Anda di halaman 1dari 10

TAJUK 2 : KANAK –KANAK DAN SENI

AKTIVITI MUKA SURAT 14 :

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembuni-sembunyi’ (hide and


Seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut :

 Bagaimana mereka menguruskan permainan ini .


- memilih seorang ketua untuk mengepalai pengundian.
- Membuat pengundian menggunakan cara yang tertentu ( yang dikatakan
adil )
- Orang yang terakhir dalam pengundian akan memejamkan mata sambil
mengira 1 hingga 50. Kawan –kawan yang lain akan menyembunyikan
diri mereka dalam keadaan yang senyap.

 Bagaimana menyembunyikan diri mereka.


- sembunyi di tempat yang tersorok, susah dijumpai seperti di belakang
almari, bawah rumah, belakang rumah dan sebagaina.
- Bergerak dalam keadaan yang senyap.

 Tindakan- tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.


- berhenti mengira .
- mencari di tempat- tempat yang biasa dijadikan tempat persembunyian.

 Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.


- mereka akan ketawa sekuat-kuatnya.
- Akan melaungkan memberi amaran kepada kawan-kawan yang lain
supaya berhati-hati.
2.1.1 Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.

Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan di bawah, anda dikehendaki memberi
contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak.

1. Keinginan untuk bergerak.


 Semasa ketiadaan guru, kanak-kanak lebih suka berkumpul di meja
kawan-kawannya.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.


 Apabila melihat kawan –kawannya dapat menjawab dengan betul,
mereka juga akan cuba menjawabnya dan akan merasa bangga apabila
dipuji.
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam
masyarakat.
 Apabila ternampak kawan-kawan berkumpul, seseprang kanak-kanak
akan cuba menghampiri kumpulan itu serta melakukan perkara yang
sama dengan kawan-kawan yang lain dengan harapan dia akan menjadi
kawan kepada kumpulan tersebut.

4. Keinginan untuk bersaing.


 Apabila diminta menjawab soalan, kanak-kanak akan berebut-rerbut
untuk menjawab dan cuba bersaing dengan kawan-kawannya yang lain.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

 Apabila diminta mengikuti gaya yang melibatkan pergerakan fizikal,


dengan pantas mereka akan melakukannya. Mereka lebih berminat
dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal kerana
melaluinya mereka bebas bergerak dan boleh mencipta imej tersendiri.

6. Keinginan untuk meneroka.


 Kanak-kanak suka meneroka sesuatu yang baru, yang tiak pernah
dipelajari sebelum ini. Sebagai conth, jika diberi permainan puzzle,
mereka akan berebut-rebut untuk cuba mencantum puzzle tersebut .

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.


 Tidak dapat dinafikan bahawa kanak –kanak memang gemar kepada
kreativiti. Sebagai contoh, apabila mereka diberi kertas dan diminta
mereka sesuatu objek, mereka akan menghasilkan objek yang berbeza
mengikut keativiti mereka seperti jet, topi, bakul, pistol dan sebagainya.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.


 Semasa waktu P&P berjalan, jika mereka minat kepada subjek yang
sedang diajar, mereka akan uduk I tempat masing-masing dan memberi
perhatian terhadap apa yang iajar. Sebaliknya, jika mereka berasa bosan,
mereka hilang tumpuan dan melakukan aktiviti-aktiviti sendiri seperti
bercakap, tidur, bermauin dan sebagainya. Mereka akan meluahkan
perasaan mereka melalui pergerakan . Oleh itu adalah perlu bagi
seseorang memhami luahan perasaan mereka dan mengambil langkah
yang bijak untuk menanganinya.

9. Keinginan untuk kefahaman.


 Apabila terdapat sesuatu perkataan atau arahan yang tidak dapat
difahami, mereka akan terus bertanya dan meminta penjelasan daripada
orng yang lebih mengetahui ( guru ). Mereka akan terus bertanya
sehinggalah mereka faham.

SOALAN TUTORIAL
Bina aktiviti Seni dengan menggunakan lagu/gambar/ pergerakan untuk
memperkenalkan lagu ayam.

(Rujuk Lampiran Pembentangan)

NAMA AHLI KUMPULAN :

 Mariana Wahid
 Karmila Abdul Rahim
 Noor Azreen Kuseman
 Nor Fauziyah Harun

TAJUK PEMBENTANGAN : BUNGA RAYA

Bunga raya, bunga kebangsaan kita,


Hidup subur di desa dan di kota,
Warna merah itulah yang utama,
Putih, kuning, oren ada juga.

Aku bunga,
Bunga raya,
5 kelopak sahaja,

Aku bunga,
Bunga raya,
Kebanggaan Malaysia.

Irama : “Aku Burung Tiong”

TAJUK 4 : DERIA DAN SENI


AKTIVITI MUKA SURAT 31

(i) Satu eksplorasi untuk mengetahui dan menajamkan deria semasa berinteraksi
dengan persekitaran.

DERIA EKSPRESI MASA


Subuh Tengah hari Malam
melalui SENI

2. Mendengar Kicauan burung Bunyi kenderaan Bunyi


(apa yang cengkerik
Anda dengar
Seni Visual
(lukis garisan)
Muzik Cit..cit..cit… Broom…broom… Krik..krik..krik..
(cipta bunyi)
Pergerakan Lambat/tenang cepat Lambat/tenang
(bergerak cepat
dan lambat)

DERIA EKSPRESI MASA


Subuh Tengah hari Malam
melalui SENI
3. Sentuh Air Makanan tilam
(apa yang
Anda sentuh)
Seni Visual
(lukis garisan)

Muzik Bangu pagi Ais kacang Twinkle


(cipta irama yang litter stars
berbeza)
Pergerakan rendah tinggi Sederhana
(aras:
tinggi,sederhana
dan rendah)

DERIA EKSPRESI MASA


Subuh Tengah hari Malam
melalui SENI

1. Rasa Kesejukan air Kepanasan Ketenangan


(apa yang terik mentari diri
anda rasa)
Seni Visual
(lukis ekspresi
muka)

Muzik
(jenis mud muzik)
Pergerakan perlahan Cepat/pantas sederhana
(jenis langkah)

DERIA EKSPRESI MASA


Subuh Tengah hari Malam
melalui SENI

2. Hidu Kesegaran udara asap Keenakan


(apa yang kenderaan makanan
anda hidu)
Seni Visual
(lukis ekspresi
muka)

Muzik Kicauan burung Deruman Bunyi


(cipta bunyi) enjin keadaan
kenderaan menggoreng
Pergerakan tenang gelisah tenang
(bergerak
setempat)

AKTIVITI TUTORIAL

(i) Tulis satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang sudah anda pelajari
dan alami berasaskan kepentingan deria terutamanya dalam konteks anda
sebagai seorang pelajar serta guru.

REFLEKSI INDIVIDU DALAM KONTEKS SEBAGAI PELAJAR


Setelah mempelajari bab ini, sebagai seorang pelajar saya telah faham bahawa alam
deria adalah anugerah yang amat berharaga kepada setiap insan. Melalui deria kita
dapat mengetahui,memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat di persekitaran kita.
Setelah mengikuti aktiviti-aktiviti di atas, saya menyedari bahawa setiap deria kita boleh
dikaitkan juga dengan seni visual, muzik dan pergerakan. Melalui suatu deria kita akan
berfikir secara kreatif untuk menghasilkan seni visual, muzik serta pergerakan yang
sesuai dengan situai persekitaran. Sebagai contoh; melalu deria dengar, pada waktu
subuh kita dapat mendengar kicauan burung suasana yang tenang dan menghirup
udara yang segar. Melalui pengalaman ini, kita boleh mengaplikasikannya kepada
bentuk seni visual iaitu melukis suasana waktu subuh dan mencipta bunyi untuk lukisan
tadi seperti bunyi kicauan burung. Dengan ini, proses pembelajaran menjadi lebih
seronok dan berkesan.

REFLEKSI INIVIDU DALAM KONTEKS SEBAGAI GURU

Dalam konteks sebagai guru pula, melalui aktiviti ini, kita dapat mengasah bakat pelajar
serta melatih mereka berfikir secara kreatif. Menggunakan deria, kita boleh membimbing
para pelajar mencipta sesuatu yang baru dan kreatif dalam bidang seni. Ini juga
mengelakkan mereka kebosanan dalam mempelajari sesuatu yang baru. Melalui aktiviti-
aktiviti seni, kita dapat mengetahui kepentingan setiap deria. Sebagai guru, kita perlulah
kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baru dan bermanfaat bagi para
pelajar.

(ii) Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang disediakan.

AKTIVITI JENIS DERIA


 Melukis gambar pemandangan dan warnakannya.  Lihat
 Pelajar membuat pergerakan berdasarkan  Sentuh
peristiwa dalam gambar tersebut.  Dengar
 Pelajar mengekspresikan suasana dengan
menggunakan alat-alat muzik.
 Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara  Dengar
manusia.  Rasa
 Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang  Lihat
sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni
visual.
 Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan  Lihat
kontur sesuatu permukaan.  Sentuh
 Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu  Rasa
objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas
pasir, fabrik benang bulu dan kapas.
 Pelajar membanding beza sentuhan yang dialami
dan mengekspresi melalui pergerakan.
 Membuat latihan pernafasan.  Rasa
 Melakukan pergerakan dengan menggunakan  Hidu
imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum,  Lihat
udara nyaman dan melukis imej visual mengikut
sepertimana yang diekspresikan.

REFLEKSI BAGI MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN

Setelah mengikuti serta mempelajari dan memahami Modul Seni Dalam


Pendidikan ini, saya dapati bahawa subjek ini adalah amat penting dan perlu
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran bagi
meningkatkan lagi keberkesanan dan kuatiliti pengajaran dan pembelajaran
terutamanya di sekolah rendah.
Seperti yang kita ketahui, Seni Dalam Pendidikan mengandungi tiga komponen
penting iaitu; Seni visual, Muzik dan Pergerakan. Seni dapat membantu meningkatkan
daya kreativiti dan ekspresi kendiri individu serta membolehkan seseorang pelajar
meluahkan idea secara kreatif dan bebas. Integrasi seni dalam semua mata pelajaran
mampu meningkatkan lagi minat serta keseronokan pelajar dalam mempelajari pelbagai
bidang. Melalui seni, pelajar boleh menggunakan kecerdasan yang pelbagai secara
aktif. Guru-guru tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada aspek kurikulum atau
teori sahaja yang boleh menyebabkan pelajar kurang minat untuk belajar dan menjadi
pasif

Justeru, para guru perlulah menggalakkan pelajar untuk menggunakan kelebihan


diri masing-masing. Guru-guru perlulah menyediakan aktiviti pembelajaran yang
pelbagai dan sentiasa mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru dalam proses
penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Guru mestilah kreatif, inovatif dan peka
kepada perkembangan pelajar dan persekitaran. Ini dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan lebih berkesan dan menyeronokkan. Dengan ini
dapat melahirkan insan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan
intelek.

Anda mungkin juga menyukai