Anda di halaman 1dari 3

Learning without thought is labor lost; thought without learning is perilous.

- Confucius
Bagaimanakah proses pendidikan dapat berlaku? Biar kita meluangkan sedikit masa
untuk berfikir soalan ini. Fikir sejenak dan luang sedikit masa untuk kita jawap soalan ini.
Pendidikan adalah merupakan satu proses yang aktif dan dinamik. Pendidik boleh
menyampai maklumat, mendorong pelajar untuk menimba ilmu, dan sebagainya yang merupakan
perkara perkara yang penting dan baik dalam usaha melahirkan generasi muda yang berkualiti.
Namun begitu, kita sendiri mendidik diri kita sendiri. Sebelum proses pembelajaran berlaku, kita
harus mengambil keputusan untuk menentukan perkara atau kandungan pembelajaran yang harus
dipelajari dan menumpukan perhatian untuk belajar secara bertungkus-lumus. Untuk itu, kita
bukan sahaja perlu menumpukan perhatian pada perkara atau kandungan yang harus kita belajar,
tetapi kita juga perlu mengalihkan sedikit banyak perhatian kita kepada perkara-perkara yang
berlaku sekeliling proses pembelajaran. Justeru, pembelajaran tidak muncul secara tiba-tiba dan
tidak akan berlaku dalam proses komunikasi antara guru dengan pelajar. Tetapi pembelajaran
hanya berlaku dalam minda kita sahaja.
Perkara ini bukan satu metafor, tetapi ia merupakan satu realiti. Eric R. Kandel dalam
buku beliau, In Search of Memory (2006), menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya adalah
perubahan berterusan yang berlaku pada sel-sel otak manusia. Apabila sel-sel otak sedang
melibatkan diri dalam proses pembelajaran, sel-sel tersebut akan berkembang. Otak manusia akan
banyak menerima, mentaksir dan menyimpan maklumat. Apabila manusia membincangkan
sesuatu perkara atau konsep dengan perspektif yang berlainan, mengemukakan soalan soalan
yang berkaitan dan berusahan untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan tersebut, perhubungan
antara sel-sel otak dalam otak kita akan semakin bertambah. Perhubungan sel-sel ini adalah kita
kenali sebagai pemahaman.
Pemetakan Subjek Membantut Pemahaman.
Dari segi fisiologi, pembelajaran bermakna otak kita sedang bersenam otak mentaksir
maklumat, menghubungkait maklumat dengan konsep dan ingatan, dengan ini sel-sel otak dapat
berubah dan berkembang. Persoalannya, adakah pemahaman yang baru diperoleh dapat
dikekalkan dalam otak kita selama-lamanya? Jawapan bagi soalan ini adalah bergantung pada
cara kita belajar, sama ada kita belajar secara aktif atau secara pasif. Pemahaman dapat kekal
lama sekiranya kita belajar dan meneroka sesuatu perkara secara aktif. Eric R. Kandel (2006)
sudah mengutarakan pandangannya terhadap proses pembelajaran, namun dengan sedihnya, kelas
tradisional masih kekal dengan cara konvensional. Contohnya mementingkan cara pembelajaran
yang pasif daripada yang aktif serta tidak menggalakkan pelajar untuk berfikir dan membuat
hubung kait antara maklumat baru dengan maklumat yang sedia ada dalam otak mereka.
Kebolehan pelajar untuk menghubungkait maklumat yang baru dengan maklumat sedia ada
dalam otak akan mengukuhkan pemahaman pelajar melalui proses asimilasi atau proses
akomodasi yang diutarakan oleh Jean Piaget (1979). Pengukuhan pemahaman ini membolehkan
ingatan pelajar dapat dikekalkan lebih lama dan jenis pembelajaran ini adalah dikenali sebagai
pembelajaran asosiatif (Eric R. Kandel, 2006:47).
For a memory to persist, the incoming information must be thoroughly and
deeply processed. This is accomplished by attending to the information and
associating it meaningfully and systematically with knowledge already well
established in memory
Eric R. Kandel (2006: 48)
Dengan ayat lain, sekiranya kita berupaya menghubungkait maklumat baru dengan
maklumat sedia ada dalam otak kita, kita akan lebih mudah mengingat apa yang kita belajar.
Misalnya, menghafal sesuatu maklumat dengan cara mendeklamasi sebuah sajak adalah lebih
bermakna sekiranya berbanding dengan cara menghafal sesuatu yang tidak bermakna. Dengan
cara mendeklamasi sajak, sudah tentu sajak tersebut mengandungi irama dan imaginasi yang
tertentu dan berkaitan. Secara tidak sedar, kita mengetahui bahawa sajak ini akan membawa
maksud-maksud yang bermakna dan kita tidak akan menghafal maklumat secara berasingan,
tetapi dalam bentuk yang logik dan mempunyai kesinambungan kerana otak kita menerima
maklumat secara keseluruhan seperti yang diutarakan oleh ahli-ahli Gestalt.
Otak manusia adalah berfungsi secara optimum dalam ingatan panjang dan keberkesanan
pembelajaran manusia dapat dipertingkat dengan menekankan peralihan antara kandungan
pembelajaran (flow) (Eric R. Kandel, 2006:48), beralih daripada satu konsep kepada satu konsep
yang lain tetapi berkaitan, sehingga otak menyusun konsep-konsep ini menjadi satu idea. Tetapi
secara realitinya, cara mengajar kelas tradisional adalah bertentang dengan perbincangan di atas.
Contoh yang mudah kita dapati adalah kompartmentasi ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan
dikompartmenkan dan penggabungjalinan dihilangkan, pembelajaran pelajar secara mendalam
dan keseluruhan sudah pasti akan terjejas. Adakah pelajar dapat memahami sesuatu dengan baik?
Adakah pelajar dapat mengingat kandungan pembelajaran, berupaya mengemukakan pandangan
bernas semasa perbincangan, serta boleh menganalisis kelebihan dan kelemahan sesuatu isu?
Adalah pelajar dapat mencari perhubungan antara ilmu pengetahuan diperoleh dan boleh
mengaplikasi dengan baik atau hanya belajar untuk peperiksaan sahaja? Soalan-soalan ini harus
kita fikirkan.
Pelajar Selalu Lupa Apa Yang Telah Diajar?
Kenyataan di atas adalah benar bahawa pelajar selalu lupa apa yang telah diajar. Kenapa
pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari? Hal ini disebabkan kebanyakan pelajar tidak
mengetahui bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah saling berkaitan rapat antara satu
sama lain, atau proses penyampaian maklumat adalah tidak bermakna kepada mereka. Pendek
kata, kebanyakan pelajar sering lupa apa yang telah diajar setelah menduduki peperiksaan.
Namun, seperti yang dikatakan oleh Salman Khan (2012:51) bahawa no subject is ever finished.
No concept is sealed off from mother concepts. knowledge is continuous; idea flows.
Oleh yang demikian, dalam buku ini, penulis ingin menggabungjalinkan bidang-bidang
ilmu lain untuk melahirkan suatu proses pembelajaran yang menarik kepada para pelajar dan
mengharapkan bahawa melalui buku ini para pendidik dapat menekankan hubungan rapat antara
ilmu pengetahuan agar pelajar-pelajar dapat mengetahui kadar pembelajaran mereka, arah tuju
mereka serta memotivasi mereka untuk belajar, meneroka serta mengembangkan imaginasi dan
kreativiti mereka.

Anda mungkin juga menyukai