Anda di halaman 1dari 5

Jenis dan deskripsi Kesan-kesan sampingan

Agen Anabolik
Steroid anabolik androgenik adalah
merupakan hormon sintetik testosteron.

Agen ini sering didapati dari pasaran
gelap/haram di gimnasium dan kelab
kecergasan kerana untuk mendapatkannya
perlu mempunyai preskripsi doktor.

Contoh:
Danazol (digunakan untuk mengurangkan
bengkak di bahagian dada bagi lelaki)
Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan
meningkatkan tumbesaran haiwan).








Botak
Jerawat
Penambahan bulu di muka dan
badan
Kerosakan hati
Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih
terserlah dan sebaliknya.
Perubahan 'mood'
Potensi untuk menyebabkan
mandul
Kebanyakan steroid anabolik perlu
disuntik, oleh itu pengguna
terdedah kepada bahaya
perkongsian jarum atau jarum yang
tidak steril

Jenis larangan: Semasa atau di luar
pertandingan
Agonis Beta-2
Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-
ubatan asma
Hanya Salbutamol, Salmeterol dan
Terbutaline dalam bentuk sedutan
dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan
serangan asma

Tangan mengeletar
Pening
Berdebar-debar
Jenis larangan: Semasa atau di luar
pertandingan


Agen yang mempunyai aktiviti anti-
estrogen
Agen ini digunakan secara haram, untuk
mencegah kesan sampingan yang
disebabkan oleh steriod anabolik, seperti
pembesaran payudara

Contoh:
Tamoksifen (digunakan dalam rawatan
kanser payudara dan kemandulan)
Clomifen (untuk kemandulan)




Muka merah dan panas
Perut tidak selesa
Bengkak
Jenis larangan: Semasa atau di luar
pertandingan
Diuretik dan agen 'samaran'
Agen samaran berpotensi melindung
kehadiran bahan terlarang di dalam air
kencing atau sampel lain. Contohnya:
diuretik, probenesid dan pengembang
plasma
Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik
untuk mengurangkan berat badan atau
menyingkirkan steroid anabolik daripada
badan
Contoh diuretik (ubat yang digunakan
untuk menyingkirkan cecair badan) ialah
furosemida dan amilorida
Contoh pengembang plasma adalah
dekstran dan albumin










Dahaga
Penyahhidrat






Jenis larangan: Semasa atau di luar
pertandingan
Analog peptid dan hormon glikoprotin
Hormon ini bertindak dengan merangsang
pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan,
mengubah kesan sensitiviti terhadap
kesakitan dan kemahuan seks.

Bahan kimia yang mempunyai struktur yang
sama dengan hormon ini (atau analog) akan
memberi kesan yang sama.

Bahan-bahan yang terkandung dalam
kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO),
hormon tumbesaran manusia, hormon
korionik gonadotrofin (HCG) dan
kortikotrofin.

Hormon tumbesaran digunakan
untuk meningkatkan saiz dan
kekuatan otot. Kesan sampingannya
termasuklah:
Akromegali - pembesaran tangan,
kaki dan muka.
Masalah otot dan sendi
menyebabkan kesukaran
menjalankan latihan
Diabetis (kencing manis)
Eritropoietin merangsang
pembentukan sel darah merah
Ini akan menyebabkan peningkatan
kelikatan darah dan boleh
menyebabkan masalah peredaran
darah (angin ahmar, serangan
jantung).






Ubat perangsang
Kumpulan ini termasuklah
Amfetamin
Kafein (dalam kuantiti yang banyak).
beberapa kandungan aktif ramuan ubat
selesema dan ubat demam seperti
pseudoephedrin.
.
Kesan sampingan termasuk
Meningkatkan kadar denyutan
jantung
Menjejas kebolehan badan untuk
mengawal suhu badan.
Jenis larangan: Semasa atau di luar
pertandingan
Analgesik Narkotik.
Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan
kebanyakannya mengandungi bahan yang
terlarang
bukan sahaja untuk sukan.
Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat
sedemikian untuk menahan sakit daripada
latihan intensif.
Contoh: kodein dan morfin.

Narkotik mempunyai potensi
ketagihan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar
pertandingan