Anda di halaman 1dari 86

BAHASA MELAYU PT3

Sampel Soalan PT3 Bahasa Melayu



BAHAGIAN A : (25 MARKAH)
Soalan 1 : (8 markah)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa.
Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan
yang disediakan.

Soalan 2 : (3 markah)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan.
Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.

Soalan 3 : (10 markah)
Kemahiran sintaksis

Soalan 4 : (4 markah)
Kemahiran Peribahasa

BAHAGIAN B : (30 MARKAH)
Soalan 5 : (10 markah)
Pemahaman Prosa
Tingkatan 1: Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional
Prosa Moden
Drama
Tingkatan 2: Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Tradisional
Prosa Moden
Drama
Tingkatan 3: Antologi Harga Sebuah Lukisan
Prosa Tradisional
Prosa Moden
Drama

Soalan 6 : (10 markah)
Pemahaman Puisi
Tingkatan 1: Antologi Kasut Kelopak Jantung
Puisi Tradisional
Puisi Moden
Tingkatan 2: Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Tradisional
Puisi Moden
Tingkatan 3: Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Tradisional
Puisi Moden

Soalan 7 : (10 markah)
Kajian Novel
Kajian Novel
Tingkatan 1 : Bukan Duniaku
Tingkatan 2 : Lestari Bukit Menghijau
Tingkatan 3 : 6:20

BAHAGIAN C : (15 MARKAH)
Soalan 8 : (15 markah)
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan
Karangan Contoh 1 : Perpaduan kaum
Karangan Contoh 2 : Ciri-ciri pelajar cemerlang
Karangan Contoh 3 : Manfaat penjagaan kebersihan
Karangan Contoh 4 : Kepentingan sungai kepada manusia

BAHAGIAN D : (30 MARKAH)
Soalan 9 : (30 markah)
Karangan Respons Terbuka
Panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan
3 Soalan dikemukakan
Karangan Contoh 1 : Memartabatkan bahasa kebangsaan
Karangan Contoh 2 : Kemalangan jalan raya










GEMA SEPI GADIS GENIUS
( Azmah Nordin )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Sinopsis:

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya
berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang
akan kakaknya. Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah
Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka
berdua.

Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal
dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana.
Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah 'busut' yang dilonggokkan oleh pengurus
makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya para timbalan pengurus. Basirah
membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi
dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu
alternatif.

Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila
penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah
telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh
tersalah sasaran. Saluran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana
Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan
rakanya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi
menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabilapintu
yang terkuak berbunyi. Beberapa orang remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya
datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.

Selepas itu, sekali lagi osiloskop dipasang untuk mengesan gema panggilan dari luar. Ketika
mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer
makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya,
penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan
menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah
menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit umpan
mengena.

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah
menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi
kenyataan yang indah.
Tema:
Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil ( hacker ) komputer.

Persoalan:
1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh
komputer. Contonya, Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyusup sistem di
makmal.

2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang
berkemahiran tinggi. Contohnya, hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat
pengajian tinggi.

3. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran.
Contohnya, Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam
bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang seni dan kesusasteraan.
Plot:

Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiada pun daripadanya
berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang
akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah
Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka
berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.

Perkembangan

Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem
komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah 'busut' yang
dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para
timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun dia dikritik. Ada ketikanya
Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju,
sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks

Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan
ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya.
Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran
internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan
pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat uji kaji dengan
menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan
bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya
mengesan penceroboh tersebut.

Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah
menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi
kenyataan yang indah.

Teknik Penceritaan:
1. Deskriptif (pemerian ). Contohnya, dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi
macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).

2. Monolog dalaman. Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu ( m/s 10 ).

3. Imbas kembali. Contohnya, Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa
dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar
yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah
(m/s4).

4. Imbas muka. Contohnya, Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan
tabah ( m/s 17 )

Watak dan Perwatakan
( 1 ) Watak Utama
Basirah
Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun.

Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.

Siswi dalam jurusan Sains Komputer.

Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.

Seorang yang pintar.
Watak Sampingan
Hanani
Anak sulung kepada ahli perniagaan dan berusia 16 tahun.

Kakak kepada Basirah.

Seorang yang lincah dan kreatif.

Suka mengambil berat akan adiknya.

Mempunyai ramai kawan.

Seorang yang suka kegiataan rekreasi.

Latar:
Latar Masa
(i) Siang - Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal Perdana
(ii) Malam - Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
(iii) Hari Minggu - Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di makmal sistem
komputer, Makmal Perdana.
Latar Tempat
(i) Makmal sistem komputer di Makmal Perdana - tempat Basirah menjalani latihan amali tahun
akhir jurusan Sains Komputer.
(ii) Pusat bandar Kota Kinabalu - tempat letaknya Makmal Perdana.
(iii) Sekolah kanak-kanak pintar - tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-kanak.
(iv) Institusi pengajian tinggi di Semenanjung - tempat Basirah belajar sebagai siswi jurusan
Sains Komputer.
Latar Masyarakat:
(i) Masyarakat yang celik komputer - Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal
Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer.
(ii) Masyarakat terpelajar - Basirah merupakan siswi tahun akhir jurusan Sains Komputer di
sebuah institusi pengajian tinggi.
(iii) Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung.
Gaya Bahasa:
(i) Metafora:
Contohnya, meniti buih di jeram ( m/s 3 ), mata fikir ( m/s 2 )
(ii) Diksi:
Bahasa Inggeris - hyperintelligent ( m/s 2 ), the exteminator ( m/s 8 )
Bahasa IT - Sofware (m/s 1 ), user ( m/s 1 ), hacker ( m/s 2 )
Istilah Sains - Osiloskop ( m/s 11 )
(iii) Hiperbola:
Contohnya, Menggunung secara halimunan juga ( m/s 9 )
(iv) Sinkope:
Contohnya, Dah ( sudah ), Kak ( kakak )
(v) Simile:
Contohnya, Dipuji macam bidadari
Contohnya, Diraikan macam puteri
(vi) Perlambangan
Contohnya, Busut
Nilai:
1. Nilai kasih sayang. Contohnya, kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam
makmal sempena hari jadi Basirah yang ke 14.
2. Nilai berusaha. Contohnya, Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer
sehingga telah berjaya.
3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang
diberikan kepadanya.
Pengajaran:
1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun
mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.





ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG
TINGKATAN 1

ANALISIS CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG.
(GHAZALI LATEH)


SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan
hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa
yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru
di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang
tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang
tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan
bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana
tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda
Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak
jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmad
merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak
jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu
Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi
keselamatan kakinya.

Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut
kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad
tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan
mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa
kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk
pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya,
dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama-sama ibunya yang uzur dan
tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah
memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan
Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.
Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar
dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat
pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada
Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

TEMA
Kesusahan hidup seorang pelajar miskin dalam mengharungi alam
persekolahan .

Contohnya Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang tinggal di
kawasan pedalaman. Setiap hari Ahmad akan ke sekolah dengan berkaki
ayam kerana tidak mampu untuk membeli kasut sekolah


PERSOALAN

Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk
merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun
kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.

Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah
membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.

Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia
tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut
pada setiap Hari Guru.

Kepentingan memakai kasut di sekolah.
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya
muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.

Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa
kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa
gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.



WATAK DAN PERWATAKAN

CIKGU HARUN
Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah
mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan
kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan
sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak
muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang
menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan
Hari Guru.

AHMAD
Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung,
kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya
untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya
yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa
mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun
mengarahkannya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung
pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi
seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut
terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi
Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

IBU AHMAD
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal
bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung.
Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana
menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad
pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh
sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung
perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

PLOT

PERMULAAN
Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang
tidak dipos.

Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri
sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN

Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu
apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.

Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak
memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan ke sekolah.

Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat
daripada kelopak jantung pisang.

Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun
dan banyak murid yang mengetawakannya.

PERUMITAN

Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.

Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti
sekolah.

Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda
Ahmad.

Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan
mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk
menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK

Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak
mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu
Harun.

Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut
sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan
Ahmad supaya kembali ke sekolah.

Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.

PELERAIAN

Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.

Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap
Hari Guru.

Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati
yang ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama
bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT

Dialog:
pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.
Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

Monolog:
watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.
Bukti: Jauh juga rumah Ahmad, bisik hati kecil Cikgu Harun.

Monolog dalaman:
kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana
ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid,
dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling
melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi,
negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun
mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

Kejutan:
peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.
Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan
Cikgu Harun terkejut melihat Ahmad masih memakai kasut yang diperbuat
daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

Suspens:
peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca
Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa
Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia
rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.
Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini,
seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang
tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang
lain.

Pemerian:
gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.
Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat
oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun
memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad
seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

Imbas kembali:
teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.
Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun,
kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai kasut yang diperbuat
daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT

Rumah Cikgu Harun di bandar
Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

Kawasan pedalaman
Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman
lebih tiga puluh tahun yang lalu.

Bilik darjah
Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke
sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya
tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.

Padang sekolah
Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan
bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai kasut
yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

Rumah Ahmad
Bukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan
mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

Kebun sayur
Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung
perbelanjaan keluarga.

Pekan
Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah
baharu dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia
dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA

Zaman moden
Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden
ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat
pengeluar kasut terkemuka.

30 tahun yang lalu
Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana
tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu
Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada
kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti
disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

Tempoh seminggu
Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah
selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad
ingin berhenti sekolah.

Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka
Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut
sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan
jasmani di padang.

Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.
Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia
mahu berhenti sekolah.

16 Mei
Bukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya
setiap sambutan Hari Guru.

Selepas sekolah tamat / tengah hari
Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung
telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat guru
Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku
lebih 30 tahun yang lalu.

Masyarakat pelajar
Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di
kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak
memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.

Masyarakat miskin
Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam
kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam
usia yang muda.

Masyarakat yang mengenang jasa guru
Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun.
Setiap kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi
kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini
membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah
berjaya dalam kehidupan.

Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan
Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya
tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA

Paradoks:
gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.

Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.

Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.
Waktu rehat Ahmad tidak keluar.
Dia tidak bercakap banyak.
Dia telah pun menduga.


Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.
Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang
tersengkang pada batang tenggoraknya.
-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah
menyabung.
-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta
sesuatu.
-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.
-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.
-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.
-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik.
Seperti kaki ayam yang mencakar najis.
Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang
usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

Peribahasa: ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang
Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka,
berkecil hati, dan separuh umur.

Personifikasi: penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.
Bukti: Rasa bersalah mula menyerang perasaannya.
Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu
sindiran dan keikhlasan telah bergumpal menjadi satu

Sinkof: penggunaan singkatan kata
Buktinya: tak, dah, nak, ni

Repitasi: pengulangan kata.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana
ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.

Gaya bahasa dialog
Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.



Diksi Bahasa Inggeris
- Uniform


NILAI MURNI DAN PENGAJARAN

Nilai murni: Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang
lebih berpengalaman daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari
arahannya.

Nilai murni: Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya
tidak mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia
tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana
tidak mampu membeli kasut sekolah.

Nilai murni: Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada
seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas
memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai
jasa gurunya.

Nilai murni -Ketabahan
Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi
mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup
mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili
untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Nilai murni: Kesabaran
Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam
kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang
tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

Nilai murni: Kegigihan
Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang
berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin
sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut
berjenama.

Nilai murni: Bertanggungjawab
Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh
bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia
memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai
untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

Nilai murni: Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah
kehidupan keluarga yang miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat
jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

Nilai murni: Baik hati
Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang
memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban
mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan
sepasang uniform sekolah.






Drama Hemodialisis
(Jais Sahok)


1) SINOPSIS


Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang
sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama
daripada anaknya sendiri Dr. Afif. Abah tidak mahu
menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa
berada di rumah. Abah menganggap dia akan mati
tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya. Abah
cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal.
Abah dibawa ke klinik secara paksa. Setelah empat
jam, abah pulang bersama-sama mesin hemodialisis
yang dikendalikan sendiri.

Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu.
Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke
klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi
dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh
Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah
menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaannya. Abah yang terlalu
gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya.
Keadaan menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan
oleh Dr. Afif.



2) TEMA


Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.


3) PERSOALAN


1. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.

2. Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor.

3. Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian
apabila sakit.



4) WATAK & PERWATAKAN



1) Abah

Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga
orang anak Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu -
Zarina dan cucu - Nabilah.

Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa
menggunakan mesin hemodialisis.

Seorang penulis yang hebat diakui oleh Dr. Afif.

Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak
tak bagi mama menelefon anak-anak.

Seorang yang bersifat penyayang, tegas mendidik
anak-anak sehingga berjaya.

Tidak mementingkan diri sendiri tidak mengambil
kesempatan walaupun anaknya seorang doktor.

Seorang yang suka bergurau.


2) Dr. Afif

Bijak - doktor pakar.
Penyayang - ambil berat tentang keluarga.
Mengenang jasa orang tua menyanjung tinggi
pengorbanan abahnya.
Cekap bekerja.
Pantas bertindak apabila mendapat panggilan
daripada mama.
Berkorban untuk bapanya - memberi mesin
hemodialisis di kliniknya untuk abah.

3) Mama

Isteri yang penyayang.
Ambil berat akan keluarganya.
Patuh dan taat akan suaminya.
Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah.
Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).


4) Fatin Atiqah

Bijak - pelajar cemerlang di universiti.
Sayang akan bapanya - ambil berat.
Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan
daripada mama.
5) Nabilah

Cucu abah.
Anak Dr. Afif dan Zarina.
Penyayang.
Cakap lepas.


5) PLOT


Teknik plot dan pembinaan plot

Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi.

1) Permulaan cerita

Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya
memanggil Dr. Afif di klinik. Hasrat mama ditentang
oleh abah.

2) Perkembangan cerita

Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan
memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan
rawatan. Konflik abah bertambah apabila Nabilah
datang memujuk abah dan Dr. Leong datang
membawa kerusi roda. Abah dibawa ke klinik secara
paksa. Abah pulang dengan mesin hemodialisis.
Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan
Dr. Afif.

3) Klimaks

Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut.

4) Peleraian cerita

Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.

6) LATAR
1) Masa

Siang hari.
Waktu pagi.

2) Tempat

Ruang tamu rumah Abah.


3) Masyarakat


Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan.
Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran.
Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan
kepentingan
Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-
mati.


7) GAYA BAHASA


1. Sinkope
Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak
(sudah), tu (itu)

2. Sajak
Contoh: m/s: 27

3. Bahasa Inggeris
Contoh: I am a doctor, and I want to be your doctor. I
promise to be your good doctor. (m/s 8)


8) NILAI


1. Nilai kasih sayang
Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa
yang sakit.

2. Nilai hormat menghormati
Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya.

3. Nilai menghargai jasa
Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.

4. Nilai prihatin
Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan
yang dideritai oleh suaminya.


5. Nilai kesabaran
Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah
bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.

6. Nilai menghargai ilmu
Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah
universiti dan telah lulus dengan cemerlang.



9) PENGAJARAN


1. Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.

2. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan
berpengetahuan daripada kita.

3. Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang
telah mendidik kita.

4. Kita harus mengambil berat akan masalah yang
dialami oleh orang lain.

5. Kita perlu bersabar untuk mengelakkan
persengketaan.

6. Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.

7. Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh
seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang
hayat.



LATIHAN


1. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam
drama ini.

2. Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam drama ini.






Pantun Agama

(Mohd Yusof Md Nor & Dr. Abd. Rahman
Kaer)


MAKSUD
Rangkap 1
Sekiranya kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di
dunia, di akhirat nanti kita tidak akan mendapat
ganjarannya.

Rangkap 2
Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua
makhluk, akhirat jualah tempat yang abadi.

Rangkap 3
Orang alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah
lagi kita orang biasa. Sudah tentu banyak berbuat
dosa.

Rangkap 4
Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak
mengerjakan ibadah sembahyang.

Rangkap 5
Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman
seseorang tetapi melalui amalannya.

Rangkap 6
Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau
perintah Allah bukanlah mengikut kehendak hati
sendiri.


TEMA


Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari.



PERSOALAN

1. Persoalan taat akan hukum agama akan menjamin
kehidupan bahagia di akhirat nanti.
2. Persoalan kejahilan manusia yang tidak tahu akan
hukum-hakam agama.
3. Persolana penampilan fizikal tidak melambangkan
keperibadian dan tahap keimanan seseorang.


BENTUK

1. Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam
rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
3. Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat
patah perkataan.
4. Contoh, tiga patah perkataan sebaris:
Kemuning daunnya lampai
5. Contoh, enam patah perkataan:
Di atas dunia kau tak sampai
6. Rima akhirnya ab ab.

GAYA BAHASA


Aliterasi
Teritip di tepi kota
Pengulangan bunyi konsonan t

Asonansi
Teringat badan tidak sembahyang
Pengulangan bunyi vokal a

Kata ganda
Dunia ini pinjam-pinjaman

Sinkope
Di atas dunia kau tak nampak


NILAI


1. Nilai keinsafan.
Terdapat pada rangkap kedua (Baris 3 dan 4)
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

2. Nilai kesederhanaan.
Terdapat pada rangkap kelima (Baris 3 dan 4)
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.


PENGAJARAN


1. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kata hati.
2. Kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dari
luaran sahaja.
3. Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di
dunia ini hanya sementara sahaja.
4. Kita hendaklah mengerjakan solat supaya tidak
menyesal pada kemudian hari.
5. Kita hendaklah memelihara amalan hidup di
dunia.


LATIHAN




1. Huraikan dua nilai yang wujud dalam Pantun
Agama ini.

2. Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh
menilai seseorang itu daripada luaran sahaja.




ANAK PENGGUNTING RAMBUT

( NOR HIDAYAH ASARI)


SINOPSIS


Cerpen Anak Penggunting Rambut mengisahkan
seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan
yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang
anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki
dan mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel
dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa
Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu
pening dan pitam.

Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja
sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah
berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu,
rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga
mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan
panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan
Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA,
beliau mengambil upah menggunting rambut setelah
pulang dari ladang.

Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya
sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai
penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan
menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung
dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk
menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak
seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai
penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak
kali pertama belajar menggunting rambut.

Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis,
rambut pendek telah membawa kemenangan yang
bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak
itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah
terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang
berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi
Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang
pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagi
Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang
gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk
mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya
hingga terlupa menggunting rambut Manis.

Ayah akan mengenakan upah menggunting
rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan
seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut
dikelakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan
disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu
mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang
upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila
mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli
keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja
sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya
dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang
upah gunting tanpa kebenarannya.

Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang
sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang.
Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua
atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya.
Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu
dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul
untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut
yang digunting.

Di alam sekolah menengah, Manis masih
berambut pendek walaupun dicemburui oleh ramai pelajar
senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan
meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya
yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah
menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh
warden asramanya.

Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung
pelajarannya di Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di
universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis
cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai
alasan untuk tidak pulang ke kampung.

Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon
kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan
Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan
menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati
ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan
gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit
kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak.

Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis
hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun
begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan
nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat
yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih
terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai
rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu
menyimpannya lagi.



TEMA


Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja
sebagai tukang gunting menyayangi anaknya, Manis
dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting
rambut hingga ke akhir hayat anaknya.


PERSOALAN


1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan.
Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga
Manisah setelah kematian isterinya.

2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.
Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah
wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk
perbelanjaan harian di sekolah.

3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan
tenang.
Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima
kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.

4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai
penyuluh hidup.
Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di
kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.

PLOT
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan
watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh
anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai
tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi
akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula
menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan
rambut pendek.



Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai
tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-
kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu
bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis
mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut
pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan
ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan
pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke
kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya
sahaja.

Klimaks
Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor.
Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja.
Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu

Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis
akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir
Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut
Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

Teknik Penceritaan
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

1. Dialog
Contoh: Mengapa abah teruskan juga menjadi
pengunting rambut bila dah sampai ke sini?

2. Imbas kembali
Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika.
Dia menangis.

3. Monolog Dalaman
Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah
tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah
tidak menggunting rambutmu.


WATAK DAN PERWATAKAN


1) Ayah
Sudah berusia lewat 60-an.
Seorang bapa tunggal.
Rajin bekerja untuk menyara keluarganya.
Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting.
Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut.
Hidup menduda setelah kematian isteri.


2) Manisah (Manis)
Memiliki raut wajah yang comel.
Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko.
Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang
pelajaran.
Rajin membantu orang lain.
Gemar berambut pendek.


LATAR


1) Masa
Petang Ayah menanam rambut Manis di dalam satu
lubang kecil selepas kematian Manis.
Subuh waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit
leukemia.
Waktu siang waktu ayah bekerja di ladang, di kedai
gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

2) Tempat
Kampung Batu 25, Bagan Datoh kampung asal ayah
sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA.
Tanah rancangan FELDA tempat ayah merantau untuk
mencari penghidupan yang lebih baik.
Tadika Manis dan kumpulannya mengambil bahagian
dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan
memenangi acara tersebut.
Asrama Manis tinggal di asrama semasa bersekolah
menengah.
Hospital tempat Manis dirawat kerana penyakit
leukemia.

3) Masyarakat

Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk
kelangsungan hidup.
Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-
anaknya setelah kematian isterinya.

Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan
kerja sampingan.
Contoh: Ayah menjadi peneroka dan
meninggalkan kampung halamannya.

Masyarakat yang berani mempertahankan risiko.
Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya
memotong rambut Manisah hingga
pendek walaupun dikritik orang kampung.

Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah
Contoh: Ayah dan abang menerima takdir
kematian Manisah dengan redha.

GAYA BAHASA

1. Sinkope
Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis.

2. Kata Ganda
Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,

3. Simile
Contoh: Seperti Busut Hitam

4. Personifikasi
Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri


NILAI


1. Nilai keberanian.
Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah
dipanggil dan ditegur oleh guru.

2. Nilai berdikari
Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak
selepas kematian isterinya.

3. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting
rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun
bayarannya rendah.

4. Nilai kasih sayang
Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari
kecil hingga dewasa.

5. Nilai kerajinan
Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai
tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah
juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat
menggunting rambut.

PENGAJARAN



1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah
Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa
isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.

2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.
Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun
tanpa isteri yang telah meninggal dunia.

3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.
Orang kampung memahami mengapa ayah memotong
rambut Manisah hingga pendek.

4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan
keluarga.
Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti
walaupun berjauhan dengan keluarganya.



LATIHAN


1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di
bawah?
Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih
sayangkan Manis. Subuh itu Manis menghembuskan
nafasnya yang terakhir di ribaanku.

2. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di
bawah?
Abah hanya mahu merindumu, Manis.

3. Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas?
Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang
kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup
terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh.




Muhibah dan Perpaduan
(Pantun Empat Kerat)
Zailani Taslim


MAKSUD

Rangkap 1

Malaysia merupakan negara yang terdiri
daripada berbilang bangsa dan
rakyatnya perlu mengamalkan cara
hidup muhibah.

Rangkap 2
Walaupun rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai bangsa dan budaya,
namun kerana amalan
cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup
bersatu padu.

Rangkap 3
Dalam semua urusan, rakyat hidup
bersatu padu dan bergotong-royong
berkat hidup
bekerjasama.

Rangkap 4
Rakyat yang berbilang keturunan tidak
akan menjadi halangan untuk rakyat
Malaysia
membentuk menjadi bangsa yang
bersatu padu.

Rangkap 5
Sebagai rakyat yang berbilang kaum,
tentulah mempunyai berbilang budaya
dan cara hidup.
Namun, kebudayaan dan cara hidup asal
tidak akan dilupakan walaupun
kebudayaan nasional
diamalkan.

TEMA

Keharmonian dan perpaduan hidup
masyarakat majmuk.


PERSOALAN


1. Persoalan amalan hidup muhibah
perlu diamalkan oleh rakyat dalam
negara berbilang kaum.
2. Persoalan amalan cara hidup muhibah
dapat menyatu-padukan rakyat berlainan
bangsa dan budaya.
3. Persoalan amalan bekerjasama dan
bergotong royong dapat memudahkan
segala urusan.
4. Persoalan kepelbagaian keturunan
tidak menghalang pembinaan bangsa
yang padu.
5. Persoalan kebudayaan nasional tidak
melenyapkan kebudayaan sesuatu
kaum.

BENTUK


1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Pantun ini berbentuk pantun empat
kerat, iaitu dua baris awalan pembayang
dan dua baris akhir maksud pantun.
3. Pantun ini mengandungi empat belas
hingga lapan belas patah perkataan
dalam satu rangkap
4. Suku kata terdiri daripada lapan
hingga dua belas suku kata sebaris.
5. Rima akhir ab, ab.

GAYA BAHASA
Simile
Senyuman manis seperti madu;
(Rangkap 4, baris 2)

Kata ganda

Tanda bersatu bergotong-royong
(Rangkap 3, baris 4)

Hiperbola

Mengairi sawah beratus relong;
(Rangkap 3, baris 2)

Asonansi

Di negara Malaysia berbilang bangsa
(Rangkap 1, baris 4)
Pengulangan vokal a

Aliterasi

Bermacam keturunan bukan
halangan (Rangkap 4, baris 3)
Pengulangan konsonan n

NILAI

1. Nilai bekerjasama.
Masyarakat berbilang kaum hidup
bekerjasama menjalankan amalan
gotong-royong.

2. Nilai hormat-menghormati.
Masyarakat yang berbilang kaum saling
menghormati adat dan budaya masing-
masing.
3. Nilai semangat bermasyarakat.
Menjalankan amalan gotong-royong
menunjukkan semangat hidup
bermasyarakat.

4. Nilai Patriotisme.
Masyarakat yang cinta akan tanah air
dan sentiasa bangga dengan
kebudayaan tempatan.


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam
segala hal sebagai rakyat sebuah negara
berbilang kaum.


2. Kita hendaklah hidup bersatu padu
untuk mengekalkan keharmonian
negara.

3. Kita hendaklah hidup berkerjasama
dan bertoleransi dalam masyarakat yang
berbilang kaum.


LATIHAN


1. Huraikan dua persoalan yang wujud
dalam Pantun Muhibah ini.

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah
kita dapat mewujudkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia?

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)
KOMSAS TINGKATAN 2
Pengenalan

Pantun dua kerat lebih mudah untuk
disamakan rima awal, rima tengah dan rima
hujungnya. Perkataan yang sama boleh
diulang untuk rima awal dan rima tengah.
Jumlah suku kata bagi setiap baris dalam
pantun selenggaraan Dr. Anwar Ridhwan dan
Profesor Rahman Shaari yang dimuatkan pada
halaman 5, antologi Gema Sepi Gadis Genius
itu ialah antara 7 - 12 suku kata.

Dalam bahagian pengenalan (muka surat 3,
perenggan 2) dinyatakan bahawa Pantun Dua
Kerat (Nasihat) mengajak pembaca supaya
berfikir terlebih dahulu sebelum
mengeluarkan kata-kata agar tidak melukakan
perasaan orang lain. Pembaca juga disarankan
supaya melakukan sesuatu mengikut
kemampuan agar tidak memudaratkan
kesihatan diri. Inti pati pantun berjumlah 6
rangkap yang disebutkan itu boleh menjadi
panduan kepada murid untuk tujuan
perbincangan yang lebih terperinci.

Perbincangan Isi Pantun

Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.

Seseorang yang tidak memiliki pengetahuan
tentang sesuatu perkara, atau tidak mengenali
sesuatu (yang asing, yang baharu, yang belum
biasa dilihat) dinasihatkan supaya berdiam
diri. Langkah itu dilihat bijak supaya seseorang
itu tidak mendedahkan kejahilan diri
(kebodohan, kurang ilmu, cetek pengetahuan)
apabila cuba bercakap tentang perkara yang
tidak diketahui atau tidak dikenali. Dalam kata
lain, sebelum membuka mulut mengatakan
sesuatu, fikirkan terlebih dahulu bahawa kita
memiliki pengetahuan atau maklumat yang
sah tentangnya.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Seseorang yang mempunyai hati, iaitu
perasaan mestilah peka terhadap sesuatu
perkara. Maknanya, seseorang itu mesti
mempunyai sensitiviti supaya dapat mengawal
emosi diri sendiri, di samping menjaga
perasaan orang lain. Sebarang percakapan
atau tingkah laku kita hendaklah mengambil
kira hak diri sendiri dan hak orang orang lain,
iaitu bersikap asertif (tegas diri).

Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.

Orang yang mengalami kesakitan tidak sedar
akan diri sendiri, serta tidak dapat mengawal
diri sendiri. Kesakitan boleh jadi berbentuk
fizikal (jasmani), mahupun berbentuk psikologi
(emosi). Kedua-dua keadaan kesakitan
berkenaan saling berkaitan, iaitu saling
menjejaskan antara satu dengan lain.

Dengar cakap enggang makan buah
belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk
lubuk.

Seseorang itu hendaklah mempunyai
pendirian supaya tidak mudah terpengaruh
dengan cakap atau pendapat orang lain. Orang
yang tidak ada pendirian yang teguh akan
mudah diperkotak-katikkan. Kita akan binasa
atau terperangkap dalam keadaan yang tidak
menentu jika hanya bersandarkan kata-kata
orang yang tidak dapat diselami niat sebenar
mereka.

Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.

Tidak semua yang terlintas dalam fikiran perlu
dilafazkan dalam bentuk percakapan atau
penulisan. Sebaliknya, ada perkara yang
mungkin hanya perlu disimpan di dalam hati
(tidak disebutkan) kerana mungkin
menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan
orang lain. Selain itu, sebarang nasihat atau
pengajaran yang baik hendaklah mereeap
dalam sanubari.

Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.

Mahal demam bermaksud bahawa kesihatan
diri perlu dijaga sebaik mungkin kerana
kesannya yang besar terhadap mutu atau
kualiti kehidupan seseorang. Seseorang yang
menghadapi masalah kesihatan (murahlah
sakit) tidak akan berdaya melakukan sesuatu
aktiviti atau pekerjaan dengan sempurna.
Maka, sebelum berbuat sesuatu, pastikan
bahawa kita berkemampuan supaya tidak
memudaratkan kesihatan diri.

Latihan:

a) Nyatakan dua nasihat dalam pantun di
atas.

b) Sebagai murid, kesihatan diri hendaklah
sentiasa dijaga.

Cadangkan tiga cara menjaga kesihatan
diri sendiri.

c) Jelaskan dua persoalan dalam pantun di
atas.





Erti Sebuah Pengorbanan
(Zaihanim Abidin)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
(KPM)

SINOPSIS
Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu.
Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal
bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman
menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan
semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan
pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di
rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama
berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang
dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan
membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada
di New Zealand.
Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang
dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun,
Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-
baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial
ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk
Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman
sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu
menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka
sertai. Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman
berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam
pertandingan pidato peringkat daerah.
Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari
mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu
bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif
Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut
dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini
menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri
daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri
dengan Linda.
Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan
Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan
ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah.
Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan
Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan
teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.
Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya
mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand
untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan
Iman.

Tema

Kasih sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.
Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama
datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan
bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha
dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Persoalan
1. Persoalan pengorbanan
Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan
hasrat mereka untuk berkahwin
kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan
tersebut. Ayah Iman akur
dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan
bekas isterinya semula. Adif
Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu
sebagai ayahnya.

2. Persoalan ketabahan
Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang
dihadapinya. Setelah ditinggalkan
oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia
menyesuaikan dirinya
tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala
masalah dihadapinya tanpa
merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3. Persoalan hubungan persahabatan
Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa
serta sama-sama
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato
bagi mewakili sekolahnya ke
peringkat daerah.

4. Persoalan taat kepada perintah agama
Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa
agar segala apa yang
dihajatinya tercapai.

Plot
Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal
bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal
bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah
memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman
kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya
melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih
sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat
untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal
bersebelahan rumah datuknya di kampung. Mereka sering
bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka
duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan
ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.
Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah
kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan
Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia
mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat
daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial
yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain
tambah menaikkan kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman
menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui
oleh Iman.
Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil
daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah
yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi
menyertai pertandingan tersebut. Dua hari sebelum
bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia cekal.
Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari
pertandingan.
Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi
menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling
menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk
membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand
bertemu dengan ibunya.

Teknik Plot
1. Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen
mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman
dengannya.
2. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin
membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.
3. Imbas kembali
Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu
dan bapanya bercerai.
4. Suspens
Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial
melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di
sekolah.

Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Iman Zulaikha
1) Pelajar tingkatan satu
2) Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun
mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk
menyatukan mereka semula.
3) Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato
peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang
gigih, dia berjaya menjadi johan.
4) Pemaaf
Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan
kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh
tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum
pertandingan.
5) Berani
Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri
daripada pertandingan pidato agar memberi laluan
kepadanya.

Watak Sampingan
Cikgu Julia
1) Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
2) Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua
muridnya.
3) Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran
dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.


Pei Wen
1) Merupakan sahabat baik Iman.
2) Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung
dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.


Adif Danial.
1) Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
2) Rakan sekelas Iman Zulaikha.
3) Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.


Linda
1) Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
2) Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan
kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

Latar
Latar Masa
1) Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari
Iman.
2) Pada waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar
raya.
3) Pada waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang
berada di New Zealand.

Latar Tempat
1) Sekolah
Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial
menuntut ilmu.
2) Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan
pelajaran ke New Zealand.
3) Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya
bersiar-siar ke Port Dickson.
4) Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di
kampung.

Latar Masyarakat
1) Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain
dan Adif Danial.
2) Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
3) Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran
rumahhnya di kampung tersebut.

Nilai
1. Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka
telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi
Iman.
2. Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai
kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat
sekolah dan daerah
3. Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan
mengulang kaji pelajaran.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka
telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke
dunia.
2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk
mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan
mengulang kaji pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai