Anda di halaman 1dari 9

TAJUK NOMBOR 9.

PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJARPELAJAR TERCICIR.
kpm
Lambing jata dan
PENGENALAN DAN PENGHARGAAN:
Terlebih dahului sebelum saya memulakan penulisan tajuk yang amat menarik ini .Saya
mengucapkan terima kasih atas semua bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah
RBT3101 Jabatan Reka Bentuk Dan Teknologi En. Suhaimy Bin Ahmad yang
sentiasa bersabar dan melayan persoalan yang dikemukakan.
Tidak lupa juga pada rakan-rakan ,isteri , Pusat Sumber, Sekolah , Pusat
Perkembangan Kurikulum , Institut-institut Latihan Kemahiran Awamdan yang lain
secara langsung atau tidak langsung.Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa
tuan-tuan dan puan-puan.
Syukur pada Allah S.W.T dengan izinnya dapat saya menyiapkan penulisan ini
walaupun pada mulanya terdapat kekangan masa bersama keluarga dan tugas-tugas
yang sediaada. Semuanya ini akan tercapai apabila melakukannya dengan ikhlas dan
bersemangat.Begitulah juga dengan tajuk yang diperkatakan ini. Masa hadapan pelajar
kita adalah tanggungjawab kita. Dalam zaman Tranformasi Pendidikan Negara istilah
tercicir tidak boleh lagi disebut.Saya akan terus memperbincangkan tajuk ini hingga
keakar umbi selagimana yang saya mampu.

OBJEKTIF UTAMA
Objektif utama dasar Pendidikan teknik dan vokasional adalah untuk melatih pelajarpelajar supaya berkemahiran dan standing dengan Negara luar. Sebab itulah pada
tahun 1906 Kerajaan memperkenalkan Pendidikan Teknik dan Vokasional.Tetapi pada
zaman itu untuk melatih juruteknik-juruteknik Jabatan Kerja Raya dan Keratapi Tanah
Melayu.Pada tahun 1946 sekolah ini dijadikan Maktab Teknik dan namanya telah dinaik
taraf menjadi IPG Teknik.

SEJARAH PTV(PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL)


Sejarah awal Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dilihat pada tahun 1926 hingga
tahun 1934 dimana empat buah sekolah teknik dibina untuk menempatkan pelajarpelajar yang tercicir dalam akademik.Tetapi pada masa itu hanya untuk kemahiran
Elektrik, Makanik dan kerja kayu sahaja.
Pada tahun 1941 hingga 1945 Jepun menyerang Tanah Melayu tidak ada apa apa
perubahan bagi pendidikan Teknik dan Vokasional Walaubagaimanapun, rancangan in i tidak
dapat dilaksanakan kerana jabatan pelajaran pada masa itu terlalu sibuk dalam pemulihan sekolahsekolah yang telah dirosakkansemasa pemerintahan Jepun. Hanya selepas negara ini mencapai
kemerdekaan padatahun 1957, usaha dan penekanan yang lebih diberikan terhadap perkembangan
pendidikan teknik dan vokasional. Titik tolak perkembangan ini bermula dengan pembentangan
penyata Razak 1956 dan diikuti kemudiannya dengan Laporan RahmanTalib. Dewasa ini,
pertambahan bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran amat membimbangkan pelbagai pihak.
Ini berlaku kepada penghujung tahun 50-an dan awaltahun 60-an, penggubal dasar mula mengakui
bahawa pendidikan dianggap satu agen dalam perkembangan ekonomi Negara.
Negara kita Malaysia mengorak langkah dengan melancarkan Tranformasi Pendidikan.Pelajar yang
kurang mahir dalam akademik deserapkan ke PTV atau dikenali sebagai PAV (Pendidikan Asas
Vokasional). Walaupun sisitem PAV baru dilaksanakan tetapi masih lagi kearah PTV.
Negara Jepun dan Korea melabur wang berbilion dollar untuk memastikan pelajarpelajar mesti menguasai kemahiran tinggi supaya ekonominya tetap teguh.Bertitik tolak
sinilah kerajaan merancang Pandang Ke Timur.PTV telah dipertanggungjawab untuk
merealisasikan sistem latihan dan kemahiran yang tidak berfokoskan
pepriksaan.Pendidikan Teknikal dan vokasionan dapat membantu pelajar yang tercicir dalam
pelajaran kepada perkembangan insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran serta dapat
melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan semasa negara menjadi sebuah Negara
perindustrian. Sekarang kita tidak lagi bimbang masalah murid tercicir dalam pelajaran

atau akademik kerana kerajaan telah menyediakan dengan secukupnya infrastruktur


dalam semua bentuk.

Gambar kemahiran teknikal

JAMINAN MASA HADAPAN PELAJAR TERCICIR


Setiap kanak-kanak atau pelajar atau sesiapa sahaja yang dilahirkan didunia ini
mahukan jaminan dan hak. Seperti hak mempunyai nama dan kewarganegaraan,hak
mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi, untuk tinggal dalam
komuniti yang aman damai, tubuh badan yang sihat, bantuan dari kerajaan dan yang
terpenting jaminan masa depan melalui pendidikan.
Rujukan book library privacy policy
Gambar kebebasan

Dalam menjamin masa depan pelajar yang tercicir Pendidikan Teknik dan Vokasional
dengan kerjasama Reka Bentuk Dan Teknologi dari semua pusat pengajian mestilah
memainkan peranan penting dan tidak bergantung kepada kerajaan atau Kementerian
Pelajaran. Antaranya syarikat swasta hendaklah mengiktiraf pelajar-pelajar lulusan
Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pihak swasta juga memberi laluan untuk
pengalaman latihan sebenar (On Job Tranning) tempat kerja pada pelajar dan menaja

pengajian peringkat tertinggi. Pihak swasta boleh juga mendidik pelajar mengikut acuan
sendiri dan mengambil bekerja selepas tamat Pengajian Teknik dan vokasional.

Gambar kilang proton

Sebuah buku karangan Haji Yahya Emat mengatakan ramai pelajar-pelajar jurusan
Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dihantar ke Jepun bagi mendalami lagi
kemahiran sedia ada dalam bidang masing-masing.Sebagai ibubapa yang berfikiran
positif janganlah memandang rendah pelajar-pelajar Teknik dan Vokasional malah
mereka jauh lebih berjaya dan hidup senang jika dibandingkan dengan pelajar
kelulusan sanis dan sebagainya.

Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah diserapkan dalam RekaBentuk dan
Teknologi dapat menjamin masa depan pelajar jika pelajar tersebut diberi peluang dan
ruang untuk mengasah bakat dan kemahiran.Ibubapa perlu sedar akan kesan terhadap
keciciran keatas diri pelajar dan juga Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia memang
sedar kejayaan bukan dapat dihasilkan dengan sekelip mata , semuanya itu
memerlukan komitmen daripada peringkat pengurusan , guru dan PIBG.
Dari peringkat sekolah rendah lagi semua pelajar telah diasuh dalam PVT dan RBT.
Semua murid diwajibkan belajar matapelajaran Kemahiran Hidup . Matapelajaran ini
adalah salah satu cabang dalam PVT dan RBT. Hinggakan pada tahun 2014 hingga
2016 semua murid akan diperkenalkan dengan asas RBT. Apabila keperingkat SPM
(Sijil Pelajaran Malaysia) akan memiliki sijil RBT yang melayakkan sembung belajar ke
peringkat tertinggi. Jika dibandingkan dengan Kemahiran Hidup.sekarang ini sukar
ketahap yang lebih tinggi. Sebabitulah semakan semula dibuat dengan didahului
KSSR(Kurikulum Standart Sekolah Rendah)

Apabila tamat mendudduki peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia .Kerajaan


telah menyediakan sisitem pendidikan bertaraf sijil atau diploma dan ijazah untuk yang
berminat dengan kemahiran Teknik dan Vokasional.

Gambar ilp danll

KRIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

Malaysia adalah salah sebuah Negara di dunia sistem pendidikannya bertaraf dunia.
Walaupun begitu masalah pendidikan di Malaysia asyik sahaja berubah. Apabila
berubah menteri berubahlah juga dasar dan sisitem.Seolah-olah pelajar menjadi
mangsa ujikaji. Memanglah kita akur perubahan dibuat demi untuk menambah baikkan,
tetapi tunggulah hasilnya dahulu sebelum perubahan dibuat secara mendadak. Contoh
terbaru Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan kembali menawarkan aliran vokasional
dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional secara berperingkat sehingga
tahun ini 2012. Belum lagi kita berbincang PPSMI atau KSSR. Tetapi inilah dasar
Transformasi Pendidikan. Kita sebagai warga pendidik mesti akur dan menurut perintah
supaya perancangan kerajaan berjalan lancar. Perlu diingat selepas tahun 2014 seluruh
Malaysia akan bermulanya RBT (Reka Bentuk dan Teknologi) dari Tahun 4 secara
berperingkat dan seterusnya ke sekolah menengah. RBT bukanlah matapelajaran baru,
cuma menggantikan matapelajaran Kemahiran Hidup. RBT nampaknya lebih baik
kerana diserapkan dengan TMK(Teknologi Maklumat Komputer). Sijilnya pula boleh
bergerak jauh keluar Negara.
Sekolah Menengah Vokasional yang sedang bergerak bersama RBT bertujuan
membela nasib pelajar-pelajar yang tercicir atau pelajar yang kurang dalam akademik.
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan bidang kejuruteraan sebab itulah banyak
Sekolah Menengah Vokasional diwujudkan kembali memandangkan ramai pelajar lebih
cenderong kearah kemahiran bagi meneruskan karier dan masa depan. Bidang PTV ini
perlu dilakukan secara drastik berikutan kebanyakan Negara lain seperti Indonesia lebih
maju bidang kemahiran walaupun kekurangan teknologi.PTV dan RBT memang
mendapat permintaan tinggi daripada industri.
Cadangan terbaru dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan sedang meneliti dari
semua aspik untuk menubuhkan KOLEJ VOKASIONAL DAN TEKNIK supaya dapat
mengeluarkan lulusan Diploma dalam bidang kemahiran berpotensi tinggi. Malah
cadangan jurusan penerbangan juga akan diperkenalkan dalam
PTV.Walaubagaimanapun untuk mencapai hasrat tersebut berbagai kekangan perlu
ditangani terlebih dahulu.

PELUANG-PELUANG KERJAYA MELALUI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama semua Institut Latihan Kemahiran
Awam dan Swasta, Pusat-pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah berusaha
membuka peluang untuk mengikuti kursus kemahiran yang bersesuaian dengan

kelulusan pelajar. Tidak ada satupun Institut Latihan yang tidak menerima pelajar
tercicir. Contohnya Pusat GIAT Mara syarat pengambilan hanya kelulusan Sekolah
Rendah dan berminat dalam kursus kemahiran yang dipilih. Intitut Latihan Kemahiran
Mara (IKM) , Insitut Latihan Perindustrian dan lain-lain menerima pelajar tercicir.
Masalahnya sekarang pelajar kita terlalu memilih kursus teknikal. Sepatutnya cuba
dahulu barulah Nampak peluang-peluang kerjaya.
Semua Intitut menyediakan khidmat pelajar. Disinilah pelatih-pelatih akan berurusan
setelah tamat tempoh pengajian.Mereka akan dibimbing hala-tuju setelah tamat latihan
Sekarang kerajaan menawarkan elaun kepada pelatih yang mengikuti kursus teknik dan
vokasional (Kemahiran), Asrama , Pengangkutan,Yuran dan sebagainya.Sebab itulah
seperti yang diperkatakan pada awal tadi Keciciran Di Malaysia sepatutnya sudah tidak
wujud .
Peluang untuk peljar-pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional sangatlah banyak
seperti :
a. Dalam Sektor Awam / Kerajaan
b. Dalam Sektor Swasta
c. Peluang Perniagaan
Sekarang mari kita lihat beberapa contoh peluang pekerjaan yang popular bagi
menjamin masa depan pelajar jurusan Teknikal dan Vokasional yang sering dimonopoli
oleh golongan pelajar tercicir.
Contoh 1.
Kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Bila disebut kejuteraan atau dipanggil Enginear bidang kerja sangat luas termasuklah
Jurutera Awam, Pembantu Jurutera Awam, Juruteknik Awam. Kita lihat satu bidang
tahap sederhana iaitu Juruteknik Awam. Bidang ini banyak dimonopoli oleh golongan
pelajar-pelajar tercicir semasa zaman persekolahan. Meraka telah Berjaya hingga
ketahap yang membanggakan semuanya bermula di PTV. Prospek kerja dalam
juruteknik amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat wawasan 2020. Jawatan
Juruteknik ini juga terdapat di sector awam seperti Jabatan Kerja Raya ,hospital,
Jabatan Bekalan Air atau Indah water.

Contoh 2. Kerjaya dalam bidang Kejuteraan Mekanikal


Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan
Keselamatan . Seseorang Juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTS/IPTA

diperingkat Diploma atau Ijazah bagi melayakkanya memohon ke jawatan yang lebih
tinggi.Bidang kerja dalam kejuteraan Mekanika seperti reka bentuk, pembinaan ,
pembuatan, pemasangan, penyeliaan dan pembaikan. Bidang kerja ini semua tertumpu
pada pelajar-pelajar PTV dari jurusan RBT.
Contoh 3. Kerjaya dalam bidang Elektrik
Bidang elektrik yang paling ramai dan sangat digemari oleh semua pelajar. Disektor
swasta paling ramai di Tenaga Nasional Bhd, Industri -industri dan semua
jabatan.Jurusan elektrik menjalankan kerja-kerja pendawaian, Penjanaan Kuasa,
Pengagihan dan Penghantaran Kuasa, Baikpulih kerosakan dan sebagainya.
Contoh-contoh diatas jelas menunjukkan pelajar PTV dan dikenali sebagai RBT
bukanlah golongan yang tersisih dari dunia kerjaya. Malah peluang kerjaya makin
bertambah banyak dengan ekonomi Negara yang pesat membangun. Kita sebagai
rakyat Malaysia yang belajar dibumi bertuah ini haruslah bersyukur kepada Allah dan
berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian yang penuh kepada
golongan pelajar tercicir. Saya ingatkan sekali lagi di Malaysia tidak ada pelajar tercicir.
Sekiranya ada pelajar itu sendiri yang mencari keciciran. Masalah keciciran pelajar
sangat sensitive bagi diri saya. Saya tidak nampak pelajar yang lemah diabaikan ileh
kerajaan. Di Malaysia Kementerian Pelajaran menyediakan kemahiran hingga peringkat
paling bawah dengan lain perkataan buta hurufpun masih boleh diterima.Puast GIAT
Mara contohnya menawarkan semua kursus dengan syarat kelulusan sekolah rendah
paling minima dan syarat kedua berminat . Rakyat kita Malaysia telah memenuhi syarat
tersebut. Pepatah Melayu ada mengatakan Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu
Dalih, Tepuk Dada Tanya Selara atau Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung.

Anda mungkin juga menyukai