Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pengenalan
Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam
pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya
memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan
dalam bidang pendidikan khasnya.
Sebagai contoh, menerusi globalisasi dalam pendidikan ia dapat
meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan
dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat
menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang
ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu
tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme
keguruan.
Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru
secara global. Seperti yang kita sedia tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan
nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam
menghasilkan produk berkualiti atau modal insan yang diperlukan di Negara kita.
Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain daripada
memikul tanggungjawab untuk menyalurkan ilmu kepada murid, guru turut
menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.
Dengan globalisasi guru juga dapat meningkatkan kemahiran ICT dan
interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi
bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi
penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang
melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar
laut menerusi carian laman web bagi video pendidikan di internet.
Proses globalisasi ini dapat meletakkan profesion keguruan sebagai satu
profesion yang penting. Ini kerana kemajuan sesebuah negara adalah diukur
dengan sama ada berjayanya sesebuah negara itu untuk menghasilkan modal
insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara
maju yang lain.























2.0 Definisi
Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yang
berlaku dalam pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji dan diperhalusi.
Sebelum dikaji dengan lebih mendalam tentang cabaran dalam globalisasi
pendidikan, definisi globalisasi pendidikan perlu difahami dengan jelas agar isu
ini dapat ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akar umbi.
Di dalam kamus dewan edisi keempat, globalisasi adalah didefinisikan
sebagai proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan
dan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau
keseluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi
serta dasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005)
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), globalisasi membawa
maksud satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu
sama lain. Selain itu, ia merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain
(Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010).
Pandangan Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi
bermaksud merentasi sempadan dan media. Bagi Michael Gibbons (2003) dalam
Mok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel (ACU)
berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu proses berterusan dalam
perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Maka, globalisasi
pendidikan membawa definisi proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan
pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003). Menurut beliau lagi,
globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guru agar dapat
mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran moden serta
berpandukan kepada hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini.
Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesan
terhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas daripada keterbukaan
idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik
kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah satu proses menyingkirkan
batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara Negara supaya
mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita,
Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia,
beliau telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia supaya tidak dipengaruhi
dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, dan
sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis segala unsur-unsur
negatif yang membawa kesan buruk kepada kita.















3.0 Isi Jawapan
Artikel yang memetik ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Forum
Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II
berkenaan dengan penguasaan guru dalam teknologi maklumat dan komunikasi
turut mengulas serba sedikit berkenaan dengan cabaran teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan.
Menurut Wan Mustama (2004), cabaran teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan terbahagi kepada lima aspek. Apek pertama
adalah berkenaan dengan kesukaran menghabiskan sukatan pelajaran. Aspek
kedua adalah halangan pihak pentadbiran sekolah. Aspek ketiga adalah
berkaitan dengan sikap negatif guru. Aspek kedua terakhir adalah maklumat dan
laporan tidak tepat serta aspek terakhir adalah berkaitan dengan jurang digital.
Apek pertama adalah berkenaan dengan kesukaran menghabiskan
sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran merupakan satu garis panduan bagi setiap
warga pendidik. Amnya perancangan yang baik amat perlu dititikberatkan dalam
menyusun atur waktu proses pengajaran dan pembelajaran agar mencakupi
kesuluruhan topik dan aspek yang telah dimuatkan di dalam sukatan pelajaran.
Keadaaan ini secara tidak langsung telah menjadi satu cabaran bagi guru-guru
dalam menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan.
Menurut Naim Hj. Ahmad (2000), penggunaan internet untuk diakses dan
dilayari memerlukan masa yang agak lama untuk diaplikasikan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga telah mengutarakan penyediaan
alatan teknologi seperti LCD mengambil masa yang lama terutamanya kepada
guru-guru lama yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkenaan
teknologi. Hal ini dilihat mampu menjejaskan waktu proses pengajaran dan
pembelajaran sekaligus menganggu perancangan bagi menghabiskan sukatan
pelajaran.
Seterusnya adalah berkenaan dengan aspek kedua cabaran teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan iaitu berkenaan dengan halangan
pihak pentadbiran sekolah. Penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid
sememangnya diakui dapat dipercepatkan dan dipermudahkan melalui
pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi.

Realitinya menurut Muhamad Hasan Adul Rahman (2000) terdapat
segelintir pihak pentadbiran sekolah yang meletakkan prosedur yang ketat
kepada para guru yang ingin menggunakan alatan-alatan teknologi sebagai
bahan bantu mengajar. Hal ini adalah kerana alatan tersebut memerlukan
infrastruktur yang berkos tinggi dan penyelenggaraan yang baik. Implikasinya
guru-guru lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
biasa berbanding bahan teknologi maklumat.

Aspek ketiga bagi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan adalah berkaitan dengan sikap negatif guru. Kebanyakan guru telah
sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar menyesuaikan diri
dengan teknologi intruksional. Yusup Hasyim (1998) mempersetujui kenyataan
yang telah dikeutarakan oleh Becker & Watt (1966) iaitu ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan
sistem pendidikan.

Menurut Becker & Watt (1966) juga, ada kalangan guru yang buta
teknologi maklumat dan komunikasi, menyebabkan timbul sikap negatif dan
tidak berminat mengajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan teknologi maklumat dan
komunikasi untuk pengajaran.

Cabaran berkenaan sikap negatif guru dapat diselesaikan apabila
pemikiran guru lebih bersifat keterbukaan dalam menerima perubahan-
perubahan baru dalam dunia pendidikan. Maizun Binti Jamil (2009) menyokong
pendapat Steers & Black (1994) iaitu persediaan mental, pengetahuan dan
kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan
dalam sesebuah organisasi. Latihan yang cukup akan membantu guru
menambahkan pengetahuan dan kecekapan terhadap alatan teknologi maklumat
dan komunikasi sekaligus menimbulkan minat dikalangan guru-guru tersebut.

Aspek keempat cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan adalah maklumat dan laporan yang tidak tepat. Amnya tugas guru
tidak hanya meliputi proses pengajaran dan penyampaian ilmu pengetahuan
malahan juga melibatkan kerja-kerja pengkeranian yang memerlukan guru-guru
merekodkan dan memasukkan data-data berkenaan prestasi murid dalam sistem.
Namun proses memasukkan data yang dikendalikan melalui sesuatu perisian
terdedah kepada pemprosesan dan penganalisisan laporan serta maklumat yang
tidak tepat. Hal ini mungkin disebabkan oleh proses kemasukan data yang terlalu
banyak dan berterusan. Menurut Zoraini Wati Abas (1993), kesilapan juga boleh
berlaku terhadap data prestasi murid sekiranya berlaku kecuaian semasa
memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem data itu sendiri
kerana kompleksnya sesuatu sistem data tersebut.

Aspek terakhir bagi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan adalah jurang digital. Jurang digital terbentuk apabila berlakunya
ketidakseimbangan yang wujud di kalangan masyarakat. Ketidakseimbngan ini
amnya merangkumi aspek ekonomi, kemudahan infrastruktur, pendapatan,
pemodenan, pendidikan dan sebagainya dan hal ini secara tidak langsung turut
memberikan impak terhadap kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dan
digital di sekolah.

Ab. Rahim Selamat (1992) menyatakan bahawa situasi jurang digital
menyebabkan pengajaran guru kurang berkesan dan tidak dapat diaplikasi di
luar bilik darjah memandangkan sosioekonomi murid murid di luar bandar
yang rendah. Penggunaan komputer yang terhad dan tidak berterusan boleh
membantutkan penerimaan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan. Selain
itu, Ab. Rahim Selamat juga mengakui wujudnya jurang perbezaan dari segi
taburan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di antara kawasan
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta kawasan Lembah Klang dan
kawasan lain di Semenanjung Malaysia.
























4.0 Kepentingan isu/ cabaran yang dipilih

Menurut Hallinger (1998), globalisasi telah mendorong berlakunya
anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks
untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang
ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi
strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:-
a) Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan
pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan
penggunaan multimedia.

b) Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran
Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat
sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan
kemudiannya menyalur kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada
pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan
mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

c) Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan
pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan
guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

d) Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan
bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar
berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat,
kurikulum di Malaysia juga telah disemak dan diberi nilai tambah supaya
kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar
dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka
melepasi alam persekolahan.

Cabaran yang seterusnya adalah dalam pengurusan pendidikan. Dalam
hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam
perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi
telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan
yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management
Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
pendidikan.
Menurut Rahmad Sukor (2006), aplikasi tersebut sedikit sebanyak
membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:-
Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang
pelbagai.
Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
Menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
Penempatan pelajar dalam kelas.
Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
Pembinaan jadual waktu guru.
Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi
yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada
perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada
sesebuah Negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahupun di kepulauan
kecil, di pergunungan tinggi mahupun di lereng, kaki dan lembah bukit,
kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi.
Kesan yang paling ketara akibat daripada pengaruh globalisasi adalah
perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku
sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat.

Seterusnya, usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam
perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru
sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti
professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah
dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT
dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran
mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang
kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan
guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.













5.0 Ciri-ciri guru dalam menyahut cabaran

Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang
guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang professional sesuai dengan
proses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian
Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa
meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan,
pelaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri,
memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran
dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang
serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Oleh itu, untuk mencapai matlamat tersebut, seorang guru hendaklah
memiliki beberapa ciri khas dalam cabaran globalisasi pendidikan. Ciri-ciri seperti
iltizam, mempunyai wawasan, berpandangan positif, berpengetahuan, fleksibel
dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan
pendidikan serta mahir dalam IT adalah penting sekali untuk dimiliki oleh
seorang guru untuk menangani cabaran globalisasi pendidikan.

Ciri yang pertama iaitu bersikap iltizam ataupun komited adalah
menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi. Skop tugasan guru
adalah pengajaran dan pembelajaran murid. Tugasan ini perlu dirancang dan
dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlulah melaksanakan tugasan
dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa.

Sebagai contoh, seorang guru mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti
pada hujung minggu. Pada ketika ini guru tidak haruslah menganggapnya
sebagai beban yang amat berat tetapi harus difikirkannya sebagai ianya bukan
selalu dan adalah sebahagian daripada tugas kita untuk menyampaikan ilmu
kepada murid-murid kita. Seorang guru juga haruslah memastikan bahawa
potensi diri berjaya dipupuk dan direalisasikan selain daripada menjadikan diri
sendiri sebagai contoh dan teladan kepada murid-murid.

Selain itu, seorang guru juga perlu berpandangan jauh dan mempunyai
visi ataupun wawasan terutamanya dalam perkembangan pendidikan demi
mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan Negara dalam alaf baru.
Seorang guru yang berwawasan akan senantiasa bercita-cita tinggi bahawa
murid-murid dan dirinya sendiri akan dapat mencapai sesuatu yang terbaik pada
masa akan datang. Guru sedemikian tidak akan berputus asa untuk mendidik
anak muridnya, dan sebaliknya hanya akan lebih berusaha sahaja untuk
menaiktaraf ataupun mengubahsuaikan cara mengajarnya dari semasa ke
semasa demi memastikan bahawa anak murid yang dididiknya adalah
memperoleh satu pendidikan yang paling lengkap dan berkualiti sekali.

Tambahan pula, guru juga perlu berpandangan positif iaitu
memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya
dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri,
murid-murid, masyarakat dan Negara contohnya peka kepada perubahan dalam
setiap aspek, sedar tentang keperluan Negara dan bersikap positif terhadap
pembelajaran. Seseorang guru juga perlu menunjukkan inovasi dalam tugasnya
dengan menggunakan cara pengajaran yang terdiri daripada pelbagai variasi
dan dimensi dalam proses P&P.
Ini disusuli dengan ciri guru yang seharusnya berpengetahuan, fleksibel
dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan
pendidikan. Guru yang mempunyai ciri sedemikian akan adanya inovasi dalam
menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Sebagai contoh, dia akan
mendekati murid-muridnya dengan caranya yang tersendiri yang tidak akan
memberikan tekanan kepada murid-murid tersebut. Guru juga akan bersikap
berperkerti mulia, mudai suai serta mempunyai daya kepimpinan untuk
memimpin murid-murid ataupun sesuatu jawatankuasa. Selain itu, guru tersebut
juga peka dan menyedari tentang perubahan persekitaran dari semasa ke
semasa dan mengamalkan sifat toleransi terhadap anak muridnya dalam bilik
darjah.
Di samping itu, satu ciri lagi yang tidak boleh diabaikan oleh guru dalam
menghadapi cabaran globalisasi pendidikan adalah mahir dalam ICT. Menurut
Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar
pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi
pendidikan tinggi. Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep pengajaran
berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut
dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran dan pembelajaran guru.
Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan
penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi
kesan terhadap pencapaian pelajar. Masalah dalam penggunaan komputer perlu
dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam
pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan
pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan
komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi
dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir
dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).
Kepercayaan kini perisian multimedia berbantukan komputer adalah cara
mentransformkan pendidikan yang paling efisien dan berkesan. Menurut Ismail
(2002), perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi
pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk
berjaya. Sebagai contoh, seorang guru boleh menggunakan aplikasi Microsoft
Excel dalam subjek matematik untuk memperolehi nilai tambah, tolak, bahagi
dan darab melalui simbol Autosum. Keadaan ini bukan sahaja dapat memberi
satu pendekatan pengajaran yang baharu tetapi memberi satu nilai tambah
kepada para pelajar terutamanya murid-murid di sekolah rendah bagi meminati
subjek matematik yang dikatakan susah.

5.0 Sumbangan/tanggungjawab guru kepada anak murid

Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik. Guru dinamik adalah
guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk
menghadapi perubahan dari masa ke masa. Guru dinamik penting kerana hanya
guru dinamik sahaja yang dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul,
contohnya cabaran dalam globalisasi pendidikan. Selain itu, sebuah sekolah
yang dinamik turut berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi
memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan Negara.
Guru pada asasnya hendaklah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang sesuatu mata pelajaran yang diajarnya. Ini ditambah lagi dengan guru
tersebut yang mengetahui serta menguasai kaedah yang ingin digunakan dalam
setiap pengajarannya. Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta
kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan
seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan yang
dimaksudkan di sini adalah termasuk kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan
sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Di samping itu, guru juga adalah diharapkan untuk menjadi pengganti ibu
bapa di sekolah. Sekolah adalah merupakan rumah yang kedua kepada murid-
murid selepas rumah sendiri dan guru pula merupakan salah satu orang yang
paling kerap dijumpai oleh murid-murid selepas ibu bapa mereka di rumah. Maka,
adalah penting bahawa guru dapat menggalas cabaran sebagai pengganti watak
ibu bapa di sekolah dengan menjaga segala hal kerenah anak murid yang
diajarnya. Guru seharusnya menjaga dengan baik beberapa perkara berkaitan
dengan anak muridnya seperti displin, kesihatan, kebajikan dan lain-lain lagi
demi menyahut cabaran tersebut dengan jayanya.
Tambahan pula, guru juga berperanan sebagai kaunselor kepada murid-
murid. Dalam aspek ini, guru haruslah senantiasa peka terhadap perkembangan
emosi murid-murid yang sensitif dari masa ke masa. Setelah mengenal pasti
murid-murid yang mempunyai masalah baik dalam pembelajaran ataupun
dibelenggu masalah keluarga, maka guru perlulah mengadakan sesi bimbingan
dan kaunseling dengan murid-murid tersebut. Sokongan dan galakan daripada
guru adalah penting sekali kepada murid-murid untuk mengatasi masalah
mereka selain daripada menghantar mesej bahawa mereka sebenarnya
bukanlah bersendirian dalam menghadapi masalah tersebut. Oleh itu, guru
perlulah bersifat empati dan penyayang kepada semua anak muridnya dan
menganggap mereka semua sebagai anak sendiri.
Selain itu, guru juga dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan yang elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang
baik dalam masyarakat. Oleh itu, sebelum guru hendak menanamkan nilai-nilai
murni ke dalam diri murid-murid, guru sendiri hendaklah memastikan bahawa diri
sendiri adalah memiliki sahsiah yang baik dan boleh dicontohi terlebih dahulu. Ini
adalah kerana guru adalah umpama seorang role model kepada murid-murid
dalam bilik darjah dan segala gelagat guru dalam percakapan, pemakaian
mahupun konsep masa akan diperhatikan dengan teliti sebelum dipelajari oleh
anak muridnya.
Guru juga merupakan penasihat dan pembimbing dalam pembentukan
sahsiah diri murid-murid di sekolah. Pepatah kata seperti melentur buluh biarlah
dari rebungnya, dan murid-murid yang masih lagi di bangku sekolah adalah
umpama sehelai kertas putih yang belum dicorakkan lagi. Maka, adalah penting
bagi guru untuk memupuk kesemua anak muridnya dengan displin kendiri serta
sahsiah diri yang baik pada masa tersebut. Ini boleh dijalankan semasa proses
P&P dalam bilik darjah di mana guru yang berdisplin dan tegas akan digeruni
namun dihormati oleh anak muridnya. Tambahan pula, guru yang berdisplin juga
akan berjaya melahirkan anak murid yang berdisplin dan taat setia serta
menghormati sesuatu peraturan yang ditetapkan baik di dalam bilik darjah
ataupun di sekolah.
Tambahan pula, guru juga bertindak sebagai agen pembaharuan bagi
masyarakatnya. Pendidikan adalah suatu proses dan aktiviti yang bertujuan
membawa perubahan kepada seseorang individu supaya mengikut norma dan
nilai masyarakat. Maka, pada zaman moden ini, guru adalah bertanggungjawab
untuk memberi pendidikan kepada murid-murid lalu menghasilkan perubahan
tingkah laku ke atas diri murid-murid. Mereka haruslah memahami idea
perubahan dengan sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi
untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. (Mok Soon
Sang & Lee Sok Mee 1988).



























7.0 Rumusan

Kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan atas sebab pelanggan pendidikan
seperti ibu bapa murid-murid yang mendesak supaya peningkatan mutu
perkhidmatan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu,
kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga
guru perlulah peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan
bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor-faktor di
atas seakan mendesak guru agar berubah. Mereka perlu peka dan bertindak
kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk.
(Zainal Abidin, 1999).

Sebahagian penulis dalam Jurnal Pendidikan dan Pembangunan
Antarabangsa (IJED) berpendapat bahawa perubahan dapat dijayakan dengan
berkesan jika projek dan agenda perubahan yang dirancang itu dijalankan
sebaiknya serta diuruskan oleh kakitangan yang komited dan berkemahiran.

Dalam menjayakan perubahan dalam pendidikan, semua pihak harus
bekerjasama dalam memastikan setiap perancangan yang dibuat terlaksana
sebaiknya. Guru perlu seharusnya benar-benar menjadi agen kepada perubahan
dan dalam masa yang sama bersikap responsif dan kritis terhadap pelbagai
perkembangan dan dinamika peradaban yang berlaku dari semasa ke semasa
(Najeemah, 2006).

Guru dengan kerjasama dari pihak pentadbiran pendidikan juga
seharusnya menjadikan sekolah sebagai magnet yang mampu mengundang
tarikan kepada murid-murid untuk berinteraksi, berdialog dan saling bertukar-
tukar pendapat dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Dengan cara sedemikian barulah tidak akan berlaku keadaan di mana institusi
sekolah dijauhi oleh masyarakat akibat daripada ketidakberjayaan sekolah dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang baik di era globalisasi.

9.0 Penutup
Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari
ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi
menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Peranan teknologi maklumat
sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan
menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak
bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi
supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT
dalam organisasi berkenaan.
Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah
bagi menghadapi situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa
mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan
mula mengorak langkah dengan menyediakan barisan guru yang mantap dan
berpengetahuan luas terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi.

Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan teknologi
maklumat dan komunikasi memerlukan anjakan peranan pendidikan dan
profesion keguruan. Untuk mencapai matlamt menjadikan negara sebagai
negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai
pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (TMK)

Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang
mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk
menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi
membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam
pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan,
kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan
yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti
akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak.