Anda di halaman 1dari 4

Untung Bagi Mereka Yang Wujudkan

Rasa Kasih Sayang Kerana Allah


24/09/2014 By Muhamad Naim Abd Manaf Leave a Comment

Kasih sayang tanpa batasan | Love by lemontree4
Kasih sayang itu fitrah.
Ia berada pada setiap diri makhluk.
Dan sifat kasih sayang itu bukan hanya khusus pada manusia sahaja. Sebaliknya,
setiap makhluk ciptaan Allah SWT dikurniakan sifat tersebut juga.
Sepertimana, seekor kucing akan meminta makanan secara baik kepada manusia
sekalipun haiwan itu berada dalam keadaan kelaparan.
Juga, kadangkala kita sentiasa mengambil peluang untuk berehat sebentar di bawah
pohon. Tidak pula pohon yang kita menumpang rehat tersebut memarahi kita dengan
menghenyak kita.
Itulah antara sifat kasih sayang yang diterjemahkan kepada manusia daripada makhluk
lain.
Dan Allah swt juga memberikan kasih sayangNya pada kita dengan mengurniakan
rahmat. RahmatNya yang sangat luas sehinggakan mampu menutup keaiban kita,
kesalahan kita, dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara sedar
ataupun tidak.
Tambahan pula, dengan kasih sayangNya, Allah swt mengutuskan seorang insan yang
mulia iaitu Nabi Muhammad saw agar kita sentiasa berada pada jalan yang benar.
Kasih sayang itu terus berlanjutan sehingga ke hari ini.
Kasih sayang daripada seorang Nabi dan Rasul kepada umatnya.
Baginda saw mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan akhlak. Dan ketika ini,
masih ada lagi para alim ulama yang sangat baik tingkah laku, dan akhlaknya yang
patut kita sama-sama teladani.
Itulah gambaran kasih sayang daripada insan yang mulia Rasulullah saw.
Kasih sayang itu memerlukan kerjasama.
Ia tidak bertindak sendiri dan menyendiri. Kerana, sifat kasih sayang berada pada lubuk
hati insan.
Sekiranya kita tidak memaknakannya melalui tindakan, dunia pasti sepi.
Seperti anggota tubuh kita. Andai penyakit demam melanda, maka seluruh anggota
tubuh badan terasa bahang kepanasan tersebut.
Hampir semua anggota tubuh badan kita menjadi lemah. Sampaikan, kita tidak berasa
selesa daripada siang hingga malam.
Pada keesokannya pula, kita bergegas ke klinik dan bertemu dengan doktor.
Kita meluahkan apa yang kita rasa dan lalui pada doktor. Dengan harapan, doktor
faham tentang apa yang kita alami.
Lalu, doktor pun membantu diri kita. Kerana adanya sifat kasih sayang, doktor merawat
kita sehinggalah kita benar-benar sihat dan ceria.
Kita wajib memaparkan sifat kasih sayang sepanjang hayat. Kerana, sifat kasih sayang
membentuk kerjasama dan perpaduan sesama kita.
Tidak kira suku, bangsa, bahasa, dan warna kulit, bahkan saudara se-Islam pun, kita
harus bersama-sama. Kasih sayang itu bantu-membantu dan bersatu-padu.
Ia akan huru-hara sekiranya kasih sayang itu bercerai-berai dan mampu merosakkan
sifat fitrah makhluk itu sendiri.
Maka, wujudkanlah sifat kasih sayang ini, hidup kita akan lebih harmoni dan sejahtera.
Mulakanlah sifat kasih sayang pada diri sendiri terlebih dahulu dengan menghargai diri
dan diikuti insan-insan yang terdekat.
Tebarkanlah sifat kasih sayang ini, bukan kerana ingin dihargai semata-mata di mata
manusia.
Tetapi kita bersifat kasih sayang kerana kasih sayang Allah dan RasulNya itu lebih
besar, mulia, dan agung.
Berkasih sayang itu tanda kita bersyukur.
Berkasih sayang itu tanda kita taat setia. Berkasih sayang itu tanda kita memelihara
amanah.
Berkasih sayang itu menandakan bahawa kita kasih dan sayang pada Allah dan
RasulNya juga.
Orang yang saling berkasih sayang demi keagunganKu akan mendapat mimbar-
mimbar daripada cahaya, hinggakan para nabi dan syuhada juga cemburu
dengan mereka.
(Riwayat Al Tirmizi)

***

Anda mungkin juga menyukai