Anda di halaman 1dari 2

1.

0 HASILAN SATU INOVASI BAHAN PENGAJARAN



1.1 Nama Bahan: Membaca Bukan Gozilla

1.2 Rasional :
1.2.1 Menguji kemahiran pengamatan murid.
1.2.2 Melatih murid membaca dengan betul dan laju.

1.3 Obejektif :
1.3.1 Murid dapat mengaplikasikan kemahiran pengamatan sama ada
penglihatan dan pendengaran dengan lebih berkesan.
1.3.2 Murid dapat membaca perkataan dan ayat dengan betul dan laju.


1.4 Langkah-langkah :
Pengajaran ini telah merangkumi empat bahagian iaitu Baca Dulu, Dengar
Kemudian, AhaNampak Kat Video, Pilih Betul, Barulah Baca dan Masa
Itu Emas.

1.4.1 Baca Dulu, Dengar Kemudian
1.4.1.1 Bagi bahagian Baca Dulu, Dengar Kemudian, murid
dikehendaki membaca perkataan yang disediakan dengan betul.
1.4.1.2 Murid perlu menyemak semula sebutan diri dengan merujuk
kepada rakaman sebutan perkataan tersebut yang disediakan.
1.4.1.3 Selepas murid dapat membaca perkataan tersebut dengan
betul seperti rakaman sebutan yang disediakan, baru membaca
perkataan yang seterusnya.
1.4.1.4 Guru hanya sebagai pembimbing dan penilai terhadap murid.



1.4.2 AhaNampak Kat Video!
1.4.2.1 Murid akan ditayangkan dengan satu video lagu Rasa Sayang.
1.4.2.2 Murid dikehendaki menontot video tersebut dengan teliti.
1.4.2.3 Murid dikehendaki menjawab soalan berdasarkan video
tersebut
1.4.2.4 Pilihan jawapan telah disediakan kepada murid.
1.4.2.5 Guru dan murid menyemak jawapan dengan bersama-sama.
1.4.2.6 Markah akan diambil oleh guru.

1.4.3 Pilih Betul, Barulah Membaca
1.4.3.1 Murid dikehendaki memilih perkataan yang sesuai dengan ayat
yang disediakan berdasarkan gambar.
1.4.3.2 Selepas memilih perkataan yang betul, murid dikehendaki
membaca ayat tersebut dengan betul.
1.4.3.3 Markah akan diambil oleh guru.

1.4.4 Masa Itu Emas!
1.4.4.1 Aktiviti ini telah dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap
rendah dan tahap tinggi.
1.4.4.2 Tahap rendah mengandungi ayat yang mudah, manakala tahap
tinggi mengandungi ayat yang lebih sukar.
1.4.4.3 Murid dikehendaki habis membaca semua ayat tahap rendah
dengan betul dan cepat dalam masa 10 saat.
1.4.4.4 Jika murid dapat membaca semua ayat dengan betul dalam
masa 10 saat, maka murid boleh meneruskan aktiviti dengan
ayat tahap tinggi.
1.4.4.5 Masa dan markah akan diambil oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai