Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI KESIHATAN

Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk
satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit
kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh
diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang
sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan
Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu
keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang
penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa
kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta
tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama
apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu
mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar
mengambil makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari
makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian,
seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang selalunya
berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol
sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah tinggi serta lemah
jantung.

Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan sahaja
boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor
gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis atau
diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula
dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan
sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut
mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu
pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem
piramid makanan.

Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam
sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan.Dengan gaya hidup moden yang
serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap.
Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan lemak
tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang
secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient penting yang diperlukan tubuh badan
mereka. Pengambilan susu dan produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan
seterusnya disepanjang hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan
melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia
lanjut. Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi
manfaat kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita pilih
haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat dan tidak lesu.
Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar tidak mengabaikan
kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan seperti
berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan
secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain
bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting
dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan
melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang
berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan
atau stres turut berupaya dihilangkan menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk
memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten.

Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur
mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat
yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan
seseorang itu tenaga untuk meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang
secukupnya memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik.
Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh
tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita
tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan
dalam kegiatan seharian.