Anda di halaman 1dari 4

http://www.zairil.

com/tag/timss/
Krisis Pendidikan Negara
February 7, 2014krisis, pendidikan, PISA, Programme for International Student Assessment, TIMSS,
Trends in International Math and Science Study
Kini sudah ternyata bahawa sistem pendidikan Malaysia berada dalam keadaan krisis ekoran
keputusan kajian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang dikeluarkan pada
awal Disember lepas.
Laporan PISA merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan
antarabangsa Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang
melibatkan 510,000 murid berusia 15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh dunia.
Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan
Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji. Lebih teruk
lagi, prestasi murid kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura
(ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand (ke-53).
Walaupun murid Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik berbanding kajian 2009,
namun peningkatan skor hanya sedikit, daripada 404 kepada 421, dan masih jauh di bawah paras
494, iaitu skor purata bagi negara-negara OECD.
Sementara itu, Vietnam yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi,
berjaya mencapai skor purata 511 dalam Matematik, sekaligus membuktikan bahawa reformasi
pendidikan yang dilaksanakan di negara itu beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengasah
kebolehan kognitif murid mereka sehingga setanding dengan negara-negara maju seperti Jerman
dan Australia.
Murid Vietnam juga menunjukkan keputusan cemerlang dalam Bacaan (508) dan Sains (528),
yang masing-masing melebihi purata negara OECD, iaitu 496 dan 501. Malangnya, hal yang
sama tidak ditunjukkan oleh murid kita. Misalnya, skor Bacaan kita mencatatkan keputusan yang
memalukan 398 (Thailand mencatatkan 441) iaitu lebih rendah daripada keputusan kita pada
tahun 2009 apabila kita mencapai 414. Hal ini juga sama bagi Sains, di mana murid Malaysia
hanya mencatat 420, sekali lagi menunjukkan penurunan berbanding tiga tahun lalu.
Lebih mendukacitakan lagi, prestasi murid kita yang lemah ini bukanlah sesuatu yang terpencil,
tetapi sebenarnya sebahagian daripada corak penurunan yang jelas dilihat dalam kajian-kajian
lain seperti Trend in International Maths and Science Study (TIMSS) yang dilakukan empat
tahun sekali.
Belanja melebih, prestasi mengurang
Keputusan murid negara kita dalam kajian-kajian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS tidaklah
terlalu mencolok mata sekiranya tidak dilihat bersama jumlah besar yang dilaburkan dalam
sektor pendidikan sejak kebelakangan ini.
Dalam belanjawan terbaru Persekutuan, RM54 billion atau 21 peratus daripada jumlah
perbelanjaan negara telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) bagi tahun
2014, iaitu peruntukan kementerian yang paling besar. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 telah mengakui bahawa perbelanjaan pendidikan awam di negara kita dari
segi peratusan KDNK adalah lebih dua kali ganda purata negara-negara ASEAN, serta melebihi
negara-negara OECD dan Harimau-harimau Asia seperti Korea, Hong Kong, Jepun dan
Singapura.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelaburan yang besar dalam pendidikan tidak semestinya
diterjemahkan kepada hasil yang lebih baik. Misalnya, keputusan peperiksaan UPSR yang
diumumkan baru-baru ini menunjukkan penurunan prestasi dalam kertas Bahasa Inggeris
meskipun MOE menghabiskan RM270 juta untuk melantik tiga firma perunding selama tempoh
tiga tahun yang lalu untuk menyediakan mentor asing Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kualiti
pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan.
Maka, persoalannya bukan apakah kita cukup berbelanja, tetapi apakah perbelanjaan kita itu
berbaloi dengan harga.
Pada tahun-tahun akan datang, kerajaan akan melabur berbilion-bilion ringgit dalam pelbagai
projek besar seperti 1BestariNet, yang melibatkan pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi di
semua 10,000 sekolah di seluruh negara, penubuhan sistem Pelantar Pembelajaran Maya (Virtual
Learning Environment) untuk membawa murid kita ke zaman siber, serta projek 1 Murid 1
Peranti yang akan membekalkan kesemua murid kita dengan peralatan komputer.
Sama ada pelaburan infrastruktur yang mewah ini dapat meningkatkan prestasi murid kita masih
menjadi tanda tanya. Namun yang pasti, jika sejarah lampau boleh dijadikan sebagai petunjuk,
kita boleh yakin bahawa lebih banyak dana awam akan dibazirkan manakala masa depan anak-
anak kita dikorbankan.
Apabila yang terbaik tidak cukup baik
Sebagai cubaan menyedapkan hati, ada pihak telah mencadangkan bahawa walaupun skor purata
murid Malaysia tidak cemerlang, masih ada golongan tertentu yang mencapai keputusan yang
baik. Sebagai contoh, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pernah dipetik
sebagai berkata bahawa terdapat segelintir sekolah dan murid kita yang mampu bersaing dengan
yang terbaik di dunia.
Oleh itu, masalah yang dihadapi negara kita boleh dianggap sebagai masalah jurang antara
bandar dan luar bandar, di mana sekolah-sekolah bandar yang lebih lengkap prasarananya,
dengan guru yang lebih cekap dan persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai untuk menelaah
pembelajaran, mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun ini adalah satu
kesimpulan yang agak nyata, namun adakah murid yang paling berkemampuan ini benar-benar
berdaya saing?
Menurut analisis keputusan PISA oleh portal berita antarabangsa The Huffington Post, apabila
skor Matematik dibandingkan dengan latar belakang sosio-ekonomi murid tersebut, adalah
didapati bahawa, secara umum, andaian ini adalah benar: lebih kaya murid, lebih baik keputusan.
Hal ini tampaknya benar di Malaysia, di mana keputusan menunjukkan jurang yang ketara antara
prestasi 10 peratus murid terkaya dengan baki murid yang lain. Ini tidak mengejutkan kerana
murid dari latar belakang sosio-ekonomi atasan dapat menikmati kemudahan sekolah yang lebih
moden, guru yang lebih berkualiti, kelas tambahan dan sebagainya. Mereka juga
berkemungkinan besar berpendidikan swasta atau mendaftar di sekolah berasrama elit.
Namun, ukuran sebenar dilihat dalam perbandingan dengan negara-negara lain. Daripada analisis,
didapati bahwa skor purata bagi 10 peratus murid yang terkaya di Malaysia sebenarnya lebih
rendah daripada skor purata murid termiskin dari berbagai negara Asia seperti Singapura, Hong
Kong, Korea dan Macau (lihat Rajah 1).

Rajah 1: Perbandingan serantau skor Matematik PISA mengikut latar belakang sosio-ekonomi
(Sumber: The Huffington Post)
Lebih mengejutkan lagi, didapati bahawa 10 peratus murid terkaya Malaysia hanya berupaya
untuk melebihi sedikit prestasi 20 peratus murid termiskin Vietnam, iaitu sebuah negara yang
mempunyai KDNK per kapita enam kali lebih rendah berbanding kita.
Dalam erti kata lain, kemerosotan murid negara kita bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid
kebanyakan, bahkan murid dari keluarga berpendapatan tertinggi yang mempunyai segala
kemewahan dan kemampuan juga masih jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan serantau
mereka yang berasal dari keluarga-keluarga yang termiskin.
Masa depan yang suram
Prestasi lemah murid Malaysia, khususnya dalam Matematik, amat membimbangkan
memandangkan penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai kunci
kepada masa depan yang positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja untuk mengambil
bahagian dalam pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan yang diingini. Tambahan pula,
Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga menunjukkan bahawa kemahiran matematik yang
lemah akan menghalang ketercapaian masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan
yang lebih memuaskan.
Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang membimbangkan dalam pendidikan
dan sekiranya tidak ditangani, maka ia akan membawa kepada kesan jangka panjang yang
negatif ke atas pembangunan ekonomi.
Dalam dunia yang global dan penuh cabaran ini, kegagalan untuk bersaing akan melumpuhkan
harapan Malaysia untuk menjadi ekonomi berpengetahuan tinggi, serta menakdirkan negara kita
untuk terus terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana buat selama-lamanya.
NB: This article was originally published in Roketkini.com on 7 February 2014.

Anda mungkin juga menyukai