Anda di halaman 1dari 4

http://adilahskap.blogspot.com/2012/12/etika-guru-prasekolah.

html
Friday, December 21, 2012
ETIKA GURU PRASEKOLAH
Assalamualaikum rakan pembaca blog yang setia dan yang baru berkunjung di Blpg Praekolah SK
Alor Pongsu. 2013 semakin menghampiri,dan semakin ternampak-nampak jualah akan kekalutan yang
berlaku di kalangan kita guru-guru prasekolah (dalam konteks ini,saya bukan mengatakan hanya guru
prsekolah sahaja yang sibu dan menidakkan kesibukan guru2 aliran perdana yang lain) Dalam saya
mencari-cari kekuatan, idea dan semangat untuk mencipta sesuatu yang baru dalam kerjaya saya sebagai
guru Prasekolah bagi tahun 2013 saya tertarik dengan entri yang saya jumpa dalam internet..disini..saya
memohon kemaafan kerana sy terlupa utk meng"highlightkan"..info tersebut..yang
saya http://www.slideshare.net/izzahkhalil/kod-etika-guru-prasekolah .saya hanya ambil dari
scribed..so mmg tak edit.Saya ingin berkongsi ilmu disitu..ilmu tentang ETIKA GURU
PRASEKOLAH...membacanya memberikan saya wadah dan semangat yang baru dalam dunia pendiidkan
awal kanak-kanak.Malahan saya merasakan ia merupakan satu teguran, nasihat dan juga petunjuk untuk
saya menjadi GURU PRASEKOLAH YANG LEBIH BERTANGGUJAWAB terhadap anak-anak murid saya
nanti. Ia juga seolah-olah satu "pemadam lembut"..yang ingin membetulkan kesilapan yang telah saya
lakukan tanpa sedar saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada penulis bahan tersebut.
Sebelum memperkatakan Etika;apa itu etika..di sini saya berkongsi dengan pembaca akan makna etika
itu sendiri;Bacalah para pembaca semua...
Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang berarti watak kesusilaan
atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan
istilah dari bahasa Latin, yaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang berarti juga adat
kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghin-
dari hal-hal tindakan yang buruk.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat pula; Etika bermaksud(tika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak
atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para
doktor dlm pengamalan perubatan masing-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak,
bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera.
Setelah membaca definisi dan maksud etika ini, marilah sama-sama kita meneruskan pembacaan kita bawah ini
untuk menambah ilmu pengetahuan kita dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini.Jom baca..
10.8 KOD ETIKA PERLAKUAN GURU PRASEKOLAH

Adakah anda seorang guru prasekolah yang baik?

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :
meletakkan kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang utama. Kanak-
kanak adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima, dihormati dan dilayan dengan cara yang
terbaik.
Anda sentiasa menunjukkan kelakuan yang mengambil berat tentang mereka. Kita perlu
senyum, ketawa, bercakap dengan kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan
tangan pada bahunya, duduk bersama mereka, dan memeluk mereka jika perlu
dan memberitahu kanak-kanak bahawa anda sangat mengambil berat terhadap mereka.


10.8.1 Etika Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak

Sebagai pendidik kanak-kanak adalah wajar anda mempunyai ciri-ciri profesional seperti
berikut:
Peka terhadap perasaan kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.
Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-kanak kami daripada hal-
hal lain.
Sedia mendengar suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak.
Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan dan memaksimakan komunikasi bersama
kanak-kanak.
Sentiasa melindungi hak kanak-kanak.
Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Menerima kanak-kanak sebagai individu yang berbeza dan menggunakan aspek yang
positif dalam kumpulan kanak-kanak.
Membuat kawalan yang baik daripada membuat ugutan (threatening).
Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan dan memberi peluang
kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan apabila mereka dalam keadaan yang
kebingungan dan keliru.
Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada kanak-kanak.
Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi dalam kumpulan.
Meningkatkan dan memaksimakan komitmen terhadap kekuatan dan potensi kanak-kanak.
Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap penguasaan kemahiran
mengikut tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran mereka.



Kod Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )

P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan kanak-kanak. Kita tidak boleh terlibat dalam
membahayakan kanak-kanak dengan apa cara sekali pun. Kita tidak boleh
menindas, merosakkan anggota fizikal kanak-kanak.
P-1.2.Kita tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi kanak-kanak
yang memberi kelebihan kepada aktiviti yang berlandaskan agama, bangsa,
warganegara, kebolehan, status, kelakuan atau kepercayaan ibu bapa mereka.
P-1.3.Kita perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang berilmu dalam memberi keputusan
yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak.
P-1.4.Kita perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi
fizikal, seksual, lisan dan emosi serta tahu tentang undang-undang dan akta dalam
melindungi kanak-kanak.
P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan kanak-kanak, kita perlulah
melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan tindakan sewajarnya akan
diambil.

Anda mungkin juga menyukai