Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN
Apabila berbicara soal Perjanjian Waitangi 1840, ingatan dan memori pengkaji Sejarah pasti
tertumpu kepada negara New Zealand iaitu sebuah negara kepulauan yang terletak di Barat
Daya Lautan Pasifik yang mencakupi dua buah pulau yang utama iaitu Pulau Utara dan
Pulau Selatan termasuklah beberapa pulau kecil seperti Pulau Rakiura dan Pulau Stewart.
Berdasarkan catitan sejarah, New Zealand merupakan negara yang masyhur kerana
kedudukan geografinya yang terpencil dan terletak 2000 km dari Tenggara Australia.
Manusia pertama yang menetap di New Zealand adalah berasal dari Pulau-pulau Polinesia
dan datang ke New Zealand menggunakan perahau kecil yang dikenali sebagai Waka untuk
belayar dan mengembara sehinggalah tiba ke New Zealand. Perkembangan kegiatan
menangkap ikan paus dan anjing laut telah mendorong kedatangan orang Eropah ke New
Zealand bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan paus dan anjing laut bagi tujuan
perdagangan di kawasan pinggir laut New Zealand menggunakan kapal William and Ann.
1

Pada asasnya, manusia awal yang menetap di New Zealand berasal daripada
bangsa Polinesia yang dikenali sebagai orang Maori dan telah menetap di New Zealand sejak
beberapa tahun dahulu sebelum bangsa Eropah datang ke New Zealand untuk meluaskan
pengaruh mereka. Nama Maori diperoleh daripada gelaran yang terkenal dalam kalangan
bangsa Maori iaitu Tangata Maori yang ditakrifkan sebagai orang biasa dan lazimnya
digunakan bagi membezakan bangsa Maori dengan pendatang asing Eropah yang digelar
Pakeha. Bangsa Maori menggelarkan nama kepulauan yang didiami oleh mereka sebagai The
Land of The Long White Cloud atau Tanah Berawan Putih yang Panjang bagi
menggambarkan bentuk muka muka bumi dan ciri-ciri fizikal kepulauan ini yang dilitupi salji.
Orang Maori sering dikaitkan dengan aktiviti pelayaran dan pengembaraan kerana kemahiran
yang dimiliki oleh mereka dalam mengemudi kapal atau kanu semasa pelayaran yang dapat
menampung 150 orang Tahiti ke New Zealand. Bukan itu sahaja, orang Maori juga mahir
dalam ilmu bertempur sehingga menyebabkan mereka berjaya menjadi pejuang atau
prajurit yang terbaik di kepulauan berkenaan.
Keadaan ini telah menarik minat James Cook sepanjang pelayarannya terhadap
pejuang-pejuang Maori, wanita Maori, teknik penghasilan dan pembuatan senjata Maori,
petempatan dan perkampungan mereka termasuklah kanu yang digunakan semasa aktiviti
pelayaran.
2
Hal ini telah mendorong Kapten Cook berlabuh di kepulauan berkenaan, berlayar

1
Belich James. 1996. Making People : A History of the New Zealanders from Polynesian Settlement to
the End of the Nineteenth Century. Penguin Press, hlm 102.
2
W. D. Hambly. 1920. The Native Races of Australasia. Morrison & Gibb Ltd, Edinburgh, hlm 43-44.
dari Utara ke Selatan sehingga mengambil keputusan untuk mendarat dan mengambil
beberapa tahun untuk memahami gaya hidup masyarakat yang mendiami pulau tersebut.
Semasa pelayaran yang pertama, Kapten James Cook telah mengambil masa lebih daripada
enam bulan untuk mengelilingi seluruh pulau dan melihat potensi serta keadaan pulau
berkenaan untuk dimajukan.
3
Natijahnya, James Cook telah mengibarkan bendera Union
Jack di Mercury Bay dan mengisytiharkan pemilikan terhadap pulau berkenaan.
4
Hasil
daripada pelayaran Kapten James Cook ke kawasan kepulauan berkenaan, ramai orang
Eropah telah mengikuti jejak langkah Kapten Cook dan telah menjadi pendatang baru ke
New Zealand. Keadaan ini telah menjadi titik mula kepada perpindahan dan kemasukan
beramai-ramai orang Eropah untuk menetap di New Zealand dan membawa banyak barang
dagangan untuk kegiatan perdagangan dan aktiviti bertukar barang.
Khabar berita mengenai kedatangan Kapten James Cook ke pulau tersebut telah
tersebar ke negara lain di sekitar Eropah dan mendorong bangsa lain datang ke New
Zealand seperti Portugis, Sepanyol dan Perancis. Pada dasarnya, kedatangan bangsa ini ke
New Zealand adalah untuk berdagang, menyebarkan agama ataupun sekadar menjadikan
New Zealand sebagai tepat persinggahan. Walaubagaimanapun, lama-kelaman tujuan asal
kedatangan orang-orang Eropah ini mula beralih arah dan cuba untuk memiliki dan
mentadbir New Zealand sehingga mendorong kepada ketegangan antara bangsa Eropah
dengan penduduk asal pulau berkenaan iaitu orang Maori. Konflik dan salah faham yang
berlaku dalam kalangan orang Eropah dan orang Maori telah membawa kepada pemeteraian
perjanjian Waitangi 1840. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Waitangi atau Treaty of
Waitangi kerana perjanjian ini telah ditandatangani di Waitangi yang terletak di kawasan
kepulauan Bay. Perjanjian ini telah ditandatangani dan dipersetujui oleh kaum Maori yang
terdiri daripada 43 puak di New Zealand dengan wakil British, William Hobson pada 6
Februari 1840.
Perjanjian ini telah ditulis dalam dua versi yang berbeza iaitu versi Bahasa Inggeris
dan Bahasa Maori. Namun begitu, kewujudan dua variasi bahasa dalam menterjemahkan
maksud perjanjian telah menyebabkan salah faham berlaku sehingga perjanjian ini dicetak
sebanyak sembilan salinan yang bertujuan untuk mengatasi masalah salah faham dengan
mengumpulkan tandatangan suku-suku yang berbeza di New Zealand.
5
Hasilnya, perjanjian
ini telah ditandatangani dan dipersetujui oleh 500 ketua suku untuk meletakkan nama

3
Jeanine Graham. 1998. The Far East and Australian : 29

Edition. England : Europe Publications
Limited, hlm 723.
4
Robert Stout & J.Logan Stout. 1911. New Zealand. London :Cambridge University Press, hlm 27.
5
Jerry, H. Bently. 2001. The Oxford Handbook of World History. Oxford University Press, hlm 101.
mereka dalam perjanjian Waitangi 1840 menggunakan versi Maori. Meskipun perjanjian ini
telah dicetak dalam banyak salinan, namun terdapat salinan yang tidak dijaga dan disimpan
dengan baik dek kerana kebakaran dan digigit tikus.
6
Pemeteraian perjanjian ini juga telah
menjadi titik tolak dan pemberian lesen kebenaran kepada Yang Mulia Ratu Inggeris untuk
membeli tanah daripada penduduk asli di New Zealand yang terdiri daripada orang Maori.
Berbalik kepada konteks perjanjian Waitangi, kandungan yang dipersetujui oleh orang
Eropah dan Maori pada tahun 1840 dan sebarang perundangan yang dimeterai pada tahun
berikutnya antara kedua-dua pihak, orang Maori tetap diberi jaminan terhadap hak mereka
untuk menggunakan laut sebagai sumber makanan dan temapat untuk menjalankan upacara
keagamaan (Spiritual ) dan kebudayaan mereka. Maka, berdasarkan perjanjian ini, orang
Maori yang berada di New Zealand akan diberikan perlindungan, hak dan taraf yang sama
seperti orang British yang datang ke New Zealand.















6
Alexander Turnbull. 2005. The Journey of Treaty. National Library of New Zealand : State Service
Commision, hlm 1-2.
2.0 FAKTOR-FAKTOR PERJANJIAN WAITANGI 1840
Sebarang perjanjian yang dimeterai dalam mana-mana catatan Sejarah pasti dikaitkan
dengan pelbagai faktor-faktor yang melitupi pelbagai sebab yang saling berkait dan memberi
kesan ke atas yang lain. Analisis dan pembacaan yang menyeluruh terhadap pelbagai
sumber mengenai perjanjian Waitangi 1840, telah membantu dalam mengenalpasti
beberapa faktor penting yang mendorong kepada termeterainya perjanjian ini seperti rasa
tidak puas hati penduduk asli Maori, persaingan kuasa Eropah dan sikap orang Eropah yang
tidak menghormati hak kaum majoriti, undang-undang Maori dan peraturan yang telah
ditetapkan dalam perjanjian Waitangi 1840.
2.1 Rasa tidak puas hati.
Pada awalnya penerimaan terhadap kemasukan penduduk Eropah ke New Zealand
merupakan langkah pertama yang diambil oleh orang persorangan untuk cuba menembusi
pasaran atau peluang untuk membuka perusahaan baru di kawasan baharu. Selain itu,
Eropah juga mempunyai tujuan lain datang ke sesuatu kawasan dan tujuannya adalah untuk
kepentingan ekonomi dan mengumpul kekayaan seperti kedatangan mereka ke negara-
negara lain sepeti Tanah Melayu dan sebagainya. Melihat kepada usaha ini, kedatangan
James Cook ke New Zealand telah membuka New Zealand kepada kuasa Eropah lain. Seperti
yang kita sedia maklum bahawa golongan Maori merupakan etnik terbesar yang terdapat di
New Zealand dan aktiviti ekonomi seperti menangkap ikan paus dan hasil laut merupakan
aktiviti tradisi yang sudah diusahakan sekian lama oleh kelompok ini. Kedatangan Eropah ke
New Zealand telah menganggu gugat penguasaan ekonomi oleh golongan tempatan,
keadaan ini dapat dilihat apabila Eropah sudah mulai menguasai ekonomi di New Zealand
pada masa itu. Terdapat juga kes seperti kenaikan harga barangan, iaitu apabila orang
Eropah membeli daripada golongan Maori dengan harga yang murah, tetapi Eropah
menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada yang lain. Keadaan ini dilihat telah
menutup pendapatan orang Maori yang hanya mengharapkan kedatangan orang luar ke
New Zealand. Keadaan ini termasuklah pemilikan tanah oleh orang Eropah di New Zealand.
Bagi mengawal aktiviti monopoli sistem ekonomi oleh Eropah, golongan Maori telah
bertindak untuk membuat perjanjian iaitu perjanjian Waitangi pada tahun 1840.



2.2 Sikap Orang Eropah
Sikap orang Eropah yang datang ke New Zealand juga merupakan faktor yang turut
mendorong kepada termeterainya Perjanjian Waitangi 1840. Berbalik kepada konteks sikap
orang Eropah, perbincangan akan berfokus kepada sikap orang Eropah yang datang ke New
Zealand dengan bebas dan sikap orang Eropah yang tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Pertama, kedatangan orang Eropah tanpa kawalan dan sekatan daripada pihak
British menyebabkan peningkatan migrasi dalam kalangan orang Eropah ke New Zealand.
Pada akhir tahun 1830-an, ramai orang Eropah telah tiba ke New Zealand dan
kebanyakannya berasal dari Australia. Bilangan kemasukan orang Eropah ini semakin
meningkat pada tahun 1840 dan dianggarkan bilangannya mencecah angka 20 000 orang.
Kemasukan Imigran Eropah dan British ke New Zealand adalah disebabkan oleh pembukaan
New Zealand Company pada tahun 1825 yang bertanggungjawab untuk membeli tanah
orang Maori untuk kegunaan peneroka dari Eropah.
Hasil daripada pembukaan kilang ini, pihak British telah membeli sebidang tanah di
Hokionga daripada orang-orang Maori. Walaubagaimanapun, pihak British tidak
menggalakkan pembinaan petempatan di kawasan lain untuk menampung orang-orang
Maori yang tidak mempunyai tanah untuk membina rumah dan menetap menggantikan
tanah meraka yang telah dibeli oleh pihak British.
7
Tindakan pihak British yang tidak
menggalakkan pembinaan petempatan baru ini dianggap bercanggah dengan peraturan dan
persetujuan awal dalam fasa perbincangan yang telah dilakukan antara pihak British dan
orang Maori. Semasa pembukaan kilang ini dilakukan, pihak British telah mengisytiharkan
bahawa New Zealand bukanlah tergolong sebagai tanah jajahan British dan orang Maori
masih mempunyai tanggungjawab terhadap tanah yang dimiliki oleh mereka. Namun
hakikatnya, tindakan ini hanyalah bertujuan untuk mengaburi mata kaum Maori agar
kepercayaan mereka terhadap pihak British tidak berbelah bagi disamping mengelakkan
pelbagai tentangan daripada kaum Maori. Maka, pihak British telah menggunakan alasan
untuk memberi perlindungan kepada orang Maori daripada kuasa Eropah lain. Penindasan
keatas golongan dapat dilihat di situ dengan jelas, keadaan ini juga mendorong Maori untuk
membuat sebuah persetujuan dengan termetrainya perjanjian Waitangi 1840 yang mana
bercerita tentang hak pemilikan tanah.



7
Ibid, hlm 8
2.3 Persaingan Kuasa Eropah
Status New Zealand yang bebas daripada jajahan mana-mana kuasa asing khususnya dari
Eropah menyebabkan wujudnya persaingan dalam kalangan negara-negara Eropah untuk
campur tangan dan menjajah New Zealand. Hal ini didorong oleh sikap British yang
diibaratkan seperti permainan tarik tali sehingga menarik minat kuasa Eropah lain untuk
menjajah New Zealand. Tambahan pula, kepesatan perdagangan dan pembukaan
petempatan baru untuk orang Eropah telah menyebabkan para pedagang yang terdiri
daripada orang Eropah berminat untuk menetap di New Zealand. Tidak terhad kepada
golongan pedagang semata-mata, tetapi keadaan ini telah menarik minat golongan mubaligh
Kristian untk datang ke New Zealand dan menyebarkan agama Kristian dalam kalangan
orang Maori.
Hal ini telah menyebabkan pihak British berusaha mengenakan kawalan dan
sekatan terhadap New Zealand daripada pengaruh kuasa Eropah lain. Meskipun tindakan
British ini dianggap salah dari segi undang-undang kerana New Zealand belum ditadbir oleh
mana-mana wakil kerajaan British mahupun tertakluk dalam sistem perundangan namun
British tetap menggiatkan usaha untuk menakluki New Zealand kerana mereka beranggapan
bahawa mereka adalah kuasa Eropah pertama yang menemui dan mengembara ke New
Zealand. Kebimbangan pihak British semakin meruncing apabila Perancis bercita-cita untuk
meluaskan pengaruh mereka ke New Zealand dan menubuhkan sebuah negara baru di New
Zealand yang diberi gelaran Charles de Thierry.
2.4 Perang Musket 1818-1840.
Perang Musket ialah perang senjata, perang ini sudah lama berlaku disebabkan setiap ketua
kaum mahu menunjukkan kekuatan dan memonopoli suatu kawasan. Perang ini juga telah
dilihat oleh Britain sebagai satu pasaran dimana senjata-senjata yang dibekalkan
mendatangkan keuntungan kepada mereka. Senjata yang dibekalkan oleh pihak British
adalah senjata yang tidak bermutu namun sangat berbahaya kerana penghasilan peluru
senjata adalah mudah dan bebas. Permulaan perang Musket atau perang senjata ini adalah
disebabkan perasaan ingin membalas dendam Hongi Hika iaitu salah satu ketua suku kaum
yang menuntut penculikan dan kematian anak saudaranya yang dimakan oleh puak
Ngatipuro. Golongan Maori ini adalah golongan yang memakan sesama manusia iaitu
karnibal. Hongi Hika telah menghapuskan puak Ngatipuro sepenuhnya. Perang ini tidak
terhenti disitu sahaja, mereka yang memiliki senjata ini menggunakannya untuk meluaskan
kuasa dan menjual tanah yang diperolehi mereka kepada golongan Eropah.
Penjualan secara bebas, British melihat akan membuka New Zealand kepada kuasa
Eropah lain. British juga khuatir kemasukan pasaran Prancis ke New Zealand kerana pada
masa itu, Prancis terkenal dengan pengeluaran senjata yang hebat dan akan menganggu
pendapatan British di New Zealand. Keadaan ini menyebabkan British bersetuju untuk
mendatangani perjanjian Waitangi pada tahun 1840-an iaitu antara Maori dengan wakil Ratu
Vectoria.

3.0 PERJANJIAN WAITANGI 1840.
Pada tahun 1839 , Kapten William Hobson dilantik sebagai Leftenan- Gabenor dan diberikan
tanggungjawab untuk mendapatkan kedaulatan British ke atas New Zealand oleh rundingan
daripada Perjanjian antara Maori dan taktha kerajaan. Setiausaha Kolonial , Lord Normanby ,
diarahkan oleh Hobson mengenai "Semua urusan dengan orang asli berkaitan dengan tanah
mereka perlu dijalankan ke atas prinsip-prinsip yang sama seperti keikhlasan , keadilan, dan
iman yang baik kerana mesti mentadbir urus niaganya dengan mereka untuk pengiktirafan
Kedaulatan Her Majesty dalam Kepulauan. Anda tidak harus dibenarkan untuk membuat
apa-apa kontrak di mana mereka mungkin menjadi penulis jahil. Anda juga tidak akan
membeli dari mereka mana-mana Wilayah pengekalan yang bagi mereka akan menjadi
wilayah penting atau yang sangat kondusif untuk keselesaan sendiri , keselamatan atau sara
hidup mereka sebagai contohnya. Pemerolehan tanah oleh taktha kerajaan untuk
penyelesaian masa depan pelajaran British mesti terhad kepada daerah seperti bumiputera
boleh diasingkan tanpa kesusahan atau kesulitan yang serius kepada diri mereka sendiri .
Untuk menjamin kepatuhan kepada peraturan ini, ianya akan menjadi salah satu tugas
pertama pelindung rasmi mereka". Dalam menjalankan arahan beliau , Hobson bergantung
atas nasihat dan sokongan daripada beberapa pendakwah yang bekerja di New Zealand,
serta setiausaha James Freeman, dan James Busby yang telah berada di New Zealand sejak
tahun 1833 sebagai Residen British (wakil konsul). Hobson juga bergantung pada perjanjian
British sebelum ini sebagai contoh, perjanjian ini telah digubal dalam bahasa Inggeris dan
mesyuarat awal telah diadakan di Waitangi pada 5 Februari untuk berbincang dengan kira-
kira 500 Maori dan kira-kira 200 saksi Pakeha. Perjanjian pertama telah ditandatangani di
Waitangi pada 6 Februari oleh lebih 40 orang ketua-ketua.
8
Pada awalnya memang terdapat
40 orang tetapi telah berganda kepada 500 orang ketua-ketua.

8
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 2.
Lebih daripada 500 ketua-ketua mempunyai tandatangan atau cap mereka dalam
satu atau lain-lain sembilan salinan Perjanjian yang ditandatangani. Di Waitangi dan
Waikato, terdapat dua teks perjanjian iaitu teks bahasa Inggeris dan teks Maori (Claudia
Orange, 1987).
9
Dua ratus salinan teks Maori telah dicetak pada 17 Februari untuk diedarkan
kepada penandatangan yang berpotensi. Hampir semua ketua-ketua menandatangani pada
salah satu daripada beberapa salinan tulisan tangan Perjanjian dalam teks Maori. Hanya 39
ketua menandatangani perjanjian teks Bahasa Inggeris. Henry Williams menterjemahkan
Perjanjian dalam bahasa Maori pada 4 Februari dan pada 6 Februari atau beberapa hari
kemudian, beliau menterjemahkan kembali teks Maori ke dalam bahasa Inggeris. Ini
menjadikan "teks Bahasa Inggeris sebagai perjanjian rasmi". Ia dianggap bahawa teks
Maori dan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris mempunyai maksud yang sama, tetapi
didapati bahawa terjemahaan Henry Williams menunjukkan perbezaan dari teks sebenar.
Perbezaan yang ketara dalam kedua-dua teks seperti Perkara 1 yang menggambarkan apa
yang telah diberikan oleh Maori "semua hak-hak dan kuasa kedaulatan" dalam teks bahasa
Inggeris atau " te kawanatanga katoa " dalam teks Maori. Satu lagi perbezaan dalam kedua-
dua teks dalam Perkara 2 ialah yang menggambarkan apa jaminan taktha kerajaan untuk
Maori adalah berkenaan dengan harta benda mereka. Ia telah berhujah bahawa "pemilikan
eksklusif dan tidak terganggu penuh" bukanlah suatu terjemahan yang tepat dari "te Tino
rangatiratanga" dalam teks Maori. Ia diterima secara meluas bahawa penggunaan perkataan
"kawanatanga" dan "Tino rangatiratanga" menyumbang kepada salah faham ke atas ketua-
ketua untuk berapa banyak kuasa yang mereka dapat kekalkan berbanding dengan gabenor.
Tidak dinafikan bahawa ketua-ketua yang menandatangani dijangka masuk ke dalam
beberapa jenis kerjasama dan perkongsian kuasa dalam perusahaan baru akan mewujudkan
fungsi negara-bangsa di New Zealand. Pengesahannya, hanya terdapat satu perjanjian
walaupun terdapat perbezaan antara kedua-dua teks. Rujukan semasa kepada perjanjian
dalam undang-undang bertujuan untuk merapatkan perbezaan dengan merujuk kepada
"prinsip" perjanjian ini menjadi teras kepada konsep-konsep asas yang menyokong kedua-
dua teks.
10

Mukadimah versi Bahasa Inggeris menyatakan niat British adalah untuk melindungi
kepentingan Maori dari British, menyediakan penyelesaian British dan mewujudkan sebuah
kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman. Manakala teks Maori
menunjukkan penekanan yang berbeza bahawa janji-janji utama ratu untuk Maori adalah

9
Claudia Orange. 1987. Treaty of Waitangi. Wellington: Allen & Unwin. Hlm 90.
10
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 3.
untuk menyediakan sebuah kerajaan yang memberi perlindungan kepada suku bangsa
rangatiratanga dan melindungi pemilikan tanah Maori.
11

Perkara Pertama-Teks Bahasa Inggeris
Ketua-ketua suku bangsa Gabungan Syarikat New Zealand dan Ketua-ketua berasingan dan
bebas yang tidak menjadi ahli Gabungan menyerahkan secara mutlak semua hak-hak dan
kuasa-kuasa kedaulatan kepada Ratu England.
12


Perkara Pertama-Terjemahan Bahasa Inggeris dari teks Maori
Ketua-ketua Persekutuan dan Ketua-ketua yang tidak menyertai gabungan ini memberi
secara mutlak tanah mereka kepada kerajaan Ratu England.
13


Perbezaan utama ialah, dalam perjanjian teks Bahasa Inggeris, pemimpin Maori
memberikan " semua hak dan kedaulatan kuasa " ke atas tanah mereka kepada ratu.
Perjanjian dalam teks Maori pula menyatakan, pemimpin Maori memberikan sepenuhnya
tanah mereka kepada Permaisuri.
14

Perkara Kedua- Teks Bahasa Inggeris
Ratu England mengesahkan dan memberi jaminan kepada Ketua-ketua dan suku kaum di
New Zealand dan kepada keluarga masing-masing dan pemilik individu bahawa hak
pemilikan tanah kaum Maori dijamin sepenuhnya dan tidak akan diganggu meliputi tanah,
ladang, hutan dan kawasan perikanan dan pemilikan yang lain. Tetapi Ketua-ketua dari
Kesatuan suku kaum dan Ketua individu tunduk kepada Baginda dengan memberi hak
eksklusif kepada Ratu ke atas pembelian tanah melalui konsep pre-emption sepertimana
yang telah dipersetujui oleh pemilik dan perunding baginda yang dilantik.
15


Perkara kedua-Terjemahan Bahasa Inggeris dari teks Maori
Ratu England bersetuju untuk melindungi ketua-ketua, suku kaum dan semua orang di New
Zealand dalam menjalankan latihan yang tidak berkelayakan terhadap ketua atau pemimpin

11
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 9.
12
The Treaty of Waitangi- Retrieved 2013 November 13 from Www.nzhistory.net.nz/files/document/treaty-
Kawharau-footnotes.pdf
13
Ibid.
14
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 6.
15
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 7.
mereka ke atas tanah, kampung dan semua harta mereka. Tetapi di sisi lain, Ketua
Persatuan dan semua Ketua akan menjual tanah kepada Ratu pada harga yang dipersetujui
oleh pemilik tanah dan pembeli tanah iaitu yang dilantik oleh Ratu sebagai ejen pembeli
tanah.
16

Perbezaan utama ialah, Dalam teks perjanjian Bahasa Inggeris, hak pemilikan tanah
Maori dijamin sepenuhnya dan tidak akan diganggu meliputi tanah, ladang, hutan dan
kawasan perikanan serta pemilikan yang lain dan ketua memberi hak eksklusif kepada Ratu
ke atas pembelian tanah melalui konsep pre-emption sepertimana yang telah dipersetujui
oleh pemilik dan perunding baginda yang dilantik. Perjanjian dalam teks Maori pula, Ratu
England bersetuju untuk melindungi ketua-ketua, suku kaum dan semua orang di New
Zealand dalam menjalankan latihan yang tidak berkelayakan terhadap ketua atau pemimpin
mereka ke atas tanah, kampung dan semua harta mereka. Maori juga bersetuju untuk
memberikan hak kepada Ratu untuk membeli tanah daripada mereka yang harus dijual dan
ingin dijual.
17

Perkara ketiga-Teks Bahasa Inggeris
Sebagai balasan, Ratu England memberi perlindungan meliputi Anak Negeri di New Zealand
dan memberikan rakyat hak dan keistimewaan yang sama seperti British. Di Waitangi, Ketua-
ketua berasingan dan Bebas dari New Zealand mendakwa mereka berkuasa ke atas
Puak dan Wilayah yang dinyatakan selepas nama masing-masing, yang telah dibuat
sepenuhnya untuk memahami Peruntukan Perjanjian selepas menandatangani perjanjian di
hadapan para saksi pada 6 februari 1840.
18


Perkara ketiga-Terjemahan Bahasa Inggeris teks Maori
Perkara yang dipersetujui dalam perkara ketiga ini adalah mengenai dengan Kerajaan Ratu.
Ratu England akan melindungi semua rakyat biasa di New Zealand dan akan memberikan
mereka hak dan kewarganegaraan yang sama dan kewajipan sebagai rakyat England. Konsul
W. Hobson & Leftenan Gabenor, Ketua Gabungan dan daripada suku kaum New Zealand
mengadakan mesyuarat di Waitangi setelah melihat terma perjanjian dan nama serta cap
mereka direkodkan yang dilakukan di Waitangi pada 6 Februari 1840.
19


16
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 11.
17
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 7.
18
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 8.
19
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 12.
Perbezaan utama tidak wujud dalam kedua-dua terjemahan teks bagi perkara ketiga
di mana dalam perjanjian teks Maori, Ratu memberi jaminan bahawa Maori akan mempunyai
perlindungan dari Ratu dan memberi semua hak seperti yang diberikan kepada rakyat
British. Ini dianggap terjemahan bahasa Inggeris yang saksama.
20


Prinsip Perjanjian Waitangi
Perjanjian Waitangi dianggap sebagai sumber penting dalam perlembagaan New Zealand.
Walau bagaimanapun, Perjanjian Waitangi yang disebut berasingan dalam Akta 62 Parlimen.
Kebanyakan undang-undang tidak mempunyai rujukan kepada Perjanjian. Kebanyakan
rujukan perundangan tidak merujuk kepada teks Perjanjian tetapi kepada " prinsip"
Perjanjian. Ini adalah kerana kedua-dua teks Perjanjian telah membawa kepada pemahaman
yang berbeza dan kerana keperluan untuk memohon Perjanjian dengan keadaan dan isu-isu
hari ini. Mereka mencerminkan niat Perjanjian secara keseluruhan tetapi tidak terhad kepada
syarat-syarat nyata Perjanjian. Contohnya, rujukan kepada prinsip-prinsip Perjanjian dalam
undang-undang termasuk seksyen 6 Akta Perjanjian Waitangi 1975, yang memberi bidang
kuasa Tribunal Waitangi untuk menyiasat dakwaan bahawa tindakan atau peninggalan
taktha adalah " tidak konsisten " dengan " prinsip-prinsip Perjanjian Waitangi ". Seksyen 9,
Akta 1986 menyatakan bahawa " apa-apa dalam Akta ini boleh membenarkan taktha untuk
bertindak dengan cara yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip Perjanjian Waitangi ".
21


4.0 KESAN PERJANJIAN WAITANGI 1840.
Perjanjian Waitangi yang termeterai pada 6 Februari tahun 1840 di Waitangi Kepulauan
Bay merupakan impak sikap Eropah yang bertindak kurang ajar ketika datang ke New
Zealand dengan tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Hal inilah yang
sebenarnya pendorong utama ke arah terbentuknya Perjanjian Waitangi sehingga mana
membawa pelbagai kesan yang mendalam kepada masyarakat New Zealand termasuk
masyarakat British yang menetap di New Zealand. Keadaan ini boleh dilihat dalam dua aspek
yakni kesan terhadap kaum Pribumi iaitu kaum Maori di New Zealand dan pihak British itu
sendiri.


20
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 8.
21
The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service
Commission. Hlm 8.
A. Kesan Terhadap Pribumi (Kaum Maori).

1. Meletakkan Kaum Maori dalam Satu Bentuk Kesatuan Pentadbiran.
Sebelum Perjanjian Waitangi termeterai, Hobson yang dilantik sebagai Gabenor New
Zealand memegang kuat arahan yang diperolehinya daripada pegawai atasannya yang
mana di arahkan untuk membimbing dasar awal pentadbiran di New Zealand
berdasarkan bantuan Dewan Eksekutif dan Perundangan. Atas sebab itu, Hobson telah
melaksanakan satu perancangan awal untuk New Zealand pada tahun 1837 iaitu
mengambil keputusan membahagikan New Zealand kepada beberapa bahagian daerah
yang mana dikawal oleh orang British. Dengan itu, pada Mei tahun 1841 sebuah Majlis
Perundangan akhirnya dibentuk dengan secara langsung melantik Eksekutif yang
memperlihatkan 3 orang ahli Eksekutif itu adalah ahli Majlis Perundangan sendiri. Selepas
beberapa minggu kemudian, pertemuan pertama Majlis Perundangan telah diadakan
sehingga akhirnya membawa kepada pembentukan satu Ordinan baru yakni mengenai
Undang-undang di New South Wales iaitu Dependency of New South Wales disamping
mewujudkan sistem Mahkamah yang bertujuan untuk memastikan keamanan lebih
terpelihara
22
. Keadaan ini secara terangnya menunjukkan permulaan pentadbiran New
Zealand melalui pelantikan Gabenor yang mendapat bantuan Dewan Eksekutif dan
Perundangan. Justeru, pada 3 Mei 1841, sebuah pengisytiharan telah dikeluarkan
bahawa Ratu England telah menamakan Pulau Utara New Zealand sebagai New Ulster,
Pulau Selatan sebagai New Munster dan Pulau Stewart sebagai New Leinster
23
.
Pada tahun 1846, Parlimen telah memberikan pemerintahan perwakilan kepada New
Zealand yang akhirnya kerajaaan bandar ditubuhkan untuk membahagikan tanah jajahan
kepada 2 bahagian atau lebih wilayah berasingan. Malahan, pembentukan sistem
perwakilan yang dibenarkan British telah mewujudkan Majlis Umum untuk koloni yang
terdiri daripada Gabenor, Majlis Perundangan dan Majlis Perwakilan Rakyat
24
. Selain itu,
2 tahun selepas itu yakni pada tahun 1848, Gabenor dan Majlis Perundangan telah
bertindak menubuhkan sebuah Dewan Wilayah Ordinan yang berfungsi untuk
pembentukan Dewan Wilayah di dua wilayah iaitu New Ulster dan New Munster bahkan,
di New Ulster turut dibentuk sebuah Majlis Perundangan dan Majlis koloni. Tatkala Majlis
Perundangan Jajahan terus menjadi parlimen New Zealand sehingga tahun 1852, dimana

22
Paul Moon, (1840), Title Three Historical Interperetation of The Treaty or Waitangi, hal 124.
23
THE HON. SIR ROBERTSTOUT and LOGAN STOUT, New Zealand, JOHN CLAY, M.A. AT THE UNIVERSITY
PRESS,1911,Hlm.86
24
WILLIAM DOWNIE STEWART,DEMOCRACY IN NEW ZEALAND, G. BELL AND SONS, LTD.,1914, hlm. 64
wujudnya undang-undang perlembagaan baru. Perlembagaan baru inilah yang berjaya
mencipta sistem perlembagaan yang pertama termasuk sistem Legislatif bikameral dan
Dewan Provinsi
25
. Setelah itu, tahun 1854, parlimen yang pertama berada di bawah
perlembagaan baru mula dibentuk. Hal ini memperlihatkan dua wilayah ditubuhkan di
setiap 6 wilayah iaitu Auckland, wellington, Taranaki, Nelson, Canterbury, dan Otago.
Sewaktu parlimen pertama kali bersidang, para ahli Majlis eksekutif pertama ialah
Leftenan Willoughby shorthand, Francis fisher iaitu Setiausaha Kolonial dan George
cooper, seorang Bendahara Kolonial.
Pada tahun 1870, Sistem Ballot telah diperkenalkan dalam proses pemilihan wakil
rakyat yang menunjukkan dalam sistem ini satu surat suara yang mengandungi nama-
nama calon diserahkan kepada pengundi. Setelah itu, pengundi akan memangkah calon-
calon yang tidak disukai. Pada tahun 1887, Mod redistribusi kerusi adalah berdasarkan
penduduk. Tahun yang sama bilangan menteri dalam pentadbiran tidak boleh melebihi 8
orang tapi mungkin boleh ditambah 2 orang ahli yang dibayar daripada Lembaga
Eksekutif yang merupakan orang Maori atau half castes. Gabenor yang dilantik oleh Ratu
England memegang jawatan selama 6 tahun. Majlis Perundangan pula terdiri daripada 44
orang ahli dimana mereka ini dilantik oleh Gabenor atas nasihat para-para menteri.
Keahlian mereka adalah selam tujuh tahun. Dewan Perwakilan Rakyat terdiri daripada 80
orang ahli dimana 4 orang ahli adalah orang Maori yang dipilih melalui pilihan raya.
Dalam soal pilihan raya ini, orang Maori yang berumur 21 tahun keatas, tidak mengira
jantina dibenarkan mengundi
26
.

2. Wujudnya Ketidakpuasan Hati dalam Kalangan Kaum Maori.
Perjanjian Waitangi sememangnya hasil persetujuan kedua belah pihak iaitu puak Maori
dan British sehingga kedua belah pihak ini menjaga keterbatasannya dalam
menyeimbangkan kepentingan masing-masing. Berdasarkan perjanjian Waitangi Pada
1840, Ratu mempunyai hak kedaulatan terhadap pulau utara sehingga pada bulan Ogos
1840, bendara Inggeris telah dikibarkan di Akaroa. Walaubagaimanapun, Perjanjian
Waitangi 1840 yang termeterai itu dikatakan mula menimbulkan ketidakpuashatian kaum
Maori tatkala menunjukkan keadaan yang tidak seimbang terhadap kedua belah pihak.
Sekian hari perjanjian ini sering menimbulkan kritikan dan tentangan oleh kaum Maori

25
Stephen Levine, 1979, Politics In New Zealand, UNWIN Australia Pty Ltd, hal 350
26
THE HON. SIR ROBERTSTOUT and LOGAN STOUT, New Zealand, JOHN CLAY, M.A. AT THE UNIVERSITY
PRESS,1911,Hlm. 89-99
kerana mereka mendakwa dasar perluasan tanah oleh peneroka dan status puak Maori
yang dilaksanakan oleh pihak British berdasarkan perjanjian tidak memuaskan hati
mereka dan terdapat ketidakseragaman antara budaya orang Inggeris dan puak Maori
27
.
Malahan, bagi kaum Maori, hak-hak yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman telah
menjadi sasaran penghakmilikan oleh pihak British. Oleh yang demikian, kaum Maori
melihat keadaan ini sebagai satu pencabulan terhadap hak mereka.
Sebagai contoh Fasal Pertama dalam Perjanjian Waitangi 1840:
Fasal Pertama: Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa ketua kaum Maori
memberi hak penuh dan kedaulatan atas seluruh tanah kepada Ratu Victoria. Manakala
dalam teks bahasa Maori, ketua kaum Maori masing-masing mempunyai kuasa
kedaulatan dan akan diberi tapak untuk melaksanakannya.

3. Isi Perjanjian Mewujudkan Salah Faham kerana Perbezaan Maksud
Mengikut Versi Bahasa Inggeris dan Versi Maori.
Secara amnya, perjanjian Waitangi yang dipersetujui antara kaum Maori dan British
sememangnya dikatakan memberi kepentingan kepada kedua belah pihak. Namun begitu
keadaan itu dikatakan tidak berkekalan tatkala isi perjanjian mula dipelbagai versikan
terutama terjemahan versi Maori kepada versi Bahas Inggeris. Hal ini kerana terdapatnya
percanggahan dalam isi perjanjian antara Versi Inggeris dengan Versi Maori
seperti;
Fasal Pertama: Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa ketua kaum
Maori memberi hak penuh dan kedaulatan atas seluruh tanah kepada Ratu
Victoria. Manakala dalam teks bahasa Maori, ketua kaum Maori masing-masing
mempunyai kuasa kedaulatan dan akan diberi tapak untuk melaksanakannya.
Fasal Kedua : Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa pemilikan
kaum Maori terhadap tanah, kawasan mencari rezeki dan milikan lain adalah
terjamin dan mereka bersetuju menyerahkan hak pembelian tanah kepada Ratu
pada harga yang dipersetujui. Dalam teks Maori pula, jaminan kuasa pemimpin
diberikan terhadap tanah, kampung dan harta mereka serta bersetuju

27
Alexander Turnbull, National Library Of New Zealand, 2005, The Journey Or Treaty, State Services
Commission, Wellington, hal 30.
memberikan hak kepada Ratu untuk membeli tanah daripada mereka yang
ingin menjualnya kepada Ratu.
Fasal ketiga :Isi yang sama. Hobson menggunakan tipu muslihat untuk
mengaburi pemikiran kaum Maori.
Melalui fasal-fasal dalam isi perjanjian jelas kelihatan perbezaan terjemahan
sehingga dikatakan bahawa Perjanjian Waitangi memberi faedah kepada British
semata-mata dan hanya merugikan kaum Maori yang secara langsung mewujudkan
pertelingkahan dan ketidakpuasanhati dan mewujudkan konflik kekuasaan. Apatah
lagi, kaum Maori tidak berpuas hati dengan perjanjian ini adalah kerana hak-hak
mereka sebagai kaum aboriginal di New Zealand khususnya yang berkaitan dengan
penguasaan dan pemilikan tanah di tempat mereka mula dicabuli.


4. Ekonomi Kaum Maori Mula Terganggu.
Melihat kepada isi perjanjian yang termeterai antara kaum pribumi dan British
sememangnya menunjukkan sedikit kontroversi kerana terdapatnya perjanjian dalam
Versi Bahasa Inggeris dan Versi Bahasa Maori. Ketidakserasian kefahaman inilah
sebenarnya member peluang kepada British untuk mengaut keuntungan ekonomi
terhadap kaum Mori. Misalnya:
Fasal Pertama: Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa ketua kaum
Maori memberi hak penuh dan kedaulatan atas seluruh tanah kepada Ratu
Victoria. Manakala dalam teks bahasa Maori, ketua kaum Maori masing-masing
mempunyai kuasa kedaulatan dan akan diberi tapak untuk melaksanakannya.

Fasal Kedua : Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa pemilikan
kaum Maori terhadap tanah, kawasan mencari rezeki dan milikan lain adalah
terjamin dan mereka bersetuju menyerahkan hak pembelian tanah kepada Ratu
pada harga yang dipersetujui. Dalam teks Maori pula, jaminan kuasa pemimpin
diberikan terhadap tanah, kampung dan harta mereka serta bersetuju
memberikan hak kepada Ratu untuk membeli tanah daripada mereka yang
ingin menjualnya kepada Ratu.
Kalau dilihat dalam konteks kefahaman Maori sebenarnya mereka mempunyai hak
untuk melaksanakan hak dan pemilikan tanah mereka disamping mempunyai kuasa
untuk tidak menjual tanah kepada Ratu sekiranya tidak bersetuju. Namun, keadaan ini
nyata salah apabila pihak British mula memanipulasi keadaan sehingga selepas tahun
1840-an, ekonomi kaum Maori berada dalam keadaan yang agak lembap kerana
kebanyakan tanah-tanah mereka telah dibeli oleh Ratu, bahkan yang menyedihkan dan
ada juga yang dirampas. Situasi ini nyata membawa kepada pelbagai bantahan dan
tentangan kerana pembahagian tanah berlaku secara tidak adil dan keadaan ini ditambah
lagi dengan pemilikan tanah yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada kaum
Maori. Apatah lagi, pada tahun 1984, kerajaan Parti Buruh mula menjual banyak
perusahaan negara seperti bank, syarikat penerbangan dan syarikat telefon
28
.
Perbelanjaan sosial untuk pelajaran , kesihatan dan peluang pekerjaan telah dipotong.
Dengan itu, memberi gambaran bahawa ekonomi kaum Maori sebagai Pribumi New
Zealand telah terganggu kepesatannya tatkala pihak British memonopoli kelangsungan
ekonomi.

5. Maruah Orang Pribumi (Maori) Tercabar Sehingga Pemberontakan Berlaku.
Sebaik sahaja Perjanjian Waitangi 1840 ditandatangani, berlakunya pertambahan
penduduk dengan pesat di New Zealand. Hal ini berlaku kerana kemasukan golongan
migran dari United Kingdom yang berleluasa sehingga jumlah kemasukan golongan
migran ini semkin bertambah dari tahun ke tahun. Apatah lagi, dasar British yang
menggalakkan penghijrahan kaum mereka ke New Zealand. Misalnya pada tahun 1998,
jumlah penduduk mencecah angka 3,625,388 orang. Keadaan ini membuatkan kaum
Pribumi tidak senang hati kerana keadaan sebenarnya menganggu hak sebenar mereka
sebagi kaum asal di New Zealand. Oleh itu, perasaan itu telah menyebabkan kaum Maori
terasa tercabar yang mana sememangnya tidak tenteram dengan tindakan British yang
memanipulasi kaum Maori berdasarkan perjanjian yang termeterai.
Disebabkan itu, pemberontakan akhirnya telah tercetus sehingga membawa kepada
peperangan antara kaum Maori dengan pihak British. Kaum Maori memanggil
peperangan mereka dengan pihak British sebagai te riri Pakeha (The White Maoris
Anger). Peperangan bermula apabila Maori menebang bendera british di tempat bendera

28
Alexander Turnbull, National Library Of New Zealand, 2005, The Journey Or Treaty, State Services
Commission, Wellington, hal 160
di atas bukit dibawah Korororeka paada tahun 1844. Dalam perang antara Maoris dan
Pakeha yang mengikuti perjanjian Waitangi yang gagal untuk menyenangkan kedua sisi,
Maori menunjukkan banyak contoh keberanian dan ksatria. Kepala Hone Heke
menyebabkan anak buahnya untuk melakukan ini sebagai protes atas cara pihak
berkuasa merampok dia kekuasaannya sebagai kepala. Pada gilirannya, ada tiang
bendera yang baru ditubuhkan tapi Heke menebangnya juga. Kemudian, 400 Maoris
menubuhkan bendera baru sebagai tanda perdamaian
29
.


Peringkat Perang Kolonial di New Zealand:
Tahun Perang atau pembenrontakan
1845-1846 Peperangan Hone Heke atau perang pertama orang Maori
1846 Konflik di Hut
1847 Konflik di wanganui
1860-1861 Perang Taranaki pertama
1867 Perang HauHau atau perang Taranaki Kedua
1867-1869 Perang ketiga Taranaki / Kempen atau demotrasi South
Taranaki
1867-1872 Kempen atau demotrasi Tauranga Bush


6. Meningkatkan Taraf Pendidikan Kaum Maori.
Kalau dilihat kesan perjanjian Waitangi terhadap negara New Zealand sememangnya
taraf pendidikan mereka lebih baik berbanding Australia dan Negara Australasia yang
lain. New Zealand kelihatan lebih mendapat tahap pendidikan yang lebih bagus dan
teratur. Pada tahun 1847, sebuah Ordinan Pendidikan diperkenalkan dan sudah
dipersetujui oleh Yang Mulia. Ordinan ini berfungsi untuk mempromosikan pendidikan
pemuda di tanah jajahan dan menubuhkan dan memelihara sekolah, dan untuk
menyemak
sekolah dan untuk menyumbang terhadap sokongan

29
Ian Mudie, New Zealand Today, 1975, Kaye and ward LTD. Hlm. 92.
ditubuhkan sekolah- sekolah lain. Melaui ordinan ini pendidikan agama dan latihan
industry diterapkan
Malahan, Selepas perjanjian Waitangi 1840 ditandatangani kanak-kanak di New
Zealand mula didedahkan dengan pendidikan formal. Keadaan itu boleh dilihat di wilayah
Nelson, kanak-kanak yang berumur 14 tahun ke bawah telah mula ke sekolah. Menjelang
tahun 1877, setiap wilayah mula menitikberatkan pendidikan yang mana banyak sekolah
telah didominasi oleh misi Anglican, Catholic dan Methodist. Namun, apabila kerajaan
mengambil alih pentadbiran sekolah kebangsaan, sistem ini dimansuhkan. Bahkan, dalam
Akta Pendidikan 1877 yang ditubuhkan menunjukkan kerajaan mula menitikberatkan
pendidikan dalam kalangan matsyarakatnya. Contohnya, kerajaan tidak mengenakan
yuran sekolah kepada pelajar dan semua kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga
13 tahun diwajibkan untuk bersekolah. Yayasan Pendidikan Maori telah ditubuhkan bagi
mempertingkatkan pendidikan kaum Maori dan menyediakan kemudahan kewangan bagi
persediaan para pelajar Maori untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Selain itu, pihak kerajaan juga akan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah
yang menpunyai pelajar Maori yang ramai. Pihak Universiti juga amat menggalakkan
kemasukan pelajar Maori ke Universiti. Sekolah-sekolah juga diseru untuk memasukkan
aspek kebudayaan kaum Maori dalam satu mata pelajaran yang akan dipelajari.
Apa yang penting, selepas perjanjian ini Orang maori tidak dipinggirkan kerana
perlembagaan baru yang digubal iaitu pendidikan menjadi salah satu tugas dari Majlis
Wilayah baru dan tidak sampai pada tahun 1867 adalah Ordonansi 1847 dicabut, dan
kemudian oleh Sekolah asli UU yang diluluskan bagi menetapkan dan memberikan
subsidi bagi sekolah untuk Maori. Majlis Wilayah berfungsi untuk menetapkan tentang
penyediaan
pendidikan. Setiap sekolah mempunyai Majlis dan jawatankuasa tempatan
pengurusan sekolah. Selain itu, Pendidikan harus bersifat sekular, tiada pengajaran
agama bagi kelas berjam dan pendidikan adalah diwajibkan. Peruntukan kewangan
untuk gaji guru serta sekolah adalah tanggungan kerajaan.
Pada akhir tahun 1909, sebanyak 416 pelajar sekolah rendah dan 4121 pelajar bagi
sekolah pribumi. Terdapat 64 sekolah tinggi dan 29 sekolah menengah. Perbelanjaan
sekolah-sekolah menengah adalah 140.648 pada tahun 1909. Ada sekolah menengah
biasiswa yang diberikan oleh Kerajaan untuk asas murid di sekolah dasar. Politeknik dan
sekolah dengan jumlah 45 telah dibentuk. Ada juga 122 tempat di mana diiktiraf kelas
teknikal diadakan di 1908, dan terdapat 150 kelas teknikal, sehubungan dengan pusat-
pusat ini, dan pada saat ini pusat-pusat 122 21.518 warga hadir. Pemeriksaan dalam
kaitannya dengan teknikal ini kelas telah diadakan, yang dilakukan oleh Majlis
Pendidikan, South Kensington, London, dan Kota Guilds London Institute. Tahun 1907
terdapat 582 calon pelajar dalam subjek seni dan sains ujian dan 263 dalam peperiksaan
yang diadakan oleh Lembaga technicological London.



B. Kesan Terhadap British.

7. British Mempunyai Kebebasan untuk Menubuhkan Kerajaan Sendiri.
Selepas Perjanjian Waitangi 1840 ditandatangani oleh kaum Maori dan Pihak British,
menunjukkan bahawa pihak British sudah mempunyai kebebasan untuk menubuhkan
kerajaan mereka sendiri tanpa halangan daripada kaum Maori. Buktinya, dalam undang-
undang 1852 yang telah digubal ternyata tidak menyebut sedikitpun tentang
perlembagaan, ia secara langsung membuktikan bahawa kaum Maori tidak mempunyai
kuasa untuk melakukan perubahan dan perkongsian kuasa seperti yang dinyatakan oleh
pihak British. Hal ini disebabkan perubahan perlembagaan tertakluk kepada undang-
undang parlimen British sehingga tahun 1857.
Selain itu, Dewan Undangan Umum yang ditubuhkan pada tahun 1852 pula
mengandungi Majlis Mesyuarat Undangan dan sebuah Dewan Perwakilan. Dengan
tertubuhnya dewan ini maka, kedaulatan tanah New Zealand yang berada di bawah
kuasa Maori sudahpun beralih kepada kekuasaan Eropah apatah lagi kuasa yang
bersangkut-paut dengan kaum ini dipegang terus oleh Gabenor British dan penglibatan
kaum Maori adalah terhad. Tambahan lagi, pada tahun 1891, ahli majlis mesyuarat ini
telah dikurangkan tempoh perkhidmatan kepada tujuh tahun dan bilangan ahli telah
ditetapkan seramai empat puluh orang dan ini sudah termasuk dua orang wakil daripada
kaum Maori. Dewan perwakilan ini mempunyai empat orang wakil kaum Maori sejak
1867 yang diwakili dari Pulau Utara dan Pulau Selatan.
susteru itu, Situasi ini memperlihatkan terdapat sedikit perkongsian kuasa yang
secara luasnya lebih kepada British sehingga mana berkuasa menubuhkan kerajaan
sendiri, dan yang menyedihkan ialah orang Maori sendiri tidak dapat boleh menjawat
jawatan tinggi. Dengan itu, memperlihatkan penglibatan orang Maori dalam arena politik
adalah terhad dan pentadbiran sepenuhnya dikuasai oleh pihak British dan orang Maori
terpaksa patuh kepada pemerintahan yang ditadbir orang eropah. Seterusnya, pada
tahun 1854, parlimen yang pertama berada di bawah perlembagaan baru dibentuk.Dua
wilayah ditubuhkan di setiap 6 wilayah iaitu Auckland, Wellington, Taranaki, Nelson,
Canterbury dan Otago.

8. Kebebasan British Membuat Rampasan Setelah Kewujudan Pelbagai Akta.
Salah satu kesan yang jelas kelihatan hasil daripada termeterainya Perjanjian Waitangi
1840 ialah wujudnya beberapa akta seperti New Zealand Settlement Act 1863 yang
menyentuh tentang undang-undang ketenteraan yang bertujuan untuk menghalang
pemberontakan daripada kaum Maori. Keadaan itu nyata rancangan British untuk
mengelakkan kaum Maori terus melancarkan pemberontakan yang mana boleh
mengakibatkan peperangan berlaku.
Selain itu, Akta Rampasan Tanah 1864 yang turut digubal adalah untuk membenarkan
karajaan British membuat rampasan ke atas lima kawasan iaitu di Taranaki, Waikato,
Tauranga, Timur Bay Of Plenty dan Mohaka-Wiakare untuk dijadikan daerah jajahan
mereka.. Malahan, Native Land Court 1865 dibuat untuk menentukan pemilikan tanah
secara individu atau 10 orang dan bukan lagi ahli puak tanpa menghiraukan saiz tanah.
Tidak cukup dengan itu, Mahkamah telah memperkenalkan satu bentuk baru peraturan
di mana pemilikan tanah persendirian tidak bersifat perkauman diwujudkan dengan
tujuan dapat membahagikan tanah milik persendirian tersebut dapat dijual secara
persendirian demi keuntungan mereka sendiri sementara Akta Pembahagian Tanah Maori
diwujudkan dengan tujuan kaum Maori tidak diberikan sempadan yang luas sebaliknya
perkongsian yang mereka peroleh disekat sehingga merugigikan mereka. Hal ini
menyebabkan kaum Maori terpaksa menjual tanah mereka kepada sesiapa yang
berminat.Pengenalan akta ini telah menindas lagi kehidupan kaun Maori secara amnya.
Di sampung itu terdapat juga akta Penyiasatan Terhadap tanah Kaum Maori 1891
diwujudkan untuk menyiasat undang-undang Negara berkaitan dengan pengawalan
tanah ke atas kaum Maori kerana pembahagian tanah dilakukan secara rumit kerana
bercanggah dengan undang-undang. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya ini tidak
mencapai objektif sebenar kerana kerana ianya tidak begitu konsisten dengan polisi
kerajaan.

9. Memperluaskan sistem ekonomi berkonsepkan kebaratan.
Apabila dilihat konteks keseluruhan, ekonomi Barat muncul di New Zealand pada tahun
1840-an yang mana sekaligus memberi gambaran bahawa perjanjian Waiatangi tahun
1840 sebenarnya membawa kepada corak ekonomi barat di New Zealand . British
melaksanakan kegiatan Eskport dengan melakukan eksploitasi sumber daya yang ada
seperti rami, kayu balak, getah , dan emas. Disamping itu, pada zaman ini,
perkhidmatan bank mula diperkenalkan untuk memudahkan urusan ekonomi. Bank yang
pertama dibuka ialah cawangan kepada The Union Bank Of Australia. Pada tahun 1851,
kerajaan British membuka Bank Penjajah yang berfungsi mengeluarkan wang kertas
tetapi ditutup pada tahun 1856. Pihak British turut membawa pembaharuan dan
kemajuan tatkala British memerlukan keperluan infrastruktur yang banyak. Semuanya
diperlukan untuk menyokong ekonomi masyarakat dan harus dibina dari awal termasuk
jalan, kereta api, sekolah, rumah sakit , sistem pembentungan, pelabuhan, dan kilang.
Syarikat swasta juga memainkan peranan yang penting juga dalam aspek perniagaan.


Malahan, semenjak kedatangan kolonial, aktiviti perlombingan emas semakin giat
dilakukan pada tahun 1850an apabila ia mula dieksport pada tahun 1857. Jumlah eksport
pada tahun tersebut ialah 11,800 000. Perlombongan emas dijumpai di Aukland, Otago
dan Pulau Utara. Selain itu, New Zealand terlibat dalam pertanian dan perternakan. Pada
Awal tahun 1860an, sumber pendapatan New Zealand ialah hasil pengeluaran
perlombongan emas. Di antara 1861 dan 1870, emas menjadi lebih daripada separuh
jumlah eksport New Zealand.
Namun begitu pada akhir tahun 1860an, ekonomi negara dalam kemelesetan dan
dilanda kemurungan selama 25 tahun sehingga tahun 1890an. Ekonomi New Zealand
semakin pulih apabila pelbagai produk yang menguntungkan dijadikan bahan eksport
iaitu daging beku dan produk tenusu. Menurut Gary Richard Hawke dalam buku beliau
bertajuk The Making of New Zealand: An economic history menyatakan bahawa pada
tahun 1870an, hutang New Zealand adalah 3.6 million. Beliau turut menyatakan
bahawa New Zealand mempunyai ekonomi yang kaya dan kompleks.

5.0 PENILAIAN
Setelah meniliti beberapa bahagian buku serta rujukan yang peroleh serta beberapa
blog rasmi New Zealand berkaitan dengan perjanjian Waitangi 1840, terdapat perbezaan
yang sangat halus dimana memerlukan penilitian yang sangat singnifikan untuk menjelaskan
perbezaan tersebut. Apa yang terkandung di kedua-dua lembaran perjanjian masing-masing
mempunyai kepentingan sendiri ke atas kedua-dua belah pihak. Meneliti daripada semua
aspek yang dipertimbangkan samaada perjanjian versi Maori dan versi Bahasa English,
kumpulan kami dapat mengesan faktor utama yang menyumbang kepada pertindihan atau
salah faham dalam perjanjian ini. Deretan daripada faktor inilah yang menyebabkan
golongan Maori banyak menerima kesan daripada perjanjian Waitangi 1840. Pada asalnya
perjanjian ini ditulis dalam bahasa Maori dan diterjemahkan dalam bahasa English dan
penterjemahan dilakukan oleh Sir Henry Williams dan menjadikan perjanjian rasmi adalah
dalam bahasa English. Dalam proses menterjemah ini Henry Williams telah mentafsirnya
mengikut apa yang beliau faham dan tafsirannya yang dilakukan adalah berbeza mengikut
fahaman golongan Maori. Bermula daripada salah tafsiran inilah berlakunya siri perang hitam
yang tercatat dalam sejarah New Zealand.
Berikut adalah perjanjian yang telah diterjemahkan dalam bahasa English daripada
teks bahasa Maori.
Here's Victoria, Queen of England, in her gracious remembrance towards the chiefs and tribes of New
Zealand, and in her desire that the chieftainships and their lands should be secured to them and that
obedience also should be held by them, and the peaceful state also; has considered it as a just thing,
to send here some chief to be a person to arrange with the native men of New Zealand, that the
Governorship of the Queen may be assented to by the native chiefs in all places of the land, and of
the islands. Because too many together are the men of her tribe who have sat down in this land and
are coming hither.

Now it is the Queen who desires that the Governorship may be arranged that evils may not come to
the native men, to the white who dwells lawless. There! Now the Queen has been good that I should
be sent, William Hobson, a captain of the Royal Navy, a Governor for all the places in New Zealand
that are yielded now or hereafter to the Queen. She says to the Chiefs of the Assemblage
(Confederation) of the tribes of New Zealand, and other chiefs besides, these laws which shall be
spoken now.

Here's the first: Here's the chief of the Assemblage, and all the chiefs also who have not joined the
Assemblage mentioned, cede to the utmost to the Queen of England for ever continually to the
utmost the whole Governorship of their lands.

Here's the second: Here's the Queen of England arranges and confirms to the chiefs, to all the men of
New Zealand the entire chieftainship of their lands, their villages, and all their property. But here's the
chiefs of the Assemblage, and all the chiefs besides, yield to the Queen the buying of those places of
land where the man whose land it is shall be good to the arrangement of the payment which the
buyer shall arrange to them, who is told by the Queen to buy for her.

Here's the third: This, too, is an arrangement in return for the assent of the Governorship of the
Queen. The Queen of England will protect all the native men of New Zealand. She yields to them all
the rights, one and the same as her doings to the men of England.

-William Hobson, Consul and Lieutenant-Governor.
Now here's we: Here's the chiefs of the Assemblage of the tribes of New Zealand who are
congregated at Waitangi. Here's we too. Here's the chiefs of New Zealand, who see the meaning of
these words, we accept, we entirely agree to all. Truly we do mark our names and marks.
This is done at Waitangi on the six of the days of February, in the year one thousand eight hundred
and four
tens of our Lord.
Dalam buku A concise New Zealand History ada menyatakan kandungan perjanjia dalam
kedua-dua teks adalah sama dan hanya terdapat perbezaan yang halus yang mempunyai
maksud yang hampir sama namun cara pelaksanaannya yang berbeza. Perbezaan yang
ketara adalah pada fasal pertama dan fasal kedua. Namun, penulis buku tersebut
menyatakan beliau tidak pasti akan perbezaan tersebut. Dalam fasal pertama menurut
fahaman kami sekumpulan dalam perjanjian versi Bahasa English, Maori bersetuju
memberikan semua haknya kepada ratu manakala dalam teks terjemahan bahasa Maori
menyatakan bahawa penduduk Maori memberikan hak kedaulatan keatas tanah kepada ratu
dimana dalam fahaman kami tentang perkara ini, ratu hanya berhak mengadakan sebuah
kerajaan di New Zealand dan penduduk Maori hanya akan terikat dengan kerajaan telah
persetujui namun berkenaan dengan tanah di New Zealand ianya masih lagi hak golongan
Maori.
Dalam fasal kedua pula berkenaan dengan hak penjualan tanah. Rentetan daripada
fasal pertama dimana dalam fasal kedua ini dalam versi bahasa English, ratu memberi
jaminan kepada kaum Maori bahawa segala hak berkaitan dengan tanah, ladang, hutan dan
kawasan perikanan dan hak-hak lain tidak akan diganggu namun, golongan Maori memberi
hak keistimewaan kepada ratu untuk membeli tanah berdasarkan syarat-syarat yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan harga yang diperkenankan. Namun, dalam
terjemahan atau teks Maori, ratu akan melindung hak-hak Maori di New Zealand sebagai
golongan pribumi termasuklah hak pembelian tanah. Penekanan dalam hak pembelian tanah
dimana ratu boleh membeli tanah daripada golongan Maori atau membenarkan pembelian
tanah kepada orang luar atas perkenanan ratu, dan harga yang dipersetujui dengan
golongan Maori. Dalam fasal dua ini, kumpulan kami menafsirkan bahawa perbezaann yang
jelas adalah pada hak penjualan tanah, dimana teks bahasa English memberi hak bebas
kepada ratu untuk menjual tanah walaupun tidak mendapat persetujuan, dalam erti kata
lain secara paksaan. Samaada pihak Maori setuju dengan penjualan tersebut atau tidak
dengan kuasa yang telah diberikan ratu boleh menjual tanah dengan bebas, keadaan ini
menyebabkan golongan Maori kehilangan hak keatas tanah mereka dengan termetrainya
perjanjian ini, hak penjualan tanah mestilah melalui wakil-wakil yang telah dilantik oleh ratu
dan berlaku adalah secara paksaan.
Penekanan kepada kefahaman versi English adalah fokus utama kumpulan kami
memandangkan versi Maori itu tidak dapat kami tafsirkan. Dalam versi bahasa English ini,
secara keseluruhannya boleh lah disimpulkan bahawa hampir kesemua hak golongan Maori
telah diberikan kepada Ratu Victoria termasuklah hak ke atas penjualan tanah. Dimana jelas
dalam perjanjian versi bahasa English itu keistimewaan yang diperolehi adalah ratu
melindungi adat, agama dan golongan Mouri sebagai penduduk asal New Zealand. Golongan
Maori melakukan persetujuan ini adalah disebabkan lambakan orang Eropah yang datang ke
New Zealand. Golongan Maori merasakan dengan adanya perjanjian ini, pencabulan hak
keatas tanah, adat, agama dan kepercayaan terpelihara. Namun, kesan daripada perjanjian
1840 New Zealand ini menyebabkan yang jelas adalah pencabulan agama dimana agama
kristian telah dibawa masuk dan berkembang pesat di New Zealand.
Kesan yang paling penting dalam perjanjian ini adalah menjadi tongak kepada
pembukaan New Zealand sebagai sebuah negara yang berdaulat pada masa kini. Walaupun
pada dasarnya kebanyakan kesan yang berlaku adalah penindasan kepada kaum Maori
namun tindakan tersebut adalah satu langkah yang sangat positif yang mengerak kepada
kesatuan dalam puak ini. Salah satu lagi kesan yang berlaku adalah perang Maori. Perang ini
telah membuka mata pihak Maori berkenaan kepentingan menjaga hak mereka keatas
negara mereka sendiri namun pengiktirafan masih lagi dibawah ratu sehingga kemerdekaan
dicapai. Kesan positif dalam jangka masa terdekat selepas perjanjian ialah lebih diperolehi
pihak British dimana penguasaan sepenuhnya keatas New Zealand dan penghalangan
kemasukan kuasa Eropah lain berjaya dilakukan oleh British. Selain itu, perkembangan
ekonomi New Zealand adalah dibawa penguasaan mereka.



5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa faktor yang mengalakkan termetrainya perjanjian
Waitangi yang ditandatangani pada tahun 1840. Perjanjian Waitangi 1840 mengandungi 3
fasal yang dipersetujui dan perjanjian ini adalah batu asas kepada pembentukan Negara
New Zealand pada hari ini. Namun, mengimbau kenangan pahit penduduk Maori dalam
meniti perjanjian yang ditafsirkan salah sehingga menyebabkan kesalahfahaman berlaku
dalam perjanjian tersebut. Salah satu kesannya ialah penindasan berlaku ke atas golongan
ini dan akhirnya perjanjian ini juga membuka mata puak Maori untuk membentuk kerajaan
sendiri untuk mentadbir sendiri New Zealand.