Anda di halaman 1dari 1

GGGD 1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT

NAMA : KOH KUAN WEI


NO. MATRIK : A145146
FAKULTI : FSSK/2
PROGRAM : SEJARAH


SEKOLAH SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Sekolah merupakan agen sosialisasi. Hal ini demikian kerana sekolah bukan sahaja menjadi
tempat menuntut ilmu, tetapi juga melibatkan interaksi antara warga sekolah. Interaksi ini
termasuklah interaksi murid dengan murid dan interaksi murid dengan guru. Bagi interaksi
murid dengan murid, proses ini berlaku semasa murid-murid melakukan sesuatu aktiviti
bersama seperti aktiviti kokurikulum yang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan.
Dalam sesi pembelajaran pula, interaksi antara murid berlaku apabila mereka dibahagikan
kumpulan dan mengadakan perbincangan. Semua murid mempunyai peluang untuk
menyampaikan idea masing-masing. Melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan ini, murid-murid
dapat berlatih untuk berkomunikasi dengan orang lain serta dapat memupuk sifat kerjasama
dengan individu yang lain dalam melakukan sesuatu perkara.

Interaksi antara murid dengan guru juga melibatkan sosialisasi. Interaksi antara guru
dan murid termasuklah mengadakan perbincangan dalam kelas, murid berjumpa dengan
guru untuk mendapatkan nasihat untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya.
Semasa berinteraksi dengan guru, secara tidak langsung murid-murid dapat mempelajari
cara untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka termasuk cara untuk
berkomunikasi dengan orang yang lebih tua. Selain itu, guru juga menunjukkan teladan dan
amalan yang baik kepada murid-murid supaya mereka dapat mempelajari budi bahasa.
Nilai-nilai murni ini dapat membantu murid-murid semasa berinteraksi dengan masyarakat
dalam kehidupan harian. Oleh itu, jelas bahawa sekolah merupakan agen sosialisasi yang
dapat membantu semua warga dalam mempelajari ilmu pengetahuan serta cara untuk
berinteraksi dengan masyarakat luar.

Anda mungkin juga menyukai