Anda di halaman 1dari 14

PENDIDIKAN PERGERAKAN

Apakah pendidikan pergerakan ?



Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Oleh
kerana pendedahan mengenainya tidak begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan
jasmani sekolah menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja.
Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti berjalan, berlari,
melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi
beberapa pergerakan asas ini.



Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar mereka mempunyai
kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia
juga bertujuan membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-pergerakan dengan
tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan.
Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung antara satu sama lain
terutamanya dalam proses mencipta satu rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan
menarik. Faktor-faktor tersebut ialah Kesearan Tubuh Badan, Kawalan Berat Badan, Masa dan
Aliran.
Terdapat 8 daya asas dalam pendidikan pergerakan iaitu daya sentakan (flick), daya memedap
(dab), daya berapung (float), daya meluncur (glide), daya menolak (thrust), daya menekan
(press), daya mengelar (slash) dan daya memerah (wring).

Pergerakan Kreatif

Pergerakan Kreatif ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara
simbolik melalui pergerakan. Ia memberi keutamaan kepada keempat-empat unsur asas
pengenalan iaitu ruang, rasa, tubuh badan dan tenaga.
Keempat-empat unsur ini merupakan perbendaharaan pergerakan untuk memeudahkan remaja
berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan
pengucapan melalui pergerakan.

Objektif utama pendidikan pergerakan kreatif ialah :

1. Memberi pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan daya cipta kreatif
2. Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh
badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.
3. Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu serta semangat berkumpulan
dalam pergerakan
4. Memperkembangkan imaginasi pergerakan
5. Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif
6. Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu daya, masa dan ruang.
7. Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif terhadap rangsangan bunyi
(muzik, suara) dan visual (design)

1
KONSEP PERGERAKAN ASAS.DEFINISI
Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang ituakan
menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut.Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang
memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan
masalah dan improvisasi dengan menekankankebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti.Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk
bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan
kreatif dan gimnastik.Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor,
bukanlokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-
aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.

Konsep Pergerakan Asas.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :
1.Kesedaran ruang.
2.Kesedaran tubuh badan.
3.Beban .
4.Ruang.
I.Kesedaran ruang

Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.
-Lokasi - ruang diri dan ruang am.
-Arah - ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )
-Laluan - lurus , melengkung , zig - zag.
-Ekstensi - ( besar - kecil ) , ( jauh - dekat )Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia
juga dapat mengesantempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan

2
II.Kesedaran Tubuh Badan.
Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :
-Gerak laku asas tubuh.
-Aktiviti gerak laku anggota anggota tubuh.
-Aktiviti serta bentuk bentuk tubuh badan.Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian
tubuh badan memfokuskanfungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta
membimbing danmemikul berta badan.

III. Beban
Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akankekuatan. Antaranya.
-Masa : cepat - lambat.
-Daya : kuat - ringan.
-Aliran : bebas - terikat.

IV. Perhubungan.
Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;
1.Objek : atas - bawah, dekat - jauh, keliling - sisi, bertemu berpisah
2.Manusia. Memimpin - ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.

3

JENIS -JENIS PERGERAKAN ASAS.
Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.
1.Pergerakan Kreatif
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan -gerakan fizikal
anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan
untuk membantu kanak-kanak menyelesakan masalah danmelahirkan perasaan masing-masing (
expression functional ).

Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan asas Bagi mempertingkatkan potensi
kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea, perasaan serta
tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan


4

2.Pergerakan gimnastik
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang,malah ia
memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedarankinestetik seperti hambur
tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagikepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan
koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebutmemainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik.
Dalam erti kata lain,ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu
yangingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik.

I.Konsep Imbangan
Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama ratadi kedua-dua belah
paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduanunsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan
juga boleh difahami sebagaikebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada
dalamkeadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbanganialah seperti,
aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat sertameluncur yang merupakan antara
lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contohlain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan
lurus dan juga berjalan diatas bangku gimnastik.

II.Konsep Kelenturan ( flexibility )
Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya.
Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. MenurutSafrit & Wood (1995), kelenturan boleh
didefinisikan sebagai julat pergerakansesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun
ekstensi ke fleksi.Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan
untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan.Gerakan
ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakangdisebut (retro) fleksi / ekstensi.
Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson
(1986), kebolehan anggotadan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan
pada bahagian artikulasi dan penyambung otot.

III.Konsep Koordinasi
Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasanantara mata, tangan,
kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistemdan organ serta penting supaya setiap anggota
badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar
atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badanuntuk melambung
dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiridaripada koordinasi kimia dan juga koordinasi
saraf.Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal olehhormon dan
kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yangmengawal aktiviti badan dan dihasilkan
oleh bahagian badan yang disebut sebagaikelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa
duktus kerana iamembebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.Terdiri daripada enam jenis
kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti
hormon ini tidak seimbang ia akanmencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang
dikeluarkandari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Denganini, secara
tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti




















1.0 PENGENALAN
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak.
Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada
pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya
mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah
kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan
lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar
kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya.

2.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR
Antara objektif pergerekan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada
guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.
membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan,
memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang
kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat
perancangan dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai
seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan
menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran motor dengan cara
yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat
aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin
harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan
menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin
melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

3.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR
Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi
pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru
pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan
bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam
pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran
yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor
dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan
kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal
guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran
pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak,
mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-
elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-
kanak.

4.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia
berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang
menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut
bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan
oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.
Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut
pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip,
merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula
dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada
pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh,
melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar
(menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk
menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga
merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada
pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula,
pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah,
melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar
(menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam
tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah
seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak,
manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.
Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti
melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan
ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti
sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi
idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan
kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan
kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.

5.0 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

5.1 Melompat
Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan
melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.

5.2 Lompat Skip
Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting
ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama.
Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak
pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli.

5.3 Lompat Galop
Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului
pergerakan secara cepat.

5.4 Melantun
Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak
ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh
permainan bola tampar.

5.5 Melungsur
Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan
sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki
yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.

6.0 DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih
tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong
pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh
badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah
pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya
melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau
besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor
merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut,
tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan
tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan
bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti
melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak
menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu
kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak
bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing,
menghayun, berbuai buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya.

7.0 CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

7.1 Menghayun
Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap.
Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan,
tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke
kanan ataupun dari depan ke belakang

7.2 Membengkok
Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan

7.3 Memusing
Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan
duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar
memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

7.4 Mendekam
Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat
dan dekam dengan tangan menyentuh lantai

7.5 Menyokong
Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat
beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut,
sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki,
sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta
sorong dan sebagainya.

7.6 Membengkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian
badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan
bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari
tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang
menghubungkan lengan atas dan bahu.

7.7 Meregang
Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud
pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi
pula ialah renyangan melebihi 180.

7.8 Mengilas
Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu
tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak.
Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa
menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai
contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

7.9 Memusing
Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing,
dasar menyokong berubah tempat.

7.10 Menolak dan Menarik
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari
badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan
dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau
merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

7.11 Rebah
Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan
perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan
cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara
berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

7.12 Bangkit
Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk
mengatasi tarikan pusat bumi.

7.13 Melantun
Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan
secara beritma pantas dan berterusan.
Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18
pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di
atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan
dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta
membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.

8.0 NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak
tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan
dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor
bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif
dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan
bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu,
gembira dan banyak lagi.

8.1 Kerjasama
Menurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-
menolong atau gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan
sebagainya dengan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau
sumbangan pelbagai rupa yang bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi
dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan
asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk
menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid. Ini kerana pendidikan pergerakan asas
boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid akan membuat satu-satu
aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan dan
aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan
dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

8.2 Keberanian
Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan,
keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan.
Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai
keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-
murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil
kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti
melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri
mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka
berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan
mereka sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan
kawan-kawan yang lain.

8.3 Semangat Berpasukan
Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara
berkumpulan (Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga
dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat
disemai dalam kerja yang dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid
melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti
berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan
semangat berpasukan antara satu sama lain.

8.4 Berdisiplin
Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib
(peraturan, undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan
dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap
pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk
berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan
syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti
peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin
kerana terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak
langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid.

8.5 Gembira
Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga
boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu
aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang
gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan
aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam
mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam sesuatu aktiviti serta
aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidak bosan dan berasa
gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang
demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

9.0 PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang akan
berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan seperti
berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian
tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah.
Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti melambung,
membaling dan melayang.
Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor kasar
melalui pergerakan seperti melompat dan berlari.
Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.
Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing
putar.
Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal ini
kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang yang
digunakan adalah besar.
Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku
hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini memerlukan
ruang tetapi hanya sedikit sahaja.

10.0 KESIMPULAN
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia
melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan
tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada
kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat
mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan
kanak-kanak terutama di prasekolah.



3.2) Pergerakan bukan lokomotor
3.2.1 Definisi

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakakan tubuh badan tanpa beralih
tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan
perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam
kedudukan yang sama dan tidak berubah ke tempat lain contohnya aktiviti regangan badan,
membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting
dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam
sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.

3.2.2 Konsep pergerakan
Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan membantu kita
menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam
keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang
tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan
banyak dan lebih kepada pergerakan halus-ringan.

3.2.3 Contoh-contoh pergerakan bukan lokomotor

1. Twist
Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu menjadi lebih
kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist dengan memainkan muzik yang
rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih seronok. Selain itu, kanak-kanak juga
boleh melakukan twist dengan menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan
dimasukan dan diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan
gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi gelung rotan itu
adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal keseimbangan gelung rotan daripada
terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu pertandingan melakukan twist dikalangan kanak-
kanak. Faedah dari aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang.

2. Imbangan Y
Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak berdiri
statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y. Selain itu, ia juga dapat
mengajar kanak-kanak tentang huruf Y.

3. Menarik tangan pasangan
Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan kanak-kanak
bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi keseronokan kanak-kanak
kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam
aktiviti ini kanak-kanak perlu berkerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-kanak perlu
memegang tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiri
statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara untuk berkerjasama dan bertolak-ansur dengan
pasangan.

4. Meregang dan mengendur
Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur pula
dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada dikalangan kanak-kanak yang tidak tahu
melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak tentang
pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-kanak perlu berdiri statik pada peringkat
permulaan. Selepas itu, secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil
atau merapatkan badan dalam keadaan mencangkung atau badan kanak-kanak menjadi k,
kemudian meregang seperti melompat bintang.

5. Imbangan satu tapak
Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat melakukan aktiviti
dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan berdiri setempat. Kedua, tangan
kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri mencapai kaki kiri kemudian mebuat
imbangan satu tapak sokongan dilakukan.

6. Memutar gelung di tangan
Kanak-kanak pada unur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerak dan memusingkan
kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya membuatkan mereka terbang di
awangan atau berenang sambil kedua belah tangan bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan
memberikan gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak denagn meletakkannya di tangan mereka.
Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan
sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu
lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah
tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot tangan.

7. Melambung bola
Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu kreatif dalam
mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak seperti
menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam dua cara. Pertama, melambung bola
sesuka hati sama ada pada arah belakang, depan,kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik.
Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari
awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar,
bola baling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak dapat
memperkembangkan koordinasi mata tangan.

8. Membongkok
Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdir secara bongkok. Ini
boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba sesuatu yang baru dan suka
bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti dengan membongkokkan badan ke bawah
menjadi 90 darjah dan secara perlahan-lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh
diaplikasikan dalam lakonan permainan nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu, kanak-kanak
dapat meningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok.

9. Memusing kepala
Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak perlu diajar
untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-lain. Ini adalah kerana
kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati akal dengan asyik melakukan
pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara melakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri
statik dan memusingkan kepala mengikut arah jam dan memusingkan semula mengikut arah
lawan jam. Daripada aktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep
arah jam. Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang konsep
kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikut konsep tersebut.

10. Mendekam
Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah dengan
mengunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam keadaan setempat.
Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.

Anda mungkin juga menyukai