Anda di halaman 1dari 2

http://www.malaysiakini.

com/news/248386
1:12PM - 4 Dec 2013
Sistem pendidikan M'sia di tangga 2 tercorot


Sistem pendidikan Malaysia kini menduduki tangga kedua terkebelakang di kalangan negara-
negara Asia Tenggara menurut penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), kata
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, kedudukan Malaysia yang corot di belakang Vietnam tidak dapat diterima kerana
negara itu pernah melalui zaman perang dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding
Malaysia.

"Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan
Singapura yang menduduki tangga kedua
pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan
dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di
Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah
di negara maju dan Eropah.

"Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki
tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran
sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi
Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-
negara Eropah lain," kata Rafizi (gambar atas,
kedudukan tengah) dalam kenyataannya.

Menurut Rafizi, PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah
yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi
pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca,
matematik dan sains.

Ubah sukatan pelajaran

Dalam penarafan tersebut Malaysia berada di belakang Singapura, Vietnam, dan Thailand
dengan mata yang diperolehi bagi matematik sebanyak 421 mata, 398 mata bagi membaca, dan
420 mata bagi sains.

Purata mata bagi ketiga-tiga aspek yang dinilai itu adalah 494 (matematik), 496 (membaca) dan
501 (sains).

Menurut Rafizi, beliau
menerima penjelasan rasmi
Kementerian Pendidikan
yang menggariskan sebab
kecorotan itu.

Alasan diberikan adalah
sikap murid yang
menganggap penilaian itu
tidak serius, format soalan
teks panjang yang
memerlukan pemahaman,
terjemahan dan refleksi
dengan kehidupan sebenar
dan keutamaan guru untuk
menghabiskan sukatan
pelajaran berbanding
menerapkan pemahaman
konsep kepada pelajar.

"Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah
sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan
keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang
berbeza dan sistem imbuhan atau naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya
membodek," katanya.

Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan kepada
pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti
masalah-masalah sistem pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai