Anda di halaman 1dari 3

25

6.0. Ulasan tentang pentadbiran penilaian yang dilaksanakan



Pada 8 September 2011, saya dan rakan rakan saya telah
menganjurkan pertandingan sajak di Sekolah Kebangsaan Pekan
Tenom. Kelas yang terlibat adalah kelas Tahun lima Cemerlang,
seramai enam orang peserta dari kelas lima Cemerlang yang
mengikuti pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut diadili oleh
Cikgu Noor Hashimah iaitu sebagai ketua panel hakim dan rakan
rakan saya. Tujuan pertandingan ini dilaksanakan ialah menilai dan
menghasilkan satu rubrik penilaian bahasa untuk mata pelajaran
pentaksiran dan penilaian Bahasa Melayu (BMM 3103).

Terdapat sedikit sebanyak kelebihan dan kelemahan yang dapat
dilihat ketika melaksanakan pertandingan sajak tersebut. Antara
kelemahan yang dapat dilihat ketika pertandingan sajak tersebut,
murid tidak memiliki masa atau persediaan yang mencukupi untuk
berlatih sajak yang diberikan. Murid hanya diberi masa selama
sehari untuk berlatih dan keesokan harinya adalah pertandingan.
Selain itu, sebagai penganjur, peruntukan masa yang diberikan
adalah tidak mencukupi kerana kelas tersebut tidak mempunyai
waktu yang kosong untuk melaksana pertandingan sajak dan masa
yang dapat kami laksanakan pertandingan tersebut ialah satu jam
sahaja iaitu masa mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu masa cikgu
Noor Hashimah. Di samping itu, kami berada di sekolah hanya
seminggu sahaja untuk menjalani pengalaman berasaskan
sekolah.

Selain itu, kelemahan lain yang dapat dilihat ketika menjalankan
pertandingan sajak tersebut ialah kami tidak mempunyai
pengalaman yang mencukupi. Ini ialah kali pertama kami
melaksanakan aktiviti sedemikian di sekolah. Kelemahan lain iaitu,
26

borang penilaian yang dihasilkan tidak berapa mencapai tahap
penilaian. Ini berlaku kerana kurang pengalaman dalam pembinaan
borang penilaian atau rubrik dan masa yang diperuntukan adalah
tidak mencukupi.

Dalam pelaksaan pertandingan sajak tersebut, terdapat juga
kelebihan yang dapat dilihat antaranya. Melalui pertandingan
tersebut, guru boleh menilai tahap murid dalam penggunaan
bahasa. Contohnya, dalam sebutan dan suara murid, intonasi,
tatabahsa bahasa yang diguna oleh murid betul atau salah. Selain
itu, guru juga dapat menilai murid dari segi gaya murid
menyampaikan sajak. Kelebihan yang lain dapat dilihat ialah dapat
menggalakkan murid dan menarik minat untuk menyertai aktivti
yang sedemikian. Setelah mereka mengikuti aktivti tersebut,
mereka akan mahu mengikuti pertandingan tersebut dengan
berlatih bersungguh sungguh. Dengan itu, ini dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bahasa melayu dan
dapat menarik minat mereka untuk mempelajari bahasa melayu.

Selain itu, melalui aktiviti tersebut, murid juga dapat
menambahbaikan lagi penggunaan tatabahasa mereka dalm
pembelajaran bahasa melayu. Bukan sahaja dalam kelas manakala
dalam kehidupan seharian. Mereka akan dapat menggunakan
bahasa dengan betul, tepat dan sebagainya.







27

7.0. Refleksi keseluruhan

Setelah melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu mata pelajaran
Pentaksiran Bahasa Melayu, saya dapat mengetahui cara cara
membuat jadual spesifikasi ujian (JSU) Bahasa Melayu dengan
tepat iaitu mengikut aras aras tertentu. Selain itu, saya juga dapat
membina soalan soalan objektif, soalan subjektif berbentuk
struktur dan esei dengan merujuk kepada jadual spesifikasi yang
dibuat. Ini akan lebih memudahkan saya untuk membina soalan
soalan dengan cepat dan mudah.

Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk membina
dan menghasilkan rubrik penilaian aktiviti bahasa contohnya seperti
deklamasikan sajak, pidato, debat atau forum. Bukan senang untuk
membina rubrik penilaian in kerana kita perlu tahu cara cara yang
betul dan aspek aspek yang perlu dinilai ketika aktiviti bahasa
dijalankan.

Selain itu, saya juga mendapat pengalaman ketika menjalani
pengalaman berasaskan sekolah di SK Pekan Tenom iaitu,
menjadi panel hakim untuk pertandingan sajak yang dilaksanakan
pada 8 September 2011. Setelah selesai melaksanakan
pertandingan sajak di sekolah, saya baru mengetahui bahawa
menjadi seorang panel hakim bukanlah satu perkara yang senang
dan seorang panel hakim perlu mempunyai kemahiran kemahiran
dan pengetahuan yang luas dan mengetahui banyak aspek dalam
menjadi seorang panel hakim yang hebat.

Anda mungkin juga menyukai