Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KALI PERTAMA TAHUN 2014


SEKOLAH KEBANGSAAN TERENTANG
77000 JASIN, MELAKA.


Tarikh : 5 Februari 2014
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.30 petang
__________________________________________________________________
KEHADIRAN :
1. EN. MOHAMMAD BIN HJ JAAFAR (GURU BESAR)
2. USTAZ SAIDI BIN SULAIMAN (GURU PEN.PENTADBIRAN)
3. EN. ZAINAL BIN JANTAN (GURU PEN. KANAN HEM)
4. PN. MASNI BINTI YUSOF (GURU PEN. KANAN KOKU)
5. EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAURI (S/U PEPERIKSAAN)
6. PN HASNAH BINTI TALIB (AJK)
7. PN SALMA BINTI ISMAIL (AJK)
8. PN NOR AZWIN BT AZLAN (AJK)
9. EN. YAHAYA BIN ARIP (AJK)
10. PN SHAMSIAH BINTI ISMAIL (AJK)
11. CIK ROSLINDA BINTI YUSOF (AJK)
12. PN ROHAIZAH BINTI ROZALI (AJK)
13. PN FAUZIAHWATI BINTI MAHAT
14. EN BADRUL HISYAM BIN ALI (AJK)



1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat kerana dapat menghadirkan diri pada hari ini.
1.2 Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan; pelan operasi
sepanjang tahun bagi melaksanakan PBS.
1.3 Beliau akan sentiasa memantau pengoperasian PBS. Fail-fail yang berkaitan
perlu dilengkapkan. Semua guru yang terlibat perlu memastikan standard
atau band yang perlu dikuasai oleh murid. Evidens yang disimpan perlulah
yang terkini.

2.0 PENGESAHAN MINIT
2.1 Cadangan : Pn.Salma Binti Ismail
2.2 Sokongan : En Yahaya Bin Arip

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada
4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 Melantik dan menyerahkan surat pelantikan Jawatankuasa PBS.
4.2 Mengedarkan jadual kerja PBS kepada guru-guru (rujuk lampiran)
4.3 Mengedarkan jadual pengoperasian (PBS) dari Lembaga Peperiksaan (rujuk
lampiran).
4.4 Mengedarkan carta GANTT aktiviti PBS peringkat sekolah. (rujuk lampiran)
4.5 Pengerusi mengingatkan guru agar menulis RPH berdasarkan format KSSR
yang telah ditetapkan.
4.6 Pengerusi juga menegaskan guru juga perlu mengajar mengikut Standard
Kandungan dan bukannya mengikut Standard Prestasi. Standard Prestasi
digunakan apabila hendak me taksir murid.
4.7 Jawatan Kuasa yang dilantik perlu menjalankan Pengoperasian PBS seperti
berikut :
Pementoran: Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah
cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip
dan prosedur yang ditetapkan.
Penyelarasan: Penyelarasan merupakan satu proses memastikan
pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan,
kebolehpercayaan supaya keputusan pentaksiran adalah adil dan
maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.
Pemantauan: Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah
pelaksanaan PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang
ditetapkan. mempunyai kesahihan dan amanah bagi mengelakkan
penyelewengan dan ketidakakuran.
Pengesanan: Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan
kekuatan dan keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan
dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan.
4.8 Memaklumkan bahawa SPPBS ditangguhkan sehingga April.
Walaubagaimanapun guru perlu membuatnya secara offline menggunakan
borang transit.
4.9 Guru juga perlu menyediakan eviden yang menepati band dan deskriptor
seperti yang telah ditentukan dalam standard prestasi.
TINDAKAN : J/K dan guru KSSR
5.0 HAL-HAL LAIN :
5.1. Pn.Hasnah mencadangkan supaya guru-guru merujuk buku-buku latihan
ataupun buku aktiviti untuk penyedian evidens.

5.2 En Yahaya memberikan contoh penyedian soalan dalam subjek
Matematik.Beliau menggunakan soalan bagi band yang bertulis sahaja untuk
ujian PKSR.



6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan
berharap agar semua guru bergerak secara proaktif dalam melaksanakan
pengoperasian PBS peringkat sekolah.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..
(MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAURI) (USTAZ SAIDI BIN SULAIMAN)
SUP SEKOLAH, SK TERENTANG GPK 1, SK TERENTANG












KEDATANGAN
Tarikh : 5 Februari 2014
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.30 petang

BIL NAMA TANDA
TANGAN
CATATAN
1
EN. MOHAMMAD BIN HJ JAAFAR
(GURU BESAR)

2
USTAZ SAIDI BIN SULAIMAN
(GURU PEN.PENTADBIRAN)

3
EN. ZAINAL BIN JANTAN
(GURU PEN. KANAN HEM)

4
PN. MASNI BINTI YUSOF
(GURU PEN. KANAN KOKU)

5
EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAUR I
(S/U PEPERIKSAAN)

6
PN HASNAH BINTI TALIB (AJK)

7
PN SALMA BINTI ISMAIL (AJK)

8
PN NOR AZWIN BT AZLAN (AJK)

9
EN. YAHAYA BIN ARIP (AJK)

10
PN SHAMSIAH BINTI ISMAIL (AJK)

11
CIK ROSLINDA BINTI YUSOF (AJK)

12
PN ROHAIZAH BINTI ROZALI (AJK)

13
PN FAUZIAHWATI BINTI MAHAT

14
EN BADRUL HISYAM BIN ALI (AJK)

15
16