Anda di halaman 1dari 2

http://www.malaysiandigest.

com/bahasa-malaysia/491817-dengan-vid-universiti-malaysia-gagal-lagi-
tersenarai-dalam-survei-pendidikan-global.html
[DENGAN VID] Universiti Malaysia Gagal Lagi Tersenarai
Dalam Survei Pendidikan Global
Details
Published on Thursday, 06 March 2014 11:14
.KEGAGALAN universiti di Malaysia menempatkan
diri dalam senarai kedudukan Reputasi Pendidikan Tinggi Dunia Times yang dikeluarkan hari ini
menunjukkan universiti tempatan bukan sahaja tidak layak disenaraikan universiti terbaik dunia
tetapi di peringkat Asia Tenggara sendiri.
Malaysia tidak pernah berada dalam senarai itu yang merupakan tahun keempat meskipun
sasaran Putrajaya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan menarik 200,000
pelajar ke universiti tempatan menjelang 2020.
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, Malaysia mempunyai sistem
pendidikan antara yang terbaik di dunia - lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan
Jerman.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan salah seorang yang lantang mengkritik standard
pendidikan Malaysia mengingatkan universiti tempatan bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai
universiti terbaik dunia tetapi juga tidak setanding dengan institusi pendidikan serantau.
Malaysia gagal berada dalam kedudukan universiti The World tahun lalu biarpun Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat peruntukan terbesar dalam Bajet 2013. Kementerian itu
menerima RM38.7 bilion pada 2013 dan akan menerima RM54 bilion pada tahun ini.
Kajian itu mendapati universiti di Thailand dan Singapura terus mencatatkan rekod lebih baik.
Dalam satu kajian tahun lalu pula mendapati Malaysia masih berada dalam kedudukan 100
universiti negara membangun dengan Universiti Kebangsaan Malaysia berada di tangga ke-77
dan Universiti Putra Malaysia di tangga ke-95.
Reputasi Pendidikan Tinggi Dunia Times 2014 berdasarkan kepada kajian terhadap 10,536
responden daripada 133 negara dengan kerjasama oleh Survei Reputasi Akademik 2013
Thomson Reuters yang dijalankan pada Mac hingga Mei 2013.
Universiti Harvard pada tahun ini menyaksikan berada di kedudukan keempat dalam 100
universiti yang disenaraikan.
Sebuah universiti di Amerika, Institut Teknologi Massachusetts berada di tangga kedua
sementara Universiti Cambridge yang sebelum ini berada di kedudukan ketiga jatuh satu anak
tangga dengan Universiti Stanford mengambil tempatnya di tangga ketiga.
Universiti Kebangsaan Singapura merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi di Asia
Tenggara yang berada di kedudukan 30 terbaik dengan berada di tangga ke-21 menjadikannya
universiti ketiga di Asia yang berada dalam senarai itu.
Senarai yang diukur daripada 22 bidang ekonomi itu menggunakan kaedah prestasi sama yang
digunakan The World University Rankings.
Universiti Asia lain yang berada dalam kedudukan 50 universiti terbaik dunia adalah Universiti
Tokyo berada di tangga ke-11, Universiti Kyoto (19), Universiti Kebangsaan Seoul (26),
Universiti Tsinghua, China (36), Universiti Peking (41), Universiti Hong Kong (43) dan
Universiti Osaka (50).
"Kajian The Times unik dalam pendidikan tinggi global menyediakan bidang penting yang tidak
selari dalam pendidikan tinggi," kata penyuntingnya, Phil Baty.
"Sejak kami mula menjalankan kajian pada 2010, kami mendapatkan maklumat daripada hampir
60,000 sarjana merentas dunia dan bidang akademik bagi menyediakan satu kajian yang serius
dan berguna, katanya.

Link: http://www.youtube.com/watch?v=FdRp7GHrcVU

-The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/universiti-malaysia-gagal-lagi-tersenarai-
dalam-survei-pendidikan-global

Anda mungkin juga menyukai