahankan beberapa perkara
Orang tak suka
Kita disekat banyak perkara
Benarkahbila berkata
Hendaklah berkata baik
Atau lebih baik diam
Benarkah
Ada mulutdiam
Ada telinga dengar
Ada matapandang
Kalau benar aku ingin
Terus berpuisi dalam diam
Kerana kebisuan lebih bermakna
Daripada galak berbicara keras
Yang hanya menambahkan luka
Jika tersasar
84 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Hakikat Kehidupan
(Pn. Shara Zuliana Binti Shafee)
Kata pujangga
Hidup ibarat roda yang berputar
Kata bijak pandai
Hidup mesti diteruskan walau badai melanda
Kata para ulamak
Hidup di dunia adalah jambatan menuju alam abadi
Hati selalu bertanyaapakah yang ingin dicari?
Kekayaan kejayaan kebahagiaan kekuasaan kepuasan!
Namun jawapannya sentiasa ibarat fatamorgana
Yang kelihatan hanya dari pandangan jauhsuatu
pandangan yang tidak pasti
Bagaimana harus kuteruskan langkah ini dengan penuh
kepastian dan keyakinan
Jika onak dan duri yang datang sentiasa silih berganti
Tidak berhenti menguji kesabaran diri
Namun dewasa ini setelah kumeneliti semuanya,
segalanya
Mendung yang kuanggap seperti tiada berkesudahan itu
Rupanya hanyalahibarat tempat persinggahan
sementara
Agar aku sentiasa menghargai setiap Rahmat dan Kasih
Sayang dariNya yang tidak terhingga
TuhanHambamu bermonolog sendiriAdakah diri ini
layak bergelar HAMBA?
Kerana jika dapat ku menerobos alam ciptaanMu ini
kusedar betapa kerdil hina dan zalimnya diri ini
Kerna jarang menyedari hakikat kehidupan ini adalah
atas IHSAN RAHMAT dan KASIH SAYANG dariMu
x-Factor BPPK
(En. Mohd Khairuddin Bin Musliman)
Hadirmu mengundang pelbagai tanggapan
Ada yang acuh tidak acuh
Ada yang positif
Ada yang optimis
Ada juga yang pesimis
Atas nama kompetensi
Atas nama self continuous learning
Atas nama subject matter expert
Cabaran harus disambut
Perjuangan mesti diteruskan
Bakat harus diserlah
Kau ibarat serampang pelbagai mata
Menggalak tabiat membaca
Merangsang budaya ingin tahu
Meningkat keyakinan diri
Mencetus kemahiran menjawab
Mempertajam nukilan minda
Manfaat diri bagi yang ingin terus maju
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 85
Malam
(Cik Rosemawati Binti Hussein)
Hitam kelam tak lagi bercahaya
Rembulan sirna di balik awan
Semilir sayu menyapa wajah
Dinginnya merasuk menghunjam kalbu
Rintik hujan menepis keheningan malam
Seolah bernyanyi alunan pilu
Seakan bersatu irama sendu
Di sebalik kelam malam
Aku seakan terpenjara sendiri
Resahgelisahberombak di dada
Meracaumerontatak menentu
Memecah tembok keangkuhan
Tak tahu ke mana harus kualurkan resah ini
Di sebalik kelam malam
Aku nanar dalam kegelisahan yang tercipta
Sendupiluberlagu di dada
Merantaimembelenggurasa
Mengundang gerimis di jiwa
Tak tahu ke mana harus kualurkan sendu ini
Setiap kali malam menjengah
Bersama rintik hujan
Ada cerita di ruang minda
Ada duka di tabir mata
Ada bayang mengusik jiwa
Lantas resah menghukum diri
Merelung jauh dalam palung hati
Setiap kali malam menjengah
Bersama rintik hujan
Ada luka bertapak di dada
Ada sendu bertamu di jiwa
Ada pilu berlindung di kalbu
Buat aku tak berdaya
Untuk terus bertahan
Setiap kali malam menjengah
Bersama rintik hujan
Aku tewas lagi
86 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Ayah Wiraku
(En. Mohd Faisal Bin Methlan)
Ayah
Tiba-tiba hati ini teringat kepadamu
Masih terbayang-bayang wajahmu di mataku
Banyak sungguh kenangan indah bersamamu dulu
Pengalaman hidup dikongsi bersama tanpa mengenal erti
penyesalan
Itulah lumrah hidup seorang insan bernama ayah
Ayah
Walaupun hidupmu tidak sesenang mana
Tapi mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-
anakmu
Walaupun kutahu beratnya beban di atas bahumu
Namun tidak satu pun janjimu tidak ditunaikan
Ayah
Dari pagi hingga ke senja mencari sesuap nasi untuk
keluarga
Menoreh, meracun, menebas, mencangkul itu mainan
saja
Hujan panas kau tempuhi jua
Asalkan anak dan isteri bahagia seadanya
Ayah
Hari ini aku juga seorang ayah sepertimu
Baru mengenal erti kehidupan sebagai seorang ayah
Ayah kepada seorang putera dan puteri tercinta
Demi membela nasib diri, keluarga, agama, bangsa dan
negara
Ayah
Aku bersyukur kepadaNya kerana dirimu masih di sisi
Sentiasa menemani disaat suka dan duka
Walaupun ayah kini sudah dimamah usia
Namun hatinya tetap muda menempuh segalanya
Ayah
Aku sangat merinduimu tatkala kita berjauhan
Aku berjanji akan bersamamu selalu
Semoga Allah merahmati segala perjuanganmu dalam
membesarkanku
Dari dulu kini dan selamanya
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 87
Anak Rantau
(En. Yuhasrizan Bin Yusuf )
Di sebuah kota terkemuka
Dalamnya terdapat bermacam cerita
Kecewa tangis senyum dan ketawa
Melayu, Cina, India dan pelbagai bangsa
Mencari apa saja tanpa matlamat
Kuala Lumpur ibu negara
Bapak pernah bertanya untuk apa kau ke sana
Banyak duka dari suka jika pergi tiada haluan
Apatah lagi pelajaran hanya secangkir cuma
Jauh sekali ilmu dan pengalaman penuh di dada
Ilmu azimat berguna untuk kehidupan
Ada betulnya juga apa yang bapak katakan
Namun hati anak jantan tidak keruan
Pergi jua walau banyak tentangan mendatang
Memecah tradisi zaman berzaman
Masa berganti masa, bulan berganti bulan
Tahun demi tahun aku di sini mencari sesuap nasi
Ada kerja namun tidaklah sehebat mana
Mempunyai kereta dan rumah cukup walau sekadar
disewa
Bertemu jodoh juga akhirnya walau tidak sekacak rupa
Begitu pantas masa berlalu
Banyak lagi onak duri terpaksa ditempuhi
Jauh lagi perjalanan hidup ini
Jatuh bangun menjadi sumber inspirasi
Bagi mencapai kejayaan esok hari
Realiti
(Cik Dalida Attiqah Binti Mohd Nordin)
Kekejaman
Tiada pilihan yang harus kulalui
Aku yang kehilangan
Terkapai-kapai mencari arah
Walaupun mata terbuka luas
Masih terasa kegelapan
Manusia berubah
Tanpa menyedari kewujudan masa
Aku lupa bagaimana
Mendengar mencintai dan mengasihani
Aku yang tersesat
Dalam gaya hidup yang membelakangi kehidupan
Dengan topeng yang tidak dikenali
Menyembunyikan panahan mata
Mengaburi cemburu dan iri hati
Yang nyata untuk membunuh
Walaupun kau ada segalanya
Tapi kelaparan dan kehausanmu
Membunuh rasa
Aku menitiskan air mata
Pada realiti yang menyakitkan ini
Aku bersyukur mengharungi kebahagiaan ini
Setiap hari menjalin ukhwah
Berkongsi kasih sesama insan
Dari menyakiti sesama sendiri
Aku ingin bebas
Dari dibelenggu kekejaman duniawi
88 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Kenapa Itu Jadi Teman
(En. Mohamed Shahar Bin Mohamed Sam)
Berhibur kota
Tidak kenal waktu
Hilang penglihatan siang dan malam
Melonjak arus mengutip sisir zaman
Tiada halangan tiada ampangan
Aku melihat akan itu
Pedih mata hati berkata
Hendak dihalangi diri rebah
Menahan mengalir bagai air bah
Pejam mata dongak kelangit
Kenapa itu jadi teman
Sayang sekali anak kota
Muda mudi harapan bangsa
Khayal ibarat di alam ghaib
Leka menjadi sampah masyarakat
Menjamu musnah longlai tubuh
Berisi racun di jarum maut
Kenapa itu jadi teman
Terowong laluan hidup
Tiada arah tiada hala tentu
Depan yang gelap laluan adanya
Gelap hati tiada penunjuk
Suntikan halwa selera
Penyambung usia selagi berdenyut nadi
Tersiksa jasad nadi disiakan
Musuh Negara adalah dia
Kasihan...
Kenapa itu jadi teman
Bila lagi mahu diubah
Anak bangsa yang merdeka
Nikmatilah hidup selesa
Nikmatilah hidup menjunjung kejayaan
Tutupkan terowong itu
Bukakan laluan cahaya
Bebas dari kesempitan akal
Jadilah insan bukan nisan
Mengisi hidup dengan pegangan
Tadah ke langit tapak tangan
Anugerah tuhan perlu dihargai
Nyawa dan jasad bukan untuk itu
Pengubat jiwa untuk kekal
Yang bernama insan
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 89
The Time of My Life
(Pn. Nurihan Binti Mahmud)
As time passes byI Keep on searching
For the fnding that never end
For the meaning that hard to understand
For the conclusion that puzzle in mind
Somewherealong the way I tent to forget
The moment that matter most
The forgiveness that in need
Is it a giving or an owing?
I search the worldfor the answerthe certainty
To fnd it againto get it back
To hold it once moreto appreciate it better
But only thenI discoverI have not lost it at all!
Thank you
Tsunami 2004
(Pn. Joanna Zahra Augustine Liom)
Daripada kedalaman Lautan Hindi
Ibu segala alam bangkit
Menempiaskan kemarahannya
Bila mereka tidak sedar
Bila mereka masih tidur dibuai mimpi
Deruman air yang dulunya menenangkan
Kini jadi menakutkan
Ombak besar menerpa
Menghancurkan tanah
Merobohkan rumah
Ratusan, ribuan nyawa menjadi roh
Hilang ke dalam kuburan lautan
Bagaimana ini bisa terjadi?
Bencana Alam?
Ataupun sudah takdir?
Jangan lagi kita pandang enteng
Mahupun lewa
Terhadap kekuasaan alam ciptaan Esa
90 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Aku Anak Kamu
(En. Jevartnam Baby)
Ibu
Dengan jiwa kamu
Dunia masih berputar
Dengan tangisan kamu
Lautan masih bergelora
Dengan senyuman kamu
Mentari masih memberi nyawa
Tanganmu bagai sakti yang pasti
Hilangkan lapar dan dahaga
Menjernih apa yang keruh
Mengait walau bersimpul
Keringatmu tidak boleh diukur
Peritmu hanya ditelan kamu
Tidak mengharap, tidak meminta
Doa disulam dengan nyawa,
agar kelahirannya hidup berjaya
Ibu
Dosa kamu tiada di jiwa ini
Hanya diisi perasaan sayang
Hasil belaian kamu yang pertama
Dari kerdil hingga aku dewasa
Engkau gigih tanpa usia
Membanting keringat yang masih ada
Hingga maut mencabut nyawa
Oh ibu
Tanpa kamu siapalah aku
Tanpa kamu tiadalah aku
Jika hilang kamu
Aku masih yang sama
Hanya tiada tempat untuk bermanja
Namun
Ketawa kamu akan kuingati
Dodoi kamu akan kuwarisi
Pesanan kamu akan kubawa hingga mati
Nescaya, kerana aku anak kamu
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 91
Buku
(Pn. Hamasni Binti Che Din)
Buku kau adalah khazanah berharga
Kandunganmu dipenuhi pelbagai aksara
Yang mencatat ayat demi ayat
Dirimu tempat himpunan ilmu-ilmu
Untuk diterokai dan dihayati sekalian peminatmu
Buku kau umpama sebuah taman
Menghayati nikmat penuh keindahan
Kau adalah lautan aneka pengetahuan
Yang diselami penuh kekhusyukkan
Tanpa menyedari masa berlalu
Demi ilmumu bak kilauan keemasan
Buku kau adalah sumber pelita kehidupan
Bersamamu meneroka dunia luas tanpa sempadan
Bagi mengutip pedoman dan kemenangan
Mematangkan minda dan ketinggian peribadi
Buat cabaran di hari-hari mendatang
Teman Sejati
(En. Mohd Hazwan Bin Md. Hamzah)
Wahai teman sejatiku
Hatimu sungguh bersih dan suci
Berdampingan denganmu
Kurasakan tiada ruginya
Wahai teman sejatiku
Jiwamu sungguh bersih dan suci
Bermesra denganmu
Pastinya kurasa tidak tersisih
Wahai teman sejatiku
Niatmu sungguh ikhlas
Bantuan yang dipohon
Engkau tidak harapkan dibalas
Wahai teman sejatiku
Bukan mudah untukku cari
Jika dirimu pergi
Sukar untukku mencari ganti
Wahai teman sejatiku
Padamu terungkaplah
Seribu erti
Padamu tercatatnya
Suatu nilai yang sungguh abadi
92 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Apa Dicari
(Pn. Nurhafzah Binti Sulaiman)
Berselindung di balik kata-kata
mempastikan realiti
Menjelma...
Namun
Suatu suara bertanya...
APA YANG KAU CARI?
Berjalan mundar-mandir
meneliti arah tanpa panduan
tidak sia-sia
ia datang kerana khayalan
menerpa di dada...
KAU KEJARI APA?
HARTA?
Buat bina rumah sini-sana
RINGGIT? DOLAR?
Buat kau kumpulkan kekayaan
PANGKAT?
Buat kau monopoli segala hak-haknya
KAU KEJARI APA?
Akhirat menanti penuh nyata
mengapa duniawi kau cari jua
sedang amal ibadat entah kemana
dan tiba-tiba...
lamunan terhenti seketika
menoleh dan mencari arah sebenar
arah persoalan yang di tanya
harta bukan berjuta
ringgitdolartidak dibawa mati bersama
pangkat...hanya pada nama
tapi akhirat...sebenar-benarnya
APA DI CARI?
Carilah kehidupan hakiki
di mana kau dan aku bersemadi
dalam liang lahad yang abadi
moga sedar dari mimpi
tiada waktu lagi
mengejar dunia penuh...misteri
tanpa henti...
Apa dicari?
Carilah TUHAN yang hakiki
Dan ESANYA penuh bererti...
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 93
Ibu
(Pn. Zanalia Binti Azizan)
Ibu
Jasamu tiada batasan
Mendidik penuh kesabaran
Membentukku penuh keikhlasan
Ibu
Nasihatmu sangat berguna
Tunjuk ajarmu sangat kukagumi
Bimbinganmu sangat kuhargai
Ibu
Kau umpama bintang
Menerangi segala kegelapan
Menyerikan suasana muram
Menghiburkan diriku siang dan malam
Ibu
Kau tiada tolak bandingan
Besar jasamu tidak terungkap
Hanya Tuhan dapat memanjangkan usiamu
Ibu
Aku berdoa akan kesejahteraanmu
Aku bersimpuh memohon diampuni
Kesalahan dan kesilapan
Entah Mengapa
(En. Abd. Hamid Bin Bahari)
Entah mengapa
Tika ufuk senja merah
Melabuhkan tirai hadir malam
Bakal kemudi suatu pelayaran
Helai angin memakin sepi
Hatiku dirawat sunyi sedu tanpa haluan
Tahukah engkau
Erti satu kehidupan
Mengalir dalam liku-liku pengalaman
Jerih penat dan jemu tanpa alpa
Gembira cuma singgah seketika
Bagai santap deru angin rasa
Tiada sudah tiada apa
Hingga nafasmu terhenti
Entah mengapa
Saat-saat begini
Rindu itu menggamit
Dan aku masih mengharap
Iman sebati bersamaku
Pasrah menanti cita kebenaran
94 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Fenomena
(En. Azman Bin Abdul Rahim)
Fikiranku mula nyilu pada tahap tiga puluh peratus
dan sel-sel otak dengan dukacitanya
telah kembali tenggelam dipukau cinta asyik badani
dan debaran dada terasa semacam ada yang tidak kena
Namun gamitnya Klasik FM...
atau tayangan Astoria yang mendakwa dirinya
saluran membina minda...
ATAU KEJAYAAN? Melaung sekuat-kuatnya GOLLL!
HIDUP BOLA KIBARKAN PANJI-PANJI
Atau gromona Nangkuat yang nampaknya meminati...
kewibawaan genggaman tongkatku dan kejantanan
kopiku
mungkin ikhlas kelembutan jari-jari menggigil mengurut
batik tersohor bak kafan mumia
walau apapun rasa tak puas-puas dan tak serik-serik
termengah-mengah mengejar janji ilusi...
Namun agaknya tak perlulah rasa sedih
atau lari kebuaian masjid berkah yang tak pernah
menjerkah atau mencerca...
pengunjung dan penumpangnya...
Tapi...kan sudah hari minggu rilek ajelah
terhenggut-henggut geleknya gratuiti hangus tergadai
biarlah
dimakan kesyiokkan ini...
Wahai Tuhan kesihanilah kami selamatkanlah kami dari
kenyiluan ini
kalau Engkau tak menyelamatkan kami (seperti waktu
lepas) habislah kami...
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 95
Dia Yang Ku Sayang
(Pn. Sabariah Binti Abdul Kadir)
Mengetuk-ngetuk mukamu dengan jejari manisku
Memberikan aku suatu keseronokan
Menyelak-nyelak helaianmu dengan kerakusanku
Mempercepatkan pencarian maklumat
Mengepit dirimu ke sana dan ke sini
Mengurangkan bebanan rujukanku
Adanya engkau di sampingku
Membuatkan hidupku lebih ceria
Terima kasih Ya Allah
Atas anugerahMu kepada penciptanya
Dan memberi aku kemampuan memilikinya
Itulah pembantu peribadiku, iPad
Aku
(En. Abdul Halim Bin Idrus)
Aku adalah aku
Berfkiran terbuka dan tidak kaku
Datangku bagai ditatang
Untuk menjadi tulang belakang
Lahirku membawa seribu rahmat
Hargailah aku seperti aku
Akhiri hidupku dengan tinta terbilang
Luhurkan hatiku agar dapat berbakti
Iringi aku dengan tasbih dan tahmidmu
Moga aku diberkati selalu
96 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Kenapa
(En. Mohd Shahrul Arif Bin Kamarudin)
Dunia tanpa sempadan
Yang besar menjadi lebih berani
Yang kecil menjadi mangsanya
Tapi sering kali kita alpa
Kerana keindahan dunia menyeliputi diri
Kenapa
Adakah kerana kesibukan kerja?
Adakah kerana kenikmatan dunia?
Adakah kerana tanggungjawab yang dipikul?
Atau kerana kelemahan dan kesilapan kita
Yang kita sendiri tidak sedar
Jangan Jangan Janganlah
Itu dijadikan alasan untuk kita berselindung
Kelak menyeksa diri
Kenapa ini semua harus terjadi
Bukankah kita diberikan akal dan fkiran
Untuk merencana kehidupan ke arah kebaikan nan indah
Dek kerana kerakusan manusia yang tamak haloba
Untuk kemewahan dunia yang hanya seketika
Kesannya bencana dan musibah yang melanda kini
Buat kita baru tersedar dari lena
Yang sentiasa dibuai mimpi indah
Tanpa memikirkan
Kenapa ia boleh berlaku
Sebuah Perjalanan
(Pn. Zunita Binti Elias)
Perjalanan
Bermula dengan satu langkah
Dituruti oleh langkah demi langkah
Hingga tiba destinasi di tuju
Ke utara, selatan, timur atau barat
Perjalanan
Hanya berpandukan arah masing-masing
Terpulang untuk memilih jalan mana
Kerana kita belum pasti apa yang ada dihadapan
Jangan disangka jalan yang lurus itu mudah
Jangan dikata jalan penuh onak dan duri itu payah
Kerana persimpangan pasti ada untuk dipilih
Walau apa jua jalan yang dilalui
Walau apa jua jalan yang dipilih
Laluilah dengan tenang
Tempuhilah dengan tabah
Anggaplah itu pahit manis kehidupan
Kerana apa yang pasti
Akan berakhir jua sebuah perjalanan
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 97
Cinta Abadi
(Pn. Rohana Binti Mahmood)
Nadiku sering berdenyut
Membisikkan padaku
Apakah yang kau cari
Sering mengejar impian
Alpa dalam mencari penentuan
Duniawi atau yang hakiki
Kebenaran itu adalah pasti
Namun
Di mana pun kuselami
Langkah demi langkah kuharungi
Tapi seringkali aku kecundang
Dengan kerlipan dan bisikan
Membuai aku
Dalam impian duniawi
Tanpa sedari
Tika ini
Aku masih mencari!
Satu noktah persinggahan
Untuk aku membelai
Cinta abadi
Dulu dan Kini
(Pn. Tuty Binti Taib)
Dulu...
Bumi ini penuh damai
Beburung riang bercerita
Hidupan liar aman di belantara
Flora dan fauna subur melata
Sungai mengalir suci bersih
Insan hidup bahagia dan sejahtera
Kini...
Kicauan beburung sering didamba
Hidupan liar hampir tiada
Pohon cemara tidak bermaya
Aliran sungai kian lesu
Pencemaran alam berleluasa
Mahligai dibina menyembah bumi
Kehidupan dirasa makin sengsara
Inilah yang dikatakan bencana
Atas kerakusan manusia
Pepohon di hutan habis dijaja
Memusnahkan ciptaan Allah sesukanya
Tiada kesalan di sanubari
Yang penting keuntungan peribadi
Desiran angin cuba membisikkan
Anugerah Tuhan usah dipersiakan
98 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
La Taias (Jangan Berputus Asa)
(Cik Siti Aisyah Binti Nordin)
La Taias
Sekiranya sepanjang perjalanan hidupmu
Penuh onak dan duri
Kerana telah dijanjikan
Dalam setiap kesusahan
Ada kesenangan yang menanti
La Taias
Sekiranya segala usaha kebaikan
Tidak dihargai dan ditentang
Belum dihujani anugerah dan pujian
Kerana telah dijanjikan
Setiap kebaikan walau sebesar zarah
Dihitung dan dihisab olehNya
La Taias
Sekiranya dibahumu
Digalas dengan tanggunjawab berat
Keseorangan tanpa bantuan
Terkapai-kapai mencari sokongan
Tiada teman mendengar keluhan
Kerana telah dijanjikan
Tidak akan diuji
Dengan bebanan amanah nan berat
Yang tak mampu dipikul
Oleh hambaNya yang kerdil
La Taias
Pada rahmat Tuhanmu Yang Esa
Kerna lembayung kasihNya terbentang luas
Di segenap pelusuk alam sarwajagat ini
Macam Bagus
(En. Mohd Naimi Bin Mohd Sukri)
Sering kali alpa
Sering kali dusta
Sering kali sombong
Sering kali membisu
Sering kali marah
Sering kali tidak bertegur sapa
Sering kali merasakan bagus
Dirasakan hebat
Tapi ingat di dunia
Akalnya diletak di kaki
Nafsunya diletak di hati
Lebih hebat rasanya bila dipuji
Mendengar tanpa bicara
Membantu jauh sekali
Menilainya dengan perasaan
Berselisih tak menegur sapa
Salam diberi membisu jua
Senyum mahal tak terukir di wajah
Salam diberi kali kedua
Masih mengelamun tiada tanda
Hendak menyambut kata
Dirasakan berat menusuk sukma
Begitulah aku
Hanya mampu bersuara
Di dalam hati tanpa rasa
Menggenggam tangan menumbuk angin
Dirasakan betul kataku
Berat mengatakan Macam Bagus
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 99
Malaysia
(Pn. Sofah Binti Daud)
Indah nian terpancar di pelosok bumimu
Tiada kata terungkap di setiap detik nadimu
Aku rasa bertuah dilahirkan di sini
Aku tidak terasing di bumi bertuah ini
Walau telah merata dunia kusinggahi
Namun
Tidak sama dan tidak akan pernah sama
Aku begitu bahagia di sini
Apa yang kukecapi hari ini
Tiada bertepi
Aku bersyukur kepadaMu
Nikmat yang dilimpahi
Tidak ternilai harganya
Tidak terbeli dengan wang berjuta
Kerana
Di sini aku bebas mengatur kebahagiaan
Tanpa perlu merintih dan bertatih
Dengan kepedihan
Kini aku begitu bangga denganmu
Namamu turut terukir di persada dunia
Sebaris negara perkasa
Yang bermaharajalela di mata
Walau bumimu sekelumit cuma
Namun namamu harum di pelosok dunia
Gagah mengibarkan namamu di mana-mana
Tersergam bergaya
Memuntahkan bait-bait dalam tinta
Mengecam yang bermaharajalela
Menyahkan yang tidak berdaya
Menyinsing lengan bersama
Berganding bahu melaungkan kebebasan bersama
Bersatu untuk kesejahteraan sejagat
Wajarlah aku tertawan
Dengan namamu Malaysia
100 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Tragis Diri Ana
(Pn. Faizaton Binti Mohd Zahari)
Ana, ketika kau dilempahi bahagia
Mengharungi bahtera kehidupan yang penuh kemanisan
Menikmati kehidupan berkeluarga
Mahligai yang baru dibina
Ana, kau diduga...
Permata hati pergi menghadap Ilahi untuk selama-
lamanya
Insan kerdil yang baru menerjah dunia itu
menunggumu di syurga
Penuh kepiluan mengenangkan nasib dirimu
Ana, kau diduga lagi...
Dalam merelakan ingatan si kecil itu pergi
Khabar itu impak besar bagimu
Suamimu menghadap Ilahi buat selama-lamanya
Penuh kesyahduan mengenangkan nasib dirimu
Ana, kau diduga lagi...
Kandunganmu membesar tanpa ayah di sisi
Berjuraian mutiara-mutiara kecil membasihi pipimu
Mengenangkan nasib yang tak menentu
Sayu dan pilu menerjah di kalbu
Namun kau tabah Ana...
Semoga kau dirahmati oleh-Nya
Aku doakan yang terbaik untukmu buat selama-lamanya
Amin...
Tiada Pengganti
(Cik Norhidayah Binti Rejeni)
Kau tidak tahu betapa aku lelah melihat kamu
Melihat kamu dari jauh sahaja aku lelah
Bagaimana dengan diri kamu?
Kamu tidak pernah jelak dengan diri kamu
Aku selalu bertanya bagaimana kamu mengumpul
kudratmu
Bagaimana kamu mencari sinarmu
Bagaimana hati kamu yang kecil itu menjadi sebesar
sawah padi yang menghijau?
Kamu tiada gantinya
Aku tidak mahu kamu ada gantinya
Bagaimana jika kamu hilang dari mata aku
Adakah ada yang lain bisa sama dengan kamu?
Tetapi aku mahu kamu berhenti dari apa yang kamu
lakukan
Aku mahu kamu melihat dunia
Rasakan indahnya dunia
Rasakan indahnya sebenarnya kehidupan
Aku rasakan Tuhan cukup adil bagi kamu
Kamu telah curahkan segala-galanya yang kamu ada
Kini aku sedar yang lambat laun
Aku perlu lepaskan kamu pergi
Dan aku redha, pasrah melihat kamu pergi
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 101
TapiAku...
(En. Mohd Hafzul Bin Maliki)
Tanggal 20 Disember 1983
Aku dilahirkan di dunia ini...
Bukan di kota metropolitan
Tapi... di desa tercinta menemaniku...
Aku dibesarkan oleh kedua orang tuaku
Bukan dari golongan berada
Tapi... golongan yang miskin sahaja...
Aku dihantar ke sekolah
Bukan sekolah di bandar
Tapi... cuma sekolah di kampung sahaja...
TAPI AKU BAHAGIA
Aku diberi hadiah motor oleh ayahku
Tapi... hanya motor Honda EX5 bukan Yamaha RXZ
idamanku...
Aku dapat melanjutkan pelajaran sampai ke menara
gading
Tapi... hanya bidang kemasyarakatan bukannya sains
atau perguruan seperti rakan-rakanku yang lain...
Aku berjaya memperolehi segulung ijazah
Tapi... hanya sekadar layak bukan anugerah dekan yang
diperolehi...
Aku mula mencari pendapatan
Bukan kerja tetap
Tapi... hanya jurulatih PLKN sebagai permulaan hidup
selepas belajar...
Aku dapat pekerjaan tetap
Bukan pegawai kerajaan
Tapi... cuma pembantu tadbir sahaja...
TAPI AKU BERSYUKUR
Orang dilahirkan di dunia ini dengan sempurna
Aku sempurna
Orang dibesarkan oleh mak dan ayah
Aku juga dibesarkan oleh mak dan ayah
Orang dapat belajar hingga ke menara gading
Aku pun dapat belajar ke menara gading
Orang dapat kahwin
Aku pun dapat kahwin
AKU BAHAGIA AKU BERSYUKUR
102 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
CERPEN
104 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
TAKDIR DAN WAKTU
M
ia sedang leka menggosok uniform merah jambunya. Bergelar sebagai penolong ketua pengawas
membuatkan Mia sentiasa menjaga pakaiannya supaya sentiasa kelihatan kemas. Usai menggosok,
Mia menggantung pakaiannya sambil tersenyum puas. Esok merupakan hari terakhir bagi Mia
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mia merupakan pelajar pintar di sekolahnya. Rata-rata
guru di sekolah mengenali dan menyenangi Mia berikutan sikap ringan tulang, menghormati guru-guru dan
berdedikasinya.
Sikap Mia yang riang membuatkan rakan-rakan di sekolah turut menyenanginya. Terimbau di fkirannya
kenangan pahit dan manis sepanjang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka.
Tahniah Mia, awak terpilih mewakili Melaka dalam acara lompat tinggi di Kejohanan Sukan MSSM nanti!,
ucap Cikgu Khalid. Mia tersenyum gembira. Hasilnya, Mia telah berjaya meraih gelaran juara dalam acara
tersebut. Rakan-rakan bersorak riang.Mia...!! Cepat nak...nanti lambat ke sekolah. jerit Puan Roslina dari
tangga rumahnya. Mimpi rupanya gumam Mia. Mia lantas bergegas mengambil tuala dan bersiap untuk
ke sekolah. Ini duit belanja Mia ye! ucap Puan Roslina seraya menghulur not hijau kepada Mia. Terima
kasih bu balas Mia menyambut huluran wang tersebut lantas menyalami tangan dan mencium pipi ibunya.
Mia gerak dulu ye bu ucap Mia sambil memulas pedal motornya. Ya Allah, kau selamatkanlah perjalanan
anakku ke sekolah. Lindungilah dia dari segala kecelakaan. Amin, doa Puan Roslina di dalam hati. Begitulah
rutin Puan Roslina, sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh ahli keluarganya.
Mia merupakan anak sulung pasangan Tuan Hj Norainal dan Puan Roslina. Mereka mempunyai dua
orang anak perempuan, Damia Nuha yang dipanggil Mia dan Lara Arisya yang dipanggil Lisya. Seorang
lagi anak mereka ialah Ian Iskandar yang merupakan anak lelaki tunggal pasangan tersebut. Bapa Mia
mengusahakan kedai runcit di kampung mereka manakala ibu Mia merupakan seorang suri rumah tangga
sepenuh masa. Masanya lebih banyak dihabiskan untuk menjaga dan mengasuh anak-anaknya supaya menjadi
insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Dua minggu selepas tamat peperiksaan SPM, Mia telah dipanggil untuk menjalani Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) di kem PDS Resort Negeri Sembilan. Mia begitu teruja untuk menjalani latihan
tersebut. Masa yang ditunggu telah tiba. Mia akhirnya berangkat ke kem PDS dengan menaiki bas. Ayah dan
ibu Mia menghantarnya ke kawasan pengumpulan pelajar di Melaka Central.
Seminggu kemudian...Syarfa, kau dah siap belum? Jom lah, takut lambat pulak nanti ucap Mia
pada Syarfa, rakan sebiliknya. Mereka berlari anak ke arah padang kawad lalu berbaris di barisan Company
Bravo. Sebentar lagi, sesi senaman pagi akan bermula diketuai oleh Cikgu Ishak. Mia, asal aku tengok
budak Delta tu asyik pandang-pandang kat kau je? bisik Syarfa perlahan. Mia lantas menoleh ah, biarlah
mereka tu. Dia syok kat kau kot balas Mia perlahan. Sepanjang berada di kem latihan, Mia dikenali sebagai
seorang yang periang dan menghiburkan. Ramai jurulatih sering menjadikan Mia sebagai contoh yang patut
diteladani. Mia juga sering membantu rakan-rakan yang mengalami kesukaran dalam melaksanakan tugasan
yang diberikan oleh para jurulatih. Hal ini menyebabkan ramai yang senang dengan sikap Mia yang ringan
tulang membantu mereka. Sering kali Mia mengungkapkan kata-kata riang untuk memujuk mereka yang
gagal melaksanakan arahan dengan baik.
Kini hampir 45 hari Mia menjalani latihan PLKN. Bermula dari modul pembinaan karakter, kini
beralih pada modul fzikal. Modul ini bertujuan melatih remaja membina kemahiran dan ketahanan mental,
emosi, semangat dan kekuatan fzikal. Tujuan latihan ini diwujudkan adalah untuk mengeratkan perpaduan
dalam kalangan peserta dan mempertingkat ketabahan mental untuk tujuan hidup selain, mencungkil bakat
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 105
kepimpinan yang ada dalam diri pelatih. Mia begitu seronok menjalani latihan ini kerana dia memang seorang
yang suka akan cabaran dan aktiviti lasak yang menguji kebolehannya. Baris!! Baris sedia! Ketua Jurulatih
atau lebih dikenali sebagai KJ memberi arahan. Para pelatih bersiap untuk menerima arahan seterusnya.
Hari ini kita akan belajar cara untuk hidup di dalam hutan. Saya akan terangkan cara untuk membuat unggun
api, mengenali jenis daun yang boleh dimakan dan sebagainya. Ada apa-apa soalan? ucap KJ. Tiada KJ!
serentak mereka menjawab. Usai sedikit taklimat, mereka bergerak masuk ke dalam hutan.
Company Alpha dan Charlie, bergerak ke pondok dan Bravo, Delta sila bergerak ke kawasan lapang
teriak KJ. Masing-masing berpusu ke arah yang ditetapkan. Taklimat selama setengah jam membuatkan
mereka faham dengan keadaan yang bakal dilalui. Leka mendengar dan menyalin apa yang perlu, entah
bagaimana pen yang dipegang Mia terjatuh. Syarfa dengan selamba menyiku kuat lengan Mia. Aduh! jerit
Mia. Semua mata kini tertumpu pada Mia. Kamu kenapa Mia?soal Cikgu Siti yang kebetulan berada selang
dua baris dari Mia. Sambil mengetap bibir, Mia menjawab ada semut gigit saya cikgu. Besar semutnyaSeraya
itu, bergema suara rakan-rakan mentertawakannya. Sudah, pijak kuat-kuat semut tu Mia balas cikgu Siti
sambil mengenyitkan mata. Mia membalas dengan senyuman yang cukup manis. Jauh di belakang, ada mata
yang melirik sambil tersenyum manis melihat telatah Mia.
Usai sudah taklimat pada hari itu. Sesudah menunaikan solat maghrib, mereka berbincang dalam
kumpulan tentang aktiviti yang bakal dijalankan pada hari esok. Afq sebagai ketua Company Bravo
membahagi-bahagikan anak buahnya menjadi empat kumpulan kecil. Mia, Syarfa, Syifa dan Hani bernasib
baik kerana tidak perlu berpisah kerana mereka diletakkan dalam satu kumpulan yang sama. Selain mereka
berempat, terdapat empat lagi wira yang menyertai kumpulan tersebut dan masing-masing ialah Afq, Ibanis,
Botak dan Azim.
Amin ya robbal alamin Mia meraup wajah seusai menghabiskan doanya. Dia lantas bergegas
melipat dan memasukkan telekungnya ke dalam beg galas yang akan dibawa masuk ke hutan. Bereh dah
Mia? Kalo dah moh tubik sekare ucap Hani dengan loghat Kelantannya. Mia mengangguk dan tersenyum.
Semasa hendak bangun Mia hilang keseimbangan lalu jatuh terduduk. Aduh! Mia terjerit kecil. Perlahan
Mia bangun sambil menggosok-gosok punggungnya. Mia... Mia... ucap Syarfa sambil menggeleng. Kau
ok tak Mia? soal Syifa. Mia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Jom!
Setelah berbaris dan mendengar taklimat ringkas, mereka bergerak secara berkumpulan. Setelah
beberapa ketika berjalan mencari arah di dalam hutan, mereka dikejutkan dengan jeritan Ibanis. Masing-
masing meluru ke arah Ibanis. Afq dengan muka cemas bertanya Kau kenapa Ibanis Ibanis dengan muka
berkerut menjawab aku nak uk uk la. Kau salah makan ke tadi? soal Azim. Entah la jawab Ibanis
Berpeluh-peluh mukanya menahan sakit perut. Mia lantas tersenyum dan menghulurkan sepaket tisu basah
kepada Ibanis. Ibanis menyambut huluran Mia sambil tersenyum malu dan meluru ke arah belukar. Lebih
kurang 10 minit kemudian, mereka meneruskan perjalanan semula. Hari semakin gelap. Masing-masing sudah
keletihan. Langkah yang diayun semakin perlahan. Sewaktu menyusuri kawasan yang curam dan sempit,
entah bagaimana Mia hilang keseimbangan dan buk! Mia terjatuh. Masing-masing meluru mendapatkan
Mia. Kau tak apa-apa Mia soal Afq cemas. Sebagai seorang ketua, dia harus bertanggungjawab ke atas
keselamatan ahli yang lain. Aku ok jawab Mia perlahan sambil menyambut huluran tangan Hani untuk
bangun. Eh, tangan kau berdarah, tegur Syifa penuh prihatin. Selesai membersihkan dan membalut tangan
Mia, mereka meneruskan perjalanan. Akhirnya mereka berjaya menamatkan sesi latihan di dalam hutan.
Akhirnya, tamatlah sesi Program Latihan Khidmat Negara selama tiga bulan. Malam itu merupakan
malam terakhir Mia bersama kawan-kawannya. Mereka berborak di dewan makan sambil mendengar lagu-
lagu yang dinyanyikan oleh pelajar lain. Tiba-tiba terdengar pengumuman yang di buat oleh Faiz, pelatih
dari kumpulan Delta. Lagu ini saya tujukan khas buat Damia Nuha dari kumpulan Bravo. Bergema seluruh
dewan dengan tepukan dan sorakan para pelatih. Mia tergamam.
106 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Bagaimanakan kumula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Kuramas semua
Dan kubuangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Kukumpul semula
Tak dapat kunyatakan apa yang kurasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi kupercaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Kuhulur tanganku
Lalu kau terima
***************************
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 107
Baris!! Baris Sedia serentak itu, pelatih yang terpilih bersedia menerima arahan seterusnya dari
Afq yang merupakan ketua kawad penutup bagi acara penutup Program Latihan Khidamat Negara sesi 1
pada tahun itu. Beberapa arahan yang diberikan oleh Afq dilakukan dengan kemas oleh para pelatih. KJ
tersenyum bangga. Walau bagaimanapun, Syarfa resah melihat Mia terhuyung-hayang cuba berdiri tegak.
Syarfa berbisik perlahan, Mia kau ok tak? Mia tersenyum menjawab aku ok je. Mungkin letih kot!.
Setelah beberapa ketika, akhirnya tamat sudah perbarisan tersebut. Mereka kemudian bersalaman sesama
mereka dan mengucapkan selamat tinggal. Sedang leka bersalaman bersama guru-guru, Mia dikejutkan
dengan teguran Syahir, pelatih dari kumpulan Charlie. Mia, ni untuk kau. Mia menyambut huluran kertas
dari Syahir dan Syahir pantas berlalu pergi.
Ok Mia, senyum! Nisya, senyum sayang. ucap Syifa. Mia tersenyum manis memeluk Nisya, anak
kecil yang tidak mengerti apa-apa itu. Nisya, anak kecil yang comel itu merupakan pesakit kanser hati yang
dikenali Mia semasa mengikuti modul komuniti, membantu di wad kanak-kanak Hospital Besar Seremban,
Negeri Sembilan. Bagai terdengar-dengar suara Nisya memanggilnya. Terbayang wajah sayu anak kecil itu.
Terlakar ketabahan di wajah comel itu. Semoga kau tabah dik bisik hati Mia. Deruan enjin bas mengejutkan
Mia dari lamunannya.
Assalamualaikum ayah, ibu! ucap Mia sambil menyalami tangan ayah dan ibunya. Pipi tua mereka
dikucup mesra. Anak ayah ni sihat? tanya Hj Norainal. Mia tersenyum riang sambil menganggukkan
kepalanya. Sepanjang perjalanan pulang, mulut Mia tidak henti-henti berceloteh itu dan ini. Ibu bapanya
hanya tersenyum mendengar celoteh anak dara mereka. Ketibaan Mia di rumah disambut mesra oleh adik-
adiknya. Haruman masakan pindang air tangan ibunya membangkitkan selera Mia. Laju kakinya melangkah
ke arah meja makan. Urmm sedapnya. Jom makan panggil Mia. Riuh rendah meja makan dengan celoteh
mereka berlima.
Letak je bu pinggan tu. Biar Mia basuhkan. ucap Mia pada ibunya. Rajin anak ibu ni. Mia tak
penat ke nak?, Tak lah. Lepas ni ibu rehat. Biar Mia yang kemas semuanya. Balas Mia. Tangannya
lincah mengemas meja makan. Mia, lagi tiga minggu keputusan SPM akan diumumkan. Mia ok? soal
Puan Roslina sambil memerhati Mia dari belakang. Mia ok je bu, tapi resultnya tak tau la ok tak balas Mia
diiringi gelak kecil sambil tangannya lincah membilas pinggan mangkuk. Ibu yakin anak ibu ni mampu
dapat keputusan yang baik. Tawakal aje lah, luah Puan Roslina.
Mia tahniah!!! jerit Yan, rakan sekelas Mia. Izyan atau lebih dikenali sebagai Yan merupakan
sahabat baik Mia dari zaman sekolah rendah. Mereka sentiasa bersama. Eh, aku dapat berapa Yan? soal
Mia terkebil-kebil. La, lembab la kau ni Mia. Tak kan kau tak tau lagi. Kau dapat 9A 1B la. ucap Yan
selamba. Ye ke Yan? Alhamdulillah ucap Mia seraya meraup tangan ke wajahnya yang bersih itu. Aah
la Mia. Aku je dapat sikit. balas Yan sambil menundukkan wajahnya. Kau dapat berapa Yan? tanya Mia.
Aku dapat 8A je luah Yan sayu. Wajahnya makin sengaja disayukan. Eh, ko tak payah nak buat muka poyo
sangat ok. Ceh, simpatilah sangat aku tengok kau ni! gurau Mia. Masing-masing menghamburkan tawa.
Mereka akhirnya saling berpelukan.
Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mia memasukkan kesemua barang yang diperlukan
ke dalam sebuah beg besar. Siap pun gumam Mia sambil menutup begnya. tok, tok bunyi ketukan pintu
kedengaran. Masuk la, pintu tak kunci! jerit Mia pada si pengetuk pintu. Mia terdengar suara lembut
ibu memanggilnya. Oh, ibu rupanya. Ada apa ibu? balas Mia. Tak de apa. Saja nak tengok Mia kemas.
Dah masuk semua barang? Dah bu ucap Mia sambil tersenyum. Lepas ni ibu dah tak de pembantu lagi
la. Nak harapkan Lisya tu, bertuah sangat la. balas ibu sayu. Mia kat sana jaga diri elok-elok ye. Jangan
nakal-nakal. Pandai-pandai bawa diri tau sambung ibu lagi. Mia mengangguk faham.
108 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Sesi pendaftaran berjalan lancar. Mia telah mendaftarkan diri sebagai pelajar Asasi Undang-Undang
di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Selesai mendaftar, Mia
naik ke biliknya. Mengemas katil dan memasukkan pakaian ke dalam locker yang disediakan. Gedegang!
pintu ditolak rakus. Hampir tercampak baldi yang ada di tangan Mia. Mia!!! jerit Izyan kuat lagak seperti
diserang histeria. Astaghfrullahalazim Yan! Kau tak boleh perlahan sikit ke? soal Mia dengan nada marah
bercampur terkejut. Eh tapi kau buat apa kat sini Yan? Izyan yang tercungap bagai kucing lemas sudah
tersengih-sengih. Macam kerang busuk lagaknya. hehe, aku dah tukar bilik la Mia. Tadi masa daftar bilik,
aku ternampak nama kau, tu yang aku excited sangat lari masuk sini. balas Yan senafas.
Yan, bangun Yan! kejut Mia perlahan. Izyan mengeliat. Yan bangunlah. Nak pergi Qiamullail ni
kejut Mia lagi. Kau tak tidur ke Mia? soal Izyan dengan mata separuh terbuka. Aku tak boleh tidur la
balas Mia. Subuh yang dingin itu, Mia dan Izyan berjalan ke arah masjid menunaikan Qiamullail bersama
pelajar baru yang lain. Usai solat Subuh, mereka berjalan pulang ke bilik. Semasa dalam perjalanan, entah
bagaimana, Mia terjatuh. Nasib baik Izyan sempat menarik Mia. Mahu tersembam muka Mia kalau tidak ada
Izyan ketika itu. Kau kenapa Mia? soal Izyan panik. Entahlah, mungkin aku tak cukup tidur agaknya ujar
Mia lesu.
Izyan dan Mia masing-masing mengambil tempat di dewan. Mereka akan mengambil English
Placement Test dan Arabic Placement Test bagi menguji kemampuan mereka. Ujian ini akan menentukan
sama ada mereka akan mengikuti Program Asasi Undang-Undang ini selama setahun atau lebih. Meja di
hadapan Mia masih kosong. Hai awak Mia mengangkat muka. Eh, Faiz! Apa awak buat di sini? soal Mia
lurus. Ambil EPT dan APT la ujar Faiz selamba sambil tersenyum manis. Terpanar Mia seketika. ehem
ehem Izyan berdehem. Mia lantas menundukkan muka.
Sebulan berlalu, persahabatan antara Mia dan Faiz semakin akrab. Izyan banyak membantu Faiz dalam
mengenali Mia. Dalam hati, Faiz amat berterima kasih kepada Izyan. Hujung minggu itu, mereka bersama-
sama keluar menonton wayang di Jusco Seremban 2. Usai menonton, mereka bertiga menuju ke food court.
Dalam keramaian itu, Mia sekali lagi hilang imbangan dan hampir tersungkur. Mujur Faiz sempat memaut
lengan Mia. Fuh, nasib beralas desis Mia. Terima kasih Faiz ucap Mia seraya menarik Izyan ke hadapan.
Setelah membeli makanan, mereka bersama-sama menikmati juadah. Mia memilih Sizzling Yee Mee
makanan kegemarannya. Entah di mana silapnya, Mia yang begitu mahir makan mi menggunakan chopstick
gagal menyepit makanannya. Gelagat Mia disedari oleh Faiz dan Izyan. Izyan yang sememangnya mengenali
Mia bertanya kehairanan eh, asal kau ni Mia? Selalu pandai je pakai chopstick? Entahlah, takpe la, biar aku
pergi ambil garpu ujar Mia seraya melangkah ke arah kaunter di penjuru food court.
Bulan silih berganti. Keadaan Mia semakin menghairankan Faiz dan Izyan. Yan, Mia tu memang
macam tu ke? Asyik jatuh dan terlepas barang? soal Faiz. Entahlah Faiz. Dah lama aku kenal si Mia tu, tapi
takde pulak. Kenapa tah dia. balas Izyan. Ketika itu, mereka bersama-sama sedang lepak di Restoran Hijaz
sambil menunggu Mia pulang dari perpustakaan yang terletak tidak jauh dari situ. Masa kat PLKN dulu, Mia
pernah jatuh juga tapi sekarang makin kerap pula aku tengok ujar Faiz. Terselit nada kebimbangan. Nanti
la aku tanya Mia sendiri balas Izyan. Bunyi derapan kaki yang semakin hampir, membuatkan masing-masing
menoleh. Mia yang tersenyum manis sedang mengatur langkah ke arah mereka.
******************
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 109
Assalamualaikum Pak Ngah ucap suara si pemanggil. Waalaikumussalam Faiz Pak Ngah Fizi
menjawab salam yang dihulur. Pak Ngah, dah ada jawapan pada soalan yang Faiz tanya semalam? soal
Faiz. Hatinya berdebar ingin mengetahui jawapan dari persoalan yang diajukan semalam pada Pak Ngahnya.
urmm, boleh Pak Ngah tahu tak, siapa yang Faiz maksudkan semalam tu? Pak Ngah rasa, dia perlu segera
menjalani pemeriksaan. Pak Ngah rasa tak sedap hati pulak. Kenapa Pak Ngah? soal Faiz tidak sabar.
Dari Cerita Faiz, Pak Ngah rasa dia mungkin menghidap penyakit Spinocerebellar Degeneration. Pesakit
akan hilang daya imbangan di mana otak gagal menghantar isyarat pada anggota menyebabkan daya kawalan
terhadap diri semakin berkurang terang Pak Ngah panjang lebar. Teruk ke Pak Ngah? Ada ubat? Pak Ngah
yakin? soal Faiz bertalu-talu. My baby you, youre the reason I could fy. Lagu nyanyian Marc Anthony
yang dijadikan nada khas apabila Mia menelefonnya menyebabkan lamunan Faiz terbang entah ke mana.
Cuti pertengahan semester sudah bermula. Setiap pagi, Mia akan membantu ayahnya di kedai runcit.
Kebetulan Kak Dira pembantu ayahnya mengambil cuti seminggu untuk menguruskan hal ibunya di Kuala
Lumpur. Pranggg. Botol kicap Cap Kipas Udang yang Mia pegang terlepas. Puan Roslina yang kebetulan
berada sama di kedai menemani Mia sementara bapanya ke bandar bergegas ke belakang. Kenapa Mia?
soal Puan Roslina cemas. Maaf bu, Mia terjatuhkan botol kicap. ucap Mia sayu. Puan Roslina segera
membantu Mia membersihkan kaca yang bertaburan. Terselit rasa hairan di hatinya. Dua hari lepas, sebotol
sos cili telah pecah dalam pegangan Mia semasa mereka sibuk menyediakan juadah minum petang.
Ibu! jerit Mia. gedebuk Mia terjatuh. Mia!! jerit ayah dan ibu Mia serentak kedua mereka berlari
ke arah Mia. Mia ok tak nak? soal ayahnya. Jom ke hospital nak. Ujar ibunya. Mia mengangguk lemah.
Tuan Haji Norainal segera menghidupkan enjin Hiluxnya dan bergegas ke hospital. Sampai di hospital, Mia
dan ibunya duduk di ruang menunggu manakala ayahnya melakukan proses pendaftaran. Setelah menunggu
hampir 10 minit, nama Mia dipanggil. Mereka bertiga masuk ke bilik doktor.
Minta maaf tuan dan puan. Hasil pemeriksaan dan soal selidik yang dilakukan, saya mendapati
Damia Nuha menghidap penyakit Spinocerebellar Degeneration ujar Doktor Syahran. Wajah bingung kedua
ibu bapa Mia membuatkan Doktor Syahran menyambung kata-katanya tadi. Penyakit ini akan menyebabkan
pergerakan pesakit akan menjadi semakin perlahan dan terbatas akibat kerosakan beberapa sistem saraf.
kata-kata doktor menyebabkan Puan Roslina terkedu. Air mata bertakung di tubir mata tua itu. Tapi doktor,
tentunya penyakit anak saya mampu diubati kan? Kalau dalam negara tak de, saya sanggup bawa anak saya ke
luar negara ucap ayah Mia sambil meraup wajahnya. Doktor Syahran menghembus nafas perlahan. Dengan
perlahan, Doktor Syahran menjawab Saya minta maaf. Penyakit ini masih baru lagi dan jarang dihidapi.
Kajian masih lagi dijalankan untuk mencari penawar atau ubat yang mampu membantu melambatkan proses
kerosakan saraf. Terdapat sejenis ubat yang boleh membantu dalam melambatkan proses kerosakan saraf.
Tapi dalam kes Damia, proses kerosakan sarafnya berlaku dengan pantas. panjang lebar Doktor Syahran
menerangkan.
Ayah buat apa tu? soal Mia sambil tersenyum manis. Tuan Haji Norainal yang sedang leka melayari
internet pantas menutup skrin laptopnya. Ayah saja nak tengok facebook ujar Tuan Haji Norainal dengan
nada gurau. Keesokan harinya, Mia berkeras mahu membantu ayahnya di kedai. Adiknya, Ian Iskandar
tinggal di asrama Maktab Rendah Sains Mara di Kem Terendak, Melaka manakala Lara Alisya tinggal di
Asrama Maktab Rendah Sains Mara, Jasin. Hal ini membuatkan Mia berasa bosan. Tambahan pula, setiap
pagi, Puan Roslina akan mengikuti kelas agama di masjid berhampiran rumah mereka.
Dira, awak tolong tengokkan Mia tu. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat ya pesan Tuan Haji
Norainal. Baik Pak Cik balas Kak Dira sopan. Mia, ayah nak ke bandar sekejap ujar ayahnya. Baik
yah, hati-hati memandu. I love u! usik Mia sambil mengenyitkan mata. Tuan Haji Norainal hanya mampu
memejam kuat matanya. Menyembunyika pedih di hati. Ayah pun sayang Mia. Jangan tinggalkan ayah
nak bisik hati kecilnya. urmm, baik aku online. Bosan jugak ni. Kak Dira pun sibuk bisik hati kecil Mia.
110 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Air mata yang ditahan sedari pagi akhirnya tersembur juga. Mia menangis sepuasnya di bawah
pancuran air paip. Dibiarkan pakaian lencun di tubuhnya. Terimbau peristiwa pagi tadi. Spinocerebellar
Degeneration merupakan penyakit yang menyerang otak kecil dan tulang belakang serta menyebabkan
gangguan pada saraf. Penderita akan kehilangan kawalan terhadap saraf-saraf secara berperingkat dan semakin
lama, keadaan pesakit semakin parah. Pada peringkat awal, pesakit hanya akan hilang keseimbangan semasa
berjalan menyebabkan pesakit sering terjatuh, tidak dapat mengagak jarak untuk mencapai barang yang
hampir, pesakit akan sukar membuat tindakan refeks seperti mengelak dari dilanggar, kurang kemampuan
bercakap. Walau bagaimanapun, pesakit tidak akan hilang daya kecerdasan mental dan masih memahami
keadaan sekeliling. Antara gejala yang dialami pesakit ialah :
Pergerakan terbatas (jatuh tanpa sebab atau hilang keseimbangan badan)
Gagal menggerakkan badan secara refeks
Jika semakin parah, pesakit tidak mampu untuk berjalan, hanya mampu menggunakan kerusi
roda, dan akhirnya, pesakit hanya terlantar di atas katil dan hanya bergantung kepada bantuan
orang sekeliling.
Pesakit juga harus berhati-hati ketika makan. Pesakit berisiko untuk tersedak secara tiba-tiba dan jika
tidak mendapat bantuan dengan segera, salur pernafasan akan tersekat dan ini akan menyebabkan kematian.
Belum ada sebarang ubat atau penawar yang ditemui setakat ini. Penyakit dikatakan berpunca dari kerosakan
otak kecil dan saraf tulang belakang. Terapi merupakan jalan terbaik untuk melambatkan proses kerosakan
saraf.
Teringat artikel yang terpampang di skrin laptop semasa Mia mengakses internet menggunakan laptop
ayahnya. Kak Mia!! teriakan anak jiran membuatkan Mia pantas menutup paip dan menyalin pakaian.
Kenapa mata kak Mia merah? soal Maisarah, anak jiran yang dijaga ibunya semenjak bayi. Mata Kak Mia
terkena syampu la Mai jawab Mia, cuba menutup kesedihan hati. Anak kecil berumur enam tahun itu hanya
mengangguk sebelum memeluk Mia erat. Mia membalas pelukan. Mia, minggu depan kita ke hospital ye
nak ucap Puan Roslina tenang. Cuba menyembunyikan keresahan di hati. Baik bu, jawab Mia perlahan.
Selang seminggu, Mia akan memasuki semester kedua. Cuti pertengahan semester dirasakan begitu
panjang dan memeritkan. Mia cuba melupakan segalanya dan ingin meneruskan hidup seperti biasa. Sedang
Mia leka mengemas pakaian dan apa yang patut, Tuan Haji Norainal masuk ke bilik Mia. Mia, apa kata Mia
pertimbangkan cadangan ayah supaya menangguhkan semester ni ujar ayahnya. Takpe la ayah, Mia ok.
Lagipun Mia boleh balik tiap-tiap minggu ujar Mia sayu. Semasa sesi terapi lepas, Doktor Syahran telah
menerangkan tentang penyakit Mia. Mia redha dengan dugaan ini.
Kau buat apa tu Mia? soal Izyan apabila melihat Mia leka menulis sesuatu. Ah, tak de apa la
Yan balas Mia. Sebenarnya, Izyan dan Faiz sedia maklum dengan keadaan Mia. Sudah hampir dua bulan
semester baru bermula. Selama dua bulan itu jugalah, Faiz dan Izyan banyak membantu Mia. Kadangkala,
Mia terpaksa dipapah oleh Izyan. Mujurlah kawannya itu sudi membantu dan memahami keadaan Mia.
Nasib Mia lebih baik kerana kebetulan pada semester kali ini mereka dalam kelas yang sama. Faiz banyak
membantu Mia dengan memberikan nota-nota pelajaran. Kesihatan Mia yang semakin merosot menyebabkan
Mia agak lambat untuk menulis.
Kau papah Mia, biar aku tolong angkat kerusi roda ni ucap Faiz seraya mengangkat kerusi roda
milik Mia. Keadaan Mia semakin buruk. Dari kesukaran berjalan, Mia kini berkerusi roda. Walaupun gaya
berjalannya tidak ubah seperti penguin dahulu, tapi Mia masih mampu berjalan. Kini, Mia hanya mampu
berjalan dalam jarak yang hampir sahaja. Kelas General Principal of Law yang diadakan di tingkat atas
membuatkan Mia sedikit mengah. Faiz dan Izyan memerhatikan Mia dengan penuh kagum. Semangat yang
ditunjukkan oleh Mia membuatkan mereka semakin menghargai hidup ini.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 111
Masa berlalu pantas. Kini, mereka sedang berjuang untuk menghadapi peperiksaan akhir. Masing-
masing menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Tiada lagi lepak-lepak di T-Box, kedai makan kesukaan
mereka. Sedang menelaah untuk kertas terakhirnya, Mia teringat sesuatu. Lantas dihulurkan sekeping nota
kecil kepada Izyan. Izyan membaca perlahan A true friend is someone who thinks you are a good egg even
though she knows that you are slightly cracked. - Bernard Meltzer-. Usai membaca, Izyan lantas meluru dan
memeluk Mia. Kau tetap sahabat aku dunia dan akhirat Mia ucap Izyan dalam tangisnya.
Tiga bulan cuti akhir semester kini hampir berlalu. Sepanjang itu, Mia dijaga oleh Iskandar dan
Lisya. Mereka banyak memberi sokongan dan menemani Mia ke hospital. Mia tetap tabah dan bersemangat
menjalani terapi di hospital. Doktor Shahran juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Mia. Beliau
turut berusaha mambantu mencari penawar bagi penyakit Mia. Baginya, semangat yang ditunjukkan oleh
Mia harus dicontohi oleh setiap pesakit. Rata-rata pesakit seperti Mia mudah berputus asa dan pergi tanpa
berusaha.
Kau apa khabar Mia? soal Izyan ketika mereka bertemu semasa sesi pendaftaran buka semester.
Semasa cuti tiga bulan yang lepas, Izyan terpaksa pulang ke kampung menjaga neneknya yang sakit. Tiba-
tiba kelihatan Faiz sedang berlari anak ke arah mereka. Hai Mia! ucap Faiz menyapa Mia. Izyan hanya
memerhati. Terlihat cahaya kerinduan dan kerisauan terpancar dari anak mata Faiz. Mengapalah kau ni tak
faham Mia desis hati Izyan. Hatinya sayu melihat kisah mereka berdua. Sukar untuk diagak isi hati Mia
ketika ini. Dalam keadaan Mia yang sakit, Izyan tidak berani membuka mulut bertanya.
Bulan berganti bulan. Kini masing-masing sibuk mengulang kaji pelajaran. Cuti pertengahan semester
akan bermula. Sebelum bercuti, mereka akan menduduki peperiksaan pertengahan semester. Keupayaan Mia
semakin berkurangan. Mia kini bergantung sepenuhnya dengan bantuan Faiz dan Izyan. Percakapannya mulai
perlahan. Setiap pagi, Faiz akan membantu Mia membuat latihan mengeluarkan suara. Mereka akhirnya
menduduki peperiksaan bersama. Masing-masing melepas nafas lega. Faiz membantu menolak kerusi roda
Mia sambil menyanyi perlahan lagu I dont want to miss a thing nyanyian Aerosmith. Mia sebenarnya faham
maksud Faiz. Dengan keadaannya kini, Mia tidak berani memberi sebarang harapan. Dia tahu, masanya
semakin hampir. Sesak nafas yang dialaminya semakin kerap.
Mia apa khabar? soal doktor. Mia hanya mengangguk perlahan. Doktor lantas menghulurkan pen
dan kertas meminta Mia menyalin sebaris ayat. Mia mengikut arahan doktor. Alangkah sebak hati kedua ibu
bapa Mia apabila melihat kesukaran Mia memegang pen. Pen di tangan Mia terjatuh beberapa kali. Doktor
melihat jelas kesukaran Mia untuk menulis. Lantas doktor meminta Mia dimasukkan ke wad untuk melakukan
pemerhatian. Setiap hari, Mia akan diberi sebaris ayat untuk disalin dan dibaca di hadapan doktor. Saban hari,
Mia semakin sukar untuk bertutur. Percakapannya semakin perlahan. Sebutir- sebutir sebutannya. Tuan Haji
Norainal dan Puan Roslina semakin hiba. Air mata semakin laju menuruni pipi tua itu.
Hai Mia! perlahan Mia menoleh. Kelihatan Faiz dan Izyan menghayun langkah menghampirinya.
Mia tersenyum. Mereka datang membawakan buku-buku untuk bacaan Mia di kala sunyi. Masing-masing
sedia maklum bahawa otak Mia masih berfungsi dengan baik. Hanya anggota badannya yang semakin
sukar untuk digerakkan. Kehadiran Faiz dan Izyan menceriakan Mia. Manakan tidak, masing-masing riuh
menceritakan hal yang terjadi di bilik kuliah. Sebenarnya cuti pertengahan semester sudah lama berakhir.
Keadaan Mia yang semakin lemah membuatkan Mia tidak mampu meneruskan pengajian. Sebelum mereka
pulang, Mia sempat menghulurkan sepucuk surat kepada Faiz. Faiz menyambut huluran Mia dengan senyuman
yang cukup manis.
Mia... rintih Faiz perlahan. Tadi, semasa tiba di rumah Faiz meluru ke biliknya. Panggilan emaknya
langsung tidak diendahkan. Hatinya melonjak ingin tahu kandungan surat yang diserahkan Mia kepadanya.
Kini, hanya linangan air mata yang tinggal. Isi kandungan surat tersebut kini terbentang di hadapannya.
112 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and I sympathize
And Ill never criticize
All youve ever meant to my life
I dont want to let you down
I dont want to lead you on
I dont want to hold you back
From where you might belong
You would never ask me why
My heart is so disguised
I just cant live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
Theres nothing left to say but good-bye
You deserve the chance at the kind of love
Im not sure Im worthy of
Losing you is painful to me
I dont want to let you down
I dont want to lead you on
I dont want to hold you back
From where you might belong
You would never ask me why
My heart is so disguised
I just cant live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
Theres nothing left to say but good-bye
You would never ask me why
My heart is so disguised
I just cant live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
Theres nothing left to try
Though its gonna hurt us both
Theres no other way than to say good-bye
***************************
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 113
Lirik lagu Goodbye nyanyian Air Supply. Terdapat sedikit nota kecil di hujung surat tersebut. Faiz
membaca perlahan Looking back, I have this regret that when Im in loved, I did not say so. Faiz meraup
mukanya. Kini dia faham isi hati Mia. Biarpun terlambat, tapi dia tidak menyesalinya.
1 Julai 2011, hari ini Mia genap berumur 21 tahun. Namun keadaan Mia kini semakin tenat. Dia
hanya terlantar di katil hospital. Tangan dan kakinya kejang dan keras seperti pesakit strok. Namun, semangat
Mia masih kuat. Iskandar, adik Mia telah menyediakan sekeping papan di mana terdapat 26 huruf di atasnya.
Bagi memudahkan komunikasi antara Mia dan ahli keluarga, Mia hanya perlu menunjuk huruf-huruf di atas
papan tersebut dan mereka yang berkomunikasi dengan Mia harus mengeja huruf-huruf yang ditunjuk oleh
Mia. Kebetulan pada hari itu, Faiz dan Izyan datang melawat Mia. Ahli keluarga lain turut berada di hospital.
Sedang rancak berborak dan mengusik Mia, tiba-tiba Mia tersedak. Hal ini mengejutkan semua.
Pantas Faiz berlari mendapatkan doktor. Doktor yang kebetulan ingin membuat pemeriksaan rutin untuk Mia
berkejar ke wad. Setelah beberapa ketika, Mia berjaya di pulihkan tetapi keadaannya semakin lemah. Mia
membuat isyarat ingin berkata sesuatu. Pantas Faiz mengambil papan huruf yang terletak di meja sebelah dan
mengunjukkannya kepada Mia. M I A P E N A T. M I A P E R G I D U L U. Serentak, Mia menarik nafas
panjang. Masing-masing menjerit memanggil namanya. Akhirnya Mia menghembuskan nafas terakhirnya.
Berakhir sudah penderitaan yang ditanggung olehnya. Suasana di wad bertukar hiba. Tangisan mereka
mengiringi pemergian Mia. Hilang sudah cahaya yang menerangi hidup mereka. Teringat pepatah yang disebut
Syahir semasa menyertai PLKN dahulu To the world, you maybe just a person, but to one person, you maybe
the world. Begitulah pengaruh Mia dalam hidup mereka.
Kini sudah seminggu Mia meninggalkan mereka. Tiba-tiba kedengaran deruan enjin kereta di
halaman rumah. Kebetulan, Izyan dan Faiz berada di rumah keluarga Mia. Mereka hadir untuk membantu
keluarga Mia yang akan mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah Mia. Lisya bergegas turun
ke laman. Kelihatan Doktor Syahran keluar dari perut kereta. Assalamualaikum sapa Doktor Syahran.
Waalaikumussalam serentak Lisya dan Tuan Haji Norainal menjawab. Rupanya Tuan Haji Norainal
mengekori Lisya yang turun ke laman. Saya datang ni nak sampaikan amanat arwah Mia. Mia ada tinggalkan
tiga pucuk surat. ujar Doktor Syahran sambil menghulurkan ketiga-tiga pucuk surat kepada ahli keluarga
Mia, Faiz dan Izyan.
114 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Ayah, Ibu, Iskandar dan Lisya...
Assalamualaikum ayah, ibu Lisya dan Iskandar. Harap-harap semua sihat dan ceria.
Jangan ditangisi pemergian Mia. Ayah, terima kasih kerana membesarkan Mia. Memberi makan dan pakai
yang cukup selama ini. Mia bahagia menjadi anak ayah dan ibu. Tak terbalas rasanya segala jasa ayah.
Terima kasih kerana sentiasa sabar menjaga Mia. Ayah, maafkan semua dosa Mia. Tolong halalkan makan
minum Mia dan setiap titis keringat ayah yang jatuh mencari rezeki untuk membesarkan Mia. Ayah, tolong
doakan kebahagiaan Mia di sini. Relakan lah pemergian Mia. Mia sayang ayah. Ibu, terima kasih kerana
melahirkan Mia. Terima kasih juga kerana membesarkan Mia dengan penuh sabar. Halalkan tiap titis susu
yang ibu berikan pada Mia. Terima kasih juga kerana sentiasa memasakkan makanan yang sedap-sedap untuk
Mia. Tiada makanan di dunia ni sesedap masakan ibu. Mia gembira kerana menjadi anak ibu. Ibu sentiasa
menyokong dan berada di sisi Mia saat Mia memerlukan. Terima kasih bu. Mia sayang ibu. Lisya dan Is,
maafkan akak kerana banyak mencuri masa ibu dan ayah untuk menjaga akak. Maafkan akak kerana tak
sempat menjadi kakak yang baik pada kamu berdua. Is, belajar bersungguh-sungguh dan jadilah anak yang
taat. Sekarang Is merupakan anak sulung. Is jaga ibu dan ayah ya dik. Kak Mia sayang Is. Lisya, maafkan
akak kerana sering memberi baju-baju akak yang lama pada Lisya. Lisya selalu pakai pakaian lama. Lepas
ni, Lisya mintalah baju baru pada ibu ya dik. Lisya pun tolong abang Is jaga ayah dan ibu ya sayang. Kak
Mia sayang Lisya. Ayah, ibu, Is dan Lisya, jangan lupakan Mia ya. Doakan kesejahteraan Mia di sini. Mia
sayang semua.
Love,
Damia Nuha
Buat Izyan,
Assalamualaikum sahabatku. Yan, terima kasih untuk segalanya. Segala budi dan jasa baik kau tak dapat
aku balas. Teringat kali pertama kita bersua. Masa tu kita baru berumur lapan tahun. Sehingga kini, kau lah
sahabat yang sentiasa ada bersama aku. Saat susah dan senang, kau sentiasa menyokong aku. Terima kasih
kerana memberikan aku memori yang takkan pernah aku lupakan walau jasadku dimamah bumi. Kaulah
sahabat aku dunia dan akhirat. Aku sayang kan kau. Kau jaga diri baik-baik ya Yan. Jangan lupakan aku.
Tolong doakan kesejahteraan aku di sini. Love u so much sahabatku.
Salam sayang,
Mia
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 115
Untuk Faiz,
Assalamualaikum Faiz. Faiz, terima kasih kerana memilih Mia dalam hidup Faiz. Maafkan Mia kerana tidak
dapat menyambut huluran cinta Faiz. Bukan Mia tak sudi tapi Mia tahu Mia takkan dapat membahagiakan
Faiz. Bukalah hati Faiz untuk menyambut huluran cinta insan lain. Jauh di sudut hati Mia, Mia sayangkan
Faiz tapi Mia tak lama di dunia. Mia tak nak melukai Faiz kelak. Mia harap Faiz faham. Memori persahabatan
kita akan terpahat di hati Mia buat selamanya. Tolong doakan kesejahteraan Mia di sini. Mia sayang Faiz.
Sayang selamanya,
Mia
Berjuraian air mata mereka membaca surat terakhir Mia. Suasana menjadi begitu hiba. Masing-
masing terbayangkan wajah riang Mia. Bagai ternampak-nampak senyuman manis Mia. Bersemadilah
dengan aman Mia bisik hati kecil masing-masing.
Nukilan : Cik Rosemawati Binti Hussein
116 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Setiap yang Tuhan Jadikan Semuanya Baik Tiada yang Buruk
A
ku mahu balik ke Klang. Sudah lama aku lepak di rumah Wak Rahim. Menikmati sarapan yang
telah disediakan. Bersembang-sembang dengan Mak Sanah. Dia bercerita kebaikan penapis air
yang dibelinya. Aku pun sudah lupa apa jenama penapis air. Aku sekadar memasang telinga dan
mendengar. Beria-beria dia bersembang. Pengalaman dia minum air yang ditapis dengan air paip. Badan
terasa segar bila minum air yang ditapis. Kalau masak nasi dengan air yang ditapis, nasi lambat basi. Sayur
yang dibasuh dan direndam dengan air tapisan, kelihatan lebih segar.
Memang aku percaya apa yang dikatakannya. Sebab itu aku suka minum aku mineral. Aku suka
minum air yang ditapis. Rasanya berbeza dengan air paip yang biasa. Air paip rasa tak sedap. Mungkin sudah
bersebati dengan klorin, karat-karat, kotoran yang ada dalam saluran paip yang disediakan di kawasan rumah-
rumah yang ada.
Habis saja dia bercerita, dia berlalu pergi untuk membuat kerja-kerja rumahnya. Tinggal aku seorang
diri yang masih melayan sarapan pagi. Aku terfkirkan sesuatu perkara. Aku terfkirkan air paip tadi. Dulu,
10, 20 tahun dahulu, penapis air ini kurang popular. Sekarang sudah hampir menjadi barang keperluan. Tuhan
memberikan manusia ilmu. Munculah teknologi bekalan air yang dirawat. Dicampurkan dengan klorin dan
bahan kimia yang lain supaya air bersih dapat disalurkan ke rumah-rumah kediaman. Secara tak langsung,
Tuhan mewujudkan sistem saliran air yang sistematik.
Wujudlah paip besi. Kemudian wujud paip plastik. Dan segala yang berkaitan dengan sistem saliran
air yang kita ada sekarang. Berlaku kitaran ekonomi dalam kehidupan manusia. Kemudian sistem saliran
air yang ada kelemahan. Air yang dibekalkan didapati kurang bersih apabila sampai di rumah. Disebabkan
kotoran di dalam paip. Namun dengan kelemahan tersebut, muncul sebuah teknologi baru. Teknologi penapis
air (ada yang sampai tujuh kali tapisan). Dengan keuzuran sistem saliran air yang ada, Tuhan mewujudkan
sistem yang baru untuk mengatasi kelemahan yang ada. Malah kualiti air yang dihasilkan adalah lebih baik
lagi. Dengan wujudnya teknologi baru ini, kitaran ekonomi manusia berkembang ke satu tahap yang lain.
Ajaibkan ?
Lemahnya sesuatu sistem, muncul sistem yang baru yang memperbaiki kelemahan sistem lama.
Kitaran ekonomi manusia berkembang lagi.
Kemudian aku tertanya lagi, kenapa ada nafsu? Bukankah nafsu itu selalunya akan mengarah kepada
keburukan? Malah boleh membawa kepada kufur lagi terhadap Tuhan. Nafsu terhadap harta, perempuan,
ketamakan dan segala-galanya yang ada di dunia. Kalau difkirkan secara logik akal, nafsu adalah sebuah
unsur yang berbahaya. Bolehlah bahayanya diumpamakan seperti unsur uranium 235. Silap urus, kita hancur.
Daripada memiliki unsur ini, adalah lebih baik dihapuskan terus. Lebih selamat. Namun kenapa Tuhan
menciptakannya. Malah diletakkan pula ke dalam diri manusia. Dan manusia pula, Tuhan sudah katakan
dalam kitabnya akan banyak yang kufur kepada Tuhan. Kenapa ?
Kebanyakan daripada kita akan mengatakan, nafsu ini boleh dikatakan sebagai salah satu unsur
penggerak kehidupan. Nafsu berkehendakan sesuatu akan membuatkan manusia berusaha mencapainya.
Maka akan berlakulah proses kehidupan. Atau ekonomi manusia. Lebih kuranglah maksudnya. Aku pun
bukan pandai sangat menggunakan perkataan ini.
Betul cuma aku terfkir dari sudut yang lain. Entah macam mana aku diilhamkan sebegini. Wujudnya
nafsu supaya manusia lebih bergantung, lebih pasrah kepada Tuhan. Itulah kesimpulan ringkas aku.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 117
Bagaimana?
Ilham ini aku perolehi selepas aku melalui satu proses. Boleh dikatakan sebuah proses bertempur
dengan nafsu. Kita sedia maklum, kalau kita dikawal nafsu kita hancur. Kita berdepan nafsu kita sendiri
hampir keseluruhannya tewas. Melawan nafsu, kita rasa letih dan kusut. Dan nafsu akan selalu mengajak
kepada kejahatan. Bukan sekali. Tapi selalu. Mungkin 3 kali, 4 kali mungkin seratus kali. Kita tidak tahu. Dia
datang menyerang, kadang-kadang kita masih dalam keadaan tidak bersiap sedia, keadaan kita leka. Apatah
lagi kalau keadaan diri kita yang sudah kotor. Mahu bertaubat, mahu membersihkan diri, nafsu sudah datang
menyerang. Aku pasti, confrm kalah kalau kita bertempur dengan dia. Sebab nafsu itu di dalam diri kita
sendiri. Dia sendiri sudah tahu kelemahan kita. Dan boleh dianggap diri kita juga nafsu itu sendiri.
Sebelum bersarapan aku diserang sebuah fkiran jahat. Nafsu sudah mula menggerakkan langkahnya.
Aku cuba melawan. Dia bijak. Dia mengeluarkan taktik-taktik supaya akal aku tewas. Di saat aku terkelam-
kabut menangkis taktik-taktiknya, aku teringat tulisan Abu Sangkan mengenai pasrah Nabi Yusuf. Kemudian
aku berkomunikasi kepada Tuhan (nota: mengikut saranan Dr. Azhar),
Tuhan, nafsu aku sudah datang. Dia mengajak aku kepada kerosakan. Dengan kekuasaanMu,
bantulah aku. Bukankah Kau tidak suka hambaMu dikawal oleh nafsunya?
Tak lama kemudian (bahkan boleh dikatakan sekejap saja), serangan nafsu aku tadi hilang. Tau-tau,
aku rasa lega. Aku tak rasa penat mahu bertarung bermati-matian. Hilang bodoh-bodoh saja. Tuhan sudah
tolong aku.
Ajaib bukan ?
Aku sedar aku sudah menang. Dia sudah tewas. Tapi proses ini akan berlangsung lagi. Kitaran
pertarungan akan berulang. Sama ada aku yang tewas atau dia yang menang. Aku tertanya lagi. Kenapa
mesti berlaku lagi? Kalau aku tewas, bukankah nanti aku sendiri yang teruk? Sudah mengingkari Tuhan?
Aku teringat sebuah frasa - Tuhan akan menguji manusia itu sama ada manusia itu benar-benar beriman
kepadanya. Kalau frasa ini dipandang secara kasar, Tuhan nampak seolah-olah mahu mempermain-mainkan
kita. Asyik-asyik diuji. Dapat nikmat, diuji. Dapat musibah itu dianggap ujian.
Adakah memang Tuhan mahu mempermain-mainkan kita? Ok. Aku entah macam mana diilhamkan
dengan situasi begini. Sebuah analogi;
Seorang murid berkata kepada cikgunya, yang dia mahu mendapat A1 untuk subjek Matematik Tambahan
dalam peperiksaan SPM. Cikgunya suka dengan impian muridnya. Dia pula mengatur rancangannya sendiri
supaya sasaran muridnya tercapai. Cikgunya memberikan berlonggok-longgok latih tubi subjek Matematik
Tambahan. Adakala diberi latihan yang mudah, adakala diberi latihan yang susah gila, adakala diberi latihan
tak berhenti-henti.
Anak muridnya merasakan dirinya didera cikgu. Ada ketika latihannya mampu diselesaikan. Latihan
tubinya adakala gagal untuk dihabiskan. Keputusan ujian berkala adakalanya kecundang. Sebuah latihan yang
berulang. Di saat keadaan dia kecundang, dia merasakan cikgu semakin menekannya dengan bertambahnya
latihan demi latihan. Hingga satu ketika dia mula memaki cikgunya di belakang.
Tibalah keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan, anak murid itu berjaya mendapat A1. Itu bagi
yang mengharungi latihan demi latihan. Buat dan buat. Sabar satu hal juga. Bagi anak murid yang rebel,
memberontak tidak mahu meneruskan latihan, melarikan diri daripada kenyataan, tidak mungkin mendapat
keputusan yang dimimpikan. Mungkin dapat F.
118 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Rupa-rupanya ujian yang Tuhan datangkan berkali-kali itu untuk melatih kita supaya kembali kepada
Dia. Banyak antara kita yang tak faham-faham. Apa yang penting, di saat kita gembira, kita kembali ke Allah.
Di saat kita bersedih, kita lebih-lebih lagi harus kembali ke Allah. Kembalikan semuanya kepada Dia sebab
apa yang didatangkan kepada kita semuanya daripada Dia.
Tuhan, terima kasih kerana berikan aku kefahaman. Maksud kembali ini, termasuk juga kembali
kepada janji kita semasa di alam ruh dulu. Aku janji dan aku taat. Taat menerima arahan dan
keputusan Tuhan (keputusan Tuhan mungkin juga kita tak suka dan yang kita suka) seperti taatnya
matahari adalah terbit di timur dan terbenam di barat sehinggalah diberitahu supaya matahari
berbuat sebaliknya.
Nukilan : Encik Lokman Hakim Bin Mohd Jaid
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 119
Jubah Buat Ibu
Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh
ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?, marah ibu. Along hanya membungkam.
Tidak menjawab sepatah apapun.
Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di
sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang
hah?, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata
pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan
di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi
seperti selalu.
Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua? Along semakin
berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga
tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. Cakap Along, cakap!
Jerkah ibu.
Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang
nah, rasakan! Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
Sakit busakit.. ..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.bu, jangan pukul busakit bu
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit? balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan
si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.
Buampunkan Along bubukan Along yang mulakanbukan Along.bu, sakit bu..!!, rayu
Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.
Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun libasan rotan tetap
mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan
kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.
Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya
itu ditepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu.
Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia
asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi
kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah
tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian
kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu
bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih
bertakung di kelopak matanya.
120 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di
tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya.
Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang
ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi kini
kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah ibu. Apa yang dibuat serba
tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan
yang corot dalam SPM.
Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu
menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak
semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu
cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan,
Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya
sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu
yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang
dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun,
belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru
ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.. Ibu..ibu
masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!? tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat
ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah
menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus
memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?
Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti
kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!, si ibu bersuara lembut. Along menarik
nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya.. bisik hati kecil
Along.
Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu
mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. Oooo patutlah ibu masak
lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?.
Along terkejut mendengar soalan Atih, namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.
Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun
sebulan sekali ja!, terang si ibu. Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun.., soal Atih
lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata
adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya.
Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas. ,
arah ibu.Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah
ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu
menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun
di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 121
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan
buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku
pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. Cantiknya, kalau ibu
pakai mesti lawa ni. Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu
Fariz, sahabatnya.
Lakau ke, apa kau buat kat sini?, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. Aku
tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?, soalnya pula. Aku tak de buat apa-apa, cuma
nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!, jelas Along jujur. Waabagus la kau ni Azam.
Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana? Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!, Along meminta kepastian. Untuk kawan baik aku, kakak
aku mesti bagi punya!, balas Fariz meyakinkannya. Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup
duit sekarang ni. Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. Kau
ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit kata Fariz. Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju..
Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya
itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. Tak
sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!,
pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah
dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia
menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang
dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk
yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani
Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?,
soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam
pinggan.
Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!, leter ibu lagi. Along hanya
diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang
berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana
Along, ibu kena marah dengan pengetua tu. Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat
kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. Along! Kalau tak suka belajar,
berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu, sampuk Alang, adik
lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya
semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat
mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera
mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata
mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-
pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu
bermula esok.
122 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan
nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak
bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke pusat bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu
di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar
daripada rumah.
Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu
dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi
kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik
dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along
antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. Azam, kalau aku tanya kau jangan marah
k!, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
Macam serius jer bunyinya Abang Joe? Along kehairanan. Sebenarnya, kau lari dari rumah
kan? Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar, matanya
juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.
Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents? tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe
itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam
mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
Azam, kau ada cita-cita takataupun impian ker? Abang Joe mengubah topik setelah melihat
reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. Ada jawab Along pendek. Kau nak jadi apa
besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku.atau. Along menggeleng-
gelengkan kepala. Semua takCuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya. Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya.. ..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dansaya.. ..saya nak jadi anak
yang soleh!.
Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum
mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia
sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu
ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu
Along kelihatan banyak berfkir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni, ucap Along
sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along
memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.
Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya
hadiahkan untuk Abang Joe kata Along lagi. Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah
aku!?, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya
senyum memandangnya.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 123
Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas
budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju. Balasnya dengan tenang. Sekali lagi
Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang
diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. Hey
Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?, soal Fariz setelah
menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?.
Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara
ni, terang Along dengan tenang.
Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah, kata Fariz lagi.
Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.
Zam..kau ni..
Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu. Jelas Along
memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!, pinta Along sambil
menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
No problemtapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?, soal Fariz ingin tahu.
Aku kerja kat bengkel Abang Joe Jadi pembantu dia, terang Along.
Abang Joe mana ni?
Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk.
Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?
Hari ni la balas Along.
Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?
Bukan, minggu depan
Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?, soal Fariz lagi.
Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku
lagi. Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu
untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang
sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang
hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor
kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan
yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada
kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa
kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.
Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak
keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya
semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya
sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah
ibunya.
124 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya.
Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara
yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba
menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.
Ha..hadiah. untuk. .ibu.... ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman
terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium
berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam.
Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai
dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih.
Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad
berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. Buat ibu yang sangat dikasihi,
ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan.
Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-
lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini..UNTUKMU IBU! Kad itu dilipat dan dicium.
Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan
Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu
mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu
makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami, dia sengaja
cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam.
Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan... dia jugak cakap, ibunya seorang
perempuan gila.. cerita Fariz dengan nada sebak.
Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana
kesalahan menumbuk Malik. Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? soalnya dengan sedu
sedan. Sebab..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak
makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarangwalaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula.
Terang Fariz lagi.
Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar
penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya.
Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
Nukilan : Encik Nurul Amin Bin Abd. Karim
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 125
Permata Yang Hilang
M
anusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan sama ada kegagalan, kejayaan maupun
perpisahan. Aku merenung sejenak nostalgia lama bersama ayah. Kata-kata ayah terngiang-
ngiang di cuping telingaku seolah-olah baru semalam aku berbicara dengannya. Segala
yang terjadi adalah mengikut ketentuan qada dan qadar Allah, berserahlah itukan takdir namanya.
Murni rindukan ayah, bisik hati kecilku menahan sebak dan tertahan rasa bakal menitiskan air mata.
Hampir 15 tahun ayah meninggalkan aku namun segala kata-kata dan amanatmu sentiasa segar diingatanku.
Aku terbayang sewaktu aku dibangku sekolah betapa kau begitu mengambil berat dan sentiasa memberikan
kata-kata rangsangan untuk aku mencapai kejayaan dan sekali gus boleh mengubah nasib kami sekeluarga.
Impianku untuk menjagamu dan membina sebuah istana yang lebih selesa buat ayah berkecai sama
sekali kerana kau telah dijemput Ilahi lebih awal lagi. Ya Allah, aku tak mahu kehilangan ayah, kenapa kau
ambil ayahku? .. Belum sempat aku mencurahkan segala baktiku dan membalas jasa ayah bisik hatiku penuh
kesyahduan.... namun siapalah aku, Kau berkuasa di atas segalanya, aku pasrah ketentuanmu Ya Allah.
Pemergian ayah memang benar-benar mengosongkan suasana di rumah ayah. Dalam kesunyian demikian
membuat aku mengimbas kembali kenangan bersama ayah setiap kali aku pulang menziarahi ayah. Wajahnya
begitu ceria menyambut kepulangan aku dan cucu-cucunya. Walaupun kesihatan ayah ketika itu semakin terganggu
namun tak pernah ia menampakkan kesakitan dan keuzurannya itu. Wajah ayah sentiasa tenang, setenang
jiwanya tak pernahpun beritahu aku dan anak-anak lain yang dia sakit.... tapi aku tahu daripada riak wajahnya.
Kenanganku bersama ayah tak pernah padam. Masih tak luput dalam ingatanku setiap kali
aku balik ke kampung banyak kata-kata mutiara yang aku peroleh dari ayah. Hingga ke hari ini masih
segar dalam memoriku meskipun ayah telah lama meninggalkan aku. Terlalu besar pengorbanan
ayah yang tak pernah meminta apa-apa balasanpun dari anak-anaknya. Segantang emas belum
tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dilakukan, teramat besar pengorbanannya.
Tiada apa yang diimpikan, melainkan melihat anak-anak berjaya dalam semua prospek di dunia
maupun akhirat. Dialah ketua keluarga, dialah idola buat aku adik-beradik dan ayahlah segala-galanya.
Tak pernah meminta untuk dibalas akan jasanya, cuma ia mahu anak-anak menjadi insan yang berguna
yang dapat membanggakannya dan dapat mengirimkan bacaaan doa kepadanya bila ia telah tiada.
Ayah tak banyak cakap orangnya, lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Setiap patah perkataan
yang dikeluarkan mempunyai maksud yang tersirat dan kata mutiara yang tidak ternilai harganya. Ayah selalu
mengajar aku tentang hakikat hidup dan menginggatkan aku supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.
Murni, yakinlah... andai kita mendekatkan diri dengan-Nya, kita akan mendapat
ilham untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkan ke dalam diri kerana di situ ada
lubuk yang dipanggil kebijaksanaan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk
yang dipanggil kebijaksanaan. Itulah usrah ayah setiap kali pertemuanku dengannya.
Telah hampir sebulan ayah terlantar sakit, aku cuma berpeluang menjaganya beberapa hari sahaja kerana
terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Aku bekerja dan punya tanggungjawab terhadap suami dan juga anak-anak.
Murni, pergilah balik... ayah beransur pulih janganlah kau risau sangat, mak kau ada menjaga ayah ujar ayah
padaku bila melihat wajahku yang bersedih. Kalau ada apa-apa keperluan nanti ayah telefon sambung ayah lagi.
126 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Walaupun kakiku berat untuk melangkah meninggalkan ayah yang sedang sakit namun aku pasrah,
tanggungjawabku sebagai isteri adalah lebih utama. Nasihat ayah padaku...syurga seorang isteri adalah
terletak pada suaminya. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menanamkan di dalam
hatinya rasa kasih sayang. Cepat Murni, suami kau dah lama tunggu di kereta tu... ujar ayah ketika aku
bersalam dan mencium tangannya.
Sudah sebulan aku tak pulang menziarah ayah. Malam itu aku menerima panggilan telefon dari ayah..
ayah apa khabar.. sihat ke?...tanyaku pada ayah. Ayah sihat, bila nak balik kampung? aju ayah padaku.
Minggu depan kot.. kami merancang nak pulang sempena Aidil Adha jawaku.... Kenapa lama
sangat... Murni sibuk ke....?, dengan suaranya terputus-putus dan sayu seolah-olah maukan aku pulang
segera menemuinya.
Siapa telefon? Tanya suamiku, ayah... jawapku ringkas. Kenapa... ayah nak apa soalnya lagi.
Ayah tanya bila kita nak balik kampung?. Abang, esok kita balik jumpa ayah... tak sedap rasa hati saya
ujarku pada suami. Kan minggu depan hari raya....takkan nak balik dua tiga kali!.., banyak belanjanya tegas
suami padaku. Aku terdiam dengan jawapan suamiku dan rasa amat tersinggung lantas ke bilik meninggalkan
suamiku seorang diri di ruang tamu.
Malam tu aku tak dapat melelapkan mata... wajah ayah yang uzur terbayang di
mataku. Suara ayah rasa terngiang-ngiang di cuping telingaku meminta aku pulang. Tatkala
itu permata jernih turun tak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan, dadaku berombak
menahan sebak. Sebagai isteri aku tetap setia pada suami, aku pasrah dengan kehendak suami
untuk pulang minggu depan walaupun hatiku meronta-ronta untuk pulang bertemu ayah.
Jam 3.00 pagi aku terjaga dari tidur, perasaan rindu terhadap ayah bagai menyentap tangkai hatiku.
Mataku tak boleh lelap terkenang mimpiku bertemu ayah. Wajah ayah berseri-seri dan tersenyum memandangku
tanpa berkata apa-apa, semakin sayup dan terus hilang dari pandangan. Ayah!...ayah! aku menjerit memanggil
ayah lantas terjaga dari tidur. Subhanallah maha suci engkau ya Allah.., aku bermimpi rupanya.
Aku termenung di hujung katil, juraian air mata tidak dapat lagi aku bendung. Aku berdoa agar ayahku
selamat dan sihat. Aku menanggis sepuasnya hingga tak sedar bila mataku terlelap.
Keesokan harinya aku bekerja seperti biasa dengan wajah yang agak suram dan mata yang bengkak kerana
banyak menangis. Jam 10.00 pagi aku terima panggilan telefon dari kampung mengabarkan ayah sedang
nazak di hospital. Dadaku berdebar kencang dengan linangan air mata lantas menelefon suami mengajaknya
pulang.
Pukul 1.30 tengah hari baru kami bergerak pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan yang mengambil
masa empat jam setengah terlalu lama buatku. Dapat ke aku bertemu ayah lagi atau..... fkiranku
menerawang jauh. Terasa di naluriku seolah-olah aku tidak dapat lagi berjumpa ayah, Teringat kata-kata
ayah di telefon malam tadi. tak apalah kalau tak dapat balik.... ayah sihat aje, jaga suami dan anak-anak kau
baik-baik nasihat ayah kepadaku.
Kita singgah rehat kejap saya mengantuklah ujar suami mengejutku dari lamunan. Aku terdiam
membisu tanpa berkata apa-apa. Hampir satu jam suami terlelap dan meneruskan kembali perjalanan. Hatiku
tak keruan kerana tak dapat berita tentang ayah kerana tak dapat menghubungi kakakku kerana pada masa itu
manalah ada telefon bimbit seperti sekarang ni.
Pukul enam petang kami sampai di perkarangan hospital di mana ayah dirawat. Aku terus ke kaunter
pertanyaan di wad berkenaan. Petugas memberitahu jenazah ayah telahpun dibawa pulang oleh kakakku pada
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 127
pukul 3.30 petang tadi. Segala persoalan yang bermain di mindaku telahpun terjawab, terasa lemah seluruh
anggotaku, kugagahi jua melangkah kakiku keluar menuju ke kereta. Aku menyembunyikan kesediahanku
dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.
Terlalu hancur hatiku kerana tak dapat bersama ayah di saat akhir hayatnya, dan sekali lagi aku sangat
terkilan tak dapat menatap wajah ayah buat kali terakhir kerana sesampainya aku di kampung ku lihat orang
ramai berpusu-pusu pulang dari tanah perkuburan. Ketika itu tanpa aku sedari aku meraung sekuat hati
meluahkan kesedihanku. Suami dan anak-anak diam membisu dan turut sedih melihat gelagat aku.
Sampai di rumah aku terus mencari ibu dan memeluk tubuhnya dengan linangan air mata. Ibu kelihatan
sugul dan pastinya dia juga sedih namun ia pasrah dengan pemergian ayah. Sudahlah Murni..., usahlah
ditangisi permergiannya.... manusia kepunyaan Allah, dariNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan.
Doakan ayah agar ia di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kata-kata ibu amat menyentuh
perasaanku serta menyuntik kembali semangatku yang lemah.
Hatiku merasa kosong tanpa ayah..... tiada lagi kata-kata mutiara yang selalu ayah berikan buatku.
Pangkin kayu di bawah pohon rambutan menjadi saksi dan nostalgia indah buat aku dan ayah. Di situlah
tempat ayah bercerita dan berkongsi ilmu denganku. Murni, bahagianya hidup kerana manisnya iman
dan jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup. Hidup atas keyakinan dan ketergantungan, rendahkan diri serta
bertawakkal, sesungguhnya segala sesuatu pasti kembali kepadaNya. Itulah kata mutiara terakhir dari ayah
ketika aku menziarahinya sebulan lalu sebelum ia kembali menemui Ilahi.
Buatlah baik kepada kedua ibu bapa, ziarahilah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta
benda hanyalah sementara berbanding amalan yang kita lakukan selagi tubuh badan kita masih bernyawa. Al-
Fatihah... buat ayah tersayang.
Nukilan : Puan Norliza Binti Mahmod
128 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Takde Apa-apa
B
eberapa bulan yang lalu hati Zafri tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu
datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun Zafri turut diserang rasa yang
demikian. Zafri cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!
Sewaktu balik ke kampung, Zafri bertemu dengan seorang imam dan menceritakan perkara yang
dialaminya. Sambil memandang tepat ke muka Zafri imam tersebut berkata Mungkin kamu ada buat silap
dengan mak kamu kot. Cuba check,katanya. Zafri tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan
saya diuji sebegini rupa? Puas Zafri memikirkannya. Seingat Zafri, walau ke mana dia hendak pergi dan apa
yang dia nak buat, tak pernah dia lupa memberitahu uminya. Meminta maaf memang menjadikan kebiasaan
dalam dirinya. Zafri balik ke rumah uminya, lalu menceritakan peristiwa yang di alaminya itu. Seraya berkata,
Umi, Zafri nak tanya dari hati ke hati, adakah Zafri pernah buat dosa dengan umi yang umi tak ampunkan?
Tak ada apa-apa. Umi restu dengan apa yang Zafri buat sekarang ini. Zafri masih tak puas hati. Mesti ada
sesuatu yang membuat uminya pernah berkecil hati dengannya.
Esoknya Zafri bertanya lagi. Umi masih menjawab,Tak ada apa-apa. Zafri masih tidak puas hati
lagi. Malam berikutnya Zafri bermunajat memohon agar Allah tunjukkan kepadanya jalan kebenaran. Hari
ketiga dalam keadaan berteleku, Zafri mengadap uminya sekali lagi. Umi yang ketika itu sedang berehat di
sofa. Zafri memandang wajah uminya dengan penuh kasih sayang, sambil menggenggam erat tangan umi.
Umi, Zafri mohon sekali lagi, tolonglah Zafri umi. Luahkanlah apa yang terbuku di hati umi. Zafri
tahu Zafri ada buat salah, tapi umi tak nak bagitau. Air matanya sudah membasahi pipi. Tak ada apa-
apa.. Tingkah uminya semula. Seketika kemudian dalam keluhan yang dalam, si ibu tua seakan mahu
bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. Zafri, ada satu kisah yang umi susah nak lupakan dan
sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati umi terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan pun
umi boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga
sekarang.
Zafri terkedu. Umi menyambung kembali, Zafri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih
kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung
hidup kita, Zafri ingat tak? Umi mula menangis. Zafri tunduk. Selepas SPM, Zafri ditawarkan menjadi
guru sandaran, wang hasil titik peluh Zafri itu umi gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Zafri
bagitau umi Zafri nak melanjutkan pelajaran. Umi merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita
kesempitan wang dan minta Zafri terus bekerja. Berkali-kali Zafri minta dan merayu pada umi nak sambung
belajar juga. Akhirnya umi terpaksa melepaskan Zafri belajar dalam hati yang penuh terpaksa. Zafri benar-
benar terkejut. Umi menyambung lagi,
Cuba bayangkan ketika itu kalau umi tak izinkan Zafri pergi, umi rasa Zafri tentu akan berkeras untuk
pergi juga. Dan perginya Zafri ketika itu adalah sebagai anak derhaka! Zafri meraung sepuas-puasnya,
terjelepuk lembik di pangkuan uminya.
Anak umi mulai hari ini umi ampunkan semua dosa Zafri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang
terbuku di hati dah habis umi luahkan. Umi harap bila umi tiada lagi di dunia ini, umi dapat mengadap tuhan
dengan hati yang tenang. Sambil mengusap-usap rambut Zafri dan mengucup ubun-ubun anak kesayangannya
itu. Zafri memeluk erat uminya kerana tidak sangka umi pernah berkecil hati dengannya. Bagaikan air
sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf Zafri seakan membasuh dosa yang lalu. Badan Zafri
terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hatinya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat
semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu Zafri selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 129
kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Zafri yang
terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamannya kepada peserta-peserta kursus. Bukan
niat di hati untuk berbangga tapi apa yang diharapkannya agar semua peserta dapat berbuat baik dengan ibu,
demi kebaikan di dunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, Zafri dicuit oleh seorang
pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Encik Zafri, bulan depan telefon saya. Zafri kehairanan.
Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu
untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian Zafri menghubunginya melalui telefon. Encik Zafri terima
kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya. Suara
lelaki itu seakan sebak. Bagaikan berteka-teki dengannya.
Menurut cerita lelaki itu, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya
yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di
kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah
berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaf di atas segala
silapnya selama ini. Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-
sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak
dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang
satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan
bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-
kata Orang tua bodoh. Tak ada otak..
Cerita lelaki itu lagi, satu ketika dulu dia pernah meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur.
Si ibu gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya
seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu lelaki yang berdarah muda itu menjadi berang,
mengherdik si ibu, Hei, orang tua bodoh!!! Tak ada otak ker? Buta ke? Seluar nih mahal tau!!
Menurut lelaki itu lagi dia menyesal kerana mengherdik ibunya. Menurutnya lagi dia amat bersyukur akhirnya
dosanya diampunkan oleh ibunya dan berjanji akan menjaga dan tidak akan melukakan hatinya lagi.
Nukilan : Puan Nurul Ashikin Binti Abd. Rahman
130 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Menggapai Di Langit
A
pa cita-cita awak Siti? Tanya Cikgu George. Jawapan yang tidak pernah bertukar dari bibir ini
Saya ni ada 3 cita-cita cikgu. Tetapi ada satu angan-angan, nak jadi Pramugari MAS, cikgu. Entah
manalah tersangkut bila saya besar nanti. Pertama menjadi Inspektor Polis, kedua Pegawai Bank dan
ketiga Pegawai Kerani. Harap-harap salah satu akan awak capai bila dewasa nanti. Kata Cikgu George. Orang
lain bercita-cita punyalah tinggi jawatan tapi saya rasa saya mungkin takkan berjaya seperti orang lain kalau
bercita-cita terlalu tinggi. Tak apa.tak apacita-cita awak tu tidaklah teruk sangat Siti. Manalah tahu satu
hari nanti saya jumpa awak berpakaian seragam polis. Semangat aku berkobar-kobar bila Cikgu George cakap
macam itu. Alangkah bahagianya kalau aku berjaya mencapai cita-cita aku.
Mak rasa akak boleh jadi pramugari tak? Kamu tu perangai macam budak laki-laki, mana boleh jadi
pramugari. Tengok aja lutut kamu tu banyak parut. Itulah asyik nak panjat pokok dan lumba basikal saja.
Paling best bila dapat lumba basikal di lereng bukit menuju ke Kelas Fardu Ain. Jangan nak berangan. Orang
yang jadi pramugari kena sempurna, cantik dan pandai. Kenapa! akak tak cantik ke mak? Cantikcuma
tak sesuai je. Nampak gayanya angan-angan jadi pramugari terpaksalah aku lupakan. Tak merasalah aku
nampaknya nak pakai baju batik hijau yang cantik tu. Tapitak semestinya aku kasar, dan tidak lembut tidak
berjiwa keperempuanan. Tapi betul kut kata emak aku ni tak ada aura seorang pramugari. Tak dapat jadi
pramugari dapat naik kapal terbang pun jadilah. Dapat juga naik ke awan biru.
Masa berjalan terlalu pantas, dari Peperiksaan Penilaian, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) aku lalui. Aku nak masuk U ke? Nak ambil
borang U ke? Ah!... ambil sajalah. Mana tahu kalau ada rezeki. Tapimuka aku ni ada ke rupa budak U
? Macammana kalau aku gagal di tengah jalan?. Mana nak cari duit kalau aku gagal? Emak dan abah nak
tanggung Along di Amerika, Angah di Politeknik dan Shuk masih lagi sekolah. Semuanya memerlukan duit
yang banyak. Abah dah bersara, gaji dah tak sebanyak dulu. Tak apalah aku cari kerja dululah. Bila dah
banyak simpanan aku bolehlah sambung belajar.
Mungkin bukan rezeki aku nak jadi budak U agaknya. Aku mesti cari duit. Sementara tu kalau ada
kekosongan jawatan di akhbar aku aku akan isi dan mohon. Mana tahu kalau ada rezeki. Apa-apa kerjapun
tak apa asalkan dapat rezeki yang halal. Siti Siti jom kita kerja kat kilang jahit seluar kat Pasir Pinji nak?
Engkaukan pandai menjahit. Jomlah Siti. Kata Lina. Kilang jahit apa? Tanyaku pada Lina. Ala kilang buat
seluar slacks. Aku dengar kilang tu buat seluar Durban dan John Master. Kilang buat seluar lelakilah. Weh!
Agak-agaklah takkan kat Ipoh ni ada kilang buat seluar jenama cam tuBetul Siti, aku tak tipu. Kata Lina.
Esok aku nak pergi ke kilang tu.. dengar cerita nak pakai ramai pekerja nak ikut tak? Boleh juga, tapi aku
kena minta kebenaran mak aku dulu.
Akhirnya aku menjadi seorang pekerja kilang. Mula-mula masuk kerja, aku diberi tugas memotong
benang yang terdapat di seluar yang telah siap. Apa kelaslah belajar sampai STPM tapi kerja potong
benang. Ah Seng boleh bagi saya kerja lain tak? Tak syoklah potong benang. Saya nak menjahit seluar.
Jahit poket, pasang pinggang atau cantum seluar? Lu tau jahit ke? Tanya Ah seng. Ala masa saya minta
kerjakan saya dah kata saya boleh menjahit. Saya ni anak tukang jahitlah Ah Seng. Okok esok datang
kerja, gua test lu dulu. Aisey kena test juga ke? Mestilah kata Ah seng. Akhirnya aku berjaya menjadi
tukang jahit di sini. Dari menjahit poket, mencantum seluar, memasang pinggang seluar dan akhirnya
memasang tag pada seluar yang siap. Jangan tak percaya aku menjahit tag di pinggang seluar yang siap
sedia untuk dipasarkan.Sehingga kini jenama tersebut masih lagi di pasaran. Antara jenama pakaian lelaki
yang sangat terkenal yang terdapat di pasar raya-pasar raya besar di negara ini. Hampir 5 bulan aku bekerja
di sini. Dari hasil titik peluh ini, disinari kerdipan barang kemas yang mampu aku beli. Walaupun tom boy
aku tetap suka pada kecantikan.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 131
Tapi taklah macam mami jarum.Agak-agak aku ni cantiklah juga. Kalau tak, takkan mamat kapcai
yang lalu kat tepi simpang rumah Tok Din tergolek jatuh terlanggar bonggol bila tengok aku. Lawak pun
ada kesianpun ada tapi aku tak tolong mamat tu, sebab siapa suruh dia tengok aku? Nasiblah bangunlah
engkau sendiri!.
Abah..abah ada temu duga jadi Konstable Polis kat Balai Polis Sungai Senam. Boleh tak akak
pergi? Bolehlah abah bolehlah Mana kamu tahu? Ini ada dalam surat khabar. Abahkan tahu akak nak
jadi Polis. Bolehlah abah Tak usahlahbanyak lagi kerja lain yang kamu boleh buat. Ala abah macam
tak bagi je. Kenapa tak boleh? Abahkan bekas askar? Takkan akak nak jadi polis tak boleh pulak? Mak
boleh tak akak nak jadi polis? Kamu tak sayang ke rambut kamu yang panjang sampai punggung tuSimpan
bertahun-tahun lepas tu nak potong? Ayah kamu tak suka anak-anak perempuan dia berambut pendek! Alah
mak nanti bila dah jadi polis akak simpanlah balik. Kamu tahu ke rambut kamu panjang mana bila kamu
masuk pusat latihan nanti? Tanya emak. Ala takat bahu aja. Jangan nak berangan rambut kamu tu dalam
lima ke enam inci saja. Kata emak lagi. Takkan kut maktak percaya sudah. Gerutu emak. Bila kamu nak
pergi temuduga tu? Tiga minggu lagi.
Abah.. abah.. akak dapat temu duga Kerani. Hari Khamis ini, abah hantar tau! Yalah abah hantar.
Mak.., buat baju kurung baru untuk akak boleh tak? Kenapa nak pakai baju baru? Baju kamukan banyak!..
Ala bolehlah mak. Yalah yalah seronoknya dapat temu duga. Macammanalah agaknya ya mak? Tanya
mak su kamu nanti. Kumpul semua sijil kamu dan belajar sikit dengan mak su supaya tahu cara menjawab
setiap soalan.
Apa nama awak? Tanya salah seorang penemuduga yang di hadapanku. Siti binti Ahmad, encik. Kataku.
Ada sijil? bagi pada saya. Ada encik. Dalam hati tertanya-tanya kenapa sampai empat orang penemuduga
yang berada di depan aku. Semuanya akan soal aku ke? Agak-agak kerja kerajaan memang ramai penemuduga
kut!. Tunjukkan saya sijil awak. Kenapa awak nak jadi Kerani? Sebenarnya saya tidaklah bercita-cita untuk
jadi kerani encik. Tapi ibu saudara saya kata, kalau saya rajin berusaha saya akan jadi Pegawai Kerani. Cita-
cita saya jadi Pegawai Kerani, encik. Sebab itulah saya memohon jawatan ini. Kenapa tak sambung belajar?
Abang dan adik-adik saya masih belajar lagi encik. Banyak nak pakai duit. Sebab itulah saya nak bekerja.
Kurang sikit bebanan ayah saya. Punyalah banyak soalan ditanyaaku jawab aja. Ok.. ambil semula sijil-
sijil awak. Tunggu sahaja keputusannya dalam masa beberapa bulan. Kalau ada rezeki awakInsyaallah.
Kata penemuduga yang terakhir. Nak jadi cerita. semasa aku mengambil sijil aku semula, tiba-tiba tumit
kasut tersangkut pada kainku. Apa lagi berteraburlah sijil-sijil aku di atas lantai. Malu tak tahu nak kata.
Terpaksalah aku kutip sijil-sijil yang bertaburan. Kenapa masa inilah kasut ni buat hal. Maklumlah tak biasa
pakai kasut tinggi. Pada abah ku ceritakan apa yang berlaku. Abah menggeleng kepala dan ketawa. Jom kita
balik abah Rasanya tak dapat kerja tu.
Abah.. akak dapat satu lagi temu duga. Kali ni jawatan Pegawai Bank. Heh..he Tengok abah..
dipanggil juga.Mak .. akak nak pakai baju apa ni? Dah nak kerja bank kenalah bergaya sikit. Pakai baju
kurung dan kena pakai make up. Pakai make up? Ni yang payahni nanti ramai lak yang tergoda kat akak
nanti Hah! Jangan nak perasan. Bila temu duganya? Minggu depan. Pagi itu, punyalah awal aku bangun.
Mak kenapa baju ni longgar sangat. Jahitlah sikit. Ish tak baik jahit baju kalau dah nak keluar. Kenapa
pulak? Mak ni banyak sangatlah pantang larang. Mana ada dalam Al QuranChe! dengar bila orang tua
kata kamu ni degil betullah Siti. Ok.. ok.. akak ikut cakap emak. Aku sekarang ni betul-betul di hadapan
bank. Mak ai ramainya orang! Agak-agak pukul berapa nama saya dipanggil Cik? Tanyaku kepada kerani
di Kaunter Pertanyaan. Lebih kurang jam 2.00 petang adik. Hah! Jam 2.00 petang? Saya datang jam 9.00
pagi tapi pukul 2.00 petang baru nama naik. Tak apalah kak, terima kasih.
132 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Siapa nama awak? Siti binti Ahmad, puan. Kenapa tak bawa bekal ? Bekal bekal apa puan? Saya
dah makan tadi. Bukan bekal makanan tapi make up Kenapa tak pakai make up? Oh baru aku tahu
yang bekal tu make up lawak betul!. Maafah puan, masa saya sampai pagi tadi memanglah pakai make
up tapi bila dah petang make up pun dah tanggal. Nama saya, Puan Safnas. Ok, berkumpul seramai 6
orang setiap baris. Apa pasal ramai sangat masuk dalam bilik ni? Getus hatiku. Kenapa awak nak kerja bank?
Eh! Macam sama aje soalan dengan temu duga kerani dulu. Agaknya semua temu duga memang sama saja
soalannya. Sebenarnya saya suka uniform bank ini puan. Macam baju Pramugari MAS. Kerja bank ni
menyeronokkan kerana saya suka membuat perkiraan. Baiklah saya nak semua yang berbangsa Melayu
bercerita mengenai latar belakang masing-masing menggunakan bahasa Inggeris dan bagi bangsa Cina dan
India, perlu berbahasa Melayu. Kata Puan Safnas.
Aku ni kalau speeking London memanglah merangkak. Tapi aku cakap apa yang terlintas di hati.
Agak-agak mereka tu faham apa yang aku cakap. Keputusan akan keluar pada bulan November ini. Kalau
ada rezeki kita semua akan bertemu di Kuala Lumpur. Sekiranya tidak berjaya sila cuba lagi. Kata Puan
Safnas sambil tersenyum. Hah! Kerja kat KL? Aku tak suka duduk di KL. Suasana di KL memeningkan
kepala, ramainya manusia, kenderaan yang bertali arus tak sesuai dengan jiwa aku. Kalaulah aku berjaya
aku nak minta balik ke Ipoh. Kataku di dalam hati.
Abah.. mak hari ini temu duga Polis. Inilah dinamakan rezeki. Semua borang permohonan yang
kuhantar diterima. Tak sia-sia akak isi semua borang tawaran kerja dulu. Boleh hantar akak tak? Boleh.
Kata abah. Lega rasa hati kerana abah sentiasa bersedia menghantar setiap kali aku dipanggil untuk temu
duga, dan motor kapcai abah inilah yang sentiasa menjadi peneman aku dan abah. Mak, potong rambut akak.
Potong paras bahu tau. Nanti sekurang-kurangnya akak taklah sedih sangat kalau rambut jadi lima, enam inci.
Rambut ni akak nak tanam kat bawah pokok pisang. Biar nanti kepala akak sejuk dan rambut cepat panjang.
Sedih rasa hati melihat rambutku yang kusimpan bertahun-tahun menjadi pendek dalam sekelip mata. Pada
aku inilah pengorbanan demi mencapai cita-cita aku.
Assalamualaikum tuan. Waalaikum salam, sila serahkan sijil-sijil awak dan duduk. Kenapa nak jadi
anggota polis? Memang sah.kerja kat mana-manapun bila temu duga, soalan pertama mesti sama. Itu
memang cita-cita saya dari kecil tuan. Saya dibesarkan dalam kalangan orang yang berpakaian seragam tuan.
Ayah saya pesara tentera, emak saya bekas kerani di kem tentera dan beberapa orang bapa dan emak saudara
saya bekerja sebagai anggota tentera dan polis. Kenapa tak nak jadi askar macam ayah kamu? Tanya Inspektor
Ahmad. Saya kurang minat tuan. Walaupun setiap pagi semasa saya kecil, saya suka mengekori anggota
tentera yang berkawat atau berjogging di depan rumah saya, minat untuk menjadi anggota tentera tidak pernah
wujud. Saya hendak menjadi anggota polis untuk menjaga keselamatan negara. Saya nak jadi macam pak cik
saya seorang Deputi Superitendant of Police (DSP) di Bukit Aman. DSP tu apa? Timbalan Penguasa Polis
tuan. Nasib baik aku dapat jawab soalan tu.
Banyaknya sijil hoki awak. Awak nak jadi pemain hoki PDRM tak? Boleh juga tuan. Itupun kalau ada
rezeki saya dalam PDRM. Bermacam-macam soalan yang disoal dan aku jawab hinggalah kepada satu soalan
yang aku anggap sebagai cepu emas. Awak rasa pangkat saya dengan Inspektor Baharum, mana yang lebih
tinggi? Saya ada tiga bintang dan dia ada bintang dan mahkota? Dengan yakin aku menjawab. Pangkat tuan
yang tinggi. Salah! Katanya. Tentulah Inspektor Baharum lebih tinggi kerana dia ada mahkota saya tiada.
Untuk menjadi seorang anggota polis, awak perlu tahu semua ini. .Lepas ni pergi jalani ujian kecerdasan. Baik
tuan, terima kasih. Awak ni kurus sangatlah 45 kilo saja. Macam mana nak jadi polis? Balik rumah makan
banyak-banyak bagi berat sikit. Kata polis yang membuat Ujian Kecerdasan. Punyalah banyak ujian yang
perlu aku lalui, dari ujian rabun mata, ujian warna, melompat, berlari, berkawat sampailah ke kelurusan kaki.
Letih betul.tapi sekurang-kurangnya hati aku puas kerana berjaya dipanggil untuk temu duga dan menjalani
ujian kecerdasan.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 133
Ya Allah berilah kejayaan kepadaku. Eh! Rita engkau agak kita boleh berjaya ke? Mestilah
Siti aku harap sangat berjaya dan bersama-sama engkau kat pusat latihan nanti. Rita memang kawan yang
baik. Teringat lagi masa zaman persekolahan, hari-hari aku akan beli maggie dan air limau yang dijual oleh
abang Rita di hadapan pagar sekolah.
Suratsurat.. untuk Siti binti Ahmad. Aku tu. Terima kasih abang posmen. Abah mak.. akak
berjaya jadi polis. Seronoknya Mak jom kita ke pekan cari barang-barang akak. Bebawak bersabar. Kata
emak. Abah.. lagi seminggu akak kena lapor diri di Negeri Sembilan. Alhamdulillah syukur kepada Allah,
akhirnya cita-cita menjadi polis tercapai. Akak dapat waran tiket keretapi abah!. Boleh akak naik keretapi
abah? Tak payah abah hantar nanti. Esok kita ke pekan untuk beli barang-barang kamu. Pergi buat senarai
barang yang perlu dibeli. Baik abah.
Kenapa nak jadi polis? Kak Siti tak nak jaga Afq ke? Dah tak sayang Afq ke? Tanya adik sepupuku
yang dijaga oleh emak semenjak lahir. Bukan macam tu Afq akak nak jadi polis. Itu cita-cita akak. Nanti
bila tamat latihan akak minta balik Ipoh, dapat jaga Afq. Bukan lama enam bulan saja. Afq!janganlah
main barang-barang akak. Nanti ada yang tertinggal, payahlah abah nak kena beli semula. Kenapalah Afq ni
asyik kacau barang-barang akak aje.
Perjalanan yang jauh tidak kurasai kerana semangat untuk ke pusat latihan begitu berkobar-kobar.
Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke pusat latihan ini walaupun ia terletak di tengah-tengah estet kelapa
sawit. Aku tidak dapat melihat orang awam kecuali anggota polis dan keluarga mereka sahaja. WPC 120568
itulah nombor yang kuterima. Itulah nambor yang kuanggap bertuah dalam hidup aku kerana nombor 68
merupakan nombor kegemaranku. Rambutku seperti yang diberitahu emak aku rasa agaknya kalau
disukat dengan tali tape memang sudah tinggal dalam lima ke enam inci.. Punyalah pendek.. Kalau tengok
dari belakang gerenti orang akan kata aku lelaki. Maka bermulalah hidupku sebagai seorang polis pelatih.
Seawal jam 5.00 pagi aku telah bangun untuk mandi dan seterusnya ke masjid. Setelah selesai
sembahyang subuh, aku bersama rakan-rakan perlu menukar pakaian seragam untuk ke dewan makan yang
terletak hampir 2 kilometer dari asrama. Dalam keadaan berseragam penuh, aku dikumpulkan dalam satu
platun seramai 20 orang. Berkawatlah aku dan rakan sepajang jalan. Punyalah jauh,tidak boleh melakukan
kesilapan. Sekiranya silap, kami akan didenda dan diminta berpatah balik ke asrama, setelah itu bergerak
semula ke dewan makan. Selepas makan, kami masuk ke kelas. Disini aku dan rakan diajar perkara berkaitan
dengan bidang kepolisan.
Tamat kelas kira-kira jam 12.30 tengahari aku bersama rakan-rakan menuju ke dewan makan. Selepas
makan aku dan rakan seplatun perlu berkawat untuk balik ke asrama. Jam 2.30 petang aku dan rakan perlu
menjalani latihan kawat di padang kawat. Bayangkan masa itu matahari ada di atas kepala. Jam 4.30 petang
latihan selesai. Perlu berkawat lagi balik ke asrama untuk menukar baju sukan. Jam 5.00 petang hingga 6.00
petang adalah latihan sukan. Di silah aku belajar bermain sepak takraw, bola sepak dan seni silat polis. Jam
6.30 petang, kami semua berkawat semula ke dewan makan. 2 kilometer lagilepas makan berkawat lagi
balik ke asrama. 7.30 malam perlu ada di masjid hingga selesai Isyak. Selepas Isyak kami semua balik ke
asrama. Jam 11.00 malam lampu asrama ditutup. Masa itulah aku bersama beberapa orang rakan mengilat
kasut. Kasut kena sentiasa berkilat. Naik letih aku mengilat kasut. Tapi aku mesti pastikan ianya kilat.. Kalau
tidak gerenti aku dikenakan CB ataupun lain-lain denda.
Adakalanya bila aku dijadualkan untuk membuat sentry malam, aku perlu bertugas membuat rondaan.
Selalunya aku terkena jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Berjalan malam dari satu dorm ke satu dorm dalam
gelap gelita bersama lampu suluh. Begitu menggerunkan. Nasib baiklah 1 jam sahaja. Bayangkanlah semua
orang tidur, sunyi sepi, kedengaran bunyi cegkerik, burung tukang yang tak henti-henti bertukang, suara orang
mengigau cukup menakutkan aku. Inilah rutin kehidupan aku sepanjang hampir 5 bulan aku di sini. Masa
berjalan begitu pantas.
134 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Tanpa kusedari aku hampir menamatkan latihan di sini dan tidak lama lagi aku akan menjadi seorang
anggota polis yang sah. Di manalah agaknya aku akan ditempatkan nanti selepas tamat latihan? Sudah
berangan ditempatkan di Kuching, Sarawak.
Siti! Ada panggilan telefon untuk engkau. Kata Mek Su. Siapa telefon Mek Su? Tak tahulah
Hello mak ke? Mak, abah, Shuk dan Afq sihat ke? Akak kat sini sihat. Cuma pelan hitam. Ni mak nak
bagi tahu yang kamu dapat kerja bank. Hah! Dapat kerja bank? Minta maaf banyak-banyaklah mak.orang
dah macam negro dok berjemur hari-hari, rambutpun udah tinggal sejengkal macam mana nak kerja bank?
Buat malu aja. Mak bagitaulah kat Manager bank yang akak tolak kerja tu. Dah tak ada rezeki nak pakai baju
batik. Pakai ajalah seragam biru laut ni. Dulu tak nak panggil akak.
Semua pelatih diminta berkumpul di dewan. Arahan yang dikeluarkan oleh En. Shamsul. Ada apa pulak
ni? Buat pengetahuan awak semua, kita akan ke Melaka untuk menjaga pilihanraya. Ya Allah seronoknya
dapat pergi kat Melaka. Jaga pilihanraya pulak tu Tentu nanti ramai orang akan respek kat aku kerana
dengan berpakaian seragam polis siap dengan pistol 0.38. Tahun 1990 ni aku akan ingat sampai bila-bila
kerana aku telah menjadi sebahagian daripada petugas pilihanraya. Dengan menaiki bas, kami beramai-ramai
ke Bandar Hilir, Melaka. Ditempatkan di berek polis Bandar Hilir. Seronoknya rasa hati. Disebabkan waktu
taklimat pilihanraya pada jam 10.00 malam, aku dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan
di Bandar Hilir. Aku dan rakan telah masuk ke dalam sebuah supermarket. Aku melihat sepasang baju yang
sangat sesuai dipakai oleh Afq. Tapi sesuai ke? Muat ke? Nak beli ke tidak? Jenuh aku berfkir. Nak beli
atau tidak. Setelah lama berfkir aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya. Tetapi dalam perjalanan
balik ke balai, hati tertanya-tanya kenapa aku tidak membeli baju itu.
Menjaga pilihanraya walaupun agak kepenatan kerana dari jam 2.00 pagi aku bertugas hinggalah ke
3.00 pagi keesokkan harinya aku bertugas tanpa henti. Aku tetap seronok. Aku rasakan satu pengalaman yang
sangat indah. Kalau selama ini aku melihat dari jauh orang mengundi, kini di depan mata. Bila semuanya
telah selesai aku dan rakan balik ke pusat latihan. Meneruskan rutin seperti biasa. Siti.. Siti emak engkau
datanglah. Biar betul Sarimah takkalah emak aku datang. Betul pergilah tengok kat pejabat. Semasa aku
sampai aku lihat emak menangis memandangku. Kenapa ni mak? Apa dah jadi? Afq dah tak ada. Kata emak.
Dah tak ada apa maksud emak dengan dah tak ada? Dia dah meninggal dunia. Hah! Meninggal dunia? Sakit
apa mak? Dia kena leukemia. Aku tergamam dan tak tahu apa nak buat. Air mata aku mengalir laju. Adik
yang aku sayang telah pergi buat selama-lamanya. Teringat aku kepada baju yang kupegang tetapi tidak jadi
kubeli. Adakah ini petanda yang aku akan kehilangan dia? Mungkin ini takdir dari Allah dan aku menerima
Qada dan Qadar Allah itu.
Al Fatihah.
Emak meminta agar aku pulang ke Ipoh tetapi aku menolak. Aku ingin teruskan cita-cita aku. Emak
tidak bersetuju tetapi mengalah. Tanpa aku sedari emak telah meminta pelepasan jawatan dari PDRM.
Pelepasan itu telah berjaya rupanya. Sedangkan aku tidak tahu menahu. Aku meneruskan latihan seperti biasa
walaupun air mata sukar diseka, aku selalu menagis bila mengingatkan Afq. Rasa menyesal meninggalkannya.
Semangat untuk belajar kian pudar. Nasib baiklah Cikgu Fauzi, Tuan Mohamad dan SI Husni selalu memberi
nasihat agar aku kuatkan semangat selain kawan-kawan seperjuangan. SI Husni, satu nama yang tak akan aku
lupakan. Nyaris-nyaris aku tidak menjadi menantunya kerana dia selalu bercerita mengenai anak terunanya
yang masih belum berpunya. Agaknya kalau lagi lama aku di sana sudah tentu aku menjadi menantunya.
Siti, sila lapor diri di pejabat kata Puan Kamsiah. Ada apa puan? Tanyaku. Awak telah dilepaskan
jawatan. Awak perlu mengemas pakaian dan barang-barang awak kerana perkhidmatan awak telahpun tamat.
Ibu bapa awak menunggu di ruang tamu. Mulai esok awak akan bertugas di sebuah sekolah di Ipoh. Rasa
sedih teramat sangat aku rasa. Cita-citaku tidak berjaya akhirnya. Baru beberapa hari yang lalu aku mengisi
borang untuk lantikan Inspektor Polis. Aku kecewa tetapi aku tidak mahu emak tahu yang aku kecewa.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 135
Aku telah menyerahkan kesemua pakaian seragamku kepada rakan-rakan. Aku hanya membawa barang-
barang yang penting sahaja balik ke Ipoh. Aku tak mahu membawa pulang kerana ianya akan menambahkan
kesedihanku. Maka berakhirlah cita-citaku untuk menyarung seragam polis dan menamatkan latihan. Sampai
bila-bilapun aku tak akan lupa perjalanan hidup sebagai pelatih polis yang banyak mendisiplinkan aku, susah
senang bersama rakan-rakan, berhempas pulas belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menguji keimanan
dan kesabaranku. Selamat tinggal semuanya.
Kini bermulalah kehidupanku yang baru. Dari seorang yang sentiasa berjemur di bawah cahaya
matahari bertukar kepada bawah cahaya lampu. Dari kepanasan kepada kedinginan. Agak pelik dengan
perjalanan hidup sepanjang tahun ini. Ketiga-tiga cita-citaku berjaya kuperolehi walaupun ianya ada yang
tidak menjadi kenyataan. Sekurang-kurangnya percubaanku berjaya. Inilah dinamakan pancaroba dunia
mungkinkah aku yang menggapai di langit? Telah tersurat begini akhirnya. Alhamdulillah, syukur kepada
Allah kerana telah memberi pengalaman hidup yang sangat bermakna dan mematangkan diri ini.
Nukilan : Puan Esma Eiza Binti Mat.
136 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Peraturan Dan Karenah Manusia
A
da apa dengan peraturan? Kenapa perlu ada peraturan? Rules are meant to be broken setengah orang
berkata, jadi apa perlunya peraturan? Haish. Setiap hari dalam perjalanan ke tempat kerja dan balik
semula ke rumah, pelbagai hidangan ragam manusia melanggar peraturan dapat dilihat. Oh! Peraturan
yang dimaksudkan di sini hanyalah peraturan jalan raya. Lorong khusus untuk pejalan kaki dijadikan short cut
oleh penunggang motosikal untuk ke jalan bertentangan. Kenapa jadi begitu?
Hanya kerana tidak mahu mengikut jalan yang betul, peraturan yang telah ditetapkan, u-turn di tempat
yang sepatutnya. Hanya berbekalkan alasan, alah..jauh la nak u-turn. Leceh! Lalu short cut pejalan kaki ni,
lagi senang. Lagi cepat sampai. Buat apa nak susah-susah? atau Merah laa pulak. Lambat nak tunggu traffc
light ni. Guna laluan pejalan kaki ni je la. Muat pun muat. Lagi senang. Lagi cepat.
Bukan tujuan nak cari kesalahan penunggang motor. Cuma, pendapat aku, saiz motor kecil. Impak
besar kalau terjadi kemalangan. Iya laa, apa yang boleh lindung mereka? Tiada pintu untuk kurangkan impak
kemalangan. Langkah keselamatan cuma helmet atas kepala. Suspen ok, bila memandu kereta ada motor
berhampiran. Kita pula perlu lebih berhati-hati. Sebab kita tengok mereka cuai. Sudah tentu bukan semuanya
yang cuai, tapi yang sedikit itu yang selalunya lebih banyak mencacatkan. Menjejaskan imej mereka.
Memang diakui motor itu kecil. Lebih mudah hendak menyelit, mencelah di mana-mana. Tapi, sedar
tak? Kecil atau besar masih tertakluk kepada peraturan. Tiada pengecualian. Jadi, setelah dibentangkan dengan
situasi di atas, agaknya apa reaksi orang sekeliling? Lebih mudah, reaksi kita sendiri kalau terjadi kemalangan
kecil depan mata kita sendiri? Puncanya kecuaian penunggang motor itu sendiri?
Bayangkan situasi ini. Simpang empat, laluan kita merah. Mengikut peraturan, kita berhenti. Dari arah
lain, nampak motor, laluan dia juga merah. Penunggang motor dan pemboncengnya. Hati meneka, Teman
wanita dia barangkali. Hmm..kejap lagi mesti dia guna laluan pejalan kaki jadi short-cut dia. Tepat betul
telahan hati, tidak lama selepas itu kelihatan penunggang motor tersebut sedang maneuver motornya untuk
menggunakan lorong pejalan kaki melintas. Sedang asyik maneuver di jalan sambil mengimbang motor,
entah di mana silapnya, motor hilang imbangan. Lalu terhuyung-hayanglah motor tersebut dan terjatuh kedua-
duanya dari motor yang dinaiki. Mujur jatuh di atas rumput. Bukan di atas jalan raya laluan kenderaan-
kenderaan lain.
Haish. Hilang macho sang teman lelaki. Hilang keayuan sang teman wanita. Harapan untuk guna
short-cut akhirnya memakan diri sendiri. Tidak pasal-pasal jatuh motor pula. Motor tercalar, teman wanita
dah cedera. Ego dan macho pun tercalar juga. Manakan tidak, jatuh depan orang ramai, atas salah sendiri.
Mana nak sorok diri? Tadi, sang teman wanita mungkin hati berbunga sebab dapat jumpa buah hati, sekarang
dah bertukar jadi marah pula. Malu dapat, sakit pun dapat. Kita yang memerhati keseluruhan kejadian, tidak
pasti macam mana hendak beri reaksi. Kesian sebab dah jatuh motor, nak tergelak pun ada, geram pun ada.
Lalu hati berkata sendiri, Itu laa tak sabar. Nak sangat ikut short cut konon..kan dah jatuh..salah siapa?
salah sendiri laa..PADAN MUKA!
Itu kalau kemalangan kecil, tapi bagaimana pula kalau kemalangan yang mengakibatkan kecederaan
yang teruk? Isu yang sama. Bagaimana kemalangan boleh terjadi? Masih lagi atas faktor kecuaian penunggang
itu sendiri. Sudah kemalangan, baru nak beringat nak ikut jalan yang betul, ikut peraturan. Macam kata
peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru hendak tengadah. Tapi ragam manusia, seminggu dua memang ikut
peraturan. Agak-agak dah lama, kisah kemalangan pun dah lupa. Luka pun dah baik, buat semula perangai
lama. Cerita yang sama situasi yang sama akan berulang-ulang. Agaknya, kalau ada polis nak saman nanti
baru tak buat. Manakan tidak, masing-masing sayangkan duit nak bayar saman.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 137
Kadang-kadang aku terfkir, polis ni beria-ia saman orang sana sini langgar peraturan. Saman bila lebih
had laju. Saman bila tidak pakai tali pinggang keledar. Saman bila tidak pakai helmet. Semuanya asyik saman
sahaja. Tapi pernah terfkir? Kenapa nak kena saman? Sedar tak kenapa semua kesalahan yang disaman itu
semuanya dengan tujuan yang satu, nak tolong jaga keselamatan diri kita sendiri dan pengguna lain. Orang
lain yang sibuk-sibuk nak tolong jaga keselamatan kita. Kita sendiri macam mana? Tiada ke rasa nak jaga diri
sendiri? Nyawa bukan boleh ditukar ganti. Apa kata, nak memudahkan kerja polis-polis semua, kita sendiri
jaga keselamatan diri kita ikut peraturan yang ditetapkan terutama masa di jalan raya. Senang kerja mereka,
kita pun hati senang tak perlu susah nak keluar duit bayar saman. Sebut pasal langgar peraturan dan ragam
orang, anda sendiri pernah langgar lampu merah?
Nukilan : Puan Nor Ezura Binti Bahrin
138 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Dari Neraka ke Jalan Telawi
But its just the price I pay. Destiny is calling me. Open up my eager eyes.
R
amli perlukan duit. Duit sewa rumah, duit makan, minum, bil utility dan sedikit peruntukan untuk
bersosial. Dan Ramli telah melakukan pelbagai kerja, antaranya sebagai pelayan di restoran, menjadi
pembantu di gerai buah dan lain-lain. Walaupun begitu Ramli tidak pernah terlintas di fkiran untuk
merompak. Berdosa katanya.
Kerja terakhir yang Ramli lakukan adalah sebagai budak penghantar pizza. Namun tidak sampai
sebulan apabila Ramli diberhentikan akibat terdapat rungutan bahawa Ramli menggantikan uniform dengan
t-shirt Bad Religion ketika menghantar pizza.
Ramli tidak sesekali berputus asa. Namun kali ini Ramli inginkan kerja yang menyediakan pengalaman
yang baru dalam hidupnya. Sedang Ramli berjalan, dia terpandang sebuah papan notis yang terdapat iklan
jawatan kosong. Khas untuk pencinta haiwan dan alam sekitar - pengalaman yang menyeronokkan! Hubungi
Pengurus bla bla bla Sesudah Ramli hubungi dan bercakap dengan pengurus. Cis, kerja di zoo rupanya,
bisik Ramli.
Keesokannya, Ramli pergi ke zoo untuk berjumpa dengan pengurus. Pengurus yang suka dengan susuk
tubuh Ramli yang tinggi dan besar, mengatakan terdapat satu kerja yang sesuai untuk Ramli. Ramli dibawa
melalui terowong dan jalan belakang, jalan yang tidak dilalui oleh pengunjung lain sehingga terlihat sebuah
kandang yang menempatkan gorilla. Namun ianya kosong, tidak berpenghuni.
Gorilla yang diberi nama Jack yang kini sudah uzur, botak, lemau, dan sudah tidak lagi berkarisma,
tidak lagi mampu menarik perhatian pengunjung. Malah Jack terpaksa dikuarantin. Ketiadaan Jack di kandang
menyebabkan kanak-kanak tidak lagi menikmati kehangatan suasana di zoo, sementelah sebelum ini Jack
adalah penyumbang terbesar jualan tiket walaupun Jack hanyalah seekor gorilla yang membosankan.
Maka pengurus menerangkan norma kerja yang perlu dilakukan oleh Ramli. Kerjanya mudah, iaitu
memakai sepasang kostum gorilla, bergayut dan bersedia untuk duduk di atas dahan pokok selama beberapa
jam, atau apa sahaja habit seekor gorilla yang dirasakan sesuai untuk dipersembahkan.
Okay. Kacang je ni. Mana kostumnya? soal Ramli kepada pengurus. Keesokannya, sebelum pintu
pagar zoo dibuka kepada orang awam, Ramli sudah bersedia di dalam kandang. Ramli panjat sebatang pokok
dan duduk di atas dahan. Tidak lama kemudian muncul beberapa kumpulan kanak-kanak dan terus menerpa
ke arah kandang si Ramli sambil bersorak menepuk tangan.
Dua jam berlalu dan Ramli mulai bosan. Ramli fkir mungkin gorilla yang sedikit agresif mampu menarik
perhatian lebih ramai pengunjung. Lalu Ramli menepuk-nepuk dada gaya seekor gorilla, mencarik daun-daun
kayu dan memanjat ke dahan yang lebih tinggi. Hampir sejam Ramli berkelakuan aneh sebegitu. Malah Ramli
merasakan seolah-olah sudah sebati dengan kelakuan seekor gorilla yang agresif. Nyata perkiraannya betul.
Pengunjung mula berkerumun, kanak-kanak menarik tangan ibu mereka untuk menyaksikan kelakuan seekor
gorilla buang tebiat.
Gorilla muda ni, terang seorang ibu muda kepada anak.
Hihihi, Ramli gelak dalam hati tanda puas.
Janda ni, tambah Ramli.
Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 139
Di kandang sebelah terdapat seekor singa jantan yang mula muak dengan aksi gorilla si Ramli. Singa
tersebut mula mengaum dan beberapa kali melanggar kandang sebagai tanda protes. Menyedari kemarahan
sang singa, Ramli terus bergayut dari dahan ke dahan, menghampiri dan beberapa kali menendang kandang
sang singa sebagai langkah provokasi. Mata sang singa tajam memandang tepat ke arah Ramli. Pandangan
tidak puas hati. Ramli memanjat ke dahan yang lebih tinggi dan bergayut dari dahan ke dahan dan disambut
oleh sorakan dan tepukan yang luar biasa dari kanak-kanak dan para ibu.
Entah kenapa, sedang asyik Ramli bergayut, beliau terlepas cengkaman untuk dahan yang seterusnya
dan secara tidak langsung Ramli terlajak dan terjatuh ke dalam kandang sang singa! Ramli mula cemas. Ramli
bingkas bangun dan terus menerpa ke arah pintu kandang sambil menjerit meminta pertolongan Tolong,
tolong! Tolong buka pintu ni! Aku nak keluar! Aku bukan gorilla yang kamu sangkakan! Aku tak mah..!
Belum sempat menghabiskan ayat-ayat terakhir, Ramli diterkam oleh sang singa dari arah belakang.
Ramli jatuh ke tanah. Kepala singa di belakang tengkuk si Ramli. Dan si singa berbisik, Diamlah, bodoh.
Kang tak pasal-pasal dua-dua kena buang kerja.
Nukilan : Encik Wan Nuridzuan Bin Wan Abdullah
140 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen
Grafk oleh:
Mohd Khairuddin Musliman
Muhammad Nasrul Ersal
Noorazlin Hashim