Anda di halaman 1dari 31

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional

121

NOTA RUJUKAN

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
SINOPSIS
Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar
Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu
laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak
sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang
menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda
yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai
jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya
Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang
Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak
memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan
angin.
Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai
untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi
Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk
putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah
penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam
seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan
menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada
serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata
jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh
selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan
mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai
ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung
kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan
menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang
Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang
Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan
puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan
sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan
Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada
Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh
Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air
manis.
Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua
memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan
Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


122

Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang
dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan
dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa
takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri
bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau
Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari
menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung
menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak
layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar
dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai
persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung
pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.
Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan
nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan
kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang
Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah
menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar
Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil
tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di
situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun
dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang
Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan
wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu
pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang
menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia
menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku
Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas
menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu
geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui
perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang
juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri.
Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran
merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu.
Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke
darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa
bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang
Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila
segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta
kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan,
Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu
berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam
barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat
negeri itu.

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


123

MERAH SILU
SINOPSIS
Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri
Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum.
Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut
berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat
rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya.
Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut
menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan
kematiannya.
Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan
ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah.
Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja
Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya
terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan
Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia
kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu. Merah Silu dan
adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa
lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri
Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka
perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak
ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang
ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil
keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam
kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak
menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.
Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu
menjadi kaya. Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi
tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja
itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah
Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan
menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya.
Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan
kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya
tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan
tanaman mereka. Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh
Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya
untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya.
Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh
memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung
ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung
ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan
rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Malikul- Nasar
tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara
Merah Silu dengan Sultan Malikul- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu
menjadi raja di Rimba Jerun.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


124

HIKAYAT INDERA NATA

SINOPSIS
Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah
sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar .
Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu
itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan
boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan
dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan
Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi
Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.
Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak
sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah
rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di
dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan
memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah
bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan
memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah
seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka
telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka
dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk
mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu
segera.
Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti
emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika
hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari
gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan
secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading
emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah
membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya
raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk
dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki
keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi
mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa
ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama
semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih
bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan
mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua
raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya
ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan
ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga
sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan
gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa
Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga
tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai
cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan
Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


125

naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu
mati. Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh
malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya
sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua
peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada
Tuan Puteri Cenderawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.


HIKAYAT KHOJA MAIMUN
SINOPSIS
Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri
yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu
membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu
sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam
masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada
menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut
membeli seekor burung tiung betina.
Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah.
Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela.
Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka
saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta
nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa
perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah
mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia
meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab
dengan bercerita kepadanya.
Bab 2: Cetera Pertama
Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri
saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah
membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan
menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras
menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati. Isteri
saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan
kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut
marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah
untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan
tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan
Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar
mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan
menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke
pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan
isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali. Bayan
menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah
Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


126

siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja
itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.
Bab 3: Cetera Kedua
Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang
dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang
menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis
keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga
menyebabkan rajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja
Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat
perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan
bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri.
Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh
perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu
sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi
sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab
menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam
berikutnya, Bayan bercerita lagi.
Bab 4 : Cetera Ketiga
Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala
tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami
yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku
sumbang terhadapnya.
Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut
diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya
seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan
bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu
menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya masih
diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika
suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan
luntur. Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu
musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu
menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri
saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan
menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang
hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut
mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri
saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan
segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak
kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai
Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah
taat kepada suaminya.



Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


127

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN

BENTUK SOALAN

1. Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c)
2. Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu
gabungan 2-3-3.
4. Semua soalan berdasarkan salah satu daripada 4 tajuk prosa tradisional
Tingkatan 4 , iaitu:
Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Merah Silu
Hikayat Indera Nata
Hikayat Khoja Maimum
5. Satu petikan daripada salah satu teks di atas akan diberi.
6. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:
Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat
Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan atau
keseluruhan cerita.
Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK berdasarkan
petikan prosa.
7. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandungan
teks berasaskan kata tanya berikut:
Apa..
Siapa...
Di mana...
Mengapa/Kenapa...
Bagaimana...
Ataupun menggunakan arahan berikut:
Jelaskan...
Terangkan...
Huraikan secara ringkas...
Gambarkan...

8. Soalan pemahaman/ aplikasi berasaskan KBKK:
Pada pendapat anda...
Pada pandangan anda...
Sekiranya anda/ Andaikan anda...
Jika anda...
Mengikut pemahaman anda...

9. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkan
petikan yang diberi.
Contoh: Apakah maksud supaya memberi asyik hati perempuan?



Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


128

10. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi.
Contoh: Nyatakan tiga keistimewaan Bayan.

11. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan kemahiran berfikir
berdasarkan teks pentikan.
Contoh : Pada pendapat anda, mengapakah Khoja Maimun menangguhkan
bayaran ketika membeli Bayan?
Berikan tiga sebab

TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar
memahami cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa
klasik. Untuk mengatasi kelemahan semasa menjawab soalan, murid harus:
1. Baca petikan dari awal hingga akhir
2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun ia menggunakan
bahasa klasik.
3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.
4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK
5. Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah
markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca
yang digunakan.
7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik
daripada teks.
8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman
atau dialek tempatan.
9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam
baris baru.
10. Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan
sesekali menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau
saranan yang dikemukakan.
11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan
sebagai jawapan (Kaedah potong tampal)
12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-
tiga soalan dalam bahagian ini.







Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


129

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad.
Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak
segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua belah pihak
ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan
itu, matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki
baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada
anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu. Tiada beberapa lama
kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, Hai
saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana
nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam
dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah
dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.
Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar
meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati.
Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan
takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka
membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.
(Dipetik daripada prosa klasik Merah Silu
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i). Berikan maksud rangkai kata putus bicara berdasarkan petikan di atas.
[2 markah]
Tips Menjawab Soalan:

Untuk menjawab soalan, pelajar hanya perlu memberikan maksud frasa putus bicara
berdasarkan petikan tersebut.Jawapan yang boleh diterima ialah selepas tamat
berunding/berbicara/bercakap/berbual.


Contoh jawapan yang lengkap

Maksud rangkai kata putus bicara ialah setelah selesai berunding atau bercakap.
[2 markah]







Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


130

(ii). Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara Raja
Muhammad dengan Raja Ahmad berdasarkan teks.
[ 3 markah]
Tips Menjawab Soalan:
Pelajar harus memahami cerita dalam teks dan mengenal pasti tiga kesan yang
terjadi akibat peperangan di antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad.
Contoh jawapan lengkap:
Natijah yang berlaku selepas peperangan itu ialah Raja Muhammad dan Raja
Ahmad mati dalam peperangan [1m] dan mengorbankan banyak askar [1m]
Manakala, Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlanga[1m]
Mereka seterusnya membuka sebuah perkampungan baru di negeri
Beruana[1m]

iii Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan
daripada berlaku. [ 3 markah]
Tips menjawab soalan:
Soalan berasaskan KBKK ini ada perkaitan dengan peperangan yang berlaku antara
Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Oleh itu, pelajar perlu mengemukakan pendapat
sendiri langkah/ cara supaya peperangan dapat dielakkan.Calon dinasihatkan
supaya mengemukakan sekurang-kurang empat isi penting walaupun hanya tiga
markah yang diperuntukkan.

Contoh jawapan lengkap:

Pada pendapat saya, peperangan dapat dielakkan dengan cara mengadakan
perundingan antara kedua-dua belah pihak yang bersengketa[1m]. Selain itu,
pihak yang terlibat perlulah berdamai bagi menyelesaikan persengketaan[1m].
Kedua-dua pihak juga boleh melantik orang tengah bagi menyelesaikan
masalah[1m]. Di samping itu, kedua-dua pihak haruslah saling bermaafan di
antara satu sama lain[1m] dan rela membayar ganti rugi kepada pihak yang
menuntut.[1m]












Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


131

PRAKTIS TOPIKAL


PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA


PRAKTIS 1

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju
meredah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus talinya. Oleh
sebab terlalu lajunya, seluruh isi geliung itu habis muntah-muntah dan mabuk.
Hanya tiga orang saja yang tidak mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang
menjadi jurumudi, Si Kembang Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masih
comot dan hitam itu.
Hai Kembang Cina, pergilah kaupanggilkan budak hitam itu suruh gantikan
tempat beta ini, beta sudah tersangat letih!
Si Kembang Cina pergilah mendapatkan Awang Sulung.
Eh, gilakah Kakak Kembang ini, minta orang bayar hutang di tengah lautan!
Apabila sampai ke daratan bolehlah hamba menjadi penghalau ayam, penunggu itik
atau menjadi penyapu rumah.
Si Kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
menyampaikan cakap Awang Sulung itu.
Pergilah kaupujuk dia sekali lagi. Gunakan bahasa yang lembut sedikit!
Baiklah, Tuan Puteri.
Si Kembang Cina pun bersuara kepada Awang Sulung dengan lemah
lembutnya. Wahai orang muda, Pak Bongsuku, tolonglah ambil tempat Tuan Puteri
menjaga kemudi itu, kerana Tuan Puteri terlalu letih!

(Dipetik daripada prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,
dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

(i) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan cakap berdasarkan petikan di
atas.
[2 markah]
- memberitahu / memaklumkan pesanan/ arahan/ perintah
(ii) Nyatakan sebab-sebab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang
Cina memanggil Awang Sulung ataupun budak hitam itu.
[ 3 markah]
- menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjaga kemudi kapal
- Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sudah terlalu letih

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


132

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bahasa yang
lemah lembut ketika meminta pertolongan daripada orang lain?
[ 3 markah]
- supaya orang bersimpati/ berasa kasihan.
- mencerminkan peribadi mulia seseorang / berbudi bahasa.
- supaya mudah mendapatkan kerjasama.


PRAKTIS 2
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi
tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka
berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut
kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu
pergilah dia mendapatkan Tuanku Nahkoda Tua.
Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk
Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.
Tuanku Nahkoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat
membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga
kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak
geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua
berkata, Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan
puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya.

(Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkan
petikan di atas?
[2 markah]
- kehairanan kerana terkejut / termangu-mangu mengamati senjata tajam

(ii) Perihalkan tindakan jurumudi sebaik sahaja beliau sedar dari mabuk.
[3 markah]
- Jurumudi segera mencabut kerisnya
- menikam seekor daripada ayamnya.
- membawa kerisnya yang berlumuran darah kepada Tuanku Nahkoda Tua.
- memberitahu Tuanku Nahkoda Tua bahawa dialah yang menjaga geliung itu
daripada serangan Tuan Puteru Dayang Nuramah

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


133

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi sanggup berbohong kepada
Tuanku Nahkoda Tua?
[3 markah]
- Jurumudi ingin mendapatkan ganjaran yang menguntungkannya - wang,
berkahwin dengan anakanda Tuanku Nahkoda Tua, harta dll
- menunjukkan jurumudi seorang yang perkasa / perwira / pahlawan di mata
Tuanku Nahkoda Tua.
- ingin dihormati / dipandang tinggi oleh semua isi geliung.
- ingin dinaikkan pangkat / diberikan pingat pahlawan / panglima.
- Tuanku Nahkoda Tua mudah mempercayai seseorang tanpa banyak soal /
menyiasat perkara yang sebenar

PRAKTIS 3
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapan
Awang Sulung lalu disuruhnya Si Kembang Cina mengambilkan buyung suasa dan
meminta Awang Sulung mengambil air. Sungguh ganjil, anak-anak geliung itu pergi
ke pulau mencari air, tetapi Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus
yang paling deras untuk mengambil air.
Setelah itu diberinya pula Awang Sulung sebilah parang, disuruhnya mencari
kayu. Orang mengambil kayu bakau dan temu laut, tetapi Awang Sulung mengambil
batang nipah.
Apa gunanya menyimpan budak hitam ini? Disuruh mengambil air diambilnya
air masin, disuruh mengambil kayu diambilnya batang nipah, bebel jurumudi itu di
depan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Waktu diadakan kenduri, jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikan
sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk Awang Sulung. Sedang Si
Kembang Cina membuat kerja itu terpandanglah oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
lalu dimarahinya, Mengapa kau buat begini, hai perempuan celaka? Bapa engkau
atau laki engkaukah si jurumudi bedebah itu?
Kemudian disuruhnya Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa
untuk Awang Sulung dengan talamnya beralaskan kain kuning.
Sudah itu bawa buyung suasa yang berisi air masin itu ke mari, perintahnya
lagi.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung itu sudah
bertukar menjadi manis bagai serbat, lalu disuruhnya pula Si Kembang Cina
merasanya. Si Kembang Cina merasa takjub. Bagaimanakah air masin boleh
bertukar menjadi serbat?

(Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,
dalam antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka)


Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


134

(i) Apakah maksud rangkai kata merasa takjub? [2 markah]

- Berasa hairan / aneh / pelik

(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga peristiwa ganjil yang berlaku di
Pulau Tapai.
[3 markah]

- Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menguji Awang Sulung untuk mengambil
air, Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling deras
untuk mengambil air sedangkan anak-anak geliung pergi ke pulau mencari air.
- Ketika disuruh mencari kayu, Orang mengambil kayu bakau dan temu laut
tetapi Awang Sulung mengambil batang nipah.
- Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung yang
diambil oleh Awang Sulung itu sudah bertukar menjadi manis bagai serbat /
gula.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah tindakan Awang sulung berbeza
berbanding dengan tindakan orang kebanyakan?
[3 markah]
- Awang Sulung adalah keturunan diraja.
- Awang Sulung orang yang mulia.
- Awang Sulung seorang yang berdaulat.
- Awang Sulung memiliki ilmu sakti


PRAKTIS 4
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkuk
rombeng geliung panjang dengan besi. Awang Sulung pun berseru, Hai ketua
lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak di
awan-awan dan bergantung di angin lalu, ambillah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
jadikan dia penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru belakangmu!
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah
suara Awang Sulung, Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu
kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri.
Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung
panjang ini, sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
Beta tidak memberitahu pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang
kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk
melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.

(Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


135


(i) Berikan maksud rangkai kata mencangkuk rombeng berdasarkan petikan di atas?
[2 markah]
- mengait alat tempat untuk mengikat tali kapal
(ii) Berdasarkan petikan, mengapakah lanun-lanun berasa gementar sebaik sahaja
mendengar Awang Sulung berseru?
[3 markah]
- mereka kenal suara Awang Sulung iaitu penghulu mereka sendiri.
- Jika mereka menyerang geliung panjang itu, itu bermaksud mereka
menderhaka kepada penghulu mereka sendiri.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya rakyat menderhaka kepada raja
dan negara?
[3 markah]
- rakyat yang menderhaka akan mendapat tulah.
- akan dijatuhkan hukuman contohnya buang negeri / hukum mati
- negara akan menjadi huru-hara / berlaku peperangan / pergaduhan

PRAKTIS 5
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu
menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia
menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan
geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan
kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas
menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua,
masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, Ya, ayahanda, tua
orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan
makin tua makin busuk!

Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, Hai anakku yang tidak tahu dek untung,
mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?
Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak,
sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di
dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?

(Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, )

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


136

(i) Berikan maksud rangkai kata tua orang tua, berakal; makin tua, makin
berminyak [2 markah]

- Orang tua semakin matang kerana banyak pengalaman /pengetahuan

(ii) Apakah tindakan jurumudi untuk mendapat kepercayaan Tuanku Nahkoda
Tua?
[3 markah]
- Mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam
- Menghadap Tuanku Nahkoda Tua dengan keris yang berdarah
- Mengatakan bahawa dia yang telah menyelamatkan geliung itu daripada
dirampas oleh lanun

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak
mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? [3 markah]

- Jurumudi sudah jatuh hati terhadap Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
- Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memiliki rupa yang
menawan/cantik/memukau
- Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merupakan golongan bangsawan/ berhart

MERAH SILU
PRAKTIS 1
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka Merah
Silu berkata kepada mereka, Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-
tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain!.
Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu
Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu
dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya
makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu, Apa kehendak tuan hamba
kepada hamba ini?
Merah Silu berkata, Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak
minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.
Kata Megat Iskandar, Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini
dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.
Sambut Merah Silu, Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan
menjadi bapa hamba.
Merah Silu pun memohon kepada Megat Iskandar , lalu dia pergilah
mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh
Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
(Dipetik daripada cerita Merah Silu dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


137

(i) Nyatakan maksud rangkai kata Jikalau ada kasih tuan.
(2 markah)
- Sekiranya ada belas kasihan/ simpati

(ii) Nyatakan dua alasan Megat Iskandar untuk meyakinkan Merah Silu tinggal di
Buluh Telang?
(3 markah)
- Mempunyai kawasan ladang yang luas
- Terdapat banyak kawasan untuk kerbau mendapatkan makanan

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menyesuaikan diri ketika berada di
tempat orang?
(3 markah)
- Berkelakuan sopan / berbudi bahasa
- Ringan tulang / membantu
- Menghormati adat / budaya setempat
- Mematuhi peraturan / undang-undang setempat

PRAKTIS 2
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam
datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar
taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang
bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu
memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan
sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan
Malikul-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah
Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit.
Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-
tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, Hai segala tuan-tuan,
apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja
kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka
kepadanya.
(Dipetik daripada Merah Silu dalam
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata orang yang kalah dibayar taruhannya.
[2 markah]
- penyabung ayam yang tewas dikembalikan wang cagarannya.



Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


138

(ii) Nyatakan tiga bukti sifat murah hati Merah Silu.
[ 3 markah]
- peyabung yang kalah dikembalikan wang taruhannya
- setiap peyabung pulang dengan dihadiahkan seekor kerbau
- penonton turut menerima seekor kerbau.

(iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan amalan berjudi dalam kalangan
masyarakat? [ 3 markah]
- Kehilangan harta benda / jatuh miskin
- Berhutang
- Pergaduhan
- Keretakan rumah tangga



PRAKTIS 3

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Kata Merah Gajah kepada isterinya, Wah adinda, mari hamba bantunkan
rambut tuan puteri yang sehelai itu!
Jawab tuan puteri, Jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba,
alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi
tidak dibenarkan oleh isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur,
Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda
menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah
darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun
hilanglah.
Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja
Muhammad. Ujar hamba sahaya itu, Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri
Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di
tengah kepalanya! Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda
merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan
Merah Gajah lalu dibunuhnya.

(Dipetik daripada Merah Silu, dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud alamat perceraian berdasarkan petikan.
[2 markah]
- petanda perpisahan.





Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


139

(ii) Apakah peristiwa yang berlaku akibat perbuatan Merah Gajah mencabut
rambut Puteri Betong.
[3 markah]

- Darah keluar dari liang rambut tersebut
- Puteri Betong meninggal dunia
- Raja Muhammad menjadi amat marah
- Merah Gajah dibunuh

(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Raja
Muhammad setelah menerima berita kematian Puteri Betong?
[3 markah]
- Menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak
- Menitahkan Merah Gajah datang menghadap baginda
- Mengarahkan hulubalang menangkap Merah Gajah
- Menjatuhkan hukuman yang setimpal jika didapati bersalah

PRAKTIS 4

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki-baki
rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada
anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya,
Merah Hasum itu, Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua
bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri
Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat
kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita
dapat diam di sana.
Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun
keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati.
Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan
takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka
membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.


(Dipetik daripada Merah Silu, dalam
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata mengikut jalan arah matahari mati?
[2 markah]
- Menuju ke barat / mentari terbenam

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


140

(ii) Mengapakah Merah Silu dan Merah Hasum bersetuju meninggalkan negeri
Semerlanga.
[3 markah]
- nenek dan ibu bapa mereka telah hilang
- merasakan tinggal di negeri Semerlanga tidak memberi faedah kepada mereka
- mahu mencari tempat yang baik supaya boleh tinggal di tempat yang baharu.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh apabila kita berhijrah ke
tempat baharu?
[ 3 markah]
- Menambah pengalaman
- Menambahkan kenalan
- Membina semangat baru/ jati diri
- Belajar berdikari

PRAKTIS 5

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, Marilah kita
muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba
hendak perkenakan kerbau itu.
Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat
anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat dua tiga ratus. Setelah siap,
disuruh askar gemparkan kerbau itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun
terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu
tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang
segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam
anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.
Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan
binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau
Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya, Pergi engkau
kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada berguna
kepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tidak mendengar
kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini; janganlah ia duduk bersama-sama aku.

(Dipetik daripada Merah Silu
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Berikan maksud rangkai kata nyahlah dia dari negeri ini.
( 2 markah)

- Merah Silu diusir keluar dari tempat itu


Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


141

(ii) Bagaimanakah caranya Merah Silu mendapatkan kerbau liar itu?
( 3 markah)

- Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak
- Membuat anderak besar
- Menyuruh askar mengemparkan kerbau ke arah muka anderak
- Pintu anderak disumbat dengan tanah


(iii) Pada pendapat anda, apakah manfaatnya kerbau liar itu kepada Merah Silu?
(3 markah)
- Dagingnya dapat dimakan
- Dapat digunakan untuk membajak sawah
- Dapat digunakan sebagai kenderaan
- Dapat menunjukkan kehebatan Merah Silu


HIKAYAT INDERA NATA

PRAKTIS 1


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka katanya, Ke mana gerangan gajah ini hilangnya? Maka lalu dilihat
tuan puteri sekalian itu pun tiadalah.
Maka katanya, Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jika
demikian sahaja dicurinya akan tuan puteri itu sekalian.
Maka ia pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas
tapak gajah itu dan tiada berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu
dan tuan puteri ketujuh orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu
sangatlah amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri
ketujuh itu serta dengan tempik soraknya.
Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan
Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang
daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara
Gangga pun menyuruhkan lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata
seraya katanya, Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan
cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh
olehmu akan raksasa itu!

(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata dalam
antologi harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)



Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


142

(i) Berikan maksud rangkai kata mencita gemala
[ 2 markah]

- Mewujudkan sesuatu kuasa batin menggunakan batu bercahaya

(ii) Apakah reaksi raksasa laki isteri itu apabila mendapati tuan puteri ketujuh dan
gajahnya hilang?
[3 markah]
- sangat marah
- berjalan mengikut bekas tapak gajah
- mengusir/mengejar Indera Nata dan tuan puteri ketujuh

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Betara Gangga menyuruh lembur dan naga
membunuh raksasa itu?
[3 markah]

- Ingin menyelamatkan Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang tuan puteri
- Raksasa ingin menjadikan ketujuh-tujuh puteri sebagai makanannya
- Raksasa telah membunuh banyak rakyat Rom


PRAKTIS 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma, Hai kakanda, adapun nama
hamba ini Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja
Baghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini
anak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera
Maha Dewi ini anak Raja Peringgi!
Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab
hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah
dan demikianlah hal adinda sekalian ini.
Maka kata Indera Nata, Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang
ini? Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, Adapun jikalau kakanda kasih akan
hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada
kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri
kepada kakanda.
Maka oleh Indera Nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung
emas rasanya serta ia berpantun:

Rakit-rakit dari Inderagiri,
Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;
Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri,
Nanti esok kakanda bawa.

(Dipetik daripada prosa tradisonal Hikayat Indera Nata
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


143

(i) Berikan maksud rangkai kata beroleh gunung emas ?
[ 2 markah]
- Mendapat keuntungan/ kekayaan/ rezeki yang lumayan

(ii) Apakah janji ketujuh-tujuh tuan puteri sekiranya Indera Nata menyelamatkan
mereka?
[3 markah]

- Menyerahkan diri kepada Indera Nata
- Rela dibawa ke Rom
- Memperhambakan diri kepada Indera Nata

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai orang yang berjasa
kepada kita?
[3 markah]
- Mendoakan kesejahteraan / kebahagiaan hidupnya
- Memberikan hadiah / penghargaan
- Menziarahi ketika dia sakit
- Sentiasa menghubungi / bertanya khabar



PRAKTIS 3


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Hatta maka hari pun petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua laki
isteri. Apabila hampirlah siang maka ia pun pergilah keduanya ke dalam hutan
mencari gajah bergadingkan emas ke sana ke mari tiada juga diperolehnya.
Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya Raja
Rom ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyat
sekalian.
Syahadan adapun raja itu naik gajah bergadingkan emas. Setelah dilihat oleh
raksasa itu pun terlalu sukacitanya. Maka sekalian rakyat itu pun habislah
dimakannya, seorang pun tiada tinggal lagi. Maka gajah itu pun diambilnya lalu
dibawanya pulang.
Setelah itu maka raksasa itu pun kembalilah ke mahligai tuan puteri itu.
Maka kata tuan puteri, Hai nenekku, sebenarnya kasih nenekku akan kami
sekalian ini dan lagi jika ada kasih nenekku akan kami ini carikanlah kami kijang
putih bertanduk emas serta kain yang hitam ini nenekku sucikan sampai putih!
Jikalau belum lagi putih janganlah nenekku kembali.

(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata
dalam antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka)




Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


144

(i) Berikan maksud rangkai kata seorang pun tiada tinggal lagi.
[ 2 markah]
- tidak ada sesiapa yang terselamat

(ii) Bagaimanakah ketujuh-tujuh tuan puteri tersebut menyelamatkan diri daripada
dimakan oleh raksasa?
[ 3 markah]

- meminta raksasa mencari kijang putih bertanduk emas untuk mereka
- meminta raksasa membasuh kain hitam sehingga menjadi putih
- selagi kain hitam itu tidak menjadi putih, raksasa tidak dibenarkan pulang

(iii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga tindakan yang perlu kita lakukan dalam
menghadapi sesuatu masalah?
[ 3 markah]
- Bersikap tenang / tidak terburu-buru
- Berfikir secara rasional
- Berbincang dengan orang lain
- Mendapatkan khidmat kaunseling / pakar



PRAKTIS 4

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Hatta maka hari pun petanglah lalu ia tidur dua laki isteri. Setelah keesokan
harinya maka raksasa yang laki-laki itu pun pergilah mencari kijang putih
bertandukkan emas. Maka raksasa yang perempuan itu pun pergilah ia ke tepi laut
menyuci kain tuan puteri yang hitam itu hendak dijadikannya putih.
Setelah itu maka Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu pun turunlah ia
dari atas mahligai menunggang gajah itu. Maka segala perkakasan di dalam
mahligai itu pun habislah di bawahnya.
Setelah sudah maka Indera Nata pun berjalanlah di tanah menghelakan gajah
itu. Bermula adapun tuan puteri yang tujuh orang itu duduklah di atas gajah itu dan
tiada berapa antaranya berjalan itu masuk hutan terbit hutan keluar padang masuk
padang maka ia pun sampailah ke tepi laut.
Sebermula maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu.
Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar habislah
dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun
marahlah tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang
membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu.
Mula-mula habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.


(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


145

(i) Apakah maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.
[2 markah]
- kain itu carik namun masih lagi hitam.

(ii) Apakah yang dilakukan oleh Indera Nata dan tuan puteri semasa ketiadaan
raksasa?
[ 3 markah]
- turun dari mahligai
- menunggang gajah
- membawa segala perkakasan di dalam mahligai

(iii) Bagaimanakah anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan?
[3 markah]
- Berfikir sebelum bertindak/ tidak mengikut emosi
- Merujuk pakar untuk mendapat nasihat
- Banyak membaca untuk meluaskan pengetahuan
- Tidak tamak


PRAKTIS 5

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Hatta maka beberapa lamanya ia berjalan sampailah ia ke negeri Rom itu lalu
masuklah ia ke dalam rumah bondanya Si batu Kembar itu.Setelah dilihat oleh Si
Batu Kembar anaknya datang itu terlalulah sukacitanya lalu dipeluknya dan
diciumnya itu. Syahadan maka baginda pun bertanya,Hai Indera Jenaka, manatah
Si piatu itu sekarang ini?
Maka sembah Indera Jenaka itu, Ya tuanku. adapun Si Piatu itu bukankah
anak namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian
mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian maka
adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur
kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu
terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-
buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu
nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun berlalu
sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala
binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka
hamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu.

(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata dibawa oleh lembur kehendaknya?
[2 markah]
- sejenis ular sakti membawa Indera Nata

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


146


(ii) Nyatakan tiga kelebihan yang ada pada Si Piatu seperti yang diceritakan oleh
Indera Jenaka.
[3 markah]
- sekalian mergastua menyebut namanya Indera Nata
- menyeberang lautan dibawa oleh lembur
- mergastua yang buas tidak memberi bahaya akan dirinya
- berkata-kata dengan binatang seperti berkata dengan manusia


(iii) Sekiranya anda ialah raja,apakah tindakan yang mungkin anda ambil untuk
menyambut kedatangan Indera Nata? Berikan tiga cadangan.
[3 markah]

- meraikan Indera Nata seperti seorang raja/upacara gilang gemilang
- memberikan anugerah tertinggi negara kepada Indera Nata
- memberikan jawatan penting dalam negeri kepada Indera Nata



HIKAYAT KHOJA MAIMUN


PRAKTIS 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Syahadan adalah kononnya seorang saudagar di dalam negeri Ajam terlalu
amat kayanya. Adapun namanya itu Khoja Maimun. Isterinya bernama Bibi Zainab,
terlalu sangat baik parasnya, zaman itu sukar bandingannya. Maka duduklah ia
berkasihan laki isteri itu. Ada pada suatu hari, Khoja Maimun laki isteri pergi bermain
ke pekan. Maka ada orang datang membawa seekor burung Bayan jantan terlalu
amat indah-indah rupanya seraya katanya, Hendakkah tuan hamba membeli
Bayan?
Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribu
dinar Bayan hamba ini harganya. Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya,
Adakah orang yang mahu membeli burung yang segenggam ini seribu dinar?
Layaknya unggas ini makanan kucing juga.
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya, Hai Khoja
Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan
sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang
lain; tetapi bukan hamba daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat,
dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, sentiasa memuji-muji Allah
Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba
ketahui sebarang halnya.

(Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


147

(i) Berikan maksud pergi bermain ke pekan.
[2 markah]
- berkunjung ke bandar/kota/pasar/kedai

(ii) Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang terdapat dalam petikan.

[3 markah]
Keistimewaan Bayan:
- Bayan itu indah/cantik rupanya
- Bayan itu boleh berkata-kata/bercakap
- Boleh mengetahui sebarang hal yang akan berlaku dalam sepuluh hari yang
akan datang.

(iii) Seandainya anda yang mendapat Bayan itu, bagaimana anda memeliharanya?
[3 markah]

- Membuat tempat khas/sangkar
- Menjaga makan dan minumnya
- Rawatan kesihatan secara berkala


PRAKTIS 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Sebermula diceterakan orang yang empunya cetera itu, adapun Khoja Maimun
laki isteri selama ia beroleh unggas dua ekor itu, sehari-hari ia mendengar hikayat
oleh unggas kedua ekor itu. Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimun
berkata-kata kepada unggas kedua akan perihal ehwal manfaat perniagaan di laut
itu. Maka Khoja Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak pergi belayar. Maka ia
pun pergilah mendapatkan isterinya seraya berkata, Hai kekasihku, ketahuilah
olehmu bahawa segala manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikan
manfaatnya pun kuranglah, kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan! Akan
sekarang hamba dengar perniagaan laut itu terlalu sangat besar labanya daripada
perniagaan yang di darat ini. Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku
pergi belayar. Maka sahut isterinya, Sebenarnyalah kata tuan hamba itu, tetapi
sungguhpun perniagaan itu sangat besar labanya, dan balanya pun amat besarnya
dan banyak dugaan dalam dunia ini. Sehari berapa upahnya tuan pergi dari kerana
harta dunia ini banyak yang mahal dan cemar di dalamnya dirham itu, sayang sekali
kalau orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama air yang manis, makin
diminum mungkin bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun kuning seperti muka
orang yang durjana. Jikalau tuan hamba hendak pergi belayar, akan sebaik-baiknya
tuan hamba bawa juga hamba kerana hamba perempuan dan kita adalah seperti
gusi dengan gigi adanya. Jikalau tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlah
adanya.

(Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


148


(i) Berikan maksud dirham itu menanggung segala pekerjaan!
[ 2 markah]
- Wang menampung semua urusan.


(ii) Nyatakan tiga sebab isteri Khoja Maimun keberatan melepaskan suaminya
pergi belayar.
[3 markah]

Tiga sebab isteri Khoja Maimun keberatan melepaskan suaminya pergi
belayar:
- Balanya sangat besar/ risiko sangat tinggi
- Banyak dugaan
- Orang yang tidak tebal imannya akan mudah terpedaya / terpengaruh /
tergoda
- Jika suaminya tiada si isteri juga akan menghadapi masalah

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Khoja Maimun meninggalkan isterinya untuk
pergi belayar?
[3 markah]
Wajar:
- Tujuannya belayar adalah untuk berniaga
- memperoleh keuntungan yang banyak
- memberi kesenangan kepada keluarganya
- tidak mahu isterinya menghadapi kesukaran ketika dalam pelayaran
- Khoja Maimun akan balik semula ke pangkuan isterinya

Tidak wajar:
- Isterinya kesunyian/tiada berteman
- Keselamatan isterinya terancam
- Kebajikan isteri terabai



PRAKTIS 3

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang
perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai
ibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang
itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan
meluluskan maksud aku ini! Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi
kepada isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja
itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis
mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi
dikatakannya.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


149

Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun
terikatlah akan anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya
itu. Maka Bibi Zainab pun berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya, Hai
ibuku, baiklah katakan kepada anak raja itu, hamba punya sembah maka ampun
banyak-banyak kepada anak raja itu! Sekarang malam hamba mendapatkan anak
raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia ini. Bukan sebarang ini,
mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati! Setelah orang tua
itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu, maka ia pun segeralah
kembali serta menyampaikan segala pesan Bibi Zainab kepada anak raja itu.

(Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud barang-barang tipu daya.
[ 2 markah]
- Segala muslihat/kebijaksanaan/helah

(ii) Apakah yang berlaku kepada isteri Khoja Maimun selepas mendengar kata
orang tua itu.
[3 markah]
Isteri Khoja Maimun:
- Terikat hatinya kepada anak raja itu
- Api berahi menyala dalam dadanya
- Berkehendaklah akan anak raja itu
- Merancang untuk berjumpa anak raja itu pada waktu malam

(iii) Bersetujukah anda dengan tindakan isteri Khoja Maimun pergi berjumpa anak
raja itu?
[3 markah]
Tidak setuju:
- Suaminya tidak ada di rumah
- Bermain kayu tiga adalah perbuatan keji
- Seorang isteri tidak boleh berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan
suaminya
- Perbuatannya berjumpa dengan anak raja itu akan menimbulkan fitnah
- Sekiranya perbuatannya itu diketahui, dia akan dihukum



PRAKTIS 4

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Setelah mendengar kata Bayan itu maka ia pun menangis seraya katanya,
Sekali-kali tiada taksirnya aku membuangkan isteriku tiada dengan dosanya. Maka
saudagar itu pun segera turun lalu pergi mendapatkan isterinya pada kubur Tuan
Syeikh itu, minta ampun akan dosanya serta dipegangnya tangan isterinya lalu
didukungnya lalu dibawa kembali ke rumahnya. Maka kata Bayan itu, Demikianlah
Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


150

Hikayat Bayan dengan isteri saudagar itu. Akan hamba tuan demikianlah berbuat
bakti akan tuan. Jika jahat sekalipun dikerjakan oleh tuan hamba, atas hambalah
menyembunyikan salah tuan hamba. Istimewa pula tiada jahat tuan hamba pun.
Akan sekarang pergilah tuan hamba kerana anak raja itu sudah lama menanti tuan.
Maka isteri Khoja Maimun turunlah hingga pintu, fajar pun menyingsinglah. Maka
isteri Khoja Maimun pun naiklah ke rumahnya. Tiadalah jadi ia pergi. Maka ia pun
duduk dengan percintaannya.
Maka datanglah pada hari yang lain. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah
kepada Bayan serta memakai dengan pakaian yang indah-indah seraya berkata,
Hai raja segala unggas lagi dengan bijaksana, ketahuilah olehmu apatah bicaramu
akan daku supaya aku pergi kepada habibiku itu?

(Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud supaya aku pergi kepada habibiku.
[2 markah]
- agar dia dapat berjumpa dengan kekasihnya.

(ii) Nyatakan tindakan saudagar selepas menyedari kesilapan membuang
isterinya?
[3 markah]

- Segera turun lalu pergi mendapatkan isterinya di kubur Tuan Syeikh
- Minta ampun akan dosanya
- Memegang tangan isterinya lalu mendukungnya
- Membawa isterinya kembali ke rumah

(iii) Pada pendapat anda, jelaskan tujuan Bayan bercerita kepada isteri Khoja
Maimun.
[3 markah]

- memberi pengajaran kepada isteri Khoja Maimun
- melengahkan niatnya untuk berjumpa anak raja
- menghalangnya daripada pergi bertemu dengan anak raja
- menyelamatkannya daripada melakukan perbuatan keji


PRAKTIS 5

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Maka kata suaminya, Adalah seorang laki-laki dapat ia menjadikan dirinya
gajah, tetapi akan laki-laki itu amat cemburuannya. Apabila ia hendak berjalan maka
dijadikan dirinya gajah hikmat, diadakannya suatu baluhan di atas belakangnya,
dibawanya berjalan ke sana sini akan isterinya itu, daripada ia tiada percaya dan
sangat cemburuan, takut akan isterinya bermukah.
Modul Sinergi KOMSAS Genre Prosa Tradisional


151

Maka pada suatu hari gajah itu pun berjalan pada suatu padang. Maka
sampai kepada tengah padang itu, ada sepohon kayu terlalu amat rampak. Tatkala
itu hamba berteduh di bawah kayu itu. Maka gajah itu pun datanglah berteduh di
bawah kayu itu. Maka hamba pun larilah naik ke atas kayu itu dan isterinya yang
diikat itu ada di belakangnya itu pun memandang ke atas pohon kayu itu. Maka
dilihatnya hamba, lalu dipanggilnya dengan isyaratnya. Maka sahut hamba, Hai
perempuan, hamba takut kepada gajah itu! Maka jawabnya, Apa yang tuan
takutkan, bukankah ia lagi tidur? Setelah sudah hamba mendengar kata perempuan
itu maka hamba pun turun dari atas pohon kayu itu lalu bersuka-suka di belakang
gajah dengan perempuan itu. Seketika lagi gajah itu pun jagalah, lalulah ia berjalan
kembali membawa isterinya. Demikianlah cetera orang yang cemburuan
diperduakan suaminya, itulah perempuan dimasukkan Allah Taala ke dalam neraka
jahanam lima ratus tahun lamanya.

(Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud sepohon kayu terlalu amat rampak.
[2 markah]
- sebatang pokok yang banyak cabang / dahan dan panjang-panjang

(ii) Mengapa lelaki itu menjadikan dirinya gajah hikmat?
[3 markah]
- Dia sangat cemburu akan isterinya
- Dia tidak percaya akan isterinya
- Dia takut isterinya bermukah
- Dia ingin membawa isterinya ke mana sahaja ia pergi

(iii) Pada pendapat anda, cadangkan tiga cara untuk mengelakkan perbalahan
antara suami isteri.
[3 markah]
- Saling menghormati
- Saling mempercayai
- Saling menyayangi / mencintai
- Sentiasa berbincang / bertolak ansur
- Setia pada pasangan masing-masing

Anda mungkin juga menyukai