Anda di halaman 1dari 4

Pertama Kali Jatuh Hati

06/10/2013 By Muhamad Naim Abd Manaf 2 Comments



Jatuh Hati | my lovely delusions by knightsha

Walau perit dan pedih, mentari tetap ada
Pertama kali jatuh hati
Pertama kali jatuh hati, rasa itu Manis. Indah. Bahagia. Itulah perasaan yang tersorok
jauh nun di lubuk hati. Lalu memasang angan. Bertukang impian. Aku dan dirimu diijab
kabul.
Berada dalam hubungan halal yang membahagiakan. Bersama kita mencipta sebuah
keluarga bahagia. Kita dan permata-permata hati pelengkap sebuah keluarga
bahagia. Setia dan bahagia hingga hujung nyawa.
Setiap di antara kita tentunya pernah miliki angan demikian. Lebih lagi tatkala jatuh hati
dan hati telah terisi dengan si dia. Mahu memiliki insan tersayang dalam ikatan
pernikahan.
Namun bukan semua angan dapat digenggam. Ada yang sempat menikmati alam
rumah tangga, kekal hingga mata terkatup selamanya. Ada yang separuh jalan,
bercerai. Ada yang langsung tidak sempat nikmati bahagia yang sah. Bertebaran di
jalan impian.
Itulah kehidupan di bumi Allah ini. Kita merancang Allah menentukan. Perancangan
Allah yang cukup rapi dan indah. Angan dan impian adalah milik kita, namun takdir kita
milik Allah yang esa.
Bila jatuh hati, tidak semua akan bersambut, tidak semua akan berjaya..
Pada yang tidak kesampaian, memang luka. Pedih. Derita. Sakitnya begitu mencucuk.
Lebih sakit daripada tercucuk duri nibong.
Luka yang nampak akan pulih akhirnya. Tetapi luka yang tersimpan, terselit tanpa dapat
dibaca oleh sesiapa. Hanya Allah yang tahu. Hanya diri sendiri yang menyimpan
sekam.
Bukan tidak ada yang membawa luka sehingga bertahun lamanya. Frust menonggeng
bahasa anak-anak muda sekarang. Berputus asa, sehinggalah tekad tidak mahu
kahwin sampai bila-bila. Begitu sekali kesan luka yang mendalam. Kecewa yang
meranapkan kepercayaan.
Duhai sahabat yang pernah alami demikian, janganlah lemah. Jangan berputus asa.
Anda silap bila memutuskan begitu. Merugikan masa. Membazirkan perasaan. Kita
hidup di bawah takdir Allah.
Apa yang kita lalui, pahit manis luka mahupun kecewa adalah pemberian Allah. Kita
kena terima. Harus redha. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Si dia yang
membuatkan kita terluka, bukan salahnya.
Sudah begitu Allah menetapkan. Kita dan dia hanya sekadar berkongsi harapan. Tetapi
bukan ditakdirkan memiliki impian itu sama-sama.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(QS. Al-Baqarah : 216)
Ini adalah sebahagian ujian daripada Allah kepada kita. Ujian menguji keimanan.
Ganjaran kepada orang sabar dan tabah sangatlah besar. Bangkitlah sahabatku,
tinggalkan kekecewaan yang seabad berlalu.
Binalah harapan yang baharu. Mohonlah pertolongan Allah. Carilah kebahagiaan di
jalan yang benar. Melalui redha dan rahmatnya. Kita dihantar ke bumi ini demi mengutip
sebanyak pahala, untuk di bawa ke alam kekal abadi.
Berputus asa dan menghukum diri sendiri, sangatlah rugi. Berserah kepada nasib dek
luka yang mendalam, adalah mereka yang silap. Sewajarnya kita tidak terlalu mengikut
kata hati.
Yang berlalu adalah kenangan, biarlah berlalu. Kita tidak boleh hidup dalam sesuatu
yang sudah berlalu. Tidak membangunkan jiwa pun. Yang didepani adalah kenyataan.
Sebaik mungkin membina mahligai bertatahkan keimanan dan keyakinan. Berdoa dan
berusaha pada kebaikan demi akhirat yang gemilang. Insya Allah.
***

Anda mungkin juga menyukai