Anda di halaman 1dari 21

KUMPULAN 4

Azlan Senawi
Mohamad Zizi Mohd Dzulkifly
16 Ogos 2014
KEMUKJIZATAN AL-QURAN
PENGERTIAN
Menurut Ahmad Kamaruddin Bin
Ibrahim, mukjizat Al-Quran
bermaksud semua makhluk lemah
dan tidak berdaya untuk
melakukan apa yang dicabar oleh
al-Quran.

Dari Segi Bahasa

Kata Mukjizat menurut Quraish
Shihab berasal dari bahasa
Arab yang berarti
melemahkan atau menjadikan
tidak mampu
TUJUAN
membuktikan bahawa al-Quran
merupakan satu kebenaran
serta Rasul yang
membawanya juga adalah
benar.
Pembahagian Kemukjizatan
Al-Quran
BAHASA
TASRYI

(Perundangan
ILMIAH
(SAINS)
Kemukjizatan dari sudut
bahasa
Penggunaan gaya bahasa al-Quran begitu
canggih dan murni sehingga pakar-pakar bahsa
pun tidak dapat menandingi gaya bahasa yang
terdapat pada Al-Quran

Susunan huruf dalam al-Quran, kehalusan susun
aturnya, kemanisan urkibnya, penjelasan tuntutan
semasa melalui jumlah ismiyah dan filiyyah, ayat-
ayatnya dalam bentuk penafian dan ithbat, al-zikr dan al-
hazf, tarif dan tankir, al-taqdim dan takhir, haqiqat dan
majaz, itnab dan ijaz
Bukti
Peristiwa di mana al-Walid al-
Mughirah datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w
telah membacakan al-Quran
kepadanya. Bacaan Rasulullah
s.a.w seakan melembutkan hati
al-Walid
Mukjizat juga terdapat dalam
susun atur suara yang menarik
semasa membaca huruf-huruf al-
Quran. Ia membuatkan manusia
tidak pernah jemu untuk
mendengarnya malah sentiasa
berusaha untuk memperbaiki
bacaan al-Quran.

Kemukjizatan dari sudut
ilmiah (sains)
Mukjizat sains yang terdapat dalam
al-Quran bukan sahaja mengandungi
teori-teori sains yang selalu berubah
mengikut peredaran zaman, tetapi ia
menggalakkan manusia untuk berfikir.
Ia menggalakkan manusia untuk
berfikir tentang kejadian Allah s.w.t
sama ada di langit atau di bumi.
Surah al-Imran ayat 190 hingga
191 yang bermaksud :

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-
tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-
orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa
mereka berdiri dan duduk semasa mereka berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai
Tuhan kami! Tidalah Engkau menjadikan benda-benda
ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka.


Menggalakkan manusia untuk
berfikir tentang kejadian diri sendiri
Surah al-Ghasyiah, ayat 17-20 :
Maksudnya : (Mengapa mereka yang kafir
masih mengingkari akhirat) tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta
bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan
langit bagaimana ia ditinggikan binaanya?
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana
ia ditegakkan? Dan keadaan bumi
bagaimana ia dihamparkan?

Kemukjizatan dari sudut
Tasyri (Perundangan)
Al-Quran bermula dengan mendidik
individu dalam kefardhuan dan ibadah
Contoh : Solat, zakat, Haji

Institusi keluarga (al-Quran
mensyariatkan perkahwinan)

Sistem perundangan terhadap Masyarakat
(Hukuman Zina,Qisas,Hudud
Dalil Perundangan
Surah al-Baqarah ayat 179 :
Maksudnya : Dan di dalam hukuman Qisas itu ada
jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang
berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina)
kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,
kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat,
dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang
yang fasik. (Surah al-Nur ayat 4 )


Maksudnya : Dan orang lelaki yang
mencuri dan orang perempuan yang
mencuri maka ( hukumnya ) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, ( juga sebagai ) suatu hukuman
pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Maidah, ayat 38)

Mukjizat al-Quran

adalah mukjizat yang terpelihara dan kekal
hingga ke akhir zaman. Oleh itu sehingga
ke hari ini masih banyak penemuan-
penemuan yang ditemui dan diperhatikan
tentang mukjizat al-Quran sama ada yang
berkaitan dengan aspek bahasa, sains
dan juga pensyariatan.
Mukjizat al-Quran mengarah pada
keterbukaan hati dan akal sehingga
pengaruhnya akan bertahan lama seperti
peristiwa isra dan miraj, penurunan al-
Quran dari Lauh Mahfuz sehingga
akhirnya kepada Rasulullah s.a.w. dan
sebagainya. Adapun mukjizat nabi-nabi
sebelumnya hanya berkisar kepada
peristiwa yang boleh dilihat oleh panca
indera semata-mata seperti tongkat nabi
musa, nabi Sulaiman dengan binatang,
suaru yang merdu pada Nabi Daud dan
sebagainya


Bentuk-Bentuk
Kemukjizatan
Kefasihan lafaz, uslub dan susunannya
(al-Isra : 88)
Mengandungi berita tentang alam ghaib
yang telah berlaku pada masa lampau dan
masih diingati oleh manusia pada waktu
pengutusan Baginda.
Mengandungi berita tentang perkara ghaib
Yang akan berlaku dan dan
kebanyakannya telah terbukti berlaku dan
sentiasa berlaku apabila tiba masanya.
(Surah Hud : 49)
Mengesani jiwa manusia. (Surah az-
Zumar :23
Petunjuk dan hukum-hukum yang terdapat
di dalamnyatelah berjaya menghasilkan
umat yang terbaik untuk manusia
seluruhannya. (Surah al-Imran : 110)
Mengandungi ilmu danfakta yang terbukti
kebenaran dan ketepatan kandungannya.
(Surah Fussilat :53)
Kandungan meliputi pelbagai bidang,
sedangkan Nabi SAW adalah seorang
ummi. (Surah al Ankabut : 48)
Kesimpulan
Al-Quran adalah perundangan
yang sempurna untuk
melangsungkan kehidupan
manusia dalam sebaik-baik
keadaan. Ijaz perundangan akan
kekal selari dengan ijaz sains dan
bahasa.
Sekian ,
Terima Kasih..