Anda di halaman 1dari 3

http://www.beritasemasa.com.

my/ranking-sistem-pendidikan-di-malaysia-pisa
Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia
(PISA) : Kedua Tercorot Di Asia Tenggara.
Punca? Salah Pelajar & Guru!
by Staff Berita Semasa on December 5, 2013

Berita Semasa mencari-cari juga kalau-kalau laporan terbaru bagi ranking Sistem Pendidikan
Malaysia yang menduduki kedudukan kedua tercorot di Asia Tengara yang dikeluarkan melalui
penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapat liputan dan
diperbincangkan di media arus perdana baik di Buletin Utama TV3, Berita Perdana RTM
ataupun Utusan Malaysia. Malangnya, Berita semasa tidak menjumpainya. Sejak..
Sejak daripada dahulu lagi, Berita Semasa perhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali
sistem pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi kalangan guru
Malaysia dan pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen. Relaitinya, adakah sistem pendidikan
Malaysia menjadi lebih baik?
Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia
Tenggara yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam. Vietnam
dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana
melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu
jaaaau.uuuuuhhh tertinggal di belakang Malaysia. Sekarang?
Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan
laporan terbaru PISA 2012 ini dan memberikan beberapa lasan dan punca mengapa ranking
Malaysia jatuh ketika ini :
1. Sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius
2. Format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman
3. Terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar
4. Guru-guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding
menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.
Semak Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA)




Akhirnya apabila ranking sistem pendiidkan di Malaysia jatuh sebegini, pelajar-pelajar dan guru-
guru yang dipersalahkan. Patutkah? Kongsikan pendapat anda?

Anda mungkin juga menyukai