Anda di halaman 1dari 3

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Bilangan Jurnal : ke-6


Minggu Praktikum : keenam
Tarikh peristiwa : 3 8 September 2012
Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak menyiapkan tugaan yang diberi

1. Masalah/peristiwa
Pada minggu ini, saya telah menghabiskan topik Shape and Space setelah
lebih sebulan memfokuskan kepada subtopik-subtopik yang terdapat dalam topic
ini. Berdasarkan kepada keseluruhan bab, saya mendapati murid telah dapat
menguasai lebih 60 % daripada keseluruhan kandungan yang terdapat di dalam
topic tersebut berdasarkan kepada pemerhatian kepada aktiviti di dalam kelas.
Oleh hal yang demikian, sebagai aktiviti tambahan mereka, saya telah memberi
pelbagai latihan sebagai kerja rumah sama ada berbentuk aktiviti di buku latihan
ataupun di dalam buku aktiviti mereka. Namun sesuatu yang agak
mendukacitakan saya apabila saya mendapati ramai dalam kalangan mereka
gagal menyiapkan tugasan tersebut.
2. Analisa
Memandangkan jumlah murid yang ramai, kebiasannya saya akan memberi
kerja rumah dan kemudiannya mengutip buku tersebut pada hari Khamis untuk
ditanda. Namun demikian, saya menyedari bahawa lebih daripada separuh murid
di dalam kelas gagal menyiapkan tugasan terutama di buku aktiviti. Apabila saya
bertanya, kebanyakan daripada mereka memberkan alasan bahawa mereka
terlupa ataupun tidur awal apabila pulang dari sekolah. Memandangkan tugasan
yang saya beri biasaya hanyalah satu muka surat dan tidak lah begitu banyak,
maka saya agak kecewa dengan tindakan murid-murid tersebut.




3. Cadangan tindakan susulan
Saya telah memulangkan buku aktiviti mereka dan kemudian mendenda mereka
sebagai peneguhan negatif kepada mereka. Saya juga telah member amaran keras
bahawa mana-mana murid yang tidak menyiapkan buku tersebut akan dibawa
berjumpa dengan guru disiplin. Saya sekali lagi member amaran untuk menyiapkan
tugasan mereka dan menghantar buku tersebut pada hari Jumaat (7 September
2012) dan semua kerja rumah haruslah dipastikan siap.
Untuk masa hadapan, sekiranya saya tidak dapat menanda buku mereka pada
setiap hari, saya akan memastikan buku mereka diperiksa terlebih dahulu sebelum
bermulanya kelas . saya akan meminta murid menunjukkan kerja rumah tersebut di
atas meja sebagai bukti mereka membuat tugasan. Dendaan akan diberi kepada
murid yang gagal menyiapkan tugasan tersebut.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya merancang untuk meneruskan sesi pemantauan sehingga berakhirnya
tempoh praktikum saya yang hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Pemantauan akan
terus dibuat setiap kali adanya jadual Matematik. Pemantauan ini akan membuatkan
murid-murid tersebut lebih bersedia untuk menyiapkan tugasan kerja rumah yang
diberi
Disemak oleh guru pembimbing



Tandatangan:

Nama:

Tarikh:
Disemak oleh pensyarah pembimbing



Tandatangan:

Nama:

Tarikh