Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

Pilih jawapan yang paling sesuai.



1.Apakah adab-adab yang baik semasa melayan tetamu?
A.Membiarkan tetamu di luar rumah
B.Tidak bertegur sapa dengan tetamu
C.Menghidangkan minuman kepada tetamu
D.Memberi sepenuh perhatian terhadap rancangan yang disiarkan di televisyen

2.Adab-adab belajar yang baik adalah seperti berikut,kecuali

A.mendengar penerangan guru dengan teliti
B.membuat kerja sekolah yang diberikan
C.mengikut nasihat guru
D.bercakap dengan rakan semasa guru mengajar

3.Antara berikut , yang manakah bukan merupakan peraturan yang terdapat di kantin sekolah?

A.Beratur semasa membeli
B.Tidak boleh meludah di merata-rata tempat
C.Tidak boleh berebut-rebut semasa membeli makanan
D.Tidak boleh membawa makanan dari rumah

4.Mengapakah jadual waktu belajar sangat penting?

A.Supaya kita dapat beriadah setiap masa
B.Supaya guru berasa puas hati
C.Supaya dapat merancang waktu belajar yang sistematik
D.Supaya masa boleh dibiarkan begitu sahaja

5.Apakah yang perlu dilakukan sekiranya guru sedang bermesyuarat?

A.Bermain di dalam kelas
B.Berbual-bual dengan rakan sekelas
C.Mengulang kaji pelajaran
D.Membeli makanan di kantin sekolah

6.Felix mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia

A.suka membuang masa
B.rajin bergaul dengan rakan-rakan
C.patuh akan arahan ibu bapa
D.bijak membahagikan masa

7.Apakah peranan dan tanggungjawab utama seorang bapa?

A.Membuat keputusan
B.Membawa keluarga pergi bercuti
C.Menyediakan pakaian untuk keluarga
D.Bekerja untuk menyara keluarga



8.Antara berikut,yang manakah bukan merupakan tanggungjawab ibu?

A.Mendidik anak-anak
B.Melakukan kerja-kerja mengemas rumah
C.Mencari nafkah untuk keluarga
D.Mengurus hal ehwal rumah tangga

9.Mengapakah seseorang anak itu perlu menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapanya?

A.Untuk membalas jasa ibu dan bapa
B.Untuk mendapat pujian
C.Untuk meringankan beban ibu bapa
D.Untuk mengawasi ibu bapa

10.Apakah yang perlu dilakukan apabila ibu memarahi kamu atas kesalahan yang kamu
lakukan?

A.Mengunci diri di dalam bilik
B.Memberikan pelbagai alas an
C.Mendengar teguran ibu
D.Menutup telinga

11.Mengapakah kita harus mematuhi peraturan sekolah?

A.Supaya dihormati oleh guru
B.Supaya dihormati oleh rakan-rakan
C.Bimbang akan didenda oleh guru
D.Mewujudkan suasana harmoni di sekolah

12.Apabila bercakap dengan seseorang kita mestilah senantiasa _____________

A.bersopan
B.bijak
C.berterus terang
D.sombong dan angkuh

13.Mengapakah dikatakan masa itu ibarat emas?

A.Masa sangat bermakna
B.Masa sangat berharga
C.Masa sangat cepat berlalu
D.Masa amat diperlukan oleh semua orang

14.Bagaimanakah kita dapat menguruskan masa dengan bijak?

A.Menyediakan jadual waktu harian
B.Mendapatkan pandangan daripada guru
C.Meminta orang lain menguruskan masa untuk kita
D.Menghabiskan masa untuk sesuatu yang kita minati

15.Yang manakah antara yang berikut adalah aktiviti yang tidak berfaedah untuk dilakukan
sewaktu masa senggang di sekolah?
A.Berbual-bual kosong
B.Membaca buku cerita
C.Berbual dengan rakan
D.Melukis atau mewarna



16.Keluarga asas terdiri daripada ______________

I bapa
II ibu
III anak
IV datuk

A. I, II, dan III C. I, III, IV
B. I, II, dan IV D.II, III, dan IV
18.Peranan yang perlu dipikul oleh seorang anak ialah_______________
A. menyara keluarga
B.belajar dan menjaga maruah diri
C.memasak
D.mencari kerja

19.Ibu memarahi kamu kerana lewat pulang dari rumah rakan.Kamu seharusnya ____________

A.menutup telinga
B.pura-pura tidak mendengar kata ibu
C.cepat-cepat masuk rumah
D.meminta maaf

20.Yang manakah bukan tanggungjawab anggota keluarga?

A.memastikan keselamatan anggota keluarga
B.membeli pakaian yang berjenama
C.bertolak ansur
D.menjaga perasaan anggota keluarga

21.Kamu sibuk mengulangkaji pelajaran.Adik kecil kamu terjatuh lalu menangis.
Apakah tindakan kamu?

A.Terus belajar
B.Membantu adik dengan pantas
C.Membiarkan adik
D.Memanggil ibu atau ayah

22.Apakah yang dimaksudkan dengan jiran?

A.Penduduk di kampong sebelah
B.Mereka yang tinggal berhampiran dengan rumah kita
C.saudara-mara
D.Adik beradik kita

23.Kita mestilah _____________ dengan sopan dan berbudi bahasa dengan jiran tetangga.

A.berinteraksi
B.bermain
C.bernyanyi
D.bersaing

24.Kaum manakah yang menarikan tarian sumazau?

A.Melayu B.India C.Iban D.Kadazandusun

25. Apabila anggota keluarga kita berada dalam kesusahan, apakah yang perlu kita lakukan?

A.Menjauhkan diri daripada mereka
B.Memberikan kata-kata perangsang kepada mereka
C.Berpura-pura tidak tahu tentang masalah mereka
D.Memarahi mereka kerana terlibat dengan masalah

26.Perdana Menteri yang digelar Bapa Perpaduan ialah ________

A.Tun Abdul Razak
B.Tun Hussein Onn
C.Tun Abdullah Ahmad Badawi
D.Tun Mahathir Mohamad

27.Apakah tugas dan tanggungjawab wakil rakyat?

A.penasihat kepada Ketua Menteri
B.meluluskan projek pembangunan dalam negeri
C.menyampaikan kehendak rakyat
D.membangunkan kawasan yang diwakilinya

28.Ketua negeri bagi negeri Sabah ialah _______

A.Sultan
B.Yang Dipertuan Negeri
C.Ketua Menteri
D.Ketua Polis Sabah

29. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang digelar Bapa Kemerdekaan?

A.Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato Hussein
B.Yang Teramat Mulia Al-Marhum.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
C.Tun Dr.Mahathir Mohamad
D.Tun Abdullah Ahmad Badawi

30.Negeri manakah yang ketua kerajaan negerinya ialah Ketua Menteri?

I Perak
II Pulau Pinang
III Melaka
IV Sabah

A. I dan III
B. II dan IV
C. I, III , dan IV
D. II, III, dan Iv
E.






BAHAGIAN B

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul








1. Kita hendaklah _________________ adat dan agama jiran kita untuk mengelakkan
perselisihan faham.

2. Kita hendaklah _________________ dengan jioran dan menganggap jiran seperti saudara
sendiri.

3. Jangan memandang rendah akan agama dan _______________ jiran tetangga.

4. Jiran ialah orang yang tinggal ________________ dengan kita.

5. Suasana hidup yang ________________ menyebabkan kita hidup tanpa perasaan bimbang dan
takut.

6. Kata hikmat Jiran _______________ Membawa Berkat perlu diamalkan dalam kehidupan
berjiran.
Nyatakan Perdana Menteri Malaysia
Pertama : ____________________________________________________
Kedua : _____________________________________________________
Ketiga :_____________________________________________________
Keempat : _____________________________________________________
Kelima : _____________________________________________________
Keenam :_____________________________________________________





Kepercayaan Sepakat menghormati
Berbaik-baik harmoni berdekatan































































































Berikan tiga aktiviti yang membuktikan bahawa kamu bijak mengurus masa di rumah.

1.________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________


Tulis tiga kepentingan menyediakan jadual waktu

1.__________________________________________________________________________

2.__________________________________________________________________________

3.__________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai