Anda di halaman 1dari 12

Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan

1.0 Pengenalan
Menurut Prof. Dr Muhammad Naquib1[1] beliau telah mendefinisikan pendidikan
sebagai menanam sesuatu kedalam diri manusia. Pendidikan di Malaysia merupakan satu
medan yang amat penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Malah melalui pendidikan juga, matlamat perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai.
Oleh yang demikian maka wujudlah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disusun bagi matlamat-
matlamat tertentu dalam membina sebuah negara maju. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
diwujudkan atas dasar kesedaran para pemimpin serta rakyat tentang kepentingan sistem
pendidikan bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah2[2]. Atas kesedaran ini maka lahirlah
Dasar Kebangsaan Malaysia melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan
Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang telah
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.
Pada tahun 1974 sebuah jawatankuasa telah diwujudkan bagi mengkaji semula dasar pendidikan
bertujuan memperbaiki kelemahannya serta mencapai matlamat bagi membaiki tujuan serta
matlamat dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil daripada kajian tersebut
telah diterbitkan pada tahun 1979.
Antara objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bagi menubuhkan satu sistem
pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya,
sosial, politik dan ekonomi. Selain itu juga ia turut bertujuan menyatupadukan kanak-kanak
sekolah berbilang kaum dan memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangkamasa
panjang dan pendek serta melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Kemudian diasaskan pula Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menekankan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai

1[1] Merupakan ahli falsafah islam Malaysia, mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya
agama, budaya, kesasteraan dan penyumbang dalam menghasilkan karya dalam menyuntik semangat
nasionalisme.
2[2] Sistem pendidikan penjajah melaksanakan sistem pendidikan inggeris. Dasar ini juga menyekat
pendidikan orang melayu bagi menjaga kedudukan inggeris.
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Pelbagai strategi pelaksanaan yang telah dilaksanakan dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan antaranya menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama,
mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah,
mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah, serta melicinkan tatacara
pengurusan pendidikan dan banyak lagi.
2.0 Ulasan dan Analisis
Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Cabaran,Perubahan Dasar3[3] Pendidikan oleh
Tan Sri Alimuddin Mohd.Dom4[4] menyatakan bahawa perkembangan bidang pendidikan
merupakan antara faktor perkembangan pelbagai bidang terutamanya bidang politik, ekonomi
dan sosial pada abad ke 21 di seluruh dunia sama ada di negara maju mahupun negara yang
sedang membangun seperti Malaysia. Pendidikan pada hari ini semakin mencabar dan juga harus
mempunyai nilai kreatif dan inovatif bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran tinggi
dalam pelbagai bidang. Menurut beliau lagi, pendidikan pada hari ini bukan lagi berkisar tentang
pengetahuan asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis malah ia lebih menjurus kepada
melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pelbagai kemahiran bagi menghadapi
dunia yang penuh cabaran. Malah beliau berpendapat bahawa pendidikan pada hari ini harus
bersifat holistik dan dinamik agar ianya berubah mengikut keperluan semasa.
Bagi mengulas kenyataan beliau tentang dasar pendidikan hari ini, kerajaan sering
melakukan kajian serta penyelidikan dari semasa ke semasa agar dunia pendidikan negara kita
tidak ketinggalan dalam mengahadapi cabaran masa kini. Buktinya dalam tahun 1950 an dan
awal 1960 dan 1970 an, dasar dan sistem pendidikan telah memberi tumpuan terhadap aspek
pembangunan kuatitatif dan pensejagatan pendidikan (universalization of education) dalam
membangunkan prasarana dan insfrastruktur fizikal. Dapat kita lihat pada ketika ini dasar
pendidikan telah diletakkan pada asas yang kukuh. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan pada masa itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor-faktor yang dicetuskan
daripada sistem pendidikan itu sendiri dan juga faktor-faktor luaran seperti faktor-faktor
ekonomi, budaya, sosial, agama, politik dan sebagainya. Perubahan-perubahan yang berlaku ini

3[3] Lihat lampiran
4[4] Bekas Ketua Pengarah Pelajaran
dikawal oleh tiga undang-undang utama dalam sistem pendidikan iaitu Akta Pelajaran 1961,
Essential (Higher Education) Regulation 1969 dan Akta Universiti dan Kolej 1971. Ini
menunjukkan bahawa kerajaan kita pada hari itu telah bersedia dalam menghadapi cabaran
menghadapi zaman baru.5[5]
Misi dan hala tuju pendidikan negara menjadi semakin pesat setelah terbentuknya
wawasan 2020.6[6] Dalam masa yang sama, pada ketika itu negara kita sedang mengalami
proses transformasi pembangunan yang dinamik dalam pelbagai aspek kehidupan akibat
perubahan serta peningkatan proses globalisasi dunia dalam bidang ekonomi dan perdagangan
antarabangsa. Hal ini menyebabkan Malaysia turut terjebak dalam arus permodenan dan
globalisasi terutamanya dalam revolusi sains dan teknologi. Oleh yang demikian ianya telah
menyebabkan wujudnya persekitaran yang mencabar dalam persekitaran pembangunan negara.
Hal ini juga turut menimbulkan tuntutan-tuntutan baru dalam pendidikan negara khususnya bagi
melahirkan sumber tenaga kerja dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Dengan
berasaskan falsafah pendidikan negara dan sembilan strategi dalam wawasan 2020 kerajaan
Malaysia telah berusaha mencapai hala tuju pendidikan masa hadapan yang dibentangkan dalam
bentuk penyataan misi Kementerian pendidikan pada tahun 1995.
Menurut Dato Seri Mohd Najid Tun Abdul Razak pendidikan bertaraf dunia bermaksud
usaha-usaha strategik dalam menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira
dimana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran. Ia juga dikatakan berusaha mengetahui
apa yang kita belum pelajari. Selain itu juga beliau turut menyatakan bahawa aspirasi dan cita-
cita negara kita adalah untuk melangkah jauh ke hadapan sebuah negara industri yang maju7[7].
Dapat kita lihat disini bahawa pada ketika itu, kerajaan telah membina dasar-dasar serta pelbagai
strategi bagi membawa masyarakat menuju serta bersaing pada zaman globalisasi. Ini
menunjukkan bahawa pihak kementerian telah mewujudkan prasarana-prasarana yang berkesan
dan efektif dalam menjadikan wawasan ini sebagai satu kejayaan.

5[5] Hussein Haji Ahmad, Dasar Kecemerlangan pendidikan Negara : Cabaran Kriteria dan Strategi 7-P,
6[6] Merupakan visi strategic Negara bagi mencapai Negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
7[7] Ucapan Dato Seri Najib ketika membentangkan rang undang-undang pendidikan 1995 ketika beliau
menjadi menteri pendidikan.
Selain itu juga, pelbagai rang undang-undang dibentuk dalam menghadapi cabaran abad
ke 21 ini. Atas kesedaran awal pihak kementeriaan, terdapat pelbagai undang-undang dan akta-
akta yang digunakan bagi mencapai matlamat ini antaranya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi
Pendidikan Swasta, Akta Universiti dan Kolej Universiti,, Akta Majlis Pendidikan Tinggi negara
1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996, serta Akta Pembiayaan Pendidikan Tinggi
Negara19978[8]. Undang-undang yang diwujudkan ini bukan sahaja mampu memberi panduan
kepada sektor pendidikan negara malah ia turut membantu kerajaan dalam melahirkan
masyarakat yang berpendidikan serta memenuhi sember guna tenaga bukan sahaja dari segi
kuantiti malah mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah antara bukti yang ditunjukkan oleh
pihak kerajaan bahawa sistem pendidikan negara sentiasa dinamik dan holistik berdasarkan
peredaran zaman berdasarkan perubahan dan pindaan dalam dasar pendidikan itu sendiri.
Selain itu juga, Tan sri Alimuddin Mohd Dom turut menyatakan bahawa masyarakat
dunia pada abad ke 21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai knowledge edge
atau digelar juga sebagai K-ekonomi. Zaman k-ekonomi ini telah memberi peluang kepada
masyarakat untuk mempelajari pelbagai bidang serta ilmu baru terutamanya ilmu tentang
penggunaan ICT dan teknologi maklumat. Dengan adanya perubahan ini, dunia kini sangat
bergantung akan penggunaan teknologi maklumat dan ICT. Penguasaan terhadap teknologi
maklumat ini amat penting agar masyarakat serta negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding
negara maju yang lain seperti Amerika dan Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan
perkembangan zaman matlumat ini, ia telah memberi ruang kepada kita untuk memperolehi
pengetahuan secara mudah dan cepat. Selain itu juga, ia turut memberi peluang kepada kita
mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi melalui kemahiran teknologi ini serta
memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikan sepanjang hayat. Segalanya hanya
terletak di hujung jari sahaja.
Selaras dengan apa yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin, pentingnya pengetahuan
baru ini kerana pengetahuan baru ini menekankan bahawa pentingnya matlumat, kretiviti dan
inovasi dalam memberikan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Kini kerajaan telah
mengambil langkah sejak awal lagi bagi memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang
kepentingan teknologi. Oleh yang demikian sistem pendidikan dan R&D yang mantap sangat

8[8] Hussein Haji Ahmad Matlamat pendidikan bertaraf dunia, Dasar Pendidikan Progresif ms47
diperlukan dalam menganangi isu globalisasi dan ICT. Kerajaan juga harus memberi peruntukan
dalam penyelidikan dan pembangunan supaya pelbagai lagi hasil, kaedah serta teknologi yang
baru dalam bidang pendidikan agar bidang pendidikan negara kita setanding dengan negara maju
yang lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan pendidikan
(PIPP)9[9] 2006-2010 yang merupakan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara

9[9] Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah 2006-2010 telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP merupakan satu dokumen perancangan
pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprenhensif dan menyeluruh



Bibliografi

Dasar-dasar pembangunan Malaysia (2007), Kuala Lumpur : Institut takbiran awam negara
(INTAN)
Isu-isu ICT dan pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP), diperoleh daripada
http://www.scribd.com/doc/20373000/Isu-ICT-Dan-Pelam-Induk-Pembangunan-
Pendidikan-PIPP
Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011), Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran dan
pelaksanaan kearah perpaduan nasional. Diperoleh daripada
http://pdfsearchpro.com/sistem-pendidikan-di-malaysia-dasar-cabaran-dan- pelaksanaan-
ke-pdf.html
Hj Mohd Radzi Abd Jabar, Taklimat perkembangan baru pendidikan 2010-2012 untuk
pengetua dan guru besar negeri Perak darul ridzuan, bahagian II : Perkembangan
baru PIPP. Diperoleh daripada http//:PelajaranPerak.Gov.my/v2/modules/maastop_
publish/ files/files_4b2eceb0098d3.pdf
Hussein Haji Ahmad (2002), Dasar kecemerlangan pendidikan negara : Cabaran kriteria dan strategi
7-P, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd
Pelan strategik pengajian tinggi negara, Bab 2 : Kerangka pelan strategik, diperoleh daripada
http://www.mohe.gov.my/transformasi/images/Bab2.pdf
menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMK-9. Kerajaan telah memperuntukkan
RM23.198 bilion dibawah peruntukkan pembangunan pendidikan yang dirangka bagi
memajukan bidang pendidikan. Dalam jumlah ini, pihak KPM juga berperanan dalam
memajukan bidang teknologi malumat dan Komunikasi (ICT). Bagi memberi penekanan dalam
bidang ini bagi menghadapi zaman K-Ekonomi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mewujudkan Program Pembangunan Pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang
berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Dalam teras ke 4 strategik
PIPP, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan aspek merapatkan jurang
pendidikan. Dalam aspek ini, kerajaan telah berusaha merapatkan jurang digital iaitu
membangunkan insfrastruktur dan kemudahan di luar bandar seperti makmal komputer, pusat
akses, pembestarian sekolah luar bandar, menambahbaik TV pendidikan dan banyak lagi. Hal ini
adalah bertujuan untuk merapatkan jurang ICT mahupun digital antara kawasan bandar dan luar
bandar supaya masyarakat luar bandar dapat menikmati pendidikan yang berasaskan teknologi
maklumat seperti di kawasan bandar. Hal ini juga dapat menyeragamkan sistem pendidikan di
sekolah bagi menghadapi zaman globalisasi seperti yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin.
Melalui PIPP ini kerajaan telah membekalkan komputer ke sekolah-sekolah dan
menyediakan pelbagai program latihan dalam bidang perkomputeran untuk guru-guru khususnya
bagi kawasan luar bandar agar para guru dapat menguasai bidang ICT. Penguasaan bidang ICT
amat penting bagi guru-guru kerana melalui guru-guru inilah sistem pendidikan yang berteraskan
teknologi maklumat dapat dicapai.Ada guru yang menerima penggunaan komputer dalam
pembelajaran mereka namun ada juga guru-guru yang enggan menerima dengan pelbagai alasan.
Masalah mula timbul apabila sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat
dalam sektor pendidikan menolak penggunaan ICT ini kerana tidak mahu mencuba dan kurang

Ramlee Mustapha & Ramziah Husin (2002), Jurnal teknologi : Perancangan pendidikan untuk
pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan k-ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia
Siew Heng Loke (2002), Dasar-dasar penting bagi pembangunan pendidikan sains ke arah
pembinaan negara maju, , Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd
Sufean Hussin (2002), Dasar pendidikan progresif : perspektif makro dan mikro, Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distributers sdn bhd
Yusof Ismail (2010), Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur : Perpustakaan negara
Malaysia
pengalaman serta pendedahan menyebabkan mereka kurang berminat dalam penggunaan
teknologi maklumat. Namun, kini dengan adanya pelbagai dasar yang telah ditetapkan oleh
kerajaan kini, sudah pasti para guru telahpun menggunakan ICT bukan sahaja dalam pengajaran
dan pembelajaran tetapi juga dalam pengurusan.
Dalam pengurusan prasarana pula, KPM telah membangunkan insfrastuktur dan
pembangunan luar bandar dengan menyediakan makmal komputer dan pusat akses Projek
School Net yang melibatkan penyediaan capaian jalur lebar yang melibatkan sebanyak 10,000
buah sekolah di seluruh negara. Prasarana School net menyediakan kemudahan pembelajaran
tanpa sempadan yang bertujuan untuk menyediakan insfrastruktur komunikasi bagi
melaksanakan program sekolah bestari. Selain itu juga ia turut mewujudkan pendidikan interaktif
yang turut mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan K-Ekonomi. Kemahiran dalam
bidang ICT ini mampu membangunkan keupayaan masyarakat serta mampu menyediakan tenaga
kerja yang berkemahiran sejajar dengan wawasan 2020.
Dengan adanya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini menunjukkan bahawa
kementerian pendidikan malaysia berusaha keras dalam membangunkan bidang ICT seterusnya
memberi pendedahan dalam penggunaan ICT kepada masyarakat dan pelajar bukan sahaja di
kawasan bandar malah kawasan bandar. walaupun terpaksa menggunakan perbelanjaan yang
besar, pihak kerajaaan terus menerus memperkembangkan penggunaan ICT dan teknologi-
teknologi baru bagi memastikan bahawa negara kita tidak ketinggalan bukan sahaja pendidikan
tetapi bidang-bidang lain. Pandangan Tan Sri Alimuddin yang menyatakan bahawa negara yang
mengabaikan penggunaan ICT akan terus mundur dan ketinggalan dalam persaingan peringkat
global berbanding negara yang menggunakan bidang ICT dalam memacu pembangunan negara.
Penggunaan ICT yang meluas di negara kita mampu melahirkan lebih individu yang mampu
bersaing dalam zaman K-Ekonomi.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang peranan pendidikan dalam pembinaan
negara bangsa. Selepas kemerdekaan negara kita, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah bagi
memupuk perpaduan antara kaum seterusnya berusaha dalam pembinaan negara bangsa. Hingga
kini kerajaan masih lagi menekankan aspek pembinaan negara bangsa. Ini dapat dibuktikan
apabila kerajaan meletakkan aspek pembinaan negara bangsa sebagai teras pertama dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Malah, kerjaan berhasrat untuk melahirkan serta
membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal dan cintakan negara
serta menyanjung dan menjunjung warisan kesenian bangsa. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan
telah menggunakan pelbagai idea serta langkah dalam membentuk pembinaan negara bangsa
antaranya memperkasakan bahasa melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan
rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum
dan sukan bagi membina jatidiri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan
pelajar.
Dalam taklimat perkembangan pendidikan baru 2010-2011, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah melakukan penambahbaikan dalam teras pembinaan negara
bangsa. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah menerapkan konsep satu Malaysia dalam
aktiviti pendidikan kearah pemantapan perpaduan dalam kalangan pelajar. Selain itu juga
kerajaan juga turut memberikan fokus terhadap memartabatkan bahasa melayu dan seterusnya
memperkasakan bahasa inggeris. Seterusnya bagi membentuk perpaduan juga, kerajaan turut
menentuka kouta penentuan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum. Dalam
memastikan kejayaan teras pembinaan negara bangsa ini, kerajaan turut memastikan bahawa
sekolah-sekolah swasta di seluruh malaysia turut terlibat dengan teras pembinaan negara bangsa
ini. Selain itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri juga harus terlibat dengan penerapan
pembentukan negara bangsa melalui penerapan konsep satu malaysia di peringkat pentadbiran
sama ada di sekolah mahupun di peringkat jabatan pendidikan itu sendiri. Berdasarkan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan dan Taklimat Perkembangan Baru Pendidikan 2010-2012
jelaslah bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidakpernah mengabaikan aspek
pembinaan negara bangsa bagi mewujudkan masyarakat yang pentingkan perpaduan seterusnya
mewujudkan negara yang aman walaupun berbilang kaum.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang dasar-dasar baru yang dilakukan oleh
kerajaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahan dan cabaran baru di
peringkat glokal. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteri pelajaran Tan Sri
Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagi meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu
menarik minat pelajar-pelajar. Transformasi kurikulum ini juga bertujuan untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan.
Oleh yang demikian aspek penerokaan ilmu harus diberi penekanan dengan lebih banyak
tumpuan terhadap bilik darjah dan pelajar itu sendiri.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, proses pembelajaran ini lebih mementingkan
interaksi diantara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap membantu percambahan idea yang
kreatif dan inovatif. Tambah beliau lagi budaya kreativiti dan inovasi juga boleh dipupuk
melalui bengkel, seminar dan pertandingan. Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif dan inovatif ini adalah bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek
budaya berfikir dan penjanaan ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan
pendidikan sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi
sumbangan kepada diri dan masyarakat. Namun begitu, bagi memastikan Transformasi
kurikulum ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan terdapat pelbagai kekangan dan
cabaran yang harus dihadapi oleh pihak kementerian bagi memastikan transformasi ini berjalan
dengan lancar.
Antara kekangan yang dapat kita kenalpasti ialah daripada guru itu sendiri.
Sejauhmanakah penerimaan guru-guru terhadap dasar baru yang diperkenalkan ini? sudah pasti
ada guru-guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. hal ini sedikit
sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat
penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Sesetengah
daripada guru-guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan
pelbagai alasan. Selain itu juga, kekangan daripada segi ruang dan waktu juga menjadikan
transformasi ke arah kurikulum dan kokurikulum kurang berkesan. Masalah ini timbul bagi
sekolah yang mempunyai dua sesi yang menghadapi kekangan ruang untuk melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran terancang luar kelas. Kekangan ruang dan masa memerlukan
kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership. Selain itu
juga, kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran sudah tentu menjadi asas kepada kekangan
terhadap dasar baru ini. Tanpa tenaga pengajar yang mahir, sudah pasti ianya tidak dapat
dilaksankan dengan berkesan.
Terdapat banyak lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kementerian pelajaran
malaysia. Kejayaan kebanyakan transformasi kurikulum banyak bergantung kepada pemimpin
sekolah seterusnya melibatkan pelbagai organisasi dalam melakukan analisis, penilaian,
merancang dan membuat keputusan seterusnya melaksanakan program kurikulum baru.
Kecekapan pemimpin dalam mengusahakan penglibatan organisasi dalam proses transformasi ini
akan mewujudkan suasan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Dalam pendidikan itu
sendiri pengurusan yang lebih inovatif, imaginatif dan kreatif diperlukan untuk menghadapi
zaman pendidikan dan dunia yang semakin mencabar.
Pihak kerajaan pada hari ini juga turut melakukan beberapa dasar lain bagi menghadapi
era globalisasi ini. Menurut Tan Sri Alimuddin antara dasar yang telah diperkenalkan adalah
satu pelajar satu sukan yang bertujuan meningkatkan minat dan keupayaan dalam bidang
permainan dan sukan agar lebih cergas dan aktif. Selain itu ialah dasar memartabatkan bahasa
melayu dan memperkasakan bahasa inggeris juga merupakan satu dasar yang bertujuan untuk
mengembalikan semula peranan utama bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa inggeris. Menurut beliau lagi, dasar
menghadkan 12 matapelajaran sahaja dalam peperiksaan SPM dan menambahbaik peperiksaan
UPSR dan PMR merupakan satu langkah bagi meningkatkan mutu pendidikan. Satu lagi dasar
yang sinonim dengan pendidikan kini ialah mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai
matapelajaran wajib lulus yang akan bermula pada tahun 2013. Ianya bertujuan untuk meyemai
semangat patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Dasar-dasar yang dilakukan ini merupakan pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan
serta kementerian pendidikan malaysia bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai daya saing
yang tinggi serta mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan tenaga kerja yang
mempunyai pelbagai kemahiran serta tidak gentar dalam menghadapi apa jua cabaran. Ia
merupakan satu langkah kerajaan dalam menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan bahawa negara akan bertambah maju sekiranya
penduduk menguasai kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam
semua urusan. Seterusnya beliau turut menyatakan bahawa zaman k-ekonomi merupakan
perubahan global dan cabaran baru ini perlu ditangani melalui perubahan-perubahan dasar-dasar
pendidikan. Bukan itu sahaja, penguasaan terhadap ilmu sains juga merupakan satu bidang yang
penting bagi menuju zaman k-ekonomi. Bidang sains dan teknologi dikenali sebagai daya utama
bagi pembangunan ekonomi negara-negara perindustrian. Oleh yang demikian pendidikan sains
sejagat harus dipandang sebagai proses yang dinamik dan harus berkembang seiring dengan
pendidikan di negara kita. Proses sains harus bergerang dan bergiat dengan aktif dalam reformasi
dan transformasi pendidikan negara agar ia mampu memenuhi kehendak individu, negara dan
glokal.
Oleh yang demikian pihak kerajaan turut mewujudkan dasar sains dan teknologi. Selain
itu juga, pihak kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi universiti-universiti di negara kita
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang bioteknologi. Terdapat
beberapa institusi IPTA yang sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang bioteknologi
seperti UM, UKM,USM dan UPM yang akan terus mendokong usaha kerajaan dalam dasar
bioteknologi kebangsaan bagi membangunkan dasar kondusif bioteknologi negara. IPTA yang
merupakan pengguna dana terbesar R&D negara pasti mampu melahirkan siswazah dalam
pelbagai bidang perkhususan dan peringkat bagi memenuhi permintaan institusi penyelidikan
dan industri bioteknologi. Tambahan pula perkembangan bioteknologi negara kita semakin
mantap dan banyak hasil yang telah diperolehi daripada R&D itu sendiri. Walaupun Tan Sri
Alimuddin hanya memberi penekanan kepada bidang ICT namun seharusnya bidang sains ini
tidak harus dipandang ringan. Oleh yang demikian seharusnya bidang sains ini harus diberi
pendedahan dan keutamaan semenjak bangku persekolahan lagi bagi melahirkan masyarakat
yang berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi ini.




3.0 Rumusan
Sebagai menteri pendidikan Dato seri Muhyiddin Yassin telah memberi beberapa saranan
dalam menentukan hala tuju pendidikan negara antaranya mewujudkan masyarakat yang
berpengetahuan, berketerampilan dan mempunyai jati diri, progresif kreatif dan inovatif,
melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurang-kurang tiga quotient iaitu intelectual
quotient (IQ), emotional quotient (EQ) dan spiritual quotient (SQ), merapatkan jurang
pendidikan bandar dan luar bandar selaras dengan pendidikan untuk semua yang disasarkan oleh
UNESCO, menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dalam kalangan generasi muda di
sekolah dan banyak lagi. Hala tuju ini penting dalam memberi panduan kepada sistem
pendidikan yang kian mancabar pada hari ini.
Pandangan Tan Sri Alimuddin tidak harus dipandang ringan. Tambahan pula beliau
merupakan seorang yang sangat berpengalam dalam bidang pendidikan. Namun begitu masih
banyak bidang yang harus diberi penekanan bagi melahirkan masyarakat berkualiti dan berdaya
saing. Walaubagaimanapun pihak kementerian tidak harus memandang ringan aspek agama dan
juga nilai murni dalam pendidikan. Perkara tersebut haruslah diterap seawal yang mungkin
dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian pihak kementerian harus mencari jalan
penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar sekolah yang kian meruncing
pada hari ini. Dengan adanya pendedahan daripada semua aspek ditambah pula pelajar-pelajar
mempunyai nilai murni yang tinggi maka ia sudah cukup untuk melengkapkan diri, masyarakat
dan negara dalam menghadapi abad ke 21 yang kian mencabar ini.