1)BANDINGKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA YANG BERBEZA YANG DIPUNYAI OLEH 3 SISTEM EKONOMI
IAITU KAPITALIS,SOSIALIS DAN NEGARA KEBAJIKAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH BERKAITAN.
Prinsip- prinsip utama yang berbeza adalah seperti berikut:- Hak Milik: Konsep ekonomi hak milik persendirian ditekankan didalam Sistem Ekonomi Kapitalis iaitu individu yang memiliki harta persendirian, sebagai contoh pemilikan tanah individu dan pihak lain tidak akan mendapat sebahagian keuntungan yang dimiliki. Individu dapat mengaut kekayaan dan meningkatkan keuntungan tanpa melibatkan bantuan pihak lain dan hasilnya tidak boleh dimiliki oleh pihak lain. Contohnya, didalam system ekonomi kapitalis ini, hak milik persendirian seperti tanah, pemilik mampu menggunakan tanah sebagai modal untuk membina industri seperti kilang dan digunakan untuk aktiviti perindustrian. Keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti ini adalah milik individu itu sendiri. Bagi sistem ekonomi Sosialis pula, ciri hak milik didalam ekonomi ini adalah hak milik bersama. Kekayaan sumber yang ada dalah hak milik Negara. Didalam sistem ekonomi ini terdapat kesaksamaan keuntungan dan pekerjaan . Ini menyebabkan kelebihan untuk memiliki pekerjaan yang lebih baik tidak dapat dimiliki kerana keuntungan dan faedah yang sama rata.