Anda di halaman 1dari 2

http://www.hmetro.com.

my/articles/LahirgenerasipintarICT/Article/
Bestari
Lahir generasi pintar ICT
Oleh Ruhaiza Rusmin
Program Maxis Cyberkids Camp menjadi wadah menjana kreativiti pelajar sekolah dalam bidang
komunikasi dan teknologi maklumat (ICT).
Mengetengahkan inovasi penciptaan laman web, video, portal dan blog, pelajar didedahkan
dengan pelbagai aspek pengetahuan ICT.
Selain menjana kemampuan penghasilan kreativiti pelajar sekolah tempatan, Maxis Cyberkids
Camp turut melangkah ke peringkat ASEAN.

Berlangsung di ibu kota, baru-baru ini, 76 pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dari lapan
negara ASEAN mengambil bahagian.

Pelajar dikehendaki mencipta laman web, video, portal dan blog yang mengandungi pelbagai
elemen kemanusiaan, produk sekolah dan keunikan budaya negara masing-masing.

Modul digunakan merangkumi asas Microsoft, Internet dan pembangunan laman web selain
bengkel pemantapan kemahiran diri.

Pelajar SM St Micheal, Sandakan, Sabah, Mohd Norman, 16, berkata pasukannya lebih memberi
fokus terhadap pembinaan portal dan laman web bagi tujuan mempromosi sekolah dan aktiviti
dijalankan .

Menurutnya, dengan menggunakan Internet sebagai bahan rujukan utama serta beberapa aplikasi
seperti Photoshop dan Android mereka berusaha membina laman web yang mampu menarik
minat ramai.

Biar pun sebelum ini, kami ada pengalaman mengenai penggunaan Internet, apa dipelajari
menerusi program ini lebih mendalam.

Kami didedahkan dengan aplikasi baru yang lebih mencabar terutama penggunaan warna, susun
atur gambar dan grafik.

Satu pengalaman yang menarik dan mencabar apatah lagi untuk menyiapkannya, kami bukan
saja perlu menggunakan kemahiran diri sendiri malah tempoh masa diberikan singkat, katanya.

Rakannya dari Singapura, Omar Ali Saifuddin Mohamed, 15, berpendapat cabaran menyiapkan
elektronik kiosk (e-kiosk) sebagai medium maklumat cukup menyeronokkan.

Ini kali pertama kami didedahkan dengan pembinaan teknologi itu. Memang mencabar tapi
tetap menyeronokkan.

Banyak aplikasi dipelajari seperti Learning Management System (LMS) yang memberi peluang
kami belajar mengenai aplikasi perisian yang mengautomasikan sistem pengurusan ,
penyemakan dan pelaporan seperti agenda pembelajaran di bilik darjah, e-pembelajaran dan
sebagainya.

Program ini memang bermanfaat dan memberi kelebihan kepada kami untuk meneroka bidang
inovasi dan reka cipta terbaru dalam ICT selain memperkasakan pengetahuan, katanya.

Guru ICT, SM Air Putih, Kuantan, Pahang, Shamsiah Wahab, berkata pendedahan awal
mengenai ICT boleh membantu melonjakkan lagi pengetahuan pelajar mengenai perkembangan
semasa.

Contohnya, menerusi portal, mereka boleh mempromosikan sekolah kepada masyarakat, e-
koisk memberi kelebihan dalam bentuk interaktif.

Pelajar alaf baru perlu ada pengetahuan dalam ICT kerana memudahkan lagi proses
pembelajaran mereka selain menjana kemahiran diri untuk berdepan kepantasan perubahan
global, katanya.

Program ini bermula dengan 220 sekolah rendah di Sabah dan Sarawak yang disasarkan di
bawah projek dan modul Penyediaan Perkhidmatan Universal yang memberi tumpuan kepada
pengenalan komputer dan Internet.

Pada 2003, program Cyberkids diperluaskan ke sekolah rendah luar bandar di seluruh negara dan
sejak diperkenalkan, ia menyediakan latihan ICT kepada 8,500 pelajar dan guru di 1,500 sekolah
seluruh negara.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28

Anda mungkin juga menyukai