Anda di halaman 1dari 108

Anjuran Bersama:

PPD Papar
PGSD BM SPM
MPPSM Daerah Papar -

MODEL KARANGAN KEM
PENULISAN SPM 2011
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

2 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

UCAPAN PENGHARGAAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PAPAR

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-
Nya, Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011 dapat dihasilkan. Saya merakamkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Gerak Saga Daerah Papar bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu SPM, panel editor, peserta kem dan semua guru Bahasa Melayu di daerah ini kerana
dapat menghasilkan terbitan yang julung-julung kali dilaksanakan.

Sesungguhnya, penghasilan Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011 ini
merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM yang bertujuan untuk
meningkatkan peratusan calon SPM yang lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang
menjadi antara misi Pejabat pelajaran Daerah Papar. Isu murid yang kurang menguasai teknik
mengarang merupakan cabaran yang perlu diatasi. Oleh itu, model jawapan karangan ini
sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai bahan ulang kaji kepada calon-calon SPM 2011.

Model Jawapan Karangan Kem Penulisan ini sesuai digunakan oleh guru dan murid
sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Saya berharap agar
guru-guru dan murid-murid dapat memanfaatkan bahan ini bagi meningkatkan lagi peratus
kelulusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM Pelajat Pelajaran Daerah Papar.

Akhirul kalam, saya juga mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada
Majlis Permuafakatan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Papar yang diterajui
oleh Tuan Haji Mokhtar Haji Ibrahim atas kesediaan membantu dari segi kewangan untuk
memastikan projek ini berjalan dengan jayanya. Kepada semua guru dan murid yang terlibat
sekalung ucapan jutaan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan.

Sekian.




Encik Abidin Marjan
Pegawai Pelajaran Daerah Papar,
Sabah.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

3 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

UCAPAN PENGHARGAAN PENGERUSI
MAJLIS PERMUAFAKATAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH
DAERAH PAPAR.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-Nya, dapat saya
mengungaikan sepatah dua kata dalam makalah ini. Pertama-tama sekali tahniah saya
ucapkan kerana atas daya usaha Pasukan Gerak Saga Daerah Papar bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu SPM, panel editor, peserta kem dan semua guru Bahasa Melayu di daerah ini
atas kejayaan menghasilkan Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011. Kejayaan ini
merupakan perintis kepada usaha yang lebih mapan pada tahun-tahun akan datang demi
membantu murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Bagi pihak Majlis Permuafakatan Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Papar, saya
amat berbesar hati kerana dapat menyumbangkan dana kepada suatu program yang saya
yakin akan memberikan impak positif kepada peningkatan prestasi murid-murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Usahasama ini diharapkan akan berterusan demi kemaslahatan
bersama. Saya berkeyakinan penuh bahawa Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011
ini amat bermanfaat kepada guru dan murid sebagai bahan sokongan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Segala perit jerih pihak yang terbabit dalam program ini
sesungguhnya amat tidak ternilai.

Pada kesempatan ini, saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada Unit Kurikulum Pejabat Pelajaran Dareah Papar dan Pasukan Gerak Saga
Daerah Papar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM atas usaha yang murni ini. Kepada
semua guru dan murid yang terlibat sekalung ucapan jutaan terima kasih atas komitmen yang
ditunjukkan.

Sekian.


Tuan Haji Mokhtar Haji Ibrahim
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Papar, Sabah.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

4 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

PRAKATA KETUA EDITOR

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Syukur Alhamdulillah kerana Model Jawapan Karangan Kem Penulisan 2011 akhirnya
dapat direalisasikan. Usaha murni ini merupakan buah tangan Pasukan Gerak Saga Daerah
Papar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM untuk membantu calon SPM 2011. Semua
model jawapan yang disediakan merupakan hasil kolaborasi antara peserta kem dan guru-guru
pembimbing daripada semua sekolah di daerah ini.

Soalan-soalan yang telah dipilih untuk dijadikan model karangan sama ada untuk
Bahagian A atau B merupakan antara himpunan tema yang terkandung dalam buku teks
Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 yang menjadi asas kepada soalan kertas 1 Bahasa Melayu
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Malah tema-tema yang dipilih merupakan tema yang
dianggap popular dan dijangkakan akan disoal pada tahun ini.

Model karangan yang telah dihasilkan oleh para peserta kem ini telah diedit oleh
sekumpulan guru yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu melebihi sepuluh tahun. Ada
dalam kalangan kumpulan editor ini merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Jurulatih
Utama atau pemeriksa kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Oleh itu, sekalung
apresiasi kepada semua Penolong Editor yang telah bertungkus-lumus mengedit karangan
yang telah dihasilkan sebaik-baiknya.

Saya mengharapkan agar guru-guru dan murid-murid akan memanfaatkan
model ini dalam usaha memperoleh keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu SPM serta melonjakkan prestasi keputusan peperiksaan Bahasa Melayu SPM di daerah
Papar khasnya dan negeri Sabah amnya. Pada kesempatan ini saya bagi pihak semua editor
menyusun jari sepuluh jika ada kekurangan dalam model karangan ini.

Sekian.

Puan Zuraidah Salleh
Ketua Editor.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

5 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

KANDUNGAN
Prakata

KARANGAN BAHAGIAN A (RESPONS TERHAD)
1. Kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita. 8
2. Faedah melancong dalam negara sendiri. 11
3. Kepentingan permainan tradisional. 14
4. Faedah membeli barangan buatan Malaysia. 16
5. Langkah-langkah berjimat cermat ketika berbelanja. 18
6. Usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional. 20
7. Punca banjir kilat. 22
8. Ciri-ciri generasi berwawasan. 24
9. Kesan negatif alat komunikasi moden. 26
10. Kebaikan laman sosial. 28
11. Kesan positif alat komunikasi moden. 31
12. Kesan kemalangan jalan raya. 34
13. Langkah menangani masalah obesiti dalam kalangan pelajar. 36
14. Kepentingan seni pertahanan diri. 39
15. Langkah-langkah untuk membantu OKU. 41
16. Peranan ibu bapa untuk menentukan kecemerlangan anak-anak. 43
17. Kepentingan nilai murni di semai dalam jiwa setiap individu. 45
18. Cara-cara remaja mencapai kejayaan. 48
19. Kepentingan kempen. 50
20. Langkah mengawal kenaikan harga barangan.

52
KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA)
1. Akibat keengganan belia di Negara ini menceburi bidang pekerjaan tertentu, maka
buruh dari negara asing terpaksa digunakan. Hal ini menyebabkan kadar
penganguran dalam kalangan belia di negara ini semakin meningkat.
Bincangkan.
55
2. Pelbagai daya tarikan yang ada di Malaysia telah menarik kehadiran pelancong
untuk datang berkunjung. Huraikan keistimewaan-keistimewaan Malaysia
sebagai sebuah negara pelancongan.
57
3. Sungai meruoakan khazanah yang perlu dijaga dan dipulihara kerana sungai 60
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

6 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

bukan sahaja penting kepada manusia tetapi juga kepada hidupan lain yang
terdapat di ala mini. Bincangkan kepentingan-kepentingan sungai.
4. Barangan buatan Malaysia semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat
di negara ini. Sehubungan itu, anda ingin menuis sebuah rencana yang bertajuk
Langkah-langkah Menggalakkan Rakyat Malaysia Membeli Barangan
Tempatan.
62
5. Karya-karya sastera akan lebih diminati jika pengarang mampu memenuhi cirri-ciri
sebuah karya yang baik. Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah
karya yang baik.
65
6. Perkembangan pelbagai permainan moden telah menyebabkan permainan
tradisional sudah mula dilupakan dan kurang digemari oleh generasi muda. Pada
pendapat anda, bagaimanakan permainan tradisional ini dapat dihidupkan
semula?
67
7. Bencana alam yang berlaku di seluruh dunia berpunca daripada aktiviti-aktiviti
manusia seperti penebangan hutan, pencemaran udara dan pembuangan sisa
toksik. Bincangkan peranan negara-negara di dunia bagi menangani bencana
alam.
70
8. Sejak akhir-akhir ini masalah pengangguran semakin meningkat. Oleh itu, pihak
kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja sendiri. Anda sebagai seorang pelajar
lepasan SPM telah mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Huraikan faedah-
faedah bekerja sendiri.
72
9. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam dan syair merupakan warisan
bangsa yang perlu dipertahankan. jelaskan usaha-usaha yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan puisi tradisional tidak pupus ditelan zaman.
74
10. Facebook, Twitter, MySpace dan Blog merupakan antara laman sosial yang
semakin digemari oleh setiap peringkat umur termasuklah golongan remaja pada
abad ini. Sebagai seorang remaja, huraikan cara anda boleh memanfaatkan
laman sosial.
77
11. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak memberi
kesan kepada hubungan antara negara. jelaskan kepentingan teknologi
maklumat dan komunikasi kepada negara di dunia.

79
12. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat terutama pada musim-musim
perayaan. Memandangkan hal ini semakin serius, sebagai Ketua Unit Trafik Polis
82
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

7 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Daerah anda diminta menyampaikan ceramah kepada pelajar di sekitar daerah
anda. Tajuk ceramah anda ialah Peranan Masyarakat dalam Menangani
Kemalangan Jalan raya. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.
13. Rakan sebaya dikatakan banyak mempengaruhi kehidupan seseorang remaja.
Jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang boleh membantu anda mencapai
kejayaan dalam hidup.
85
14. Kawasan kediaman anda sering mengalami banjir. Oleh itu, anda ingin membuat
aduan kepada pihak berkenaan tentang punca-punca dan mencadangkan
langkah-langkah bagi mengatasi masalah banjir tersebut.
Tuliskan surat tersebut selengkapnya.
88
15. Guru merupakan insan yang paling banyak berjasa kepada kita.
Tuliskan sebuah rencana tentang cara-cara yang dapat dilakukan bagi
menghargai jasa guru.
90
16. Keluarga yang sempurna menjadi impian setiap insan. Anda berhasrat menulis
sebuah rencana bertajuk Keluarga Impian Saya untuk dimuatkan dalam sebuah
akhbar tempatan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
93
17. Ibu bapa pada hari ini sering dikaitkan dengan peningkatan masalah sosial
dalam kalangan anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
95
18. Tahap kesedaran masyarakat terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan lama yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah yang tinggi masih
rendah. Jelaskan usaha-usaha untuk meningkatkan tahap dan kesedaran
masyarakat tentang hal tersebut.
98
19. Membawa anak-anak ke perpustakaan merupakan salah satu usaha untuk
memupuk minat membaca. BIncangkan peranan keluarga dalam menyemai
budaya membaca dalam kalangan anak-anak.
100
20. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal harga barangan
di pasaran. Namun usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan daripada
pengguna. Jelaskan pernyataan di atas.

103
Glosari 106

JAWATANKUASA KEM PENULISAN KARANGAN SPM 2011 108

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

8 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

KARANGAN BAHAGIAN A (RESPONS TERHAD)

Soalan 1.
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kemasukan
pendatang asing tanpa izin ke negara kita. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.




Model jawapan:

Pendatang asing tanpa izin boleh didefinisikan sebagai orang dari negara luar yang
berhijrah ke negara kita tanpa dokumen pengenalan diri yang sah untuk mencari rezeki dan
menggunakan segala peluang yang ada di sini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, negara
kita ialah sebuah negara membangun dalam arus modenisasi ke alaf baru. Akibat daripada
kekuatan ekonomi yang cukup ampuh dan kestabilan politik yang mantap di negara kita, kadar
kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Hal ini
banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif kepada negara kita.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

9 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM


Gejala kemasukan pendatang asing tanpa izin ini telah membawa kepada pertambahan
kawasan setinggan. Banyak langkah telah diambil bagi mengatasi masalah ini namun tindakan
kerajaan untuk merobohkan rumah setinggan hanya seperti hujan jatuh ke pasir kerana rumah
yang dirobohkan akan dibina semula di tempat yang berbeza. Hal ini juga menyusahkan banyak
pihak khususnya pihak berkuasa tempatan kerana terpaksa membelanjakan kos yang tingi
untuk merobohkan dan menceriakan semula kawasan tersebut. Selain itu, kawasan setinggan
ini turut mengganggu pemandangan mata dan membawa imej yang negatif di mata pelancong
yang datang ke negara kita. Misalnya, kawasan setinggan yang terdapat di Kota Kinabalu
sangat mengganggu pemandangan mata orang ramai yang melalui kawasan tersebut.
Kesimpulannya, pendatang asing tanpa izin membawa kepada peningkatan kawasan setinggan
yang sangat membimbangkan masyarakat.

Seterusnya, fenomena ini turut memonopoli peluang pekerjaan di negara kita.
Kebanyakan majikan di negara kita lebih gemar mengambil pekerja asing kerana mereka tidak
mengharapkan gaji yang tinggi malahan bersyukur kerana diterima bekerja walaupun dengan
gaji yang rendah. Bertitik tolak daripada itu, pekerja asing juga mampu memuaskan hati majikan
kerana kerja yang dilakukan mereka sesuai dengan kehendak majikan berbanding dengan
pekerja tempatan yang melakukan pekerjaan bagai melepaskan batok di tangga. Sebagai
contoh, pekerjaan di sektor pembinaan, perkilangan dan pembantu rumah banyak didominasi
oleh pendatang asing tanpa izin. Konklusinya, akibat daripada kemasukan pendatang asing
tanpa izin, penduduk tempatan kehilangan peluang pekerjaan dan terpaksa berdepan dengan
masalah pengangguran.

Tambahan pula, senario kemasukan pendatang asing tanpa izin memberi kesan
kepada peningkatan kes jenayah. Menurut kajian, kejadian jenayah di negara kita meningkat
seiring dengan peningkatan kemasukan pendatang asing tanpa izin. Hal ini menimbulkan
kebimbangan masyarakat tempatan kerana mereka berasa keselamatan mereka tidak lagi
terjamin selagi masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin tidak dibendung. Di samping
itu, gejala ini menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara. Kebanyakan kes jenayah yang
dilaporkan di negara kita melibatkan pendatang tanpa izin. Ringkasnya, pihak berkuasa harus
segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin
kerana hal ini banyak mendatangkan masalah negatif kepada negara kita.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

10 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Bertitik tolak daripada itu, masalah ini juga mencemarkan budaya masyarakat Malaysia.
Selain membawa masuk ahli keluarga, mereka turut membawa masuk budaya mereka dan
seterusnya mengamalkannya di negara kita. Hal ini sangat membimbangkan apabila budaya ini
menjadi ikutan masyarakat tempatan walaupun budaya tersebut bertentangan dengan budaya
tempatan. Misalnya, sikap mereka yang bersifat antinilai dan suka membuat kekecohan seperti
mengganggu anak gadis dan berbuat bising menjadi ikutan kepada penduduk tempatan.
Tuntasnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita bukan sahaja mengganggu
keamanan negara tetapi turut mencemarkan budaya tempatan yang merupakan sendi
perpaduan masyarakat.

Intihanya, kemasukan pendatang asing tanpa izin memang mendatangkan kesan buruk
kepada masyarakat dan negara. Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, pihak kerajaan haruslah
mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini seperti mengenakan hukuman berdasarkan
peruntukan undang-undang yang sedia ada. Pendatang asing, seharusnya mengamalkan sikap
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, dan jika mereka melakukan kesalahan, tindakan
perlu diambil agar mereka menghormati undang-undang negara Malaysia. Seperkara lagi yang
harus kita ingat ialah kita mesti menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin dengan
bijak, seperti memalu ular dalam benih, ular biar mati benih jangan rosak.

















MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

11 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 2.
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melancong
dalam negara sendiri. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.





Model Jawapan:
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

12 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Sebagai sebuah negara beriklim khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi
yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Destinasi-destinasi pelancongan negara tidak
kurang hebatnya jika dibandingkan dengan negara lain. Namun demikian, segelintir masyarakat
lebih gemar untuk melancong ke luar negara daripada melancong dalam negara. Sikap tersebut
tidak seharusnya wujud dalam diri seseorang sebaliknya mereka patut berasa bangga dengan
keindahan khazanah alam di negara kita. Tambahan pula, melancong di dalam negara banyak
mendatangkan kemaslahatan.

Antara faedah melancong dalam negara sendiri ialah merapatkan hubungan
kekeluargaan. Menjelang musim cuti, ibu bapa biasanya akan membawa anak-anak mereka
untuk bercuti ke sesebuah destinasi. Mereka sering memilih negara luar sebagai sasaran
mereka. Namun, rancangan mereka selalu tidak tercapai kerana kos perbelanjaan sering
melebihi bajet yang telah dirancang. Pendek kata, melancong di luar negara menelan kos
perbelanjaan yang tinggi. Sebenarnya, mereka boleh mempertimbangkan untuk melancong di
dalam negara kerana jika dibandingkan dengan melancong di luar negara, pilihan untuk
melancong di dalam negara lebih menjimatkan. Malah, kos perbelanjaan berpatutan selaras
dengan pakej pelancongan yang disediakan. Secara tidak langsung, ibu bapa dapat
meluangkan masa dengan anak-anak mereka di samping memperkukuh sesebuah institusi
kekeluargaan.

Selain itu, melancong dalam negara juga dapat menanamkan semangat patriotisme
dalam diri seseorang. Lawatan ke tempat-tempat menarik seperti bangunan-bangunan
bersejarah misalnya, Kota A Farmosa di Melaka akan membantu kita untuk lebih mengenali,
memahami dan menghayati sejarah negara. Serentak dengan itu, perasaan cinta terhadap
tanah air juga akan tersemai secara lahiriah bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Tuntasnya, perasaan cinta akan negara akan terbit jika kita lebih mengenali keunikan negara
sendiri.

Di samping itu, perpaduan juga dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat seiring
dengan pembentukan masyarakat sakinat. Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai
jenis kebudayaan. Oleh itu, kita akan dapat memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum
di negara kita dengan melancong di dalam negara. Sebagai contoh, Rumah Budaya di Kuching,
Sarawak yang menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri
tersebut akan mendekatkan kita dengan masyarakat Sarawak. Tegasnya, mengenali
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

13 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

kepelbagaian budaya masyakarat di negara kita menjadikan rakyat lebih akrab antara satu
sama lain.

Dalam pada itu, melancong dalam negara turut meningkatkan ekonomi. Hal ini demikian
kerana sektor pelancongan melibatkan pelbagai bidang seperti perhotelan, pengangkutan dan
penyediaan makanan. Oleh itu, jika rakyat tempatan melancong dalam negara, maka secara
tidak langsung akan membantu pertumbuhan bidang-bidang yang berkenaan dan pada masa
yang sama tiada sebarang pengaliran wang ke luar negara akan berlaku. Setiap sen wang yang
dibelanjakan dalam negara ini mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan dalam
negara. Intihanya, situasi sebegini bolehlah disamakan seperti kita melabur dalam negara.

Konklusinya, melancong dalam negara mampu mendatangkan kebaikan kepada diri,
masyarakat serta negara. Semua pihak seharusnya memberikan komitmen yang jitu untuk
mempromosi keindahan dan keunikan destinasi-destinasi pelancongan dalam negara. Daripada
melancong ke luar negara yang hanya akan memakan kos yang tinggi, lebih baik melancong di
dalam negara kita yang kaya dengan keunikan dan keindahan tersendiri kerana segala-
galanya ada di Malaysia.
















Soalan 3 .
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

14 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM


Carta di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan permainan tradisional.
Huraikan pendapat anda, tentang kepentingan permainan tradisional . Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.







Model jawapan.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

15 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM


Marcapada, permainan tradisional semakin dilupai oleh orang ramai, terutamanya
generasi muda. Mereka memandang enteng soal ini dan menganggap bahawa banyak lagi
permainan moden yang lebih signifikan untuk mengisi masa senggang daripada bermain
permainan tradisional. Tamsilannya, mereka lebih suka bermain permainan video dan
permainan yang lebih mencabar seperti permainan papan luncur, skydiving dan lain-lain.
Mereka seakan-akan malu dengan warisan budaya bangsa dengan mengagung-agungkan
budaya asing. Persoalannya, masih adakah lagi individu yang berinisiatif untuk menghidupkan
permainan tradisional? Masih relevankan permainan tradisional dalam dunia yang serba moden
pada alaf ini?

Antara kepentingan menghidupkan permainan tradisional adalah dapat mengisi masa
lapang. Jika masa lapang seseorang itu terisi, maka peluang seseorang itu, terutamanya
remaja untuk terjebak dalam kegiatan yang boleh meruntuhkan akhlak seperti melepak,
merokok dan lain-lain dapat dikurangkan. Perbuatan ini diibaratkan sambil menyelam minum
air. Dengan bermain permainan tradisional, para remaja dapat merehatkan minda sekali gus
mengurangkan tekanan setelah seharian belajar. Serentak itu, mereka juga dapat sedikit
sebanyak mengenali warisan budaya mereka yang unik ini dan seterusnya memartabatkan
permainan tradisional agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, dengan permainan tradisional ini juga dapat mengeratkan ikatan ukhuwah
sesama manusia. Hal ini kerana seseorang individu akan mengenali individu yang lain setelah
mengikuti sesuatu pertandingan yang berkaitan permainan tradisional. Misalnya, remaja dapat
mengenali dengan lebih dalam lagi rakan-rakan mereka. Hal ini tidak terhad kepada sesama
remaja sahaja. Ibu bapa yang acap kali sibuk dengan karier mereka haruslah bijak mencuri
masa untuk bersama dengan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak-anak
untuk bermain permainan tradisional. Tuntasnya, aktiviti ini dapat memperteguh ikatan kasih
sayang seorang anak dengan ibu bapa mereka.

Golongan veteran hendaklah bijak menarik minat generasi muda untuk bermain
permainan tradisional. Sementelahan pula, generasi muda dapat bermain sambil belajar
tentang permainan tradisional, ibarat sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau.
Bukan itu sahaja, sewaktu seseorang itu bermain permainan ini, tumpuan mereka dapat
ditajamkan lagi. Hal ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, iaitu melatih seseorang
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

16 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

itu untuk berhadapan dengan situasi seharian bagi mengelakkan individu itu ditimpa nasib
malang.

Konklusinya, permainan tradisional ini banyak memberi manfaat kepada semua pihak,
terutamanya golongan muda pada era globalisasi ini. Lantaran itu, semua pihak hendaklah
bahu-membahu dalam usaha untuk menghidupkan semula permainan tradisional, bak kata
pepatah, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Oleh itu, masyarakat hendaklah menyokong
usaha ini agar permainan tradisional seperti congkak, gasing, batu seremban yang dahulunya
amat popular dalam kalangan masyarakat tidak lenyap ditelan zaman. Permainan inilah yang
menjadi identiti bangsa dan negara kita.

Soalan 4 .
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah membeli
barangan buatan Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.
FAEDAH MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Model Jawapan.
Rakyat Malaysia dikatakan kurang patriotik kerana lebih gemar membeli barangan yang
diimport dari luar negara seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat daripada memilih jenama
tempatan. Pelbagai alasan dikemukakan oleh pengguna tempatan sebab mereka curiga untuk
membeli produk tempatan yang kononnya kurang berkualiti dan bukan daripada jenama
popular. Mutakhir ini, kempen menggalakkan pembelian barang buatan Malaysia kerap
ditayangkan di kaca televisyen mahupun dipaparkan di rubrik-rubrik akhbar, namun adakah
rakyat menyedari akan faedah membeli barangan buatan Malaysia?
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

17 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM


Dasawarsa ini, para pengguna lebih mengutamakan pembelian barangan dari luar
negara termasuklah perabot dari Indonesia dan barangan elektronik dari negara matahari terbit
iaitu Jepun. Namun begitu, tindakan ini boleh mengancam pertumbuhan industri produk
tempatan jika mentaliti para pengguna tidak diperbetul kerana mereka ibarat menyusukan kera
di hutan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh yang demikian kita perlu mengurangkan
pengimportan barangan dari luar negara untuk menyokong pertumbuhan industri produk
tempatan agar mampu bersaing dengan produk luar negara. Seyogia, kita hendaklah
menyokong barangan buatan Malaysia demi memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam era
globalisasi dan liberalisasi kini.

Marcapada, pengangguran di negara kita semakin menjadi-jadi dan para penganggur
ghalibnya terdiri daripada golongan belia yang merupakan lepasan sekolah dan diploma. Oleh
itu, manfaat seterusnya yang boleh kita peroleh daripada peningkatan permintaan barang
buatan Malaysia adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Apabila banyak
rakyat tempatan memiliki pekerjaan maka secara tidak langsung akan turut menjana
pendapatan negara. Oleh yang demikian, izharlah bahawa perkembangan industri produk
buatan Malaysia dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekali gus
mengurangkan masalah pengangguran.

Dewasa ini, krisis kegawatan ekonomi yang melanda seluruh buana telah memaksa
rakyat untuk terus berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, bak kata pepatah beringat
sebelum kena, berjimat sebelum habis. Lazimnya, produk berjenama import lebih mahal
berbanding produk dalam negara kerana kos penghantarannya yang tinggi serta dikenakan
cukai tambahan. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan perbelanjaan pengguna jika
memilih produk import. Tuntasnya, pembelian barangan buatan Malaysia dapat menjimatkan
perbelanjaan masyarakat setempat serta membendung pengaliran wang ke luar negara.

Intihanya, rencaman prakarsa harus diimplementasikan agar kesedaran untuk
mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia dapat ditingkatkan serta melenyapkan
pesimistik terhadap kualiti produk tempatan. Kita seyogia meneladani rakyat Jepun yang
cukup tinggi sentimen mereka terhadap produk buatan negara sendiri dengan mengutamakan
produk negara mereka dalam semua situasi dan lokasi kerana tak sungguh seluang melaut,
akhirnya balik ke tepi juga. Rakyat tidak sepatutnya memperlekeh barangan tempatan kerana
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

18 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

banyak kemaslahatan yang diperoleh termasuklah mengurangkan import barangan dari luar
negara, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjimatkan perbelanjaan.

SOALAN 5
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha untuk berjimat cermat serta
tindakannya. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah berjimat cermat ketika
berbelanja. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




Model Jawapan

Darsawarsa ini, negara kita turut terkena tempias gelombang inflasi yang melanda dunia
global. Rentetan dari kemelut ini, pengguna secara tidak langsung akan merasakan impaknya
dan seterusnya terjerat dalam kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap
masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup
mereka untuk menghadapi keperitan ini. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

19 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

berjimat cermat dan tidak membazir. Dalam kehidupan Filosofer Laotze berkata, Kehidupan
membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. Hal ini
memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan
sehari-harian kita. Justeru, kita haruslah merancang pengurusan kewangan dari awal agar
masa hadapan akan lebih terjamin.

Pada era modenisasi ini, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga khususnya dalam
menguruskan sumber kewangan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Langkah yang
pragmatik perlu dilakukan dalam kadar segera seperti membuat senarai barang-barang
keperluan asas. Usaha ini wajar diambil agar dapat mengelakkan kita daripada melakukan
pembaziran ketika berbelanja, misalnya membeli barang-barang yang tidak diperlukan.
Sekiranya kita membeli barang-barang tersebut, tindakan ini hanya akan merugikan pengguna
itu sendiri. Oleh itu, kita perlu sentiasa berpegang pada peribahasa Melayu, Sediakan payung
sebelum hujan. Peribahasa ini menerangkan kita agar mengambil langkah berjaga-jaga dalam
membuat sebarang keputusan mahupun tindakan.

Selain itu, pengguna boleh mengambil langkah berjimat cermat dengan membeli
barangan sewaktu jualan murah atau mega sale. Kesempatan ini boleh digunakan oleh
pengguna pada musim perayaan setiap tahun mengikut kaum masing-masing, seperti
sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Depavali. Hal ini merupakan peluang
keemasan kepada pengguna untuk membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang lebih
murah.Jesteru, kebijaksanaan pengguna dituntut untuk mengenal pasti pusat beli-belah yang
menawarkan diskaun lebih tinggi agar pengguna dapat menjimatkan wang.

Amalan menyimpan wang baki juga antara langkah berjimat cermat. Inisiatif ini penting
kerana bukan saja mengajak kita berjimat cermat, malah sebagai persediaan masa depan
terutama ketika ingin menyambung pengajian ke universiti. Peribahasa Sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit perlulah kita amalkan bagi menjamin masa depan yang lebih cerah. Izharnya,
peribahasa yang berbunyi Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis harus kita jadikan
pegangan semasa berbelanja. Seterusnya, jika ada lebihan wang belanja, kita perlulah
menyimpan baki wang tersebut di dalam bank, bak kata peribahasa, sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

20 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Konklusinya, amalan berjimat cermat merupakan sebahagian nilai murni yang tuntut
oleh setiap agama di dunia. Tidak keterlaluan dikatakan jika masyarakat yang berpaksikan
amalan ini akan hidup dengan kesederhanaan tanpa wujudnya pembaziran. Sehubungan
dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan
masyarakat sakinah.

SOALAN 6

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
mempopularkan permainan tradisional. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.


Model Jawapan

Selaras dengan perkembangan modenisasi dunia pada hari ini, permainan moden
seperti permainan video dan sebagainya semakin berkembang dan menjadi pilihan utama
golongan muda. Hal ini sedikit banyak telah menjejaskan populariti permainan tradisional dalam
kalangan masyarakat. Justeru, generasi masa kini haruslah tidak bersikap seperti kacang
lupakan kulit. Generasi kini harus tidak melupakan permainan tradisioanal malah harus
memertabatkan permainan yang telah diwarisi daripada zaman nenek moyang sejak turun
temurun ini agar tidak lupus ditelan zaman. Persoalannya apakah prakarsa yang pragmatik
dapat dilakukan untuk memastikan kelangsungan permainan tradisional?
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

21 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM


Usaha perdana yang boleh kita ambil untuk memperkembangkan permainan
tradisional ialah melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa haruslah memperkenalkan permainan
tradisional kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Langkah bijak ini amat sesuai kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menyediakan peralatan
permainan tradisional seperti papan congkak, gasing dan sebagainya di kediaman masing-
masing. Tindakan ini dapat membantu anak-anak mereka mengetahui dan mempelajari
permainan tradisional. Di samping itu ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak mengikuti
kelas permainan tradisional di kawasan kediaman mereka.

Selain itu, pihak sekolah tidak terkecuali daripada memainkan peranan dalam
mempopularkan permainan tradisional ini. Pihak sekolah disarankan supaya menubuhkan
persatuan atau kelab permainan tradisional di sekolah masing-masing. Di samping itu, pihak
sekolah juga seharusnya mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan permainan tradisional
bagi mememupuk minat golongan muda terhadap permainan tradisional. Secara tidak
langsung, pendedahan ini turut memberi ruang kepada murid-murid untuk mendapatkan
informasi tentang sesuatu permainan tradisional.

Melihat kepada senario ini,media massa tidak seharusnya berpeluk tubuh.Media massa
haruslah mengangkat martabat permainan tradisional ke tahap berprestij tinggi dengan cara
memeparkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan perminan tradisionl agar masyarakat lebih
berminat dengan permainan tradisional.

Di samping itu, pihak kerajaan juga haruslah turut berganding bahu dengan pihak-pihak
terbabit memainkan peranan dalam usaha memastikan permainan tradisional terus dikenali
oleh generasi akan datang. Pihak kerajaan seharusnya menyeru rakyat jelata agar terus
mengamalkan permainan ini dan mengadakan aktiviti serta pertandingan permainan tradisional.
Melalui usaha ini rakyat akan lebih mengentahui dengan lebih mendalam lagi dan berminat
dengan permainan tradisional .

Konklusinya,semua pihak haruslah bekerjasama dalam mempopularkan permainan
tradisional agar generasi pada hari ini tidak melupakan permainan tradisional seterusnya dapat
dikekalkan di masa akan datang bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

22 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 7
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya banjir
kilat. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



Model Jawapan
Saban hari, kita sering diwartakan dengan berita-berita yang berkaitan dengan bencana
alam seperti banjir kilat, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya. Di negara kita, terdapat
beberapa kawasan yang sering dilanda banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan yang
mengalami pembangunan yang pesat. Hal ini menyebabkan kemajuan yang kita kecapi pada
hari ini sedikit tercalar akibat berlakunya bencana ini. Persoalannya, mengapa tiada pihak yang
mengambil langkah yang proaktif untuk menangani banjir kilat daripada berlaku? Sebagai
rakyat Malaysia langkah pertama yang harus diambil ialah mengetahui faktor berlakunya banjir
kilat di negara ini.

Antara faktor berlakunya banjir kilat ialah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri.
Walaupun dunia semakin maju, terdapat segelintir manusia yang masih bersikap tidak berubah
dan berfikiran matang. Hal ini berlaku kerana mereka masih berfikiran cetek dan tidak mahu
mengambil berat terhadap bencana ini. Mereka juga menganggap bahawa alam sekitar tidak
penting kerana mereka masih membuang sampah di merata-rata tempat walaupun sudah
diingatkan berkali-kali. Sampah yang dibuang pastinya akan mengalir ke sungai mahupun parit
dan menyebabkan sistem perparitan tersumbat. Selain itu, sistem perparitan yang dibina terlalu
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

23 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

kecil dan sempit menyebabkan jumlah air yang banyak melimpah keluar daripada parit
mengakibatkan berlakunya banjir kilat. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar
besar seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sikap sambil lewa
masyarakat menyebabkan banjir kilat berlaku.

Di samping itu, sikap pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab dan
mementingkan diri juga menjadi faktor berlakunya banjir kilat. Hal ini kerana, mereka hanya
melakukan kerja sambil lewa dan hanya ingin mengaut keuntungan daripada projek-projek yang
dilakukan sehingga mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan
kurang memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas
sesuatu projek siap dijalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa
binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu,
pemaju tidak seharusnya bersikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-
masing.

Seterusnya, pihak berkuasa yang suka bersikap lepas tangan ketika melakukan
tanggungjawab yang diamanahkan juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan bencana ini
berlaku. Hal ini demikian, pihak berkuasa langsung tidak mengambil tindakan terhadap
peneroka yang telah meneroka tanah baharu untuk melakukan pembangunan yang boleh
menyebabkan tiada lagi kawasan tadahan hujan. Pihak berkuasa juga kurang melakukan
tinjauan terhadap kawasan yang sering terjadinya banjir kilat. Oleh itu, pihak berkuasa
seharusnya mengadakan tinjauan dan melakukan kerja membaik pulih sistem perparitan dan
usaha ini haruslah ditunaikan bukannya hanya berkata-kata tanpa dilaksanakan ibarat
menanam tebu di tepi bibir sahaja.

Natijahnya, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani bencana ini
daripada berlaku. Kita haruslah mengambil iktibar daripada peristiwa banjir kilat yang berlaku di
negara kita sebelum ini. Hakikatnya, bencana ini berpunca daripada sikap manusia. Janganlah
kita diibaratkan seperti peribahasa sudah terhantuk baru tengadah. Sesungguhnya bencana
alam memberi banyak impak kepada masyarakat mahupun negara.




MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

24 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 8
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri generasi berwawasan
yang dapat merealisasikan Wawasan 2020. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.


Model Jawapan

Generasi berwawasan merupakan modal insan yang penting bagi sesebuah negara
dalam memacu kejayaan. Sebagai negara membangun, Malaysia memerlukan generasi
berwawasan dalam merealisasikan matlamat negara kita iaitu Wawasan 2020. Namun, harapan
mantan Perdana Menteri kita yang ke-4 ini tidak akan dapat dicapai sekiranya negara tidak
mampu melahirkan generasi berwawasan yang mempunyai ciri-ciri dikehendaki. Apakah ciri-ciri
generasi yang dimaksudkan?

Salah satu ciri penting generasi yang berwawasan ialah mempunyai semangat patriotik
yang menebal dalam diri. Dalam hal ini, generasi ini mestilah mempunyai rasa cinta yang
mendalam terhadap negara dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan negara.
Hal ini termasuklah membantu negara merealisasikan aspek-aspek yang terdapat di dalam
Wawasan 2020. Jika rakyat Malaysia khususnya generasi muda mempunyai semangat
sebegini secara tidak langsung memberi impak yang positif dalam pembangunan negara pada
masa akan datang kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

25 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Selain itu, golongan ini juga perlulah menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu
pengetahuan, bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Ilmu yang
diperoleh hendaklah dipraktikkan supaya tidak menjadi sia-sia sahaja. Rentetan itu, generasi
muda juga hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat bersaing secara sihat
antara satu sama lain. Hal ini merupakan satu amalan yang baik kerana selain dapat
meningkatkan mutu prestasi kerja individu,amalan ini juga dapat mengeratkan silaturahim
sesama manusia walaupun berlainan kaum.

Di samping itu, individu yang berwawasan sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain. Persaingan yang sihat
dapat melahirkan individu yang mempunyai iltizam yang tinggi. Dalam hal ini, setiap individu
perlulah berani melakukan perubahan sikap dan minda agar lebih terbuka dan berdaya saing.
Individu yang berwawasan juga sentiasa berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif dalam
melakukan sesuatu perkara. Inovatif membawa maksud mencipta sesuatu yang baik untuk
kepentingan diri dan masyarakat. Jika generasi kita tidak memiliki ciri-ciri ini, negara kita akan
mundur dan tidak ada peluang untuk bersaing dengan negara lain.

Konklusinya, untuk menjadi generasi yang berwawasan kita seharusnya memiliki
ciri-ciri yang tertentu bagi merealisasikan matlamat kita. Sebenarnya, generasi yang
berwawasan juga menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang
menjadi agenda utama negara kita. Oleh itu, generasi kini perlulah melakukan anjakan
paradigma supaya dapat memajukan diri, bangsa,agama, dan negara seterusnya dapat
mencapai hasrat negara kita iaitu generasi muda pelapis dan peneraju wawasan.











MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

26 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 9.
Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif alat
komunikasi moden. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.



Model Jawapan.

Dari segi perkembangan sistem komunikasi, teknologi telefon bimbit telah maju pesat
sejak awal 1990-an. Hampir semua individu, tidak kira tua atau muda, memiliki sebuah telefon
bimbit atau lebih. Dewasa ini, masyarakat banyak bergantung kepada pelbagai jenis teknologi
untuk memudahkan penyelenggaraan sistem pengangkutan, pekerjaan dan perhubungan. Tun
Perak, Bendahara kesultanan Melayu Melaka ada mengatakan Janganlah kita mudah tertipu
oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya. Persoalannya, adakah
kita sedar akan keburukan yang akan memberikan impak memudaratkan kesihatan, peribadi
dan pemikiran seseorang?. Oleh yang demikian, kita mestilah mempunyai pengetahuan yang
luas tentang kesan sampingan alat komunikasi moden.

Antara natijah daripada penggunaan alat komunikasi moden ialah membawa keburukan
kepada kesihatan individu. Hal ini berlaku kerana sebahagian alat komunikasi mengeluarkan
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

27 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

frekuensi radio (RF) yang memudaratkan kesihatan. Gelombang radio boleh mengakibatkan
ketumbuhan di bahagian otak dan telinga. Buktinya, pada tahun 2007 sebuah institusi
penyelidikan di Sweden telah mendapati wujudnya risiko tumor telinga empat kali ganda dalam
kalangan individu yang menggunakan telefon selular lebih daripada 10 tahun. Kesimpulannya,
komunikasi moden boleh membahayakan kesihatan jika menggunakannya secara berlebihan.

Manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian. Tanpa hiburan kehidupan
manusia akan menjadi bosan, akan tetapi hiburan yang melampau boleh membawa kepada
kemudaratan. Alat komunikasi moden menggalakkan budaya hiburan dalam kalangan individu.
Alat komunikasi moden membolehkan seseorang mengakses saluran-saluran hiburan tanpa
mengira masa melalui syarikat penyiran seperti Astro. Akibatnya seseorang akan lalai dalam
dunia hiburan dan alpa terhadap urusan seharian.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, realitinya memang tidak dapat
dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan sillaturahim dan ukhuwah
melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau khidmat pesanan multimedia (MMS), akan tetapi
perkhidmatan sebegini menelan wang dan tenaga yang banyak. Hal ini kerana syarikat
telekomunikasi mengenakan caj yang tertentu kepada pihak pengguna apabila menggunakan
perkhidmatan mereka, contohnya, ada pelajar yang sanggup mengikat perut semata-mata
untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu ada pelajar yang
sangup menipu ibu bapa untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Kesimpulannya, remaja
perlu berjimat dalam perbelanjaan mereka bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis.

Kemajuan alat komunikasi moden membolehkan individu berkongsi maklumat dengan
individu lain akan tetapi kemudahan boleh disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat yang
berbaur lucah seperti pornografi. Hal ini boleh mengakibatkan penularan gejala sosial dalam
kalangan remaja. Akibatnya gejala tidak baik seperti seks bebas dan pembuangan bayi akan
berleluasa, bak kata pepatah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Akhir sekali, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan masalah kepada keputusan
akademik pelajar. Hal ini disebabkan, obsesi pelajar terhadap komunikasi moden. Buktinya
banyak masa pelajar dihabiskan dengan menghadap skrin komputer mereka dan banyak kerja
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

28 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

rumah mereka tertangguh. Akibatnya pelajar tidak dapat memahami semua mata pelajaran dan
kehilangan fokus dalam sesi pembelajaran di sekolah.

Konklusinya, penggunaan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung
kepada niat penggunanya. Kecanggihan teknologi ini pada asasnya dicipta demi kemaslahatan
manusia. Namun begitu sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi
maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia.

Soalan 10.

Carta di bawah menunjukkan sebahagian daripada kebaikan laman sosial seperti blog,
Facebook dan Twitter. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan laman sosial. Panjang
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.






MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

29 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Model Jawapan.

Anda gemar melayari internet dan menyertai laman sosial? Tahukah anda bahawa
laman sosial tidak hanya sekadar untuk bersosial dengan kawan-kawan sahaja? Sejak akhir-
akhir ini , fenomena laman sosial begitu menular sekali dalam kalangan masyarakat. Rata-rata
masyarakat kini memilliki laman sosial tidak kira batas usia. Kemunculannya bagai cendawan
tumbuh selepas hujan telah memberikan impak yang sangat mendalam kepada kehidupan
masyarakat. Masyarakat tidak lepas daripada merasakan bahang laman sosial ini dengan
capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan dalam atau luar negara
misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia. Penggunaan laman sosial ini hampir
menggantikan kaedah berhubung dengan menggunakan telefon bimbit. Persoalannya apakah
kebaikan yang diberikan dalam laman sosial terhadap penggunanya?

Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dari laman sosial jika kita pandai menggunakan
kelebihan yang ada bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air. Melalui laman
sosial kita dapat menambah kenalan bukan sahaja dari negeri yang berbeza bahkan dari serata
dunia. Kita dapat bertukar-tukar pengalaman hidup dan cerita yang menarik serta berkongsi
minat dengan kenalan tersebut. Janganlah kita menjadi kera sumbang kerana hal itu tidak
menberikan kebaikan kepada kita. Melalui laman sosial ini, kita dapat mengenali rakan dengan
lebih rapat bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

Selain itu, kita dapat berkongsi maklumat dan pendapat melalui laman sosial tersebut.
Namun, kita haruslah bijak mencari kawan yang sesuai agar kita dapat berkongsi maklumat,
idea, isu dan dapat berbahas bersama mereka. Hal ini dapat membantu kita dalam bidang
akademik mahupun dalam kehidupan seharian seperti berkongsi nota-nota ringkas mengenai
pelajaran di sekolah atau petua-petua dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik.
Malah kita boleh bertukar-tukar kertas soalan ujian dan peperiksaan di seluruh negara.

Seterusnya, kita juga dapat mempromosikan bakat yang terdapat dalam diri kita.
Antaranya dengan menghasilkan karya kreatif seperti penulisan dalam blog ataupun memuat
naik hasil bakat kita untuk dikongsikan dengan pengguna laman sosial yang lain. Sekiranya
terdapat penerbit yang ingin menerbitkan karya kreatif tersebut pastinya kita akan menjadi
orang yang paling gembira. Pepatah menyatakan bahawa tuah ayam nampak di kaki, tuah
manusia siapa yang tahu. Contohnya artis Malaysia iaitu Yuna telah dikenal bakat nyanyiannya
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

30 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

melalui You Tube dan akhirnya sekarang beliau telah memperkembangkan bakatnya
sehingga ke Amerika. Secara tidak langsung, beliau telah memperkenalkan Malaysia di
persada dunia.

Melalui laman sosial , peniaga dapat mempromosikan produk mereka dengan lebih
meluas. Segala urus niaga dapat berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Justeru, peniaga
dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak kerana penjual tidak perlu menyewa kedai dan
membayar upah pekerja. Urus niaga boleh dijalankan dengan mudah kerana urus niaga hanya
memerlukan komputer dan jalur lebar untuk beroperasi, tanpa perlu mengeluarkan kos minyak
dan tanpa membuang masa yang banyak. Urusan ini boleh berlangsung dalam keadaan yang
kondusif kerana pembeli hanya perlu memesannya melalui laman sosial sahaja. Urus niaga
juga boleh dijalankan bila-bila masa, tidak kira siang atau malam. Namun, pembeli cuma perlu
ada kad kredit untuk urus niaga tersebut.

Kesimpulannya, pengguna laman sosial seharusnya menggunakan laman tersebut
dengan baik agar tidak menimbulkan pengaruh negatif kepada diri mereka. Ini kerana, terdapat
pelbagai unsur negatif dalam laman sosial yang tidak dapat dielakkan. Jadikan laman sosial ini
sebagai batu loncatan untuk memulakan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita. Oleh itu,
semua pihak hendaklah bijak menggunakan laman sosial ke jalan yang betul.






















MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

31 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 11

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan positif alat
komunikasi moden. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.




Model Jawapan

Istilah komunikasi moden dapat ditakrifkan sebagai jaringan telekomunikasi yang
menghubungkan dunia sejagat tanpa batasan. Lazimnya jenis-jenis komunikasi moden
termasuk komputer, internet, telefon bimbit dan pelbagai alat multimedia. Tidak dapat
disangkalkan bahawa komunikasi moden telah menjadi sinonim bagi semua manusia pada
zaman muasir, lebih-lebih lagi sejak bermulanya millennium baru. Justeru, kerajaan
menggalakkan masyarakat menguasai kemahiran komputer yang bertujuan untuk membentuk
masyarakat sakinah yang berpaksikan komunikasi moden. Penguasaan bidang ini dapat
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

32 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

memartabatkan negara kita di mata dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara yang berada di puncak kemakmuran di persada antarabangsa. Sejajar dengan
itu, pendidikan komputer perlu diaplikasikan di segenap lapisan masyarakat membangun dari
aspek sosial, ekonomi dan politik. Konklusinya, banyak kesan positif alat komunikasi moden
kepada masyarakat dan juga negara.

Dalam masa yang relatif ini, kita telah pun memasuki alaf baru. Era ini pastinya sarat
dengan realiti baru yang pantas berubah dan berkembang yang perlu kita depani. Marcapada
ini, masyarakat lebih gemar menggunakan komunikasi moden untuk urusan perniagaan.
Mereka gemar menggunakan kemudahan internet untuk membuat urusan pembayaran bil
secara atas talian. Contohnya, pembayaran bil yang pelbagai seperti bil elektrik dan bil air, kini
boleh dibayar melalui kemudahan yang disediakan di internet seperti pembayaran di Postonline,
Maybank2u.com, dan lain-lain bank yang menyediakan kemudahan atas talian. Selain itu, kita
juga kita juga boleh memanfaatkan kemudahan internet ini untuk melakukan urusan dunia maya
tanpa sempadan. Contohnya, kita boleh menempah tiket penerbangan di internet tanpa perlu
pergi ke lapangan terbang untuk membuat tempahan. Selain itu, khidmat penghantaran
makanan seperti Pizza Hut juga merupakan salah satu hasil daripada penggunaan komunikasi
moden ini. Mereka mendapat pesanan melalui orang ramai yang memesan melalui panggilan
telefon dan secara atas talian. Hal ini demikian kerana, orang ramai dapat mejimatkan masa,
kerana masa itu adalah emas. Justeru, kemudahan yang seperti ini harus di manfaatkan
dengan sebaik mungkin.

Impak positif penggunaan alat komunikasi moden yang sangat ketara dalam masyarakat
ialah, mereka dapat memudahkan kerja serta aktiviti seharian mereka. Alat komunikasi yang
sejajar dengan era globalisasi ini telah memudahkan ramai pihak seperti guru, kerani, pegawai
bank dan polis, dan juga kepada murid sekolah untuk memudahkan kerja mereka. Hal ini
demikian kerana, alat komunikasi ini dapat memudahkan ramai pekerja untuk melakukan aktiviti
seharian mereka di pejabat. Mereka akan mudah mengakses fail-fail yang penting dan
mendapatkan maklumat dan sumber melalui internet dengan sekelip mata. Orang tua-tua
pernah berkata, alah bisa tegal biasa. Hal ini boleh diumpamakan sebagai kita yang dapat
melakukan tugas yang sukar menjadi mudah dengan adanya alat komunikasi moden ini.
Dengan adanya teknologi ini, para pekerja tidak perlu bersusah payah untuk mencari dan
membuka fail yang tebal sekiranya diminta untuk dibuat rujukan kelak. Dengan itu, kita boleh
memudahkan pekerjaan seharian kita sekaligus dapat menjimatkan serta memulihara alam
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

33 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

sekitar dengan meminimumkan penggunaan kertas dalam sesuatu lembaran kerja. Hal ini
bersesuain dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Intihanya, alat komunikasi moden
ini sememangnya dapat membantu masyarakat untuk memudahkan kerja seharian mereka.


Kemajuan alat komunikasi moden ini turut membangunakan bidang kesihatan dan
perubatan negara melalui penggunaan komputer dan internet. Dengan kemudahan serta alat-
alat yang moden dan sofistikated, pakar-pakar perubatan dalam negeri dan luar negeri kini
boleh bersidang menerusi laman web tele-perubatan. Melalui video-conference perbincangan
tentang kaedah rawatan cara pencegahan terkini dapat dilangsungkan secara terus. Oleh itu,
para pakar perubatan kini tidak perlu lagi menghabiskan masa bebolak-balik atau tergesa-gesa
ke luar negeri semata-mata untuk menghadiri persidangan tersebut. Dengan hanya menekan
kekunci, mereka boleh bermusyawarah secara langsung. Kegunaan internet yang komprehensif
serta tidak terbatas ini juga dapat memudahkan kerja-kerja penyelidikan. Hal ini bermakna
maklumat tentang perubatan yang terkini dapat diperoleh menerusinya dan hal ini telah
memberi manfaat kepada golongan penyelidik untuk menjalankan penyelidikan secara lebih
mendalam dan terperinci melalui internet. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kemajuan bidang
kesihatan dan perubatan negara standing dengan negara-negara maju lain yang telah lama
mendahului kita dalam lapangan tersebut sebagai impak kepada penguasaan teknologi
maklumat negara kiat. Sebagai menggulung, pembangunan pesat dalam bidang kesihatan dan
perubatan negara dalam mempraktikkan teknologi maklumat perlu dikekalkan momentumnya
agar kita terus hebat dan maju.

Izharnya, , alat komunikasi moden membawa pelbagai kesan positif kepada masyarakat,
namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda
negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan
teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil
langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan
teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan
membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju
dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.
Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan
ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka
hartanya semakin berkurang.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

34 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 12

Rajah di bawah ini berkaitan dengan kemalangan jalan raya. Huraikan pendapat anda tentang
kesan-kesan kemalangan jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.


Model Jawapan

Cogan kata yang berbunyi Jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut sudah
cukup mengingatkan kita agar lebih berhati-hati semasa berada di jalan raya. Belakangan ini
kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Hal ini disebabkan
terdapat segelintir pengguna jalan raya yang semakin alpa ketika memandu di jalan raya.
Kebanyakan mangsa yang sering muncul di rubrik-rubrik akhbar ialah golongan remaja yang
melibatkan kemalangan motosikal. Sebagai contoh, perlumbaan haram dalam kalangan
golongan muda boleh mendatangkan maut. Kemalangan jalan raya yang berlaku telah
menyebabkan impak yang besar kepada diri yang merugikan semua pihak. Persoalannya,
apakah kesan-kesan kemalangan jalan raya kepada semua pihak?

Macapada ini, padah yang paling ngeri apabila terjadinya kemalangan jalan raya ialah
kehilangan nyawa. Pengguna jalan raya yang leka semasa memandu dan pongah
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

35 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

menunjukkan mereka tidak mengambil berat terhadap keselamatan diri dan orang lain sehingga
berani memandu kenderaan dengan kelajuan melebihi had laju demi kepentingan sendiri. Hal
ini boleh memberi kesan kepada orang tersayang yang turut mengalami kecederaan parah
malah boleh menyebabkan kematian. Situasi ini boleh dikaitkan bagai buntal kembung yang
tidak mempedulikan peraturan jalan raya. Sebagai contoh pemandu melanggar lampu isyarat di
persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan yang dilarang. Hal ini jelas bahawa
pengguna jalan raya harus bertimbang rasa terhadap pengguna yang lain agar keselamatan diri
lebih terjamin.

Kemalangan jalan raya menyebabkan mangsa mengalami kecacatan yang serius. Hal
ini terjadi apabila pengguna jalan raya tidak memakai peralatan atau kelengkapan keselamatan
kerana menganggap tali keselamatan mengganggu keselesaan mereka di dalam kenderaan.
Sealin itu, masyarakat kini terutamanya golongan remaja sering mengatakan bahawa
perjalanan yang dekat tidak perlu memakai topi keledar. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran
mereka langsung tidak rasional serta keanak-anakan sedangkan memakai peralatan
keselamatan mencegah daripada kecederaan yang kurang teruk. Orang tua-tua pernah berkata
sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna apabila tidak memikirkan keselamatan
di jalan raya .

Peristiwa hitam yang sering menghantui mangsa mampu menyebabkan gangguan
emosi yang kritikal dalam diri mereka. Sebagai contoh, perasaan trauma apabila menaiki dan
memandu kereta dan lebih teruk lagi takut untuk melintas jalan raya. Perkara ini kian berlaku
kepada kanak-kanak serta golongan remaja halaini dapat dibuktikan melalui kes-kes yang
terpapar pada akhbar yang menunjukkan majoriti mangsa kanak-kanak dan golongan remaja
mengalami gangguan emosi yang serius terutamanya kehilangan orang yang tersayang.
Mangsa yang mengalami trauma sering teringat peristiwa hitam mereka malah boleh memberi
impak kepada gangguan mental.Gangguan emosi dapat diubati, namun demikian kadang kala
mereka tidak dapat melupakannya. Intihanya, gangguan emosi dalam suatu kejadian yang
menyebabkan kecederaan parah sewajarnya tidak dipandang ringan oleh semua masyarakat.

Seterusnya, kesan yang sering memberi kerugian besar kepada semua pihak adalah
kemusnahan harta benda awam. Kejadian yang sering terjadi dalam kemusnahan berikut
biasanya yang melibatkan kes-kes kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres. Bukan sahaja
tempat perhentian bas dan pagar-pagar jambatan jalan raya juga rosak malah kedai-kedai turut
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

36 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

musnah akibat perlanggaran yang sangat kuat sehingga merempuh kedai-kedai orang lain.
Menurut kajian yang dijalankan kenderaan berat khususnya lori sering merempuh kedai-kedai
dan ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemusnahan harta benda boleh menyebabkan
kerugian semua pihak.

Tuntasnya, kemalangan jalan raya perlu dikurangkan supaya jumlah mangsa yang
meninggal dunia dan cedera dapat dikurangkan. Oleh itu, semuan pengguna jalan raya perlu
berhati-hati ketika di jalan raya dan akur dengan cogan kata pandu cermat, jiwa selamat .
Dengan cara itu diharapkan agar kemalangan jalan raya tidak menjadi penyebab utama
kematian di negara kita. Pengguna jalan raya juga hendaklah berfikir dengan bijak serta
rasional kerana setiap nyawa manusia amatlah penting kerana jangan biarkan nasi menjadi
bubur . Memandu dengan cermat merupakan suatu langkah yang selamat kerana biar lambat,
asalkan selamat kepada diri dan keluarga.

Soalan 13.
Rajah di bawah berkaitan dengan langkah menangani obesiti. Huraikan pendapat anda tentang
kaedah mengatasi obesiti dalam kalangan pelajar. Huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.




LANGKAH MENANGANI
OBESITI.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

37 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Model Jawapan.

Minda yang cerdas bermula dari tubuh yang cergas. Frasa ini jelas menunjukkan betapa
pentingnya kesihatan dalam kehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat
bernilai kepada setiap individu. Kesihatan yang baik dapat membantu kita dalam mengurus
kehidupan seharian. Tetapi hakikatnya,adakah kita menyedari tentang masalah obesiti yang
kian membimbangkan dalam kalangan pelajar masa kini. Justeru itu,kita perlulah mencari
wasilah bagi mengatasi permasalahan ini.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengambil berat mata
pelajaran pendidikan jasmani di setiap sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Pengaktifan mata pelajaran ini adalah bagi memastikan para pelajar tidak terlepas daripada
melakukan aktiviti-aktiviti kesihatan. Hal ini dapat kita perhatikan, seperti saranan Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu penglibatan pelajar dalam 1 Murid 1 Sukan yang menunjukkan
keprihatinan kementerian dalam menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan
kokurikulum. Hal ini juga menunjukkan akan kepentingan kesihatan bagi setiap individu dalam
melayari bahtera kehidupan mereka seharian.

Selain itu,larangan penjualan makanan ringan di kantin sekolah juga merupakan antara
inisiatif yang boleh digunakan bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan pelajar. Pelajar
akan lebih cenderung untuk membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat,
sekiranya penjualan makanan ringan ini tidak dititikberatkan oleh semua pihak. Menurut kajian
saintifik, makanan ringan mengandungi bahan kimia yang tidak baik untuk otak dan secara
tidak langsung boleh melemahkan daya ingatan individu yang mengambil makanan ringan
dalam kuantiti yang banyak. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian seorang Dekan universiti di
Thailand yang mengkaji mengenai pengambilan makanan ringan oleh seorang pelajarnya yang
cemerlang telah menyebabkan keputusan ujiannya merosot pada setiap ujian yang dijalankan.
Oleh itu, pengambilan makanan ringan perlulah dielakkan oleh setiap individu bagi
menghindarkan impak negatif yang tidak sepatutnya. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih
baik daripada merawat.

Kempen secara besar-besaran juga boleh diadakan bagi menyedarkan pelajar akan peri
pentingnya menjaga kesihatan diri. Dengan itu,kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar akan
menyebabkan mereka mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah kesihatan seperti
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

38 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

obesiti, anoreksia nervosa dan sebagainya. Pihak yang menganjurkan kempen bolehlah
merangka aktiviti yang menarik dan mudah dilakukan tetapi memberikan kesan yang amat
mendalam kepada pelajar. Pihak tersebut juga bolehlah mencadangkan aktiviti kepada pelajar
bagi diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Intihanya, kesihatan merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita sebagai
seorang manusia. Tanpa kesihatan yang baik adalah mustahil kita dapat menyelesaikan
sesuatu tugasan dengan baik. Kesihatan perlulah dijaga bagai menatang minyak yang penuh
kerana ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Tidak ada satu pun benda di
dunia ini yang dapat menandingi nikmat kesihatan pemberian Allah. Justeru, kita boleh
menjadikan mafhum sepotong hadis yang menyatakan bahawa kehidupan ini ibarat sebatang
tubuh,jika sakit salah satunya maka seluruh tubuh akan merasa sakit. Hadis ini menerangkan
kepentingan kesihatan dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan maka tempanglah sesebuah
kehidupan. Oleh itu,jagalah kesihatan diri kerana merupakan tunggak kepada sesebuah
kehidupan.



















MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

39 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 14

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kepentingan seni pertahanan
diri. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Model Jawapan

Seni pertahanan diri sudah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi. Sebagai contoh,
seni silat yang merupakan warisan seni pertahanan diri amat sinonim dengan kehidupan orang
Melayu. Antara seni pertahanan diri yang turut mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
ialah wushu, judo, dan taekwando. Namun mutakhir ini, masyarakat tidak cakna akan
kepentingan seni pertahanan diri walhal seni ini penyumbang kepada kelangsungan hidup yang
sihat lebih-lebih lagi pada era modenisasi kini.

Kehidupan yang sihat bukan sahaja daripada pemakanan tetapi juga daripada aktiviti
riadah. Seni pertahanan diri adalah antara aktiviti yang boleh dijalankan demi melestarikan
kehidupan yang sihat. Kesihatan amat diperlukan oleh setiap individu bagi membantu menjalani
kehidupan seharian secara sihat dan sejahtera. Individu tersebut boleh menyertai kelas seni
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

40 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

pertahanan diri yang diadakan oleh badan-badan tertentu. Kelas seni pertahanan diri ini, bukan
hanya menekankan aspek kemahiran seni pertahanan diri, akan tetapi ia turut membantu
menyuburkan tumbesaran sekali gus menyihatkan tubuh badan. Pada masa kini, seni
pertahanan diri dijadikan sebagai sumber alternatif untuk mengubati penyakit yang tidak dapat
diubati menerusi perubatan moden. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa seni
pertahanan diri merupakan aktiviti serampang dua mata iaitu bukan setakat mempelajari seni
pertahanan diri bahkan dapat menyihatkan tubuh badan.

Masa lapang adalah masa terluang yang perlu diisi oleh individu dengan aktiviti-aktiviti
yang berfaedah. Sekiranya masa lapang diisi dengan akiviti yang tidak berfaedah, ia boleh
menjerumuskan individu ke dalam kancah sosial. Contohnya, gejala lepak boleh mendorong
remaja untuk berdua-duaan sekali gus menyebabkan peningkatan peratusan gejala buang bayi
akibat aktiviti masa lapang yang tidak berfaedah. Demi mengelakkan masalah ini terus
berleluasa, kerajaan haruslah mengambil inisiatif yang lebih proaktif seperti memperluaskan
amalan seni pertahanan diri dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, seni pertahanan diri mampu melindungi diri seseorang individu daripada
sebarang ancaman. Kini terdapat pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan
seseorang terutamanya ketika mereka bersendirian bak kata peribahasa Melayu malang itu
berbau. Seandainya, seni pertahanan diri telah dipelajari oleh seseorang, mereka dapat
menggunakannya ketika mereka diganggu oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana
mereka sudah menyediakan payung sebelum hujan. Pendek kata, seni pertahanan diri mampu
melindungi mereka.

Sebagai rumusannya, terdapat seribu satu kebaikan seni pertahanan diri. Justeru,
semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mempelajari seni warisan
ini supaya ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sesungguhnya, seni ini selain mampu
mengangkat martabat negara di persada antarabangsa malah ia juga berpotensi menjadi
produk pelancongan negara Malaysia.





MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

41 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 15

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk
membantu golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ). Panjang huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.





MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

42 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Model Jawapan

Dalam meniti kehidupan marcapada ini , tidak semua golongan manusia dilahirkan
secara normal , seperti golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ) yang dilahirkan tidak sempurna
sifatnya. Mereka memerlukan bimbingan dan bantuan daripada keluarga , masyarakat , dan
kerajaan . Kita tidak boleh menyisihkan mereka hanya kerana kondisi sifat fizikal mereka yang
tidak sempurna . Oleh itu , golongan ini seharusnya diberikan bantuan yang sewajarnya agar
mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan manusia yang normal.

Salah satu langkah untuk membantu golongan ini ialah dengan mewujudkan peluang
pekerjaan kepada mereka. Tidak kiralah sama ada pihak kerajaan mahupun pihak swasta
mestilah memberikan peluang yang sama rata untuk golongan OKU. Pada hari ini telah banyak
golongan ini yang mencapai tahap yang tinggi dalam bidang akademik. Namun sikap majikan
yang pesimis terhadap golongan ini telah menyebabkan golongan ini menjadi mangsa
diskriminasi lalu mereka terus terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara. Oleh
itu, layanan sama rata kepada golongan OKU dalam merebut peluang pekerjaan akan
membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka agar tidak menjadi kelompok yang meminta-
minta.

Selain itu, kerajaan telah mewujudkan institusi latihan kemahiran bertujuan untuk
memberikan kemahiran dan persediaan bagi golongan ini menghadapi realiti kehidupan yang
serba mencabar . Contohnya sekolah-sekolah pendidikan khas , institusi kemahiran dan
sebagainya yang mengajar mereka pelbagai kemahiran seperti cara menganyam dan melukis
batik. Selain itu, kewujudan institusi latihan sebegini memberikan nilai tambah kepada golongan
ini agar tidak dianggap sebagai anggota masyarakat yang tidak produktif dan tidak memberikan
apa-apa sumbangan kepada pembangunan negara. Tegasnya, dengan kemahiran yang
dimiliki, sekurang-kurangnya mereka mampu berdikari dan menjana pendapatan untuk diri dan
keluarga.

Di samping itu , penyediaan prasarana sesuai di tempat awam juga merupakan langkah
membantu golongan OKU. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif supaya
golongan OKU ini boleh bergerak bebas. Dalam konteks ini, SIRIM telah merangka kod amalan
akses bagi OKU ke bangunan awam. Pada hari ini misalnya, telah tersedia kemudahan tandas
untuk OKU dan laluan pejalan kaki khas bagi golongan yang cacat penglihatan . Selain itu ,
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

43 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

syarikat pengangkutan awam juga telah menyediakan tambang konsesi kepada golongan ini
seperti Syarikat Penerbangan Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Bas
Transnasional. Tuntasnya, infrastruktur untuk OKU melambangkan keprihatinan kita kepada
mereka sebagai sebahagian daripada komuniti di negara ini.

Konklusinya , kita hendaklah membantu golongan OKU kerana mereka juga ingin
menikmati kehidupan seperti manusia normal yang lain. Diharapkan lebih ramai lagi yang
sanggup menghulurkan bantuan walaupun sedikit buat golongan OKU ini di samping sokongan
moral yang tinggi kepada mereka .

Soalan 16

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk
menentukan kecemerlangan masa depan anak-anak. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.





MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

44 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Model Jawapan
Dasawarsa ini,pembangunan negara semakin pesat dan anak-anak muda kini semakin
sukar untuk mendapat tempat dalam arena kerjaya pada masa hadapan. Hal ini kerana,
perlunya ada pihak yang berperanan dalam menentukan kecemerlangan anak-anak tidak
musnah. Pihak yang berperanan itu ialah ibu bapa kita sendiri. Persoalannya apakah
sebenarnya peranan ibu bapa dalam menjamin kecermelangan anak-anak.

Antara peranan ibu bapa untuk menentukan kecemerlangan masa depan anak-anak
ialah dengan menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak menjadi
anak yang berjasa terhadap keluarga, agama, masyarakat dan negara. Sebagai contoh, ibu
bapa perlu menunjukkan sikap yang berhemah dengan membuang sampah di dalam tong
sampah. Jelaslah di sini bahawa peranan ibu bapa dalam mempamerkan nilai-nilai murni yang
baik amat penting bagi menjamin kecemerlangan anak-anak.

Pada waktu yang sama, didikan agama perlu ditanam sejak awal dalam diri anak-anak
supaya mereka tahu batas-batas dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, anak-anak yang
mempunyai tingkah laku delinkuen perlu diambil serius supaya mereka tidak terjebak dengan
gejala sosial yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Walakin begitu, para ibu bapa
bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka hal-hal keagamaan di rumah mereka sendiri
selain menghantar mereka ke kelas-kelas tambahan yang menyediakan pendidikan keagamaan
contohnya kelas Fardhu Ain. Intihanya, didikan yang telah diutarakan oleh ibu bapa perlu
dilekatkan di dalam diri anak-anak.

Di samping itu, salah satu faktor kecemerlangan masa depan anak-anak juga ialah
kesanggupan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini penting kerana,
anak-anak dapat meluahkan masalah yang dihadapi oleh mereka dan pada masa yang sama
dapat menyelesaikannya. Contohnya pada setiap hujung minggu, semua ahli keluarga dapat
berkumpul dan berbincang serta menyelesaikan sedikit demi sedikit masalah yang dihadapi
oleh ahli keluarga khususnya anak-anak. Hal ini, sekali gus mampu menguatkan dan
mempererat hubungan silaturahim antara ahli keluarga.

Seterusnya ibu bapa haruslah menyediakan peluang kepada anak-anak untuk
memperoleh kejayaan dalam akademik mahupun kokurikulum. Perkara ini amat penting
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

45 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

kepada anak-anak untuk memudahkan proses pembelajaran seharian. Hal ini berlaku apabila
ibu bapa menyediakan sumber maklumat seperti buku rujukan dan internet. Dengan keadaan
demikian, anak-anak akan lebih tertumpu ke arah kecemerlangan seterusnya kegemilangan
pada masa hadapan.

Sebagai penghias bicara akhir, masa depan anak-anak akan terjamin apabila ibu bapa
bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan kehidupan anak-
anak sempurna pada masa hadapan. Sesungguhnya anak-anak itu ibarat kain putih, maka
peranan ibu bapalah yang akan menentukan warna-warna pada kain tersebut. Jadi terpulanglah
kepada ibu bapa untuk bertindak, tepuk dada tanyalah selera!

Soalan 17.
Bahan grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan nilai-nilai murni dalam
kalangan masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan amalan
nilai murni disemaikan dalam jiwa setiap individu. Panjangnya huraikan antara 200 hingga
250 patah perkataan.

Model jawapan.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

46 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Pada era langit terbuka ini, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dikatakan
kian luntur. Hal ini disebabkan, oleh sikap individu yang sering memandang enteng terhadap
perkara ini. Tambahan pula, sikap individu yang mengejar fatamorgana kepentingan
peribadi ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Persoalannya, apakah
kepentingan nilai murni dalam jiwa setiap individu tanpa mengira batas usia dan benteng
bangsa serta agama?
Antara kepentingan nilai murni disemai dalam jiwa setiap individu adalah meringankan
beban dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap bekerjasama dalam kalangan masyarakat
yang dibentuk tanpa mengira umur, bangsa, dan agama menjadikan kerja yang berat menjadi
ringan lantaran wujudnya persepakatan dalam aktiviti kemasyarakatan ini. Tamsilnya, semasa
aktiviti gotong royong, ada sekumpulan orang yang membersihkan sampah sarap, membaiki
jambatan, membersihkan longkang dan kawasan semak bak kata pepatah, hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, sikap sebegini haruslah disemai dalam diri setiap
anak muda sejak dari kecil lagi persis dengan pepatah Melayu yakni, melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Tuntasnya, ibu bapa haruslah menyemai sikap bekerjasama dalam diri
anak-anak yang masih putih fitrahnya dengan warna-warni kehidupan seindah warna pelangi.
Sementalahan itu, nilai murni yang disemai dalam jiwa setiap individu juga dapat
mewujudkan masyarakat penyayang. Amalan nilai tolong-menolong terhadap orang yang
memerlukan bantuan ketika melintas jalan akan menerbitkan bibit-bibit kasih sayang dalam
kalangan ahli masyarakat iaitu yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati
yang tua.. Tambahan lagi, apabila jika kita menolong seseorang, kita akan berasa empati
terhadap kesusahan yang dialami oleh orang lain. Bersangkutan itu, kita patut mengambil
langkah sederap untuk mewujudkan sikap sebegini dalam jiwa setiap individu agar tidak timbul
sikap mementingkan diri sendiri. Tegasnya, masyarakat yang penyayang akan mewujudkan
kehidupan yang harmoni.
Seterusnya, nilai tanggungjawab yang disemai dalam jiwa setiap individu dapat
membantu membanteras jenayah. Marcapada kini, sikap senantiasa cakna tentang hal-hal di
sekeliling kita melalui pemerhatian terhadap tindak-tanduk individu yang mencurigakan sangat
diperlukan. Melalui cara ini, kita boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk membendung
gejala sosial seperti merogol, merempit, kecurian, penagihan dadah, dan gangsterisme. Sikap
menjaga tepi kain orang yang sering merujuk kepada konotasi negatif perlu diubah menjadi
suatu paradigma yang positif demi kemasalahatan kehidupan masyarakat. Setiap ahli
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

47 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

masyarakat perlu peka terhadap sebarang perkara yang berlaku di persekitaran mereka.
Intihanya, menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk mengamalkan sikap
bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang lain dalam diri mereka.
Sebagai menggulung bicara di atas, individu disarankan agar menyemai nilai murni
dalam kehidupan seharian mereka. Jika generasi muda sudah berpaling arah kepada nilai-nilai
barat, maka, nilai ketimuran sukar untuk diterapkan dalam diri mereka bak kata pepatah walau
disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak jua. Di samping itu, usaha untuk menyemai nilai
murni perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batok
di tangga sahaja. Sesungguhnya nilai murni amat penting dalam kehidupan masyarakat.
Tanpa nilai murni maka tempanglah konsep budi bahasa budaya kita yang menjadi akar
budaya dan jati diri rakyat Malaysia.




















Soalan 18.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

48 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk remaja
mencapai kejayaan. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Model Jawapan.

Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, remaja pada era ini
juga menjadi aset penting dalam membangunkan negara selari dengan visi dan misi negara
dalam mencapai wawasan 2020. Hal ini kerana remaja merupakan generasi dan aset berharga
untuk menjulang negara ke puncak jagat pada masa hadapan. Cendekiawan Yusuf Al Qardawi
pernah mengatakan yang termahal adalah remaja bukannya kapas,minyak dan terusan
Suez,mereka adalah kekayaan masyarakat dan tabung masa depan. Maka seharusnyalah kita
memberi perhatian kepada mereka. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk remaja mencapai
kejayaan.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

49 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Antaranya ialah remaja harus mengenal pasti cita-cita sebenar agar mengetahui hala
tuju mereka berkaitan kerjaya yang akan diceburi mereka suatu hari nanti. Dengan adanya
matlamat, remaja akan mendapat panduan yang jelas tanpa terumbang-ambing mencari laluan
hidup. Oleh yang demikian,untuk merealisasikan hasrat hidup,pelbagai inisiatif harus
dipraktikkan agar impian yang diingini termakbul.Contohnya, remaja perlu tahu bidang yang
diminati mereka dan ingin diceburi agar tidak tersasar dari landasan. Sesungguhnya, cita-cita
dan matlamat yang jelas akan mendorong seseorang remaja untuk berusaha dan lebih fokus
dalam menimba ilmu di sekolah dan tidak akan mensia-siakan masanya untuk perkara yang
tidak berfaedah kerana masa itu emas.

Seterusnya,para remaja harus mempraktikkan nilai-nilai moral dalam kehidupan
seharian. Nilai berdikari,rajin, saling menghormati dan sebagainya amat penting untuk
melengkapkan pakej ciri-ciri remaja yang berjaya. Tanpa sahsiah yang baik,seseorang itu tidak
akan mampu mengecapi kejayaan. Tamsilnya, remaja yang cemerlang haruslah seimbang dari
segi intelek,emosi, jasmani dan rohani. Dengan adanya ciri-ciri ini, remaja dapat menangkis
pelbagai gejala negatif yang sering mempengaruhi kehidupan remaja marcapada ini seterusnya
akan dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan,bersahsiah mulia dan berilmu serta
mampu menerajui negara pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja, untuk mencapai kejayaan remaja harus melatih diri mereka untuk
mematuhi peraturan dan undang-undang walau di mana-mana pun mereka berada, sesuai
dengan peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Disiplin yang tinggi mampu
mencerminkan keperibadian mulia bagi seseorang remaja dan menjadi teladan kapada remaja
yang lain. Misalnya, remaja yang berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah akan dapat
melatih diri untuk menjadi warganegara yang mematuhi undang-undang negara apabila
meninggalkan bangku sekolah. Kesannya, remaja yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi
peraturan akan menjadi insan yang bertanggungjawab dan berjaya pada masa akan datang.

Konklusinya, remaja haruslah memiliki jati diri yang unggul dalam mengorak langkah
meniti jejak-jejak kejayaan. Tanpa usaha yang padu, kejayaan tidak akan diperoleh dengan
mudah kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.
Sebaliknya dengan adanya matlamat yang jitu dan kemahuan, tidak mustahil seseorang itu
akan berjaya, persis kata mutiara, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

50 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

oalan 19

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada kempen yang diusahakan oleh kerajaan.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan kempen-kempen tersebut kepada
masyarakat dan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.



Model Jawapan

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

51 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Sudah terang lagi bersuluh,semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat negara kita. Dalam menjalani kehidupan yang semakin dihimpit oleh arus
modenisasi,kempen kini semakin pudar dihati masyarakat. Definisi kempen menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka ialah segala usaha, kegiatan dan tindakan yang dirancangkan dan
dilaksanakan dengan menggunakan penerangan seperti rayuan untuk mempengaruhi pendapat
umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu matlamat. Kepentingan kempen
kini dipersoalkan. Apakah sebenarnya kepentingan kempen kepada masyarakat dan negara?
Persoalan ini seharusnya telah lama diperhalusi oleh pihak-pihak yang berwajib.

Lazimnya, kempen dilihat sebagai salah satu saluran untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat apabila timbul sesuatu masalah atau risiko. Misalnya, Kempen Keselamatan Jalan
Raya dapat membantu dalam mengurangkan statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.
Kempen ini dapat menyedarkan pengguna jalan raya bahawa keselamatan itu amat penting
semasa memandu. Slogan ingatlah orang tersayang, pandu cermat jiwa selamat, pandu ikut
peraturan,bukan ikut perasaan dan biar lambat asal selamat dapat memastikan pemandu
fokus dalam pemanduan. Melalui kempen ini, masyarakat dapat mempelajari dan
menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan keselamatan diri sendiri
dan orang lain di samping melahirkan pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang,
sabar dan bertimbang rasa.

Sejak awal lagi, kempen telah menjadi perantara kepada pihak kerajaan dengan
masyarakat dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan bagi memajukan negara. Bagi
memastikan kemajuan negara,dasar kerajaan sentiasa dikemas kini untuk kepentingan rakyat.
Oleh itu, kempen merupakan medium paling berkesan dalam menyalurkan informasi mengenai
dasar kerajaan. Sebagai contoh, dalam usaha kerajaan membasmi najis dadah, Kempen
Antidadah ini dapat memberi kefahaman kepada setiap individu akan bahaya penyalahgunaan
dadah terhadap masyarakat dan negara sejak dahulu,kini dan akan datang. Begitu juga dalam
usaha kerajaan membanteras cetak rompak.Jelaslah bahawa kempen-kempen yang diadakan
dapat merealisasikan impian negara dalam mencapai Wawasan 2020.

Tambahan pula, kempen yang diadakan dapat menambah ilmu pengetahuan
masyarakat yang masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Dalam menongkah arus
globalisasi,negara kita memerlukan masyarakat yang kaya dengan ilmu pengetahuan bagi
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

52 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan.Tamsilnya, kempen
membaca dapat menyemai sifat suka membaca sekaligus dapat meningkatkan tahap intelek
rakyat Malaysia. Memandangkan membaca itu jambatan ilmu, seharusnya budaya membaca
menjadi input kepada masyarakat tentang pelbagai isu. Justeru itu, kempen membaca dapat
mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan luas.

Konklusinya, semua permasalahan ada penyelesaian. Kempen yang dianggap telah
pudar kini perlu digilap agar sinar kepentingannya dapat dilihat oleh mata dunia. Wajarlah
dikatakan bahawa kempen sememangnya satu batu loncatan bagi mengadun satu kombinasi
yang cukup padu untuk memajukan dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, tanpa
perlaksanaan kempen yang efektif, negara mungkin sukar mencapai kegemilangan yang
diidamkan selama ini.

Soalan 20

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda langkah-langkah untuk mengawal
kenaikan harga barangan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.






Model Jawapan

Dalam menempuh era globalisasi yang semakin pesat membangun, kenaikan harga
barang bukan lagi suatu perkara yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana,
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

53 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

seluruh dunia mengalami masalah yang sama. Antara punca masalah kenaikan harga
barangan ialah sumber yang terhad, peniaga yang mengehadkan pembelian barang kepada
pengguna dan sebagainya. Seterusnya, perkara tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang
terlibat dalam masalah ini antaranya pengguna, para peniaga, dan pihak kerajaan itu sendiri.
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk mengawal kenaikan harga barang?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah
memberikan garis panduan kepada orang ramai agar bijak menghadapi situasi kenaikan harga
barang ini. Antaranya pengguna disarankan untuk berkebun di luar rumah seperti menanam
sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Hal ini demikian, sekiranya kita menanam sayur-
sayuran dan buah-buahan, ianya akan dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang
tersebut untuk kegunaan yang lain. Maka terbuktilah bahawa dengan berkebun di luar rumah
dapat membantu mengawal harga barangan.

Di samping itu, kita hendaklah berjimat cermat ketika berbelanja agar poket kita tidak
kekeringan sebelum hujung bulan, bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Hal ini dapat dilaksanakan sekiranya para pengguna merancang perbelanjaan harian mereka
dengan baik terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan lain-lain. Kita mesti memastikan bayaran asas seperti bil air, yuran persekolahan
anak, bil elektrik, dan tambang bas anak diselesaikan sebaik sahaja mendapat gaji. Jika ingin
makan di luar bersama keluarga pilihlah restoran yang sederhana kerana harga makanan di situ
agak berpatutan. Kita perlulah mengukur baju di badan sendiri agar kesejahteraan keluarga
terpelihara. Tambahan pula, sikap berjimat cermat ini merupakan amalan mulia di samping kita
dapat melaksanakan salah satu tuntutan agama.

Selain itu, kerajaan juga bertanggungjawab memainkan peranan yang penting dalam
membantu mengawal harga barangan khususnya di Malaysia. Pihak kerajaan perlulah
mengawal harga barangan yang amat diperlukan oleh rakyat tempatan seperti gula, minyak,
beras dan sebagainya. Hal ini supaya kerajaan dapat mengelakkan daripada berlakunya inflasi.
Di samping itu, hal itu juga dapat membantu para pengguna yang kurang berkemampuan untuk
membeli barang keperluan harian mereka. Misalnya, pihak kerajaan telah menyarankan
pengguna supaya membeli barangan yang berpatutan harganya. Tambahan pula, pihak
penguasa hendaklah turun padang untuk memantau harga barang runcit sekurang-kurangnya
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

54 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dua kali dalam sebulan. Pihak penguasa juga seharusnya tidak mempunyai sikap seperti
melepaskan batok di tangga dan mementingkan diri-sendiri.

Intihanya, masalah kenaikan harga barang di Malaysia merupakan masalah yang serius
dan perlu ditangani dengan segera kerana hal ini bersangkut paut dengan kehidupan seharian
kita. Langkah-langkah mengawal kenaikan harga barang akan terlaksana sekiranya semua
pihak bekerjasama dalam menangani masalah ini. Oleh itu, sebagai pengguna, kita mestilah
bijak berbelanja. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan pertimbangan akal bukannya
mengikut nafsu. Jika semua pengguna di negara ini bijak berbelanja, kita yakin kenaikan harga
barang dapat dikawal pada tahap yang munasabah.




















KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA)

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

55 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 1
Akibat keengganan belia di negara ini menceburi bidang pekerjaan tertentu , maka buruh dari
negara asing terpaksa digunakan. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan
belia di negara ini semakin meningkat .
Bincangkan punca-punca pengangguran dan kesannya.

Model Jawapan.

Sejak dulu lagi, isu pengangguran tidak pernah sunyi daripada peredaran zaman.
Fenomena wujud hampir di semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Kadar pengangguran
di Malaysia mungkin meningkat kepada enam peratus tahun ini, iaitu tahap paling tinggi dalam
tempoh 20 tahun, ekoran kelembapan ekonomi negara itu. Ramalan itu dibuat oleh pengamat
ekonomi, Encik Zainal Aznam, yang mewakili Majlis Ekonomi Nasional. Sekiranya masalah ini
tidak dibendung hingga ke akar umbi , sudah pasti senario ini akan menjadi kanser kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Golongan belia dikatakan penyumbang utama kepada
permasalahan ini. Persoalannya , apakah punca pengangguran dalam kalangan belia? Apakah
pula kesannya kepada belia , masyarakat dan negara dari aspek ekonomi dan sosial?

Kebanjiran buruh asing di negara kita merupakan antara punca peningkatan kadar
pengangguran dalam kalangan belia . Hal ini mewujudkan persaingan antara belia tempatan
dan buruh asing dalam merebut peluang pekerjaan. Tambahan pula , majikan sengaja
mendapatkan khidmat buruh asing untuk mengurangkan kos kerana sekiranya khidmat mereka
digunakan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial(PERKESO) tidak perlu dilakukan. Sikap tidak bertanggungjawab yang
menjajahi majikan tidak ubah seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan.
Tuntasnya , sikap pilih kasih majikan yang lebih mengutamakan buruh asing daripada tenaga
belia tempatan menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di negara kita.

Selain itu , pengangguran dalam kalangan belia digawatkan lagi oleh kelayakan
akademik yang rendah. Apabila seseorang majikan ingin mengambil pekerja , dia akan memilih
mengikut kelayakan dari segi kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran ICT ,
Bertitik tolak daripada kekurangan itu , belia yang kurang berkelayakan tidak mampu bersaing
dalam pasaran kerja yang semakin sengit. Oleh itu , belia perlu mempunyai persiapan mental
dan fizikal untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Intihanya, masalah pengangguran
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

56 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dalam kalangan belia berpunca daripada ketidakupayaan golongan belia memenuhi kriteria
pasaran pekerjaan yang semakin cerewet.

Di samping itu, sikap belia yang terlalu memilih pekerjaan ibarat virus kepada barah
pengangguran di Malaysia. Datuk Doktor S.Subramaniam yang merupakan Presiden MUTC
mengatakan bahawa lebih kurang 400 000 belia menganggur sehingga tahun 2010. Gaji yang
rendah dan tidak berpatutan dijadikan alasan oleh para belia untuk memilih jalan dengan tidak
bekerja. Selain itu, mereka juga tidak mahu bekerja di persekitaran yang kotor seperti dalam
sektor perladangan dan pembinaan walaupun tawaran pekerjaan dalam sektor-sektor
berkenaan masih terbuka luas. Akibatnya , negara terpaksa beralih kepada buruh asing untuk
mengisi kekosongan dalam sektor-sektor tersebut. Jelaslah bahawa, sikap memilih pekerjaan
menjadi duri dalam daging kepada permasalahan pengangguran dalam kalangan belia.

Permasalahan ini mendatangkan impak negatif kepada aspek sosial negara. Desakan
hidup akibat tidak mempunyai pekerjaan akan menyebabkan golongan belia yang menganggur
terlibat dalam pelbagai gejala sosial. Umpamanya, banyak kes rompakan, samun, dan pecah
rumah telah dilaporkan. Selain itu , keadaan tidak tenteram wujud dalam keluarga. Belia yang
merupakan penganggur dan masih bergantung kepada keluarga akan mencetuskan
pergaduhan serta pertengkaran sehingga menyebabkan perpecahan keluarga disebabkan
faktor kewangan. Di samping itu, belia yang menganggur juga mungkin menghadapi masalah
tekanan mental dan kurang keyakinan diri . Konklusinya, pengangguran menyebabkan belia
terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang negatif yang menjahanamkan masa depan mereka.

Sementelahan , aspek ekonomi turut tergugat akibat pengangguran dalam kalangan
belia. Apabila terdapat banyak tenaga belia yang menganggur , maka pengeluaran dari
beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran bagi negara akan
berkurangan. Selain itu, taraf hidup masyarakat juga akan menurun kerana terdapatnya
pengangguran. Hal ini disebabkan, taraf hidup penduduk diukur dengan menggunakan
pendapatan per kapita. Pengangguran telah menyebabkan keluaran negara kasar akan
berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Pada masa yang
sama , proses pembangunan negara akan terbantut sekali gus tidak dapat menyediakan
pelbagai infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi.Tegasnya, keutuhan
pembangunan ekonomi sesebuah negara akan terencat jika masalah pengangguran tidak
diatasi segera.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

57 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM


Kesimpulannya, belia haruslah membuat anjakan paradigma untuk melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu dan kemahiran supaya dapat memenuhi kehendak pasaran kerja.
Seterusnya, sikap terlalu memilih kerja perlu dihindari asalkan memperoleh rezeki yang halal.
Pihak majikan pula sepatutnya lebih mengutamakan belia tempatan untuk memenuhi
kekosongan kerja sebagai suatu tanggungjawab sosial untuk bersama-sama membangunkan
ekonomi negara. Belia sebagai aset utama negara hendaklah sentiasa bersiap siaga dalam
menghadapi gelombang globalisasi kerana pemuda tiang negara , pemudi harapan bangsa.

Soalan 2.
Pelbagai daya tarikan yang ada di Malaysia telah menarik kehadiran pelancong untuk datang
berkunjung.
Huraikan keistimewaan-keistimewaan Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan.

Model Jawapan.

Jauh berjalan, luas pandangan, itulah kata orang dulu-dulu. Tetapi apakah yang
sebenarnya dicari dalam setiap perjalanan itu? Ada orang suka berjalan ke luar negara kerana
mahu melihat keindahan rupa bumi negara orang. Ada pula yang gemar untuk mencuba
pelbagai makanan dan ada juga yang mahu melihat budaya dan kehidupan masyarakat
setempat. Negara Malaysia adalah antara negara di rantau ini yang diminati oleh para
pelancong sama ada pelancong dalam negara mahupun pelancong yang datang dari luar
negara. Oleh sebab itulah kedatangan pelancong dari seluruh pelosok dunia kian bertambah
dari setahun ke setahun. Ternyata industri pelancongan memberikan sumbangan yang besar
kepada perkembangan ekonomi khususnya negara Malaysia. Persoalannya, mengapakah
pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka?

Sebagai negara yang dikurniai Tuhan dengan keunikan alam semula jadi dan banyak
tempat menarik, tidak hairanlah jika Malaysia sentiasa menjadi pilihan pelancong luar negara
mahupun tempatan. Banyak tempat yang boleh disinggahi kerana Malaysia mempunyai
segala-galanya; pesisir pantai yang indah, pulau peranginan yang mempesona, tasik yang
tenang dan puncak pergunungan yang nyaman. Aktiviti menyelam di dasar laut menyerlahkan
panorama indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Aktiviti itu menghimpunkan 1001
misteri alam dengan pemandangan menarik dunia dasar laut yang cukup mengagumkan.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

58 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Negara kita memiliki pulau yang dianggap syurga menyelam dalam kalangan penyelam skuba
seantero dunia, seperti pulau di perairan Sabah iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau
Kapalai dan Pulau Mataking di Semporna. Ditambah pula dengan keadaan pantai negara ini
yang bersih dan indah juga antara faktor penarik kepada para pelancong untuk datang
berkunjung ke negara kita. Di samping mempunyai pasir yang putih dan bersih, udara di
pantainya juga sungguh nyaman, misalnya Pantai Teluk Chempedak, Pahang dan Pantai Batu
Buruk di Terengganu. Selain daripada pantai yang bersih dan pulau-pulau yang cantik, umum
juga mengetahui bahawa tarikan utama negara kita ialah Gunung Kinabalu yang terletak di
Kundasang, Sabah, yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara serta telah
diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Di samping itu, tempat yang menarik
dan bersejarah yang boleh dilawati termasuklah Kota A Famosa, Perigi Hang Tuah di Melaka,
Makam Mahsuri dan banyak lagi. Pendek kata, Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri
sebagai destinasi yang wajib dikunjungi.

Di samping itu juga, negara Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian dan
keunikan budaya masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama. Keindahan muzik lagu-
lagu rakyat, keunikan baju-baju tradisional, kelazatan makanan-makanan tradisional,
kelembutan liuk tarian tradisional setiap kaum dan kemeriahan sambutan perayaan-perayaan
setiap kaum, bangsa dan agama masyarakat Malaysia telah menggamit para pelancong dari
luar untuk datang ke Malaysia. Semestinya, para pelancong tidak akan melepaskan peluang
untuk menyaksikan dan merasai sendiri kemeriahan sambutan perayaan-perayaan yang
terdapat di Malaysia, kerana setiap kaum mempunyai cara yang tersendiri untuk menyambut
sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Pesta Keamatan,
Deepavali, Thaipusam dan banyak lagi. Rata-rata pelancong luar negara, memang suka akan
kelainan. Sesuatu yang ada di negara mereka, seperti bangunan menjulang mencecah langit
tidak menarik perhatian mereka. Sebab itulah kebudayaan kaum di negara ini sesuatu yang
istimewa dan menarik hati pelancong. Oleh sebab demikianlah, persembahan kebudayaan
tercatat dalam diari promosi melawat negara ini. Intihanya, kebudayaan merupakan aset utama
yang harus dijaga dan dikomersialkan agar dapat menjadi tatapan generasi masa akan datang
dan seterusnya menjadi keistimewaan negara Malaysia yang mampu menarik kedatangan
pelancong ke negara ini.

Selain itu, salah satu lagi keistimewaaan yang menarik pelancong ke negara Malaysia
ialah sikap masyarakat Malaysia sendiri . Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap ramah-
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

59 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

mesra dan berbudi bahasa di mata masyarakat dunia . Sikap masyarakat Malaysia yang mudah
mesra dan kaya dengan senyuman ini menyenagkan hati para pelancong lalu memudahkan
mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat Malaysia . Masyarakat Malaysia juga
mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi dari segi pertuturan , perlakuan dan cara berpakaian .
Contohnya , bersikap lemah lembut dan tidak menggunakan kata-kata yang kesat ketika
bertutur, memberi salam ketika bersua muka, saling menghormati tanpa membandingkan
antara satu sama lain dan tidak memakai pakaian yang mencolok mata . Dengan adanya sikap
ramah mesra dan budi bahasa ini , bukan sahaja dapat menambat hati para pelancong
malahan dapat memupuk keharmonian dalam negara.

Antara keistimewaan Malaysia yang lain adalah terdapatnya pelbagai kemudahan
awam. Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan lain, seperti Air Asia bersedia
untuk membawa pelancong dari mana-mana tempat di dunia ke mana-mana destinasi
pelancongan di tanah air. Jalinan lebuh raya yang baik dan kemudahan perkhidmatan rel
seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Komuter, dan Monorel pula memudahkan
pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tegasnya, sistem pengangkutan
moden yang disediakan ini merupakan keistimewaan Malaysia yang mampu memberi
keselesaan kepada para pelancong.

Ringkasnya, sebagai sebuah negara yang pesat membangun, sektor pelancongan wajar
dipergiatkan menjadi salah satu wadah untuk memperkenalkan Malaysia ke seantero dunia.
Semua tempat menarik dan pelbagai keistimewaan yang ada wajar dipromosikan supaya
negara luar tahu dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongn pilihan
mereka bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
wajar berganding bahu dengan semua pihak bagi mempromosikan negara kita.







Soalan 3.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

60 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Sungai merupakan khazanah yang perlu dijaga dan dipulihara kerana sungai bukan sahaja
penting kepada manusia tetapi juga hidupan lain yang terdapat di alam ini.
Bincangkan kepentingan-kepentingan sungai kepada masyarakat.

Model Jawapan:

Marcapada , isu mengenai sungai yang tercemar semakin banyak disiarkan di media
massa dan terpampang di rubrik- rubrik akhbar tempatan bak kata pepatah seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Isu ini menjadi buah mulut yang hangat diperkatakan dalam kalangan
masyarakat dan jika isu ini hanya dipandang enteng oleh masyarakat maka hal ini menjadi duri
dalam daging yang akan mengundang kesulitan dalam masyarakat. Oleh sebab itu, masyarakat
hendaklah sentiasa cakna dengan keadaan sungai di kawasan mereka agar kebersihan sungai
dapat dilestarikan dan tidak tercemar supaya mereka tidak menjadi orang yang sudah terhantuk
baru hendak tengadah . Musibah yang sudah berlaku tidak berbaloi untuk disesali kerana, sesal
dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna . Oleh yang demikian , masyarakat haruslah
menyedari kepentingan sungai kepada mereka agar mereka lebih menghargai sungai sebagai
suatu keperluan penting dalam kehidupan sekali gus dapat membendung masalah pencemaran
hingga ke akar umbi agar tidak terus meruncing.

Antara kepentingan sungai kepada masyarakat ialah sebagai sumber bekalan air yang
utama kerana hanya 10 peratus sahaja daripada sumber air di dunia boleh diminum. Proses
pembersihan dijalankan di loji tapisan kemudian air yang sudah diproses dialirkan melalui
saliran air paip untuk disimpan di dalam kolam sebelum disalurkan ke kilang-kilang dan rumah-
rumah kediaman. Sementelahan pula, penduduk luar bandar juga masih bergantung kepada
sungai sebagai sumber air untuk kegunaan seharian. Air yang tidak dirawat akan menimbulkan
pelbagai kerumitan. Penggunaan air yang tercemar boleh mengakibatkan penyakit berbahaya
oleh bawaan air seperti penyakit taun. Oleh sebab itu, masyarakat perlu memelihara sumber air
bersih ini daripada tercemar agar tidak mati kehausan.

Seterusnya, sungai menjadi nadi kehidupan golongan nelayan. Golongan nelayan
menjadikan sungai sebagai tempat untuk mengadu untung melalui kerja-kerja seperti
penangkapan ikan. Lebih jauh lagi, sungai juga mampu menjana sumber pendapatan baharu
kepada nelayan adanya sistem penternakan ikan dalam sangkar yang lebih sistematik dan
membawa pulangan yang lumayan. Sekali gus dapat melahirkan nelayan yang berpendapatan
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

61 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

tinggi memandangkan golongan ini sangat signifikan dengan masalah kemiskinan. Tegasnya,
orang ramai hendaklah bersama-sama memelihara kesucian sungai demi kelangsungan hidup
kaum nelayan yang bergantung hidup kepada anugerah Illahi itu.

Selain itu, sungai juga penting kepada masayarakat untuk untuk pelbagai aktiviti riadah
dan sukan air. Hal ini demikian kerana keadaan sungai yang bersih dapat dijadikan kawasan
yang selesa untuk mandi-manda pada waktu hujung minggu atau pada waktu senggang dan
aktiviti riadah yang dilakukan bukan sahaja memberi keseronokan malah mempererat
hubungan antara keluarga. Ativiti sukan seperti berkayak turut diadakan di sungai kerana
keadaan sungai lebih selamat berbanding keadaan laut yang bergelora yang mungkin
mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku bak kata pepatah malang tak berbau. Bukan
itu sahaja, terdapat juga sungai yang telah dinaik taraf menjadi kawasan pelancongan kerana
keunikan sungai tersebut. Antara sungai yang telah menjadi kawasan pelancongan yang
terkenal ialah Sungai Kinabatangan dan Sungai Padas yang terletak di negeri Sabah.
Konklusinya, sungai yang mempunyai daya tarikan pelancongan berpotensi untuk memacu
pertumbuhan ekonomi di sesebuah kawasan.

Di samping itu, sungai juga penting kepada masyarakat kerana sungai membantu dalam
menyeimbangkan ekosistem. Bagaimanakah sungai membantu menyeimbangkan ekosistem
alam? Jika diteliti, afiliasi antara sungai, flora dan fauna memang tidak boleh dipisahkan lagi.
Afiliasi ini bagai isi dengan kuku, bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh itu,
apabila sungai dicemari, dimusnahkan atau ditimbus untuk pembangunan, secara tidak
langsung flora dan fauna turut diancam kepupusan. Selain itu, sungai juga memainkan peranan
yang penting bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir. Sudah banyak bukti yang
menunjukkan bahawa kejadian banjir besar yang melanda negara sejak kebelakangan ini
berpunca daripada kerakusan manusia memanipulasikan sungai atas nama pembangunan.
Malah kejadian kemarau dan banjir besar yang melanda negara China dikatakan kesan
daripada pembinaan empangan elektrik hirdo di Sungai Yangtze. Intihanya, masyararat harus
berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk agar sungai tidak membalas dendam atas segala
kerosakan yang telah dilakukan mereka.

Intihanya, sungai membawa banyak kepentingan kepada masyarakat. Oleh yang
demikian, masyarakat hendaklah saling membahu dan mengambil langkah sederap dalam
menjaga dan melindungi sungai bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

62 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dicecah demi pelestarian sungai yang kian diancam pencemaran. Pihak berkuasa hendaklah
menghukum pihak-pihak yang tanpa segan silu pencemaran sungai agar perbuatan mereka
tidak terus menular. Hukuman ini sekali gus menjadi peringatan kepada mereka untuk tidak
mengulangi kesalahan yang sama kerana sekali jalan kena, dua kali jalan tahu. Justeru, sungai
penting dijaga bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia, flora dan fauna yang sangat
bergantung kepada sungai bagi meneruskan kitaran hidup masing-masing.

Soalan 4
Barangan buatan Malaysia semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat negara ini.
Sehubungan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Langkah-langkah
Menggalakkan Rakyat Malaysia Membeli Barangan Tempatan.
Tuliskan rencana itu selengkapnya.

Model Jawapan.

Inisiatif Dalam Menggalakkan Rakyat Malaysia Membeli Barangan Tempatan
Oleh : Mohamad Syahsharul Roslan

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Pepatah ini sering dikaitkan dengan semangat cinta akan tanah air dan taat setia kepada
negara. Sesuatu yang baik haruslah dilakukan bagi merealisasikan pepatah ini. Oleh itu, kita
harus berbangga dan sentiasa menjadi pelanggan utama kepada hasil keluaran tempatan
sekali gus menyokong perkembangan indusrti tempatan. Oleh yang demikian, beberapa strategi
dan usaha harus dilakukan bagi menjayakan matlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia
membeli barangan tempatan.

Barangan buatan Malaysia merupakan keluaran domestik sama ada secara semula jadi
seperti hasil tanaman dan barang-barang yang diproses daripada produk tempatan seperti
barang-barang makanan dan perhiasan. Sementara itu, barangan berteknologi tinggi seperti
kenderaan, barangan elektrik dan elektronik, pakaian dan permainan adalah daripada kelompok
yang lain. Malaysia kini telah menceburi bidang perindustrian moden seperti industri automobil
dan mula menghasilkan kenderaan sendiri seperti Proton, Perodua dan Modenas yang
setanding dengan keluaran negara luar dan mampu bersaing dengan negara-negara
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

63 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

perindustrian yang lebih maju. Hal ini membuktikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara membangun yang lain.

Justeru, pihak kerajaan haruslah bertindak dengan mengehadkan pengimportan
barangan daripada luar negara. Sementara itu, maklumat tentang kualiti barangan tempatan
hendaklah juga sentiasa jelas dan dapat disampaikan dengan sempurna kepada pengguna.
Oleh itu, media cetak mahupun media elektronik hendaklah memainkan peranan masing-
masing untuk mempromosikan semua produk tempatan. Setelah mendapat maklumat yang
lengkap, bergantunglah pada pengguna untuk membuat pilihan, tepuk dada, tanyalah selera.
Pada masa yang sama para pengilang pula tidak boleh berat sebelah dengan hanya menjaga
kualiti barangan yang akan dieksport dan mengabaikan kualiti barangan yang akan dijual dalam
negara. Kesimpulannya, tindakan kerajaan dengan mengehadkan pengimportan barangan luar
dan mempromosikan barangan tempatan akan dapat menggalakkan rakyat Malaysia membeli
barangan tempatan.

Para pengilang haruslah komited dalam menghasilkan barangan yang berkualiti
setanding dengan hasil barangan luar negara. Hal ini dapat membantu melariskan jualan
barangan buatan Malaysia dalam kalangan rakyat kita sendiri. Misalnya, para pengguna
Malaysia yang berkeinginan membeli sesuatu barangan akan lebih yakin tanpa ada perasaan
syubhah. Namun, banyak pengilang yang bersikap sambil lewa dalam menghasilkan sesuatu
barangan seterusnya mengakibatkan negara kita sendiri mengalami kerugian besar dalam
sektor ekonomi. Kita boleh meneladani rakyat Jepun yang cukup tinggi sentimen mereka
terhadap produk negara sendiri. Sebagai contoh, mereka sentiasa memberi keutamaan untuk
menggunakan barang-barang yang diimport dari Jepun seperti kenderaan dan pakaian apabila
berada di luar negara. Hal ini seperti yang dijelaskan dalam peribahasa tak jauh seluang
melaut, akhirnya balik ke tepi juga. Telah banyak produk tempatan yang diperakui mutunya di
pasaran antarabangsa seperti produk pakaian batik keluaran Noor Arfa Batik dan kasut
Jimmy Choo yang menjadi kegilaan ramai personaliti dan selebriti antarabangsa. Intihanya,
peningkatan mutu produk tempatan akan mewujudkan kepercayaan dalam kalangan ranyat
untuk membeli produk tempatan.

Dalam merealisasikan matlamat negara untuk memajukan pengeluaran barangan
Malaysia, pendedahan berterusan amat diperlukan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran
kepada rakyat tentang kebaikan membeli barangan keluaran tempatan. Langkah ini dapat
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

64 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dilaksanakan sekiranya wujud kerjasama antara semua pihak misalnya ibu bapa, pihak sekolah,
dan pihak kerajaan. Ibu bapa boleh memainkan peranan yang aktif dengan cara membiasakan
anak-anak untuk menggunakan barangan keluaran tempatan sejak kecil lagi, bak kata
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, pihak sekolah merupakan
tunjang utama kepada isu ini. Para pelajar hendaklah disemaikan dengan semangat
kenegaraan seperti berbangga dengan barangan buatan tanah air sendiri. Melalui pembentukan
peribadi sebegitu, maka setiap warganegara akan berasa terpanggil untuk mendokong segala
usaha negara. Tegasnya, rakyat Malaysia haruslah disedarkan agar lebih patriotik dengan
menghargai dan mengutamakan produk tempatan.

Para pemimpin masyarakat juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranannya bagi
menjayakan matlamat ini. Para pemimpin seharusnya menjadi suri teladan kepada rakyat
dengan mengutamakan jenama tempatan apabila membeli sesuatu barangan. Janganlah pula
para pemimpin bersikap seperti cakap tidak serupa bikin ibarat ketam menyuruh anaknya
berjalan betul. Tamsilannya, para pemimpin hendaklah memilih kenderaan jenama tempatan
seperti Proton sebelum menyeru rakyat membeli kenderaan tempatan. Selain itu, kempen-
kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan
bersungguh-sungguh untuk menyedarkan rakyat agar membeli barangan Malaysia. Usaha
kerajaan memperkenalkan logo Malaysia Brand bagi produk-produk tempatan merupakan
antara langkah bijak untuk mempromosikan produk tempatan ke seluruh buana. Tuntasnya,
pemimpin negara memainkan peranan penting sebagai peneraju utama untuk melaksanakan
misi mencapai visi menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan.

Deduksinya, pelbagai inisiatif seyogia diimplementasikan oleh pelbagai pihak
termasuklah menjaga kualiti barangan, mengadakan kempen promosi serta meletakkan harga
yang berpatutan untuk produk tempatan. Di samping itu, pendedahan kepada rakyat mengenai
kebaikan menggunakan barangan buatan Malaysia perlu dilaksanakan secara tuntas dan
serius. Para pengeluar juga perlu komited dalam menghasilkan barangan tempatan yang
bertaraf dunia dan pihak kerajaan perlu mengehadkan pengimportan barangan dari luar negara.
Harapan yang disandarkan agar barangan buatan Malaysia mampu bersaing dengan produk
luar negara yang sudah tersohor.
SOALAN 5

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

65 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Karya-karya sastera akan lebih diminati jika pengarang mampu memenuhi ciri-ciri sebuah karya
yang baik.
Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah karya yang baik.

Tahun 2020 kian menjelang, Malaysia kini semakin giat mencipta lakaran demi lakaran
kejayaan di peta dunia . Kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama ke angkasa
lepas dan keunggulan Malaysia menganjurkan pertandingan-pertandingan bertaraf
antarabangsa membuktikan bahawa Malaysia kini sudah mampu duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia .Namun tidak ada gunanya
kemodenan yang dikecapi negara andai karya sastera terus dipinggirkan oleh masyarakat.
Dalam hal ini, minat masyarakat terhadap karya-karya sastera perlu dipertingkatkan agar dapat
melahirkan rakyat yang maju dalam pelbagai bidang, bahkan kaya dengan nilai-nilai murni.
Oleh sebab itu, golongan karyawan memainkan peranan yang amat penting dalam
mencorakkan minda masyarakat terhadap karya sastera melalui penghasilan sebuah karya
yang menarik dan berkualiti. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah
karya yang baik?

Kekuatan tema yang ditonjolkan oleh pengarang dalam menggarap jalan cerita akan
menjadikan sebuah karya itu menarik dan bermutu. Sebagai contoh, kekuatan tema dalam
novel Kostul dapat membangkitkan kesedaran dan semangat para pembaca khususnya
golongan pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan. Sebagai bukti,
Ikram lahir dalam lingkungan keluarga yang miskin. Namun kemiskinan hidup yang dialami
oleh keluarganya tidak menjadi batu penghalang kepada Ikram untuk menggapai kejayaan.
Kegigihanya itu membuahkan hasil apabila dia mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akhirnya berjaya menjawat jawatan tinggi di
tempat kelahirannya sebagai penolong pegawai daerah.

Seterusnya, penghasilan sesebuah karya yang diklasifikasikan sebagai karya bermutu
seharusnya mampu memaparkan kepelbagaian jalan cerita yang dapat menyentuh perasaan
pembaca. Kepelbagaian jalan cerita itu tidak seharusnya hanya terikat dengan tema percintaan
semata-mata tetapi unsur patriotik dan isu-isu semasa juga boleh diterapkan dalam sesebuah
karya. Sebagai contoh, novel Restu hasil karya Ismail Kassan yang menerapkan semangat
seorang watak iaitu Ikran yang begitu cekal dan gigih mengharungi kehidupan yang mencabar
apabila terpaksa hidup dalam kepayahan kerana ibunya terpaksa berpindah ke tempat lain.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

66 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Akibatnya dia dan adiknya terhimpit kerana terpaksa bersekolah dan pada masa yang sama
mengusahakan kebun peninggalan arwah ayah mereka.

Di samping itu, jalan cerita atau perkembangan plot sesebuah karya juga perlu
menggarapkan nilai-nilai yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca. Nilai-nilai tersebut
bukan sahaja tertumpu kepada remaja malah kepada masyarakat dan juga negara. Hal ini perlu
kerana pembaca lebih gemar membaca sastera yang dapat meningkatkan semangat juang
yang tinggi dalam diri mereka dan juga masyarakat. Karya seperti ini akan dapat dihasilkan
andai penulis diberi pendedahan tentang keperluan masyarakat dan negara masa ini seperti
karya-karya yang dapat memupuk dan melahirkan kesepaduan rakyat. Hal ini amat relevan
kerana negara kita kini sering dilanda masalah yang melibatkan isu-isu yang mampu
mengganggugugat keutuhan perpadaun kaum. Jelaslah penghasilan karya yang menggarap
nilai-nilai kesedaran kepada pembaca bukan sahaja dapat menarik minat masyarakat terhadap
hasil sastera tetapi juga mampu meningkatkan semangat kesepaduan masyarakat di negara ini.

Selain penekanan aspek-aspek di atas. pemilihan diksi yang tepat juga perlu ditekankan
oleh penulis dalam penghasilan sesebuah karya sastera. Penggunaan bahasa rojak dan slanga
seperti plak dan skrang perlu dielakkan agar tidak mengelirukan pembaca seterusnya
menimbulkan rasa bosan pembaca untuk membaca karya tersebut. Tindakan ini dapat
dilaksanakan sekiranya penulis giat mengakses internet dan merujuk Kamus Dewan untuk
mencari kosa kata yang lebih sesuai dalam penulisannya. Di samping itu, kepelbagaian gaya
bahasa dalam sesebuah karya seperti hiperbola, simile, personifikasi, metafora dan paradoks.
Sebagai contoh, drama Penantian karya salah seorang penggiat sastera tanah air banyak
menggunakan gaya bahasa pertuturan sehari-hari. Dialognya pula pendek dan ringkas, sesuai
dengan latar belakang watak yang tidak berpelajaran tinggi. Selain itu, terdapat penggunaan
beberapa dialek Perak, antaranya termasuklah sembilan kupang lima duit. Pemilihan dan
penggunaan diksi ini secara tidak langsung menambahkan perbendaharaan kata dalam
kalangan masyarakat.

Di samping itu, kebijaksanaan pengarang dalam penggunaan teknik plot untuk
mempersembahkan jalan cerita sesebuah karya sastera juga dapat dijadikan kayu pengukur
bagi menentukan sama ada hasil karya tersebut berkualiti ataupun sebaliknya. Hal ini kerana
ketepatan pemilihan teknik plot seperti imbas muka, monolog, dialog, unsur suspen dan
sebagainya, dapat menarik minat pembaca untuk mengikuti perkembangan serta kesudahan
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

67 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

jalan cerita sesebuah karya. Sebagai contoh, kebijaksanaan Mohamad Kholid bin Hamzah
dalam novel Kabus di Perbukitan membuatkan pembaca seakan-akan tidak mahu terlepas
daripada mengikuti kesudahan cerita novel berkenaan. Jelaslah di sini bahawa pemilihan teknik
plot dalam sesebuah karya amat penting.

Tuntasnya, sesebuah karya yang menarik seharusnya memilih tema yang sesuai, jalan
cerita yang menarik,mengandungi nilai-nilai yang positif dan mempunyai kepelbagaian gaya
bahasa harus mendominasi hasil karya sastera agar dapat menarik minat masyarakat untuk
membaca karya-karya kesusasteraan. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini semua pihak
perlu berganding bahu agar dapat mencapai kejayaan dalam menghasilkan karya yang baik
dan menarik, bak kata pepatah Kalau tidak dipecahkan, ruyung manakan dapat sagunya.

SOALAN 6

Perkembangan pelbagai permainan moden telah menyebabkan permainan tradisional di negara
ini sudah mula dilupakan dan kurang digemari oleh generasi muda. Pada pendapat anda,
bagaimanakah permaianan tradisional ini dapat dihidupkan?

Model Jawapan

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada
pelbagai keturunan. Budaya merangkumi adat resam, tatatertib, cara berpakaian, pemakanan,
permainan dan hiburan. Permainan tradisional merupakan salah satu komponen budaya yang
diwarisi daripada nenek moyang kita. Namun begitu, dalam era globalisasi ini, permainan
tradisional sudah mula dilupakan oleh generasi baru. Ada antara permainan ini yang masa kini
tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Hal ini
terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan
sebagainya berleluasa di pasaran. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, hal ini dikhuatiri akan
menyebabkan hakisan budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Persoalannya
apakah inisiatif yang wajar dilakukan untuk menghidupkan semula permainan tradisional dalam
kalangan generasi muda?

Peribahasa ada menyebut bahawa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini jelas
menyatakan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka sejak
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

68 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

kecil lagi. Dalam konteks ini, ibu bapa haruslah memberi pendedahan awal kepada anak-anak
mereka berkenaan dengan permainan tradisional. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan medium
utama sebagai sumber maklumat kepada anak-anak sejak mereka kecil. Ibu bapa juga haruslah
sering meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka bermain pada waktu
senggang seperti bermain congkak, wau, batu seremban, dan sebagainya. Bagi mereka yang
hidup di bandar, mereka bolehlah membawa anak-anak mereka pulang ke kampung atau
bercuti di kampung agar anak-anak mereka dapat melihat dan mengalami sendiri budaya
peninggalan nenek moyang mereka. Tuntasnya, galakan ibu bapa penting dalam mengekalkan
sesuatu tradisi.

Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan
kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah digalakkan supaya
menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan
tradisional, murid-murid boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan
lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, murid akan berminat untuk melibatkan diri dalam
permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk
kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya penglibatan murid-murid secara
langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita
daripada membiarkan seni budaya ini terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Berdasarkan
komitmen pihak sekolah ini, murid-murid yang sedang berjuang dalam medan ilmu
pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional sekali gus melegakan tekanan
sebagai kegiatan riadah. Konklusinya, pendekatan yang diberikan oleh pihak sekolah sedikit
sebanyak dapat menghidupkan semula permainan tradisional dalam kalangan murid.

Di samping itu, langkah mendokumentasikan semula permainan tradisi rakyat tempatan
patut dijalankan oleh semua institusi pengajian tinggi tempatan. Kajian tersebut boleh
dimasukkan ke dalam subjek Sejarah. Semua pelajar dan mahasiswa diwajibkan mengambil
subjek tersebut sebagai salah satu subjek wajib dan syarat pengijazahan. Langkah ini
sebenarnya menjadi pengiktirafan tinggi terhadap budaya bangsa selain dapat mengekalkan
budaya dan warisan yang amat tinggi nilainya itu. Kesimpulannya, langkah ini dapat
memelihara tradisi masyarakat kita agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit
permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia
memang suka bertanding dan bersaing secara positif. Lantarannya, pihak Kementerian
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

69 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh
berganding bahu dengan pihak korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk
menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan
hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang
Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik
peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini
berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing,
selaras dengan peribahasa, sambil menyelam minum air.

Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh
untuk mengembangkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak
media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar seperti Harian
Metro, Berita Harian dan lain-lain serta pihak televisyen seperti RTM, TV3 dan ASTRO. Pihak
berkenaan perlu menyiarkan dokumentari, rencana dan iklan untuk memperkenalkan
permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak, sepak raga bulatan dan
lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan
orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara.
Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sepanjang kempen tersebut berlangsung seperti peraduan
mengarang, pameran, peraduan membuat poster dan sebagainya, bak kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta. Lantaran itu, golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut
dan berminat terhadap permainan tradisional kita.

Secara intihannya, permainan tradisional merupakan aset yang berharga kepada
negara. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah bekerjasama memainkan peranan untuk
memastikan usaha ini berjalan dengan jayanya dan tidak hanya sekadar melepaskan batok di
tangga. Harapan setinggi gunung agar permainan tradisional dimartabatkan setaraf dengan
permainan antarabangsa yang lain bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dan sekali gus dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia.


Soalan 7.

Bencana alam yang berlaku di seluruh dunia berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti
penebangan hutan, pencemaran udara dan pembuangan sisa toksik.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

70 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Bincangkan peranan negara-negara di dunia bagi menangani bencana alam.

Model Jawapan.

Dalam menempuh era globalisasi yang semakin pesat membangun, negara-negara di
dunia mengalami masalah bencana alam seperti tsunami,banjir, pencemaran dan sebagainya.
Bencana alam boleh didefinisikan sebagai satu kejadian yang menyebabkan kemusnahan
kepada bumi. Bencana alam boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun begitu,
bencana ini selalu dikaitkan dengan aktiviti manusia itu sendiri. Persoalannya, adakah negara-
negara dunia ini telah memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah bencana
alam ini? Oleh yang demikian, negara-negara ini perlu sedar akan kepentingan alam kepada
manusia dan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.

Salah satu peranan negara di dunia dalam menangani bencana alam ialah
mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara. Hal ini kerana, pembebasan karbon
dioksida yang berlebihan boleh menyebabkan pemanasan global yang membawa impak negatif
terhadap alam sekitar mahupun manusia. Oleh yang demikian, negara United Kingdom telah
melancarkan inisiatif wang dan karbon pada tahun 2006 untuk menggalakkan masyarakat
mengimbangi pelepasan karbon berkaitan dengan perjalanan udara. Mereka juga mengadakan
kerjasama dengan organisasi Climate Care, Barclays mendirikan laman web untuk produk
mereka dan dana tersebut digunakan untuk melabur dalam kecekapan tenaga, pemulihan
hutan, dan tenaga diperbaharui. Usaha negara ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat
menitikberatkan bumi hijau.

Selain itu, negara yang membangun hendaklah merancang projek pembinaan dengan
teliti agar tidak menjejaskan alam sekitar. Dalam hal ini, pihak-pihak yang ingin melakukan
sebarang pembangunan perlu bijak mencari lokasi yang kurang melibatkan penebangan dan
aktiviti yang boleh menyebabkan bencana alam. Seperti yang telah dicadangkan oleh Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Datuk Seri Azmi pada tahun 2007, pihak pemaju perumahan
haruslah mempertimbangkan manfaat persekitaran semasa merancang projek pembinaan
baharu untuk membantu negara menghadapi perubahan iklim dan pemanasan global.
Terbuktilah bahawa, negara Malaysia juga telah memainkan peranan yang penting bagi
mengelakkan bencana alam dan bukannya bersikap lepas tangan begitu sahaja.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

71 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Di samping itu, negara-negara yang sering mengalami bencana alam perlu mencari
inisiatif baharu yang berkesan bagi menangani bencana alam iaitu dengan membuat perjanjian.
Seperti yang kita sedia maklum, hutan-hutan di negara Indonesia sering dibakar yang
menyebabkan Malaysia terkena tempias jerebu hasil impak dari pembakaran tersebut. Maka
kedua-dua negara hendaklah membincangkan masalah ini dan membuat perjanjian. Intihanya,
perjanjian ini mampu menangani masalah bencana alam seperti jerebu, banjir dan sebagainya.
Situasi ini bertepatan dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana
muafakat.

Seterusnya, alat berteknologi tinggi iaitu alat pengesan bencana alam dicipta agar
negara yang sering ditimpa bencana alam dapat bersedia dengan lebih awal untuk menghadapi
sebarang bencana yang bakal berlaku. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hal
ini terbukti berkesan apabila satu alat pengesan bencana alam iaitu tsunami yang dinamakan
tsunameter telah dicipta dan diletakkan berhampiran Pulau Rondo di Lautan Hindi kira-kira
lima ratus kilometer dari Pulau Langkawi yang mampu memberi amaran awal kepada negara
sekiranya terdapat ancaman tsunami. Sekiranya alat seperti ini digunakan di setiap negara
pastinya kerugian yang bakal dihadapi oleh negara akibat bencana ini tidaklah begitu besar
jumlahnya malahan banyak nyawa yang dapat diselamatkan daripada terkorban.

Tambahan lagi, setiap negara perlu menggariskan wasilah mengekalkan udara yang
bersih seperti mengurangkan penggunaan kenderaan sebaliknya meningkatkan kemudahan
infrastruktur iaitu kereta api, bas dan monorel. Hal ini penting bagi mengurangkan pengeluaran
atau pembebasan asap kenderaan yang boleh mencemarkan udara. Hal ini dapat dilihat melalui
peranan negara Belanda yang telah melaksanakan langkah-langkah tersebut dan terbukti
melalui ibu kotanya yang bebas daripada jerebu. Oleh yang demikian, negara kita seharusnya
mencontohi negara Belanda yang memainkan peranan dalam menangani masalah yang
dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia.

Kesimpulannya, setiap bencana alam yang berlaku di seluruh dunia mampu ditangani
jika negara-negara dunia memainkan peranan masing-masing dengan baik. Usaha ini akan
lebih berjaya jika semua negara berganding bahu untuk mencapai matlamat bagi
menyelamatkan dunia daripada musnah begitu sahaja selari dengan peribahasa ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni. Jangan kita biarkan alam ini terus dinodai oleh tangan-tangan
manusia durjana yang tidak bertanggungjawab ini sehinggakan generasi masa hadapan tidak
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

72 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dapat menikmati keindahan alam sekitar yang penuh dengan variasi ciptaan tuhan.
Sesungguhnya, alam ini tidak diwariskan oleh nenek moyang kita sebaliknya kita hanya
meminjamnya daripada generasi akan datang.

Soalan 8
Sejak akhir-akhir ini masalah pengangguran semakin meningkat. Oleh itu, pihak kerajaan
menggalakkan rakyatnya bekerja sendiri. Anda sebagai pelajar lepasan SPM telah mengambil
keputusan untuk bekerja sendiri. Huraikan faedah-faedah bekerja sendiri.

Model Jawapan.
Dalam era moden ini, dunia tidak dapat mengelak daripada masalah kelembapan
ekonomi global. Implikasinya, turut terasa di negara kita apabila lambakan graduan lepasan
pengajian tinggi kini berhadapan dengan masalah pengangguran. Justeru, untuk mengatasi
masalah tersebut, pihak kerajaan telah menyarankan semua masyarakat untuk mempraktikkan
amalan bekerja sendiri. Bekerja sendiri boleh juga dianggap sebagai melakukan sesuatu
pekerjaan yang dibangunkan atas usaha sendiri. Persoalannya, apakah manfaat bekerja
sendiri?

Bekerja sendiri mendatangkan banyak manfaat sama ada kepada diri sendiri, keluarga
mahupun masyarakat. Antara manfaat yang kita perolehi ialah dapat mengubah diri kita menjadi
lebih positif seperti sifat berdikari. Hal ini demikian kerana jatuh dan bangunnya perniagaan
sendiri mendorong mereka untuk beriktiar sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
kurang bergantung pada pihak lain. Peribahasa seperti jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya ataupun genggam bara api, biar sampai jadi arang akan menjadi prinsip mereka
dalam menjalankan perniagaan mereka. Sesungguhnya seseorang yang berkerja sendiri sedar
bahawa kejayaan perniagaan mereka banyak bergantung kepada sifat positif mereka.

Selain itu, bekera sendiri juga membolehkan kita menjana pendapatan sendiri dengan
lebih lumayan. Semua pihak sedar jumlah wang yang dihasilkan menerusi perniagaan lebih
besar jumlahnya berbanding jika seseorang itu bekerja sendiri kerana keuntungan yang
diperoleh diambil secara terus dan banyak. Contohnya, seorang pengusaha kedai makan
mampu menjana sekurang-kurangnya RM10 000 sebulan dan terus meningkat pada bulan
berikutnya manakala pekerja makan gaji memperoleh pendapatan yang hanya ditetapkan oleh
majikan. Seseorang yang bekerja sendiri juga tidak perlu berdepan dengan karenah majikan
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

73 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

untuk mendapatkan kenaikan gaji. Secara tuntasnya, melalui usaha yang berterusan, bekerja
sendiri akan menjana lebih banyak pendapatan jika dibandingkan dengan pekerja makan gaji
yang hanya menerima gaji yang ditetapkan bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang
bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

Di samping itu, individu yang bekerja sendiri bebas mengurus masa dan jadual kerja
mereka. Mereka tidak terikat dengan peraturan masa bekerja. Misalnya, kakitangan kerajaan
yang hanya diberikan tujuh hari cuti tahunan dan cuti musim perayaan yang terhad serta perlu
menunggu lama agar borang permohonan cuti mereka diluluskan oleh majikan. Jadual kerja
yang tidak tetap membolehkan individu yang bekerja sendiri boleh menentukan masa kerjanya
kerana perniagaan itu miliknya berdasarkan kepentingan atau keutamaan dalam hidupnya.
Justeru, masa yang lebih berkualiti boleh dihabiskan bersama-sama ahli keluarga selain
menjalankan aktiviti perniagaan yang memberikan sumber pendapatan pula kepada keluarga
itu. Sesungguhnya, bekerja sendiri memberikan peluang kepada seseorang untuk merancang
masa kerjanya dengan lebih teratur dan memberi manfaat yang sebenarnya kepada semua
pihak terutama ahli keluarganya.

Seterusnya, pelajar lepasan pengajian tinggi juga tidak perlu bersaing antara satu sama
lain dalam bidang yang sama. Seperti yang kita maklum, bilangan pelajar dalam bidang yang
didambakan sangat ramai seperti bidang kejuruteraan semakin meningkat dan persaingannya
semakin sengit. Oleh itu, alternatif seperti bekerja sendiri perlu diambil untuk mengurangkan
persaingan tersebut bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sungguhpun
terdapat persaingan, hal itu adalah permulaan bagi yang bekerja sendiri untuk mendapatkan
keuntungan awal mereka dan bukannya permulaan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan bekerja sendiri kepada semua pihak
terutamanya diri kita sendiri. Tanpa individu yang bekerja sendiri, syarikat-syarikat swasta yang
terkenal seperti Syarikat Kumpulan Naza tidak akan wujud pada hari ini untuk mengharumkan
nama negara di persada antarabangsa. Oleh itu, sebagai tulang belakang negara, graduan
pengajian tinggi perlulah menyambut seruan kerajaan untuk bekerja sendiri bagi mengurangkan
masalah pengangguran kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Soalan 9.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

74 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam dan syair merupakan warisan bangsa yang
perlu dipertahankan. Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan bagi memastikan puisi
tradisional tidak pupus ditelan zaman.

Model Jawapan.

Bahasa Melayu mencapai zaman kegemilangan pada setengah abad yang lalu. Pada
saat itu, bahasa ini dijadikan sebagai lingua franca di pelabuhan Melaka. Warisan Melayu
tersohor hingga ke seluruh pelosok dunia. Hal ini disokong dengan keindahan Bahasa Melayu
yang digubah dalam bentuk pantun, seloka, gurindam dan syair. Bait-bait puisi tradisional yang
dilantunkan dengan penuh penghayatan dapat menggetarkan mana-mana jiwa yang
mendengarnya. Malangnya, pascakemerdekaan telah membuka pintu budaya kuning dari Barat
sehinggakan jiwa remaja tertarik ke arahnya. Kita tidak boleh membiarkan puisi menjadi bahan
sejarah. Kita perlu memerah segala keringat dan kudrat yang ada bagi menghidupkan semula
puisi dalam kalangan masyarakat.

Di manakah destinasi pertama seorang manusia sebaik sahaja dilahirkan? Sudah
tentulah ke rumahnya. Di rumah, dia akan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua
orang insan yang bertanggungjawab membawanya ke dunia ini. Insan-insan ini dinamakan
ayah dan ibu. Mereka juga orang yang paling berpengaruh dalam membentuk jati diri dan
keperibadian anak-anak. Ibu bapa perlu menggunakan peluang ini bagi menerapkan
kepentingan penggunaan puisi kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah daripada rebungnya. Impaknya, anak-anak ini akan menjadi harapan bagi
melindungi warisan bangsa agar puisi tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Ibu bapa boleh mengaplikasikan puisi tradisional ini dalan kehidupan seharian, terutama ketika
memberi nasihat kepada remaja. Antara puisi tradisional yang popular ialah genre pantun.
Contohnya pantun,
Siakap, senohong, gelama, ikan duri
Bercakap bohong, lama-lama mencuri

Yang membawa maksud, sekiranya remaja berjinak-jinak dengan sikap suka berbohong, tidak
mustahil sekiranya nanti mereka akan terlibat dengan masalah mencuri pula.

MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

75 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Marcapada ini, pucuk kepimpinan negara kita telah mengambil pelbagai inisiatif bagi
memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan untuk mengejar kemodenan di
peringkat global. Namun begitu, situasi ini memberi kesan kepada pelbagai cabang seni bahasa
orang Melayu yang semakin dilupakan seperti abu di atas tunggul. Oleh yang demikian,
kerajaan telah mengimplementasikan pelbagai cara untuk menerapkan puisi tradisional dalam
sistem pendidikan Malaysia contohnya pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu
(KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia.
Selain dapat memastikan puisi tradisional terus kekal dalam kehidupan harian generasi muda di
Malaysia, implisitnya dapat mencambahkan dan menyemaikan perasaan cinta dan minat
terhadap perkara tersebut dalam sanubari setiap individu yang mempelajarinya bak kata
pepatah, tak kenal, maka tak cinta.

Sementelahan pula, pihak kerajaan juga wajar menawarkan banyak kursus yang
berkaitan dengan puisi tradisional di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) agar para pelajar yang
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sastera dan puisi tradisional Melayu mampu
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, apresiasi terhadap
penggiat-penggiat puisi tradisional di negara kita seperti Datuk A Samad Said wajar diteruskan
agar mereka merasakan hasil usaha dan kerja mereka turut dihargai oleh pihak lain. Tidak
dapat dinafikan, pihak kerajaan juga boleh memperkenalkan puisi tradisional kepada negara-
negara luar yang turut berminat dengan Bahasa Melayu seperti Jepun, China, Rusia, Jerman
dan sebagainya agar perkembangan puisi tradisonal tidak hanya terhad di dalam Negara tetapi
turut disulami dengan idea-idea para sarjana bahasa di negara luar juga. Melalui usaha-usaha
yang disebutkan di atas adalah tidak mustahil bagi para remaja untuk tidak mengenali puisi
tradisional apabila puisi tradisional tidak hanya terdapat di Malaysia tetapi turut terdapat di
seantero dunia.

Dasawarsa ini, peranan sekolah semakin dimartabatkan. Ia bukan sahaja menjadi
tempat pelajar mentelaah ilmu, malah telah dinaik taraf dan menjadi tempat pelajar belajar,
dididik, diasuh dan dibentuk keperibadiannya. Bagi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, puisi
tradisional telah dimuatkan dalam Komponen Sastera (KOMSAS) yang secara tidak langsung
dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keunikan puisi tradisional. Pihak
guru turut bertanggungjawab untuk memupuk aspirasi pelajar meminati puisi tradisional
dengan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan efektif.
Penggunaan puisi dalam kalangan pelajar dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

76 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

mereka yang semakin layu dan pupus, terutamanya di negara ini. Tuntasnya, sekolah
merupakan tempat pelajar untuk memantapkan lagi keperibadian diri.

Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti kokurikulum yang diadakan sebagai aktiviti
sokongan bahasa mampu menjadi suatu medan perkembangan pengetahuan yang signifikan
dengan penerapan unsur-unsur pengajaran dalam sesebuah puisi tradisional. Antara cadangan
yang boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah adalah dengan mengadakan pertandingan
menggubah puisi, sayembara puisi, berbalas pantun dan melagukan syair. Aktiviti ini mampu
merobah persepsi para pelajar yang sebelumnya bertanggapan bahawa puisi tradisional
merupakan sesuatu yang kuno bagi anak remaja seperti mereka dan bertanggapan bahawa
puisi hanya dipraktikkan oleh golongan yang lebih dahulu makan garam atau lebih dikenali
sebagai golongan yang lebih berumur. Melalui wahana ini, para pelajar dapat menyedari
bahawa puisi tradisional mempunyai keunikan yang tersendiri dan dapat dibanggakan serta
sesuai digunakan bagi semua lapisan umur dan masyarakat. selain itu, aktiviti tersebut mampu
menggerakkan para pelajar selangkah ke hadapan untuk mencintai dan mendalami lagi puisi
tradisional bak kata pepatah,tak kenal maka tak cinta. Kebiasaanya, remaja akan menjadikan
kisah hidup, pengalaman dan emosi mereka sebagai inspirasi bagi menggubah puisi mereka.
Hal ini dapat menjana kreativiti pelajar agar terus berkembang secara global.

Intihanya, jelaslah bahawa terdapat banyak langkah yang dapat dilakukan oleh semua
pihak bagi memastikan puisi tradisional iaitu hasil nukilan nenek moyang kita dahulu kala tidak
luput ditelan zaman. Hal ini kerana, puisi tradisional yang sering dipandang enteng oleh
generasi zaman siber kini merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu. Jika kita tidak
memeliharanya maka pastinya, beberapa abad akan datang, kehilangan puisi tradisional di
muka bumi yang fana ini tidak akan dirindui oleh mana-mana pihak yang tidak pernah
mengenalinya. Akhir sekali, apalah ertinya segala cita tanpa usaha daripada semua pihak?
Peranan bagi menghidupkan kembali penggunaan puisi terletak pada batu jemala semua pihak.
Semoga puisi akan terus hidup kerana ini adalah simbol kewujudan bangsa Melayu bak kata
Laksamana Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.





MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

77 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 10
Facebook, Twitter, MySpace dan Blog merupakan antara laman sosial yang semakin digemari
oleh setiap peringkat umur termasuklah golongan remaja pada abad ini. Sebagai seorang
remaja huraikan cara anda boleh memanfaatkan laman sosial ini.

Kelahiran era baru dalam dunia informasi telah mengubah pola komunikasi masyarakat
marcapada ini. Hal ini, disebabkan wujudnya ciptaan terbaru yang telah mencetuskan
fenomena dalam dunia internet. Sejak beberapa tahun lalu, ramai pengguna internet telah
mendaftar sebagai ahli di laman sosial seperti Facebook, Twitter, My Space dan Blog sejurus
selepas kewujudan laman sosial yang dikatakan telah berjaya memikat hati pengguna internet
seluruh dunia. Kewujudannya menyebabkan penciptanya mendapat keuntungan yang lumayan.
Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh pengguna laman sosial tersebut? Sebagai
seorang remaja apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk memanfaatkan teman
maya ini ke arah yang lebih berfaedah?

Sebagai seorang pengguna internet yang masih remaja, saya boleh memanfaatkan
laman sosial bagi menambah kenalan sama ada kenalan dalam negara mahupun di luar
negara. Kata orang-orang tua, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Pergaulan yang luas
dengan pelbagai bangsa dan latar belakang akan mematangkan lagi pemikiran seseorang
remaja seperti saya. Melalui kenalan di laman sosial itulah saya berpeluang untuk bertukar-
tukar pendapat dan berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara seperti ekonomi, politik dan
sosial. Malah, jika timbul sesuatu isu yang menjadi polemik saya boleh membahaskan isu
berkenaan dengan kenalan maya saya. Hal itu, akan menajamkan fikiran dan kepekaan saya
terhadap isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia agar tidaklah saya menjadi seperti katak
di bawah tempurung. Perkara yang penting ialah kemudahan laman sosial ini tidak akan saya
jadikan sebagai medan untuk bersembang-sembang kosong atau bergosip kerana perbuatan
sebegini hanya akan merugikan diri sendiri sahaja. Tuntasnya, apabila saya melebarkan salam
perkenalan lewat laman sosial saya mengharapkan agar pemikiran saya akan lebih terbuka
dan matang dalam menghadapi realiti kehidupan yang penuh ranjau dan duri ini.

Pada masa yang sama, peredaran zaman kini turut mengubah cara hidup golongan
remaja yang dahulunya terlalu bergantung kepada ibu bapa kepada remaja yang lebih berdikari.
Laman sosial sebenarnya menyediakan satu platform kepada golongan remaja untuk berniaga
secara atas talian. Oleh yang demikian, bagi bersiap siaga mengumpulkan dana untuk saya
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

78 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, saya akan menggunakan laman sosial
untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Sudah banyak remaja yang berjaya
memperoleh wang saku dengan cara sebegini. Seperti yang kita tahu, sistem yang
diperkenalkan oleh Facebook membolehkan kita memulakan perniagaan siber secara mudah,
jimat dan berkesan. Prosedurnya amat mudah kerana hanya dengan mendaftar diri sebagai ahli
Facebook, kita berkelayakan untuk memulakan satu atau lebih ruangan khas untuk perniagaan.
Hal ini sememangnya menjimatkan kerana tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan seperti
Amazon dan eBay, malahan ternyata berkesan, kerana apabila kita memulakan satu ruangan
khas perniagaan, semua orang dalam senarai kawan kita dapat mengetahui produk yang kita
jual. Bahkan, hadis nabi ada mengatakan 9 daripada 10 rezeki adalah dalam perniagaan.
Oleh itu, saya akan memanfaatkan peluang ini untuk berdikari mengumpulkan wang di samping
menimba pengalaman berniaga iaitu bidang yang akan saya ceburi selepas menamatkan
pengajian saya kelak.

Dalam era apabila persaingan bagi mendapat tempat di mata masyarakat menjadi suatu
kelebihan. Banyak remaja tidak dapat menonjolkan bakat mereka kerana terbatasan ruang dan
lokasi. Lantaran itu, laman sosial merupakan media yang sangat signifikan untuk
mempromosikan bakat yang terpendam didalam diri kita. Hal ini, kerana di laman sosial kita
tidak perlu melalui saluran lazim seperti pertandingan sebaliknya kita boleh mempromosikan
secara terus kepada masyarakat dunia yang mempunyai minat yang sama dengan kita mereka
juga mampu memberikan nasihat secara terus kepada kita berdasarkan pengalaman mereka
lantas membolehkan kita memperbaiki kebolehan kita ibarat menyelam sambil minum air.
Sebagai seorang remaja yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik dan seni
kreatif, saya akan memuat turun video saya bermain piano dan menyanyi untuk
mempromosikan bakat bagi tatapan masyarakat di selurih dunia. Walaupun saya tidak sehebat
penyanyi terkenal Justin Bieber atau Yuna mahupun Najwa yang bakat mereka dikesan melalui
video yang dimuat naik ke laman Youtube sekurang-kurangnya saya berani menonjolkan bakat
yang terpendam demi kepuasan peribadi. Tegasnya, laman sosial dapat membantu saya
mengembangkan kemahiran dan bakat yang terpendam dalam diri saya demi memberikan nilai
tambah kepada kualiti diri saya sebagai seorang insan di muka bumi ini.

Oleh hal demikian, jelaslah bahawa laman sosial seperti Facebook, Twitter, My Space,
Blog dan sebagainya banyak memberi kebaikan kepada semua penggunanya. Bukan sahaja di
Malaysia di seluruh dunia. Kewujudannya membawa satu impak baru dalam dunia sosial di
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

79 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

internet. Namun demikian, sebagai seorang remaja, saya akan sentiasa berhati-hati agar tidak
terjebak dalam gejala-gejala negatif di sebalik kemaslahatan kemudahan ini kerana pisau yang
digunakan untuk memotong sayur di dapur, boleh juga digunakan untuk membunuh.

Soalan 11

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak memberi kesan
kepada hubungan antara negara.

Jelaskan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi kepada negara di dunia.

Modul Jawapan

Berfikir di Luar Kotak, Minda Kelas Dunia dan Gerbang Globalisasi adalah antara
slogan yang sering berkumandang seiring dengan perubahan dunia pada abad milenium.
Hakikat dunia tanpa sempadan yang ditandai oleh koordinasi teknologi internet dan maklumat
telah berjaya mengubah kerangka dunia terhadap pelbagai transformasi yang drastik. Pelbagai
capaian maklumat mampu diperoleh dengan mudah hanya dengan mengakses beberapa ikon
dan arahan. Eksistensi pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi iaitu satelit, internet dan
media elektronik menjadikan teknologi maklumat kian signifikan pada masyarakat dunia. Inovasi
dan revolusi dalam sistem perhubungan yang canggih telah menatijahkan suatu fenomena baru
dalam gaya hidup masyarakat dunia era globalisasi. Menurut ahli sains Yunani purba,
Archimedes, beliau menyifatkan perhubungan teknologi sebagai langkah pertama ke arah
kemajuan tamadun manusia. Hal ini membolehkan masyarakat sesebuah negara dapat bangkit
bersaing duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat dunia yang lain di
peringkat global. Sesungguhnya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempunyai banyak
kepentingan kepada negara di dunia.

Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang
saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Berkait rapat dengan hal ini, sebuah
negara memerlukan bantuan dan kolaborasi dengan negara lain bagi terus membangunkan
negara yang tercinta. Dengan itu, ICT sangat signifikan dalam merealisasikan hal ini. Melalui
kemudahan serba canggih dan transenden ini, hubungan diplomatik antara negara dapat
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

80 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dicapai dengan baik. Tamsilannya, kemudahan telefon, faksimile, internet dan persidangan
video dapat diaplikasikan dalam mengimplementasikan pelbagai hal antara negara dari jarak
jauh. Tambahan lagi, berita-berita mutakhir dan tepat dari luar negara diperoleh dengan mudah
dan cepat melalui rakaman dan siaran langsung. Implikasinya, berlaku peristiwa Malaysia dan
Jepun berkongsi pengetahuan dan perkembangan sistem ICT yang mana hal ini secara tidak
langsung dapat mengeratkan hubungan antara negara. Oleh itu, ICT sangat signifikan agar
dapat berkolaborasi antara negara bagai aur dan tebing.

Selain itu, urusan dunia tanpa sempadan dapat memudahkan urusan perniagaan antara
negara. Dari aspek ekonomi ini, penjimatan masa, kos dan tenaga sangat signifikan
dititikberatkan kerana urusan entrepot akan dapat diimplementasikan dengan mudah, cepat
dan pantas. Daripada kemudahan ini, penjual mudah mengiklankan produk-produk mereka dan
pembeli tidak perlu merantau jauh ke lokasi penjualan. Hal ini dapat diaplikasikan komunikasi di
talian telefon untuk membuat tempahan. Malahan, alternatif-alternatif yang lebih canggih sejajar
dengan perkembangan era moden seperti perniagaan internet tanpa modal atau dikenali
sebagai perniagaan affiliate turut menjadi tumpuan langganan orang ramai. Dengan ini, kedua-
dua pihak tidak akan mengalami kerugian dalam perniagaan, malah memudahkan urusan jual
beli dengan berkesan. Kemudahan ini bukanlah menjadi halangan masyarakat kerana data
mempamerkan himpunan pengguna internet dianggarkan melebihi 1 bilion orang dari seluruh
dunia. Oleh itu, kemudahan yang ekstensif ini sangat penting kepada negara kerana
kemudahan ini dapat menyumbang kepada kepantasan sistem perniagaan antarabangsa tanpa
sempadan.

Di samping itu, perkembangan ICT telah memberi natijah yang baik kepada seluruh
umat manusia kerana ICT yang serba canggih ini telah memudahkan komunikasi universal dan
sarwajagat. Kemudahan ini juga lebih dikenali sebagai sembang siber. Sembang siber
merupakan satu wahana yang menghubungkan seluruh penduduk marcapada. Istilah dunia
tanpa sempadan kini telah menjadi realiti dan bukan sekadar propaganda sahaja. Masyarakat
dunia sedasawarsa ini lebih mahir dengan aplikasi laman-laman sesawang yang disediakan,
contohnya Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Dengan kemudahan ini juga, hubungan
antara keluarga lebih terjalin mesra apabila ahli keluarga dapat berhubung bukan sahaja
bersembang, malah bersua muka melalui skrin elektronik meskipun dibatasi jarak jauh.
Kendatipun hubungan teknologi ini umpama fatamorgana atau maya, namun jalinan
silaturrahim dapat dikekalkan bak kata pepatah, jauh di mata, dekat di hati. Hal ini tidak perlu
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

81 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dipertikaikan lagi kerana tsunami ICT melanda dunia modenisasi telah mencatatkan
pertumbuhan pengguna internet dari tahun 2000 hingga 2010 adalah sebanyak hampir 356.8%
dan pengguna Facebook pula dianggarkan seramai 8.16 juta orang. Oleh itu, amatlah penting
bahawa kemudahan ICT terus diperkembangkan agar komuikasi transenden ini ternyata
mendorong dalam pertumbuhan negara yang maju hasil daripada masyarakat berkualiti.

Pada hakikatnya, perkembangan ICT juga dapat melahirkan masyarakat yang saintifik.
Hal ini demikian kerana revolusi dunia yang penuh dengan kecanggihan ini mewajibkan seluruh
umat manusia untuk menjadi insan yang tidak berfikiran arkaik. Era globalisasi ini mengidamkan
masyarakat yang matang serta saintifik untuk menjadi aset kepada kemajuan dan
pembangunan negara dalam era serba ICT ini. Kata-kata Hamka ada mengatakan, Ada dua
hal utama yang ingin dicapai dalam hidup, satu mendapat apa yang diinginkan dan kedua
menikmatinya, hanya orang yang bijak yang mencapai tujuan kedua. Kata-kata pujangga ini
izhar sekali menyatakan bahawa manusia haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam
hidup, begitulah juga dengan arus kemodenan kini yang mendahagakan mujtamak saintifik dan
minda kelas pertama. Sebagai analoginya, kewujudan sistem sekolah bestari mampu
melahirkan masyarakat saintifik dan inovatif. Para pelajar menggunakan internet untuk
mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Tamsilannya, pelajar boleh memperoleh nota-nota
yang berkaitan dengan akademik daripada blog-blog yang berkaitan seperti Program
Pembelajaran Fokus A Secara Online dan A.J. Hoge Effortless English. Tuntasnya, ICT
berpotensi melahirkan masyarakat saintifik yang berdaya saing dan berpandangan jauh serta
berprestij untuk membentuk masyarakat dunia berdaya maju.

Sejajar pula dengan perkembangan arus globalisasi, perkembangan ICT membolehkan
kita mendepani realiti baru di dunia yang pantas berubah dan berkembang bagi meluaskan
pengetahuan tentang dunia semasa. Hal ini demikian kerana masyarakat dunia perlu
membebaskan diri daripada terus dibelenggu kejahilan dan kegelapan dan kita tidak mahu
dilabelkan bagai katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui isu-isu semasa dunia. Bukti-
bukti yang paling konkrit adalah dengan perkhidmatan-perkhidmatan internet yang sudah
tersebar luas di seantero dunia. Melalui perkhidmatan ini, jeritan berfrekuensi tinggi
menggegerkan stadium dapat dilihat dan didengar secara langsung walau di mana-mana
sahaja kita berada. Selain itu, berita-berita mengenai fenomena dan bencana alam mudah
sampai ke pengetahuan kita tanpa ada sebarang kekangan. Contohnya, berita perkembangan
bencana tsunami yang melanda negara Jepun baru-baru ini dapat diketahui pada bila-bila masa
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

82 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

sahaja. Hal ini membolehkan negara lain yang berpotensi mengalami bencana tsunami boleh
bersedia untuk menghadapi bencana tersebut kerana sediakan payung sebelum hujan, jangan
sudah teranutk baru terngadah. Oleh yang demikian, seluruh masyarakat dunia seharusnya
mengejar arus kemodenan ICT selaras dengan perkembangannya dengan lebih meluas.

Intihanya, masyarakat dunia sewajarnya mengambil kesempatan yang telah disediakan
melalui perkembangan ICT ini dengan sebaik-baiknya agar pisang tidak akan berbuah dua kali.
Hal ini demikian kerana dengan adanya kemudahan ini, seseorang itu tidak perlu bersusah
payah untuk memperolehi sesuatu maklumat tanpa perlu membuang masa, kos dan tenaga.
Apabila kita memaslahatkan kehadirannya dengan baik, kita akan mudah mendapatkan ilmu
yang bermanfaat untuk diri sendiri serta orang sekeliling kerana hal ini akan memberikan impak
kepada hubungan antara negara-negara di seluruh dunia.

Soalan 12

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat terutama pada musim-musim perayaan.
Memandangkan hal ini semakin serius, sebagai Ketua Unit Trafik Polis Daerah anda diminta
menyampaikan ceramah kepada pelajar di sekitar awam dan swasta. Tajuk ceramah anda ialah
Peranan Masyarakat dalam Menangani Kemalangan Jalan Raya.
Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya.

Model Jawapan

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Masniah
binti Tarah, Guru Penolong Kanan Akademik, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru
Penolong Kanan Ko-kurikulum, barisan guru dan para pelajar yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Pada kesempatan ini, izinkan saya
untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Peranan Masyarakat dalam Menangani
Kemalangan Jalan Raya.

Mara jangan dipandang enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi;
Kudrat semua mesti digembleng,
Azam jangan berbelah bagi.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

83 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM


Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita kian meningkat saban hari.
Pelbagai kategori kemalangan sama yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang
motosikal, dan pejalan kaki menjadi mangsa. Negara kita dikatakan sebagai sebuah negara
yang merekodkan kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Persoalannya, sejauh manakah
masyarakat mempunyai akauntabiliti dalam menangani kemalangan jalan raya yang semakin
membimbangkan semua pihakhangat bagai cendawan tumbuh selepas hujan?

Hadirin sekalian,

Sebelum meneruskan ceramah saya pada pagi ini, lebih molek lagi jika saya
memaparkan data dapatan kajian yang dijalankan oleh jabatan saya. Data itu melaporkan
bahawa Malaysia yang mempunyai kira-kira 25 juta orang penduduk mencatat kematian kira-
kira 6000 orang setahun akibat kemalangan jalan raya. Statistik yang diperoleh dari Jabatan
Keselamatan Jalan Raya menunjukkan sepanjang Januari hingga Oktober 2005, sebanyak 272
804 kes kemalangan direkodkan dan dalam tempoh masa yang sama pada tahun
2006,sejumlah 262 295 kes kemalangan dicatatkan. Hal ini menunjukkan bahawa peningkatan
sebanyak 3.5 peratus berlaku, iaitu pertambahan sebanyak 9491 kes.

Jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut. Demikian iklan yang kerap disiarkan
di kaca televisyen suatu masa dahulu. Saya berpendapat bahawa sikap pengguna jalan raya
merupakan punca kemalangan jalan raya di negara ini. Walaupun rakyat Malaysia terkenal
dengan sifat yang peramah, beradab serta bersopan santun, namun kita mendapati bahawa
sikap mereka berubah apabila mereka berada di jalan raya. Antara sikap pemandu kenderaan
dan penunggang motosikal di Malaysia yang perlu dikikis ialah mereka tidak sabar dan terburu-
buru ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal secara berbahaya dan
menempah maut. Mereka tidak menjaga kenderaan dengan betul pada hal keadaan
kenderaan penting untuk keselamatan dan mereka tidak memikirkan keselamatan diri sendiri
dan orang lain. Oleh itu, rakyat Malaysia wajar mencontohi etika memandu di negara maju.
Walaupun penduduk di negara maju sibuk menjalani kehidupan harian, mereka masih mampu
bersopan- santun semasa di jalan raya. Mereka bersikap sedemikian rupa kerana mereka
sudah dididik sejak kecil lagi untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan senantiasa berhemah di
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

84 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

jalan raya. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Pengguna jalan raya sendiri mesti
memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-
papan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan
keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat
dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa
memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat
perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.

Pelajar sekalian,

Pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya juga perlu bertindak dan mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya. Pihak polis mestilah bertugas dengan penuh komitmen dan
membuat pemantauan secara berterusan terhadap pengguna jalan raya. Sebagai contoh,
pemandu yang melanggar peraturan jalan raya hendaklah disaman dan didakwa di mahkamah
agar dijadikan pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Pihak Jabatan Pengangkutan
Jalan Raya juga boleh memainkan peranan dengan menahan kenderaan yang tiada cukai jalan
atau membawa muatan berlebihan. Jika pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya dapat
memainkan peranan dengan berkesan, maka kemalangan pasti dapat dikurangkan dan
mestinya menguntungkan banyak pihak.

Di samping itu, pihak media massa juga boleh memainkan peranan dalam usaha
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Peranan media massa dalam
mempengaruhi sikap pengguna jalan raya memang tidak dapat dinafikan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya yang telah dilaksanakan dengan
menggunakan medium media massa. Pihak kerajaan yang memiliki stesen Radio Televisyen
Malaysia (RTM) boleh menggunakan stesen televisyen dan radio ini sebagai platform untuk
menyampaikan kempen keselamatan jalan raya. Sewajarnya kempen-kempen keselamatan
jalan raya harus dilaksanakan secara berterusan di media massa supaya dapat memberi kesan
yang mendalam kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya di negara kita.




MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

85 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Pelajar sekalian,

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak
harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya
yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak.
Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan
orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu
sebelum memulakan perjalanan.

Nampaknya, sudah panjang lebar saya berceramah dan masa amat mencemburui
saya. Namun, sebelum saya berundur diri ingin saya tegaskan di sini bahawa keselamatan di
atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan
punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin
keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan
tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah
dielakkan demi kesejahteraan bersama.

Soalan13.

Sebagai pegawai perubatan, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
Amalan Gaya Hidup Sihat Mampu Menyelamatkan Diri daripada Penyakit Berbahaya.
Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.

Model Jawapan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Tuan Pengetua, yang dihormati para guru, dan seterusnya rakan-rakan
seperjuangan sekalian.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan
terima kasih kerana telah dijemput dan diberi peluang untuk menyampaikan ceramah serta
dapat berkongsi idea dalam majlis yang sangat besar ertinya.

Hadirin sekalian,
Dalam meniti zaman pascamerdeka,sering kali kita dibisikkan dengan isu-isu yang
berkaitan dengan norma-norma kehidupan dan salah satunya adalah amalan gaya hidup sihat
yang amat penting bagi kita untuk menjalani kehidupan seharian. Dengan kesihatan, manusia
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

86 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dapat menjalani kehidupan lebih aman dan sentosa di samping, dapat melakukan rutin iharian
secara lebih lancar dan teratur. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai serinya
kehidupan. Akan tetapi, ada manusia yang alpa dan leka dek kesihatan yang menyerikan
hidupnya hinggakan tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupannya.
Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu juga sebahagian daripada detik kehidupan yang dia
lalui.Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada memberi peringatan tentang kesihatan ini iaitu baginda
bersabda yang bermaksud: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu
nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari) Kebanyakan manusia hanya
menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan apabila mereka ditimpa kesakitan atau ditimpa
penyakit. Dalam keadaan ini, barulah mereka menginsafi betapa kesihatan amat penting agar
aktiviti kehidupan mereka tidak tergendala. Perlu diingat bahawa maksud kesihatan ini menurut
perspektif Islam bukan hanya terhad kepada kesihatan lahiriah atau jasmaninya sahaja,
malahan ia juga turut mencakupi kesihatan batin atau rohani.

Saudara dan saudari,
Justeru itu, kesihatan hanya mampu dinikmati dengan amalan gaya hidup sihat.
Meninjau kepada skop yang lebih terperinci, amalan gaya hidup yang sihat dapat dilihat dari
aspek pemakanan. Makanan adalah elemen pembina tubuh yang dominan. Pengambilannya
perlu diteliti untuk menjamin mutu kesihatan yang berkekalan. Oleh itu, bagi menjaga kestabilan
kesihatan yang berterusan kita wajar mengambil makanan yang berkhasiat malah
kebersihannya turut terjamin. Hal ini bagi mengelakkan kita daripada diserang penyakit-penyakit
yang berbahaya. Menurut hasil dapatan kajian sains, amalan pemakanan yang seimbang
seperti yang ditunjukkan dalam piramid makanan dapat mengelakkan kita daripada serangan
penyakit obesiti dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Penyakit-penyakit yang berbahaya
seperti ini boleh menjadi duri dalam daging sekiranya tiada langkah-langkah yang diambil untuk
mengatasinya. Oleh itu, pada pendapat saya amalan gaya hidup yang sihat seperti amalan
pemakanan yang sistematik dapat menghindarkan kita daripada bahana penyakit yang
berbahaya.

Selain daripada pengambilan makanan yang terancang dan seimbang, kita juga
hendaklah mengekalkan kesihatan dengan melakukan aktiviti riadah. Oleh yang demikian,
aktiviti riadah amat penting untuk membolehkan sistem saraf, otot, jantung dan paru-paru
berfungsi dengan sempurna. Dengan beriadah, seperti berjoging, berbasikal, bersenamrobik,
berenang dan bersukan dapat membantu perjalanan darah dan sistem pernafasan berjalan
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

87 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

dengan lancar. Selain itu, riadah juga mampu meningkatkan tahap kecergasan seseorang
individu sebagaimana yang dinyatakan dalam pepatah Arab yang berbunyi akal yang cerdas
terletak pada tubuh badan yang sihat. Justeru itu, rehat yang cukup dan tidur yang sempurna
mampu menjamin kesihatan mental dan fizikal dari segala penyakit yang berbahaya. Oleh itu,
susunan jadual dan rutin harian seperti masa tidur, masa bekerja, masa beriadah perlu
dirancang dengan lebih sistematik demi menjamin kehidupan yang selesa dan bahagia.

Hadirin sekalian,
Di samping itu,pemerikasaan kesihatan juga amat penting bagi menjamin kesihatan
dalam kehidupan seharian. Melalui pemeriksaan kesihatan,kita mampu mengenal pasti tahap
kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. Melalui pemeriksaan,kita boleh mengetahui
penyakit yang dihidapi dan seterusnya boleh mencegah daripada terus memudaratkan tubuh
badan seperti mana para intelektual pernah berkata, mencegah penyakit lebih baik daripada
mengubati penyakit. Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu. Pepatah tersebut
merujuk kepada doktor yang boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap
kesihatan semasa hidup. Dalam pada itu, kehadiran ke klinik atau hospital membolehkan kita
menambah pegetahuan yang sedia ada. Justeru itu, mengapakah wujud sikap malas untuk
bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang, dan bukan
susah untuk menjadi susah.

Saudara dan saudari,
Sebelum berundur diri, saya ingin menegaskan bahawa tiada penyakit yang tiada
penawar, tiada sakit yang tidak boleh dicegah awal. Melalui gaya hidup sehat kita boleh dapati
bahawa gaya pemakanan yang sehat, sukan, pemeriksaan kesihatan dan menghindari gaya
hidup yang tidak sehat dapat mengelakkan kita daripada penyakit berbahaya. Oleh yang
demikian, perlu ditegaskan bahawa kesihatan dapat dinikmati dengan cara mengamalkan gaya
hidup sehat dan menghindari amalan yang boleh memudaratkan kesihatan,bak kata bidalan
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekian terima kasih.









MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

88 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 14

Kawasan kediaman anda sering mengalami banjir. Oleh itu anda ingin membuat aduan kepada
pihak berkenaan tentang punca-punca dan ingin mencadangkan langkah-langkah bagi
mengatasi masalah tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Model Jawapan

Ketua Kampung,
Kampung Pulasan,
89609 Papar,
Sabah.
____________________________________________________________________________

Pegawai Daerah,
Pejabar Daerah Papar,
89609 Papar,
Sabah.
21 JULAI 2011

Tuan,

ADUAN TENTANG MASALAH BANJIR DI KAMPUNG PULASAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya selaku ketua Kampung
Pulasan, Papar ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah banjir yang kerap
kali berlaku terutamanya menjelang musim tengkujuh. Kami menghadapi banyak kehilangan
harta benda, kemusnahan tanaman, binatang ternakan mati sehingga menyebabkan kerugian
yang amat besar kepada penduduk. Situasi ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan
penduduk kerana kami menjalankan aktiviti ekonomi pertanian dan perladangan.

02. Masalah yang kami hadapi berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan yang baik.
Sisa buangan daripada penduduk kampung disalurkan ke dalam parit dan ia
menyebabkan parit tersumbat. Lebih membimbangkan apabila musim tengkujuh, parit
yang tersumbat melimpahkan airnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. Air yang
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

89 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

melimpah menimbulkan bau busuk kesan daripada sisa bahan buangan dan
mengganggu ketenteraman penduduk. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar
pihak tuan dapat menyelenggara sistem perparitan,membesarkan dan parit-parit di
kampung kami dengan segera.

03. Air parit disalurkan ke dalam Sungai Pulasan yang sempit. Keadaan ini menyebabkan
sungai dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa bahan buangan daripada penduduk
kampung. Tambahan pula, sikap penduduk kampung tidak cakna akan kebersihan alam
sekitar telah membuang sampah ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya.
Peningkatan beban bahan buangan ke dalam sungai menyebabkan tahap tampung
sungai berkurangan dan ini menyebabkan paras air sungai meningkat pada musim
tengkujuh. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat menganjurkan kempen mengenai
kesedaran menjaga sungai agar penduduk kampung dapat membuka mata meluaskan
pandangan mereka demi mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan alam sekitar
kerana pendedahan awal adalah langkah terbaik umpama melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

04. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti pembalakan tidak
terkawal di kampung yang berhampiran dengan Kampung Pulasan. Tanah terhakis dan
pecah serta mengalami kerosakan pada struktur akibat daripada kekerapan
pendedahan kepada suhu panas dan sejuk yang tinggi serta hujan yang lebat. Hujan
yang sangat lebat menyebabkan banjir teruk di kampung tersebut dan kami turut terkena
tempiasnya. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan untuk
menguatkuasakan undang-undang serta mengehadkan pembalakan di kawasan Papar.

05. Konklusinya, kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan
segera terhadap masalah yang dikemukakan sebelum nasi menjadi bubur. Kami amat
berbesar hati dan mengambil sikap positif bahawa masalah ini dapat ditangani secara
lebih proaktif. Oleh yang demikian, kami berharap dengan tindakan pihak tuan yang
berterusan dalam menangani masalah banjir di kampung kami dapat mengatasi
kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kampung ini sejak bertahun-tahun lamanya. dan
tidaklah seperti hangat-hangat tahi ayam. Kami penduduk Kampung Pulasan sedia
memberikan bantuan kepada pihak tuan pada bila-bila sahaja ibarat kecil tapak tangan
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

90 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

nyiru kami tadahkan. Tindakan dan keperihatinan tuan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Baco
(BACO MOHD AIDIL BIN SALEH)

Soalan 15.

Guru merupakan insan yang paling banyak berjasa kepada kita.
Tulis sebuah rencana tentang cara-cara yang dapat dilakukan bagi menghargai jasa guru.

Cara-cara Menghargai Jasa Guru.
Oleh: Zachary Farouk Chai

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Pascakemerdekaan negara telah menyaksikan pembangunan ekonomi yang begitu
pesat dan rancak. Namun, dalam menuju era modenisasi, masyarakat sering disogok oleh
masalah pelajar tidak menghormati guru. Kita sering melihat di rubrik-rubrik akhbar tempatan
mengenai pelajar menendang guru, meludah guru dan terdapat juga segelintir pelajar yang
mencabar untuk membunuh guru. Senario ini jelas membuktikan bahawa remaja pada hari ni
tidak lagi memiliki sahsiah yang tinggi. Persoalannya, apakah cara-cara menghargai jasa guru?

Tanpa dinafikan lagi bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang peri penting
dalam menghargai jasa pendidik. Hakikatnya terserlah bahawa sesebuah institusi keluarga
yang kukuh dapat melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia. Dalam konteks ini, ibu bapalah
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

91 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

yang mempunyai tanggungjawab dalam membentuk peribadi anak-anak yang menghormati
guru. Anak-anak didibaratkan sehelai kain putih yang menantikan ibu bapa mereka untuk
mencorakkannya. Menurut statistik yang elah dikeluarkan oleh akhabar tempatan Berita Harian
bertarikh 17 Januari 2010 menyatakan bahawa sebanyak 38% keganasan terhadap guru
berlaku berpunca daripada keluarga tentang mempunyai masalah sosioekonomi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kekeluargaan mempengaruhi sahsiah pelajar di dalam kawasan sekolah.
Intihanya, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak agar dapat
membentuk peribadi yang mulia.bak kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan
bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Sebagai guru, mereka
ingin melihat kita berjaya pada masa depan. Jasa guru dalam mempertingkat kemahiran kognitif
dan sahsiah pelajar tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hanya kejayaan yang dinanti
mereka. Oleh itu, apabila guru mengajar, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya dan
janganlah menimbulkan masalah disiplin yang boleh mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, guru ingin melihat kita berjaya dalam setiap peperiksaan yang
kita duduki dengan cemerlang. Oleh itu, dalam mendepani kehidupan masa ini, kita perlulah
mengenang jasa pendidik kita agar menjamin kehidupan yang harmoni.

Bukan itu sahaja. Kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan
kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka. Hal ini dapat kita lakukan apabila kita
mengingati guru kita pada bila-bila masa. Sebagai contoh, semasa sambutan Hari Guru, selain
menghantar ucapan Selamat Hari Guru, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang
telah berjasa kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. Melalui cara ini, kita akan dianggap
sebagai murid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru yang telah menyemarakkan
evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini dan
seterusnya.

Satu lagi cara untuk menghargai jasa guru ialah sentiasa mengunjungi guru di sekolah
atau meraikan hari yang istimewa dalam hidup mereka walaupun kita telah meninggalkan
bangku sekolah.Lazimnya, remaja pada masa kini lebih gemar menghabiskan masa di pusat
beli belah daripada melakukan perkara yang memberi manfaat. Aktiviti yang dilakukan
bersama-sama guru pasti akan mengukir senyuman di wajah mereka agar mendoakan
kehidupan kita pada masa depan. Sebagai contoh, kita boleh meraikan sambutan hari jadi guru
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

92 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

kita di tempat-tempat menarik. Oeh itu, menghargai jasa guru perlu dilakukan secara padu
kerana guru yang membakar diri menerangi kehidupan kita umpama lilin.

Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru merupakan ibu bapa
kedua bagi kita. Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka.
Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada guru
tidak berkat. Apabila kita sudah dewasa, dan mungkin memegang jawatan yang tinggi sekalipun
hendaklah sentiasa menghormati guru. Sabda Nabi Muhammad, Pelajarilah ilmu pengetahuan
dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri
kamu kepada orang yang mengajar kamu. (Riwayat Abu Hurairah). Intihanya, kita perlu
menghormai pendidik kita kerana mereka mengajar kita dengan penuh tekun dan berdedikasi.

Tambahan pula, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau
membantu guru. Dalam hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu
mereka. Sebagai contohnya, kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru
meminta bantuan daripada kita untuk menghantar buku latihan dari kelas ke bilik guru dan
sebaliknya. Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita.
Bantuan tersebut pasti membuatkan hati mereka berasa gembira dan akan sentiasa
mendoakan kejayaan kita.

Sebagai konklusinya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam
kehidupan kita. Sejarah juga telah membuktikan bahawa bangsa yang berjaya berasal daripada
didikan seorang guru. Contohnya, pada zaman Nabi Musa, baginda telah dididik oleh Nabi
Khidir tentang erti sebenar kehidupan iaitu semua yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Ingatlah,
guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Tanpa
guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Guru juga umpama tongkat kepada orang
buta. Hargailah guru agar menjamin kehidupan yang sejahtera.







MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

93 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 16

Keluarga yang sempurna menjadi impian setiap insan.Anda berhasrat menulis sebuah rencana
bertajuk Keluarga Impian Saya untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Keluarga Impian Saya
Oleh: Nurul Nazihah Bte Othman

Seperti pohon yang berdiri teguh,
Kerana akarnya yang kukuh,
Akibat sikap manusia yang angkuh,
Kemandiriannya jatuh,
Rentetan sikap suka mengeluh,
Hingga iman menjadi luluh,
Keluarga impian jadi penyuluh,
Iman di dada tak pernah rapuh.

Begitulah kata-kata yang sering terungkap di bibir para ibu bapa waima pihak
bertanggungjawab dalam membentuk keluarga impian bagi menjamin kehidupan yang
sejahtera. Sejajar dengan perkembangan arus globalisasi, banyak bangunan pencakar langit
didirikan di bandar-bandar besar. Namun demikian, di celah-celah bangunaan dan kepesatan
pembangunan, rumah orang tua-tua dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kemelut
yang melanda negara kita ialah kebanjiran penghuni rumah orang-orang tua. Peningkatan
jumlah warga tua di rumah-rumah kebajikan ini membuktikan bahawa betapa buruk dan
melaratnya sikap anak-anak pada alaf baru ini sehingga terbantutnya institusi keluarga untuk
melahirkan keluarga impian. Oleh itu keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan program
keluarga impian amat penting kerana institusi keluarga merupakan medium penggerak terhadap
kemandirian dan kemajuan sesebuah negara. Namun, realitinya kini institusi keluarga sering
mengalami masalah kepincangan rumah tangga rentetan ingin mengejar kekayaan dan kerjaya
bagi meneruskan hidup di dunia yang serba moden ini.

Seperti yang kita sedia maklum, keluarga impian yang bahagia dapat menjamin
generasi yang gemilang. Rasionalnya, sesebuah keluarga impian yang bahagia akan
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

94 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

melahirkan anak-anak yang berbudi pekerti dan berakhlak tinggi. Hal ini kerana, anak-anak
yang lahir dalam sesebuah keluarga impian yang harmoni akan diterapkan dengan nilai-nilai
murni dan tatasusila yang baik dan mereka akan membesar dengan jati diri yang kental serta
sahsiah diri yang unggul. Tambahan lagi, anak-anak yang dilahirkan dalam sesebuah keluaraga
impian yang bahagia dan sejahtera akan terhindar daripada konflik rumah tangga dan
senantiasa dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada kedua-dua ibu
bapa. Anak-anak yang membesar dengan penuh kasih sayang keluarga juga dapat memupuk
rasa kasih dan berperikemanusiaan dalam dirinya sendiri. Oleh yang demikian, tidak hairanlah
jika kita katakan anak-anak yang membesar dalam institusi keluarga impian yang bahagia akan
menjadi masyarakat yang unggul sahsiahnya.

Tambahan pula, bimbingan agama dan moral akan dibekalkan oleh institusi keluarga
impian yang misali. Para ibu bapa yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia akan mendidik
anak-anak mereka dengan hal-hal keagamaan di rumah selain menghantar mereka ke kelas-
kelas tambahan yang menyediakan pelajaran dan pendidikan keagamaan contohnya kelas
fardhu ain. Anak-anak merupakan amanah paling berharga daripada Allah. Sebagaimana
firmannya di alam al-Quran ada menyebut anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang
bertanggungjawab mewarnakannya. Ayat tersebut izhar sekali menunjukkan kepada kita
bahawa ibu dan bapa merupakan orang yang paling penting untuk membentuk peribadi anak-
anak seterusnya mewujudkan keluarga impian . Oleh hal yang demikian, ibu bapa yang
beriman kepada Allah s.w.t akan bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak tidak kira
pendidikan rohaniah mahupun intelektual. Faktor ini menjadi salah satu jawapan kepada cara-
cara untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia selaras dengan impian mewujudkan
keluarga impian yang harmoni.

Generasi gemilang yang wujud daripada keluarga impian yang bahagia dapat
mengurangkan kadar kes jenayah di negara kita. Individu yang berakhlak mulia sudah pasti
menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan kemungkaran. Prinsip hidup amal maaruf nahi
mungkar yang bermaksud menyeru kepada kebaikan, mencegah daripada kemungkaran sudah
menjadi sebati dalam diri. Individu yang berpegang teguh pada prinsip ini adalah individu atau
mereka yang berasal daripada keluarga impian yang bahagia. Individu yang mempunyai nilai
sahsiah yang tinggi pasti berasa malu untuk melakukan kebobrokan dalam masyarakat seperti
yang kerap terpampang di rubrik-rubrik akhbar. Niat untuk melakukan jenayah seperti ragut,
bunuh, rogol dan sebagainya mungkin terlintas dalam fikiran orang yang tidak rasional. Oleh hal
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

95 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

yang demikian, individu yang baik dan berakhlak mulia dapat menjamin kesejahteraan hidup
yang aman dan sempurna dengan wujudnya keluarga impian yang bakal merintis kepada
terbentuknya masarakat yang sejahtera.

Akhir sekali, keluarga impian yang bahagia seharusnya dijadikan contoh keluarga
bahagia terdekat yang kita boleh ambil ialah keluarga kita sendiri. Tanya kepada diri anda
sendiri, adakah anda pernah melakukan jenayah dan kemungkaran? Apakah ada ahli keluarga
anda yang pernah melakukan sebarang jenayah? Jika tidak, anda ialah golongan bertuah yang
lahir dalam asas keluarga impian yang bahagia serta mampu mewujudkan masyarakat ayng
harmoni.

Konklusinya, jelas sekali kepada kita peri pentingnya peranan keluarga bahagia dalam
usaha membentuk sebuah masyarakat madani yang rukun dan harmoni. Yakinlah kita bahawa
kehidupan yang baik dan keluarga impian yang bahagia membawa kepada masarakat yang
sejahtera. Ingatlah binasa bumi jika tidak berkerak, binasa rumah jika tidak bertiang, dan
binasa pertiwi jika tiada keluarga impian dan masyarakat yang gemilang.

Soalan 17.

Ibu bapa pada hari ini sering dikaitkan dengan peningkatan masalah sosial dalam kalangan
anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

Model Jawapan.

Remaja kini tidak bermoral.Ungkapan ini sering diperkatakan oleh pelbagai pihak
bahkan menjadi isu yang semakin menghantui pemikiran masyarakat kini.Selain pengaruh
rakan sebaya,media massa, dan pengaruh persekitaran yang sering diuar-uarkan ,tidak
dinafikan ibu bapa juga menjadi fokus utama dalam masalah ini kerana merupakan individu
yang paling akrab dan lebih mengenali darah daging mereka sendiri.Justeru ,ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri anak-anak.Ibu bapa jugalah yang
memberi kehidupan yang sempurna.Namun apa yang diharapkan itu tidak semuanya menjadi
kenyataan.Walau bagaimanapun,tiada ibu bapa yang menginginkan masa depan yang gelap
untuk anak mereka.Akan tetapi adakah tanggungjawab sebagai ibu bapa ditunaikan dengan
sewajarnya?.Susah untuk memperoleh ketepatan yang benar kerana hari ini ibu bapa sering
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

96 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

kali dikaitkan dengan peningkatan masalah sosial dalam kalangan anak-anak.Apakah
pernyataan itu benar?

Hasil kupasan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kaunseling sikap ibu bapa
yang culas terhadap tanggungjawab kepada anak-anak kerana terlalu mementingkan kerjaya
menjadi penyebab kepada fenomena tersebut.Ibu bapa sibuk bekerja dari pagi hingga larut
malam sehingga terlalai akan keperluan emosi anak-anak.Tekanan hidup,sikap mengejar
kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial ini menyebabkan ibu bapa kurang
mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,berbincang,berdamping antara satu sama
lain.Malah, ada juga yang jarang bersua muka.Keadaan ini menyebabkan anak-anak membawa
cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Hal ini akan memberi tekanan
kepada anak-anak.Dalam masa yang sama mereka berasa terpinggir dan kemudiannya
mengambil jalan pintas mengatasi masalah ini dengan cara bergaul dengan rakan-rakan yang
terlibat dengan gejala sosial.

Selain itu,masalah sosial anak-anak juga berlaku disebabkan oleh keruntuhan rumah
tangga.Keruntuhan rumah tangga ini berpunca daripada penceraian ibu bapa.Penceraian yang
berlaku dalam kalangan ibu bapa menjadikan anak-anak yang tidak bersalah hilang haluan diri
kerana tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya bak kata pepatah bagai kapal tanpa
nakhoda.Anak-anak juga terpaksa membuat pilihan sama ada tinggal bersama ibu atau
bapa.Situasi ini akan memburukkan lagi keadaan kerana anak-anak akan merasa tertekan
untuk membuat pilihan.Natijahnya, anak-anak merasakan lebih senang untuk hidup
bersendirian. Dalam hal ini tidak mustahil anak-anak akan terlibat dengan pelbagai kebejatan
sosial seperti pergaulan bebas.

Di samping itu,ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak turut mengundang tingkah
laku negatif dalam kalangan anak-anak.Tindakan ibu bapa yang terlalu menurut kehendak
anak-anak seperti memberikan wang saku berlebihan,memberi kebebasan keluar rumah dan
bergaul dengan orang luar yang tidak dikenali oleh ibu bapa.Tindakan ini hanya akan
dimanfaatkan oleh anak-anak ke arah budaya hedonisme.Contohnya,wang poket yang
berlebihan bukanlah digunakan ke arah kebaikan tetapi lebih kepada keseronokan yang tidak
mempunyai faedah.Tambahan lagi,kebebasan keluar rumah menjadikan anak-anak terlalu awal
terdedah kepada alam masyarakat yang fana tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa.
Bahkan pergaulan dengan orang asing yang tidak dikenali akan menjerumuskan anak-anak
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

97 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

yang masih remaja kepada budaya kuning yang boleh menconteng arang ke muka ibu bapa.
Tambahan lagi, anak-anak yang terlalu dilimpahi kemewahan tersebut sukar untuk menurut
nasihat ibu bapa akibatnya nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Selain faktor ibu bapa terdapat juga faktor lain yang menyumbang berlakunya
peningkatan masalah sosial anak-anak.Antaranya ialah pengaruh media massa pada hari ini
yang mendominasi ruang litup kehidupan masyarakat langit terbuka. Media massa yang
memaparkan aksi-aksi yang kurang senonoh dan tidak baik dipertontonkan apatah lagi oleh
golongan anak muda.Misalnya, adegan lucah,keganasan dan aksi terlampau yang menjadi
ikutan dan trend anakanak muda hari ini yang terlalu berani mencuba sesuatu perkara
baru.Akibatnya, remaja terpengaruh dengan gaya hidup yang berunsurkan keseronokan yang
membawa kepada masalah sosial.

Seterusnya,sikap masyarakat menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah anak-
anak dalam gejala sosial.Seperti yang dimaklumkan tadi kehidupan yang semakin menekan ini
telah menyebabkan ahli masyarakat sibuk dengan urusan masing-masing.Sikap ambil peduli
seperti menjaga tepi kain orang tidak lagi diamalkan dalam kehidupan masyarakat moden
kini.Dalam situasi ini remaja berasa bebas untuk melakukan apa-apa sahaja kerana tiada orang
yang akan menegurnya.Sikap nafsi-nafsi ini telah menyebabkan remaja besar kepala
melakukan tindakan tidak senonoh secara terang-terangan dan tanpa segan silu.Jika pada
masa dahulu setiap ahli masyarakat menjadi mata dan telinga demi menjaga maruah anak
buahnya.Namun kini amalan murni itu sudah tidak dipraktikan lagi kerana takut dianggap
sebagai penyibuk.

Secara tuntasnya, ibu bapa tidak sewajarnya dipersalahkan secara total sebagai
penyebab kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan anak-anak kerana terdapat
faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini.Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu
dalam menangani gejala sosial daripada terus meruncing.Kita percaya bahawa dengan adanya
kerjasama ini masalah sosial yang kian meningkat dapat diatasi dengan lebih berkesan persis
pepatah Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.




MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

98 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 18
Tahap kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan lama yang
mempunyai nilai seni bina dan sejarah yang tinggi masih rendah. Jelaskan usaha-usaha untuk
meningkatkan tahap dan kesedaran masyarakat tentang hal ini.

Model Jawapan.

Negara kita sememangnya kaya dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti
bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan,
bangunan A Famosa di Melaka dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Dalam era pemodenan
yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, bangunan bersejarah merupakan salah satu tarikan
pelancong seantero dunia. Bangunan lama mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan
menggambarkan budaya dan tamadun sesebuah bangsa. Namun begitu, tahap kesedaran
rakyat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap bangunan lama masih rendah. Oleh
itu, semua pihak perlu mengorak langkah dalam memartabatkan kesedaran rakyat dalam hal
ini.

Usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah haruslah bermula dari bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Melalui penghayatan mata pelajaran Sejarah, pelajar akan didedahkan
dengan sejarah negara Malaysia dan secara tidak langsung mereka didedahkan dengan
bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Misalnya, pelajar-pelajar yang menduduki
Penilaian Menengah Rendah (PMR) diwajibkan membuat kajian tentang bangunan bersejarah.
Melalui kajian tersebut, pelajar mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita yang
sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotisme dalam jiwa remaja kita hari
ini. Di samping itu, perasaan cinta terhadap bangunan lama dapat disemai sejak usia muda lagi.

Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari kesedaran rakyat dalam
memelihara dan memulihara bangunan lama adalah keterlibatan semua pihak misalnya pihak
swasta. Hal ini demikian kerana tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan
tetapi harus melibatkan pelbagai pihak bak kata peribahasa bagai aur dengan tebing.
Tamsilnya, menjadikan bangunan bersejarah sebagai anak angkat kepada sesebuah syarikat
atau menaja pemuliharaan bangunan bersejarah. Contohnya, syarikat pengeluar cat jenama ICI
dan Dulux telah memperuntukan RM 2.5 juta untuk mengecat semula 26 bangunan bersejarah
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

99 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

yang terletak di kawasan Tapak Warisan Dunia. Usaha-usaha daripada pihak swasta sebegini
amat dialu-alukan dalam usaha memupuk kesedaran untuk memelihara kecantikan dan
keaslian bangunan lama yang tidak ternilai sejarahnya itu. Dengan kerjasama ini maka lahirlah
perasaan cinta dan tanggungjawab untuk memelihara warisan tamadun negara kita.

Bagi menyempurnakan hasrat untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat
tentang pentingnya menghargai bangunan bersejarah, Kementerian Pelancongan dan Lembaga
Penggalak Pelancongan Malaysia haruslah menyarankan agar agensi-agensi pelancongan
dalam negara ini menyediakan pakej lawatan wajib ke tapak warisan sejarah yang terdapat di
Malaysia kerana tak kenal maka tak cinta. Dengan adanya lawatan ini, orang ramai dapat
menyaksikan keunikan seni bina halus bangunan lama di negara kita seperti seni bina Istana
Seri Menanti yang memaparkan kesenian masyarakat Minangkabau. Di samping itu,
masyarakat dapat mengetahui sejarah dan kebudayaan dengan lebih jelas seterusnya
melahirkan perasaan bangga dan sayang akan warisan sejarah negara kita.

Akhir sekali, usaha yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat
terhadap usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ialah melalui kempen
kesedaran secara besar-besaran misalnya Kempen Cintai Bangunan Bersejarah. Kempen ini
perlu diadakan kerana tahap kesedaran rakyat untuk memelihara bangunan bersejarah amat
rendah dalam negara. Kempen ini boleh dijalankan secara bersepadu oleh pihak kerajaan dan
badan bukan kerajaan melalui media elektronik dan media cetak contohnya pihak media boleh
menyiarkan maklumat berkaitan warisan bangunan bersejarah agar dapat memberi kesedaran
dan mendidik orang ramai tentang bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Konklusinya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke
dua puluh lagi menggambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Amat wajar
kita memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini kerana budaya silam adalah
cerminan budaya kontemporari. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memainkan peranan
signifikan untuk mengekalkan warisan nenek moyang yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas dan tamadun negara kita bagi tatapan generasi akan datang.




MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

100 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Soalan 19

Membawa anak-anak ke perpustakaan merupakan salah satu usaha untuk memupuk minat
membaca. Bincangkan peranan keluarga dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan
anak-anak.

Model Jawapan

Iqra bermaksud bacalah, sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi
rasul, baginda telah menerima wahyu pertama yang menitikberatkan kepentingan amalan
membaca kepada seluruh umat manusia. Bersumberkan wahyu tersebut, sudah terang lagi
bersuluh bahawa amalan tersebut amat penting untuk diterapkan dalam kalangan masyarakat
hari ini khususnya dalam konteks keluarga. Mutakhir ini, Menteri Pelajaran Malaysia, Dato
Muhyiddin Yassin telah menguar-uarkan kempen Membaca Budaya Kita. Selari dengan
matlamat kempen tersebut, keluarga ialah tunjang untuk merealisasikan usaha murni tersebut
di samping melahirkan generasi muda yang celik ilmu. Oleh yang demikian, setiap ahli di dalam
institusi keluarga haruslah mendukung hasrat negara kerana pendidikan bermula dari rumah
sinonim dengan peribahasa, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Namun, yang menjadi
tanda tanya ialah apakah peranan keluarga yang boleh dijadikan panduan untuk menyemai
budaya membaca dalam kalangan anak-anak? Persoalan inilah mencabar minda golongan
cendekiawan untuk menarik minat generasi muda khususnya permata negara.


Bapak borek, anak rintik merupakan ungkapan Perdana Menteri yang keempat,
Tun Dr.Mahathir Bin Muhammad cukup menggambarkan tentang peranan ibu bapa sebagai
tunjang teladan kepada anak-anak. Jika anak-anak terbiasa melihat ibu bapa membaca,
mereka juga terdorong untuk membaca. Hal yang demikian kerana, setiap perlakuan ibu bapa
menjadi ikutan kepada anak-anak. Sebagai alibi, pelajar terbaik SPM 2006, Nur Amalina Che
Bakri mengakui bahawa kejayaannya juga datang daripada pembacaan yang global. Bagi
beliau, ibunyalah yang telah menanamkan sikap minat membaca sejak kecil lagi dan menjadi
mentor sehingga beliau digeruni sebagai pemidato hebat yang sudah pastinya memerlukan
pembacaan yang luas. Ibu bapa boleh memperuntukkan sedikit bajet untuk membeli buku dan
sumber bacaan yang menarik dan seronok agar anak-anak menjadikan aktiviti membaca
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

101 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

sebagai hobi sekaligus mengelakkan mereka daripada melakukan perkara yang tidak
bermanfaat.

Sementalahan, ahli keluarga yang lebih dewasa selain daripada ibu bapa iaitu kakak
mahupun abang boleh menjadi pendorong yang baik kepada adik-adik mereka. Sebagai
contoh, kakak dan abang bolehlah membawa adik-adik mereka ke perpustakaan yang
berdekatan dan menyatakan bahawa perpustakan adalah tempat yang menarik serta
merupakan gedung ilmu. Dengan cara ini, sudah tentu adik-adik akan tertarik dan seterusnya
amalan meminjam bahan bacaan akan berterusan dapat menjadikan mereka kaya dengan ilmu
pengetahuan. Ibu bapa pastinya berbangga jika anak-anak mereka saling berinteraksi dan
mengukuhkan nilai kekeluargaan. Dengan itu, tanggungjawab ibu bapa dapat diringankan jika
anak-anak yang lebih dewasa berganding bahu mencorakkan nilai membaca dan
mengurangkan peratus buta huruf dalam keluarga mereka. Di samping itu, usaha yang
dilaksanakan dalam institusi keluarga dapat membantu pihak sekolah mengurangkan jumlah
pelajar yang memerlukan kelas bimbingan intensif mengenal huruf dan membaca.

Pada masa yang sama, sebagai ketua keluarga, seorang bapa haruslah menyediakan
sebuah bilik khas untuk dijadi kan perpustakaan mini di rumah. Dengan adanya perpustakaan
mini ianya akan memudahkan anak-anak memperoleh sumber bacaan dan rujukan. Hal yang
demikian juga ianya menjimat kan masa ibu bapa untuk menghantar anak-anak pergi ke
perpustakaan berhampiran. Dengan adanya perpustakaan mini di setiap rumah, hubungan
kekeluargaan akan bertambah akrab. Ibu bapa haruslah menetapkan masa untuk anak-anak
berkumpul dan membaca di perpustakaan mini yang disediakan. Antara contohnya
ialah,selepas menikmati makan malam, beberapa jam boleh diperuntukkan bagi anak-anak
membaca sambil mereka mencari sumber untuk menyiapkan tugasan yang dibekalkan oleh
guru di sekolah. Ibu bapa haruslah bijak memilih bahan bacaan untuk ditempatkan di dalam
perpustakaan mini tersebut supaya anak-anak tidak leka dengan membaca bahan bacaan yang
tidak berfaedah, sebaik-baiknya ibu bapa lebih mengutamakan bacaan ilmiah dan pendidikan.

Selain perpustakaan mini, ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk memanjakan
anak-anak di samping member pengajaran yang baik melalui amalan membaca buku cerita
sebelum anak-anak tidur. Anak-anak akan merasa lebih diberi perhatian jika ibu bapa mereka
sanggup meluangkan masa dengan membacakan buku cerita berunsurkan pengajaran. Usaha
ini bukan sahaja mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak malah mereka lebih terdidik untuk
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

102 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

mengamalkan sifat ingin tahu menerusi pembacaan mereka. Nilai pengajaran yang diperoleh
melalui amalan membaca buku cerita yang dilakukan ibu bapa sebelum anak-anak tidur dapat
dijadikan nasihat yang berguna. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan panduan, yang buruk
dijadikan sempadan. Anak-anak akan terhindar dari gejala tidak sihat seterusnya mendidik
mereka menjadi anak-anak yang patuh dan berperibadi mulia.

Tambahan pula, pihak kerajaan akan mengadakan karnival buku merangkumi pameran
buku dan jualan buku yang diadakan sekali dalam setahun pada bulan Julai kerana bulan
tersebut merupakan bulan membaca kebangsaan. Karnival ini diadakan bertujuan untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat tidak mengira umur dan usia. Oleh
yang demikian, ibu bapa haruslah menggunakan kesempatan yang ada dengan membawa ahli
keluarga pergi ke karnival yang berunsurkan pendidikan tersebut. Melalui karnival ini, ibu bapa
boleh mendapatkan buku yang diminati kerana ditawarkan dengan harga yang rendah. Selain
karnival buku, kempen bulan membaca dapat membantu ibu bapa untuk menyemarakkan dan
meningkatkan penghayatan terhadap budaya membaca dalam diri anak-anak mereka.

Kata orang tak kenal maka tak cinta, jika budaya membaca diterapkan secara
mendadak ke dalam jiwa anak-anak tanpa pengenalan dan pendekatan mengenai kepentingan
membaca, maka penerimaan terhadap budaya akan menjadi sukar diterima oleh anak-anak
mereka. Justeru, ibu bapa hendaklah bijak dalam mengambil hati dan menarik minat mereka
dengan amalan membaca. Pendekatan yang boleh dilakukan ialah dengan memberi nasihat
yang berhikmah serta memberikan contoh tokoh yang berjaya. Amalan membaca juga harus
dijadikan hobi sepanjang hayat, buktinya pencetus ilham membangunkan Menara Berkembar
Petronas, Tun Dr.Mahathir Bin Muhammad masih mengekalkan budaya membaca biarpun
sudah berada pada usia senja. Membaca bukan sahaja membekalkan ilmu malah menerusi
pembacaan juga meningkatkan kematangan seseorang dalam berfikir. Selain itu, dengan
membaca kosa kata akan menjadi luas. Kelebihan dan manfaat berdasarkan pembacaan yang
diterangkan oleh ibu bapa kepada anak-anak dapat memberikan gambaran yang positif dalam
memupuk minat membaca.

Konklusinya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai minat membaca
dalam diri anak-anak kerana mereka ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya sama
ada ke arah kejayaan atau kegagalan. Selain itu, anak-anak juga haruslah mendengar nasihat
ibu bapa dan memikirkan sendiri faedah serta manfaat membaca. Persis kata Tun Dr. Siti
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

103 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Hasmah Mohammad Ali iaitu isteri perdana menteri keempat ,santan lemak manis, santan
kelapa muda, jangan anak menangis, bila ibu ajar membaca. Malahan, jika usaha untuk
menyemai minat membaca ini berterusan, kadar buta huruf dalam kalangan remaja boleh
dikurangkan. Sehubungan dengan itu,budaya membaca akan mewujudkan masyarakat yang
bermaklumat dan berpengetahuan. Hal ini disebabkan oleh setiap perenggan ayat yang dibaca
adalah satu ilmu pengetahuan bahkan cogan kata yang berbunyi, membaca itu jambatan
ilmu sudah cukup membuktikan fakta tersebut. Sesungguhnya,dengan adanya pembacaan,
minda seseorang akan lebih berkembang dan seterusnya mencetuskan idea-idea bernas untuk
memacu harapan negara.

Soalan 20

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal harga barangan di pasaran.
Namun usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan daripada pengguna.
Jelaskan pernyataan di atas.

Model Jawapan

Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman, ungkapan
inilah yang sering kita dengar di corong-corong radio, paparan di skrin-skrin televisyen dan di
rubrik-rubrik akhbar. Ungkapan ini sememangnya bersesuaian dengan peranan pengguna yang
mengamalkan sikap berjimat cermat lantaran senario yang sedang melanda negara kita iaitu
kenaikan harga barang seperti gula, minyak dan beras. Dasawarsa ini, kenaikan harga barang
keperluan atau gejala inflasi sering menghantui kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan
miskin yang hidup bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Isu barangan
keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa menjadi pokok perbincangan di warung kopi
hingga ke sidang parlimen. Kenaikan harga barang telah menjadikan rakyat mengalami
kesempitan hidup. Apakah usaha yang dapat dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu
rakyat Malaysia melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi ini?. Persoalan inilah yang
perlu dibincangkan oleh pihak-pihak tertentu. Pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan, namun
permasalahan ini masih belum menemui titik noktahnya.

Penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung
kenaikan harga barang. Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tidak
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

104 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

bertanggungjawab, pegawai yang terlibat perlu bertindak secara efektif dan bukan secara
sambil lewa atau bena tak bena sahaja. Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan
secara bermusim sahaja. Tanpa tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak
bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan tanpa belas kasihan. Rentetan
daripada itu pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan.
Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti Rakan Cop
untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga . Hukuman yang ketat seperti menyita
barangan jualan dan menarik semula lesen perniagaan mereka. Tindakan pegawai yang bersih,
cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh.
Selain itu, pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga
barang ialah dengan mengadakan kempen-kempen yang bolah menyedarkan rakyat tentang
kesan-kesan yang akan berlaku jika rakyat tidak mengambil berat tentang masalah ini. Antara
kempen yang dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah Kempen Berjimat Cermat dan
Kempan Pengguna Bijak. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna untuk berjimat
cermat dan memberi pendedahan tentang kepenggunaan sekaligus dapat mengelakkan
pengguna menjadi seperti sudah terhantuk baru tengadah. Amalan membesarkan kerak
nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri
sendiri. Kempen ini haruslah melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat,
darjat, tua dan muda. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa
membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu.
Kerjasama antara kerajaan dan media massa amat penting bagi menangani masalah
kenaikan harga barangan ini. Media massa turut memainkan peranan vital dalam usaha
mengiklankan mengenai masalah kenaikan harga barangan ini. Melalui tinjauan rambang yang
di laksanakan, pelbagai propaganda yang di uar-uarkan seperti Pengguna Bijak yang di
sarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berjaya
menarik minat sesetengah masyarakat untuk menyertai kempen-kempen dan program-program
yang dianjurkan. Selain itu, media cetak boleh mewujudkan majalah ataupun risalah-risalah
yang memuatkan info-info kepenggunaan seperti majalah Pengguna dan majalah Dewan
Ekonomi.

Namun, hal ini juga mendapat kekangan daripada rakyat. Rakyat tidak memberikan
kerjasama dan sokongan yang padu dalam menangani masalah kenaikan harga barang.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

105 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

Mereka hanya memandang sebelah mata saja mengenai permasalahan ini. Sikap sesetengah
masyarakat yang beranggapan bahawa tugas membanteras masalah ini hanyalah tugas
kerajaan semata-mata. Hal ini menyebabkan mereka menuding jari ke arah satu pihak sahaja.
Sesetengah masyarakat yang tidak prihatin ini akan menyulitkan lagi proses pengawalan
kenaikan harga barang, contohnya, tidak berjimat cermat dalam perbelanjaan.Jika semua
rakyat dapat bekerjasama bagai bukit sama didaki, lurah sama dituruni, pastinya akan dapat
membantu dalam usaha menangani masalah ini.

Selain kurangnya kerjasama daripada masyarakat, permintaan yang melebihi
penawaran sesuatu barangan menyebabkan para pengusaha kedai runcit menaikkan harga
dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna. Hal ini amat
ketara ketika menjelangnya musim perayaan apabila harga barangan melonjak tanpa batasan.
Ketamakan peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan
keupayaan pengguna untuk mendapatkan barangan tersebut secara terang-terangan
mencabuli etika perniagaan. Kebanyakan pengguna tiada pilihan lain dengan terpaksa
membelinya walaupun peniaga menaikkan harga, kerana rata-rata barangan yang terlibat ialah
barangan keperluan seharian. Pada masa akan datang, diharapkan para peniaga dapat
bertolak ansur dan mematuhi peraturan urus niaga yang telah digariskan oleh kerajaan agar
dapat mengurangkan masalah kenaikan harga barangan ini.

Intihanya, masalah kenaikan harga barang bukanlah satu masalah yang remeh dan
boleh dipandang enteng tetapi perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana hal ini
bersangkut paut dengan kehidupan seharian. Kerajaan dan rakyat harus bekerjasama dalam
menangani permasalahan ini, bak kata pepatah kuat tunjang kerana akar, kuat akar kerana
tunjang. Oleh itu, kita mestilah memberi sokongan yang padu kepada kerajaan agar masalah
ini tidak menjadi beban kepada rakyat dalam era modenisasi ini. Dengan wujudnya kerjasama
antara rakyat dan kerajaan, kenaikan harga barang sudah pasti dapat di atasi. Sebarang
tindakan kerajaan akan memberikan impak yang mendalam kepada rakyat jelata. Kita tidak
tergamak melihat golongan miskin dibebankan lagi dengan inflasi kerana betapa berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana
seperti peribahasa, menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berserak
agar rakyat jelata tidak tertindas. Marilah kita bersama-sama bersatu hati, berpegang tangan
dan berganding bahu untuk mengatasi masalah ini dan merealisasikan slogan Satu pengguna,
satu suara, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

106 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

GLOSARI

afiliasi pertalian, gabungan
anjakan paradigma beralih pandangan kepada sesuatu yang lebih baik
aspirasi keinginan
buana dunia; jagat
caj bayaran untuk sesuatu perkhidmatan
cakna ambil berat
culas tidak jujur
dasawarsa dekad; dalam tempoh 10 tahun.
deduksi kesimpulan
delinkuen bersikap melanggar undang-undang
diskriminasi perlakuan membeza-bezakan keturunan, keadaan fisikan, kaum
domestik berkaitan urusan dalam negeri;kegiatan dalam rumah tangga
dominasi menguasai
enteng mudah; ringan
fatamorgana sesuatu yang bersifat khayalan.
ghalibnya lazimnya; biasanya
hedonisme pegangan hidup yang mementingkan diri sendiri
iktibar pengajaran
iltizam komitmen; kesungguhan
implementasi laksana
input sumber
inspirasi ilham
izharlah jelaslah
kebejatan keburukan; kerosakan
kebobrokan kerosakan
kemandirian perihal dapat berdiri sendiri; berdikari
kemaslahatan kebaikan
kombinasi gabungan
komuniti masyarakat
kondisi kedudukan; keadaan
kondusif sesuai; selesa
konsesi istimewa
kontemporari masa kini
lewat menerusi
lingua franca bahasa perhubungan antara masyarakat yang berlainan bahasa
madani maju daju dari segi kerohanian dan kebendaan
mafhum pengertian
mantan bekas
marcapada dunia sekarang ini
medium perantara; wahana
melestarikan mengekalkan
mengakses proses memperoleh maklumat; capaian
misali dijadikan contoh atau teladan
modenisasi pemodenan
nafsi-nafsi mementingkan diri sendiri
nukilan petikan
obsesi keadaan yang sering menghantui fikiran
paradigma pemikiran
peranti perkakas
MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

107 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

pesimistik sikap memandang rendah terhadap sesuatu
platform wahana; asas; saluran
polemik perdebatan
prakarsa inisiatif; daya usaha; ikhtiar
proaktif melakukan sesuatu tindakan lebih awal daripada berlakunya sesuatu
perkara.
rencaman pelbagai
rubrik ruangan sesuatu karangan dalam surat khabar
sakinat damai
sayembara pertandingan
sederap serentak
senario keadaan; fenomena; situasi
senggang lapang
sentimen perasaan
seyogia sepatutnya; selayaknya; semestinya
signifikan bermakna; penting
tamsilan contoh
tersohor terkenal
tunggak asas
ukhuwah persaudaraan
variasi pelbagai
wadah medan; saluran
wasilah pertalian; perhubungan; ikatan



















MODEL KARANGAN KEM PENULISAN 2011

108 PGSD PAPAR BAHASA MELAYU SPM

JAWATANKUASA KEM PENULISAN KARANGAN SPM 2011
Penasihat
En. Abidin Marjan (Pegawai Pelajaran Daerah Papar)
.
Tim. Penasihat I
Tuan Hj. Mohktar Hj. Ibrahim.(Pengetua SMK Takis)
Pengerusi MPPSM Daerah Papar

Tim. Penasihat II
En. Ikhbal Khan Ismail
Pegawai Unit Kurikulum Pelajaran Daerah Papar

Penolong Penasihat
Cik Norhaini Latip (Pengawai Bahasa PPD)
Pengerusi PGSD

Pengerusi Program
Cik Suzanah Dahlin (SMK. St. Joseph)
Penyelaras (Ketua) PGSD BM SPM

Penyelaras Program
En. Mohamad Zaidi Ahmad (SMK St. Joseph)

Setiausaha
Pn. Dg. Hadiah Amat (SMK. Takis)

Bendahari
Cik Rosidah Lann (SMK. St. Mary)

Urus setia
En. Mohd Suffian Abdullah (SMK. Bongawan II)

Persediaan Dewan & Sistem P. A
Pn. Sitti Khadijah S. Mohammad (SMK Majakir)

Makanan dan minuman
Pn. Imelda (SMK Benoni)

Perkakasan dan bahan edaran
Cik Rosidah Lann (SMK. St. Mary)

Ketua Editor
Pn. Zuraidah Salleh (SMK. Takis)

Penolong Editor
En. Mohamad Zaidi Ahmad (SMK St. Joseph)
Pn. Lokadia Dowop (SMK Takis)
Cik Suzanah Dahlin (SMK St. Joseph)
En. Hassan Hj. Jaslin (SMK Agama Limauan, Kimanis)
En. Sapli Asan (SMK Takis)
Pn. Dg. Hadiah Amat (SMK. Takis)

Guru pembimbing
Semua guru

Anda mungkin juga menyukai