Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ke 1

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh peristiwa/Kejadian : 19 23 Mac 2012
Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SK Bahang, Penampang
Pada hari pertama , saya bersama rakan sepelatih , Muhammad
Zulfadli bin Chacho telah mendaftarkan diri di SK Pekan Telipok, Tuaran. Kami telah
bertemu dengan guru Penolong Kanan,Puan Jamaliah bt. Md. Jali . Setelah
berbincang dengan guru penolong kanan, kami telah diberikan sesi persekolahan
petang memandangkan terdapat kekurangan guru di sebelah petang. Seterusnya
kami telah bertemu dengan guru penolong kanan ko-kurikulum dan saya telah
diberikan persatuan Matematik, Unit Beruniform Pengakap dan juga sukan Bola
Baling. Kemudian saya pulang dan kembali semula ke sekolah pada waktu petang
untuk bertemu denan penyelia petang, Encik Brahim Mydin. Terdapat beberapa
perkara yang diberi perhatian iaitu:
i) Jadual waktu kelas
ii) Jumlah waktu mengajar
iii) Guru pembimbing bagi matapelajaran major (Matematik) dan juga
elektif (Pendidikan Jasmani)
Saya telah mendapat 7 waktu mengajar bagi Matematik Tahun 3 Neptun dan
2 waktu Penidikan Jasmani bagi kelas yang sama. Jumlah keseluruhan ialah 9
waktu mengajar seminggu.
Pada hari kedua, saya mula memasuki kelas tahun 3 Neptun. Saya hanya
melakukan sesi perkenalan bagi mengenal dan memahami muri-murid yang saya
akan ajar. Jumlah murid di dalam kelas tersebut ialah seramai 49 orang. Jumlah
murid di dalam kelas tersebut agak ramai memandangkan hanya terdapat 2 kelas
bagi Tahun 3 di sekolah ini. Saya juga memasuki kelas ganti bagi tahun 2 Zuhal
bagi menggantikan guru yang cuti bersalin.
Pada hari Rabu, saya memasuki Persatuan Matematik. Untuk aktiviti
persatuan, guru telah mengedarkan lampiran cara menulis nota kepada murid-murid
dan kemudian guru berkenaan mengarahkan saya untuk mengendalikan aktiviti
persatuan tersebut. Kemudian sesi pengajaran kelas diteruskan dengan memasuki
kelas 3 Neptun bagi subjek Matematik. Saya sekadar mengimbas kembali tahap
pengetahuan pelajar mengenai topic shapes and space bagi mengingat kembali
daya ingatan mereka. Kemudian saya masuk sekali lagi kelas tersbeut untuk
menggantikan guru Bahasa Melayu yang tidak dapat masuk kerana urusan tertentu
Pada hari Khamis, sekolah telah mengadakan kempen kesedaran Kanser
anjuran MAKNA. Semua guru dikehendaki untuk hadir dan saya turut hadir ke
ceramah berkenaan. Memandangkan pada hari ini saya tidak mempunyai kelas
untuk dimasuki maka saya duduk di bilik guru dan menyiapkan tugasan-tugasan lain.
Pada hari Jumaat, saya masuk ke kelas 3 Neptun dan saya fokus kepada
pembinaan kembali ingatan mereka terhadap sifir. Berdasarkan kepada hasil yang
diperolehi , saya membuat anggapan bahawa kelas ini mempunyai pelbagai
kemahiran yang berbeza. Ada murid yang lebih cepat dan pantas da nada juga
murid yang masih beum menguasai sifir yang mudah. Maka saya telah
mempersiapkan diri untuk fokus pada golongan pelajar yang masih lemah untuk
pengajaran yang akan bermula pada minggu hadapan
Disemak oleh Guru pembimbing


Tandatangan:
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh pensyarah pembimbing


Tandatangan:
Nama :
Tarikh :