Anda di halaman 1dari 3

Perbezaan Islam dengan Agama Lain

Adderall online Levitra


Masalah ciri-ciri yang membezakan Islam adalah masalah yang luas sekali liputannya. Dan saya
sempat membincangkan hanya beberapa aspek yang telah saya pilih untuk huraian saya
ini. Waktu tidak akan membenarkan lebih daripada menyebutkan hanya sekadar sepintas lalu
untuk segi-segi tertentu yang tidak ingin saya lewatkan .*

1.) Islam mempercayai Tuhan sebagai Maha Pencipta alam semeta ini dan memaparkan
keesaanNya dengan kata-kata yang amat bersahaja, komprehensif dan menarik. Minat seorang
pedusunan ataupun seorang terpelajar. Islam menyebut Tuhan sebagai Wujud Yang Paripurna,
sumber segala keindahan dan bebas dari segal cacat. Dia Wujud Yang Maha Hidup yang
menjelmakan dirinya di mana-mana dan yang mencintai makhlukNya serta mendengar
permohonan-permohonan mereka. Tidak ada dari antara sifat-sifatnya yang telah
ditangguhkan. Oleh kerana itu Dia berkomunikasi dengan makhluk manusia seperti Dia
berkomunikasi sebelum ini dan tidak menutup jalan untuk mencapai Dia secara langsung.

2.) Islam percaya bahawa tidak ada percanggahan antara perkataan Tuhan dengan
perbuatanNya. Dengan demikian Tuhan membebaskan kita dari permusuhan tradisional antara
sains dan agama, dan tidak menghendaki kita mempercayai sesuatu yang berada di luar kawasan
undang-undang-undang-undang alam yang telah ditetapkan olah-Nya. Tuhan mendorong kita
untuk memikirkan perihal alam dan mengambil faedah daripadanya, sebab segala sesuatu telah
diciptakan demi kepentingan umat manusia.

3.) Islam tidak mengemukakan pengakuan yang kosong melompong ataupun memaksa kita
mempercayai sesuatu yang kita tidak mengerti. Islam menyokong ajaran-ajarannya dengan
alasan dan keterangan yang memberi kepuasan kepada fikiran kita dan kepada dasar jiwa kita
yang sedalam-dalamnya. Islam tidak berlandaskan pada mitos-mitos atau hikayat-hikayat. Islam
mengundang setiap orang untuk bereksperimen bagi dirinya sendiri dan berpendirian bahawa
kebenaran selamanya dapat dibuktikan dalam satu atau lain bentuk.

4.) Kitab wahyu Islam (Al-Quran) itu unik dan membezakan wajah agama ini dari agama-agama
lain. Walaupun musuh-musuh Islam berusaha secara bersepadu selama berabad-abad, mereka
tidak mampu menyamai bahagian kecil sekalipun daripada kitab yag ajaib ini. Kelebihannya
tidak hanya terletak hanya di dalam keunikan dan keindahan susasteranya, tetapi juga di dalam
kebersahajaannya dan keluasan wawasan serta kepepakan ajarannya. Al-Quran mengisytiharkan
bahawa ajarannya adalah yang terbaik-suatu pengkuan yang tidak dibuat oleh kitab-kitab wahyu
yang lain.
Al-Quran mangaku telah menggabungkan unsur-unsur ajaran samawi yang terbaik yang terdapat
di dalam kitab-kitab suci terdahulu dan telah menempatkan di dalamnya semua ajaran yang abadi
dan luas rangkumannya. Al-Quran mengingatkan:
"Sesungguhnya inilah yang diajarkan dalam kitab-kitab terdahulu, kitab-kitab suci Ibrahim dan
musa" (87:19)
Sebuah ciri khas Islam yang distingtif ialah kitab sucinya itu berbahasa yang hidup. apakah tidak
menimbulkan tanda tanya kalau bahasa-bahasa semua Kitab Suci yang lain itu mati atau tidak
lagi dipakai secara umum? Sebuah kitab suci seharusnya mempunyai bahasa yang hidup dan
hotel abadi.

5.) Sebuah ciri pembeza lain dari Islam adalah nabinya telah melampaui segala tahap
pangalaman hidup manusia semenjak selaku seorang anak yang keadaannya terlantar lagi yatim
piatu hingga akhirnya menjadi seorang penguasa kaumnya. Peri kehidupannya di
dokumentasikan sampai sekecil-kecilnya, mencerminkan keimanan yang tiada taranya kepada
Tuhan dan menggambarkan pengorbanan yang tiada henti pada jalanNya. Beliau menjalani
hidup yang sarat dengan peristiwa dan tindakan serta meninggalkan teladan amal perbuatan yang
sempurna di dalam setiap medan sepak terajang manusia. Hal demikian sangat sesuai dan tepat
untuk dikatakan, sebab beliau adalah tafsiran hidup Al-Quran dan dengan teladan peribadinya
menerangi jalan tempuhan manusia untuk segala zaman akan datang-suatu peranan yang tidak
dipenuhi secukupnya oleh nabi mana-mana.

6.) Sebuah ciri pembeza lain dari Islam adalah nubuatan-nubuatannya telah menjadi kenyataan
dari abad ke abad, itu telah menguatkan iman para pengikutnya kepada Tuhan Yang Maha
menngetahui, lagi Maha Hidup. Proses ini terus berlanjutan sampai masa kini, sebagaimana
dibuktikan dengan penemuan-penemuan baru-baru ini, mumia Firaun yang telah mengusir Nabi
Musa dan kaumnya dari negeri Mesir. Contoh segar lain adalah adalah mengenai perkembangan
sarana baru untuk mencipta kehancuran, di mana api dikunci di dalam zarah-paartikel kecil yang
akan mengembang yang boleh menyebabkan gunung-gunung hancur lebur.

7.) Sebuah ciri khas Islam yang lain ialah bilamana Islam membincangkan akhirat dan kehidupan
sesudah mati Islam pun meramalkan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa yang akan
datang di dunia ini, penyempurnaan ramalan ini menetapkan keimanan pengikut-pengikutnya
terhadap kehidupan sesudah mati.

8.) Islam berbeza dari agama-agama lain dalam menyediakan undang-undang muamalah yang
menyeluruh mengenai perilaku manusia secara individu, kolektif dan antarabangsa. Perintah-
perintah ini meliputi semua keadaan dan merangkumi hubungan antara kawan-kawan dan rakan-
rakan dan bahkan antara lawan-lawan. Peraturan-pertauran dan prinsip-prinsip yang dinyatakan
secara tegas itu benar-benara bersifat universal dan teruji ketegarannya sepanjang masa.

9.) Islam mengisytiharkan persamaan yang lengkap di antara umat manusia tanpa mengendahkan
perbezaan kasta, kepercayaan, dan warna kulit. Satu-satunya tolak ukur kehormatan yang
diakuinya ialah ketakwaan, bukan keturunan, kekayaan, bangsa dan warna kulit.Al-Quran
mengatakan:
"Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di
antara kamu" (49:140)
dan lagi:
"Barangsiapa beramal soleh, baik laki-laki ataupun perempuan, sedang ia orang yang beriman-
mereka akan memasuki syurga, mereka akan diberi rezeki di dalamnya tanpa
perhitungan". (40:41)

10.) Islam mengemukakan definisi tentang baik dan jahat yang membezakan nya dari agama-
agama lain. Islam tidak mempercayai nafsu alami manusia sebagai jahat. Islam hanya menyebut
pemuasan hawa nafsu yang tak terkawal dan tidak pada tempatnyalah sebagai jahat.Islam
mengajar bahawa kecenderungan-kecenderungan alami kita harus diatur dan disalurkan agar
membuatnya konstruktif lagi bermanfaat bagi masyarakat.

11.) Islam tidak hanya membuat kaum wanita ahli waris, tetapi juga telah memebrikan kepada
mereka hak yang sama dengan kaum lelaki dan bukan dengan cara yang tidak menghargai ciri-
ciri khas anatomi mereka serta tugas-kewajipan khas mereka dalam nengandung dan mengurus
anak.

Anda mungkin juga menyukai