Anda di halaman 1dari 1

1)BANDINGKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA YANG BERBEZA YANG DIPUNYAI OLEH 3 SISTEM EKONOMI

IAITU KAPITALIS,SOSIALIS DAN NEGARA KEBAJIKAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH BERKAITAN.



Prinsip- prinsip utama yang berbeza adalah seperti berikut:-
Hak Milik:
Konsep ekonomi hak milik persendirian ditekankan didalam Sistem Ekonomi Kapitalis iaitu individu yang
memiliki harta persendirian, sebagai contoh pemilikan tanah individu dan pihak lain tidak akan
mendapat sebahagian keuntungan yang dimiliki. Individu dapat mengaut kekayaan dan meningkatkan
keuntungan tanpa melibatkan bantuan pihak lain dan hasilnya tidak boleh dimiliki oleh pihak lain.
Contohnya, didalam system ekonomi kapitalis ini, hak milik persendirian seperti tanah, pemilik mampu
menggunakan tanah sebagai modal untuk membina industri seperti kilang dan digunakan untuk aktiviti
perindustrian. Keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti ini adalah milik individu itu sendiri. Bagi
sistem ekonomi Sosialis pula, ciri hak milik didalam ekonomi ini adalah hak milik bersama. Kekayaan
sumber yang ada dalah hak milik Negara. Didalam sistem ekonomi ini terdapat kesaksamaan
keuntungan dan pekerjaan . Ini menyebabkan kelebihan untuk memiliki pekerjaan yang lebih baik tidak
dapat dimiliki kerana keuntungan dan faedah yang sama rata.

Anda mungkin juga menyukai