Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KEJOHANAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR




Pada 15 Mei 2013 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bestari Jaya telah
menghantar dua pasukan bowling untuk Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Peringkat daerah
Kuala Selangor iaitu terdiri daripada pasukan lelaki sekolah rendah dan pasukan perempuan
sekolah rendah. Pasukan ini diwakili oleh lapan orang peserta terdiri daripada 4 lelaki dan 4
perempuan.

Wakil pasukan lelaki terdiri daripada adik Muhammad Shairiff Ilman, Muhamad
Nazwan, Ikmal Reza dan Mohamad Suhaimi. Wakil pasukan perempuan terdiri daripada adik
Nur Nabila, Nurul Adibah, Noradibah dan Siti Nor Fateha. Kedua-dua pasukan ini mencuba
untuk tahun kedua dengan rekod tempat ketiga bagi lelaki dan nain johan bagi perempuan pada
sesi kejohanan sebelum ini.

Sekalung tahniah diucapkan pada pasukan bowling Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bestari Jaya kerana dapat menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Bowling Pendidikan Khas
Integrasi Peringkat Daerah Kuala Selangor. Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan telah
berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam kejohanan tersebut.

Salah seorang ahli pasukan perempuan iaitu Adik Siti Nor Fateha telah mendapat
anugerah Jatuhan Pin Terbanyak bagi kategori perempuan sekolah rendah dengan markah 315
jatuhan pin dalam 3 pusingan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bowling Program
Pendidikan Khas Integrasi SK Bestari Jaya atas kejayaan yang diperolehi.











GAMBAR KEJOHANAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS

Anda mungkin juga menyukai