Anda di halaman 1dari 16

KAUNSELING

BIBLIOTERAPI
Oleh;
Nor Atiqah bt Ahmad
Nor Qadariah bt Ishak
PENGENALAN
Zaccaria dan Moses (dalam Nystul, 2003)
biblioterapi paling awal digunakan pada
zaman Yunani.
Terdapat satu papan kenyataan yang
tergantung pada pintu masuk pusat sumber.
Tempat Merawat Jiwa
Perkembangannya selepas Perang Dunia
Kedua.

Sambungan
Terapi biblio juga dikenali sebagai terapi
buku.
Dapat digunakan untuk semua lapisan
masyarakat.
Dalam konteks pendidikan terapi ini
dapat meningkatkan motivasi intrinsik
murid terhadap sesuatu mata pelajaran.

KONSEP
Berasal daripada perkataan biblion yang
bermaksud buku atau bahan bacaan dan
therapeia yang bermaksud penyembuhan.
Brewster (2009) menyatakan terapi biblio
ialah penggunaan bahan bacaan untuk
memulihkan keadaan fizikal dan emosi pesakit
melalui pembacaan, perbincangan dan
pemahaman yang baik.
Sambungan
Roselina dan Mohd Shukry (2008), terapi biblio
bermaksud satu teknik interaksi yang
berstruktur di antara perawat dengan pesakit
berdasarkan kepada perkongsian sesuatu
bahan bacaan dalam memenuhi keperluan
rawatan pesakit untuk mengatasi masalah atau
situasi yang dihadapinya.
Duffy et.al (2009) pula mengaitkan terapi
biblio dengan pembacaan buku, cerita dan
puisi secara kreatif supaya pesakit mempunyai
perasaan positif tentang diri mereka dan juga
orang lain.

Buku sebagai alat teraputik membantu
kanak-kanak memperoleh ilmu, meluahkan
perasaan dan menyelesaikan masalah mereka.
Dapat meningkatkan pemahaman klien
tentang dirinya dan juga mempelbagaikan
pengalaman emosinya.
Melalui pembacaan, klien mendapat inspirasi,
menjadi lebih positif dan bersemangat untuk
menangani beban penyakit yang
ditanggungnya.
KONSEP UTAMA
Fleshman dan Fryrear (dalam Nystul,
2003) konsep utama ini berdasarkan
teori psikoanalisis Freud;
Unsur kesejagatan
Identifikasi
Catharsis
Celik akal
Penyelesaian masalah
KATEGORI
TERAPI BIBLIO
Menurut Janaviciene (2010), terapi biblio
dibahagikan kepada tiga (3) kategori yang
berdasarkan kepada perbezaan objektif proses terapi
biblio, lokasi aplikasi dan juga ahli professional yang
melaksanakan kaedah tersebut ;
Terapi biblio klinikal,
Terapi biblio pemulihan
Terapi biblio pendidikan (perkembangan
personaliti).
Terapi biblio klinikal adalah terapi yang berkait
dengan rawatan penyakit yang dikendalikan
oleh para doktor.
Objektif - merawat dengan memberikan bahan
bacaan yang boleh memberikan impak kepada
pesakit.
Terapi biblio pemulihan membantu klien
mengatasi dan mengadaptasi perubahan
persekitaran.
Tujuan utamanya memberikan harapan melalui
bahan bacaan.
Terapi biblio pendidikan bertujuan untuk
perkembangan personaliti dan
mengharmonikan hubungan sosial.
Klien boleh berubah ke arah personaliti yang lebih
seimbang dan perkembangannya lebih kreatif.

PROSES TERAPI BIBLIO
Pardeck (1994) dalam artikel Strub (2011), proses
ini merangkumi empat langkah utama;
Kenal pasti masalah temu bual/
perbincangan
Pemilihan bahan bacaan bahan yang sesuai
dan bertepatan dengan senario klien.
Pembacaan bahan yang dipilih
Aktiviti susulan selepas pembacaan penilaian
selepas pembacaan untuk mengenal pasti
kesannya pada klien.
KAEDAH TERAPI BIBLIO
Cara yang paling konvensional penggunaan
novel, cerita pendek, cerita dongeng, hikayat
dan buku berilustrasi.
Teknik bercerita read-aloud
Penggunaan video
Aktiviti sampingan lain permainan,
mewarna, melukis, kuiz, origami dan
sebagainya.
JENIS BUKU
YANG DIGUNAKAN
Cerita pendek
Biografi
Buku Bantu-kendiri
Cerita dongeng
Buku Gambar
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
KELEBIHAN
Peningkatan pemahaman dan keupayaan
mengurangkan tekanan klien
Dapat menghilangkan ketegangan dalam diri
Meningkatkan perkembangan kanak-kanak dengan
lebih teratur dan cepat
Membantu mereka memperoleh dan meningkatkan
ilmu pengetahuan
Meningkatkan motivasi
KEKURANGAN
Tidak boleh diaplikasikan kepada semua klien
Keberkesanan terapi ini memerlukan tempoh
masa yang panjang dan komitmen klien.
Memerlukan pemahaman yang tinggi.
Perlu disesuaikan mengikut masalah yang
dihadapi.
RUJUKAN
Keow C.L (2010) Bimbingan dan kaunseling
kanak-kanak
Rakan buku : Kaedah Terapi Biblio dengan
Pesakit Pediatrik Hospital USM.