Anda di halaman 1dari 34

1

CIRI-CIRI DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN



1.1. Pengenalan

Menurut Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu
matlamat atau objektif yang paling berkesan. Yukl (1994) pula mendefinisikan pengurusan ialah
proses mengajak individu untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan lebih berkesan.

Pengurusan adalah perkara penting dalam membicarakan organisasi pada masa kini.
Pengurus yang boleh dilihat dalam konteks ini adalah orang yang menguruskan sesuatu agensi
seperti pengarah, penguasa atau pegawai yang menjaga jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan
berkanun ataupun sektor swasta di pelbagai peringkat. Organisasi boleh dikatakan sebagai satu
mekanisme yang mana melaluinya pengurusan dapat mengarah, bertindak dengan selaras dan
mengawal sesuatu perusahaan, perniagaan atau jabatan. Organisasi yang cekap akan
mempercepatkan pentadbiran di dalamnya di samping menggalakkan pertumbuhan atau
perkembangan yang sihat dan akan memberikan kejayaan kepada agensi terlibat.

Sekalipun organisasi itu penting, tanpa pengurusan, tanpa pentadbiran tidak gunanya
wujud organisasi. Ini kerana ia akan menjadi statik dan segala sistem di dalamnya tidak akan dapat
bergerak serta bertindak.


1.2. Fungsi dan Proses Pengurusan

1.2.1. Pendahuluan

Dalam sebuah organisasi tidak kira sama ada organisasi syarikat atau korporat mahupun
pendidikan, pengurusan atau pentadbiran adalah sangat penting. Jika tiada pengurusan yang
efisien maka proses pengeluaran tidak dapat diatur dengan baik serta tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia. Di dalam proses pentadbiran pula ia berlaku sama ada di
dalam sebuah organisasi yang besar mahupun yang kecil serta meliputi organisasi formal atau
yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin
2

seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan dan
pentadbiran.


1.2.2. Definisi Pengurusan dan Pentadbiran

a) Pengurusan

Definisi pengurusan merangkumi pengertian yang lebih komprehensif, iaitu pengurusan
ialah satu proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber
kakitangan) dengan secara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk
tujuan mengeluarkan output (segala barangan dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan-
pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Dalam proses ini segala kerja yang dijalankan oleh
atau melalui staf organisasi dalam perniagaan yang sering berubah dan juga dinamik.

Mustafa Haji Daud (1996) mengatakan bahawa di sepanjang kajian beliau menulis dan
mencari bahan untuk menganalisis serta menulis buku didapati tiada satu pendapat muktamad dan
dapat dipertahankan mengenai definisi pengurusan. Ini disebabkan tiada garis pemisah yang pasti
dan tepat yang memisahkan antara definisi pengurusan dan pentadbiran. Pada keseluruhannya
terdapat tiga pendapat iaitu:

1) Pentadbiran dan pengurusan itu merupakan perkara yang sama, hanya berbeza dari segi
sebutan dan ejaan.
2) Pentadbiran dan pengurusan itu berbeza sama ada dari segi ejaan, sebutan atau hakikat
sebenarnya.
3) Pentadbiran sebahagian daripada pengurusan atau pengurusan itu lebih umum daripada
pentadbiran.

Profesor Syed Othman Alhabshi (1998) memberi pendapat bahawa pengurusan itu
merupakan proses mendapat dan mencantumkan sumber kewangan, modal tenaga manusia dan
sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau
perkhidmatan. Pengurusan itu melibatkan dua faktor iaitu modal, tenaga manusia dan alam
digabungkan dengan kos, teknologi, kecekapan, jumlah hasil dan harta jualan serta keuntungan.

3

Dr. Mohd. Yusof Noor pula mendefinisikan pengurusan sebagai kebolehan menggunakan
segala sumber alam dan manusia kurnia Allah untuk kebajikan manusia dan sistem perlaksaan
serta penyelerasan dasar pemerintahan oleh kementerian, jabatan, institusi dan badan yang
ditubuhkan. Saluran komunikasi antara sektor di atas bertindak secara berasingan untuk
menjimatkan tenaga, wang dan masa bagi mencapai matlamat negara.

Istilah pengurusan mempunyai pelbagai definisi di antaranya adalah yang terdapat di dalam
buku pengurusan moden seperti yang dinyatakan oleh Stoner dalam Azman (2003) iaitu Satu
proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi
dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mencapai matlamat
organisasi yang di tetapkan.

Theirauf dalam Azman (2003), mentakrifkan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan
atau memperuntukkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber manusia)
melalui proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan dengan tujuan untuk
mengeluarkan hasil (barang dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif
organisasi tercapai.

Menurut Abdul Rahim dan Mansor (1986), pengurusan sebagai usaha mengatur, menyusun
dan menggembleng segala sumber yang ada ke dalam satu sistem yang rapi, sistematik ekonomi
dan berkesan dalam melaksanakan kerja secara perkongsian tenaga dan secara berpasukan untuk
mencapai sesuatu matlamat. Selain itu, pengurusan diistilahkan juga sebagai merujuk kepada satu
set kegiatan yang direka bentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja-kerja yang ditentukan.
(Ahmad Atory, 1993).

Menurut Certo(1997) pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses mencapai matlamat
organisasi melalui cara bekerja dengan manusia dan sumber organiasai lain. Ivancevich et.al
(1997) pula mendefinisikan pengurusan sebagai proses yang dijalankan oleh seorang individu atau
lebih untuk menyelaras aktiviti kerja orang lain,modal,bahan mentah dan teknologi untuk mencapai
hasil berkualiti tinggi.

Dari itu, pengurusan bolehlah digambarkan sebagai sekumpulan ahli organisasi, iaitu pihak
pengurusan yang telah diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan organisasi yang mana
tugas-tugas mereka menghala dan mengarahkan segala usaha dan aktiviti individu dalam
4

organisasi ke arah mencapai satu matlamat. Secara jelasnya, pengurusan dengan sendirinya akan
membentuk proses yang tertentu. Melalui proses tersebut sebilangan manusia yang bergabung
dalam unit kerja akan menyumbang kerja masing-masing supaya dapat disiapkan sempurna. Kerja
yang sempurna pula akan memberikan kejayaan kepada unit kerja seterusnya menyumbang
kepada kejayaan satu-satu jabatan yang kemudiannya menghasilkan kejayaan organisasi yang
menyeluruh.


b) Pentadbiran

Satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan
penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam
satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pengurusan adalah satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan,
pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia
mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan (http://ifah.tripod.com/urus.htm).

Muhammad Abd. Rauf (1994) mendefinisikan pentadbiran sebagai proses perlaksanaan
untuk mencapai sesuatu matlamat atau projek. Proses yang dimaksudkan oleh beliau ialah
menyelaraskan tenaga manusia agar mengikuti satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif
yang ditetapkan.

Muhammad Syukri Salleh (1987) pula menyatakan bahawa pentadbiran secara amnya
tertumpu kepada hal-hal yang berhubungan dengan pembahagian kerja dan penyelarasan
perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi.

Pentadbiran adalah satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan,
pengawalan & penyertaan sumber-sumber berupa tenaga manusia atau bahan dalam satu sistem
yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang ditetapkan (Knezevich, 1975).


5

Kesimpulannya pentadbiran mempunyai satu tanggungjawab di dalam mempengaruhi tingkah laku
kakitangan supaya tindakan mereka selaras dengan usaha ke arah pencapaian matlamat.


1.2.3. Perbezaan Pengurusan dan Pentadbiran

Daripada pelbagai definisi yang telah dipaparkan di atas, terdapat ahli sarjana yang
berpendapat wujudnya perbezaan antara pentadbiran dan pengurusan. Mereka memberikan empat
perbezaan besar, iaitu:

Pentadbiran merupakan perlaksanaan tugas harian dan tidak melibatkan penggubalan
dasar.
Pentadbiran tidak termasuk hal mengambil keputusan.
Pentadbiran di peringkat kerajaan tidak mengutamakan keuntungan, sedangkan
pengurusan di sektor swasta fungsinya adalah sebaliknya.
Pentadbiran merupakan sistem perlaksanaan dan penyelarasan untuk mencapai matlamat
organisasi, manakala pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia.

PENTADBIRAN
Objektif yang umum
Mengelak kesilapan
Hiraiki tinggi dan
pengamanahan yang terbatas
Berpandukan laporan dan nota-
nota
Bersikap pasif;kurang sensitif
terhadap masa, mengelak risiko;
penekanan terhadap prosedur
Tindakan seragam

PENGURUSAN
Objektif spesifik
Mencari kejayaan
Hirarki rendah dan
pengamanahan yang maksimum
Berpandukan statistik dan angka
Aktif
Sentitif terhadap masa
Meminimunkan risiko
Menekankan hasil
Tindakan bebas

Jadual 1: Perbezaan antara pentadbiran dan pengurusan

6

Walau bagaimanapun, tiada garis yang nyata di antara pengurusan dan pentadbiran seperti
mana Boles and Davenport (1976) menyatakan pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang
sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis serta mengawal dan
menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan. Didapati
Wilfrid Brown juga telah bersetuju bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu peranan yang
mana kerja-kerja diagihkan kepada pembantu-pembantu dan pengurus manakala pentadbir pula
mengambil kira hasilnya.


1.2.4. Sejarah Pengurusan

Ada penulis membahagikan sejarah pengurusan kepadav 4 perspektif iaitu perspektif
klasikal, perspektif Perlakuan, Perspektif kuantitatif dan perspektif kontemporari. Penulis Ang
Huat Bin (2005: 5) membahagikan kepada 3 peringkat iaitu peringkat awalan (pendekatan
Praklasik dan klasik), Peringkat pertengahan (pendekatan pentadbiran dan tingkahlaku) dan
peringkat Kini (pendekatan Tingkahlaku dan hubungan manusia).Namun pengelompokan sejarah
pengurusan berasaskan teori-teori yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji lebih sisitematik iaitu
pengurusan Pra saintifik, pengurusan saintifik, pengurusan pentadbiran dan pengurusan moden.

a) pengurusan pre saintifik 1776-1886 (Zaman Tamadun Purba)

Pengurusan telah wujud serentak dengan kelahiran tamadun manusia yang mana ia telah
bermula apabila manusia ingin melaksanakan sesuatu tugas atau pekerjaan secara berkumpulan
dan beramai-ramai. Contohnya boleh dilihat melalui tamadun Mesir Kuno yang mana orang-orang
Mesir telah pun memepraktikkan perancangan yang baik, penyelarasan tenaga kerja manusia,
kebijaksanaan menggunakan sumber alam, pengawasan, pengawalan dan penilaian berkesan dan
bertanggungjawab inilah yang membawa kejayaan kepada Tamadun Mesir purba.

Sebagai contoh, piramid menunjukkan kewujudan perancangan formal, pengorganisasian,
kepimpinan dan sistem-sistem penilaian pada zaman itu. Luas piramid ialah 5.25 hektar (13 ekar)
yang menggunakan 24 juta batu blok dan setiap satu mempunyai berat puratanya ialah 24 tan.
Pembinaan itu dianggarkan menggunakan tenaga buruh seramai 100,000 orang dalam tempoh 20
tahun. Pembinaan seperti itu memerlukan satu keberkesanan praktik fungsi pengurusan. (Jaafar
7

Muhammad, 2000). Walaupun amalan pengurusan boleh dikaji dengan melihat zaman silam seperi
kegemilangan Greek Rom, Egypt, Islam dan Cina.

i. Pengurusan Zaman Revolusi perindustrian

Evolusi pengurusan boleh diklasifikasikan kepada empat perspektif utama iaitu perapektif
klasikal (pengurusan saintifik, organisasi birokratik dan prinsip pentadbiran) perspektif perlakuan(
kajian perlakuan awal, kajian hawthorne,gerakan hubungan manusia)Perspektif kuantitatif (sains
perlakuan) dan perspektif kontemporari (teori sistem,pengurusan jepun,Teori Z).

i) Robert Owen

Merupakan seorang pengurus kepada beberapa buah kilang kapas di New Lanard, Scotland
pada awal tahun 1800. Ketika itu, keadaan pekerjaan dan kehidupan para pekerja adalah sungguh
teruk. Pengambilan kanak-kanak berumur lima tahun untuk bekerja adalah perkara biasa dan
piawaian masa bekerja sehari selama 13 jam. Sehubungan dengan itu, Owen telah memebuat
reformasi seperti menyediakan rumah yang lebih selesa, kedai syarikat sendiri yang mana
barangan keperluan harian boleh didapati dan dibeli dengan harga yang murah dan mengurangkan
masa bekerja kepada 10 jam sehari serta kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah tidak
akan diterima bekerja di kilangnya.

Selain daripada itu, Owen menerapkan tatacara pekerjaan yang dapat menambahkan
keluaran seperti penilaian secara terang-terangan membolehkan seorang pengurus mengetahui
apakah masalah yang sedang dihadapi dan sebagai perangsang menimbulkan semangat
persaingan di kalangan para pekerja itu sendiri.

ii) Charles Babbage

Merupakan seorang professor dalam bidang Matematik dan banyak masanya untuk menjadikan
pengendalian perkilangan lebih efisien. Beliau juga percaya bahawa penerapan prinsip saintifik
kepada proses pekerjaan akan dapat menambahkan lagi pengeluaran dan juga mengurangkan
perbelanjaan. Babbage tergolong sebagai seorang peneroka terhadap konsep pembahagian tugas.
Beliau percaya segala latihan yang mahal dan membazir dapat dikurangkan serta kerja-kerja yang
8

berulang kali bagi setiap pengendalian akan dapat menambahkan kemahiran dan seterusnya
menambahkan kecekapan pekerja.


b) Pengurusan saintifik

Teori pengurusan saintifik merupakan satu pendekatan mengutamakan kajian saintifik
dalam kaedah kerja yang bertujuan memperbaiki dan menambah kecekapan pekerja. Pelopor
kepada pendekatan ini ialah Frederick W.Taylor(1856-1915) dan Frank dan Lillian Gilberth (1868-
1972)

i. Fredrick W.Taylor.

Dikenali sebagai bapa pengurusan saintifik beliau telah membuat kajian hubungan
antara pekerja dengan tugas yang diamanahkan kepada pekerja tersebut.Beliau menyarankan
kajian terperinci tentang kerja melalui kajian masa dan pembentukan piawaian serta intensif bagi
prestasi kerja.Teori beliau berasaskan pengalaman bekerja di Bethlehem Steel dengan
menganjurkan 4 prinsip pengurusan dan merakamkan masa setiap pergerakan untuk menentukan
jumlah pegeluaran yang boleh dijangkaan. Dia pelopor kaedah kajian gerak masa yang
memecahkan sesuatu tugas kepada unsur atau gerakan, Membuang gerakan yang tidak
diperlukan, menentukan cara terbaik melakukan tugasan tersebut.

Taylor juga orang pertama yang mencadangkan pelan intensif berdasarkan kaedah kerja yang
dibentuk secara saintifik. Selepas perang dunia pertama, Pengurusan saintifik berkembang pesat
di eropah dan diamalkan dibeberapa kilang pengeluaran.

ii. Frank dan Lillian Gilbreth (1878-1972)

Pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat ini telah mempelopori kajian masa dan
pergerakan (Time and motion study). Frank Gilbreth menenkankan kecekapan dan satu cara
paling baik untuk melakukan kerja. Mereka telah merangka 17 langkah yang dipanggil Therblig
(sempena nama mereka yang diterbalikkan). Lilian pula cenderung kepada aspek manusia dalam
pekerjaan. Beliau menganjurkan kajian berfokus kepada analisis dan sentisis. Analisis
9

merujukkepada pemecahan suatu tugas kepada elemen yang penting dan sentesis pula merujuk
kepada penyusunan semula tugasan dengan hanya merangkumi elemen diperlukan.


iii. Henry Gantt(1861-1919)

Henry Gantt merupakan salah seorang rakan taylo. Beliau terkenal dengan penghasilan
Catra Gantt iaitu carta bar yang mengukur kerja yang dirancang dan dilaksanakan mengikut
peringkatmasa yang diambil. Beliau juga memperkenalkan sisten intensif baru apabila seseorang
mencapai tahap paiwaian yang ditentukan malah bonus akan diberikan kepada penyelianya.


c) Pengurusan pentadbiran

Pendekatan pada pengurusan pentadbiran lebih mengutamakan kepada bagaimana
pengurus mentadbir aktiviti dalaman sesuatu organisasi dan tidak lagi memfokuskan kepada
kecekap pekerja dan organisasi. Pengurusan Pentadbiran dipelopori oleh Henri Fayol dan Chester
Barnard.

1.2.5. Tokoh-tokoh Teori Pengurusan dan Pentadbiran

i. Henri Fayol (1841-1925)

Beliau telah digelar sebagai Bapa Teori Pengurusan Moden dan pernah menulis buku yang
bertajuk Industrial & General Management. Beliau telah menulis buku tersebut pada masa yang
sama dengan Federick Winson Taylor. Tetapi pendekatan antara keduanya adalah berbeza. Taylor
lebih menitikberatkan kepada fungsi pengurusan perkilangan atau bawahan, manakala Fayol pula
menitik beratkan kepada fungsi organisasi atau di peringkat atasan organisasi.

Dalam bukunya itu, Fayol menganggap pentadbiran dan pengurusan boleh diajar dan
dipelajari. Beliau mendifinisikan pentadbiran atau pengurusan sebagai perancangan,
pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan kawalan. Inilah pemaklum pertama tentang
fungsi secara pengurus. Selain daripada itu, seorang pengurus juga perlu tahu hal yang berkaitan
dengan teknikal, komersial, kewangan, keselamatan, perakaunan dan pentadbiran.
10


Menurut beliau, prinsip dalam pengurusan perlu sebagai satu garis panduan.Oleh itu, ia
perlu diubah mengikut kehendak masing-masing. Prinsip Fayol telah mengemukakan 14 prinsip
pentadbiran iaitu:

i) Pembahagian Kerja

Pembahagian kerja boleh menyebabkan sesuatu pekerjaan itu menjadi lebih efisien
dan cepat. Ini diperlukan melalui kebiasaan atau kerutinan kerja.

ii) Autoriti dan tanggungjawab

Fayol mengatakan autoriti dan tanggungjawab mesti diberikan beriringan supaya ia
lebih wajar. Autoriti merupakan satu hak mengarah dan kuasa supaya subordinate
mematuhinya. Tanggungjawab pula merupakan satu ganjaran atau hukuman yang
diperoleh melalui penggunaan kuasa.

iii) Disiplin

Fayol menegaskan bahawa pemimpin perlu mempunyai pengaruh yang kuat ke atas
subordinate untuk memperolehi komitmen, sikap yang positif dan keyakinan. Ini bermakna
sesebuah organisasi mesti mempunyai pengurusan yang boleh melaksanakan disiplin tanpa
sebarang keraguan.

iv) Keselarasan perintah

Seseorang harus mempunyai satu atau seorang ketua sahaja. Fayol percaya kepada
garis panduan itu dan menganggap ini sebagai satu undang-undang dan bukannya sebagai
prinsip sahaja.

v) Keselarasan Pengurusan

Prinsip ini mengatakan bahawa seseorang pengurus mesti mempunyai satu
perancangan untuk semua operasi organisasi bagi mengelakkan kekeliruan. Ini disebabkan
11

ia mempunyai objektif yang sama. Dengan ini, segala sumber dapat dikoordinasi dengan
lebih baik dan semua usaha akan menuju kepada pencapaian matlamat umum.

vi) Mementingkan Organisasi Daripada Kepentingan Individu

Pengurus perlu memberi keutamaan kepada organisasi sebelum memenuhi
kehendak diri sendiri. Ini akan dapat memupuk semangat kepentingan bersama di kalangan
ahli dalam organisasi.

vii) Ganjaran Gaji/pengupahan

Fayol berpendapat bahawa pemberian ganjaran haruslah diberi dengan adil dan
saksama kepada para pekerja. Usaha yang lebih juga patut digalakkan di kalangan ahli dan
ganjaran yang setimpal seharusnya diberi terhadap usaha tersebut.

viii) Pemusatan

Autoriti pemusatan mempunyai kebaikan dan keburukannya. perkara penting bagi
organisasi ialah sejauhmana sesuatu autoriti harus dipusatkan dan diagihkan bergantung
kepada kualiti sesuatu pengurusan, kakitangan dan persekitaran organisasi pada
keseluruhannnya.

ix) Hirarki atau rantaian berskalar

Ini merupakan satu susunan mengikut tahap yang terdapat dalam organisasi yang
biasanya berlaku dari atas ke bawah. Prinsip ini bertujuan untuk memelihara integrasi dan
kelarasan arahan.

x) Ketertiban/susunan

Setiap orang atau kebolehan yang dipilih mestilah disesuaikan dengan tugas dan
kegunaannya. Ini bermakna prinsip ini menekankan kepada penyusunan organisasi yang
rapi.

12

xi) Ekuiti

Seseorang pengguna mestilah bertindak dengan adil dan saksama terutamanya dari segi
layanan kepada pekerja yang dikendalikannya. Ini bermaksud, apa sahaja yang dilakukan
untuk kepentingan diri sendiri patut juga dilakukan untuk orang lain pada semua peringkat.

xii) Kestabilan kakitangan
Sesebuah organisasi yang berjaya, biasanya mempunyai kakitangan atau perkara
yang stabil dan yang sudah laam berkhidmat dengan organisasi berkenaan. Ia sebagai
petunjuk bahawa mereka berpuas hati dan seronok bekerja dengan organisasi berkenaan.

xiii) Inisiatif

Ini merupakan satu kebebasan yang diberikan kepada individu untuk melaksanakan
pekerjaannya atau memberi sebarang pendapat dan pandangan. Secara tidak langsung ini
akan merangsang pekerja tersebut untuk memberi sokongan kepada organisasi.

xiv) Semangat setiakawan

Memupuk semangat berpasukan dan berjuang bagi kepentingan organisasi.
Biasanya ia dilakukan melui arahan bersekutu secara lisan. Prinsip yang dikemukan oleh
Fayol ini telah membawa kepada keberkesanannya tingkah laku dalam pengurusan. Prinsip
ini masih lagi diamalkan hingga sekarang. Selain daripada itu, prinsip ini juga telah
membangkitkan isu penting kepada pengurus iaitu membenarkan pengurus mengenal
hakikat asa yang mereka akan hadapi di dalam organisasi.

ii. Chester Bernard(1886-1961)

Bernard pernah menjadi presiden New Jersey Bell dalam tahun 1927. Beliau menggunakan
segala pengalamannya semasa bekerja ditambah pula dengan pembacaannya yang luas dalam
bidang sosiologi dan falsafah menyebabkan beliau telah dapat merumuskan teorinya tentang
kehidupan organisasi. Menurut Barnard, manusia berkelompok dalam organisasi formal untuk
menjayakan sesuatu kerja yang mungkin tidak dapat mereka jayakan jika dilakukan sendirian.
Tetapi dalam hasrat untuk menjayakan matlamat organisasi, mereka juga perlu memenuhi
13

keperluan individu mereka. Oleh itu, Barnard telah merumuskan bahawa, sesuatu perusahaan
boleh bergerak dengan cekap dan terus hidup hanya apabila matlamat organisasi, cita-cita dan
keperluan individu dapat dijaga dengan seimbang.

Sebagai contoh, terdapat manusia memasuki kumpulan tidak formal atau pakatan untuk
memenuhi matlamat peribadi. Oleh itu, firma mestilah menggunakan kumpulan ini secara berkesan
untuk memastikan ia dapat terus wujud, sekalipun pada masa tertentu kumpulan formal itu
didapati bercanggah dengan objektif pihak pengurusan. Penulisan beliau tentang Functions of The
Executives merupakan sumbangan utama beliau terhadap pemikiran. Dalam buku ini. Beliau
menegaskan kepada organisasi formal yang memerlukan aktiviti terselaras. Ini dilakukan dengan:

Mewujud dan memelihara satu system komunikasi dalam organisasi.
Menggalakkan usaha yang penting kepada personel. Ini dilakukan dengan memberi insentif
kepada mereka.
Merangka dan menjelaskan tentang objektif dan tujuan organisasi.


ii. Mary Parker Follett (1868-1933)

Mary Parker Follett merupakan seorang ahli sains politik dan kemesyarakatan yang
menggunakan pendekatan sains politik dalam mengkaji organisasi. Fokus kajian beliau ialah dalam
konteks kuasa dan penyelesaian konflik. Menekankan konsep kuasa bersama dan bukan kuasa ke
atas dimana kuasa dikongsi bersama antara majikan dan pekerja.Melihat kurang tekanan dari
majikan ke atas pekerja mengikut herarki.Beliau juga menengaskan penyelesaian konflik secara
integrasi yang membawa kepada kepuasan kepada dua belah pihak. Beliau juga menekankan
pentingnya matlamat yang sama diantar subordinat untuk mengurangkan konflik peseorangan.
Idea-idea follet bertentangan dangan pengurusan saintifik dan ia adalah bersesuaian dengan
pengurusan moden yang berurusan dengan perubahan-perubahan yang mendadak dalam
persekitaran sejagat masa kini.

iv. Hugo Munsterberg (1863-1916)

seorang lagi tokoh psikologi jermen yang dikenali sebagai Bapa Psikologi
Industeri,merupakan orang pertama menggunakan pendekatan psikologvi kepada masalah
14

organisasi. Dalam bukunya psychology and Industrial Efficiency yang diterbitkan pada tahun
1913 mengutarakan sumbangan Psikologi kepada ujian pekerjaan, latihan dan kecekapan industri.
Beliau menyarankan bahawa perbezaan personality dan kebolehan individu mesti dipertimbangkan
dalam pemilihan individu untuk sesuatu pekerjaan. Kajian psikologi amat relevan pada masa kini
kerana ianya membantu kefahaman kita tentang cara manusia berkelakuan dalam organisasi.

v. Elton Mayo

Pada tahun 1920-1930an , Elton Mayo da rakan penyelidik dari Harvard telah membuat
kajian di Kilang Western Electric Company,Illionis yang dikenali sebagai kajian Howthorne. Kepada
Elton Mayo, prestasi pekerja adalah tertakluk kepada isu-isu sosial dan isi-kandungan tugas. Mayo
telah mendapati daripada kajian-kajiannya bahawa kepuasan di dalam pekerjaan adalah tertakluk
kepada corak kerja tidak formal. Sekiranya keperluan seseorang pekerja dipenuhi, besar
kemungkinan pekerja itu akan bekerjasama dengan rakan sekerjanya. Ini akan mendatangkan
tahap pengeluaran atau output yang lebih tinggi. Mayo telah membuat kesimpulan bahawa
keadaan fisikal atau insentif berbentuk wang mempunyai pengaruh motivasi yang terhad.Dia
berpendapat bahawa perasaan pekerja-pekerja dan penekanan pengurus-pengurus terhadap kos
dan keberkesanan boleh membawa pertikaian di antara pihak-pihak. Anda dapat bantuan daripada
teori-teori motivasi ini untuk merancang bagaimana meningkatkan motivasi pekerja anda.

Semasa melakukan perancangan meningkatkan motivasi pekerja, perlu diingatkan
bahawa kepimpinan, budaya organisasi, pasukan pengurusan dan alam sekitar sama ada di dalam
organisasi atau di luar perlu diambilkira. Pengetahuan mengenai teori-teori motivasi pekerja
memberi penghayatan kepada anda sebagai pengurus, sama ada Pengurus Sumber Manusia,
pengurus barisan hadapan atau penyelia. Ini amat berguna di dalam urusan mempertingkatan
motivasi pekerja.


vi. Abraham Maslow(1908-1970)

Herarki Keperluan Maslow merupakan teori kandungan yang paling popular yang telah
dibentuk oleh Abraham Maslow. Teori ini menyatakan manusia dimotivasikan oleh bermasam-
macam keperluan. Manakala keperluan-keperluan itu pula boleh disusun mengikut herarki. Maslow
15

telah mengenalpasti lima peringkat keperluan yang bermula daripada keperluan fisiologikal pada
peringkat terendah kepada perningakt keperluan menyempurnakan diri pada peringkat tertinggi.



Penyempurnaan
diri

maruah

sosial
keselamatan

fisiologikal

sumber : Herarki keperluan

Rajah: Herarki Keperluan Maslow

vii. Douglas Mc Gregor (1906-1964)

Mc Gregor cuba menerangkan tentangn bagaimana pengurus berfikir dan berurusan
dengan pekerja mereka memalui teori X dan Teori Y. Beliau menganjurkan dikotomi di mana
andaian yang dibuat oleh pengurus tentang pekerjanya mempengaruhi bagaimana mereka
berurusan dengan pekerja mereka. Anadaian pada teori X, pengurus akan mengawal pekerjanya
dan pekerja pula bertindakbalas mengikut seperti yang diandaikan oleh pengurus. Manakala teori Y
pula mengandaikan akan memberikan kepercayaan kepada pekerjanya unruk mengambil insiatif
dan menggunkan daya kretiviti dan imaginasi mereka..teori ini diketengahkan telah mengubah cara
pengurus berfikir dan berurusan dengan pekerja mereka.

viii. Max Weber

Taylor dan Fayol lebih menekankan aspek masalah pengurusan secara praktikal, Weber
pula menitik beratkan bagaimana sesebuah organisasi menyusun syarikat, firma ataupun agensi
16

mereka bagi mendapatkan hasil asas mereka. Weber merupakan ahli sosialis dan telah
mengeluarkan idea mengenai pendekatan pengurusan yang ideal bagi organsisai yang besar.
Beliau telah memperkenalkan struktur organisasi yang dinamakan birokrasi. Ciri-ciri birokrasi yang
diperkenalkan ini boleh dilihat lebih lanjut melalui Webers Perspective on Administrative
Management iaitu:


i) Pembahagian kerja/buruh

Kuasa dan tanggungjawab dinyatakan dengan terang dan tugas ditentukan secara
rasmi.

ii) Hirarki kuasa

Aktiviti pengurusan pejabat atas mana-mana bahagian perlu mengikut arahan pihak
berkuasa atau mempunyai prinsip berkala.

iii) Pemilihan formal

Semua pekerja dipilih berdasarkan kepada kelayakan teknikal melaui periksaan
rasmi atau melalui latihan.




iv) Karier pengurus

Pengurus adalah seorang yang professional yang bekerja dengan gaji yang tetap
dan mengejar karier dalam bidang masing-masing. Mereka bukan pemilik bagi unit yang
ditadbir.




17

v) Peraturan formal

Pentadbiran mesti tegas dan peraturan-perturan formal perlu dikawal berpandukan
kepada tugas-tugas rasmi yang dikendalikan

d) Pengurusan moden

Menurut Brech(1957), pengurusan moden satu proses soasial yang menentukan
tanggungjawab untuk kecekapan atau kekesanan perancangan dalam perjalanan pergerakan-
pergerakan perusahaan. Allen (1958) telah mengkelaskan pengurusan moden kepada 3 komponen
utama iaitu aturancang, menjalankannya dan pengawalan. Pengurusan moden dijangkan bermula
seawall tahun 1960-an hingga kini. Semua perspektif pengurusan melihat organisasi, pengurusan
dan tingkahlaku kerja terpisah dari fenomena luarannya. Fokus apendekatan hanya tertumpu
kepada aspek peningkatan pengeluaran sahaja untuk memenuhi permintaan yang berlipat ganda
dari seluruh dunia.Dua pandangan yang ketara dalam pendekatan moden masa kini ialah
pandangan sisitem dan kontigensi.


i. Teori Sistem

sesebuah sistem adalah merupakan bahagian-bahagian yang berkaitrapat yang berfungsi
secara keseluruhan untuk mencapai tujuan yang sama. Sesebuah sisitem berfungsi dengan
mengubah(transform) input-input yang didapati dari persekitaran luaran untuk menghasilakn
keluaran atau output.Teori menekankan keperluan organisasi berinteraksi dengan elemen di dalam
dan luar organisasi untuk memastikan kejayaan dn keberkesanan organisasi. Lima komponan
utama dalam sistem ini;

1. Input- kelengkapan, manusia, kewangan atau sumber malumat ynag digunakan
mengeluarkan barangan atau perkhidmatan

2. Proses transformasi- penggunaan teknologi pengeluaran untuk mengubah input kepada
output.
3. Output-merangkumi barangan dan perkhidmatan sesuatu organisasi

18

4. Maklumbalas-Keputusan yang mempengaruhi pemilihan input yang akan digunakan untuk
proses kitaran seterusnya.

5. Kawalan/Persekitaran-termasuklah pengaruh soasial. Politik dan ekonomi.
Pandangan sistem yang mempengaruhi pemikiran pengurusan secara kukuh meliputi
system terbuka, sistem tertutup, entropi,synergi dan subsistem.


ii. Teori kontingensi/semasa

Pendekatan pengurusan klasikal diandaikan sebagai pandangan universal. Konsep
pengurusan dianggap universal bila mana amalan pengurusan adalah sama untuk semua
keadaan.Teori ini berpandapat hanya satu cara terbaik untuk pengurus beroperasi dalam pelbagai
situasi.Tindakan pengurus perlu bersesuaian dengan situasi yang dihadapi.Teori ini juga dikenali
sebagai teori situasi. Dalam proses perniagaan , pandangan alternatif akan timbul dan ini
dikatakan sebagai pandangan kes dimana semua keadaan dianggap unik dan tiada prinsip
universal. Seseorang yang mempelajari pengurusan akan mengalami situasi-situasi masalah kes.
Pandangan kontigensi mengabungkan pandangan universal dan kes.Pandangan ini berpendapat
bahawa respon atau tindakan seseorang pengurus bergantung ke atas kotingensi-kotingensi
utama dalam sesuatu organisasi.


iii. Pengurusan Jepun

Pengamal pengurusan barat,lebih dan seringkali mengagungkan teori dan pandangan
pengkaji-pengkaji barat. Namun begitu kemunculan kuasa eknomi Jepun menunjukkan ada
pesaing yang telah berjaya menunjukkan kejayaan darisegi kualiti dan produktiviti. Keadaan ini
dikenali sebagai pengurusan Jepun yang akhirnya menjadi ikutan dan diadaptasikan dalam
pengurusan moden.

iv. Teori Z

Teori Z merupakan gabungan dua stail pengurusan iaitu pengurusan Jepun dan
Pengurusan Amerika Syarikat. Teori ini diusahakan oleh William Ouchi yang mengabungkan ciri-ciri
19

positif dari dua pendekatan pengurusan tersebut. Antara yang diambilkira ialah memberikan
pekerja sekuriti kerja, melibatkan pekerja dalam membuiat keputusan, menekankan
tanggungjawab kumpulan, meningkatkan kualiti, kenaikan pangkat berkadar,kawalan informal dan
bidang kerjaya yang luas.


1.2.6. Organisasi Dan Pengurusan

1.2.6.1. Hubungan antara organisasi dengan pengurusan

Sebelum seseorang itu meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan secara
menyeluruh, adalah lebih baik sekiranya seseorang itu memahami dengan lebih jelas tenttang
organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana
pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya
sesebuah organisasi sama ada oreganisasi kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan
pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.


1.2.6.2. Definisi Organisasi

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang
bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu,
kumpulan dan organisasi ( Jaafar Muhamad, 2000).Pendefinisian oleh Jaafar Muhamad ini disokong
oleh Draft, yang mana Draft mendefinisikan organisasi ialah secara formal sebagai suatu entiti sosial
yang berarahkan matlamat dan mempunyai struktur yang disengajakan (Draft, 1997:13). Entiti sosial
bermaksud organisasi terdiri daripada dua atau lebih manusia.Berarahkan matlamat pula bermaksud
organisasi direkabentuk untuk mencapai hasil tertentu seperti keuntungan, mendapat kenaikan gaji
untuk ahli, memenuhi keperluan kerohanian, atau menyediakan kepuasan sosial. Tanpa matlamat,
organisasi tidak wujud. Struktur yang disengajakan membawa erti bahawa dalam organisasi, tugas-
tugas akan dibahagikan dan tanggungjawab untuk berprestasi diagihkan dalam kalangan ahli
organisasi. Definisi di atas dapat dipalikasikan kepada semua jenis organisasi, tidak kira sama ada
beroreintasikan keuntungan atau tidak.

20

Organisasi juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja
bersama-sama secara berkordinasi yang mencapai sesuatu hasil atau objektif. Untuk mendapatkan
pengurusan yang berkesan, seorang pengurus haruslah dapat mengorganisasikan sumber-sumber
manusia, fizikal serta fungsi-fungsi seperti pemasaran, pengeluaran dan kewangan dalam cara yang
sesuai dan wajar. Istilah Pengorganisasian dapat ditakrifkan sebagai penyusunan sumber-sumber
organisasi tersebut dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif
organisasi yang dirancang dapat dicapai.



Dua atau lebih individu
+ sumber bukan manusia
DALAM MEMENUHI OBJEKTIF

BERGABUNG SECARA
SISTEMATIK

Rajah 1: Organisasi

Selain itu Organisasi juga adalah suatu badan yang dianggotai oleh individu yang kaya dengan
kepelbagaian bertujuan menjalankan pelbagai tugas bagi mencapai matlamat individu,kumpulan dan
organisasi. Setiap individu ditentukan peranan selari dengan pengetahuan, kebolehan dan
pengkhususan yang dimiliki.Penentuan tugas dan tanggungjawab setiap individu dalam organisasi
akan ditentukan oleh seorang penyelaras yang bertindak sebagai pendorong, pemangkin,
pemudahcara dan penilai yang dipanggil pengurus.

Organisasi merupakan satu penyelarasan unit sosial yang mengandungi dua atau lebih individu
yang memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat bersama. Ia merupakan sistem sosial
yang kompleks yang boleh didefinisi, dilihat dan dipelajari daripada pelbagai dimensi.Johns(1996)
mendefinisikan organisasi sebagai campurtangan sosial untuk mencapai matlamat bersama melalui
penggabungan usaha anggota pasukan. Definisi ini didapati adanya persamaan dengan definisi yang
telah diberikan oleh Wagner dan Hollebeck (1995) apabila mereka menyatakan pandangan dengan
mendefinisikan organisasi sebagai penggabungan manusia dan sumber untuk menjayakan sesuatu
matlamat yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu secara bersendirian.Daripada kepelbagaian
21

definisi yang telah diberikan Morgan (1996) dalam AB Azizi (2000) pula melihat organisasi melalui
lapan perspektif yang berbeza sebagaimana berikut:

i. Mesin

Morgan berpendapat pembentukan organisasi sama dengan pengoperasian mesin yang mana
bahagian-bahagiannya dihubungkan secara sistematik dengan tugas-tugas disetiap bahagian yang
telah pun didefinisi dengan jelas.Melihat organisasi sebgai mesin menyediakan asas untuk
meningkatkan keberkesanan kerja-kerja yang bersifat rutin,boleh dipercayai dan boleh
dijangka.Struktur birokratik ini menyediakan persekitaran yang telah sedia
dibentuk,berkesinambungan dan terjamin. Organisasi yang dilihat berfungsi sebagai mesin adalah
terbaik dalam persekitaran stabil dan dilindungi. Bagaimanapun organisasi seperti ini akan
menyediakan ruang yang terhad kepada ahli untuk menbangunkan sepenuhnya kapasiti imaginative,
kreativiti dan inovatif yang ada pada mereka.

Pendefinisian Morgan ini disokong oleh Taylor lebih menjadikan subordinat sebagai mesin
yang bekerja dengan berkesan apabila disediakan ganjaran kewangan sebagai pendorong. Akibat
daripada itu, ia menyebabkan subordinat hanya mementingkan ganjaran semata-mata. Keadaan ini
menyebabkan hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kerana bagi mereka, ganjaran kewangan adalah
matlamat yang paling utama.

Melihat organisasi sebagai mesin menyediakan asas untuk meningkatkan keberkesanan kerja-
kerja yang bersifat rutin, boleh dipercayai dan boleh dijangka. Struktur birokratik ini menyediakan
persekitaran yang telah sedia dibentuk, berkesinambungan dan terjamin. Organisasi yang dilihat
sebagai mesin adalah terbaik dalam persekitaran stabil dan dilindungi. Bagaimanapun organisasi
seperti ini akan menyediakan ruang yang terhad kepada subordinat untuk membangunkan
sepenuhnya kapasiti imaginatif, kreativiti dan inovatif yang ada pada mereka. Ini adalah kerana
keputusan untuk melakukan perubahan dalam organisasi akan ditentukan oleh pengurusan atasan
melalui pendekatan atas ke bawah.

ii. Organisma

Morgan menjelaskan organisasi boleh dilihat daripada perpektif seolah-olah sama seperti
makhluk hidup yang bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.Organisasi seperti ini
22

memerlukan input, kemudian memproseskan input berkenaan bagi menghasilkan produk dan
perkhidmatan (serta bahan buangan).Organisasi seperti ini sesuai beroperasi dalam persekitaran yang
bergolak dan dinamik kerana ia memerlukan struktur yang mampu menyesuaikan diri dengan
perubahan.Oleh itu, dalam mengurus organisasi seperti ini pengurus memerlukan setiap tindakan dan
keputusan yang diambil akan member nilai yang positif kepada organisasi, dilihat sebagai tersendiri
oleh pesaing dan mampu untuk memimpin dan dicontohi.

iii. Otak

Organisasi dilihat sebagai otak kerana ia melibatkan proses berfikir seperti penciptaan, inovasi,
menyediakan ruang fleksibiliti dan menggalakkan kreativiti. Organisasi yang dilihat sebagai perspektif
ini sentiasa mencari jalan atau berfikir secara bijaksana bagaimana hendak meningkatkan kebolehan
dan mencabar kemampuan yang sedia ada. Organisasi seperti ini sentiasa mencari pembaharuan dan
sensitif terhadap perubahan persekitaran yang berlaku. Oleh itu pengurus yang berada dalam
organisasi seperti ini perlu melihat permasalahan daripada perspektif yang berbeza, memilih
pendekatan yang berlainan dan mengaplikasi strategi yang berbeza, memilih pendekatan yang
berlainan dan mengaplikasi strategi serta teknik yang di luar kebiasaan. Di samping itu, mereka tidak
sepatutnya mengongkong diri sendiri dan ahli-ahli organisasi yang lain dengan status qou, prosedur
dan sasaran sebaliknya lebih bersedia untuk mengambil kesempatan bagi membuka peluang yang
seluas mungkin kepada subordinat untuk menggunakan ssetiap potensi yang dimiliki bagi kebaikan
organisasi.


iv. Budaya

Organisasi dilihat sebagai sistem yang kompleks yang mengandungi cirri-ciri tersendiri
termasuk ideologi, nilai-nilai, upacara , sistem kepercayaan dan amalan yang dihormati dan diyakini
secara bersama.Oleh itu budaya yang dimiliki oleh organisasi perlu dikongsi, dipelajari dan
dipindahkan kepada pendatang baru dan pelanggan organisasi. Penumpuan kepada aspek
pembangunan budaya membolehkan pengurus mengambil faedah daripada perbezaan, persamaan
dan toleransi kepada kepelbagaian yang wujud dalam organisasi dan seterusnya mengambil manfaat
daripadanya.


23

v. Sistem Politik

Organisasi dilihat sebagai institusi atau mekanisme untuk membentuk hirarki autoriti dan
mengarah ahli untuk berinteraksi.Organisasi dari perspektif ini berkait rapat dengan kekuasaan ,
manipulasi, konflik dan lobi melobi.Organisasi seperti ini berada dalam suasana saling tidak
mempercayai dan bersedia mengambil kesempatan terhadap pihak yang lebih lemah. Melihat
organisasi dari perspektif ini membolehkan seseorang memahami realiti kehidupan, putaran
kekuasaan, pembentukan strategi dan teknik untuk mencapai matlamat. Persekitaran seperti ini
memerlukan semua ahli dalam organisasi berhati-hati dalam sebarang tindakan supaya tidak menjadi
mangsa kepada agenda tersembunyi pihak lain dalam organisasi.

vi. Penjara Psikik

Sama ada sedar atau tidak disedari ahli-ahli organisasi berada dalam penjara psikik.Mereka
diikat dengan tradisi dan berbangga dengan kejayaan zaman silam. Suasana ini menyebabkan mereka
tidak bersedia nuntuk menerima rrealiti dan pada masa yang sama membina tembok daripada melihat
dunia luar. Mereka juga begitu selesa dengan suasana yang ada dan bersedia untuk
mempertahankannya daripada sebarang bentuk pembaharuan. Bagi mereka pembaharuan merupakan
ancaman kepada status quo.Dengan memahami organisasi dari perspektif penjara psikik
membolehkan ahli membuka mata untuk melihat reality dan pada masa yang sama menghapus ilusi-
ilusi yang sedia ada.


vii. Perubahan dan Transformasi.

Organisasi dari perspektif ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak statik tetapi sebaliknya ia
tertakluk kepada perubahan. Ogranisasi seperti ini menyedari bahawa perubahan akan menentukan
survival mereka. Oleh itu, meraka perlu bersedia untuk berubah dan memahami logic disebalik
perubahan dan transformasi. Apa yang penting kepada organisasi seperti ini ialah persiapan untuk
melakukan perubahan dan membuat strategi menangani halangan-halangan yang terpaksa dihadapi
semasa melakukan perubahan.



24

viii. Alat Untuk Mendominasi.

Organisasi dari perspektif ini dilihat sebagai alat untuk dominasi sosial yang digunakan oleh
individu atau kumpulan untuk mengcengkam pihak lain. Mereka bertindak sedemikian adalah semata-
mata untuk mencapai motif atau matlamat sendiri dengan mengekploitasi usaha dan sumber pihak
lain. Bagi tujuan untuk mendominasikan pihak lain, anggota dalam orgaisasi bersedia untuk bertindak
di luar batasan etika dan moral .Apa yang lebih penting kepada mereka adalah memastikan
kepentingan diri atau keperluan pihak yang diwakili tercapai sama ada scara hak atau batil.


Untuk memahami istilah pengorganisasian dengan cara yang mudah, cuba kita ambil contoh
sebuah pasukan renang. Andaikan objektif pasukan tersebut ialah untuk mencapai kemenangan
dalam pertandingan yang akan datang. Bagi mencapai objektif ini pasukan tersebut haruslah terlebih
dahulu mengadakan satu rancangan latihan yang tersusun. Oleh itu, proses perancangan pasukan ini
mengandungi satu latihan yang sistematik bagi para perenang. Proses perancangan ini seterusnya
memerlukan pasukan ini menjalankan latihan-latihan yang disusun itu dengan cukup dan lengkap.

Andaikan rancangan yang diatur dengan rapi itu dapat dijalankan dengan sempurna
sebagaimana yang dirancangkan. Setiap perenang pula perlu menjalani latihan masing-masing
dengan secukupnya dan juga siap sedia secara fizikal dan mental untuk menentang lawan. Adakah ini
memadai untuk menjamin kemenangan untuk pasukan tersebut? Jawabnya tidak, kerana kejayaan
permainan pasukan ini adalah bergantung pada cara renangan yang akan ditunjukkan oleh para
perenang. Maka di sinilah timbulnya satu aspek penting yang perlu dijalankan ialah susunan perenang
mengikut kebolehan dan kemahiran masing-masing.

Oleh itu jelaslah betapa perlunya pasukan ini mempunyai susunan dan organisasi para
perenang yang sesuai dan berkesan pada pertandingan yang dijalankan. Hanya melalui
pengorganisasian yang berkesan dan bermakna melibatkan semua para perenang, objektif asal
pasukan tersebut, iaitu kemenangan, boleh dicapai.

Pengorganisasian dalam sebuah organisasi bolehlah disamakan dengan proses penyusunan
para perenang. Bezanya, dalam pasukan renang itu susunan yang diperlukan melibatkan semua staf
dan pekerja tetapi juga aspek-aspek organisasi yang lain seperti alatan-alatan, mesin-mesin, sumber
25

kewangan dan teknologi. Oleh itu, proses penyusunan dan pengorganisasian dalam sebuah organisasi
terutama organisasi yang besar adalah lebih rumit dan kompleks.

1.2.6.3. Organisasi Sebagai Unit Sosial

Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna mempunyai beberapa orang
pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugasan. Mereka perlu
bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya
mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain,
sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari
segi masa, kauliti, kuantiti dan penentuan-penentuan lain.

1.2.6.4. Proses Pengorganisasian

Proses pengorganisasian biasanya melibatkan empat jenis kegiatan. Pertama, menentukan
kerja-kerja yang mesti dijalankan bagi mencapai objektif yang telah telah dirancangkan. Untuk
mencapai matlamat tersebut setiap staf dan pekerja haruslah dapat melaksanakan tugas-tugas yang
diberikan kepada mereka. Kedua, mengumpulkan kerja-kerja atau tugas-tugas yang telah
disenaraikan ke dalam kumpulan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan berpadanan.

Ketiga, membahagi dan memberikan keseluruhan beban kerja yang diperlukan itu kepada
pekerja-pekerja yang sesuai, mengikut kebolehan masing-masing. Pembahagian kerja ini boleh diubah
kemudiannya sekiranya perlu. Keempat, mengadakan mekanisme bagi menyelaraskan kerja-kerja
semua staf organisasi tersebut dalam bentuk kesatuan dan pengendalian yang berkesan. Dalam
sebuah organisasi yang kecil dan tidak kompleks seperti stesen minyak. Perkara ini tidak sukar
dijalankan. Mekanisme penyelarasnya boleh dijalankan oleh pengurus stesen minyak itu sendiri.
Sebagai ketua organisasi, pengurus itu boleh bertindak sendiri menyelaraskan kerja pekerja-pekerja
stesen minyak itu yang biasanya tidak begitu ramai. Dia juga dapat menentukan dengan mudah kerja-
kerja yang mesti dijalankan oleh tiap-tiap pekerja untuk memastikan semua pekerja tersebut
bekerjasama antara satu sama lain supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan mudah.

Proses pengorganisasian bermula dengan penentuan objektif. Apabila telah diketahui objektif
tertentu tentang kewujudan sesebuah organisasi, proses itu diikuti dengan pengenalpastian aktiviti-
aktiviti, pengelasan aktiviti, mengkelompokkan aktiviti-aktiviti tersebut. Kemudian tugas-tugas
26

diagihkan kepada mereka yang diberi autoriti dan tanggungjawab. Peringkat-peringkat
pengorganisasian boleh dilihat dalam Rajah . Proses pengorganisasian (organizing process ) di dalam
organisasi digunakan untuk mewujudkan hubungan di antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan
autoriti yang perlu diberikan.









Rajah: Proses Pengorganisasian

Menurut Earnest Dale, proses pengorganisasian terdiri daripada beberapa langkah yang perlu
dilalui dan dilakukan secara berulang kali untuk menjayakannya. Rajah menunjukkan langkah-
langkah yang terlibat dalam proses pengorganisasian.















Rajah :Proses pengorganisasian
Penentuan
objektif
Mengenalpasti
aktiviti
Mengelaskan
aktiviti
Mengkelompokkan
aktiviti
Agihan
tugas
Perturunkan
autoriti
Menyenaraikan kerja
Membahagikan kerja

Mewujudkan jabatan
Menyelaraskan kerja
Membuat penilaian
dan penyesuaian
27


1. Menyeneraikan kerja

a. Setiap organisasi mempunyai matlamat atau objektif tersendiri dan perlu dicapai melalui
cara yang berbeza.
b. Oleh demikian, kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli organisasi perlu dikenal pasti. Malah
seorang pengurus perlu menentukan sumber-sumber yang akan digunakan.
c. Oleh itu, pihak pengurusan organisasi perlu menyenaraikan atau memperincikan setiap
kerja atau aktiviti yang akan dilakukan oleh kakitangan untuk organisasi tersebut.

2. Membahagikan kerja

a. Kerja-kerja yang telah diperincikan akan dibahagikan kepada individu atau sekumpulan
individu mengikut kebolehan dan kemahiran masing-masing.
b. Pembahagian kerja perlu dijalankan secara adil dan seimbang. Jika seorang pekerja
diberikan beban kerja yang terlalu berat atau tidak mengikut kelayakan yang dimiliki
nya,dia mungkin tidak dapat melaksanakan kerja yang diberikan dengan baik dan
berkesan.
c. Pembahagian kerja diperlukan kerana setiap individu tidak mampu mencapai matlamat
atau objektif organisasi secara bersendirian.

3. Mewujudkan jabatan

a. Organisasi perlu mengumpulkan pekerja-pekerja yang akan melakukan tugas yang sama
dalam kumpulan tertentu. Tindakan membentuk kumpulan kerja ini dikenali sebagai
penjabatan.
b. Di sekolah ianya lebih dikenali sebagai Panitia bagi sekolah rendah ataupun Bidang
bagi sekolah menengah.

4. Menyelaraskan kerja

a. Mekanisme penyelarasan kerja yang berbeza antara jabatan perlu diwujudkan kerana
tanpa penyelarasan kerja, pertelingkahan atau kekeliruan cenderung berlaku antara
Pekerja di jabatan yang berlainan akibat pertindihan kerja.
28

b. Mekanisme penyelarasan yang berkesan membolehkan masalah antara jabatan
diselesaikan berpandukan peraturan, prosedur dan polisi yang telah ditetapkan.

5. Membuat penilaian dan penyesuaian

a. Memandangkan organisasi sentiasa berubah, langkah-langkah dalam proses
pengorganisasian juga akan mengalami perubahan. Oleh itu pengurus akan menilai
keberkesanan proses pengorganisasian yang telah dijalankan dan melakukan
penyesuaian terhadap perubahan yang berlaku. Ini akan membantu organisasi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.

1.2.6.5. Tujuh amalan untuk Origanisasi Berjaya

Pfeffer (2005) menyatakan terdapat tujuh amalan dalam mendapatkan keuntungan melalui
sumber manusia, iaitu:
Keselamatan pekerjaan
Memilihan selektif pekerja-pekerja baru
Kumpulan pengurusan diri dan pengagihan membuat keputusan sebagai prinsip asas rekabentuk
organisasi
Pampasan tinggi terhadap prestasi organisasi
Latihan ekstensif
Penurunan status distintif dan penghadang, termasuklah pemakaian, bahasa, penyusunan pejabat,
dan perbezaan gaji setiap tahap
Pengkongsian ekstensif maklumat kewangan dan prestasi seluruh organisasi.

1.2.6.6. Prinsip-prinsip Asas Pengorganisasian

Pakar-pakar pengurusan bersetuju bahawa terdapat beberapa prinsip penting yang berkaitan
dengan proses pengorganisasian. Prinsip-prinsip ini harus wujud dalam organisasi supaya orgaanisasi
tersebut dapat menjalankan operasinya secara berkesan. Antara prinsip tersebut terdapat empat yang
penting, iaitu pengkhususan kerja, proses skala dan kefungsian, jankauan pengurusan dan struktur.

29

Ada juga ahli-ahli pengurusan yang menambah beberapa faktor lain ke dalam senarai ini.
Misalnya, paduan perintah, paduan objektif dan kebertanggungjawaban adalah juga konsep-konsep
penting dalam organisasi. Bagaimanapun, konsep-konsep ini sebenarnya sudah dirangkumi dalam
salah satu daripada empat konsep yang disenaraikan itu.


i) Pengkhususan kerja

Konsep pengkhususan kerja adalah konsep yag paling asas dalam proses pengorganisasian.
Prinsip ini menyarankan bahawa kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dalam organisasi boleh
diasingkan, dikhususkan dan diserah kepada pekerja-pekerja yang sesuai dengan kebolehannya.
Sebahagian daripada kerja-kerja tersebut boleh dikumpulkan secara logikal dan praktikal dalam satu
bentuk aktiviti yang tersendiri.

Dari segi sejarah, pengkhususan kerja atau pembahagian kerja kepada unit-unit prosesan
yang khusus merupakan langkah pertama yang patut dijalankan dalam proses pengorganisasian.
Walaupun konsep ini telah lama wujud, Adam Smith (1723-90), seorang ahli ekonomi dan pengurusan
merupakan orang yang pertama mengemukakan tentang pentingnya konsep tersebut dalam
pengurusan organisasi. Smith telah menggunakan contoh 10 orang pekerja dalam sebuah bengkel
kecil membuat pin. Sebahagian besar daripada pekerja tersebut mengkhusus menjalankan satu, dua
atau tiga jenis kerja sahaja. Tidak seorangpun yang menjalankan semua proses kerja membuat pin
daripada peringkat awal hingga akhir hingga dia dapat menyiapkan sebatang pin. Sebagai satu
kumpulan, pekerja-pekerja tersebut dapat menyudahkan 48 000 pin sehari. Smith seterusnya
menegaskan, jika setiap pekerja diminat membuat pin secara bersendirian, iaitu melakukan semua
peringkat kerja membuat pin, seorang pekerja tidak akan dapat menyiapkan lebih daripada 20 batang
pin sehari.

Smith telah memberikan tiga alasan mengapa pengkhususan kerja boleh menambah kuantiti
kerja. Pertama, pengkhususan kerja dapat meningkatkan kemahiran bekerja. Kedua, melalui
pengkhususan kerja, masa tidak banyak terbuang kerana pertukaran dan perpindahan kerja dari satu
kerja kepada kerja yang lain tidak berlaku. Ketiga, pengkhususan kerja menggalakkan reka cipta dan
penggunaan alat mesin khas baharu dan ini seterusnya akan meningkatkan daya pengeluaran
pekerja.

30

Pendapat Smith mendapat sokongan pakar-pakar pengurusan, misalnya Henry Fayol (1841-
1925) dan Charles Baggage (1792-1871). Malah, Fayol telah meletakkan unsur pembahagian kerja
sebagai prinsip yang utama dalam 14 prinsip organisasi yang dikemukakannya.

Dalam pengkhususan kerja, setiap pekerja akan melaksanakan kerja tertentu atau khusus
berdasarkan kemahiran, kelayakan dan kemampuan individu tersebut. Pengkhususan kerja juga
dikenali sebagai pembahagian kerja yang dilakukan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran
pekerja. Asas pembahagian kerja melibatkan pembahagian setiap kerja kepada tugas-tugas kecil yang
dilakukan secara berulang dan seorang pengurus akan ditugaskan untuk menyelia dan mengarah
pekerja berkenaan. Contohnya,di sesebuah sekolah, seorang guru yang beropsyen matematik hanya
akan disuruh mengajar mata pelajaran matematik sahaja, manakala seorang kerani akaun hanya
ditugaskan untuk merekod transaksi kewangan dan membuat gaji guru-guru dan kakitangan sekolah
sahaja.

Dua aspek penting yang berkaitan dengan pengkhususan kerja ialah kedalaman kerja dan
keluasan kerja.

a) Kedalaman kerja (job depth)

Konsep ini menekankan sejauh mana pekerja bebas melakukan kerja mereka di tempat kerja.
Jika pengurus menetapkan peraturan-peraturan yang ketat, memperincikan tugas-tugas dan
mengawasi setiap pergerakan kerja yang dilakukan dengan teliti, ini bermakna kedalaman kerja
adalah rendah. Sebaliknya, sekiranya melalui penetapan peraturan, pekerja masih dapat melakukan
kerja dengan baik tanpa rasa tertekan dan dapat menguasai setiap aspek pekerjaan dengan cekap, ini
bermakna tahap kedalaman kerja adalah tinggi. Contohnya setiap guru ditetapkan untuk masuk 5
minit lebih awal dari jadual yang ditetapkan ke dalam kelas,Bagi guru A, setiap pergerakannya diawasi
dengan ketat oleh penolong kanan dan semua hasil kerjanya perlu disemak terlebih dahulu. Maka
tahap kedalaman guru A adalah rendah. Sebaliknya guru B boleh masuk kedalam kelas lebih awal 5
minit dan setiap kerja yang diarahkan tidak perlu diarahkan dan dipantau, semua kerjanya siap, ini
bermakna tahap kedalaman kerja guru B adalah tinggi.




31

b) Keluasan kerja (job scope)

Konsep ini merujuk kepada langkah mengatasi ketidakpuasan pekerja dengan meningkat
atau meluaskan ruang lingkup tugas pekerja berkenaan melalui peningkatan bilangan kerja daripada
kongkongan pihak tertentu. Contohnya, jika kerani audit berasa tidak puas hati dan jemu terhadap
kerja sedia ada, pihak pengurusan boleh menambahkan bilangan kerja kerani tersebut seperti
menyediakan laporan perakuanan dan kewangan sekolah tersebut. Cara ini dapat memotivasi dan
mengurangkan kebosanan pekerja tersebut.

ii) Proses Skala Dan Kefungsian

Proses skala dan kefungsian diasaskan kepada andaian bahawa terdapat perintah dalam
organisasi. Untuk melahirkan pengurusan yang berkesan, autoriti haruslah mengalir secara langsung
dan jelas dari pengurus atasan kepada setiap orang bawahannya. Konsep ini diakui, pekerja-pekerja
di bawahnya dianggap sebagai orang-orang yang akan melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan.
Bagaimanapun, untuk membolehkan staf bawahan ini melaksanakan kerja-kerja diserahkan, mereka
haruslah mempunyai autoriti untuk berbuat demikian. Oleh itu, ketua atau pengurus organisasi
mestilah menurunkan autoriti yang sepadan kepada staf bawahan ini supaya mereka dapat
melaksanakan tugas-tugas mereka dengan berkesan.

Menurut Stoner dan Wankel, proses skala dan kefungsian merupakan tindakan mengagihkan
autoriti dan tanggungjawab formal kepada pihak lain. Pengurus tidak dapat melaksanakan semua
tugasnya dalam organisasi. Sebahagian daripada tugasnya perlu diberikan kepada orang lain untuk
dilaksanakan. Pengurus perlu bekerjasama dengan pekerja bagi memastikan semua tugas yang perlu
dilaksanakan dapat disiapkan dengan sempurna. Sejauh mana seseorang pengurus akan menjalankan
proses skala dan kefungsian dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti budaya organisasi, keadaan atau
situasi, perhubungan, personaliti dan keupayaan pekerja bawahannya. Terdapat berberapa prinsip
untuk melaksanakan proses skala dan kefungsian iaitu:

i) Penurunan autoriti daripada peringkat atasan kepada peringkat bawahan perlu
ditunjukkan dengan jelas.
ii) Autoriti perlu beserta tanggungjawab
iii) Bidang kawalan yang ditetapkan mesti bersesuaian dengan bilangan pekerja dan
jumlah kerja.
32

iv) Bilangan peringkat pengurusan mesti ditunjukkan dengan jelas.
iv) mengamalkan aliran komunikasi yang berkesan sama ada secara melintang atau
menegak.
v) Mengamalkan pembahagian kerja dengan sepenuhnya.
vi) Kuasa kawalan masih dikekalkan pada peringkat pengurusan atasan.

Buku

1. Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan dalam Mengurus Perubahan: Dari Dimensi
Kemanusiaan. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
2. Ab. Aziz Yusuf (2003). Komunikasi Untuk Pengurus.Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
3. Ab.Aziz Yusof (2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di abad ke 21. Selangor: Prentice
Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.
4. Ab.Aziz Yusof, Norashidah Hashim, ooi Yeng Keat (2004). Pengantar pengurusan. Selangor:
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.
5. Abdul Rahim Said, dan Mansor Ahmad Saman. (1986). Asas Pengurusan Personel. Petaling
Jaya: Fajar Bakti.
6. Abdul Rashid Moten (2001). Political leadership: A comparative analysis. Kertas kerja
Seminar Antarabangsa Kepimpinan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
7. Abdul Shukor Abdullah (1994). Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah. Jurnal
Pengurusan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 4 (1):5-6
8. Abdullah Sani Yahya. (2005).Mengurus Sekolah. Kuala lumpur:Percetakan Zafar Sdn Bhd.
9. Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
10. Ahmad Atory Hussain. (1993). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
11. Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. Bentong, Pahang: PTS
12. Ainon Mohd.(2005) Panduan Menggunakan teori Motivasi di tempat kerja.Kuala Lumpur.
PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
13. Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad.(2006) Pengantar Pengurusan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
14. Ang Huat Bin. (2005).Pengurusan Perniagaan. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti
15. Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
33

16. Haryanto (2008). Rasulullah Way of Managing People: Seni Mengelolal Sumber Daya
Manusia . Jakarta: Pustaka Al-Kausat Group.
17. Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Malaysia: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia,Skudai.
18. Ivancevich, J. M., dan Matteson, M. T. (1999). Organizational Behavior and Management.
Boston : Irwin/McGraw-Hill.
19. Jaafar Muhamad (2000). Kelakuan Organisasi. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Leeds
Publications.
20. Jaafar Muhamad (2006) Asas Pengurusan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti sdn Bhd.
21. Jaafar Muhamad, Mohd. Hizam Hanafiah, dan Zafir Mohd. Makhbul. (2000). Pengantar
Pengurusan. Kuala Lumpur: Leeds Publications.
22. Jaafar Muhamad.(2006). Asas Pengurusan (Edisi Ketiga).Selangor Darul Ehsan: Gains
23. James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah (2011)Kepimpinan Instruksional satu panduan
Praktikal.Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
24. Johor Darul Tazim: Universiti Teknologi Malaysia.
25. Kouzes, James M dan Posner, Barry Z. (2002). The leadership challenge. Edisi ke-3. San
Francisco:Jossey-Bass. Di dalam Management Skills. A Jossey-Bass Reader. Sanfrancisco:
Jossey Bass (2005).
26. Kouzes, James M dan Posner, Barry Z. (2003). Academic administrators guide to examplary
leadership. San Francisco: Jossey-Bass.
27. Lynne Millward (2005). Understanding Occupational and Organizational Psychology.
London: Sage Publications.
28. M. Ali Hasan (1978), Tuntutan Akhlak. Johor Bharu: Thinkers Library.
29. Manning, G. & Curtis, k. (2009). The art of Leadership ( 3th Ed). New York: McGraw Hill.
30. Md. Hasidin bin Zaini, Kepimpinan Berkualiti - Satu Proses Pengaruh Dua Hala, Jurnal
Tanjung Puteri, Jabatan Pendidikan Johor
31. Mohd Salleh Tahar (2006). Kepimpinan dan pengurusan dalam Pendidikan Teknik dan
Vokasional MBE2263. Batu Pahat, Johor: Penerbit Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn.
32. Mook Soon Sang.(2008).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Perak:Multimedia Sdn Bhd.
33. Muhammad Abdul Rauf. (1994). The Islamic Family: A General View. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
34. Muhammad Syukri Salleh. (1987). Pembangunan Berteraskan Islam. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
34

35. Mustafa Hj. Daud. (1996). Etika Pengurusan . Kuala Lumpur: Utusan Publication.
36. Pfeffer, Jeffrey (1998). The human equation. Boston:Harvard Business School Press. Di dalam
Management Skills. A Jossey-Bass Reader. San Francisco: John Wiley and Sons. Inc. (2005).
37. Punch, F.K And Tuetteman,E. (1996). Reducing Teacher Stress: The Effect Of Support In
The Work Environment. Research In Education.
38. Ribbins, P. (1995). Principal And Principalship: Toward A Context Based Approach To The
Study Of School Leadership. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Kementerian Pendidikan
Pendidikan Malaysia. 4 (2): 89-100
39. Sabri Hj Hussin.(2005).Pengurusan Perniagaan.Singapura: Thomson Learning.
40. Schermerhorn, J. R. Jr. (2005). Management. New York: John Wiley.
41. Schermerhorn, J. R., Hunt, J., dan Osborn, R. (2004). Core Concepts of Organizational
Behavior. New Jersey: John Wiley.
42. Scott, Kenneth dan Walker, Allan (1994). The fabulous manager. Singapore: Prentice Hall.
43. Siddiq Fadzil (1992). Minda Melayu baru, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar
44. Sonia Blandford. (2009).Mengurus Sumber di Sekolah. Kuala Lumpur: Institut
45. Sonia Blandford.(1999).Pengurusan Peringkat Pertengahan Di Sekolah.Kuala Lumpur: Institut
46. Stoner, J. A. F. et al. (1994). Management. Sydney: Prentice-Hall Australia.
47. Syed Othman Al-Habshi, dan Hamiza Ibrahim (1998). Pengurusan dan Pentadbiran: Mencapai
Kecemerlangan melalui Penghayatan Nilai. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM).
48. Szymanski, R. A. (1995). Computer and Information System. Prentice Hall
a. Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
49. Thomas, L. Quick(1985). The Managers Motivation Desk, New york, John Wiley & Sons.
50. Zainal Abidin Mohamad(1999) Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan.Serdang. Penerbit
Universiti Putra Malaysia
51. Zainal Ariffin Ahmad.(1998). Perlakuan Organisasi. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn.
52. Zenger, J. H. & Folkman, J. (2005). Panduan Untuk Pemimpin. 24 pengajaran bagi
kepimpinan luar biasa. (Edisi Bahasa Melayu). Malaysia: McGraw Hill.